Bab 28

Romance Completed 27497

"Sudah tiba masanya. Aku kena bagi tahu, papa mama dan seluruh ahli keluarga, tentang aku dan Izz." Izhad berbicara sendiri. Risau dihatinya dengan kemunculan Qistina? "Aku tak sanggup nak tipu lagi. Izz mungkin dalam bahaya. Hubungan aku dan Izz juga mungkin akan terjejas."

Kejadian yang menimpanya baru-baru ini. Menakutkan dia. Dia tidak tahu apa niat sebenarnya Qistina. Izhad terasa terganggu dengan permainan muslihat Qistina dan juga kehadiran Nizam tiba-tiba? Hatinya resah, takut dan tak sanggup kehilangan Izz.

"Hoi, pakcik! Kau berangan apa, aha?" Jauh benor mengelamun. Takkan, dah rindu kot? Bukan, pergi jauh pun... Perli Safran. Dia sudah tahu. Rumah Mas tingkat bawah sahaja.

"Sibuklah kau!" Perasan Izhad tertekan. Tak sengaja lepaskan amarah pada Safran.

"Kau okay ke ni?" Soal Safran. Dia dapat agak apa yang serabutkan sepupunya itu.

Izhad saje menyuruh Izz pergi ke rumah Mastura. Ada perkara yang ingin dia bincangkan dengan Safran. Dia tahu, sejak Izz tinggal bersamanya, Izz jarang kerumah Mas. Cemburu juga dihatinya. Asyik nama Mas aje disebut berulang kali. Macam pasangan kekasih.

"Laparnya..." Kedengaran suara Safran mengeluh.

"Saja Safran buat tanda kiasan. Tapi, Izhad buat tak tahu aje. Izhad asyik mengelamun memikirkan Izz dari tadi.

"Kau ni, Had. Tetamu datang rumah. Bukan nak pelawa. Minum air ke? Makan ke?" Kata Safran nada perli.

Joystick pada tangan Safran bertukar arah ke Izhad. Giliran Izhad untuk bermain game. Safran bangun menuju ke dapur. Mencari sesuatu untuk mengisi perutnya sudah berbunyi keroncong. Sambil menanti pizza yang di order belum sampai.

"Macam tak biasa je, kau datang rumah aku. Buatlah macam rumah sendiri."

"Aha, lupa aku nak bagi tahu. Izz sudah sediakan air ribena dalam peti ais dan nugget, ada atas meja. Layan diri yek. Tak kuasa aku nak hidang."

"Aku, bising baru nak pelawa." Kakinya sudah melangkah menuju ke peti ais.

"Tolong, ambilkan aku air sekali." Kata Izhad matanya tak lepas pandang pada skrin televisyen dan tangannya masih menekan-nekan tombol joystick.

Peti ais di buka. "Amboi... kau Had!" Mentang-mentang ada permaisuri dekat rumah layan kau. Bila tak ada. Aku pulak yang jadi mangsa?"

"Alang-alang kau pergi ambil, aku tumpanglah sekaki."

"Sekaki? Okay je. Dengan kaki-kaki, aku bagi sekali." Gurau Safran kasar. Tapi, Safran tetap tuangkan air ribena untuk dua orang.

"Aku panggil kau ni, ada benda aku nak bincangkan?"

"Ohhh, aku ingat? Kau ajak aku datang, semata-mata main game je."

"Aku malas nak keluar. Itu yang aku ajak kau bincang dekat rumah je. Sambil-sambil kita berbincang. Boleh main game. Sejak kejadian hari itu. Aku tak berani tinggalkan Izz, sorang-sorang dekat rumah. Pergi office pun. Aku rasa nak cepat balik je." Luah Izhad.

"Betul jugak tu, Qistina makin melampau!" Kepala Safran mengangguk tanda setuju. Sejak kejadian menimpa sepupunya itu. Izhad sentiasa balik awal tepat waktu. Kalau dulu mesti ajak lepak sebelum balik. "Sayang betul dia pada isterinya." Itu yang Safran fikiran. Bila melihat perubahan besar pada Izhad.

"Cepat lah. Apa dia, kau nak bincangkan?"

Sambil tangan Safran memegang mug. Sebelah lagi mug, sudah beralih tangan ke Izhad. Di teguk air, sedikit demi sedikit ke dalam mulut. Lega Safran, dapat hilangkan hausnya. Nugget dipinggan, di ambil dan disuap ke mulut dengan lahapnya. Tak tinggalkan satu pun untuk tuan rumah. Disebabkan dia terlalu lapar. Waktu keluar rumahnya tadi, Safran terlupa nak alas perut dahulu. Terus dia ke rumah Izhad terburu-buru.

"Aku nak minta pendapat kau ni." Joystick di tangannya di letakkan di atas meja ruangan tamu.

"Kau rasa, patut ke aku bagi tahu? Atau diamkan sahaja?" Soal Izhad. Sepupunya itu sudah mengetahui rahsia yang dia simpan selama ini. Sejak dari awal dia nikah dengan Izz.

"Kalau kau tanya aku. Aku setuju sangat. Alang-alang Abang Zani pun dah tahu? Baik kau bertindak sekarang. Aku risau, kalau kau lambat bertindak? Bekas girlfriend kau tu? Maybe akan datang buat kecoh lagi."

Bila dengar kata-kata Safran. Membuatkan hati Izhad bertambah risau. Tapi, dia tak tahu. Macam mana nak bagi tahu papa mama dan keluarga Izz. Dia risau banyak benda. Pasal Izz. Pasal mama. Papa mungkin akan terima. Tapi, hubungan baik mama dan mama Izz. Mungkin akan tercalar.

Kedengaran loceng berbunyi... Cepat-cepat Izhad berlari anak dan meninggalkan perbualan dia dengan Safran. Tak sabar dia nak melihat permaisuri hatinya. Tapi, sayang... Kecewa dihatinya. Bukan Izz? Tapi, Mas.

Izz baru siap mandi. Ternampak Mas tersenyum-senyum dan mengumam sendiri. Sambil menikmat, makan sesuatu.

Tulah, cari pasal dengan aku lagi. "Padan muka." Senyum Mas sendiri.

"Dua kotak. Kau bagi semuanya. Dah, tu aku nak makan apa?" Sempat jugaklah Mas terdengar omelan Safran.

Mas sahaja buat ayat dekat Izhad. Izz teringin. Nak makan pizza. Tak sangka dia. Semua sekali Izhad bagi. Demi isteri tercinta.

"Kau dah kenapa?

"Tersenyum sorang-sorang ni. Bahagialah tu? Dapat jumpa Safran kan?" Mas tak dengar kata-kata Izz kepadanya dirinya.

"Wow, pizza?" Teruja Izz.

"Bila kau beli. Nak sikit boleh. Aku lapar gila ni. Tak ada selera nak makan nasi."

"Memang untuk kau pun." Aku tumpang makan je. Jawab Mas dengan mulut penuh.

Terus Izz sambar pizza dan disuapkan ke mulutnya. Tak sempat dia nak tanya lagi. Mas kelam kabut berlari menuju ke tandas. Sedap, menikmati pizza. Tiba-tiba phone dia berbunyi. Terus digesar phonenya.

"Hello..."

"Asalamuaikum... Serentak masing-masing memberi salam.

"Waalaikummusalam..."

"Iya, abang. Kenapa? Kata Izz seakan pelik bila menerima panggilan Izhad.

"Tak sedap ke? Ker, tak cukup?" Ada tanda risau dihatinya.

"Isteri abang masak mestilah sedap." Abang punya cukup. Abang tengah makan ni? Sedap gila... " Terima kasih sayang.

"Makanlah dulu? Karang tersedak..."

"Abang nak makan."

"Tapi..."

"Orang sebelah abang ni. Jeles tengok abang makan. Saja Izhad menyakat Safran.

"Safran, ni sayang. Sibuk je nak cakap dengan sayang. Jap, abang tekan loud speaker."

"Kau cakap cepat, jangan cakap lama-lama. 2 minit je." Izhad bagi arahan. Izz terdengar gumam kata-kata amaran pada Safran.

"Hello Izz..."

"Iya, Safran. Awak nak cakap apa?"

"Sampai hati Izz. Bagi nasi dekat Had je. Aku punya mana? Dah, lah pizza saya kena bagi dekat awak." Tersedak Izz yang tengah menikmat pizza. Di sangkakan Mas yang beli.

"Awak punya?" Terbuntang matanya. Geram dengan Mas yang tak bagi tahu dia langsung.

"Mas cakap awak teringin. Itu, yang saya tak kisah sangat. Tapi, sekarang ni saya lapar? Saya, nak juga nasi macam Had makan..." Kata Safran dengan nada sedih.

"Mas bagi satu je ke?"

"Saya sudah siapkan untuk Had dan awak sekali tadi?"

"Kawan awak tu! Memang saja nak cari pasal dengan saya ke, apa?" Safran mengadu nasib.

"Sekejap yek, saya tanya Mas!" Izz baru teringat. Mas dalam bilik air.

"Maaf, Mas dalam bilik air lagi."

"Nasib baik, ada rezeki awak lagi. Jap yek! Tapi, pizza awak?" Sambil memandang pizza di tangannya. Tersekat di lidahnya untuk berkata-kata.

"Sorry, saya lapar sangat. Saya ingat Mas yang beli?

"Sorry..." Izz serba salah. Tak tahu nak cakap apa?

"Sayang makan je..." Nanti Abang bayar balik dekat dia." Kedengaran suara jerit daripada Izhad.

"Kau ni, makan jelah. Sibuk jugak nak cakap." Kata Safran berperang mulut dengan Izhad .

"Tak pe Izz. Makan jelah. Tapi saya nak nasi yang sama macam Had. Awak hantar secepat mungkin boleh? Masih ada lagi kan? Terliur saya tengok Had makan ni. Dah, kebuluran saya rasa." Terdengar omelan sedih Safran kelaparan. Mas punya pasal. Tak pasal-pasal member tu kebuluran.

"Ada-ada, jap lagi saya hantar." Terdengar keluhan nafas lega Safran.

"Sayang betul, Had dekat kau Izz. Aku?" Dia sanggup biarkan aku kebuluran. Kalau dulu aku tak makan. Cepat je, dia tanya. Sekarang.... Hampeh!

"Hoi! Dah tua bangka pun, kau nak merajuk dengan aku!" Balas Izhad lagi. "Dah, dah!" Panjang pulak dia berborak dengan bini aku. Pantang bagi peluang..."

"Okay, sayang. Abang letak dulu yek." Nak sambung makan balik.

Baru je Izz nak letak. Dia terdengar suara Izhad memanggil dirinya semula.

"Sayang... Jap! Jap! Jap... Abang nak lagi." Kata Izhad.

"Nak lagi? Muat lagi ke, abang?" Kata Izz terkejut dan mengusik sambil tertawa.

"Muat lagi. Nanti sambung makan dengan Safran pulak."

"Hoi!" Kalau bahagian aku bagi kau? Aku punya tak ada lah! Terdengar suara Safran menjerit.

"Kau, order lah pizza balik! Nasi kau, aku makan!" Kata Izhad berperang mulut dengan Safran. Tergelak Izz.

Malas Izz nak layan pergaduhan sepupu. Terus dia tutup phone. Dia tak sabar, nak tunggu Mas keluar dari bilik air. Sambil menunggu dia terus masuk ke dapur membuka api kecik dan panas lauk sebelum membungkus. Nasib baik, dia ada masak lebih gulai lemak ayam. Dia dengan Mas tak selera nak makan. Jadi banyak lebihan.

Mas melangkah keluar dari bilik air. Terus melabuhkan dirinya ke sofa dan sambung kembali menikmat potongan pizza. Sambil melihat telefonnya. Bila Izz melihat kelibat Mas terus dia berdiri di sebelah Mas.

Punyalah Mas terkejut. Bila Mas menoleh disebelah terasa ada seseorang. Izz saja terpacak dan diamkan diri dekat sebelah Mas. Tanpa berkata apa-apa.

"Oh, Mak engkau!" Terus terpelanting potong pizza pada tangannya.

"Izz!" "

Terkejut aku... Habis, jatuh aku punya pizza!"

"Kau, punya pizza?" Baik, kau bagi tahu aku, Mas? "Mana, nasi untuk Safran?"

"Hmm..." Bibirnya dikepet rapat. Sambil tersengeh-sengeh.

"Aku, bagi dekat budak penghantar pizza. Kesian dia tak makan lagi." Jawab Mas selamba. Sambil dia ambil lagi potongan pizza. Di suapkan ke mulutnya lagi. Matanya memandang television. Saja buat-buat tak tahu. Izz tengah memandangnya.

"Kau ada apa-apa dengan Safran ke? Atau bermusuh dengan dia. Dah lah, nasi kau tak bagi dia. Pizza pun kau ambil?" Kesian dia, aku dengar tadi. Kelaparan tahap gaban tau.

Mas buat tak tahu je. Bila Izz buka cerita sedih pasal Safran.

"Mas! Aku cakap dengan kau ni? Kau suka dia ke?" Tiba-tiba kau, jadi macam ni?

"Mana ada?" Terkejut Mas. Bila di soal Izz.

"Tolong sikit." Mas membuat jari telunjuk kiri kanan. Sekali memek muka. Berkerut-kerut.

"Kau dia tu? Aku jumpa, dekat alam lain pun. Aku, tak pandang." Saja aku buat macam tu... Nak ajar sikit si mamat poyo tu.

Geleng-geleng Izz. "Hmm... Mas Oh Mas."

Di hari itu sepatutnya Mas kerja. Tapi, katanya tak berapa sihat. Mas mengajak dia ke rumah sewa. Temannya dirumah. Tapi, bila Mas dapat sahaja panggilan misteri, Mas terus hilang. Suaminya pulak melarangnya balik awal. Kata Izhad lagi. Masih ada kerja belum siap.

Pukul 6 petang. Izz dapat mesej daripada Izhad. Izhad menyuruh dia melihat ada barang di grill rumah sewa Mas. Barang yang dipesan untuk dirinya.

Teruja dan terharu Izz melihat hadiah yang diberi oleh Izhad.

"Hadiah apa? Nak tengok?" Kata Mas. Tak sabar.

"Wow!" Dress, ... Izz buat- buat meletakkan di badannya. Dia nak tengok muat ke saiz yang Izhad beli.

Cantiknya. Sesuai dengan kau. "Tapi?" Mas melihat wajah Izz sudah berkerut-kerut.

"Seksi gila!" Teruja bertukar jadi terkedu.

"Biar betul laki kau?" Nak kau pakai dress macam ni, nak keluar dinner? Wow! Mahu tergoda siapa tengok ko ni... Kata Mas terkejut dan teruja.

"Kau yakin ke nak pakai?" Soal Mas. Masak sangat dengan peribadi Izz. Bukan jenis pakai ketat-ketat. Tambah lagi bertutup litup.

Sekeping kad di lihat dan di baca. Izz tersenyum sendiri.

"Nah! Tengok lah..." Kata Izz sambil tersenyum.

Mas menyambut kad dari tangan Izz.

"Jangan lupa pakai jaket sebelum keluar." Baju ni, untuk abang seorang aje yang pandang."

"Sebelum kau fikir?

"Dia dah bagi warning awal-awal." Ujar Izz.

Tergelak Mas dengan Izz.

"Aku kenal lah suami aku macam mana..." Sejak dia mula rapat dengan Izhad dulu. Izhad memang jaga aurat dia. Sentiasa berpesan. Kalau dia terlupa nak pakai handsock atau stoking.

"Wow! Tak sampai beberapa bulan. Kau dah kenal siapa dia? Hebat kau!"

"Mestilah!" Balas Izz, bangga diri.

"Jeng, jeng, jeng... Aku, dapat anak buah lah lepas ni."

"Mas!"

"Kau tu? Kalau gaduh-gaduh macam aku, Mas? Nanti? Hmmm..., jadilah macam aku tau."

"Saranghaeyo Oppa" Balas Izz tak mahu mengalah. Tergelak dia terbahak-bahak.

"Izz! Jangan samakan aku dengan kau!" Seram sejuk bila Mas dengar gurauan Izz.

Izhad dah pesan pada dia. Balik lepas Isyak nak pergi dinner sekali. Dress Navy Blue dengan lace. Dress seakan, "Bridesmaid." Bayangan Izz. Sudah siap disarung ketubuhnya. Terasa princess. Bila mengenakan gaun kembang labuh. Pada mulanya, dia segan nak pakai. Nampak terlalu terdedah. Tapi, bila dia pakai tudung dan cardigan. Baru nampak muslimah. Izz pakai cardigan labuh. Gantikan jaket. Sudah lama dia beli. Ini barulah dapat dia pakai.

Izz call Izhad dahulu. Sebelum naik.

"Sayang..."

"Cepatlah naik. Nanti tekan loceng 5 kali yek.

"Okay..." Baru Izz nak tutup talian. Kedengaran Izhad berpesan kepadanya lagi.

"Naik lif tau. Jangan melencong tempat lain. 3 minit dari sekarang." Sempat lagi Izhad warning kepadanya. Disebabkan kes dia terseliuh masa turun anak tangga. Izhad selalu berpesan. Supaya dia sentiasa naik lif.

Kelam kabut Izz keluar. Nak tergelak Mas melihat kawannya kelam kabut. Bila Izhad bagi arahan. Sampai dia terlupa lagi kunci rumah. Dan sempat lagi, Izz berpesan pada Mas.

"Mas, kunci pintu... Aku takut, Safran masuk! Tak pasal-pasal. Kau nikah free pula!" Sakat Izz.

"Lepas dengar ayat Izz. Mas pula yang kelam kabut kunci pintu."

"Kurang asam punya kawan. Sempat lagi kena aku kan!."

Loceng rumah ditekan seperti yang diarahankan. Perlahan-lahan Izz melangkah dan membuka grill juga pintu utama. Bila terdengar pesan ringkas masuk di fonnya. Izz melangkah masuk perlahan-lahan.

"Gelapnya?" Detik hatinya.

Berkelip-kelip matanya melihat sekeliling. Baru nak tekan suis lampu. Langkahnya terhenti. Bila terlihat ada sinaran cahaya lilin.

Terkejut dan terkedu Izz.

Matanya terpukau melihat kearah meja makan. "Cantik." Gumam hati Izz. Di atas meja turut ada hiasan lilin. Izz rasa macam berada restaurant 5 bintang. Di sewa khas untuk makan malam istimewa hanya untuk dia dan Izhad. Bertambah seni lagi. Bila dihiasi kelopak bunga rose bertaburan di atas meja dan lantai. Dalam teruja. Sempat lagi dia mengomel. "Banyak kerja lah aku lepas ni." Makanan juga sudah siap di hidang dan tertutup.

"Wow... Romantiknya." Bisik hatinya terharu dan tersenyum. Sekejap? Hari ni berapa hari bulan?

"Mana abang ni? Kenapa, lain macam hiasan dalam rumah ni. Betul ke, aku masuk rumah Izhad ni?" Terpancar kerisauan di wajahnya. Risau dia tersalah masuk rumah orang je. Tak pasal-pasal, jadi kes macam Qistina. Main terjah je, masuk rumah orang.

"Abang?" Lembut Izz memanggil.

Tiba-tiba... Muncul Izhad yang segak bergaya. Memakai Tuxedo suit kemeja putih, seluar hitam dan blazer hitam. Siap sekali bow tie. Macam nak pergi ambil anugerah Izz rasa. Berkelip-kelip matanya memandang suaminya. "Kacak dan bergaya." Terlajak handsome. Terasa bertuahnya badan. Macam nak pergi party tari menari Izz rasa.

Sejambak bunga dihulurkan kepada dia. Izz menyambut bunga bersama senyuman manis dibibir manisnya.

"Selamat Hari Jadi Sayang."

"Hari jadi?" Gumum bersama kerut didahi.

Izhad tahu isterinya mesti tertanya-tanya. "Abang saja, nak bagi kejutan awal buat sayang." Terus Izz mengukir senyuman bahagia. Tak sangka Izz. Izhad ingat hari lahirnya. Padahal tepat pukul 12 malam baru ulang tahun dia.

Dengan penuh bergaya. Izhad menghulurkan tangan dan sebelah lagi di letakkan kebelakang. Tanpa teragak-agak Izz menyambut tangan yang dihulurkan.

Bila dia melihat sekeliling. Izz terasa bahagia. Inilah makan malam istimewa dan hadiah istimewa dia pernah dapat. Walaupun hanya di dalam rumah. Melihat deko yang cantik dan romantik. Diiringi alunan musik piano di mainkan dilaptop. Dia pun tak tahu, rentak irama lagu apa dimainkan. Tetapi dia sangat sukakan irama piano yang dipasang. Tenang sekali dan membuatkan hatinya terharu dan bahagia saat ini.

Jantungnya berdenyut kencang. Di saat matanya bertembung dengan mata hitam milik Izhad. Betul-betul buat dia jatuh hati, lagi dan lagi.

"Sayang suka?"

Sambil melemparkan senyum lebar. Izz mengangguk kepalanya. Terasa nak mengalir air mata tetapi di tahan. Dia tak nak merosak malam yang sangat indah bagi dirinya dan Izhad.

"Terima kasih... Abang." Cantik dan romantik sangat. Sayang suka sangat-sangat. "Abang pun, handsome." Izz tersenyum dan simpul malu. Bila memuji jujur luahan hatinya. Baju cardigan dilepaskan oleh Izhad. Hanya tudung di biarkan.

"Sayang... Bidadari terindah buat abang ." Baju ni hanya pakai, bila bersama dengan abang je tau.

Izz tersenyum nipis. Faham yang dimaksudkan Izhad. Jari jemari Izz dikucup lembut.

Izz dibawa ke meja. Kerusi di tarik dan dirapatkan. Izz melabuhkan punggung dikerusi.

Izz tak berani nak tanya? Samaada suaminya itu beli atau masak sendiri. "Tak kisah lah." Janji, hanya dia berdua. Bersama orang yang telah curi hatinya.

Usai dinner. Izhad bangun dari kerusinya. Melutut satu kaki. Mengadap ke arah Izz. Menghulurkan kotak baldu berisi rantai emas "Liontin Bentuk Hati" di reka khas buat Izz masa di Dubai dan di ubah suai di Malaysia. Di tengahnya ada huruf I & H. Maksudnya 'Izz Dan Had.'

Tudung Izz diselakan ketepi. Bila, Izz niat nak mencabut tudung. Izhad tak bagi. Dia nak Izz rasa seperti berada di restaurant mewah.

"Terima kasih abang..." Tak lekang bibir mengukirkan senyuman.

Kedua belah tangan Izz di capai.

"Sayang, terima kasih sayang. Terima kasih... Kerana sudi menjadi permaisuri dan bidadari abang sampai hari ini. Sayang bidadari terindah buat abang. Bukan hanya hari ini sahaja. Tapi biarlah ia kekal selamanya. Hidup dan mati bersama abang."

"Abang nak, sayang tahu. Jika, terjadi apa-apa pada hubungan kita."

"Sayang tetap di hati abang selamanya. Wanita yang sangat abang cintai. Sayang mesti ingat itu. Rantai ini akan jadi saksi dan peneman dimana sayang berada."

"Kenapa, abang cakap macam tu?" Abang cakap? Macam nak tinggalkan sayang je." Izz buat mimik muka merajuk. Terasa pilu bila mendengar kata-kata luahan Izhad.

"Taklah! Abang cakap je. Kalau?"

"Sayang tak suka!" Ujar Izz. Menjebik bibir bawah ke depan.

"Jangan lah merajuk... Permata hati abang ni."

"Sayang permata hati abang buat selama-lamanya." Hanya sayang di hati abang...

"Air mata Izz gugur akhirnya mengalir hangat dipipinya.

Air matanya dikesat, jari jemari kasar Izhad dipipinya.

"Sayang jangan menangis. Hari ni, hari bahagia kita. Hari jadi sayang. Abang minta maaf. Abang buat dekat rumah je." Mungkin dia sudah biasa buat kejutan di tempat mewah tapi tidak dihargai.

"Abang tahu, sayang suka simple dan tak suka berlebihan." Sebab itu abang buat dekat rumah dengan bantuan Safran dan Mas. Jadi, sayang tak seganlah. Kalau abang buat kejutan.

"Sayang suka, sangat-sangat abang." Bertapa gembiranya hati dia. Izz tak sangka. Izhad cuba memahami dirinya.

"Sayang, sudah tiba masanya kita bagi tahu hal sebenarnya pada keluarga kita. Lepastu kita jumpa mama papa sayang pula. Abang risau... Kalau Qistina bertindak dan buat cerita bukan-bukan pasal sayang. Perasaan abang tak sedap hati. Selepas peristiwa Qistina cuba fitnah pasal sayang.

"Sayang ikut je, mana terbaik. Jika terjadi sesuatu. Sayang akan sentiasa sayang dan cintakan abang. Sayang sentiasa disamping abang."

"Abang jangan risau yek..." Izz tahu... Bukan mudah buat mereka meluahkan pada ahli keluarga.

"Sayang pakai rantai abang bagi ni. Rantai ini sebagai ganti abang menemani sayang di mana saja sayang berada."

Izhad tak sanggup nak bagi tahu Izz semuanya. Apa yang abang Izzani call dia sebentar tadi.

"Had, kau kena bagi tahu mama dan papa secepat mungkin. Aku ada terdengar sesuatu, macam tak best je. Cuma tak berapa jelas. Tiba-tiba mama suruh abang sendiri call kamu bagi tahu. Esok ada perjumpaan keluarga." Akhirnya perasaan yang dia takutkan. Sudah terjadi. Walaupun dia tak tahu apa sebenarnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience