Bab 25

Romance Completed 27497

Selepas solat maghrib, mereka makan malam bersama. Tok Ma masak masakan lauk pauk kampung. Lauk kenduri dia bawa tadi pun, Tok Ma sudah panaskan dan hidangkan sekali. Seronok Izz rasa. Dapat makan malam suasana kampung. Sejuk hati Izz, melihat emosi Izhad yang tenang. Tidak berwajah bengis dan kedengaran suara tinggi dengan dirinya lagi.

Tok Ma sangat ramah mesra. Macam-macam Tok Ma cerita. Tak lupa juga cerita pasal ayam itik. Tok Ma siap pesan dekat dia dan Izhad awal-awal. Menyuruh dia bawa balik buah mangga, buah pisang, buah betik dan ulaman kampung. Tok Ma bagi tahu, dia dan Mak Esah yang tanam. Dia bila dengar Tok Ma suruh ambil bawa balik. Seronok tak terkata.

Nasi di pinggan, habis dimakan. Berselera Izz dan Izhad makan malam tu, sambil berbual. Mungkin masing-masing kelaparan setelah kepenatan berbalah dan bergaduh di dalam lumpur tadi. Tambah pulak kesejukkan, kena mandi air telaga. Terus jadi kebuluran masing-masing.

Selepas solat Isyak berjemaah. Izz masuk ke dalam bilik. Dia melihat kakinya makin bengkak dan kebiruan. Mungkin disebabkan, dia banyak bergerak dan memaksa kakinya yang sakit berjalan. Tambah pula, kaki dia turut kembang terkena air yang sangat lama. Izz terus telan ubat surut bengkak dan ubat tahan sakit je.

Baru saja dia nak baring. Izz terasa badannya sakit-sakit dan lenguh. Dia merasa tak sedap badan dan rasa nak demam. Tapi, dia tak makan pun ubat deman lagi. Doktor Kamarul ada pesan. Kalau demam baru makan. Izz merasa tak demam lagi. Itu dia tak makan lagi. "Luruslah pula." Tiba-tiba mengikuti perintah. Sebelum nak tidur, Izz tak balutkan kaki bengkaknya. Izz, biarkan sahaja tanpa membalut. Dia merasa kebas dan rimas. Sebab seharian kakinya berbalut.

Izz terus melabuhkan badannya di atas katil. Izhad pulak. Dia tak tahu pergi ke mana selepas Isyak. Izz fikir, mesti Izhad tidur diluar dan biarkan dia tidur diatas katil dengan selesa.

Tok Ma lepas makan. Terus masuk dalam bilik. Lepas tu, dah tak keluar-keluar. Mungkin lepas solat. Tok Ma terus tidur.

Duduk di kawasan yang berjauh dari jiran tertangga. Terasa sunyi sepi dan menyeramkan bagi Izz.

Matanya cuba di pejam. Badannya sudah kepenatan. Tetapi, matanya tetap jugak tak mahu pejam. Izz melihat jam di dinding sudah menunjukkan pukul 10.00 malam. Terasa lambat pula masa berlalu. Kalau dekat rumah sewa dia. Waktu macam ni, matanya cerah menerang. Siap boleh layan movie sampai ke pagi. Tetapi, di rumah Tok Ma. Terasa nak tidur awal. Suasana disekeliling sawah padi. Betul-betul sunyi sepi. Macam-macam bunyi dia dengar. Susah dia nak lelapkan mata. Mula la dia fikir yang bukan-bukan.

Dengan bertemankan lampu bilik, Izz beranikan diri. Keluar dan mencari Izhad. Dia tak kisah dah. Apa nak jadi-jadilah. Dia, tak nak tidur sorang-sorang dalam bilik.

Izhad masih belum memejamkan matanya lagi. Izhad termenung jauh. Matanya melihat siling atap zink rumah. Sambil meletakkan tangan kanannya di atas dahi.

Dia masih keliru, bila memikirkan pasal Izz. Dia tak sangka. Izz cukup berani mencabarnya tadi.

"Hampir saja, dia lafazkan talak tadi."

"Kalaulah aku ikutkan perasaan tadi. Pasti..."

"Astaghfirullah Al 'Adzim x3"

Istighfar Izhad, bila teringat kejadian tadi. Dia masih belum rela lepaskan Izz. Di raut muka dan rambutnya berapa kali. Melepaskan keluhan nafasnya dengan deras. Izhad tarik nafas dalam-dalam dan dihembus perlahan-lahan.

Kata-kata Qistina, sentiasa menghantui di fikirannya. Izhad mencari sedikit kejujuran dari cerita Qistina. Tapi, kata hatinya. Tetap... "Menyatakan Izz tak bersalah?"

"Kenapa baru sekarang kau muncul Qis?"

Izhad cuba teringat kembali sewaktu dia berpisah dengan Qistina dulu. Tak nampak seperti berlakon, kekok atau berpura-pura. Cara Qistina memutuskan hubungan dengan dirinya. Tiada perasaan kecewa lahir dari hatinya.

"I dah cakap, I tak nak kahwin!"

"I, tak nak kahwin lah! You faham tak! You jangan paksa I lagi, boleh tak!"

Kejadian itu juga, bukan kali pertama Qistina meminta putus dengan dia. Sudah, banyak kali Qistina elak dari kahwin dengan dia. Kenapa, aku boleh percaya bulat-bulat kata Qistina semalam. "Apa sebenarnya, yang dia nak? Kenapa baru sekarang, dia muncul dan mengaku Izz punca semua ini terjadi?" Kenapa, di saat, hati aku mulai menerima Izz dalam hidup aku. Kau kembali?

Tapi, betul ke? Darah yang mengalir dalam tubuh badan ini. Darah Izz? Izhad tak berani tanya lagi. Kejadian di kedai buku pun dia masih berdiam diri.

Kenapa hatinya sangat sakit dan pedih. Bila Izz tak kisah, kalau mereka berpisah? Tambah marah dia lagi. Bila dibibir manis Izz menyebut nama lelaki lain. Betul-betul menyakitkan hatinya. Bila Izz kata dia bersedia menerima Nizam. Kalau aku lepaskan dia. Seperti di tikam-tikam di lubuk hatinya.

"Ini salah kau Had! Bukan salah Izz. Kaulah punca semua ini terjadi."

"Kau tak ingat. Waktu kau paksa dia dulu. Merayu menjadi pengganti tempat Qistina bagai nak rak. Siap menghukum Izz selama setahun. Tinggalkan dia seperti gatung tak bertali.

"Ini boleh kau tuduh dia lagi. Disebabkan Qistina. Kau memang tak layak untuk Izz. Baik kau lepaskan dia. Kalau kau tak cintakan dia? Ini, yang kau nak kan..." Terdengar bisikan hasutan.

"Tak! Bukan ini yang aku inginkan."

"Ya Allah, ampuni lah hamba mu ini Ya Allah. Hati aku keliru. Bantuilah hamba mu ini, Ya Allah." Supaya aku tak buat kesilapan seperti tadi. Tanpa usul periksa. Hampir saja aku mengikut kata hati yang marah. Aku sepatutnya berbincang dengan Izz. Bukan ikutkan perasaan hati yang marah dan cemburu. "Aku tak sanggup kehilangan Izz."

Tiba-tiba Izhad terdengar bunyi orang berjalan. Rumah Tok Ma masih beralaskan lantai papan. Bila sunyi, mudah kedengaran bunyi papan di pijak orang. Izhad ternampak kelibat bayang-bayang susuk tubuh Izz. Terus dia memejamkan matanya dan berpura-pura tidur.

"Dia dah tidur ke?" Gumam Izz. Terjenguk-jenguk Izz melihat Izhad.

Perlahan-lahan Izz mendekati Izhad. Membawa bantal dan selimut sekali. Dengan beraninya dia baring di sebelah Izhad dengan rapat. Sehingga tubuh badannya terasa hangat tersentuh tubuh Izhad. Hatinya lega dan tenang.

Takut punya pasal. Izz, dah tak kisah. Lagi pun, Izhad masih suaminya lagi. Itu yang dia fikirkan. Izhad terasa ada yang baring di sebelahnya dan terasa hangat badan Izz terkena tubuhnya.

"Maaf yek, saya tumpang tidur dekat sebelah." Gumam Izz perlahan. Tapi, Izhad yang belum tidur. Mendengar kata-kata Izz.

Dibuka matanya perlahan-lahan. Betul sangkaan Izhad. Izz, betul-betul berada dibelakangnya. Tidur mengiring. Tidak mengadap kearahnya.

"Takut lah tu, nak tidur sorang-sorang dalam bilik." Bisik hatinya. Tersenyum bahagia Izhad. Bila Izz takut tidur sorang dan mencari dirinya. Hatinya terasa bahagia.

Timbul niat hatinya yang nakal ingin menyakat Izz. Saja di pusingkan tubuh badannya mengadap Izz. Dengan nakalnya, tangan dia memeluk pergelangan pinggang Izz dari belakang. Dan saja dirapat ke bidang dadanya dengan kemas dan rapat.

Izz yang terkejut dengan reaksi Izhad. Baru niat nak tempis tangan Izhad. Tapi, bila dia fikirkan. Takut punya pasal. Izz biarkan sahaja. Tangan Izhad yang hangat memeluknya. Membuatkan Izz terasa selesa dan selamat dalam pelukan Izhad. Walaupun Izz tak berapa selesa tidur dilantai. Izz tak kisah semua itu. Janji, dia tak tidur atas katil sorang-sorang. Macam-macam dia fikir dalam bilik tadi. Macam-macam cerita mistik muncul dalam fikirannya. Sebelum dia melompat tidur sebelah Izhad. Akhirnya masing-masing lena di buai mimpi di depan tv beralaskan tikar.

Di tengah malam, Izhad terjaga dari tidurnya. Bila dia terdengar suara merengek-rengek disebelahnya. Masa itu Izz tak lagi dalam pelukannya. Bila Izhad bangun. Rupanya suara tu datang daripada Izz. Terus Izhad melihat wajah Izz yang pucat dan bermandi peluh. Matanya masih lagi tertutup. Tubuh Izz digoyang perlahan.

"Awak okay ke, ni?"

Izz hanya mengeleng.

"Awak, saya sejuk!" Menggigil-gigil Izz sambil berkata.

"Awak kenapa? Pucat je, muka awak Izz?" Ada kerisauan dari suara Izhad.

Terus Had letakkan tapak tangannya di dahi Izz. "Ya, Allah Izz. Awak demam ni?" Izhad tak tahu nak buat apa? Terus matanya melihat kaki Izz yang bengkak. Kaki Izz bertambah teruk dari sebelum ini. Membuatkan hatinya bertambah risau. Terus perasaan dia diselubungi serba salah. Kerana dia tak menjaga Izz dengan baik. Dia tak tunaikan janji. Dia buat kaki Izz bertambah teruk.

"Awak dah makan ubat ke, malam tadi?"

"Dah." Tapi, ubat demam je, belum? Jawab Izz nada lemah.

"Mana ubat deman?" ujar Izhad sudah gelabah.

"Dalam beg tangan..." Lemah Izz menjawab.

Terus Izhad bangun dan mengambil ubat. Disuapkan ke mulut Izz ubat bersama air. Memudahkan ubat ditelan. Izhad nak bawa Izz terus ke hospital tapi, Tok nya akan tinggal sorang-sorang dirumah.

"Pagi nanti kita pergi klinik atau hospital yek." Terus Izhad mengangkat Izz dan baringkannya di atas katil. Cepat-cepat Izhad mencari kain dan basahkan. Dituam kain yang lembap di dahi Izz. Berulang-ulang kali. Sehinggalah ke subuh. Jantung Izhad berdenyut kencang bila melihat Izz tidak berdaya. Serba salah menghantui dirinya.

Waktu subuh Izz gigih bangun untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah sekali dengan Izhad. Demamnya sudah kebah sedikit. Badannya sahaja masih lagi lemah. Selepas subuh, Izz sambung baring semula. Terasa nak panas kembali.

Tetap pukul 7.00 pagi. Izhad sudah bagi tahu Tok Ma. Dia nak bawa Izz pergi hospital. Izhad risau nak tinggalkan Tok dia sorang-sorang. Bila Mak Esah tiada. Izhad ambil keputusan nak hantar Tok Ma ke rumah Mak Esah. Ingat nak bawa Izz sekali. Tapi, Izz cakap dia nak bersiap dahulu. Izz menyuruh dia menghantar Tok nya terlebih dahulu. Baru mereka pergi ke hospital.

"Awak tunggu, saya jap yek... Jap je.. Saya pergi hantar Tok." Kata Izhad. Nada susah hati nak tinggal Izz sorang-sorang di rumah.

Izz hanya melemparkan senyuman lemah dekat Izhad. Semua barang sudah siap. Izz pun sudah memakai tudung dan lengkap baju nak pergi hospital atau klinik. Tiba-tiba kepala terasa pening sekali. Dia tak larat nak duduk menunggu. Terus Izz letakkan kepala semula dan tak sangka dia boleh tertidur sementara menunggu Izhad.

Izhad kelam kabut balik semula ke rumah tok. Sampai tersalah simpang. Mengamuk dia dalam kereta.

" Aku tengah nak cepat ni, boleh pulak salah jalan!"

"Izz... Tunggu jap yek, abang dah nak sampai ni." Izhad tak tahu apa yang sudah menghasut dirinya. Membahasakan dirinya... 'Abang.' Sebelum ini, aku kau sahaja. Keluar dari mulutnya.

Kata hatinya tidak dapat nafikan. Dia sebenarnya mencintai 'Sya Izz Zulaika.' Dia tak sanggup kehilangan Izz. Bukan disebabkan darah yang dia terima. Tapi, Izz sudah lama bertahta di hatinya. Dari dulu lagi. Dari pertama kali dia berjumpa dengan Izz. Dia sahaja tak sedar. Jodohnya sudah lama, ada didepan mata.

Kelam kabut Izhad, macam Izz nak beranak. Dia takut sangat. Kehilangan Izz. Nampak dari air muka Izhad. Sangat risaukan Izz. Dia tak nafikan rasa cinta yang lahir dari hatinya. Sudah lama terbuka untuk Izz. Disebabkan sikap dia terburu-buru tanpa siasat dahulu. Hampir saja dia kehilangan Izz selamanya. Apahal dia sudah berjanji pada dirinya, dia tidak akan sakiti hati Izz lagi.

Walaupun Izz sudah makan ubat, tapi suhu badannya masih lagi terasa panas. Sebaik sahaja Izhad sampai di depan halaman rumah Tok Ma. Alangkah terkejutnya dia. Ada kereta milik Tan Sri Omar di hadapan rumah Tok. Pelbagai soalan yang bermain di fikiran dia.

"Mama papa datang?" Bisik hatinya penuh tanda tanya. Cepat-cepat Izhad melangkah masuk ke dalam rumah. Tetapi tak nampak pulak kelibat bayang-bayang susuk tubuh mama serta papanya. Terus dia menuju ke dalam bilik Izz kerana risaukan keadaan Izz.

Terkejut tak terkata. Izhad melihat susuk tubuh yang sangat dia kenali sudah berada disebelah Izz. Seakan ingin memeluk isterinya.

"Abang Zani!" Bertempik Izhad sekuat hati.

"Abang, buat apa ni?" Berkerut-kerut dahi Izhad ketika itu.

Dengan sikap dia terburu-buru tanpa siasat lagi. Terus dia menghayunkan penumbuk buku lima ke pipi Izzani. Terluka bibir milik Izzani tanpa sebab. Tak pasal-pasal Zani makan penumbuk sulung adiknya itu. Izzani yang baru tiba. Melihat Izz tidak sedarkan diri dan tiada sesiapa di rumah. Membuatkan Izzani bertindak tanpa berfikir panjang. Dia baru nak menggendong Izz bawa ke hospital. Tetapi tertangkap basah oleh Izhad. Terus salah faham.

"Kau, dah kenapa Had!" Marah Izzani. Menyentuh bibirnya terluka.

"Abang tu, dah kenapa? Abang nak buat apa, dekat isteri Had!" Jerit Izhad lagi.

"Kau, kalau nak cari pasal dengan aku! Bukan sekarang. Aku tak ada masa. Aku pun, banyak benda nak tanya kau. Tapi, sekarang ni? Kita kena cepat, hantar Izz ke hospital."

"Kau tu pergi mana, aha? Tinggalkan Izz, keadaan macam nie? "Marah Izzani dengan sikap Izhad selalu terburu-buru tanpa siasat dahulu.

"Aku pergi hantar Tok dekat umah Mak Esah." Takkan nak tinggalkan Tok sorang-sorang dekat rumah?" Marah Izhad lagi. Tak puas hati...

"Simpan, cemburu kau tu!"

"Izz dah pengsan ni? Abang cuba kejutkan dia. Tapi masih tak bangun-bangun lagi." Kata Izzani, cemas.

Terus Izhad mendekati Izz. Cuba mengejutkan Izz.

"Izz... Bangun Izz! Bangun..." Berkali-kali Izhad cuba mengejut Izz. Tetap juga, tiada reaksi daripada Izz. Membuatkan Izhad, rasa ingin menangis dan takut kehilangan Izz. Jantungnya berdenyut kencang sekali. Nafasnya menjadi tak menentu hala dan sukar bernafas. Terus Izhad menjadi kaku.

"Had!" Jerit Izzani, menyedarkan Izhad. Bila melihat adiknya masih lagi tercegat. Dan belum bertindak untuk mengangkat Izz masuk kedalam kereta.

"Kau tunggu apa lagi tu! Cepatlah kendong Izz sekarang! Ke, kau nak abang angkatkan Izz?"

Terus Izhad tersedar dengan kata Izzani. Cepat-cepat Izz dikendong dalam pelukannya. "Bawa Izz masuk dalam kereta. Abang bawa barang-barang ni. Cepat kita bawa dia hospital sekarang."

"Mana kunci kau. Abang bawa kereta?" Kunci kereta Izhad beralih tangan. Kereta yang dinaiki Izzani terhalang oleh kereta Izhad. Bergegas mereka kejar ke hospital dengan kereta Izhad.

Panggilan Izz semalam. Mengganggu fikirkan Izzani. Terus dia mencari tahu. Dimana keberadaan Izz dan Izhad. Nasib baik Puan Sri Izlinda tahu keberadaan Izhad juga Izz. Niat Izzani call Izz. Ingin bertanya pasal Izhad. Seharian dia tak dapat call Izhad. Dia nak tanya pasal kerja dekat Izhad. Tapi, lain pula yang dia dengar.

Secara tak sengaja. Izzani terdengar perbualan Izz dan Izhad sambil gaduh sebut pasal cerai.

Dalam perjalanan ke hospital. Izz masih lagi tidak sedarkan diri. Berulang kali Izhad memanggil nama Izz tanpa henti. Tapi, Izz masih lagi tidak sedarkan diri. Abang Izzani fokus memandu. Cuba membawa kereta secepat mungkin untuk sampai di hospital.

Tanpa disedari. Air mata Izhad terasa hangat mengalir dipipi. Melihat wajah Izz yang tidak bermaya dan pucat dalam pelukannya. Berkali-kali dia meletakkan telinganya di dada Izz untuk mendengar denyut jantung Izz. Perasaan Izhad sangat-sangat takut dan berdebar-debar ketika itu. Dia takut sangat. Kalau jantung Izz berhenti dengan tiba-tiba. Berkali-kali nama Izz di panggil. Namun Izz, masih lagi tidak sedarkan diri dan tak menyahut panggilan dia. Izhad merasa satu tamparan didalam jiwanya. "Macam mana kalau dia, kehilangan Izz? Macam mana, hidup dia tanpa Izz?" Izhad sudah fikir bukan-bukan dalam fikirannya. Air matanya mengalir lagi deras di pipinya.

"Abang Zani. Cepat sikit.. Had takut... Macam mana? Kalau Izz tinggalkan Had?" Kata Izhad dengan nada suara menggigil. Tersekat-sekat suaranya untuk berkata-kata.

"Had... Jangan fikir bukan-bukan. Banyak-banyak beristighfar."

Izzani cuba percepatkan perjalanan dengan memandu secara berhemah. Mencari hospital paling dekat.

Sesekali dia melirik matanya memandang ke arah Izz dan Izhad. Izzani dapat melihat adiknya. Sangat takut kehilangan isterinya. Tapi, apa dia dengar semalam? Apa, sebenarnya yang berlaku? Antara Izz dan Izhad?

"Izz, maafkan abang. Tolong jangan tinggalkan abang sayang. Abang, merayu sangat pada Izz. Abang berjanji, abang tak akan sakiti Izz lagi. Abang akan sentiasa membuka pintu hati abang untuk percaya pada Izz. Dan terus mencintai Izz hingga hujung nyawa abang."

"Please Izz sayang. Bangun laaa..."

"Jangan buat abang takut..."

Terluah juga kata isi hatinya selama ni di simpan selama ini. Tapi, sayang. Izz masih memejamkan matanya. Izhad tak pedulikan abangnya, mendengar dan melihat keadaannya yang resah gelisah.

"Bila Izhad melihat Izz masih lagi membeku. Perasaan Izhad ketika itu. Betul-betul buat Izhad takut kehilangan orang yang dicintai." Dia berdoa dalam hatinya, supaya dia diberikan kesempatan, untuk menyatakan rasa cintanya pada Izz. Dan melayan Izz seperti bidadari dalam hidupnya. Bukan seperti sebelum ini. Endah tak endah pada Izz.

Air mata jantannya mengalir tanpa henti. Dia merasa ada pergerakkan dari tubuh Izz. Terasa lega di hatinya... Akhirnya mereka selamat sampai tepat di hospital berdekatan. Izz terus di masukkan ke bilik kecemasan. Izhad dan Izzani menunggu dengan penuh sabar. Izhad tak pernah rasa setakut ini. Izzani cuba tenangkan adiknya yang nampak tertekan dan ketakutan. "Takut kehilangan Izz."

"Had banyakkan berdoa. Insyallah Izz selamat." Pujuk Izzani.

"Had takut abang... Macam kalau?"

"Izz betul-betul tinggalkan Had. Had tahu, Had banyak buat salah dengan Izz. Had tak layan dia dengan baik. Had lebih percaya kata Qistina daripada mendengar penjelasan Izz. Had tak layak disebut sebagai suami buat Izz. Had nak minta maaf dekat Izz, abang. Had nak tebus semua kesalahan Had pada dia abang." Kata Izhad. Menangis teresak-esak.

Izzani dapat melihat. Adiknya menyesali perbuatannya. Walaupun dia tak tahu. Apa sebenarnya terjadi. Izzani memeluk adiknya supaya bersabar dengan ujian yang diberikan.

"Sabar Had, setiap yang terjadi semua ada hikmah... Had beruntung. Had cepat sedar dengan kesilapan yang sudah Had lakukan. Lepas ini, Had hargailah Izz dan jagalah dia sebaik mungkin."

Berkali-kali Izhad, tak berhenti-henti menyalahkan dirinya. Dan meminta maaf dekat abangnya kerana salah faham dan berkumat kamit dia berdoa supaya Izz selamat. Dia sanggup bertukar nyawa dengan Izz. Asalkan Izz dapat diselamatkan.

"Maafkan abang Izz!"

"Maafkan abang..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience