"Jom sayang. Honeymoon." Ajak Megat Syah Izhad. Tangan dihulur ke arah Izz. Sambil tersenyum memandang wajah isteri tercinta.
Terdiam Izz seketika. Sambil memandang Izhad.
"Lambat, tertinggal Flight." Gurau Izhad. Bila melihat Izz masih ragu-ragu.
"Jom!" Balas Izz laju. Bila tersedar. Dia bukan lagi dunia mimpi.
"Okay. Sayang dah siap..." Terus Izz menjawab dengan nada lembut dan gembira. Izz terus mencapai beg luggage.
"Wow... Sayang macam dah tahu-tahu aje. Abang nak bawa sayang lari."
Izz tersimpul malu. Masing-masing tertawa sesama sendiri.
Sejak Izz tiba di korea. Barang dalam beg luggage dia tidak di susun dalam almari. Hanya barang yang penting sahaja diambil. Izz sudah bersedia. Untuk mengikut ke mana saja suaminya pergi. Walaupun pada masa itu, macam- macam dia berfikir tentang siapa bakal suaminya itu.
Tangan Izz dan Izhad berpaut. Dicengkam kemas dan satu tangannya lagi membawa beg wanita dicintai.
"Sejuknya tangan sayang?"
"Mahu tak sejuk."
"Ini pun, rasa macam nak ke tandas lagi..." Jawab Izz selamba, tanpa segan silu. Debaran dia sudah hilang, bila orang dia cinta sudah menjadi suaminya.
Satu kucupan lembut di dahi Izz... Berkelip-kelip mata Izz lagi. Terasa hangat. Izz, dapat rasai kasih sayang Izhad kepadanya. Terasa bahagia tak terkata. Jodoh dan takdirnya bersama Izhad.
Pintu bilik dibuka. Mereka sudah bersedia melangkah keluar. Tetamu yang hadir, terus melihat ke arah pengantin baru. Terus Megat Syah Izhad mintak izin. Membawa isterinya honeymoon. Terkejut semua tetamu yang hadir. Termasuk kedua ahli keluarga mereka.
"Amboi abang ni!"
"Tak sabar-sabar! Majlis pun tak habis lagi." Perli Putri Sya Izliyana. Mencebik bibir. "Pelik abang Had ni. Dulu jual mahal. Ini bahagia semacam."
Megat Syah Izhad menjeling tajam, kearah adiknya. Malas dia nak layan.
"Anak muda. Biasalah tu..." Kata Mama Izz. Mamanya turut rasa bahagia melihat anak gadisnya.
Geleng Tan Sri Iskandar dan Puan Sri Raja Sofia melihat anaknya itu buat hal dan tak sabar-sabar.
Izhad sudah merancang awal sejak dia tiba di Korea lagi. Lepas sahaja akad nikah dan sarung cincin. Dia nak terus bawa Izz lari. Dia memang saja. Beli tiket honeymoon awal.
Alhamdulilah... Akhirnya terkabul jugak hasrat kau 'Zulfadli.' Nak, anak kita di satukan. Gumam Tan Sri Iskandar dalam hatinya.
Bila Megat Safran melihat kelibat sepupunya dengan wanita yang baru dinikahi Izhad. Melangkah keluar membawa beg. Megat Safran dapat agak sesuatu. Bila melihat wajah berseri dan bahagia sepupunya itu.
"Dia ke, orangnya?"
Safran tahu sangat, perangai Izhad. Selagi tak jumpa wanita dalam mimpinya. Dia tak akan kahwin. Ini, muka bahagia semacam.
"Cantik dan ayu orangnya."
"Patutlah kau angau semacam."
Sewaktu Raja Sofia mengatakan. Izhad ingin mempercepatkan pernikahannya. Dia tak percaya. Apa yang dia dengar. Izhad, memang tak bagi tahu dia langsung.
"Hoi!"
"Had!"
"Kau nak pergi mana tu?"
"Aku nak pergi honeymoon lah!" Jawab Megat Syah Izhad bangga diri. Dan terukir senyuman bahagia.
"Sampai hati kau! Tak bagi tahu aku nak nikah. Nasib baik mama kau bagi tahu." Mengomel Safran nada geram yang baru sahaja sampai. Bila dia dengar sahaja, Izhad nikah dekat Korea. Dia tak fikir panjang. Terus dia terbang ke sana.
"Sorry Safran... Jangan marah."
"Izz!"
"Takkan tinggal aku sorang- sorang dekat sini?" Kedengaran nada sedih di buat-buat oleh Mas.
"Safran Kan ada!" Izz tersenyum maksud tersirat.
"Bye Mas!"
Mas tersenyum bahagia. Dia sudah tahu dari awal. Bila Megat Syah Izhad turut cerita kisah dia sama dengan Izz alami.
"Akhirnya kau jumpa juga suami mimpi kau, Izz..."
"Aku nak jugak mimpi macam ni..."
Terus Safran memandang ke arah Mas. Masing-masing saling memandang antara satu sama lain.
Mas tak sangka. Jejaka pujaan ramai. Mencintai sahabatnya. Dan sanggup mencari Izz sampai ke korea.
"Jap!"
"Awak pun, tahu kisah diorang?"
"Hmm... " Acuh tak acuh Mas menjawab.
Mas, naikkan keningnya... Tersenyum sinis. Tiba-tiba Mas teringat sesuatu.
"Jap!"
"Awak, Safran?"
Dengan pantas kepala Megat Safran mengangguk kepala.
"Ohh... Jadi, awaklah mamat poyo tu! Mamat yang suka cari pasal dengan aku? Dalam mimpi diorang."
"Okay bye!" Lepas je Mas berkata begitu terus dia melangkah kali menuju ke dalam rumah.
Terpinga-pinga Safran. Bila mendengar kata-kata Mas.
"Awak, jap! Jangan cakap? Awak pun, ada dalam mimpi diorang."
"Hmm..." Mas tersenyum sinis.
"Had!"
"Tunggu..."
"Kenapa kau tak cerita kisah aku dalam mimpi kau!" Jerit Megat Safran sekuat hati...
Izhad buat-buat tak dengar dan terus melangkah masuk ke dalam perut kereta.
"Opss... Sorry!"
"Kisah kau... Dan aku tak menarik langsung! Lebih baik, kau tak payah tahu. Okay! Bye..."
Terdiam Safran seketika. Terus pergelangan Mas di sambar.
"Awak, jap laah!"
"Kalau, macam tu... Awak lah bagi tahu saya.
"Please..."
"Tak, nak!"
Terus Mas menarik kasar pergelangan tangannya. Sambil kenyit mata dan terus menuju ke meja makan.
"Please laa!" Rayu Megat Safran sambil mengejar Mas.
Mas tak menyangka. Orang yang Izz cerita tu. Wujud juga rupanya. Dia ingat hanya sekadar mimpi je. Mas tak sangka juga, dia sepupu Megat Syah Izhad.
Dah lah tadi. Dia puji melambong. Kata mamat tu handsome gila. Bila pertama kali dia melihat mamat tu baru sampai ketika majlis nikah nak bermula.
"Aku cakap tadi. Handsome gila!"
"Ohhh tidak!" Aku nak tarik balik kata-kata aku tadi.
"Izz... Kenapa kau tinggal aku dengan mamat poyo ni..."
"Apa kau cakap!" Gumam Mas, terdengar oleh Megat Safran.
"Poyo yek... Okay!"
"Mulai hari ini! Kau, akan milik aku!"
"Memang tak lah!" Balas Mas. Melibaskan rambutnya belakang.
"Rindunya abang pada Sayang..."
"Abang tak tahu. Nak gambarkan. Betapa gembiranya perasaan abang. Bila dapat berjumpa sayang lagi."
Terukir senyuman bahagia di bibir Megat Syah Izhad. Dari mula matanya menatap wajah Izz Zulaika yang sudah menjadi isterinya. Terasa bagaikan mimpi. Dapat memiliki Izz Zulaika lagi dalam hidupnya.
"Sayang mintak maaf."
"Sayang hanya lihat abang dari jauh je."
Izz merasa serba salah. Kerana dia, terus pasrah. Tanpa mencuba mendekati Izhad. Kepalanya tunduk ke bawah.
Pertama kali dia melihat wajah Megat Syah Izhad di media sosial. Izz merasa, dia hanya layak untuk bermimpi sahaja. Bukan memiliki orang sehebat Megat Syah Izhad. Izz menyerah dengan perasaannya ketika itu. Tapi, hatinya masih lagi mencintai Izhad dalam mimpinya.
"Sayang ingat,"
"Sayang je bermimpi, sebab tu..."
Baru aje Izz nak meneruskan berbicaranya lagi.
"Syhhh..."
Dahi milik Izz dicium lagi. Itu sahaja cara dia melepaskan rindunya pada Izz. Jari jemari Izz digenggam lembut dan dibawa ke bibir milik Megat Syah Izhad. Terkedu Izz. Melihat reaksi tingkah laku Izhad. Padahal dia dan Izhad tak pernah berjumpa. Dan tidak saling mengenali antara satu sama lain pun. Tapi, mereka merasa seakan sudah lama mengenali antara satu sama lain dan tidak merasa kekok bila bersama.
"Abang rindu sayang."
"Sayang pun..."
Dalam perjalanan ke Airport. Tangan milik Izz di genggam kemas. Selang berapa minit. Tangan milik Izz akan hinggap di bibir sang suami.
"Abang, bahaya lah..." Izz cuba lepaskan genggam Izhad.
"Please... Abang nak lepaskan rindu." Tersenyum Izz. Bila melihat Izhad yang dia rindui. Berada di depan mata.
"Boleh sayang tahu? Kita nak kemana?"
"Adalah..."
"Rahsia!" Megat Syah Izhad tersenyum nakal.
"Sayang rela tak, ikut abang? Ke mana saja abang pergi?" Bahagia tak terkata. Melihat wanita yang di cari selama ini. Berada di sisinya kembali.
"Mestilah... Sayang sanggup dan rela. Ikut kemana saja abang pergi... Walaupun ke hujung dunia sekali pun... Abang, jangan jemu pulak. Kalau nanti, sayang asyik melekat aje dengan abang macam belangkas."
"Abang rela. Abang lagi, suka..."
"Hmm... Betul ni. Okay." Kata Izz tersenyum bahagia.
"Abang suka, tengok senyuman sayang. Betul-betul buat abang tergoda tau. Senyuman sayang. Selalu buat abang rindu siang malam.
"Yeke?"
Izz tersenyum lagi. Bila terdengar puji dari bibir seksi milik Megat Syah Izhad. Tergugat hatinya melihat
kacaknya wajah Izhad di dunia nyata. Sangat handsome. Izz macam tak percaya, jejaka pujaan ramai menjadi suaminya. Bagai mimpi...
"Iya laa, sayang..."
"Sayang.... Jangan laa goda abang lagi. Tunggulah sampai dekat hotel dulu."
Izz tersenyum lagi.
"Sayang..."
"Senyuman sayang tu, buat abang geram tau." Terus bibir wanita itu di kucup laju. Sebaik sahaja kereta berada di tempat parking.
"Abang!" Membulat mata Izz dengan reaksi spontan Megat Syah Izhad.
"Senyum lagi!" Berpuluh kali abang cium tau. Jangan sesekali senyum macam ni dekat lelaki lain tau.
"Sayang, milik abang seorang. Tau..."
Senyuman Izz sentiasa dirindui. Senyuman Izz betul-betul menyeksa batin jiwanya... Sambil memandu pun dia tak senang hati melihat kecantikkan dan keayuan isterinya. Asyik melemparkan senyuman menggodanya. Tak sabar hatinya. Ingin memeluk wanita itu berada dalam pelukan dakapannya.
Bibir Izz tak lekang mengukirkan senyuman. Hatinya merasa sangat bahagia. Bersyukur dengan jodoh ditakdirkan. Megat Syah Izhad sebagai suami. Bagaikan mimpi. Walaupun, mimpi itu juga dia harapkan dari awal lagi. Menjadi realiti dan nyata.
"Tapi..."
"Jika jodohnya dengan orang lain?"
"Dia tak sanggup, bermimpi lagi... "
Kecantikan Izz Zulaika di dunia nyata, sangat memukau hatinya. Cintanya pada Qisya Izz Zulaika semakin mendalam dan sukar untuk dia gambarkan dengan kata-kata. Pertama kali dia tahu siapa Qisya. Adalah 'Izz'. Satu penyesalan di hatinya. Kerana tidak mengenali Izz dari awal. Hampir saja dia kehilangan Izz. Bila Tan Sri Iskandar, papanya bagi tahu Izz akan bernikah di Korean. Hatinya remuk dan kecewa. Penuh penyesalan.
Dalam bilik hotel yang sangat mewah. Megat Syah Izhad memang pilih hotel yang terbaik dan paling mewah untuk bulan madunya dengan Izz. Dia ingin mencipta kenangan sebenar bersama Izz. Dia tak nak seperti dalam mimpinya. Dia tak menghargai Izz pada awal kisahnya. Tapi, di dunia nyata. Dia ingin menghargai Izz sebaik mungkin. Itu janji dia, kalau dapat bertemu Izz lagi di dunia nyata.
Selepas mereka makan malam di tempat yang paling eksklusif hanya mereka berdua. Bibir milik Izz tak lekang tersenyum mempesonakan. Senyuman bibir Izz yang seksi tu. Membuat Megat Syah tak tahan. Ingin menyentuh bibir wanita itu lagi dan lagi. Izz membuatkan hatinya sentiasa dahagakan rindu dan cinta daripada Izz. Sukar bagi dirinya bernafas setiap kali melihat wanita itu tersenyum.
Sampai sahaja di bilik mewahnya. Izz terus melangkah kebilik air. .
Izz didalam bilik air, tengah berperang dengan perasaan dia sendiri. Masih tetap sama seperti mimpinya.
"Betul ke, apa yang aku lakukan ni." Tak seksi sangat ke? Bisik hatinya tiba-tiba terasa malu dan segan. Pertama kali dia berpakaian seseksi itu.
Semasa dia di airport, sebelum berangkat ke Dubai. Izz melihat, satu pakaian menarik perhatiannya. Dia ingin membuat Izhad kejutan. Walaupun dia kurang yakin. Izz beli senyap-senyap tanpa pengetahuan suaminya. Izz pun, tak tahu. Izhad juga sudah siapkan hadiah untuknya. Hati Megat Syah Izhad jugak teragak-agak nak bagi pada Izz. Hati masing-masing berperang sesama sendiri.
Hampir 15 minit dia berperang perasaan. Izz keluar memakai baju tuala hotel ditubuhnya.
"Abang..."
"Sayang dah siap. Abang. Cepatlah mandi..." .
Terpaku Megat Syah Izhad seketika. Senyuman Izz penuh menggodanya dengan hanya berpakaian tuala hotel.
Perasaan Izz ketika itu. Masih malu-malu bila berhadapan dengan Megat Syah Izhad suaminya.
"Sayang,"
"Teman abang mandi." Sakat Megat Syah Izhad lagi.
Terbeliak mata Izz membulat memandang Izhad. Bila Izhad menyakatnya begitu. Berderau darah dan jantung dia ketika itu.
Izz cuba larikan anak matanya kearah lain.
Sambil menunduk rasa malu kerana kata-kata nakal Megat Syah Izhad.
"Sayang dah mandi lah." Kerana malu dengan kata-kata Izhad. Dengan spontan Izz menolak lembut tubuh Izhad masuk ke bilik air.
"Sayang..."
Dengan pantas pergelangan Izz di sambar untuk mengikuti sekali langkah dia.
Terkejut dan tergamam Izz. Izz tersedar. Bila air terkena tubuhnya.
"Abang... Hmm... Basah dah baju sayang..." Bibirnya saja di cebik.
Baju tuala hotel ditubuhnya di buka. Menelan ludah Izhad seketika. Izhad pula terkejut dan tergamam.
Tangan Izz cuba menutup tubuhnya yang basah kuyup.
"Cantiknya sayang..."
Izz bertambah malu-malu. Pipinya meronta-ronta kemerahan dan kepanasan menahan malu. Tapi, mahu. Jantungnya jangan cakap lah. Berdenyut laju tanpa henti. Baru Izz ingin berbicara. Bibir seksi Izz terus di terkam lembut dan membuat Izz terdiam. Terkejut Izz sampai tak terkata. Akhirnya dia juga turut lemas dan tenggelam dalam asmara cinta Megat Syah Izhad.
"Sayang jangan risau. Abang beli baju sayang. Lagi seksi daripada ini. Tau..." Terdengar bisikkan menggoda ditelinga Izz.
Izz cuba melarikan diri. Bila terdengar suara menggoda Izhad. Tapi, apa kan daya. Izz sudah berada dalam genggaman pelukan erat Izhad. Tiada ruang untuk dirinya melarikan diri lagi. Habis lencun keduanya di bawah shower.
"Sayang, milik abang buat selamanya tau."
Tersenyum Izz bila mendengar kata manis Megat Syah Izhad.
"Cinta itu buta?"
"Kau, setuju tak Mas?"
"Entah? Manalah aku tahu!"
"Kau nak tak, bercinta dengan aku? Sampai buta mata. Macam Had dan Izz? Hahaha." Megat Safran cuba bermain kata.
"Dengan kau?" Mas buat reaksi muka tak puas hati.
"Memang tak lah!"
"Kenapa tak!"
"Buta mata? Sebab kau!"
"Tak nak laa aku!"
"Elok- elok ada mata. Tiba-tiba je jadi buta."
"Okay apa... Akan ku pimpin dirimu di akhir hayatku.'
Megat Safran mengejar Mas yang sudah menghilang dari tempat duduknya. Dari awal lagi, Megat Safran mula tertarik dengan Mas. Walaupun Mas bersikap kasar dan cuba jual mahal dengan dirinya. Dia tak tahu kenapa hatinya ingin mengenali Mas dengan lebih dekat lagi.
Bagi Safran dengan Mas. Memang cinta itu buta. Bukan buat Safran dan Mas.
Tapi, hampir saja mata mereka menjadi buta. Bila melihat kemesraan Izz dan Izhad. Macam belangkas setiap masa.
Setelah 2 tahun mengharungi segala dugaan rumah tangga. Mereka di kurniakan zuriat kembar lelaki dan perempuan. Penyeri hidup mereka.
"Abang baby nak keluar ni." Kelam kabut Izhad memandu. Dalam masa yang sama. Megat Safran pula menjerit melihat Mas berlumuran darah dipeha.
Kedengaran...
Keriuhan di ruangan menunggu wad bersalin. Semua ahli keluarga Megat Syah Izhad dan Megat Safran setia menanti ahli baru bakal muncul dalam keluarga mereka masing-masing.
"Had, aku takutlah!"
"Kau ingat? Kau je takut! Aku lagi takut. Ini kali kedua Izz bertarung nyawa. Aku tak sanggup kehilangan Izz."
"Aku pun, tak nak kehilangan Mas..."
Setelah dua tahun Izhad dan Izz berumahtangga. Akhirnya Megat Safran melamar Mas menjadi suri hidupnya.
"Aku ajak masuk, kau tak nak!." Membebel Megat Syah Izhad.
"Kau tahukan, aku takut darah."
Setelah beberapa jam menunggu. Kedengaran tagisan bergema.
Masing-masing bersujud syukur.
"Terima sayang... Bagi abang anak kembar lagi... Dahi Izz di kucup lembut tanda kasih sayangnya pada Izz."
"Amboi kau Had... 3 tahun lepas dapat kembar. Nie kembar sepasang lagi. Sekejap je dah 4 orang anak."
"So, kau kena menuntut ilmu dengan aku. Macam mana nak dapat kembar lepas ni."
"Berlagak kau yek."
"Tengok orang laa... Rezeki Allah bagi. Aku terima je."
"Tapi, aku tengok kau. Sesak nafas jugak jaga dua sekali gus. Aku harap, aku boleh jadi ayah dan suami macam kau."
"Insyaallah Safran."
Di waktu pagi yang indah. Ulang tahun perkahwinan mereka ke 10. Di pulau perhentian permintaan Izz ingin bercuti di dalam negara sahaja. Dahi Izz dikucup lembut. Megat Syah Izhad bersyukur sangat. Cinta pada Izz sentiasa berbunga-bunga. Dalam setiap doanya. Izz sentiasa menjadi suri hidupnya sampai akhir hayatnya. Tiada yang lain. Melainkan maut memisahkan mereka.
"Abang, ni bukan mimpi lagi kan?"
"Tak sayang..."
"Sayang rasa, macam bermimpi je. Sekejap je sudah 10 tahun berlalu."
"Kalau kita mimpi lagi. Abang tetap akan mencari sayang. Walaupun ke hujung dunia sekali pun..."
"Sayang, permata hati abang. Dunia dan akhirat. Sayanglah bidadari terindah buat abang. I love you so much." Tubuh Izz di peluk erat dari belakang sambil memandang laut terbentang luas.
"I love to abang." Sayang pun, tak sanggup kehilangan abang.
Abang lagi, tak sanggup kehilangan sayang. Setahun selepas terjaga dari koma. Macam orang gila bayang, abang di buatnya.
"Walaupun Safran banyak kali cakap. Sayang tak wujud. Tapi... Hati abang, tetap kuat menyatakan sayang wujud." Tubuh Izz dipeluk erat. Dahi isteri tercinta dikucup lembut turun kebibirnya. Hari-hari Izhad mengucapkan kata-kata cinta pada dirinya tanpa jemu.
Tiada yang lain di hati abang. Hanya nama mu "Qisya Izz Zulaika Binti Zulfadli" selamanya. Terima kasih sayang. Sehingga hari ini, sayang tetap bersama abang. Terima kasih sudah menjadi ibu pada 6 orang anak kita selama ini.
"Jom syang. Kita tambah lagi, jadi pasukan bola sepak pulak..."
"Abang!"
Terima kasih juga abang. 'Megat Syah Izhad,' sudah hadir dalam mimpi Izz Zulaika menjadi kenyataan di dunia nyata.
Kehidupan Izz dan Izhad ditempuhi suka duka bersama-sama. Memiliki suami yang handsome dan kaya. Mesti buat hati Izz sentiasa menjadi was-was dan sangsi. Tapi, itu awal perkahwinan sahaja. Sekarang Izz tahu. Kesetiaan Izhad pada dirinya.
Yang kuat cemburu dan hati penuh was-was adalah suaminya. Alhamdulilah bukan mat sentap. Izhad di dunia nyata. Sentiasa berbincang dahulu sebelum menuduh tanpa usul periksa. Tidak seperti mimpinya. Izhad di dunia realiti tak sama dengan mimpinya. Izhad sentiasa mencintai dan menyayangi dirinya. Setiap kata-kata manisnya boleh tahao potong kaki.
"Sayang..."
"Abang akan sentiasa mencintai sayang hingga akhir hayat abang."
Cinta Izhad buat Izz hingga ke syurga. Hanya Izz bidadari syurga buat dirinya. Tiada yang lain.
Kerana jodoh sudah tertulis. Kerana mimpi menjadi nyata. Dua jiwa bertemu jua. Kerana kekuatan cinta mereka. Menyatukan kisah Izz dan Izhad di dunia nyata. "Takdir Misteri."
Share this novel