Bermundar mandir Izhad menunggu diruang kecemasan. Izhad jadi tak tentu hala, bila fikirkan Izz akan tinggalkan dia. Perasaan hatinya berdebar-debar. Bila difikiran hidupnya akan gelap gelita tanpa Izz disisi. Segala apa yang pernah dia lakukan selama ini pada Izz. Muncul penyesalan tidak kesudahan.
Pintu bilik kecemasan terbuka. Berderau jantungnya. Bila melihat doktor keluar dengan reaksi muka serius. Air matanya hampir tertumpah sekali lagi. Bila doktor menyatakan Izz melepasi paras bahaya. Doktor ada bagi tahu. Kalau Izz tidak dibawa awal ke pusat rawatan. Nyawa Izz mungkin dalam bahaya. Izz bukan sahaja demam. Tapi, paru-paru Izz telah di jangkiti kuman. Tambah pula, kakinya makin membengkak.
Izhad memanjatkan rasa syukur tidak terhingga kerana Allah memberi dia peluang kedua untuk bersama Izz dan menghargai Izz selepas ini. Terus dia sujud syukur.
"Abang, janji sayang. Abang akan lebih menghargai sayang, selepas ini."
Izz selamat dipindahkan ke wad. Di bilik VIP oleh Izhad. Berita Izz dimasuk ke hospital diketahui oleh keluarga Izhad dan keluarga Izz Zulaika. Puan Sri Izlinda terkejut bila menantu kesayangannya masuk hospital. Bertambah terkejut mamanya lagi. "Macam mana anak sulungnya Izzani boleh berada di sana?"
Baru Puan Sri Izlinda teringat sesuatu. Izzani ada bertanyakan keberadaan Izhad dan Izz. Tahu-tahu je, anaknya sudah berada di kedah. Patutlah Puan Sri Izlinda perasan kereta milik Tan Sri Omar tiada di garaj, waktu pagi. Padahal suaminya ada di rumah.
Berita tentang Izz masuk hospital diketahui oleh Qistina dan Nizam juga. Perasaan Qistina pada mulanya happy tak terkata. Bila Qistina dapat tahu. Izz dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal.
Tapi, Qistina tiba-tiba naik angin. Bila, dapat tahu Izz sudah sedarkan diri dan selamat dari bahaya.
"Kenapa kau tak terus mati je? Menyusahkan aku betul lah!"
"Arghhh!"
Berkecai phonenya. Di hempas ke lantai. Qistina melepaskan perasaan amarahnya tak puas hati. Rancangnya tidak berjalan dengan apa yang dirancang. Dengan perasaan yang tidak terkawal. Habis semua barang-barang miliknya dicampak dan dipecah ke dinding, dan ke lantai. Akibat dia mengamuk. Hatinya membara, tak dapat buat hidup Izz merana.
.
.
.
Kedatangan Izzani ke rumah Tok Ma menjadi tanda tanya. Izz sudah terjaga dari pengsan dan kembali tidur semula disebabkan kesan ubat antibotik.
Berapa jam kemudian. Matanya dibuka perlahan-lahan. Terasa berat dikelopak matanya. Untuk melihat sekeliling. Dia masih lagi rasa mamai.
"Aku dekat mana ni? Dah sampai hospital ke?"
Izz baru teringat. Izhad kata nak bawa dia ke klinik atau hospital. Tapi bila matanya celik seluasnya. Dia melihat sekeliling.
"Aku dekat hospital ker?" Gumam Izz.
"Wow... Luasnya dan mewahnya... Jangan, Izhad bawa aku check in hotel, sudah?"
"Check in hotel mana ada bau ubat Izz... Aha, iya tak iya kan." Bisik hatinya.
Izz cuba mengerakkan tangannya. Tetapi terasa berat. Macam di hempap batu. Bila dia menoleh kearah tangannya.
Tersenyum Izz, melihat Izhad terbaring disisinya. Sambil memeggang kemas jari jemari dia. Sebelah lagi tangannya di masukkan air drip.
"Takut aku lari ke apa?" Kemas sangat, sampai tak boleh bergerak.
Izz cuba memanggil Izhad kerana tekaknya terasa sangat haus.
"Awak?" lemah nada suara Izz memanggil.
Dipanggil lagi Izhad. Tapi, masih lagi diam membisu.
"Pengsan ker?"
"Mesti penat, jaga aku sampai pagi."
"Terima kasih Had." Kata Izz sambil tersenyum.
Izz mengukirkan senyuman sambil menoleh sedikit dan memandang wajah Izhad, kepenatan. Dia cuba bangun perlahan-lahan supaya tidak mengejut Izhad yang kepenatan.
"Alangkah indahnya, kalau wajah ini. Aku tatapi setiap kali aku bangun dari tidur." Tersenyum Izz, bila melihat wajah Izhad yang tenang, yang sentiasa buatnya terpukau dengan wajahnya yang handsome sewaktu tidur.
Pandang lama-lama pun dia tak jemu. Geram pulak Izz melihat bibir milik Izhad. Bibir seksi yang selalu dia tunggu-tunggu. 'Bukan kissing bibir okay.' Tapi, ciuman prihatin Izhad. Setiap kali bibir seksi itu, singgah ke dahinya dengan lembut.
Izz cuba mencapai air botol di almari disebelah air drip. Air mineral mungkin di beli oleh Izhad tadi. Itu yang terlintas difikirannya. Tangannya cuba menggapai-gapai lagi. Tapi tak sampai. Izz tak nak membuatkan Izhad terjaga. Tetapi disebabkan pergerakkan tangan Izz tertarik-tarik. Membuatkan Izhad tersedar dari tidur lenanya.
"Sayang... Sayang nak air ke?" Soal Izhad. Mengejutkan Izz dari tadi fokus nak ambil air.
"Sayang?"
Bisik hatinya. "Aku salah dengar ker?" Izz hanya menganggukkan kepalanya. Berkelip-kelip matanya memandang Izhad yang sedang menuangkan air ke dalam gelas.
"Sayang, abang naikkan sikit katil ni yek."
"Sayang lagi?"
Betul ke apa yang aku dengar ni? Selalu depan keluarga dia atau keluarga aku je. Panggil macam tu? Izz melihat sekeliling. Kut-kut, memang ada family aku atau keluarga dia yang datang.
Terus Izhad ambil gelas berisi air dan menyentuh sedikit kepala Izz. Membantu Izz untuk minum dengan mudah. Tapi, perbuatan Izhad dihalang Izz.
"Awak, saya boleh minum sendiri." Awak rehat jelah. Dekat sofa.
Bilik dia duduk, macam hotel. Ada sofa, tv, peti ais dan ruang yang cukup besar. Muat lagi 4 katil.
"Awak mesti penat. Seharian menjaga saya." Kata Izz lembut dan tersenyum nipis.
"Tak pe, abang suapkan."
Baru saja Izz nak menolak lagi. Tetapi, gelas di tangan Izhad sudah mendarat dibibirnya. Izz cuba menggunakan tangan satu lagi supaya dia minum dengan selesa. Tapi, Izhad cepat-cepat melarang perbuatan dia.
"Kaki aku je, yang sakit. Bukan tangan?" Terpinga-pinga Izz melihat perbuatan Izhad.
"Aku ni dah salah makan ubat ke? Atau aku tengah bermimpi ni? Ke, aku salah masuk hospital kayangan ke, apa ni? Bilik punya lah besar. Aku duduk sorang-sorang aje. Lepas tu layanan tip top dengan suami sendiri."
"Wow..." Aku bermimpi ke ni? Bisik hatinya lagi.
Sesudah minum. Izhad bertanya lagi kepada dirinya. "Sayang nak apa-apa lagi?" Izz masih membisu. Melihat perbuatan Izhad. Tak seperti biasa. Izz tak puas hati apa yang baru dia lihat dan dengar. Berkelip-kelip matanya memandang wajah Izhad. Dia tak percaya. Dalam satu hari sahaja Izhad sudah berubah.
"Comfrim! Aku tengah mimpi ni." Mimpi, dapat suaminya melayan dia seperti bidadari. Terus pipi gebunya dicubit sekuat hati.
"Aduh, sakitnya..." Di gosok-gosok pipi yang sakit.
"Kenapa, sayang! Ada sakit mana-mana ke?" Tanya Izhad nada cemas. Baru Izhad nak letak gelas. Terkejut dengan jeritan sakit Izz.
"Tak ada apa... Saya okay."
Pelik Izz melihat reaksi Izhad. Terlalu risaukan dia.
Selepas gelas di letakkan rak laci. Izz tak puas hati. Dengan apa yang di lihat.
"Lapar? Nak makan." Nak, KFC boleh?" ujar Izz nada lembut dan teragak-agak. Takut kut-kut kena sembur tiba-tiba? Dikatakan, mengada-gada.
"Abang pun tak makan lagi. Kita makan sama-sama yek."
Terus Izhad keluarkan telefonnya dan membuka aplikasi grab food.
"Sayang tepi sikit..." Terkedu Izz. Bila mendengar permintaan Izhad nak duduk sekali atas katil. Tapi, dia ikutkan je.
Sambil melabuhkan punggungnya duduk di sebelahnya dan menunjukkan menu apa dia nak makan. Izz tergamam dengan kelakuan Izhad. Tapi, dilayan aje. Sesudah memilih makanan, Izhad masih lagi duduk di sebelahnya tidak berganjak sambil memegang tangan jari jemarinya.
"Sah." Laki aku tak sihat ni... Dia salah makan ubat aku ke, pagi tadi? Bisik hatinya.
Izz hanya perhatikan sahaja perbuatan Izhad. Dia pelik apa sebenarnya terjadi. Kenapa layanan Izhad terlalu baik. Tak marah dan berwajah bengis pun.
Kalau aku minta bulan dan bintang, dapat juga tak? "Izz, jangan nak buat pasal." Elok-elok kau makan KFC. Karang tak pasal-pasal kau dapat makan kaki pulak. Baik kau senyap je. Mood laki kau tu tengah baik tu... Terdengar bisik halus dalam hatinya.
"Izz beranikan diri memandang wajah Izhad. Mulutnya gatal nak bertanya. Apa sebenarnya terjadi. Sampai Izhad berubah 100 peratus. Perasaan tetap ingin tahu, meluak-luak. Tapi tak terkata.
"Kenapa, sayang pandang abang macam tu?" Abang tahu. Apa yang sedang sayang fikir sekarang. Tangan Izz diambil dan digenggam lembut. Dan dibawa ke bibirnya. Di cium lembut. Membuatkan Izz terkedu dengan perbuatan Izhad. Berkerut-kerut dahinya memandang wajah Izhad.
"Sayang, maafkan abang. Abang tahu? Abang banyak buat sayang terasa dan sedih dengan sikap abang. Izinkan abang menjadi suami dunia dan akhirat. Buat sayang dan anak-anak kita nanti."
"Abang, sayang. Sayang. Sepenuh hati abang. Jangan tinggal abang sayang. Abang tak sanggup, kehilangan sayang. Hati abang sakit. Melihat sayang tak sedarkan diri tadi. Doktor cakap. Kalau sayang lambat sampai... Sayang....
Tubuh Izz, di peluk dalam dakapannya penuh erat. Bersyukur Izhad sangat-sangat. Doanya di makbulkan. Menitis airnya buat kali pertama. Di depan Izz.
"Aku tak salah dengar ke ni?" Berkata zz pada dirinya.
"Abang tak sanggup kehilangan sayang dalam hidup abang. Abang tak kisah, apa yang Qistina bagi tahu. Yang pasti?" Kata hati Abang pada Izz? Tak pernah berubah selama ini. Abang?
"Abang, cinta dan sayangkan Izz." Gugup Izhad meluahkan isi hatinya.
Izz tergamam bila mendengar pergakuan Izhad. Dan melihat Izhad menangis kerana dia. Izz tak percaya. Lelaki yang sentiasa angin dan benci dengan dirinya. Sebenarnya menyayangi dan mencintai dia.
Baru je Izhad nak bagi ciuman kasih dan sayang pada Izz. Dibibir manis Izz. Tiba-tiba kedengaran...
Tok! Tok! Tok...
Masing-masing terkejut dan memandang kearah pintu.
"Boleh abang Zani masuk. Sorry menganggu." Belum bagi masuk. Pintu dah dibuka.
Nasib, Izz sudah siap sarung tudung di kepala.
"Abang Zani?" Terkejut Izz.
"Kacau daun lah abang ni." Sounds Izhad.
"Abang Zani? Bila sampai?" Kata Izz sedikit terkejut. Dia sakit kaki je. Takkan datang jauh semata-mata nak melawat dia. Fikir Izz terpinga-pinga.
"Ala, abang ni kacau betullah! Baru Had nak manja-manja sikit."
"Abang dah nak balik ni." Tu, nak jumpa sekejap nak bagi tahu. Abang nak balik, rehat rumah tok dulu. Sebelum balik Kuala Lumpur. Lama sangat tinggalkan kereta papa dekat rumah Tok. Takut hilang pulak kereta kesayangan papa. Bising pulak orang tua tu, nanti. Izzani pinjam kereta Tan Sri Omar sebab keretanya masuk bengkel.
"Jap, Had hantar."
"Tak pe Had. Abang balik naik grab je."
"Abang nak balik tidur dulu sebelum balik. Sebab kau berdua punya pasal lah, abang mengantuk gila ni." Mengomel Izzani.
Izz memandang pada Izhad minta jawapan...
Izhad faham maksud pandangan Izz.
"Nanti abang cerita dekat sayang."
"Okay, abang. Pergilah berehat rumah tok dulu. Mangga tok banyak tu. Tok suruh bawa balik. Nanti kaitkan untuk kitaorang sekali boleh hihihi." Kata Izhad saja mengusik abang Izzani.
"Amboi-amboi... Banyak hensem muka kamu. Suruh aku pulak yang kait."
"Kau tak balik ke?" Soal Izzani.
"Kejap lagi Had balik."
"Alang-alang abang Zani nak balik. Abang pergi la, hantar abang Zani. Izz dah okay sekarang ni." Kata Izz. Dia tahu Izhad penat dan tak cukup rehat.
"Tapi, abang nak teman sayang?" Sayang tak suka abang teman ke?
"Hish, mana ada... Sayang lagi suka."
"Nanti, abang datang lah balik. Ambil baju ke? Bawa nasi ke? Bawa mangga ke?" Gurau Izz sambil tergelak. Izz bukan tak suka Izhad menjaganya. Dia lagi suka. Bila Izhad manjakan dia. Tapi, melihat suaminya tak cukup rehat. Izz rasa serba salah.
"Abang janganlah risau. Izz okay."
"Betul ni?" Tapi... Izhad ragu-ragu nak tinggalkan Izz. Hatinya masih risaukan Izz.
"Iya betul, sayang dah sihat ni." Apa-apa nanti sayang call.
"Abang balik lah." Temankan Abang Zani.
Tapi....
"Jangan lupa datang balik tau." Kata Izz malu-malu tapi mahu.
"Janji, abang datang balik. Sayang takut tidur sorang-sorang. Bilik besar, sangat." Saja Izz buat nada manja. Tapi, sebenarnya. Dia memang takut pun. Tempat baru pertama kali. Luas pulak tu. Dia tak suka duduk hospital. Trauma, bila kena tahan. Risau pulak di hati Izz. Izz, takut Izhad berubah hati macam sebelum. Bila malam menjelma. Izhad tiba-tiba... Cepat-cepat Izz istighfar. Minta jauhi apa yang terlintas difikirannya.
"Okay, abang janji. Abang datang balik." Jap yek, sayang. Malam ni abang temankan sayang. Izz tersenyum pahit. Dia takut Izhad berubah hati lagi.
Izz, melihat Izzani dan Izhad melangkah keluar dari pintu sehinggalah tertutup kembali. Perasaan Izz tiba merasa hiba dan sedih. Dia takut. Kalau Izhad tak kembali temankan dia.
Tiba-tiba Izhad masuk kembali. Terpinga-pinga Izz melihat Izhad? Tiba-tiba kembali... Cepat-cepat dikesat air matanya.
"Abang ada tinggal sesuatu ke?" Soal Izz.
"Ada!"
"Abang tertinggal buah hati abang." Gurau Izhad tapi masih risaukan Izz. Membuatkan Izz dan Izhad tertawa bahagia.
"Amboi... Dah mula la tu, ulat bulu nak naik daun. Hampir saja dia terlepas cakap.
"Abang nak cium isteri abang jap." Terus Izhad mencium dahi Izz dengan penuh kasih sayang.
"Terima kasih sayang sudah bertahan hidup, untuk bersama abang lagi."
"Sayang... Tunggu abang yek!" Sayang jangan takut. Malam ni, abang ada disisi sayang.
Tersenyum Izz. Mendengar kata-kata manis dari Izhad. Izz pulak beraksi menyambar tangan Izhad sebelum pergi.
"Datang tau, jangan mungkin janji..." kata Izz, risau kalau Izhad berubah hati tiba-tiba.
Dahi, Izz dicium sekali lagi. Rasa tak sanggup Izhad berpisah dengan Izz. Itu yang dia rasa. Bila sudah mulai mencintai Izz Zulaika sepenuh hatinya. Tidak sanggup dia berpisah walaupun sesaat.
Izz jugak merasai benda yang sama. Dia juga sudah lama menaruh hati dekat Izhad. Tapi, kehadiran Qistina buat dia ragu-ragu untuk membuka hatinya sepenuh hati. Hari ini dia sudah dapat jawapan.
"A, lah... Takkan cium dahi je." Bisik hati Izz nakal. Siap muncung bibir kedepan. Kecewa.. Bila melihat Izhad, baru nak melangkah pergi.
Tiba-tiba Izhad kembali. Meragut bibirnya. Memberi ciuman asmara. Buat isteri tercinta. Ciuman bukan curi-curi lagi. Tapi, ciuman penuh rasa kasih sayang meluak-luak dilepaskan. Terkedu dan tergamam Izz, tak terkata. Terasa sangat bahagia.
.
.
.
"Semasa di dalam kereta menuju ke rumah Tok. Izhad bertanya pada Izzani. Macam mana abang Izzani boleh sampai ke rumah tok. Izzani bagi tahu. Dia terdengar perbualan Izz dan dia bertengkar cakap pasal cerai. Akhirnya Izhad ceritakan perkara sebenarnya dekat Izzani. Dari awal cerita. Macam mana dia dan Izz boleh berkahwin.
Terkejut tak terkata Izzani. Marah gila Izzani dengan perbuatan Izhad. Menipu keluarga dan berlaku kejam terhadap Izz. Izzani tak boleh terima, bila Izhad bagi tahu, Izhad tinggalkan Izz selepas sahaja, mereka di ijab kabul.
"Abang tak tahu nak cakap apa? Baik kamu cepat bagi tahu mama papa. Sebelum keadaan bertambah lagi, teruk." Ujar Izzani.
Sebelum abangnya balik ke Kuala lumpur. Abangnya ada nasihatkan dia. Supaya lebih menghargai Izz selepas ni. Izzani juga menyuruhnya berterus terang perkara sebenarnya dekat keluarga mereka. Supaya tak berlaku salah faham antara keluarga Izz dengan keluarga mereka nanti.
Pasal Qistina, abang Izzani nasihatkan. Supaya jangan mudah percaya bulat-bulat kata-katanya. Dan menyuruh dia siasat dahulu. Sebelum bertindak. Izzani tahu sangat. Sikap Izhad yang suka bertindak tanpa usul periksa. Tak pasal-pasal, awal pagi dia makan penumbuk. Baru ingat nak makan nasi daging. Tapi, tangan Izhad yang dia rasa dulu.
Izzani lebih percayakan Izz daripada Qistina. Betul abangnya tak pernah jumpa Qistina. Tapi abangnya memilih untuk lebih mempercayai Izz.
Kenapa, dirinya dulu. Tak cuba untuk mengenali isi hati Izz. Kenapalah dia boleh percaya kata Qistina lagi?
Izhad teringat. Kata-kata Safran. Last dia berbual-bual dengan Safran dekat rumah Izz. Dia ada call Safran dan mengadu pasal terjumpa Qistina balik dekat rumah Izz. Dan dia juga ada cerita. Apa yang Qistina bagi tahu dia pasal Izz. Tak pasal-pasal, dia yang kena memarah dengan Safran.
"Kau jangan jadi bodah Had!" Kau lebih percaya kata-kata Qistina daripada isteri kau sendiri? Aku tak pernah percaya langsung. Kata-kata ular sawa macam Qistina. Aku minta maaf kalau buat kau terasa. Tapi, aku nak kau fikirkan balik masak-masak, sebelum kau menyesal. Kalau betul apa kau cakap Izz yang derma darah tu. So Izz yang patut kau kejar bukan Qistina.
Kata-kata Safran buat dia fikirkan banyak kali. "Apa sebenarnya tujuan Qistina cakap macam tu pada dia?" Izhad bersyukur sangat dia tak terlepas kata keramat yang membuat Izz terluka dan membuatkan dia menyesali seumur hidup dia.
Doktor Kamarul ada call Izhad. Sebaik Izz di masukkan dalam wad kecemasan. Doktor Kamarul sudah tahu siapa yang dermakan darah pada dia.
Betul-betul buat Izhad jadi keliru dan terkejut. Rupanya darah yang mengalir dalam tubuhnya. Jenis darah yang sama yang mengalir dalam tubuh Izz. Mula-mula dia tak percaya. Rupanya masa Izz datang buat rawatan kaki. Doktor Kamarul ada ambil sampel darah Izz dan dibawa ke makmal. Doktor Kamarul baru perasaan rekod darah Izz. Terus dia mencari data Izz. Pernah ke, Izz menderma darah di hospital dia sebelum ini. Akhirnya Doktor Kamarul dapat jawapan dan terus bagi tahu Izhad.
Doktor Kamarul tergerak hati untuk cari rekod penderma sebelum ini. Sebab Safran mulut tempayan. Habis kisah Izhad dia cerita.
.
.
.
Dalam perjalanan pulang ke apartment. Izhad diikuti seseorang dari belakang. Izhad tak sedari. Ada seseorang mengekorinya. Sebaik dia sampai di depan pintu lif.
Sampai dekat lif. Izhad terus menelefon Izz.
"Sayang abang dah sampai. Cepatlah balik. Rindulah..."
"Okay, sayang naik sekarang," balas Izz. Izz masih lagi tidak pindah sepenuhnya di rumah Izhad. Barangnya masih banyak di rumah Mas. Bila Izhad ada kerja dan urusan luar. Izz akan balik ke rumah Mas.
"Pintu grill dan pintu depan. Abang biarkan tak berkunci. Nanti masuk je. Abang mandi jap tau. Abang nak wangi-wangi dulu. Cepat naik. Abang tak sabar nak peluk sayang." Belum sempat Izhad habiskan ayatnya lagi. Talian sudah terputus.
Izhad bercakap tak tengok kiri kanan. Tapi, ada yang mendengar dan sakit hati dengan perbualan Izhad.
Baru sahaja Izz nak melangkah keluar dari pintu. Bersama dengan beg kertas yang berisikan baju juga makanan. Mesej Izz berbunyi.
"Sayang, naik cepat. Bahaya, pintu tak berkunci. Abang, masih teruna lagi. Diselitkan sekali emoji love. Lagi satu, jangan lari-lari. Naik je lif cepat sampai. Jangan gatal nak naik tangga. Kaki tu bukan baik sepenuhnya lagi. Ingat!"
Tersenyum-senyum Izz membaca mesej dari Izhad. Sempat lagi suaminya membebel kepada dirinya. Izz hanya balas dengan emoji love banyak-banyak. Tak sabar dia nak naik berjumpa dengan suami tercinta.
Perubahan Izhad pada dirinya. Betul-betul berubah sepenuhnya. Izz suka mendengar Izhad membebel dan marah manja kepadanya. Kadang-kadang saja dia buat tak dengar arahan Izhad. Dia ingin melihat Izhad betul ker sayang dan mencintai dia sepenuh hati. Dalam hati Izz sentiasa risau dan takut. Dia takut semua itu hanyalah sementara sahaja.
Share this novel