Mikael masih lagi terkejut. Dia tidak sangka Izz sudah kahwin. Dia baru nak sakitkan hati Izz lagi. Tapi, kenapa? Hatinya terasa sakit dan terluka? Bila melihat Izz dikendong orang lain. Mikael tidak menduga. Izz akan pengsan lagi seperti sebelum ini.
"Sebab aku ke? Dia pengsan?" Ada tanda kerisauan di lubuk hatinya yang membara.
Mikael teringat kejadian sebelum ini. Membuat Mikael keliru. Dengan kata-kata Izz.
"Kael! Awak masih hidup!" Sambil tersenyum bahagia. Senyuman selalu dia rindui.
.
.
.
"Aku dekat mana ni?" Terpinga-pinga dia melihat sekeliling. Serba putih... Hanya ada sepohon pokok yang rendang dihadapannya dan di kelilingi bunga. Izz berada di sesuatu tempat yang belum pernah dia lihat. Izz melangkah ke depan perlahan-lahan. Sambil melihat sekeliling. Kosong dan sepi sahaja.
"Aku dekat mana ni?"
"Aku sudah mati ke?"
Izz menjadi takut. Tidak pernah lagi, dia berada ditempat seperti itu. Kalau sebelum ini, dia pernah berada di dalam hutan. Tapi? Sekarang ini dia tak tahu? Dia di mana?
"Ada sesiapa di sini?" Jerit Izz sekuat hati. Selang berapa minit masih tiada jawab. Tiba2...
"Hai..."
"Izz Zulaika...."
Dia terdengar bisikan memanggil namanya. Lembut nadanya. Izz mencari-cari siapa yang berbicara.
"Siapa tu?" Jerit Izz nada ketakutan.
"Aku... Adalah Kau!"
"Kau... Adalah Aku!"
"Mana kau?" Dengan perasaan takut Izz cuba beranikan diri.
Izz melihat lagi sekeliling. Berpusing-pusing 360 darjah mencari gerangan suara memanggilnya tadi. Puas dia mencari... Tapi hanya suara yang kedengaran.
"Aku dekat mana?" Izz berbicara lagi.
"Kau di dunia aku."
"Dunia kau!"
"Aku tak faham!"
"Suatu hari nanti. Masa itu akan tiba. Kau akan kembali..."
"Tolong, gantikan tempat aku."
"Bye... Izz Zulaika..."
Sebaik saja Izz mendengar kata-kata terakhir.
"Tunggu!"
"Jangan pergi!" Jerit Izz sekuat hati.
.
.
.
"Izz! Bangun Izz! Bangun!"
Terdengar suara memanggil namanya. Terasa tubuh badan digoncang seseorang?
"Jangan pergi..."
"Izz, bangun!"
"Aku tak pergi manapun? Aku ada je dekat sini." Terus tubuh Izz dipeluk erat. Sambil membelai lembut di belakang Izz. Izhad cuba tenangkan Izz. Sebaik sahaja Izz terjaga dari pengsan. Risau hatinya melihat Izz pengsan agak lama dan dengan tiba-tiba mengigau ketakutan.
"Aku dekat mana sebenarnya?" Bisik hatinya? Izz masih lagi keliru. Dengan apa yang terjadi kepada dirinya. Mimpi yang dia alami sebentar tadi. Betul-betul buat dia bertambah keliru.
Akhirnya Izz terjaga. Setelah beberapa jam dia pengsan.
"Aku dekat mana ni?" Cepat-cepat Izz leraikan pelukan Izhad. Buat pertama kali dia berada dalam pelukan lelaki. Terasa janggal dan malu diperlakukan seperti itu. "Padahal hatinya berbunga!"
"Hish! Apa aku fikirkan ni!"
Izz melihat sekeliling. Lega hatinya, bukan ruang menakutkan dia alami tadi. Dia berada di ruang tamu yang sangat moden dan tersusun rapi. Izz membetulkan tudungnya yang senget.
"Kau dekat rumah aku."
"Dekat rumah kau?" Izz terkejut dan tergamam. "Bila masa, aku ikut dia sampai ke rumah ni?"Â Siap berpelukan lagi. Izz tak ingat, tadi dia jatuh pengsan dekat taman. Tentang Mikael pun, samar-samar dalam ingatan dia.
"Tadi, ingat nak bawa kau dekat hotel. Tapi, bila aku fikir balik. Lagi bagus, aku bawa kau dekat rumah aku je. Jimat bajet nak honeymoon." Sakat Izhad.
Terus Izz memeluk tubuh kedua belah tangan. "Kau nak buat apa dekat aku ah?" Kata Izz sedikit menjerit.
"Syhhh..." Cepat-cepat jari telunjuknya, membuat isyarat pada Izz.
"Diam lah! Nanti jiran aku dengar."
"Kau ni kan. Saja nak buat aku malu ke, apa? Aku tak sempat buat apa-apa lagi lah. Kau tu? Pengsan ke? Atau tidur ah? Punyalah lama." Tapi, dalam hati Izhad sangat risau. Dengan tiba-tiba Izz jatuh pengsan.
Niat hati Izhad. Dia nak bawa Izz ke hospital. Tapi, Izhad risau rahsia mereka sembunyikan. Tambah lagi, dia tidak tahu? Siapa Izz sebenarnya? Terus dia call teman rapatnya. Untuk merawat Izz dirumah sahaja. Nasib baik, dia ada kenalan yang berkerja sebagai doktor. Susah juga dia nak kendong Izz, sambil membuka pintu.
"Alhamdulilah Had..."
"Dia tak ada apa pun. Sebentar nanti sedarlah dia."
Izhad teringat kata-kata orang upahannya. Izz pernah pengsan mengejut sebelum ini. Dia fikir Izz? Menduakan dia.
"Betul ni, dia tak ada apa-apa? Kau faham maksud aku?"
"Insyallah okay... Jangan risau. Kalau kau risau? Bawalah dia buat pemeriksaan kesihatan. Ke, kau tak sabar nak jadi ayah ni?" Sakat Kamarul.
Izhad terdiam. Tapi, hatinya tetap tak puas hati. Betul ke, Izz tak buat masalah selama setahun? Walaupun dia sudah pasang orang mengintip aktiviti Izz. Tapi, hatinya tetap masih ragu-ragu.
Iya, Izz bukan penting baginya. Izhad tak nak Izz timbulkan masalah sebelum mereka bercerai. Ini pun sudah satu beban bagi dia. Memikirkan cara bagaimana dia nak tahu pada kedua belah pihak.
"Aku dengar kau baru balik dari Dubai."
Izhad hanya mengangguk sahaja.
"Dia?"
"Mesti Izz Zulaika kan?" Maaf tak dapat hadir masa kau nikah. Izhad mengangguk dan tersenyum kelat.
Kamarul pernah di jemput oleh Izhad ke majlis nikahnya. Tapi, kawan baiknya itu sibuk di hospital, tak dapat hadir ke majlisnya.
"Cantik!"
"Hmm..." Balas Izhad. Dia tak suka dengar pujian Kamarul.
"Jaga la, dia baik-baik." Jangan sia-siakan permata yang ada di depan mata kau. "Rugi kau nanti." Tepuk Kamarul lembut di bahu Izhad sebelum balik.
Izhad termenung. Teringatkan kata-kata Kamarul kepadanya. "Takdir? Jodoh?" Mustahil, orang itu "Izz Zulaika?" Kamarul juga tahu kisah cintanya yang dulu. Dia pelik dengan Safran dan Kamarul. Mereka langsung tidak terkejut, bila dia cakap pasangan dia bukan Qistina.
"Awak kenapa? Tengok saya macam tu sekali?" Tegur Izz, bila melihat tiba-tiba Izhad senyap . Sambil memandang kearahnya.
"Ni, yang buat aku bertambah seram ni?" Terus Izz bangun mengejut.
"Awak nak kemana?"
"Saya nak balik."
"Nak balik? Baliklah sendiri!"
"Sekarang dah pukul 12 pagi. Tak takut ke?" Sakat Izhad.
"Tak!"
"Saya dah biasa, kena tinggal dengan awak sebelum ni." Kata Izz berani. Bila dia teringat memori tentang Izhad.
"Balik je, lah esok? Bukan aku buat apa-apa pun." Dah tengah malam ni. Sepatutnya, kau berterima kasih dengan aku. Sebab aku dah selamatkan kau tadi.
Izz bukan tak nak tidur di sana. Tapi, dia belum bersedia menerima kenyataan. Dia sekarang sudah berkahwin.
"Pengsan pula tu. Berat tahu, aku dukung kau. Sampai ke rumah. Bukannya nak berterima kasih."
Izz baru teringat. Tadi dia berada dekat taman tasik sebelum pengsan. "Mimpi tadi?" Buat Izz bertambah keliru.
"Aku... Adalah Kau!"
"Kau... Adalah Aku!"
"Kau berada di dunia aku?"
Ini didunia nyata atau bukan?
"Izz!"
"Awak, okay?" Tegur Izhad bila melihat Izz membisu memikirkan sesuatu.
Terkejut Izz dari lamunannya. Bila namanya di panggil.
"Terima kasih." Sebab tolong saya tadi. Kata Izz rasa serba salah dan mengukirkan senyuman.
"Cantiknya!" Terpaku Izhad seketika bila melihat Izz tersenyum.
"Terima kasih je?"
"Iyalah, terima kasih." Dah tu, awak nak apa?
Izhad balas senyuman nakal dibibirnya.
Perlahan-lahan kaki milik Izhad melangkah setapak demi setapak mendekati Izz yang masih lagi kaku berdiri di sofanya.
Bila Izz melihat Izhad melangkah maju kearahnya. Izz merasa, serba tak kena. Terasa panas tiba-tiba. Walaupun ada aircond. Izz cuba melarikan diri. Tetapi, dia akhirnya terperangkap di hujung sofa dan terus terduduk.
"Alamak?" Mana aku nak lari ni?
"Habis la kau Izz..." Kedengaran suara nakal gelakkan dia.
Matanya dipejam rapat. Berdenyut laju jantungnya ketika itu. Dia tak tahu nak buat apa? Nak jerit. Tapi serba salah. Takut menganggu jiran. Elok-elok rahsia mereka terkunci rapat selama setahun. Disebabkan dia jerit. Bukan keluarga sahaja tahu. Seluruh kawasan ini tahu kisah mereka. Izz dapat merasa wajah Izhad semakin dekat dengan dirinya.
"Dia nak cium aku ke?" Bisik hati Izz. Sudah bersedia dapat ciuman pertama dari jejaka handsome. Adalah suaminya.
"Kau, ingat aku apa!" Kata Izhad dengan bangga dan tersenyum melihat wajah comel Izz merah padam.
Dengan muka merah padam Izz membuka mata. Bila di sakat Izhad. Malu jangan cakap lah. Memang dia sudah fikir bukan-bukan tadi.
"Kata nak balik!"
"Yelah nak balik lah ni." Dengan berani Izz membalas. Sebaik sahaja dia membuka pintu.
"Kunci grill?" Tanpa segan silu Izz meminta. Bila melihat ada halangan. Baru dia tahu. Izhad duduk apartment seperti dia juga.
"Ambil ni! Baliklah sendiri." Kunci di campak ke arah Izz. Dengan fokus, Izz menangkapnya."
"Ingat!"
"Jangan nak bawa balik. Kunci tu! Tinggal je dekat pagar tu. Nanti aku ambil."
"Tahulah!"
"Tak ada hati saya nak bawa balik." Balas Izz nada geram.
"Tak, takut ke?" Sakat Izhad lagi.
Menyampah betul, Izz mendengar kata-kata Izhad.
"Balik la jalan kaki. Mana ada kenderaan awan, malam-malam buta ni?"
"Pandai laa, saya nak hidup." Balas Izz bersahaja.
"Nanti, kalau mama papa tanya? Kenapa menantunya hilang? Pandai-pandai laa awak jawab je." Jawab Izz puas hati.
"Dum!" Pintu di tutup. Walaupun tak kuat.
Terus Izz keluar dari rumah Izhad. Perasan masih lagi kebingunan. Macam mana dia nak balik? Nak minta tolong Izhad hantar? Memang tak lah! Nak suruh Mas datang ambil. Dia sendiri tak tahu. Dia ada di mana?
Sebaik sahaja Izz melangkah keluar. Terus dia melihat sekeliling.
"Sekejap!"
"Macam kenal je, tempat ni?' Detik hatinya. Terus dia melihat sekeliling lagi untuk kepastian. Siap melihat nombor rumah Izhad dan jiran sebelah sekali. Berapa kali.
"Apa!"
"Tak ada tempat lain ke, kau nak pindah!" Gumam Izz perlahan. Tanpa tunggu lagi. Izz mempercepatkan langkahnya. Dia takut, Izhad mencarinya.
"Jangan-jangan?"
"Dia tahu? Aku tinggal dekat sini?"
"Lantah lah! Dah tahu atau belum?"
Kelam kabut Izz turun anak tangga. Hampir saja dia tersungkur.
"Hish dia ni." Memang saja nak menyusahkan aku kan! Izhad teringat kata-kata Izz tadi. Buat Izhad tambah geram bercampur serba salah.
"Kalau betul-betul dia hilang? Macam mana?"
"Mampus aku!"
Izhad terus keluar. Mengejar Izz. Tapi, sayang. Dia tak nampak, kelibat bayang-bayang Izz.
"Lantak lah! Bukan salah aku! Dia nak balik!"
"Aku dah suruh dia tidur dekat sini. Dia yang jual mahal. Bukan salah aku!"
Perasaan dia tak sedap hati. Biarkan Izz balik sendiri.
Puas Izhad mencari sampai ke security guard. Terus dia buat panggilan.
"Hish dia ni! Kau reject call aku lagi!" Membara Izhad. Bila Izz cuba mengelak panggilan dia.
Kedengaran dering lagu the love davinci di telefon bimbitnya. Cepat-cepat dia matikan. Dia tak nak Izhad tahu dia tinggal satu apartment. Izz merasa serba salah. Dengan orang yang telah selamatkan dia. Izz cepat-cepat hantar pesanan ringkas dekat Izhad.
Dengan perasaan membara dan risau. Satu pesanan masuk ke smartphone Izhad. Cepat-cepat Izhad melihat telefon. Dia berharap sangat. Pesanan itu daripada Izz.
*******
Asalamuaikum...
Saya sudah selamat sampai rumah.
Terima kasih.
Pasal tadi. Mesti berat kan!
Diserta emoji kenyit mata.
.....
Izhad membaca mesej ringkas dari Izz. Tersenyum bahagia dalam hatinya. Memang dia risau sangat tadi. Lega hatinya. Izz selamat sampai.
"Cepatnya dah sampai?"
"Mestilah berat! Harap badan je kecik!"
Mata Izhad masih lagi melihat mesej. Teragak-agak dia nak balas balik.
Tiba-tiba dia dapat lagi satu pesanan.
Mesej dari Izz.
Minta Maaf...
Sebab saya pengsan tadi.
Tak sempat kita berbincang apa-apa tadi.
Izhad tak tahu nak balas apa. Tiba-tiba dia rasa gugup nak balas.
"Tunggu aku call."
Balas Izhad. Ringkas dan padat.
..............
Punya laa panjang ayat aku hantar mesej. "Ini je kau balas?" Hmm...
Izhad tak sangka. Bibirnya mengukirkan senyuman. Bila teringat balik kejadian dia menyakat Izz tadi.
"Tapi?"
"Siapa lelaki tadi?"
"Kenapa aku marah sangat tadi?" Bila lelaki tu cuba menyakiti Izz?
"Siapa sebenarnya, kau Izz?"
"Rahsia apa yang kau cuba sembunyikan?"
Share this novel