Bab 12

Romance Completed 27497

Tengah Izz melayan mata sebelum tidur. Satu pesanan masuk. Tertera nama 'suami misteri.' Nama yang disimpan oleh Izz sendiri. Nama sebelum ini, dia buang. Izz rasa nama 'suami misteri' lagi mudah dia ingat.

-Suami Misteri-

"Asalamuaikum. Aku nak ingatkan. Sabtu ni, jangan lambat. 6.40 pagi tunggu aku dekat pintu masuk security guard."

Izz hanya balas mesej gambar 'emoji tabik hormat.' Tiada kata-kata panjang lebar. Balas daripada Izz.

Tapi, dari sudut pandangan Izhad. Menahan geram.
"Punyalah panjang aku hantar? Kau balas emoji je!"

"Geram betul aku dengan minah ni!"

"Maaf yek encik suami. Sekurangnya aku balas juga mesej awak hantar." Tersenyum bahagia Izz. Dapat jugak dia balas geram dia pada Izhad. Dia dapat rasakan. Izhad mesti geram gila dia sekarang ni.

Hari yang di tunggu sudah tiba. Izz terlambat bangun. Dia bersiap ala kadar sahaja. Tapi, tetap nampak cantik dan ayu. Bila Izz teringat kejadian tempoh hari. Bila dia kena halau dengan Izhad. Malas dia nak ikut balik ke rumah mentuanya. Tapi... Disebabkan Izhad mesej dia terlebih dahulu. Berbunga juga hati dia. Dia pun, ingin tahu? Betul ke, Izhad ni. Tidak ada hati langsung dengan isteri yang dia nikahi sebelum ini? Walaupun dia ingat semua memori 'misteri Izz Zulaika.' Tapi, hatinya berkobar-kobar ingin tahu. "Siapa Izhad ini?" Kenapa dia benci sangat! Dengan orang yang sudah selamatkan hidup dia?

"Alamak! Aku dah lambat!"

Kalau ikutkan perancangan Izz. Dia nak keluar 15 minit awal. Tapi sayang... Dia terlambat bangun. Gara-gara terlalu teruja nak berjumpa keluarga belah mentuanya. Matanya susah nak pejamkan mata.

'Sandal Fila Drifter Jacked' warna hitam siap disarung. Beg luggage yang hitam juga siap untuk di tarik. Izz bergegas keluar menuju ke lif. Langkahnya, menjadi tak tentu arah. Matanya asyik melihat jam telefon berulang kali. Dia tahu, dia sudah terlambat. Izz tak suka pakai jam tangan. Jadi, jam telefonnya yang jadi mangsa. Tangan kanan memegang telefon. Tangan kiri pula menarik beg roda. Perasaan dia menjadi gelisah. Jantungnya jangan cakap lah. Dari dia melangkah keluar, bertambah kencang jantungnya bergelora.

Dia risau, kalau di marahi Izhad. Kalau dia terlambat. Yang dia paling risau? Kalau Izhad tahu, dia satu apartment. Jarak lif dengan rumahnya kena langkau 4 unit rumah jiran tertangganya. Kedudukannya sama dengan rumah Izhad. Cuma beza tingkat sahaja.

Mula-mula begnya ditarik. Bila Izz merasa terlalu lambat langkah kakinya. Terus dia menggendong beg luggage dan berlari anak menuju ke lif secepat mungkin. Niat hatinya nak turun tangga sahaja. Tapi, disebabkan sudah terlambat. Izz rasa, tak sempat dia nak turun anak tangga. Jadi, dia tawakal je. Kalau-kalau terserempak dengan Izhad. Tapi, dalam hatinya berharap sangat. Dia tak bertembung dengan Izhad.

Sampai sahaja depan pintu lif, Izz menekan butang tanda turun. Sambil melihat nombor lif. Izz bertambah tertekan. Bila melihat hanya satu lif sahaja yang boleh digunakan. Sebelah lagi lif tidak berfungsi.

"Aduhi... Masa ni lah. Lif satu lagi nak rosak." Nasib baik bukan dua-dua sekali, dia buat hal. Kalau tidak, terpaksalah aku gagahi juga turun anak tangga ni.

"Cepatlah... Lif sayang hoi!" Aku dah lambat ni..." Mengumam Izz sendiri.

"Nak turun tangga ke? Nak naik lif?" Izz berperang dengan perasaannya sendiri. Nombor 8, 7 dan akhirnya lif terbuka luas didepannya.

Izz terus masuk tanpa melihat sekeliling. Tiba-tiba? Ada bayang-bayang susuk tubuh menegurnya?

"Ohhh!"

"Patutlah!"

"Tak nak aku ambil!" Perli mamat di belakangnya.

Tergamam Izz. Bila mendengar kata-kata yang keluar dari suara yang tidak asing bagi dirinya.

Nak tak nak? Terpaksa dia menoleh ke belakang? Terkejut tak terkata Izz. Bila melihat wajah Izhad yang tersenyum sinis, melihat dirinya. Izz hanya mendiamkan diri. Dia tak tahu nak cakap apa? Apa dia rasa? Mukanya kepanasan dan jantungnya berdegup kencang seperti berlari seratus meter.

"Itulah Izz! Lambat lagi! Tak pasal-pasal terkantoi. Nak lari pun dah tak sempat ni." Bisik hatinya.

"Ohh... Patutlah, tak nak aku ambil? Rupanya? Hmm..." Mengumam Izhad perlahan. Menusuk pedih ke hulu hati Izz sekali lagi.

Izz buat-buat tak dengar kata-kata Izhad. Muka Izz jangan cakaplah. Terasa panas dan malu setiap kali mendengar perli dari Izhad.

Pintu lif terbuka. Izz cepat-cepat keluar dahulu dan menunggu Izhad pula keluar dari perut lif. Izz mengikut langkah kaki Izhad dari belakang menuju ke kereta.

Sampai je dekat kereta...

"Nah!"

Beg di tangan Izhad di hulur kasar oleh Izhad.

"Ambil beg luggage ni. Masuk ke dalam bonet!" Kata Izhad kasar.

"Dia ni kan?"

"Sabar Izz, sabar." Tangannya digenggam menahan geram. Sambil mengosok-gosokkan dadanya menahan amarahnya. Tanpa banyak soal. Di ambil beg luggage Izhad yang sama jenis dengan begnya. Dan masuk ke dalam bonet kereta.

Sebaik sahaja beg di susun ke dalam bonet. Izz melihat ada barang-barang lain di dalamnya.

"Wah." Banyaknya barang. Mesti ole-ole dari Dubai kan?

"Nak juga!"

"Jangan perasan Izz. Tak ada nama awak dekat situ."
Mengomel Izz sendiri. Sebelum menutup kembali bonet dan melangkah masuk ke dalam perut kereta "gah" Izhad. 'Honda Civic Silver Metallic.'

Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kereta. Terus Izhad memecut laju menuju ke rumah Tan Sri Omar dan Puan Sri Izlinda.

Di dalam kereta. Izz ambil keputusan mendiam diri. Izhad pula fokus memandu. Tiada bunyi masing-masing memulakan perbualan. Hanya kedengaran bunyi musik radio sahaja diantara mereka. Tapi, sekali sekala mata milik Izhad menjeling kearah Izz.

"Kenapa dia senyap?"

"Dia masih marah dekat aku lagi ke?" Tak boleh jadi ni? Kalau dia bad mood macam ni, sampai dekat rumah. Apa, kata mama papa?

Sampai sahaja di trafik light. Izhad memandang Izz lagi. Dari awal Izz masuk ke dalam keretanya. Izz hanya memandang luar jendela sahaja. Senyap dan membisu.

Dalam fikiran Izz pula? Dia sebenarnya tak tahu, apa perlu dia bualkan. Kalau dia tersalah cakap. Dia juga yang kena. Terkejut dalam lif tadi. Masih lagi tak hilang. Pasal kes tadi pun? Masih belum dibincangkan lagi.

Dengan perasaan berbelah bagi. Izhad beranikan diri memegang jari jemari Izz dengan lembut. Terkejut Izz dibuatnya, dengan reaksi spontan Izhad.

Mata Izz memandang tajam ke arah Izhad. Sekejap ke arah Izhad. Sekejap, mata dia melihat ke arah tangannya di genggam erat. Izz macam tak percaya. Apa yang berlaku?

"Bukan dia marahkan aku ke tadi? Tiba-tiba pulak jadi romantik? Sakit ke, dia ni?"

Izz cuba menarik kembali tangannya. Tapi, genggaman Izhad semakin kemas. Sukar dilepaskan. Mata Izhad masih memandang ke hadapan. Tapi, tangan dia masih digenggam erat.

"Hish, dia ni?"

"Dah kenapa? Tiba-tiba, pegang tangan aku? Tiba-tiba je, nak jadi romantik? Buang tabiat ke apa?" Gomel Izz dalam hati.

Tanpa berkata apa-apa. Izz masih berusaha keras untuk menarik tangannya kembali. Dalam usaha dia menarik tangan kembali. Izz terdengar suara garau. Keluar dari mulut seksi suaminya itu.

"Sorry!"

Terus Izz memandang kearah Izhad. Dengan seribu tanda tanya? Berkelip-kelip matanya.

"Maaf?"

Izz buat-buat tak faham. Tapi, memang dia tak faham pun. Fikiran dia jauh melayang. Memikirkan apa yang akan terjadi pulak dekat rumah mak mentuanya.

"Aku minta maaf..."

"Iya lah... Maaf untuk apa?"

"Apa saja, yang buat awak kecewa dan terasa hati."

"Hmm." Izz masih tak faham maksud maaf daripada Izhad.

"Aku tahu, semua yang terjadi ni salah aku?"

"Hmm... Okay!" Jawab Izz dengan pantas.

"Okay?"

"Iya... Saya maafkan."

Izhad macam tak percaya. Semudah itu Izz maafkan dia.

"Saya, pun nak minta maaf." Sebab rahsiakan, dekat awak. Dekat mana saya tinggal dan pasal tempoh hari pun. Saya nak minta maaf sekali lagi. Saya tahu awak terasa hati dengan saya kan?

"Sorry..."

Tiba-tiba suasana menjadi riba dengan luahan maaf daripada Izz. Terus dia memandang Izz seketika dan kembali memandang kehadapan. Kenapa dia terasa lain dengan Izz. Tak seperti setahun lepas? Sebelum dia tinggal Izz?

"Betul ke? Awak dah ada buah hati?" Kata Izhad dengan nada lembut. Walaupun, Izz sudah bagi tahu dalam mesej. Tapi, Izhad nak dengar kejujuran jawapan daripada mulut Izz sendiri.

Izz cuma tersenyum lebar.

"Hish dia ni! Tersenyum pulak."

"Jangan senyum!" Marah dalam hatinya yang tak terluah.

Kenapa setiap kali Izz tersenyum? Hati aku mesti bergelora. Walaupun pun, hanya tersenyum? Perempuan seksi tak cukup kain tersenyum pun. Aku buat tak tahu dan tidak rasa apa-apa pun. Termasuk orang yang pernah dia cintai. Kenapa aku berfikir begitu? Apa yang kau dah buat dengan aku "Izz Zulaika!"

"Saya mana ada buah hati." Dari dulu hingga sekarang...

Izhad sekilas pandang. Tiba-tiba buat Izz tersedar siapa dia sekarang.

"Sayakan masih isteri orang. Saya tahu, mana baik dan mana buruk." Awakkan dah letak syarat. Suruh saya jaga nama baik awak dan family awak. Selagi kita masih suami isteri. Betul tak? Izz main teka.

Yang saya mesej tu, 'Mas.' Kawan baik saya dan juga housemate saya.

"Mas, kawan awak tempoh hari tu, dekat mall tempoh hari?" Soal Izhad.

"Aha, dia lah satu-satunya kawan rapat, sehati dan sejiwa. Dia juga buah hati saya. Susah senang kami bersama."

Lega hati Izhad. Bila mendengar luahan ikhlas daripada mulut Izz.

"Awak, boleh lepaskan tak? Tangan awak ni?"

"Bukan, awak suka ke?" Hari tu, ke main awak nak cium-cium tangan saya!

"Hish!"

"Bila masa?"

"Aku bagi peluang dekat awak. Nak pegang tangan saya sepuas-puasnya."
"Berpeluhlah." Awak selesa ke? Bahaya kut memandu sambil memegang tangan? Kata Izz susah hati. Walaupun hatinya sedikit berbunga.

Izhad tak tahu. Kenapa, dia sukar nak lepaskan tangan Izz. Semasa dia demam pun. Dia selesa sangat dapat memegang dan menggenggam jari jemari Izz.

Hati Izhad terasa bahagia selepas luah kata-kata maaf dan mendengar luahan hati Izz. Walaupun banyak lagi dia ingin tanya. Tapi, dia tak nak rosakkan suasana. Macam tempoh hari.

Tangan Izz digenggam sehinggalah sampai ke rumah Tan Sri Omar dan Puan Sri Izlinda. Tiba-tiba Izhad terasa bahagia. Dia sendiri tak tahu kenapa? Nak je, dia cium-cium tangan Izz ketika itu. Tapi, dia tak nak Izz salah sangka. Atau salah faham. Dengan perbuatan dia. Izhad tak nak, Izz ingat. Dia sudah jatuh hati? Dia sendiri tidak tahu. Perasaan apa yang dia rasa? Kenapa, dia jadi kasihan dan tersentuh hati. Setiap kali dia melihat wajah yang pernah dia maki dan benci sebelum ini.

"Maafkan aku Izz. Sebab tinggalkan tanggungjawab aku dekat kau selama ini." Kata-kata itu tak dapat dia luahkan pada Izz. Terasa berat mulutnya ingin luahkan. Hanya bicara hati yang berkata-kata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience