Bila Izz melihat reaksi raut wajah Safran terkejut. Sambil menyebut nama Izhad. Tanpa menunggu. Izz terus lari tergesa-gesa kearah rumah Tan Sri Omar tanpa mendengar penjelasan Safran. Izz dapat rasakan ada sesuatu terjadi pada Izhad.
Izz berlari tak tentu arah. Dia tidak pedulikan orang sekeliling memandang dirinya berlari tanpa alas kasut mahupun selipar. Tujuan dia hanya satu. Dia ingin melihat wajah orang yang dicintai sahaja. Biarpun dia baru sahaja terluka dengan kata-kata lafaz merentap jiwanya.
"Cintanya pada Izhad sentiasa tersemat dihatinya selamanya."
"Izz..., tunggu!" Jerit Mas. Sebelum melangkah mengejar Izz sempat lagi dia bertanya. Apa sebenarnya Safran ingin sampaikan.
"Cepatlah,"
"Cakap!"
"Kenapa?"
"Safran!" Jerit Mas, bila melihat reaksi muka Safran masih lagi diam membisu. Kerana terkejut sesuatu.
"Had!"
"Had, accident!"
"Dia kena langgar lari..."Kata Safran perasaan hiba.
"Apa?" Terkejut Mas.
"Abang Izzani baru bagi tahu tadi. Had terburu-buru keluar. Dia nak kejar Izz tadi." Mas terus berlari mengejar Izz. Mas bertambah risau. Izz mungkin akan pengsan kalau dapat tahu Izhad kemalangan.
Keadaan Izz tidak stabil. Sambil berlari, air matanya mencurah-curah mengalir deras di pipinya. Meronta-ronta hati ingin berjumpa dengan Izhad.
"Abang..." Dalam nada sedih dan hiba Izz berlari sambil mengumam. "Abang tak salah. Izz yang salah."
Izz nak minta ampun. Izz tahu, semua yang terjadi berpunca daripada Izz. "Maafkan Izz abang. Maafkan Izz..." Gumam Izz tak henti-henti. Bersama air matanya mengalir deras dipipinya. Dia berharap sangat, tiada apa-apa berlaku pada Izhad. Jantungnya tidak berhenti berdeyut kencang. Setiap kali terlintas, yang bukan-bukan pasal Izhad.
"Abang... Jangan tinggal Izz." Izz dalam kesedihan. Dia dapat merasa sesuatu yang terjadi pada Izhad.
"Izz terima, abang lepaskan Izz. Izz tak akan salahkan abang."
Izz berlari tak tentu arah. Sampai tak terkejar Mas dan Safran. Dada Izz tiba-tiba menjadi sesak dan sukar bernafas seperti biasanya. Rantai yang di pakai digenggam dan berharap tiada terjadi sesuatu pada Izhad. Tapi sangkanya salah.
Pergerakkan langkah kakinya menjadi perlahan. Bila melihat kereta ambulan baru melintasi dirinya. Sebaik sahaja dia tiba dipekarangan rumah Tan Sri Omar. Terkedu Izz seketika. Terkejut dan tergamam. Ramai orang di kawasan rumah Tan Sri Omar. Menggigil seluruh tubuhnya. Bila dia melihat susuk tubuh dalam pelukan Puan Sri Izlinda. Berlumuran darah di kepala dan di badan.
Dengan perasaan masih tergamam dan menggigil. Langkah demi langkah. Kakinya mendekati susuk tubuh yang sangat dia kenali. Baru aje tangannya ingin menyentuh tubuh orang amat dia cintai. Tangannya ditempis kasar.
"Jangan kau dekat dengan anak aku!"
"Disebabkan kau!"
"Had, accident!"
"Jangan kau dekat anak aku!"
"Memang patut pun kau kena cerai! Berambus kau dari sini. Kau bukan lagi isteri dia. Pergi!" Jerit Puan Sri Izlinda seperti kena rasuk. Cuba ditenangkan Tan Sri Omar disisi. Sebaik sahaja Izhad dimasukan kedalam perut ambulans.
Izz tetap ingin melihat Izhad... Dia tak peduli dengan kata-kata kemarahan Puan Sri Izlinda pada dirinya. Syahkila dan Zulfadli hanya memandang dari jauh. Mereka turut terluka dengan perbuatan daripada anaknya sendiri.
Dengan pandangan kosong, Izz melangkah mendekati Izhad yang sudah tidak sedarkan diri. Melihat raut wajah orang yang dicintai berlumuran darah. Tiba-tiba...
Dunianya menjadi gelap gelita. Pandangan matanya menjadi kabur. Menggeletar lutut kakinya. Badannya terasa terhuyung-hayang. Akhirnya Izz rebah kebumi.
"Izz!"
Jerit Mas dan Safran serentak. Nasib baik Izz. Sempat disambut oleh Izzani kebetulan mendekati Izz.
"Maafkan Izz... Abang..."
Gumam Izz sebelum matanya tertutup rapat bersama badannya yang longlai.
Suasana di hospital menjadi hiba. Seluruh ahli keluarga Izhad menanti penuh debaran. Izz masih lagi di rawatan bilik kecemasan. Safran dan Mas sahaja menghantar Izz dapat rawatan hospital swasta lain. Jauh daripada hospital rawatan Izhad. Mas tak nak Izz bertambah tertekan. Bila berdepan dengan ahli keluarga Izhad. Terutama Puan Sri Izlinda yang mulai membenci pada Izz.
Lama Izz dalam bilik kecemasan. Mas sangat risaukan keadaan Izz. Sudahlah kena lafaz cerai. Bekas suami pulak kemalangan. Tambah pula kedua orang tua Izhad dan orang tua Izz, tak percayakan Izz. Mas simpati apa yang menimpa sahabatnya itu.
"Izz, bangunlah Izz..." Mas panggil Izz berulang kali.
"Jangan tidur lama sangat... Kau buat aku takut Izz."
"Izz bertahan laa. Aku tahu kau kuat."
"Sampai hati Had buat Izz macam tu..." Dalam suasana sedih, geram pulak dia pada Izhad.
"Kau ni kan. Kalau Izz dengar, mesti dia bertambah sedih. Kita tak tahu Mas? Kita tak berada tempat Had. Mungkin berat hati dia nak lepas Izz. Mana kita tahu."
"Had, terlalu cintakan Izz. Aku tahu itu."
"Macamlah, aku tak tahu. Dia tu mudah sentap. Tak mustahil... Bila, dia melihat gambar itu. Dia terus percaya dan terus menghukum Izz tanpa siasat dahulu."
Malas dia nak berperang mulut dengan Mas. Pasti dia akan kalah. "Perempuan kan, selalu rasa dia betul. Nak menang je..." Mengomel Safran dalam hatinya.
Safran teringat perbualan dia dengan Izhad. Baru-baru ini.
"Safran, aku sangat sayangkan Izz. Macam mana, hidup aku tanpa Izz. Kalau tiba-tiba aku terpaksa berjauhan dengan dia?" Safran tak sangka. Apa yang dikatakan Izhad. Betul-betul menjadi kenyataan.
Risau aku melihat keadaan Izz tadi, Safran. Semua, orang salahkan dia. Sedangkan dia, tak pernah buat semua itu.
"Semua itu fitnah!"
Aku, sentiasa bersama Izz. Dia sanggup terperap duduk dalam rumah selama setahun. Demi nak jaga aib keluarga masing-masing. Aku tak percaya, Izz sanggup buat semua itu!
"Apa abang Zani bagi tahu tadi. Gambar tu macam gambar lama? Walaupun kelihatan baru di cetak." Kata Safran .
"Macam mana Qistina boleh ada gambar itu? Berkerut dahi Mas."
"Entah-entah?" Mas terfikir sesuatu.
"Apa dia, Mas?" Safran tak sabar nak tahu.
"Aku rasa, mesti gambar yang sama? Ex boyfriend Izz. Pernah dapat dulu."
"Apa dia Mas. Aku tak faham?"
"Nanti-nantilah aku cerita."
"Cerita lah..." Tak sabar Safran nak tahu.
"Iya... Aku cerita..." Baru sahaja Mas nak mula berbicara. Doktor yang merawat Izz keluar dari bilik rawatan.
Akhirnya Izz di pindahkan ke wad. Doktor mengatakan tekanan darah Izz tak stabil. Doktor menyuruh Izz banyakkan rehat selepas ini dan elak daripada memikirkan sesuatu boleh mendatangkan tekanan.
"Mas, kau nak balik? Aku hantar."
"Aku tak nak balik, aku nak teman kan Izz. Tiada siapa nak teman dia. Kalau dia terjaga. Aku takut dia kesunyian. Puan Syahkila ada pesan. Suruh tengok-tengokkan Izz."
"Kau, pergilah balik!" Mas menghalau Safran dengan kasar.
"Sampai hati, kau halau aku?" Gurau Safran.
"Yelah, takkan kau nak tidur dekat sini pulak!"
"Aku okay je." Kalau dapat berkepit dengan kau seharian pun aku sanggup.
"Dah, tak payah! Bertambah seram aku, bila dekat dengan kau."
Safran buat muka tanda tanya. Dan tergelak dengan kata-kata Mas.
"Kau takut suka aku kan!" Sempat lagi Safran usik Mas.
"Tolong sikit..." Balas Mas bersama reaksi muka menyampah.
"Ni, aku nak pesan dekat kau sikit? Apa yang kau tahu hari ni, pasal Izz. Jangan, bagi tahu sesiapa..."
Terutamanya "Had dan keluarga dia." Ini rahsia kita berdua je.
"Iya, tahu lah aku." Jawab Safran bersahaja.
"Kalau aku dapat tahu? Siap kau!"
"Garangnya."
"Hmm... Tak garang. Naik tocang." Mas membalas senyuman kerang busuk.
"Jangan sedih sahabat. Aku akan bawa kau pergi jauh dari sini. Sejauh jauhnya." Gumam Mas tapi didengari Safran.
"Kau, nak bawa dia kemana?"
"Adalah! Sibuk je..."
"Ingat sikit yek, walaupun Izz dah berpisah. Izz tu, masih dalam eddah lagi." Perli Safran.
Mas, buat mimik muka tak puas hati. Dia pun tak pasti dengan kata-katanya.
Di hotel ternama di Kuala Lumpur. Zulfadli lepak di cafe sambil menunggu Nizam. Niatnya pergi ke rumah Tan Sri Omar ingat berbincang pasal Izhad dan Izz. Pada mulanya. Tapi, Zulfadli tak menyangka. Dalam satu hari sahaja, hidup anaknya hancur dan musnah. Ikutkan hati, dia tak sanggup nak mengaku Izz sebagai anaknya. Tapi, sebagai seorang ayah. Dia masih menyayangi anaknya. Walaupun apa jua kesalahan, yang dilakukan. Zulfadli meletakkan semua kesalahan, atas bahunya dan dia merasa semua itu atas kesalahan dia sendiri.
Puan Syahkila di dalam bilik. Termenung jauh. Dia sangat-sangat kecewa dengan apa yang berlaku. Hubungan dia dan Puan Sri Izlinda, musnah angkara anak-anak. Sedih, malu, kecewa. Bila mengenangkan apa yang terjadi. Puan Syahkila melihat sekali lagi gambar separuh bogel dianggap itu anaknya. Sedang berpelukkan di atas katil. Berkerut dahinya, berkali-kali dia beristighfar. Dia tak percaya Izz sanggup buat semua itu. Bila puan Syahkila melihat sekali lagi. Dia dapat rasakan. Itu bukan anaknya. Dari bentuk tubuh badan dan tanda lahir. Semua tak ada pada tubuh anaknya itu. Cepat-cepat puan Syahkila mencari suaminya.
Di cafe hotel. Zulfadli menikmat kopi. Akhirnya Nizam sampai dan melabuhkan punggung dikerusi berdepan dengan Zulfadli.
"Nizam, ada apa nak jumpa uncle?" Soal Zulfadli. Fikirannya serabut memikirkan masalah anaknya Izz.
Sekeping gambar dihulurkan kearah Zulfadli.
"Macam mana, awak pun ada gambar nie?" Terkejut Zulfadli.
"Uncle malu, dapat anak macam Izz." Kata Zulfadli nada kecewa.
"Itu, bukan Izz uncle..."
"Ni, gambar sebenarnya. Nizam hulurkan gambar original. Siapa sebenarnya gadis dalam gambar yang sudah memfitnah Izz."
"Qistina?" Terkejut dan tak sangka-sangka Zulfadli.
"Betul ke, apa yang kamu bagi tahu uncle ni?" Zulfadli tak percaya apa yang baru dia lihat.
"Betul uncle. Ini gambar edit."
"Qistina berdendam dengan Izz. Dia berniat nak musnah dan hancurkan hidup Izz. Tapi, saya tak tahu sebab apa dia benci sangat dekat Izz. Iya, saya mengaku. Saya ada bagi cadangan pada Izhad. Suruh dia lepaskan Izz. Kalau keadaan bertambah teruk disebabkan Qistina."
Tapi dia tak sangka, Izhad lepaskan Izz disebabkan sekeping gambar fitnah.
Terkejut Zulfadli bila dengar pengakuan daripada Nizam.
"Tapi, kenapa? Kenapa, kamu suruh Izhad ceraikan Izz?" Had tahu ke? Gambar itu bukan Izz?
"Itu, saya tak pasti. Sebab saya tak tunjuk gambar asli. Saya hanya cakap? Kalau nak nyawa Izz selamat. Dia kena buat pilihan."
"Nizam ada jumpa dengan Izhad sebelum ini. Memang dia ada bagi cadangan, suruh Izhad lepaskan Izz."
"Apa pun terjadi! Aku, takkan lepaskan Izz." Kata-kata Izhad penuh yakin.
Tapi, Nizam tak tahu. Samaada, Izhad lepaskan Izz?Disebabkan kecewa? Atau nak selamat Izz daripada Qistina?
"Maaf saya uncle. Apa, yang saya tahu. Qistina memang sudah merancang lama, nak hidup Izz dan Izhad musnah!"
"Betul ke, apa yang kamu cakapkan ni?"
"Kalau uncle nak tahu. Qistina yang menyuruh ex boyfriend Izz. Mikael, yang langgar Izhad."
"Apa?" Terkejut Zulfadli lagi.
"Uncle, kita kena selamatkan Izz daripada menjadi mangsa Qistina lagi."
"Mikael sudah ditahan dengan pihak polis, uncle. Disebabkan kes langgar lari. Tapi, Qistina masih lagi bebas."
"Apa, plan kamu Nizam?" Uncle buntu sekarang. Bertimpa-timpa masalah yang datang satu persatu
"Uncle, izinkan saya bawa Izz. Lari dari sini?"
"Apa kamu cakap?" Ada reaksi terkejut diwajah Zulfadli.
"Demi selamatkan Izz. Saya nak bawa dia pergi jauh dari sini. Selepas eddah, saya akan jadikan Izz sebagai isteri saya. Saya janji akan sentiasa menjaga dia dan lindungi dia daripada Qistina atau bahaya yang datang."
"Macam mana uncle? Uncle izinkan?" Zulfadli ambil masa, sebelum bagi jawapan.
"Nizam nekad nak bawa Izz pergi jauh daripada Qistina dan juga sesiapa yang sudah sakitkan hati Izz."
"Dia tak nak Izz terluka lagi."
"Bagi uncle berbincang dulu dengan Izz. Dia kan masih lagi dalam eddah. Mana boleh keluar dengan lelaki lain. Kamu tahukan, dia masa dalam trauma selepas berpisah daripada Izhad."
"Iya, itu saya tahu uncle. Ini soal hidup dan mati. Kita tak ada masa."
"Bila, kamu nak bawa Izz?"
"Secepat mungkin... Saya nak bawa Izz keluar negara. Tapi, segala butiran identiti Izz. Saya nak minta tolong uncle urusan passport dan lain-lain."
"Kalau semua tu, kamu jangan risau. Uncle boleh uruskan..."
"Tapi, uncle janji dengan saya. Jangan bagi tahu sesiapa tentang gambar original ini. Saya takut nyawa Izz, dalam bahaya."
"Insyallah, uncle janji. Uncle nak Izz selamat dan bahagia. Itu je uncle inginkan."
"Saya janji dengan nyawa saya sendiri uncle. Saya akan lindungi Izz dan buat dia bahagia."
Zulfadli dan Nizam berbual di cafe hotel mereka tak menyedari ada sepasang telinga mendengar setiap perbualan mereka.
Izhad terselamat daripada nyawa dihujung tanduk. Izhad masih lagi tak sedarkan diri selepas operation.
Keesokan harinya Izz terjaga dari pengsannya. Terus dia bangun dan tergesa-gesa nak berjumpa Izhad. Tapi, niatnya dihalang oleh Mas. Setelah Izz memujuk rayu Mas. Baru mereka pergi ke tempat Izhad dirawat. Tibanya tempat dituju. Izz menyuruh Mas menunggu di dalam kereta. Izz tak nak Mas buat bising sekiranya Mas melihat dia dihalau oleh Puan Sri Izlinda. Dia tahu, itu pasti akan terjadi. Melihat Puan Sri Izlinda marah gila dekat dia sewaktu Izhad kemalangan. Dia tahu, mak mentua dia sangat membenci dirinya sekarang.
Izz cuba beranikan diri untuk melihat keadaan Izhad. Tapi... Sangkaan dia tepat. Bila dia masuk sahaja ke ruangan bilik yang diberitahu Safran. Dia dimarahi dan dihalau oleh Puan Sri Izlinda.
"Berani kau datang ke sini! Kerana kau, anak aku kemalangan!" Jerkah Puan Sri Izlinda.
"Keluar!" Jerit Puan Sri Izlinda.
"Pergi Kau dari sini!" Aku tak nak tengok muka kau dekat sini. Perempuan tak tahu malu!"
"Kau, bukan menantu aku lagi!"
"Pergi!" Tubuh Izz ditolak kasar.
Pilu hatinya. Sekelip mata, mak mentuanya membencinya. Ditelan air liur tapi, terasa perit di kerongkongnya. Sebak dadanya sambil memegang perut sebelah tangannya. Tiba-tiba terasa senak dibawah perutnya. Izz masih lagi mengunci mulutnya dari berbicara tentang gambar tempoh hari. Hatinya perlu kuat. Supaya tak mudah patah semangat. Walaupun dia hampir tersungkur dan pasrah.
"Lin!" Tegur Tan Sri Omar.
Izzati dan Izzani yang baru tiba. Membawa makan untuk mama dan papanya. Cepat-cepat dapatkan Izz. Yang jatuh tersembam ke lantai ditolak mamanya.
"Mama, apa ni?" Kalau ia pun marah. Jangan buat kak Izz macam ni! Kata Izzati berani membela Izz.
"Kak Izz, ditinggal abang Had selama setahun. Dia pandai jaga diri mama. Dia sanggup berkurung dalam rumah. Kalau mama nak tahu. Demi menjaga maruah abang dan rahsia abang Had daripada terbongkar. Zaman moden ni, siapa-siapa sahaja boleh edit gambarlah mama..." Izzati cuba membela Izz lagi.
"Jadi, selama ini. Kamu tahu?"
"Iya, adik tahu!" Saja adik diam je selama ini.
"Izzati tahu, sebab dia pernah selisih Izz dekat rumah Mas. Izzati dengan adik Mas kawan kolej. Keluarga Mas tahu semua kisah Izz. Mereka simpan serapat mungkin rahsia tentang Izz. Mereka sudah menganggap Izz seperti ahli keluarga sendiri. Dari situ Izzati tahu kisah kakak iparnya. Mas je, tak tahu. Adiknya berkawan rapat dengan adik ipar Izz."
"Bangun kak Izz..." Izzati memimpin dan mengangkat Izz supaya berdiri tegak.
"Terima kasih Izzati. Akak okay, tak luka pun." Cuba di senyum walaupun perit.
"Kenapa akak datang sorang aje. Mana kak Mas?"
Izz membulat mata. Pelik, macam mana Izzati kenal Mas? Kawan baiknya? Dia tak pernah cerita pun. Izz abaikan persoalan dalam fikirannya. Tujuan Izz, dia nak sangat berjumpa Izhad. Dia terlalu rindukan Izhad. Tidak tertanggung dek oleh hatinya. Walaupun, dia bukan lagi isteri kepada Izhad. Selagi dalam eddah dan bila-bila masa dia boleh rujuk kembali dengan Izhad. Tapi, dia tahu. Itu mustahil... Untuk dia kembali. Dia nak sangat melihat keadaan Izhad bekas suaminya itu. Dia terlalu rindukan Izhad...
"Akak, datang nak jumpa abang. Akak nak mintak maaf." Akak tahu semua ini terjadi disebabkan akak. Air mata Izz sudah berkaca-kaca, tetapi masih bertahan daripada mengalir hangat dipipinya.
"Tahu pun, diri tu buat salah dan kotor. Sebab tu, datang nak minta maaf." Perli Puan Sri Izlinda.
"Mama!" Kata Izzani dan Izzati serentak.
"Lin!" Tegur Tan Sri Omar sambil geleng-geleng perlahan memandang wajah isterinya. Menyuruh bininya berhenti membuat kekecohan.
"Izz, balik dulu yek... Nanti papa suruh Izzani call Izz. Kalau Had sudah sedar." Lembut bicara Tan Sri Omar. Walaupun, dia tak pasti betul atau tidak. Tan Sri Omar tak suka menghukum tanpa bukti yang sahih.
"Jom Izz, abang Zani hantar Izz kebawah."
"Izzani! Kamu duduk sini tak payah nak baik hati sangat nak pergi hantar. Bukan dia tak ada kaki pun!"
"Tak pe, abang Zani. Terima kasih. Izz pergi dulu."
Bila, Izz langkah keluar daripada bilik wad. Izzati berlari dapatkan Izz. Dengan arahan dari mata abangnya Izzani. Adiknya cepat tangkap dengan jelingan mata abangnya itu.
"Izzati nak kemana tu!" Jerit Puan Sri Izlinda.
"Ala... Mama ni? Adik lemaslah duduk dalam bilik ni. Adik nak ambil udara dekat keluar."
Izzati dapatkan Izz... Sebelum balik, Izz menyatakan hasratnya pada Izzati. Untuk menjaga Izhad diwaktu malam.
"Kak Izz jangan risau. Malam ni, giliran Izzati jaga abang Had. Apa-apa adik bagi tahu Kak Izz. Akak boleh datang jaga abang Had. Kalau abang Zani yang jaga. Adik akan bagi tahu abang Zani. Kak Izz jangan risau yek."
"Terima kasih Izzati. Masih percaya kak Izz. Walaupun semua orang bencikan akak." Kata Izz terdengar suara serak-serak basah. Tanda Izz dalam kesedihan.
Kak Izz... Adik percaya pada akak... Keduanya saling berpelukan.
Flashback perjumpaan Nizam dan Qistina.
Selepas Qistina berjumpa Mikael. Nizam pulak datang berjumpa Qistina sambil menepuk-nepuk tangan. Terkejut Qistina bila Nizam datang entah dari arah mana. Terjah berdepan dengan dia.
Nizam tersenyum sinis.
"Kau masih ingat gambar ni. Gambar you kan." Kata Nizam buat Qistina terasa tercabar. "Tapi, muka Izz." Nizam lemparkan gambar ke muka Qistina. Nizam tersenyum sinis lagi.
"Bagus permainan you Qis. You pernah buat Mikael berpisah dengan Izz." Sekarang you suruh dia hapuskan Izhad... Hebat kau Qis. "Hebat!" Tapi, tak cukup hebat, dimata aku. Cuba fikir? Kalau dia tahu, siapa pisahkan dia dengan Izz. Aku takut, bukan Izhad sasaran dia. Tapi, you... Nizam berjalan keliling Qistina. Sambil berbicara. Tersenyum sinis dibibir diselangi gelak ketawa berdekah-dekah.
"Kalau kau tak nak, tembelang kau pecah. Jangan sesekali mencuba ganggu Izz! Aku pernah bagi amaran dekat kau dulu. Kalau kau cuba cari pasal lagi dengan Izz. Kau akan berdepan dengan aku. Ingat!" Selepas Nizam pergi. Qistina ketawa berdekah-dekah seperti terkena rasuk.
"Kau ingat aku takut dengan ancaman kau. Apa, istimewa Izz, tu! Sampai semua tergila-gilakan kau. Aku, benci kau Izz! Sampai bila-bila aku benci kau, Izz!"
"Baik kau mampu je! Baru puas hati aku..."
"Izz!"
Hasrat Izz tercapai dapat temankan Izhad di hospital. Dalam keadaan badannya yang masih lemah. Dia gagahi jugak untuk menemani Izhad. Dia tak tahu, bila lagi dia dapat melihat wajah Izhad. Pintu bilik di buka. Barang yang di bawa. Di letakkan di sofa. Jantungnya berdenyut kencang. Bila melihat wajah Izhad yang lesu. Luhur hatinya melihat keadaan Izhad terbaring kaku. Melihat kepala Izhad di balut dan kaki masih ada kesan darah di balutan. Membuatkan hatinya bertambah pilu dan sedih.
Perlahan-lahan langkahnya mendekati Izhad. Tangan Izhad dicapai. Izz tahu Izhad sekarang bukan halal bagi dirinya lagi. Tapi, dia tidak dapat menahan perasaanya untuk menyentuh dan mencengkam tangan Izhad. Izz teringat sewaktu dia sakit dahulu. Izhad akan menggenggam erat tangannya. Sehinggalah dia sedarkan diri. Izz nak buat perkara yang sama. Supaya Izhad cepat sedar.
"Abang, maafkan Izz... Izz tahu, ini semua berpunca daripada Izz. Bangunlah abang... Izz janji, Izz tak akan ganggu hidup abang lagi. Izz mintak abang halalkan minum makan Izz selama ini. Izz harap abang sedar dan sentiasa sihat. Bangunlah... Jangan buat Izz takut." Gumam Izz cuba berborak-borak dengan Izhad. Dia berharap Izhad mendengar kata-katanya. Walaupun masih terlantar. Air matanya hangat menyentuh dipipinya. Sayu hatinya. Terasa pedih jiwa batinnya. Melihat orang yang tersayang. Masih terlantar dan tidak sedarkan diri.
Izz teringat kata-kata terakhir dalam hidupnya yang sudah menjadi kenangan.
"Sayang, terima kasih sayang. Terima kasih. Kerana sudi menjadi permaisuri dan bidadari abang sampai hari ini. Sayang bidadari terindah buat abang. Bukan hanya hari ini sahaja. Tapi biarlah ia kekal selamanya. Hidup dan mati bersama abang."
"Abang nak sayang tahu. Jikalau, terjadi apa-apa pada hubungan kita. 'Sayang tetap di hati abang.' Sayang mesti ingat itu. Rantai ini akan jadi peneman dimana sayang berada."
"Biar pun abang benci Izz sebanyak mana sekali pun. Izz tak akan salahkan abang. Izz sayangkan abang. Izz terlalu cintakan abang. Kalau diberi pilihan untuk ganti tempat abang sekarang. Izz sanggup berikan nyawa Izz buat abang."
"Abang bangunlah..."
Mengalir deras mencurah-curah air matanya di pipinya. Satu tangannya menggenggam tangan Izhad sekemas mungkin. Satu lagi mencengkam rantai. Dia tak akan lupa, kata-kata itu sampai bila-bila.
"Kalau di takdir kita tiada jodoh. Sayang sentiasa mencintai abang sepenuh hati sayang. Dalam hati sayang, hanya ada abang seorang sahaja." Luahan Izz sambil mengusap perutnya memandang wajah pucat Izhad.
Share this novel