Semasa dalam rawatan di KPJ Selangor Specialist Hospital. Lega hatinya, "syukur alhamdulilah." Doktor Kamarul cakap, kaki dia tiada keretakan tulang. Cuma disebabkan banyak pergerakan, kakinya menjadi bengkak sampai kebiruan. Kalau di biarkan lama lagi tanpa rawatan. Mungkin akan bertambah teruk. Lega hati Izz. Nasib baik tak kena tahan wad. Izz, tak suka kena tahan. Cukuplah, pengalaman dia masa umur dia 18 tahun di sebabkan koma. Di tahan wad dengan cukup lama. Tu, yang dia ingat samar-samar.
Bila Izhad dengar penjelasan daripada kawannya itu. Tak pasal-pasal, dia kena membebel macam budak kecik dengan Izhad.
"Awak dengarkan, doktor cakap apa? Kalau saya tak perasan tadi. Mesti lagi teruk."
Tersenyum Doktor Kamarul melihat perubahan daripada Izhad. Dia tahu, Izhad sudah mulai menyayangi isterinya. Dia kenal sangat kawan baiknya itu? Kalau dia sudah sayangkan seseorang. Dia akan ambil berat sangat-sangat. Boleh dilihat dari perbuatan dirinya. Nampak sedikit kasar tapi itulah cara dia menunjukkan kasih sayangnya. Kalau orang lain melihat? Mesti sudah fikir, Izhad tidak sayangkan isteri.
Izz melihat air muka Izhad. Izz boleh nampak. Sangat risau akan tentang dirinya. "Dia bengkak kaki je pun. Bukan luka besar." Tersenyum Izz sendiri. Kerisauan Izhad. Betul-betul buat hati Izz terusik. Terasa disayangi oleh suaminya sendiri.
Sementara kakinya dibalut dan dirawat oleh pembantu perubatan. Izhad berbual-bual dengan kawan baik sekolahnya. Izz, baru tahu. Masa dia pengsan buat pertama kali depan Izhad. Doktor Kamarul lah, yang datang merawat dia di rumah Izhad. Izz tidak menyangka. Izhad ada sifat prihatin kalau orang jatuh sakit. Itu yang dia rasa. Bertuah badan. Bila dilayan seperti permaisuri. Kalau Izhad membenci dirinya. "Nak ke, Izhad layan dia seperti ini?" Tertanya dalam fikiran dia. Hmm tak kisah laah. Janji Izhad yang sekarang ini, sangat risaukan dia. Dalam asyik dia mengelamun. Izz dapat panggilan dari Puan Syahkila dari Penang.
"Hello..."
"Asalamuaikum, Izz. Mama ni..."
"Waalaikummusalam mama... Ada apa mama?" Kata Izz nada sedikit terkejut. Sebab pagi tadi mamanya, baru sahaja bercakap dengan dirinya.
"Takkan, mama tahu? Aku, sekarang dekat hospital. Izhad bagi tahu mama ke?" Teka Izz.
Percakapan Izz dan mamanya. Singkat tetapi padat.
"Kalau, Izz boleh balik? Izz balik yek... Jangan paksa diri. Kaki tu, bengkak. Jangan banyak bergerak. Risau mama dan papa."
"Okay mama. Nanti Izz tanya, abang Had dulu yek."
Izz terpaksa bagi tahu mamanya dia di hospital. Terkejut mamanya bila dapat tau anak tunggalnya dihospital. Sudah lama, dia tidak dimarahi mama dan papanya. Kedengaran di talian. Papanya membebel kepada dirinya. Bila dia bagi tahu, dia terjatuh tangga. Izz tahu papa mama susah hati. Dulu, dia pernah koma sebab jatuh tangga juga.
Selepas Izz dapat panggilan daripada mamanya. Izz tiba-tiba rasa tak sedap hati. Bila mama cerita pasal anak susuan mama terpisah lama. Muncul kembali berjumpa Zulfadli dan Syahkila. Sepatutnya dia gembira. Dapat berjumpa adik beradik ibu susuan. Tapi, perasaan hatinya merasa lain. Bila mama cakap. Dia teringin sangat nak berjumpa dengan dirinya. Tak ada angin dan tak ada ribut. Tiba-tiba mahu jumpa? Izz cuba untuk berfikiran positif. Mungkin tiba masanya. Dia kena saling kenal mengenali antara satu sama lain.
Mamanya ada cerita. Masa dia kecik. Dia pernah tertukar selepas lahir di hospital swasta. Hampir seminggu dia tinggal bersama keluarga lain. Bukan dengan mama dan papanya. Mama cakap, aku baru sahaja di lahirkan. Tak sampai 24 jam pun dalam pemantauan. Aku sudah dibawa pulang oleh ahli keluarga lain, atas kesilapan yang tidak disengajakan. Mama bersyukur sangat. Selama seminggu aku bersama keluarga lain. Aku sentiasa sihat, jauh segala penyakit demam kuning. Tapi, mungkin ada hikmahnya juga. Anak yang tertukar dengan aku. Demam kuningnya naik tinggi. Selama mama aku dalam wad. Mama cerita dia tak dapat melihat anaknya dengan lebih dekat. Sebab kuning terlalu tinggi. Baby kena pantauan setiap masa. Mama hanya dapat memeggang jari jemari baby sahaja. Tukar lampin pun di uruskan oleh jururawat. Sebab itu mama tak syak apa-apa. Nasib baik mama aku perasan. Setelah beberapa hari.
Doktor bagi tahu mama. Aku ada tanda lahir yang unik. Masa dilahirkan. Sebab itu mama boleh tahu. Baby yang demam kuning tinggi itu bukan aku.
Mama perasan pun. Sewaktu mama hendak menukar baju dan lampin. Dari situ lah, mama dapat tahu. Anak yang bersama mama bukan diriku. Apa lagi, terus mama check tag nama pada kaki baby. Bukan nama Syahkila. Tapi, Shahkaila. Nama hampir sama.
Mama bersyukur sangat. Allah SWT gerak hati mama. Kalau tidak, mesti aku sekarang ni. Sudah bersama keluarga lain. Dan hidup dan membesar bersama mereka. Sempatlah baby yang tertukar itu, disusukan seperti anak mama sendiri. Begitu juga dengan diriku. Mama cakap, keluarga sana tidak dapat terima kenyataan. Bahawa anak mereka tertukar. Puas di pujuk. Hampir sahaja pihak hospital kena saman malu.
Setelah sekian lamanya tidak mendengar khabar berita anak susuan mama. Akhirnya dia datang juga. Berjumpa dengan mama papa setelah sekian lama menghilang. Kiranya, kami ni macam adik beradik juga. Berbeza orang tua yang melahirkan je. Mama cakap, kami berbeza selang 2 hari sahaja. Dapatlah aku merasa kasih sayang keluarga ibu susuan aku. Mama cakap nama manja aku masa tu Qis. Keluarga sana panggil. Tapi, bila sudah buat surat beranak nama lain mereka letak. Izz lupa nak tanya mama. Siapa nama asli dia.
Mama tetap sayangkan dia, sama macam anak sendiri. Waktu dulu mama cakap. Aku, pernah teringin nak jumpa keluarga belah sana sebelum ini. Tapi, mama cakap mereka sudah berpindah. Kami pun banyak berpindah randah juga. Mama baru cerita. Ibu susuan aku jatuh sakit dan meninggal dunia setahun lalu. Itu yang mama ceritakan dalam telefon tadi. Tak dapat aku berjumpa untuk kali terakhir. Mama bagi tahu lagi. Mama pernah nak sekolahkan dia dengan aku sekali. Tapi, tak sempat mama cerita lebih panjang lebar. Talian terputus.
Gerak-geri Izz diperhati oleh Izhad.
"Izz, ada masalah ke?" Soal Izhad bila melihat dahi Izz berkerut-kerut. Selepas selesai jawab panggilan.
Izz mengeleng sebelum memulakan bicara.
"Mama saya call tadi?"
"Mama call, kenapa? Mereka tak sihat ke?"
"Mereka okay, sihat. Saya je, rasa macam tak sihat?"
"Awak rasa sakit lagi ke? Jom! Jumpa Kamarul, periksa sekali lagi." Kata Izhad tiba-tiba jadi gelabah balik.
Tersenyum Izz. Bila melihat Izhad gelabah tiba-tiba.
"Saya sihat je... Kaki pun, dah okay."
Cuma... Perasaan saya je, yang susah hati. Balas Izz sambil tersenyum.
"Ceritalah, mama cakap apa?"
"Mama nak saya balik, hari ini? Mama kata nak kenalkan saya dengan seseorang?"
"Siapa? Lelaki ke?"
"Ishh... Awak ni, mestilah tak..." Girl lah bukan boy-boy... Perli Izz sambil tersenyum.
"Lepastu, awak cakap apa?" tanya Izhad dengan muka serius.
"Saya cakap, nak tanya awak dulu... Lagi pun, rumah mama saya kan jauh. Bukan dekat macam rumah mama awak. Tapi, kalau awak izinkan. Saya balik naik flight je."
"Saya tak izinkan!" Kata Izhad nada tegas.
Membulat mata Izz bila mendengar kata-kata Izhad tak izin dia balik. Terus mukanya berubah kecewa.
"Okay," jawab Izz lemah dan sedikit terkilan. Izhad tersenyum bila melihat wajah Izz pasrah. Bila dia tak izinkan. Izhad rasa, nak cium-cium je. Muka Izz yang comel tu dekat situ. Bila Izz buat mimik muka merajuk. Padahal Izz tak merajuk pun. Cuma terkilan. Sebab sudah lama dia tak keluar dari kawasan Kuala Lumpur setelah setahun dia bertapa.
"Saya tak izinkan?" Sebab?
"Awak, tak pergi dengan saya sekali." Sampai hati, awak nak tinggalkan saya?
"Jadi, awak nak bawa saya balik Penang lah?" Kata Izz nada riang dan tak terkata.
"Hmm... Tapi awak kena janji dengan saya?"
"Janji apa?" Saya sedia menurut perintah... Kata Izz belum sempat mendengar kata-kata Izhad lagi.
"Janji jangan banyak bergerak." Dan Janji lagi, kalau awak nak keluar atau nak pergi mana-mana. Mesti bagi tahu saya dulu. Soal mesej yang dulu, saya minta maaf.
"Okay, saya janji."
"Nah, pakai." Kamarul bagi tongkat dekat awak suruh guna. Kita balik dulu siapkan barang. Lepas itu baru kita gerak ke Penang. Nanti bawa baju lebih sikit. Saya nak bawa awak jumpa Tok mama saya dekat kedah? Mama ada call kemarin. Tok mama teringin nak jumpa awak.
"Okay." Nak bawa baju untuk seminggu ke? Kata Izz dengan hati yang sangat gembira.
"Ikut suka hati awaklah, nak bawa baju banyak mana? Nanti saya tolong awak kemaskan baju yek."
"Betul ni awak nak tolong saya?" Wah... Tak sabarnya nak balik kampung. Mengumam Izz. Izz tak sangka, rupanya Tok mama Izhad duduk kedah. Kalau dia tahu, sudah lama dia ajak Izhad balik kampung.
"Sukanya dia, dapat balik kampung."
"Mestilah, sudah setahun lebih saya tak pernah balik. Rindu Nasi Kandar..."
"Sorry, semua ini salah saya." Kata Izhad rasa serba salah dalam hati.
"Tak pe, saya tak pernah salahkan awak pun. Lagi pun, kita sama-sama terdesak masa itu kan."
Bestnya, dapat jalan-jalan makan angin. Gumam Izz lagi.
"Izz, kita makan dekat kawasan rumah je, yek nanti?
Awak okay? Atau awak ada teringin nak makan sesuatu sebelum kita gerak."
Saya okay je... Tapikan, teringin nak makan kat luar dengan awak. Selalu beli bungkus je. Sampai dekat rumah dah sejuk.
"Tadikan, saya dah janji. Awak cakap je nak makan apa?"
"Jangan cakap tak tahu pula." Usik Izhad.
"Betul ni..."
"Awak, saya nak makan kambing bakar, boleh?" Kata Izz nada manja.
''Awak ni, macam tahu-tahu je. Saya nak makan kambing bakar juga.'' Safran selalu cerita dekat saya. Tapi, saya je belum pernah cuba dan rasa lagi.
Izhad selalu dengar sepupunya Safran. Asyik cerita pasal kambing bakar sedap, dekat area rumahnya. Inilah, pertama kali dia nak cuba.
"Sedap...Kalau saya lah. Orang lain saya tak tahu." Kata Izz tersenyum riang.
Izhad memandang wajah Izz, penuh kasih sayang. Tersenyum dia melihat wajah Izz berseri-seri. Bila tersenyum. Sangat cantik. Buat hatinya berbunga-bunga bahagia. Sepatutnya hari ni, dia nak bagi sekali hadiah yang dia beli di Dubai. Tapi, plan dia asyik tak menjadi aje... Tak pe lah. Dia cuba buat kejutan cara lain sampai jadi. Kalau dulu, dia pandai je buat kejutan. Tapi, dengan Izz ni... Entahlah, terus blur otak dia sekejap. Susah betul dia nak buat kejutan.
Akhirnya, mereka sampai juga ke tempat dituju. Hampir lewat petang. Ini, kali kedua buat Izhad. Jejak kaki ke rumah banglo dua tingkat milik Papa Zulfadli dan Mama Syahkila setelah sekian lamanya.
Sebaik sahaja mereka sampai. Secara automatik Izz terjaga tanpa dikejut. Macam tahu-tahu je dia ni, sudah sampai rumah. Gumam Izhad perlahan.
Papa Zulfadli dan Mama Syahkila. Sudah menunggu mereka didepan pintu. Bersama tetamu di dalam rumah.
"Asalamuaikum mama, papa..." Izz berpelukkan dengan mamanya. Penuh kasih sayang. Lama dia tidak berjumpa dengan mama dan papa. Last berjumpa rumah Puan Sri Izlinda. Giliran Izhad pula bersalaman dengan mama dan papa mentuanya.
"Jom Izz kita masuk." Mama Syahkila menjemput anak dan menantu masuk ke dalam rumah. Mamanya tak sabar nak kenalan gadis yang pernah suatu ketika dahulu berkongsi kasih dengan mereka.
Izz melangkah masuk, penuh debaran. Dia pun nak jumpa sangat anak ibu susuan mamanya.
Bila Izz melangkah masuk bersama Izhad. Izz dan Izhad masing-masing terkejut. Yang paling terkejut "Izhad." Izz tak terkejut sangat. Dia tak berapa ingat tapi... Nama dan wajah gadis itu. Pernah dia dengar dan tengok sebelum ini. Yang paling terkejut Izhad. Terus menyebut nama gadis itu. Seperti sangat mengenali gadis itu. Izz diam dan sempat juga dia berfikir... Gadis itu mungkin ex girlfriend Izhad dulu?
Sewaktu makan malam. Muka Izhad penuh tanda tanya. Aku berapa kali melihat wajahnya ketat semacam. Sempat jugalah Izhad berbual-bual dengan gadis yang dia kenali itu. Sebelum gadis itu, melangkah pergi. Mama papa ada pelawa dia tidur di rumah. Lega hati Izz, nasib baik dia menolak untuk bermalam di rumahnya. Kalau tidak. Huru hara di buatnya. Esok, nak kena mengadap dia lagi. Mama ada cakap. Esok, mama buat majlis doa selamat. Dia sendiri baru tahu. Mama menjemput kenalan terdekat sahaja.
Bila gadis berkenaan sudah balik. Suasana menjadi suram antara dia dan Izhad. Izhad, banyak mendiamkan diri.
Dia, nak bertanya. Tapi, tiada kekuatan. Apa yang di bincangkan Izhad dengan gadis itu. Reaksi mukanya berubah bertambah dingin dengan dirinya. "Sah mesti bekas girlfriend dulu." Muka Izz berkerut seribu.
"Macam mana Had boleh kenal?" Soal Syahkila. Aku hanya menjawab, mungkin 'kawan lama dia.' Itu sahaja dapat Izz bagi tahu mama dan papa. Dia tak berani nak cakap lebih. Dia pun dalam dilema. Izhad banyak mendiamkan diri dan banyak termenung. Layanan Izhad pada dirinya. Tidak seperti siang tadi. Mesra dan risau akan dirinya. Tapi, sikapnya berubah. 100 peratus. Tak seperti Izhad yang dia kenali. Izhad memandang wajahnya seperti menahan marah dan melarikan diri daripadanya. Raut pandang wajah Izhad. Betul-betul menakutkan dia.
"Kenapa tiba-tiba dia dingin dengan aku? Aku ada buat salah ker?"
"Hish tak boleh jadi ni? Aku kena tanya sebab apa?" Izz nak tahu juga. Apa salah dirinya. Tiba-tiba, suaminya seperti endah tak endah lagi dengan dia. Rasa menyesal pulak dia ajak Izhad balik." Gumam Izz dalam hatinya. Membuatkan bibirnya mengeluh panjang. Malam yang sunyi sepi bagi Izz dan Izhad.
Share this novel