Sudah 2 hari berlalu. Namun kelibat bayang Izhad dan panggilan dari suaminya. Tak muncul-muncul lagi. Tinggal berapa hari lagi, dia dan Izhad akan ke rumah Puan Sri Izlinda. Izz setia menunggu panggilan daripada Izhad.
Sambil menikmati milo ais buatannya. Izz termenung memikirkan mimpinya tempoh hari. Dalam masanya sama. Bibirnya mengukirkan senyuman tersimpul malu. Bila teringat pertemuan pertama dia dengan Izhad.
"Kata nak call?" Membebel Izz sendiri. Dengan asyik Izz termenung jauh.
Izz terkejut bila ada panggilan masuk. Terhenti terus lamunan dia. Bila kedengaran dering lagu the love davinci di smartphone. Tertera nombor Puan Sri Izlinda. "Dia ingat Izhad?"
Selepas habis sahaja perbualan dengan Puan Sri Izlinda. Izz kelam kabut masuk ke dapur. Dengan tangkasnya dia memasak bubur nasi. Mama Izlinda call. Bertanya pasal anak yang kurang sihat. Nasib baik dia tak tersasul berbicara.
Sebelum Izz menuju ke rumah suaminya. Dia cuba call Izhad terlebih dahulu. Tetapi tiada jawab daripada Izhad. Izz bertambah risau. Takut Izhad pengsan seorang diri di rumah. Cepat-cepat dia keluar, menuju ke rumah Izhad dengan tergesa-gesa. Risau dalam hatinya. Bila dia buat panggilan dari tadi? Izhad tak angkat-angkat call dia.
Kerana takut ada yang melihat dirinya. Izz rela menggunakan tangga daripada guna lif. Unit rumah Izhad, betul-betul berdekatan dengan tangga. Tercungap-cungap Izz. Akhirnya sampai tepat, depan pintu rumah Izhad. Terus Izz, menekan loceng yang disediakan.
Ting, tong!
Ting, tong!
"Mana dia ni?" Izz bertambah risau. Terlintas yang bukan-bukan dalam mindanya. Izz tak tahu? Kenapa timbul rasa resah di hatinya. Dia sendiri tak pasti? Yang dia lalui ini? Hanya laa mimpi atau realiti? Tapi... Apa yang dia rasa sekarang ini seperti bukan mimpi bagi Izz.
Walau mimpi sekali pun... Dia berharap sangat. Dia tidak terjaga selamanya. Dia menganggap semua terjadi ini. Disebabkan dia pernah hilang ingatan dan dapat kembali kehidupan dia.
"Siapa tak nak? Kalau bangun-bangun dah kahwin! Dapat pula suami Handsome!" Jauh fikiran dia melayang.
"Please... Tolong lah buka." Doa Izz dalam hati.
Sambil menunggu, Izz teringat perbualan dia dengan Puan Sri Izlinda.
Assalamuaikum Izz...
Maaf mama mengganggu. Mama cuma nak tanya? "Had tak sihat ker? Dia demam ke?" Mama call Had tak angkat. Papa cakap, Had cuti hari ni. Itu yang mama call Izz. Nak tanya tetang Had?
Nasib baiklah Izz cepat menyusun kata. Sebelum menjawab. Kalau tidak? Pecah tembelang, dia dan Izhad tidak tinggal sebumbung.
"Macam mana ni? Aku mana ada kunci pendua?"
Izz nekad, bunyikan loceng berulang kali. Sampailah hatinya lega. Bila melihat wajah Izhad, membuka pintu.
Akhirnya, penantian dia tidak sia-sia.
"Izz?"
"Awak buat apa dekat sini?" Belum sempat Izz menjawab.
"Sudah!"
"Pergi balik!" Kata Izhad nada lemah tapi kasar. Terus Izhad menutup pintu kembali. Belum sempat Izz berkata apa-apa.
"Hish, dia ni! Terus tutup pintu?" Tercengang Izz dan kepalanya di geleng. Bila melihat kelakuan Izhad. Dengan sikap acuh tak acuh melihat kedatangannya.
"Tak boleh jadi ni..."
"Okay, tak pe... Aku nak tengok? Berapa lama. Telinga kau, boleh tahan?" Geram Izz. Masih lagi risau keadaan Izhad.
"Sorry..." Terus Izz menekan loceng.
Izz merasa serba salah. Dia terpaksa melakukannya. Untuk membuat Izhad, membuka pintu. Hati dia tak tenang. Selagi dia tidak melihat keadaan Izhad. Dengan mata kepala dia sendiri.
Ting, tong!
Ting, tong!
Ting, tong!
Izz menekan lecong berulang kali. Akhirnya Izhad pasrah.
"Kau, nak apa lagi?"
"Aku penatlah! Nak rehat!"
"Pergi balik!" Kata Izhad nada marah di kawal.
"Nak kunci!" Lembut suara Izz meminta.
"Kalau tak?"
"Saya tekan lecong ni, banyak kali? Ataupun saya gegarkan pintu grill ni. Biar semua jiran dengar." Kata Izz nada ugutan.
Tanpa banyak bicara. Izhad terus ambil kunci rumah dan lemparkan ke arah Izz. Belum sempat Izz nak ucap terima kasih.
"Dum!"
Terkejut Izz, sebaik sahaja pintu ditutup.
"Hish, main campak je?" Mengeluh Izz sambil mengambil kunci di sebalik pintu grill. Terukir senyuman di bibir Izz. Lega hatinya. Izhad izinkan dia masuk.
Bila Izz melangkah masuk ke dalam rumah. Izz melihat. Izhad sudah terbaring di sofa ruang tamu. Dalam keadaan tak bermaya.
Bubur dan ubat Izz letak di atas meja. Niat hatinya nak kejutkan Izhad. Tapi, dia tak sampai hati. Tanpa rasa ragu-ragu. Izz, terus meletakkan tapak tangannya di atas dahi Izhad. Dia nak memastikan suhu panas badan Izhad.
"Ya, Allah... Panasnya?" Terkejut Izz. Izhad tidak sedar akan perbuatan Izz. Izhad lena menahan sakit.
"Aku, nak buat apa ni?" Izz jadi gelabah.
Terus dia bangun dan berlari anak masuk ke ruang bilik Izhad buat macam rumah sendiri. Izz mengambil comforter dan membuat air rendam untuk diletakkan ke dahi Izhad.
Tanpa ragu-ragu. Izz, terus membuka tudung. Izz merasa panas. Aircond dan kipas tidak dipasang. Lagi pun, itu suaminya. Nak buka kipas atau aircond. Tak sampai hati. Dia hanya membuka sedikit sliding door ruang tamu. Bagi sedikit udara masuk.
"Awak... Bangun, makan ubat?"
Izhad menggelengkan kepala. "Aku dah makan tadi." Lemah Izhad menjawab.
"Betul ni?" Izz rasa ragu-ragu. Dia takut Izhad cuba lari daripada makan ubat.
"Betullah! Aku penat, jangan kacau!" Dalam sakit-sakit, suara Izhad masih lagi kasar terhadap Izz.
Izz redha. Malas dia nak cari gaduh dengan orang yang tengah sakit. Baru sahaja Izz nak bangun menuju ke dapur. Pergelangan tangan Izz, di sambar dan di genggam kemas dalam pelukan Izhad.
"Please... Jangan pergi!"
Tergamam Izz. Bila melihat Izhad memeluk tangan dia seperti bantal peluk. Izz cuba lepaskan tangannya perlahan- lahan. Sebab terasa bahang dan panas. Makin Izz cuba menarik. Semakin erat tangannya dalam genggaman peluk Izhad. Akhirnya dia pasrah.
Wajah suaminya di tenung...
"Handsome nya dia, masa tidur..." Terukir senyuman bibirnya. Dia berharap ini bukan mimpi baginya.
Akhirnya... Mata Izz menjadi berat dan turut sama mengikuti Izhad berlayar di samudera mimpi.
.
.
.
Tengah santai menikmat minum petangnya di cafe. Fikiran Mikael masih terganggu dengan kata-kata Izz tempoh hari. "Kenapa Izz cakap macam tu?" Tiba-tiba muncul seseorang datang dari entah arah mana. Terus, memegang kolar lehernya dan menghayunkan buku lima hinggap tepat dipipinya. Sehingga membuatkan Mikael mengerang kesakitan dan berdarah.
"Hoi!"
"Kau dah kenapa? Serang aku tak tentu pasal, ah?" Mikael terkejut dengan apa terjadi.
"Ni, hadiah untuk kau. Sebab kau masih hidup!"
Satu lagi penumbuk hinggap dipipinya sebelah lagi. Membuatkan Mikael menahan sakit dan kepedihan ditepi mulutnya.
"Ni, pula hadiah daripada aku. Sebab kau, hina Izz!" Kata mamat tadi melepaskan amarahnya.
"Kau siapa, ah?" Jerit Mikael. Tiba-tiba sahaja ada yang memukulnya.
"Kau dah tak kenal, siapa aku. Mikael?" Senyum sinis. Berapa minit, baru Mikael ingat siapa di hadapannya.
"Nizam?" Mikael seakan terkejut.
"Iya... Siapa tak kenal Nizam yang suka kacau Izz awek kau dulu."
"Tak, guna! Kau nak apa daripada aku, aha? Apa, kena mengena kau dengan dia?"
"Perempuan simpanan?"
"Kurang ajar!" Hampir saja ada Nizam menghayunkan buku lima lagi.
"Kau, kalau hidup. Nak menyusahkan Izz lagi. Lebih baik mati lah! Cukuplah! Kau buat dia merana. Sebab ingatkan kau dah mati!"
Mikael terkejut, apa yang dikata Nizam. Tapi, mulutnya kaku untuk bertanya.
"Aku tak sangka. Sanggup kau hina dia macam tu sekali?"
"Aku, cakap sebab ada bukti lah!" Tengking Mikael.
"Mana bukti? Tunjuk dekat aku sekarang! Kalau tak? Nahas kau, aku kerjakan kau dekat sini." Tangan Nizam dah menggigil nak cepuk Mikael lagi. Dia tak hiraukan, orang sekeliling memandang mereka.
"Nah! Kau tengok sendiri. Kalau kau tak percaya. Aku saja simpan lagi sebagai bukti. Tengoklah sendiri perangai Izz yang hipokrit."
Nizam rampas phone ditangan Mikael.
"Ni, kau kata kan bukti?"
"Gambar macam ni, kau percaya Kael? Bodoh betul, kau Kael!" Gelak Nizam berdekah-dekah.
"Kau, memang tak layak untuk Izz!"
Nizam tak percaya dalam gambar itu Izz. Tubuh dan muka Izz seakan tak sepadan. Banyak perempuan dia sudah jumpa. Izz bukan orang yang mudah tergoda dan rela melakukan sedemikian rupa. Setahu dia, sejak Izz tahu berita kematian Mikael. Izz banyak berkurung di hostel dan hanya berkepit dengan Mas kemana sahaja. Sejak kejadian itu. Dia pun sudah jarang membuli Izz lagi. Rasa simpatinya bertukar menjadi cinta. Dia tidak tahu? Bila masa wujudnya perasaan itu. Dia dah cuba pelbagai cara untuk memiliki hati Izz. Tapi... Cinta Izz sukar di miliki.
Nizam ambil bukti terus send ke nombor phone nya. Terus dia delete dalam phone Mikael dan hempaskan phone Mikael ke lantai.
"Hoi!" Telefon aku!
"Kau akan menyesal! Dengan apa yang kau dah buat pada Izz!"
"Aku bagi amaran dekat kau!" Sekali lagi, kau cuba dekat dengan Izz dan hina dia lagi. Nahas kau, aku kerja kan!
"Faham!"
.
.
.
Hujan turun membasahi bumi. Makin lama, makin lebat. Tapi, masih lagi tidak membuatkan Izz dan Izhad terjaga daripada tidur lena mereka.
Hujan yang turun bersama bunyi petir, kilat sambung menyambung berselisih ganti. Berdentum dengan sangat kuatnya. Mengejutkan Izhad, yang masih memeluk tangan Izz dan tidak lepas dari genggaman tangannya. Terasa angin sejuk masuk di celah sliding door dan bunyi guruh menganggu lenanya.
Jam menunjukkan pukul 5.45 petang.
Seluruh badan Izhad, lencun bermandi peluh. Suhu badannya sudah kembali normal. Sakit kepalanya sudah mula merasa ringan kembali. Tidak berdenyut kuat seperti tadi. Berkelip-kelip kelopak matanya. Masih lagi berat untuk dia membuka mata. Dalam keadaannya masih lagi mamai. Izhad terasa melekit pada tangannya yang berpeluh-peluh seperti memeluk sesuatu dengan erat di dadanya.
"Tangan siapa pulak ni?" Izhad baru tersedar ada tangan di bidang dadanya. Dari kedudukannya baring melintang. Izhad memusingkan badannya. Terkejut dan tidak terkata. Bila muka dia, mengadap betul-betul tepat. Kearah muka Izz yang sedap lena di tepi sisinya.
"Ya allah! Terkejut aku!" Mengumam Izhad perlahan. Bila melihat Izz tidur lena di sisi dia.
"Bila masa pula, dia boleh ada dekat rumah aku ni?" Izhad tak ingat. Dia izinkan Izz masuk tadi.
"Hish, dia nie kan?"
"Kalau ia pun, mengantuk? Tak ada tempat lain ke, nak tidur?"
Perlahan-lahan tangan Izz, cuba dilepaskan. Dalam masa yang sama. Hatinya terusik. Bila melihat Izz berada disisinya. Tanpa di sangka-sangka bibirnya mengukirkan senyuman."
"Hish, apa yang aku fikirkan ni." Izhad tidak nafikan. Izz cantik, bila tidak bertudung.
Izhad tidak berapa ingat. Bila masa dia bertindak menyambar tangan Izz. Apa yang dia ingat? Ada jelmaan seseorang yang pernah hadir dalam hidup dia sebelum ini. Dia sangkakan itu Qistina.
Bermacam-macam perasaan menghantui diri Izhad. Secara tidak sengaja. Izhad tertolak kasar tangan Izz. Membuatkan Izz terjaga dari tidur lenanya.
"Bila Izhad, menyedari Izz sudah terjaga. Terus dia pura-pura memejamkan matanya kembali."
Izz mengosok-gosokkan matanya dan penutup mulutnya menyuap semasa bangun tidur. Dia mengeliat untuk hilangkan rasa kebas dan lenguh pada lengannya.
"Alamak!" Macam mana aku boleh tertidur nie?" Cepat-cepat Izz lap mulutnya, yang di sangka ada air liur basi dan terus melihat di tapak tangan.
"Huuu... Nasib baik tak keluar air liur."
"Lenguhnya... Tangan dan tengkuk aku." Gumam Izz. Sambil memicit-micit tengkuk leher.
"Masih panas lagi ke?" Mengumam Izz perlahan.
Tanpa rasa ragu-ragu. Izz, terus meletakkan tapak tangannya sekali lagi di atas dahi Izhad. Dia nak memastikan suhu panas badan Izhad betul-betul menurun atau belum.
"Alhamdulilah..." Sudah turun suhu panas dia.
"Amboi!"
"Suka-suka dia, sentuh kepala aku kan!"
"Sempat lagi Izz merenung muka Izhad."
"Bertuahnya Izz Zulaika!" Bukan aku ke, Izz tu? Tersenyum Izz dalam diam.
"Alamak, dah pukul berapa ni? Terus Izz melihat jam di telefonnya.
"Baik aku solat dulu sebelum balik."
"Alaaa, aku mana bawa telekung?" Tadi, dia datang. Nak hantar bubur dengan ubat je. Bukannya lepak lama.
"Hmm... Boleh je solat, dengan pakaian seperti ini. Asalkan menutup auratkan."
Selesai Izz ambil air wudhu. Izz terus melangkah keluar dari bilik air. Terkejut, tak terkata. Izz dibuatnya. Bila Izhad tercegat di tepi pintu bilik air. Sambil memeluk tubuhnya dan bersandar sebelah bahu ditepi dinding. Sambil memandang dirinya dengan pandangan bersahaja tanpa berkata apa-apa.
"Ya, Allah... Ku semangat!"
Disebabkan terkejut. Dengan tak sengaja. Tangan Izz menjadi ringan dan memukul-mukul manja tangan Izhad.
"Aalaa, kan dah batal!"
"Awak ni kan!"
Membebel Izz nada geram. Siap buat memek muka. Padahal memang salah dia pun. Sebab rasa malu. Izz terus masuk semula ke bilik air. Untuk mengambil wudhu kembali. Malas dia nak berperang mulut dengan Izhad. Sempat lagi dia terdengar Izhad membebel dan berpesan.
"Dia terkejut! Aku pula di salahkan?"
"Tunggu aku! Kita berjemaah sekali."
Untuk pertama kali. Dalam hidup Izz, dia dapat solat secara berjemaah. Berimamkan oleh suaminya.
Share this novel