Sampai hati kau Izz. Dekat sini kau sembunyi. Kenapa tak bagi tahu aku... Puas aku pujuk Safran tau. Suruh dia cari mana kau. Giliran Mas bertakung air mata. Bergelora jiwa bila dapat berjumpa dengan Izz.
"Maafkan aku, Mas. Aku terpaksa... Aku terlalu rindukan Had. Aku, tak sanggup berpisah dengan dia Mas. Bila, Had ajak aku tinggal sekali. Terus aku setuju. Tapi, dengan syarat. Tiada sesiapa boleh tahu."
"Sampai hati, kau pilih Had daripada sahabat baik kau. Mereka saling berpelukan."
"Takkan kau cemburu kot?" Gelak Izz sambil tersenyum.
"Mestilah aku cemburu... Akukan buah hati kau dulu." Perasaan Mas dah semakin baik bila melihat Izz depan mata.
"Kau makin tembam lah? Dan makin cantiklah. Had dah tahu ke, kau?" Mas mengusap-usap perutnya.
"Gelilah..."
Izz tersengeh-sengeh macam kerang busuk. Dia faham maksud apa yang nak dikatakan oleh Mas. Saja dia tak menjawab.
"Cerita lah Izz. Tak sabar aku nak tahu pasal kau ni? Dah berbulan kau menghilang?"
Mas tak sabar nak tahu pasal cerita Izz. Tapi, disebabkan Izz sudah lapar. Mereka sambung berbual di meja makan.
"Sayang... Abang suapkan, yek?"
Terkejut Safran dan Mas dengar perbualan mereka berdua.
"Sayang?"
"Abang?"
Safran dan Mas memandang antara satu sama lain.
Pipi Izz berona kemerahan. Bila Izhad nak suapkan dia depan Safran dan Mas. Kebiasannya dia suka je. Bila Izhad nak suapkan. Mungkin dia segan, makan bersuap depan Mas dan Safran.
"Izz,"
"Had, dah ingat ke? Siapa kau? Hubungan kau berdua, macam mana?" Tanya Mas. Tak sabar nak tahu.
Izz hanya membalas senyuman dekat Mas.
"Kita makan dulu. Nanti aku cerita. Aku tengah lapar ni." Kata Izz tak sabar nak makan kambing bakar masih panas-panas. Air mangga berapa kali disedutnya. Sampai nak habis dibuatnya. Nasi belum di jamah lagi. Perutnya sudah kenyang dengan air.
Selepas makan malam mereka berbual disofa. Mas dan Safran sangat terkejut apa yang disampaikan Izz dan Izhad. Baru sahaja Safran nak bagi kejutan. Pasal Izz mengandung.
Tapi, diorang yang dapat kejutan. Bila Izhad bagi tahu sudah rujuk kembali dengan Izz. Kisah dia pura-pura hilang ingatan. Izhad ceritakan semuanya. Termasuklah berita gembira, tentang Izz hamil. Dia sudah tahu.
Disebabkan Safran geram. Izhad aje yang bagi kejutan. Tiba-tiba Safran bangun dan berdiri tegak, seperti terdengar lagu negara ku dimainkan. Safran buat pengumuman nak jadikan Mas girlfriend dia. Bukan saja Izz dan Izhad terkejut. Mas sendiri pun turut terkejut.
Mata Mas menjeling tajam kearah Safran. Macam nak telan hidup-hidup.
Hampir berlaku peperangan antara Mas dengan Safran. Sempat Izhad sound awal-awal...
"Masalah rumah tangga korang. Nanti nanti bincang dekat luar yek. Jangan nak buat ribut taufan dalam rumah aku." Perli Izhad diselangi gelak ketawa. Sempat Izz mencubit manja dekat Izhad. Menyuruh Izhad berhenti menyakat. Mas menahan amarahnya dekat Safran.
"Bila masa pulak? Aku setuju nak jadi girlfriend dia!" Terdengar bebelan Mas dari jauh.
"Habislah kau Safran." Bisik Izhad ditelinga Safran.
"Aku sudah tanya Mikael, bukan dia yang langgar kau." Kata Safran.
"Dah tu, siapa?" tanya Izhad tak sabar nak tahu. Belum sempat Safran cerita. Suasana jadi senyap sepi dengan kehadiran Izz dan Mas.
Tiba waktunya Izz ada temujanji doktor. Izz buat pemeriksaan kesihatan di hospital tempat kawan Izhad. Di mana tempat Doktor Kamarul bekerja. Demi keselamatan Izz.
Sudah lama Izz terperap dalam rumah. Buat kali pertama Izz dapat keluar dari sangkar emasnya. Izz tak tahu acaman apa yang akan dia hadapi.
Ikutkan hati Izhad. Dia tak benarkan Izz pergi buat check up. Tapi, demi anak dan kesihatan Izz. Izhad akur atas nasihat daripada Doktor Kamarul.
Hari yang dijanjikan tiba. Kebetulan pulak Izhad tak dapat temankan Izz sebab ada mesyuarat penting. Disebabkan sudah lama dia buat kerja dari rumah dan semua kerja dia, diambil alih oleh abangnya Izzani. Papanya melarang dia berehat, lebih lama lagi dan di suruh kembali berkerja. Tan Sri Omar dan Puan Sri Izlinda tak tahu anaknya sudah rujuk kembali dengan Izz.
"Kita tunda tarikh lain nak? Abang tak sedap hati lah, sayang." Sejak dua menjak ini. Izhad tak senang duduk. Bila fikirkan tarikh dijanjikan sudah dekat.
"Abang jangan risau... Mas dan Safran kan ada."
"Tapi... Sayang?"
"Abang, jangan risau. Demi anak kita jugakan."
Dia sangat risaukan keselamatan Izz. Dia tak tahu motif sebenar Nizam dan Qistina. Nak pasang bodyguard. Izz tak nak. Katanya tak selesa kalau ada yang ikut.
"Demi keselamatan Izz. Izhad menyuruh Mas dan Safran menemani Izz sehinggalah dia sampai. Kalau ikutkan hatinya tak sanggup nak biarkan Izz pergi dahulu. Kalau ikutkan boleh je, dia nak tunda hari lain atau lambat berapa minit. Tapi, sebab temujanji pertama. Izz tak nak lewat, walapun seminit.
"Mas aku nak kau ada dekat Izz, tak jauh 1 inci pun."
"Okay, aku akan pastikan bini kau. Berkepit aje, dengan aku." Gurau Mas.
"Aku serius lah!" Marah Izhad.
"Aku serius jugak ni..."
"Mas tak faham. Kenapa Izhad terlalu risaukan Izz. Bukan Qistina sudah tertangkap ke? Atau masih ada acaman lain? Izhad takutkan? Teka teki bermain difikiran Mas ketika itu."
Izhad kalau boleh tak nak lepaskan peluang untuk menemani Izz pergi check up bersama. Tambah pulak itu anak pertama mereka. Ikutkan hati Izhad. Nak je dia tinggalkan kerjanya.
Tapi, bila Izz memujuk dan menyuruh dia setelkan kerja secepat mungkin. Izhad akur tapi hatinya tetap cemas dan risaukan Izz. Sepantas kilat dia cuba siapkan kerjanya.
Izz gembira sangat. Bila Mas sanggup temankan dia walaupun sekejap. Mas sanggup ambil cuti demi dia. Walaupun Izhad siap berjanji akan membayar Mas. 2 kali ganda dari gajinya. Kalau Mas teman dia seperti bodyguard. Dengan rela hati, Mas sanggup. Bukan sebab duit. Izz tahu itu. Tapi sebab masing-masing, sudah lama tak keluar bersama.
Tapi, Izz tak tahu. Nyawa dia dalam bahaya. Memang Qistina sudah tertangkap. Tapi, tujuan Nizam nak bawa Izz lari belum terkubur. Nizam tak tahu lagi. Izz sudah rujuk kembali. Sudah, hampir 3 bulan. Nizam mencari di mana Izz berada. Nizam masih lagi dengan niat, nak bawa Izz lari.
"Sayang, abang dah sampai? Tengah cari parking. Tunggu jap yek." Izhad dalam talian.
"Hati-hati yek abang..."
"Sayang pun. Janji, jangan jauh daripada Mas dan Safran."
"Okay abang sayang... Cepat tau sebelum nama sayang dipanggil."
Lepas Izhad letak talian dia dan sabar dia nak jumpa Izz. Ditempat parking. Izhad melihat susuk tubuh seseorang yang sangat dia kenali. Sedang memasuki ruangan hospital.
"Qistina?"
Nama yang tidak asing bagi dirinya. Dalam fikirannya, macam mana orang yang sudah ditangkap boleh ada di kawasan hospital? Izhad ingat hanya hayalan di sahaja. Baru Izhad teringat. Teringat sesuatu...
"Ya, Allah. Izz!"
Terus Izhad bergegas berlari. Perasaannya tak sedap hati. Bila melihat kelibat Qistina. Tak kira hayalan dia atau bukan. Cepat-cepat dia berlari, nak dapat Izz. Tak ada masa dia nak call balik Izz atau Mas. Kebetulan pulak Safran call dirinya.
"Safran kau dekat mana? Aku nampak Qistina?" Menggigil bibirnya berbicara dengan Safran dalam nada tinggi.
Selesai sahaja Izz bercakap dengan Izhad. Terus tekaknya terasa haus...
"Mas, Had dah sampai. Dia tengah cari parking... Boleh tolong aku belikan air mineral. Dahaga lah." Kata Izz nada manja.
"Had suruh aku jaga kau sampai dia sampai. Kau kena berkepit dengan aku macam belangkas tau."
"Amboi, macam tu sekali. Patutlah kau peluk aku macam pasangan kekasih aje." Kata Izz tergelak nipis bila Mas berkata begitu.
"Tu... Kan ada mesin air, bukan jauh pun." Izz menunjuk menggunakan bibirnya ke arah kotak mesin air.
"Kau kena dekat dengan aku jugak. Ni, amanah laki kau. Aku macam bodyguard kau tau... Kalau jadi apa-apa. Mampus aku kena marah dengan laki kau." Kata-kata Mas buat Izz tergelak.
"Okay, aku dengar cakap korang. Semua risaukan keselamatan aku..."
"Kau kena dekat dengan aku Izz. Tak boleh jauh daripada aku. Kata Mas bila teringat kata Izhad."
"Aku haus..." Izz buat muka sedih. Tak sampai hati Mas. Mendengar rayuan Izz.
Nak tak nak. Mas menurut perintah. Jarak antara Mas dengan Izz hanya 1 meter sahaja. Sambil Mas menekan-nekan tombol pilihan air. Mas tak perasan, ada susuk tubuh memakai topi menundukkan sedikit kepala. Lalu ditepinya. Mendekati Izz.
Tiba-tiba.... Kedengaran suara tidak asing. Menjerit dari arah Izz.
"Sayang!" Jerit Izhad sekuat hati.
Tapi, semua itu sudah terlambat. Izz sudah berada dalam genggaman Qistina.
Satu benda yang tajam telah menghala kearah leher Izz. Izz cuba melawan. Tapi, bila memikirkan dia berbadan dua. Izz tak meronta. Izz cuba memujuk Qistina.
"Qistina please..." Aku tahu kau benci aku. Tapi, aku tak nak sebab aku? Kau dipenjara lagi lama kerana percubaaan membunuh.
"Kau diam!"
"Kalau kau tak nak nyawa kau melayang!"
"Please... Qistina. You cakap. Apa je, you nak. Please lepaskan Izz!" Rayu Izhad.
"Wow, kebetulan sekali. You pun, ada dekat sini?"
"Bagus! Boleh you saksikan kematian Izz." Kata Qistina nada ugutan.
"Please Qis... Lepas Izz... Kalau you nak I. I ikut you..." Kata Izhad lagi cuma merayu. Hati Izhad sudah mula rasa sebak bila Qistina sebut pasal nak bunuh Izz. Berderau jantungnya berdenyut kencang sekali.
Mas menangis dan menyalahkan dirinya sendiri. Sebab tak jaga Izz seperti diamanahkan.
"Sorry Had... Sorry..." Air mata Mas tak berhenti mengalir dengan deras sekali di pipinya. Bila melihat kelibat Izz hilang dibawa pergi. Safran pula baru saja sampai. Kalau bukan perutnya sakit. Dia tak akn tinggal kan Mas dan Izz sendiri.
"Kau call polis... Aku, kejar diorang." Izhad bagi arahan dekat Safran.
Qistina membawa Izz, mengikuti langkahnya masuk ke dalam lif. Button ditekan tingkat yang paling atas.
Qistina membawanya ke ruangan bumbung atas bangunan hospital. Tempat dimana semua orang boleh berkumpul menyaksikan ajal orang yang mereka sayangi pergi dalam sekelip mata. Itu rancangnya.
Sampai sahaja Izz dan Qistina diatas bumbung. Izz cuba berbicara lembut dengan Qistina.
"Kenapa kau boleh jadi macam ini Qistina?"
"Kau nak tahu, kenapa aku jadi macam ini?"
"Semua, sebab kau, Izz!"
"Sebab kau!" Jerit Qistina.
"Aku di tuduh percubaan membunuh disebabkan kau!"
"Aku di penjarakan pun. Semua sebab kau! Aku tak akan biarkan. Orang yang sayangkan kau hidup."
"Kau tunggu dan lihat Izz..."
"Apa maksud kau?"
Hatinya berdebar-debar dengar ugutan daripada Qistina. Dari cara gaya Qistina. Ancamannya bukan main-main. Kalau dia cakap nak buat. Dia akan buat. Itu merisaukan Izz.
"Kau faham maksud aku kan..." Tersenyum sinis Qistina.
Datang bayang-bayang sesorang di hadapan mereka.
"Akhirnya...."
"Muncul jugak kau Nizam... "
Nizam dapat pesanan misteri. Menyatakan Izz dalam genggaman Qistina. Dia tak sangka. Memang betul Izz dalam tangan Qistina. Dia ingat Qistina saja ancam nak kenakan dia. Setahu dia, Qistina dalam masih dalam wad sakit jiwa. Macam mana boleh terlepas?
"Qistina!"
"Lepaskan Izz sekarang!" Kalau tak?
"Kalau tak apa?"
"Apa kau boleh buat, Nizam? Izz dalam genggaman aku sekarang. Kau tak dapat buat apa-apa pun. Nizam!" Kata Qistina seiring gelak tawa seperti dirasuk.
Tangan Qistina yang memegang pisau dihalakan ke leher Izz. Nasib baik masih berlapik tudung. Tidak terus ke leher. Nizam cuba tenangkan Qistina. Dia tak nak Qistina apa-apakan orang yang dia sayang.
"Sampai hati kau Nizam. Kau tikam aku dari belakang!"
"Perjanjian konon!" Last-last kau sumbat aku dalam rumah sakit jiwa...
"Argh!!!" Jerit Qistina sekuat hati melepaskan amarahnya.
"Kalau kau nak tahu, Izz." Nizam ni, lah yang edit gambar aku tu. Kepada gambar kau. Dia jugak buat Mikael putus dengan kau. Semua rancangan dia. Dia juga yang buat cerita kata aku bunuh diri. Tapi dia yang tolak aku. Kalau kau nak tahu, Nizamlah yang suruh aku langgar laki kau Izz. Tapi, Mikael yang kenapa tangkap. Kesian kan.
"Iya, memang aku yang langgar! Sebab kau juga Izz!"
"Semua ini sebab kau. Aku terpaksa dengar arahan bodoh. Sebab kau! Izz!" Terkejut Izz mendengarnya.
"Betul ke Nizam?" Soal Izz. Memandang tajam ke arah Nizam.
"Sampai hati kau buat aku macam ni... Apa salah aku dengan kau, Nizam..."
"Maafkan aku Izz... Aku hanya ingin memiliki cinta kau aje."
"Aku dah cuba macam-macam untuk pikat hati kau. Tapi, Mikael tak guna. Itu yang kau suka!
"Lepas tu, kau tolak pinangan aku. Tahu-tahu... Kau dah kahwin. Lelaki entah dari mana? Boleh je, kau terima dan kahwin dengan dia."
Tapi,
"Kenapa, bukan aku!"
Akhirnya... Izhad, Mas, Safran dan Kamarul sampai ditempat kejadian. Di keliling pegawai keselamatan.
"Aku tiada jawapan yang kau perlukan. Aku pun tak tahu. Kenapa, aku tak sukakan kau. Maafkan aku Nizam... Maafkan aku..." Hati aku hanya untuk Izhad seorang. Tiada yang lain...
"Qistina please letakkan senjata tu..." Kata Izhad sambil buat pergerakkan tangan menyuruh Qistina lepaskan pisau ditangan Qistina.
"Jangan harap! Aku nak dia mati!"
Izz melihat tangan Qistina pegang pisau mula menurun perlahan-lahan. Terus Izz siku ke dada Qistina. Terlepas pisau dari genggaman Qistina. Izz dapat di selamat terus memeluk Izhad.
Qistina dengan pantas untuk mengambil balik senjatanya tapi Nizam pulak bergelut pisau dengan Qistina.
"Aku, akan bunuh kau Nizam!" Jerit Qistina.
Dengan kekuatan tenaga lelaki. Akhirnya pisau ditangan Qistina memakan tuannya sendiri.
Tiba-tiba terdengar suara tembakan dari langit. Semua yang berada disitu terkejut melihat. Kehadiran wajah Mikael memeggang sepucuk pistol mehala ke arah Izhad.
"Bagi Izz, dekat aku sekarang! "Jerit Mikael.
Tanpa rela... Izhad terpaksa lerai tangannya dengan tangan Izz.
"Sayang..."
Sayu suara Izhad... Melepaskan tangan orang yang dia cintai.
Izz hanya tersenyum dan mengangguk pasrah apa yang terjadi.
"Kalau kau nak tahu? Aku yang lepas Qistina. Sebab aku nak balas dendam dengan kau Nizam. Kau tuduh aku, langgar dia ni kan. Disebabkan kau. Aku pisah dengan Izz."
"Tamatlah riwayat kau, Nizam!" Terus Mikael lepas tembakan...
"Nizam!" Jerit Izz.
"Maafkan aku Izz..." Terdengar ayat terakhir sebelum Nizam menutup mata.
"Kau dah gila ke, apa Mikael!" Jerit Izz...
"Sebab kau, aku jadi gila." Kau akan ikut aku. Pergi jauh dari sini.
"Semua jangan dekat. Kalau tidak? Aku tembak Izz!"
Polis sudah mengepung di semua kawasan. Peluang nipis Mikael nak larikan diri mustahil.
"Please... Mikael."
"Aku bukan Izz yang dulu. Izz yang dulu. Sudah lama menghilang. Jiwa dia sudah pergi bersama kenangan kau. Please... Lepas aku."
"Aku tak faham, apa kau cakap. Kau, akan tetap. Ikut aku! Hidup bersama aku Izz. Aku sanggup jaga kau dan anak kau."
Masa Mikael berundur sedikit kebelakang. Pergelangan kaki Mikael di pegang Nizam. Terkejut Mikael.
Dengan kekuatan Izz. Izz dapat lepaskan diri. Cepat-cepat Izz berlari kearah Izhad. Hati Mikael kecewa. Dia menghala pistolnya ke arah Izz dan melepaskan satu tembakan.
Berdas-das peluru pulak dari pihak polis melepaskan kearah Mikael pulak. Mikael tumpas. Tapi, das tembak dari Mikael di halang Izhad.
"Abang!" Jerit Izz
"Had!" Jerit Safran, Mas dan Kamarul.
Kamarul berlari ke arah Izhad dan berusaha selamatkan Izhad.
Izz memangku Izhad dalam pelukannya. Cuba menahan darah didada Izhad daripada terus mengalir.
"Abang jangan tinggalkan Izz!"
"Siapa nak jaga Izz dan anak kita..." Air mata Izz mengalir dengan deras sekali.
Tiba-tiba perut Izz terasa sangat sakit dan Izz mengerang kesakitan.
"Argh!!!"
Jerit Izz sambil mengerang kesakitan diperutnya dan mencekam dengan kesebelah tangan. Terasa amat sakit sekali. Seperti ada sesuatu menikam perutnya ketika itu.
"Izz kau kenapa?" Soal Mas. Cemas melihat keadaan Izz tiba-tiba sakit. Cepat-cepat dipeluk Mas.
"Perut aku Mas .. Sa...kit..." Izz cuba menahan perutnya.
Tangan Izz sebelah lagi cuba mencapai tangan Izhad. Dalam keadaan dirinya kesakitan tiba-tiba. Izz memandang kearah Izhad. Penglihatan Izz tiba-tiba menjadi kabur dan pudar. Terdengar seseorang memanggil namanya.
"Izz!"
"Sudah tiba masanya untuk kau pergi dari dunia ini."
"Selamat tinggal Izz."
Sebelum matanya tertutup rapat.
"Abang... Maafkan Izz..." Perlahan-lahan matanya tertutup.
Share this novel