"Izz ke tadi?"
"Mustahil!"
Megat Syah Izhad cuba menidakkan, apa yang dia lihat. Tapi... Dia tetap berharap kemunculan wajah yang dia rindui.
"Mungkin, aku terlalu rindukan dia. Semua orang yang aku tengok sekali pandang. Mesti aku ternampak bayangan wajah Izz."
"Rindunya, abang pada Izz..." Abang harap sangat. Izz wujud dalam hidup abang. Kata hatinya ketika itu dengan wajah yang kecewa.
Sejak dia merindui wajah isterinya dalam hayalan. Izhad memang tidak menaruh minat langsung dengan mana-mana wanita di sekeliling dia. Apatah lagi wanita yang diatur oleh Safran ataupun keluarganya. Dari awal dia menghantar wanita yang di suruh Tan Sri Iskandar. Izhad memang tak pandang langsung wanita disebelahnya itu. Dia memang saja, berbicara dingin sekali dengan wanita itu atau mana-mana wanita yang cuba mendekati dirinya.
"Tapi, kenapa? Dia merasa aneh dan pelik? Dengan perasaannya. Bila dia berbicara dengan wanita bernama Qisya?"
"Lantaklah!"
"Aku tak nak fikir! Biarlah ini kali terakhir aku jumpa dengan dia... " Aku harap. Dia bukan calon pilihan mama dan papa aku. Kata Izhad sendiri dengan angkuh sekali. Sambil menekan minyak. Lepaskan perasaan hatinya bergelora.
Selesai Izz mandi dan melabuhkan badannnya di atas katil. Dia teringat kejadian yang memalukan tadi.
"Malunya!" Sambil menutup muka dengan bantal.
"Kenapa lah kau ni Izz. Buat malu je. Nasib baik kau pakai mask."
"Malunya. Malunya..." Jerit Izz di sebalik bantal.
Tapikan? Kenapa dia cari "Izz Zulaika?" Dia cari aku ke? Izz nak sangat tahu kenapa?
"Hish, tak mungkin lah. Nama Izz Zulaika cuma dalam mimpi hayalan aku je?" Kau ni Izz... Bukan nama kau sorang je, dalam dunia ini.
"Takkan lah! Megat Syah Izhad cari aku? Kalau dia Izhad lain lah."
"Dah lah, Izz. Jangan nak perasan yek. Dia cakap dengan kau tadi pun, kasar. Berlagak gila..." Gumam Izz pada diri sendiri. Sebelum matanya terlelap sendiri.
Keesokan harinya Izz dapat panggilan dari mamanya yang tinggal di korean. Sehari sebelum dia berangkat ke Korea. Mamanya bertanya, ada orang nak masuk merisik dia. Pada mulanya dia terkejut juga. Hampir serupa seperti mimpi dia masa koma. Berbelah bagi juga dia ketika itu. Samaada dia nak terima atau menolak. Tapi, belum sempat mamanya nak jelaskan siapa keluarga yang merisik. Boleh pulak dia terus setuju dan terima. Tanpa berfikir panjang.
"Terpulang mama. Izz ikut je. Kalau nak nikah terus pun, Izz okay je."
Setelah berapa minit selepas panggilan. "Aduh! Kenapa dengan aku ni?"
"Gila ke apa?"
"Kenapa lah aku setuju..." Mengomel Izz sendiri.
"Hoi! Minah! Kau mengelamun apa tu?" Jerkah Mas.
"Mas..."
"Terkejut aku. Nasib baik tak gugur jantung aku ni..."
"Kau ni, dah kenapa? Jauh termenung?"
"Mas?"
"Aku rasa... Aku dah buat kesilapan besar, Mas."
"Kesilapan besar?"
"Apa dia, aku tak faham laa?" Terpinga-pinga Mas.
"Tadi, mama aku call. Mama cakap, ada orang masuk merisik. Tapi..." Belum Izz habis berbicara. Mas terus potong kata Izz.
"Wow... Orang Korean ke?"
"Handsome tak dia?"
"Mana lah aku tahu..."
"Dah tu, kau cakap apa?" Kata Mas tak sabar. Sambil duduk di sebelah Izz.
"Aku cakap. Aku tak kisah. Kalau terus nikah."
"Apa?" Terkejut Mas sehingga mulutnya ternganga.
"Kau dah gila ke apa? Sekurang-kurangnya kenal lah dulu." Membebel Mas.
"Aku pun tak tahu. Kenapa aku cakap macam tu."
"Aku nak buat macam mana ni." Izz dah gelabah.
"Baik, kau call mama kau semula. Ini soal kebahagian kau Izz. Kalau oppa. Apa salahnya." Usik Mas sambil tersenyum nakal.
"Mas..."
Pagi keesokan harinya, Putri Sya Izliyana di paksa Megat Syah Izhad mengambil telefon dia tertinggal dalam kereta.
"Apa, yang berkilau-kilau ni..." Detik hatinya Putri Sya Izliyana. Melihat sesuatu yang menarik minatnya.
"Wah! Cantiknya..."
"Abang Had!" Jerit Putri Sya Izliyana sambil berlari kearah Megat Syah Izhad.
"Kau dah kenapa? Terjerit-jerit..." Marah Megat Syah Izhad. Berkerut dahinya memandang Putri Sya Izliyana.
"Yana nak ni boleh!" Putri Sya Izliyana menunjukkan gelang seakan 'Pandora' dekat Megat Syah Izhad. Handphone milik Megat Syah Izhad sudah beralih tangan.
"Meh, aku tengok?" Putri Sya Izliyana terus menunjukkan dekat Izhad.
"Cantikkan." Putri Sya Izliyana menggoyangkan gelang seakan 'Pandora' di depan Megat Syah Izhad. Dia nak sangat kalau abangnya bagi dekat dia.
"Bila masa pula, ada gelang dalam kereta aku ni?" Gumam Megat Syah Izhad perlahan.
"Bukan untuk adik ke?"
"Bukan." Jawab Megat Syah Izhad sambil melihat kembali telefon miliknya.
"Dah tu? Macam mana ada dalam kereta abang Had?" Putri Sya Izliyana tak puas hati.
"Setahu dia laa, tiada siapa lagi yang pernah naik keretanya. Kecuali? Malam tu..."
"Qisya?" Gumam Megat Syah Izhad perlahan...
"Kak Qisya?" Balas Putri Sya Izliyana pula.
"Aha laaa... Mesti Kak Qisya punyalah tu. Hari tu, adik ada nampak dia pakai. Sama macam ni lah."
"Jap! Macam mana gelang dia dalam kereta abang Had?" Soal Putri Sya Izliyana sambil tersenyum- senyum.
"Papa mama. Suruh abang hantar dia balik hari tu..." Jawab Megat Syah Izhad dengan pantas sebelum adiknya itu buat kecoh.
"Oooo... Patutlah."
"Nah, abang bagi balik dekat Kak Izz balik. Dia nak pergi Korea dah." Kata Putri Sya Izliyana selepas bagi gelang dekat tangan abangnya dan terus melangkah ke dapur.
"Izz?"
"Adik!"
"Jap!"
"Tadi abang ada dengar, kamu cakap namanya Kak Izz, bukan Qisya ker?"
"Ohh... Hari tu. Kawan dia panggil Izz. Tu adik terpanggil Kak Izz jugak." Tergamam Megat Syah Izhad seketika.
Bila Putri Sya Izliyana melihat abangnya seakan terkejut dan tergamam. Terus Yana di tepuk lengan abangnya itu. Terlepas terus gelang di dalam genggaman Megat Syah Izhad.
"Yana!"
"Sorry..." kata Putri Sya Izliyana rasa serba salah.
Baru sahaja Izhad nak ambil gelang itu kembali. Dia terpandang sesuatu yang tidak asing dalam ingatannya.
"Ni, bukan loket yang sama. Macam dalam mimpi aku ker? Loket, aku buat khas untuk Izz?"
"Adik! Adik tahu tak? Apa nama penuh dia?"
Tak salah adik. "Qisya Izz Zulaika."
Terkedu dan tak terkata Megat Syah Izhad. Walaupun dia tak pasti. Betul ke, orang yang dia cari itu Izz Zulaika? Izhad nekad ingin mencari dan melihat sendiri. Untuk kepastian.
"Adik. Bagi nombor fon Kak Izz?"
"Adik tak tahu... Tanya lah papa mama," kata Putri Sya Izliyana terus tinggal Megat Syah Izhad penuh tanda tanya.
Megat Syah Izhad baru teringat sesuatu tentang wanita bernama Qisya. Cara berpakaian. Cara dia bercakap. Dan tempat tinggalnya dia. Hampir sama dengan orang yang dia cari.
Izhad teringat kembali kejadian malam itu. "Patutlah, kenapa tiba-tiba Qisya nak bersalam dengan dia."
"Jadi, betulah! Yang aku nampak tu, Izz?"
Terkedu Izhad sambil tersenyum sendiri. Hatinya berbunga-bunga bahagia.
"Tapi, kenapa dia tak tegur aku? Kenapa dia diamkan diri aje?"
"Dia tak sayangkan aku ke?" Macam-macam andaian yang Izhad fikirkan ketika itu.
Megat Syah Izhad cuba call Izz tapi tak dapat-dapat. Dia baru tahu, nombor yang diberikan papanya. Sama dengan nombor yang dia simpan. Wanita yang dia selamatkan dari kena langgar.
Papanya bagi tahu. Qisya akan berlepas ke Korean hari itu juga.
Puan Sri Raja Sofia ada bagi tahu dirinya. Bahawa Qisya akan nikah disana. Mereka turut dijemput sebagai tetamu istimewa.
Bila Megat Syah Izhad mendengar kata-kata papa dan mamanya. Terus dia pergi ke lapangan terbang mencari Izz dengan tergesa-gesa. Walaupun dia tidak pasti dan tidak melihat secara dekat wajah Izz. Tapi, hatinya yakin. Qisya tu adalah Izz. Orang yang dia cari selama ini. Adiknya ada tunjuk beberapa keping gambar di ambil. Dia betul tak sangka. Orang yang dia cari selama ini ada di depan mata.
Balik daripada airport. Puas Izhad merayu dan memujuk papa mamanya. Pergi meminang Izz untuk dirinya. Tapi sayang.... Papanya tak setuju.
Dia juga sudah dijodohkan dengan pilihan Puan Sri Raja Sofia dan Tan Sri Iskandar. Izhad tak tahu. Apa yang patut dia lakukan. Pasrah atau terima. Izz Zulaika bukan takdir untuk dirinya.
Megat Syah Izhad sangat kecewa. Setahun dia mencari Izz. Dia menyesal sangat. Dia tidak melihat Izz semasa pertemuan keluarga hari itu. Dan menyesal tidak terus berjumpa Izz di taman layang-layang. Kalau tidak dia tak akan benarkan Izz terima pinangan orang lain.
"Sayang..."
"Kenapa! Tak tunggu abang... Kenapa pergi tinggalkan abang..." Sedih hatinya bila orangnya yang dia sayang betul-betul sudah tinggalkan dia. Kenapa dia lambat sedari. Izz betul-betul sudah berada dekat dengan dirinya.
Hari yang di nanti-nanti sudah hampir tiba. Izz menunggu penuh debaran di dalam bilik milik adiknya. Waktu akad berlangsung Izz tak dapat melihat wajah calon suaminya kerana dihalang tetamu yang hadir. Dari awal pengantin lelaki sampai. Sehinggalah akad nikah berlangsung. Perasaan dia ketika itu masih berbelah bagi.
"Kenapa aku rasa, berdebar semacam?"
Walaupun ada sedikit perasaan dihatinya bercelaru dan jiwa tidak menentu. Tetapi, dia tetap ingin teruskan pernikahannya. Tanpa mengenali siapa pasangan hidup dia. Izz akur dan terima jodoh itu dengan hati yang terbuka. Kalau ikutkan hati dia ketika itu. Nak je dia lari. Tapi... Bila kenangkan mama dan daddy dapat malu. Izz anggap, semua itu hanya mainan perasaan sahaja. Tambah pula Tan Sri Iskandar sekeluarga sanggup datang dari jauh semata-mata ingin melihat dia bernikah.
Iya, Megat Syah Izhad bukan miliknya. Dia juga bukan Izhad dalam mimpinya. Izz akur dan terima jodoh dan takdirnya. Walaupun hatinya sedikit terluka dan kecewa.
Izz sabar menanti dengan penuh debaran. Ke hulu ke hilir, dia di dalam bilik. Resah dan gelisah sekali. Tak tahu, sudah berapa kali. Dia ulang alik ke bilik air. Mama kata, acara batalkan air wuduk. Sarung cincin dan rantai. Pengantin lelaki minta dilakukan di dalam bilik sahaja.
Bila dia dengar je Mas kata begitu. Terasa nak tercabut jantung dia. Makin bertambah berdebar-debar dan bergelora denyut jantung dia ketika itu.
"Mas, aku takutlah... Boleh tak, kau temankan aku?"
"Hish, kau ni... Bukannya laki kau, harimau! Nak makan kau pun. Pakai rantai dan cincin je, pun... Jangan risau lah. Lepas kau tengok je, laki kau yang handsome tu.
"Confirm!"
"Kau tak nak keluar bilik punya." Sakat Mas. Siap buat gaya gedik sambil tersenyum nakal.
"Mas!"
"Sempat lagi kau sakat aku yek. Aku tengah seram sejuk ni."
Mas dipanggil keluar. Membuatkan hati bertambah gemurah. Makin berdebar-debar. Tangannya menjadi seram sejuk. Sudahlah cuaca dekat korea tengah musim 'sejuk.' Bertambah sejuk seluruh tubuhnya. Bukan disebabkan musim sejuk. Mungkin dia terlalu "nervous." Musim sejuk pun tangan dia boleh berpeluh-peluh ketika itu. Hampir saja tangan kaki dia kebas dan membeku. Mungkin berdebar menanti suaminya akan masuk.
Sambil menunggu... Izz tiba-tiba teringat kembali beberapa hari yang lalu. Kenangan tak akan dia lupakan seumur hidupnya. Mimpi menjadi realiti. Walaupun untuk seketika.
2 hari sebelum majlis pernikahan. Izz, Mas bersama ahli keluarganya juga ahli keluarga Tan Sri Iskandar. Berjalan-jalan makan angin. Melihat tempat-tempat menarik dan cantik di Kota Seoul.
Terdapat banyak kedai yang menawarkan perkhidmatan menyewa Hanbok iaitu pakaian tradisional korean. Izz dan Mas tak lepas peluang menyewa baju tradisional korea. Sambil membayangkan artis Korean kesukaan dia. Izz seronok tak terkata. Satu-satu, sahabat baiknya Mas. Akhirnya, datang juga ke majlis pernikahannya.
Izz tak menyangka majlis nikahnya dipercepatkan. Lagi awal dia fikir. Kata Mama, bakal pengantin lelaki sendiri yang minta majlis nikah dipercepatkan. Mas pula, datang ditaja oleh keluarga Tan Sri Iskandar. Dia terkejut. Macam mana Mas boleh dapat tiket free pergi dan balik?
Bila di tanya. Jawapan yang menyakit hati dia dapat. Gurau tak kena tempat.
Ada ke dia cakap, "Megat Syah Izhad" mamat handsome. Belanja dia. Sebagai hadiah.
"Mustahil..." Tapi, dalam hatinya. Cemburu... Sebab Mas dapat peluang dekat dengan Megat Syah Izhad.
Lagi Izz terkejut. Satu rombongan keluarga Tan Sri Iskandar datang ke korea. Semata-mata nak tengok dia nikah. Macam pelik aje, tapi itu lah yang terjadi. Bukan itu sahaja. Puan Sri Raja Sofia juga, taja satu set baju nikahnya berwarna krim. Cantik sekali, di design oleh pereka fesyen terkenal di Malaysia. Kata Puan Sri Raja Sofia kepadanya. Sebagai hadiah perkahwinan.
Izz memang sudah di beritahu. Keluarga Tan Sri Iskandar akan hadir. Tapi, dia tak bajetlah. Mereka sanggup hadir ke majlis nikah dia yang simple itu. Siap bawa 1 rombongan keluarga. Kecuali Megat Syah Izhad. Dia tak nampak wajah Megat Syah Izhad bersama ahli keluarga Tan Sri Iskandar yang hadir. Hatinya kecewa. Tapi, itu yang terbaik.
Dia tak tahu, kenapa dia masih lagi berharap. Wajah itu muncul dapat hidup dia...
Bukan dia, tak buat majlis dekat Malaysia. Izz nak tunggu daddy dan mama dapat cuti lama. Baru dia buat majlis.
Izz, memang tak tahu langsung. Siapa bakal suaminya. Bukan dia tak nak tahu langsung. Siapa orang itu? Izz nak tunggu. Sehinggalah selepas dia bergelar isteri. Baru dia tahu siapa suaminya. Dia takut? Kalau dia melihat siapa orang itu? Tiba-tiba dia ubah fikiran.
Izz memang takut sangat...
Kalau-kalau dia reject bakal suaminya itu last minute. Izz kuatkan hatinya menerima jodoh dan takdir buat dirinya.
Izz tidak nafikan. Dia memang berharap untuk melihat wajah yang dia rindui. Untuk kali terakhir. Dia ingin melihat wajah itu lagi. Dia cuba buang perasaan tu, jauh-jauh. Tetapi tetap sahaja, sukar bagi hatinya nak buang perasaan itu dalam masa terdekat. Puan Sri Raja Sofia ada bagi tahu. Anak sulung lelakinya lambat sikit datang.
"Mama Sofia ni, macam tahu-tahu aje aku mencari anaknya itu."
Sambil Izz menikmat pemandangan sekeliling. Di atas bukit menuju ke Menara Namsan.
"Aik, mana diorang ni pergi?" Sampai hati kau Mas... Kau tinggal aku sorang-sorang dekat sini. Dah, lah baju jaket aku pakai ni, besar gila. Tak padan dengan tuan. Susah betul dia nak mendaki bukit dengan baju sejuk yang tebal macam ni.
Sambil Izz mengambil angin mendaki bukit dan membebel seorang diri. Tanpa diduga kakinya tersandung. Membuatkan badannnya tak seimbang.
"Arghhh!"
Jerit Izz. Terhuyung-hayang tangannya terkapai-kapai. Nak imbangkan badannya dengan baju sejuk yang tebal.
Hampir sahaja dia terjatuh ke belakang. Izz dapat agak. Kalau dia terjatuh ni? Mesti koma lagilah, jawabnya. Sempat lagi dia fikir yang bukan-bukan.
Tiba-tiba... Entah dari arah mana. Ada seseorang menyambut badannya dari belakang. Padahal masa dia naik, tiada orang di belakangnya. Hampir saja dia terjatuh tergolek. Macam nangka busuk. Nasib baik ada yang menolong menyambut dia.
Izz terkejut dan tergamam. Bila matanya bertentang mata, dengan penyelamatnya. Lagi Izz terkejut, tercengang dan tergamam. Bila dirinya berada dalam pelukan Megat Syah Izhad. Untuk Beberapa saat.
Share this novel