Flashback kejadian Izz bangun secara mengejut diawal pagi pukul 4 pagi.
"Izz, bangun, Izz..."
"Bangun!"
Badannya, digoncang berapa kali.
"Izz, bangun!"
Izz terus terjaga dari tidurnya. Bila dikejutkan oleh Mas. Teman baik, juga teman serumahnya. Izz terus mengesatkan air matanya mengalir.
"Izz, kau okay tak ni?"
Izz masih lagi membeku.
"Terkejut aku!" Tiba-tiba terdengar suara orang menangis.
"Kau rupanya! Ingatkan siapa tadi?"
Itu, yang aku kejutkan kau terus. Takut aku. Kalau kau melarat menangis tanpa berhenti. Dah lah, tengah pagi buta ni, seram sejuk aku dibuatnya. Kecut perut aku tahu!
"Kau mimpi apa, Izz? Cuba kau cerita dekat aku?"
"Kenapa kau, menangis?" Apa, yang kau mimpi? Bagi tahu aku. Tak pernah lagi. Aku tengok kau menangis macam tu sekali. "Terkejut, wei!" Aku, dah fikir bukan-bukan tadi. "Dah lah pukul 4 pagi, tahu!"
"Aku tak tahu? Kenapa aku menangis?"
Izz, terus memeluk Mastura penuh erat. Terasa tenang dan selamat.
"Aku takut sangat Mas. Tadi dalam mimpi, ada orang kejar aku. Lepas tu, ada seseorang datang selamatkan aku. Lepas tu dia terus menghilang. Aku takut. Sebab itu aku menangis."
"Hmm... Kau ni... Mimpi je tu."
"Kut-kut? Suami kau, muncul tadi?"
"Suami?" Terpinga-pinga Izz. Apa yang dikata Mas sebentar tadi.
"Ialah, suami kau?" Takkan suami aku kut! Sempat bagi Mas menyakat.
Izz tergamam. Seakan tak percaya. Apa yang Mas bagi tahu.
"Kau, tak call dan tanya khabar dia ke? Dah nak masuk setahun. Call lah dia. Kau rindu dia ni..."
"Sekejap, Mas!" Matanya memandang tepat ke arah Mas.
"Suami?" Masih nada terkejut dan tak percaya.
"Bila masa aku kahwin!" Kata Izz masih lagi terkejut.
"Izz, Kau okay ke ni? Jangan buat aku takut!" Tapak tangan Mas mendarat di dahi Izz. Tanda risau di hati Mas.
"Izhad!"
"Suami kau!"
"Dah nak masuk setahun kau kahwin. Tapi, tak duduk sebumbunglah. Cuba, kau ingat balik?"
"Takkan suami sendiri pun, kau tak ingat?"
Geleng Izz laju.
"Kau dah kahwin. Masing-masing letak syarat. Lepas tu, kau ke hulu. Dan dia pulak, nun jauh ke Dubai." Tinggal lah kau sorang-sorang dekat Malaysia bersama aku.
Izz masih lagi membisu dan membeku. Dia masih lagi terpinga-pinga dan matanya melihat sekeliling. "Aku dekat mana ni?" Bisik hatinya.
"Korang ni... Nama je, suami isteri. Tapi, duduk berasingan. Suami kau pulak? Tak pernah nak tanya khabar langsung tentang kau. Sihat ke? Sakit ke? Main, lepas tangan je. Tahulah, bulan-bulan dia masukkan duit. Apa, salahnya bawa kau sekali. Kalau nak nikah gantung. Kesian aku tengok kau ni. Terpaksa sembunyikan diri. Macam orang pelarian tau..." Bila, Mas bersuara amarahnya. Sekali pakej membebel.
Izz tak ambil pod pun, bila Mas membebel. Dia masih keliru apa sebenarnya yang terjadi pada dirinya.
"Betul Mas!"
"Aku tak ingat langsung."
"Siapa Izhad?"
Dan, aku tak ingat...
"Bila masa aku jadi bini orang?"
"Bukan aku kemalangan ke, tadi? Mimpi tu pula?
Izz masih keliru dengan apa yang baru terjadi. Tangannya mengaru-garu kepala yang tidak gatal.
Dalam Mas sibuk membebel seorang diri. Mas terdengar gumam Izz.
"Kemalangan?"
"Bila masa?" Elok je kau tidur sampai mengigau. Siap menangis teresak-esak lagi.
"Kau mimpi je, tu...
"Mimpi?"
"Tak!"
"Aku tak mimpi!"
"Mas, tampar aku!"
"Tampar, kau?"
"Dah, buang terbiat ke, apa? Malam-malam buta. Suruh aku tampar kau?"
"Tampar, jelah!" Aku, tak marah pun."
"Betul ni... Jangan marah aku."
Baru je Izz nak berbicara lagi.
"Pang!"
Satu tamparan penuh semangat, Mas bagi dekat Izz. Belum sempat Izz kira 1,2,3. Tangan Mas sudah pun mendarat ke pipi gebunya.
"Aduh!"
"Sakitlah, Hoi!"
"Kau nak bunuh aku ke, apa?"
"Dah, kau suruh tampar? Aku, tampar lah! Kata, tak marah?"
"Kalau ia pun, kau nak tampar aku. Bagilah aku ready dulu." Aku tak sempat nak kira 1,2,3. Izz gosok-gosok pipinya menahan sakit.
"Sakit ke? Sorry, sorry... Meh, aku gosok."
"Sakit, tau..." Kau nak rasa! Cepat-cepat Mas menggeleng.
"Boleh tahan juga, kau tampar Mas. Kau ada dendam dekat aku ke, apa?"
"Sorry, sorry... Terkuat pulak. Hihihi..." Aku ingat kau mimpi lagi. Tu, yang aku bagi kuat sikit. Bagi kau sedar dari mimpi mengarut kau tu.
Masing-masing tergelak...
"Sukalah tu, dapat tampar aku kan."
"Hish! Kau ni. Mana ada..." Kau suruh, tampar laa. Aku ikut arahan je... Mas masih tersimpul malu. Terasa serba salah tertampar kuat.
Ini aku nak tanya kau. Aku dekat mana ni?
"Rumah kita lah?" Kau tak ingat?
Sambil tersenyum Izz menggeleng kepala.
"Izz... Kau ingat tak, kejadian semalam?"
"Kejadian semalam?"
"Kejadian apa?"
Izz pelik dengan soalan Mas.
"Kenapa?"
"Ada yang aku lupa ke?"
Geleng Mas laju.
"Saja, aku tanya..."
Mas hanya tersenyum. Mas berat hati nak cerita apa yang terjadi pada Izz sejak akhir ini. Sejak kejadian Izz pengsan. Mas bertambah risau keadaan menimpa Izz. Kalau dia cerita pada Izz. Mas takut Izz pengsan lagi. Tambah merisaukan hatinya. Kenapa Izz seperti tak ingat siapa dirinya?
"Mas!"
"Aku tanya ni... Ada yang aku lupa ke? Boleh pulak dia termenung."
Baru je, Mastura nak teruskan ceritanya. Cepat-cepat Izz potong cakap Mas.
"Dahlah, esok je kau sambung. Aku pening lah sebab kau tampar tadi." Izz tahu, Mas berat hati nak cerita.
"Okay-okay, aku stop." Nasib baik kau masih ingat aku, kalau tak? Aku, bagi tampor! Sekali lagi. Gumam Mas nada gurau.
"Mas..."
"Dahlah! Kau pergi tidur. Jangan lupa ambil wuduk dulu sebelum tidur tau.."
Mas ada bagi tahu dia tadi. Dulu dia pernah koma seminggu. Tapi, kisah dia koma masa remaja, dia ingat. Tapi, kejadian kemalangan yang tadi tu... Dia tak berapa pasti? Betul-betul terjadi atau hanya sekadar mimpi sahaja. Kisah dia dah jadi bini orang pun, dia tak ingat langsung?
Tapi kan...
"Bila masa, aku kahwin?"
"Apa, yang kau fikirkan tu? Berkerut dahi aku tengok? Aku tahu, kau masih lagi dilema. Jangan risau, aku kan ada. Kalau kau dah bersedia nak tanya. Kau tanya je aku. Insyaallah aku akan jawab. Pergi lah tidur."
Okay... Jawab Izz bersahaja. Tapi fikirannya masih lagi memikirkan. Apa sebenarnya terjadi kepada dirinya.
.
.
.
Seawal pagi sesudah subuh. Izz bersiap-siap mengenakan set baju senaman. Baju t-shirt lengan panjang dan seluar tracksuit yang dipakai ketubuhnya. Tudung bawal disarungkan keatas kepalanya dan dipinkan dibelah kiri dan kanan untuk menutupi dadanya. Kedua belah tangan disarungkan handsock sebagai berjaga-jaga kalau dia tak sengaja menyingsingkan lengan baju. Selepas itu Izz sarungkan stokin kaki dan memakai kasut.
Izz merasa suasana lain di sekitar sekelilingnya. Tapi, dia tetap terus niatnya. Untuk bersenam di taman. Ambil udara.
Setelah dia terjaga dengan mengejut, sekitar pukul 4 pagi tadi. Segala sekelilingnya seakan baru bagi dirinya. Fikirannya agak terganggu. Tambah pula ada mimpi baru tentang dirinya bersama orang lain. Hatinya merasa tak tenang. Izz memerlukan sedikit ruang untuk berfikir dan bernafas. Dalam ingatan dia. Masih tertanya?
"Siapa Izhad?"
"Dan siapa pula Mikael?"
"Aku pernah ada boyfriend?"
"Bila masa pulak, aku bercinta?"
Dan?
"Bila masa, aku dah kahwin!"
Takkan kemalagan tu. Buat aku hilang ingatan?
.
.
.
Memori hitam sukar dilupakan.
Cik...!"
"Kereta!!!"
"Kereta?" Bisik hatinya.
Langkah kakinya terhenti.
Kedengaran suara menjerit berulang kali ke arahnya. Dia menyangka. Orang itu menjerit ke arah orang lain.
"Qisya!!!" Terdengar pula suara kawan baiknya menjerit.
Qisya tak sedari, dia berada di tengah jalan raya. Perasan ingin tahu. Dia pun menoleh.
Tapi.... Baru sahaja dia ingin menoleh. Tanpa dia menyedari. Disebelah sisi kanannya, ada sebuah kereta yang sangat laju menuju ke arahnya.
Terkejut dan tergamam. Jeritan suara tadi tidak lagi didengari. Qisya masih lagi tidak berganjak dari tempatnya. Dia hanya merasa tubuh badannya ditolak dengan kuat sekali ke bahu jalan. Seakan melayang gerakkan perlahan. Tapi, tercampak seperti nangka jatuh tergolek.
Sebelum matanya terpejam rapat. Sempat, anak matanya melihat sekujur badan. Terlantar di atas jalan raya berlumuran darah. Sambil memandang tepat ke arah dirinya.
.
.
.
"Siapa mereka? Dalam hidup aku?" Aku pernah kemalagan teruk, ke sebelum ni? Sampai aku hilang ingatan, macam ini sekali? Izz mengeluh panjang. Kalau betul? Kenapa aku boleh ingat memori tentang kemalagan tu terasa baru terjadi?
Izz melepaskan keluhannya lagi. Bila teringat tentang kemalangan seakan baru terjadi.
"Siapa Qisya?"
Sepanjang perjalanan di berjoging pusing satu tasik. Izz tak berhenti berfikir tentang 'Izhad' dan 'Mikael?' Fikiran Izz asyik terganggu dengan mimpi yang dia dapat sebelum subuh tadi.
"Aku pernah pergi korean?"
"Tapi, mimpi tadi? Aku rasa macam betul-betul je aku ke pergi korea. Siap dapat boyfriend handsome pula tu?" Tersenyum-senyum Izz sendiri.
"A, la... Main tidur je tu. Bukan betul pun." Aku, mana pernah ada boyfriend pun. Hmmm... Tersenyum-senyum sendiri.
"Mengarutlah."
Izz dah mula perlahan rentak kakinya, dalam dia tak sedar. Fikirannya sudah jauh melayang. Izz jadi kurang fokus pada pergerakkan langkah kakinya. Secara tak sengaja dia berselisih bahu dengan seseorang. Membuatkan dia terjaga dari lamunan.
"Ohh.. Mak engkau!" Izz melatah.
"Maaf cik, saya tak sengaja." Kata gadis yang berlaga bahu dengan dirinya.
Tersimpul malu Izz sendiri. Secara tak sengaja, dia melatah.
"Tak pe dik, saya pun tak sengaja juga. Maaf yek" Kata Izz dan melemparkan senyuman sebelum masing-masing meneruskan jogging kembali.
"Malunya aku...." Tu la, jalan berangan lagi. Kalau Mas tahu, mesti aku kena membebel dengan dia.
Tiba-tiba, pergerakkan langkah kaki Izz menjadi perlahan. Kepalanya rasa, terhuyung-hayang. Izz terasa terdengar suara nyaring sebelah telinga kirinya.
Kenapa aku ni? Kenapa kaki aku macam tidak pijak di bumi yang nyata, aje? Pandangan mata aku pun kabul.
"Aku nak pengsan ke?"
Gerak hatinya. Izz pernah merasa perasaan seperti sebelum ini. Pertama kali dia nak pitam. Izz terus cepat-cepat menekan cuping telinga masuk ke dalam lubang telinga. Untuk hilangkan bunyi nyaring.
Cepat-cepat dia mencapai mana-mana pohon pokok. Sebelum Izz melabuhkan punggungnya berehat seketika. Izz duduk berhampiran ditepinya tasik buatan. Sambil memejamkan matanya.
"Jangan lah, kau pengsan Izz. Siapa nak tolong kau!" Mas tak ada ni... Akhirnya Izz terlelap seketika.
Share this novel