Waktu pagi yang sangat indah, buat Izz dan Izhad. Sepanjang dalam perjalanan ke rumah Tan Sri Omar dan Puan Sri Izlinda. Izhad banyak berkongsi cerita tentang pengalaman dia semasa di Dubai. Izhad tak nak Izz merasa tertekan. Apabila ahli keluarga ada yang bertanya.
Izhad juga berkongsi cerita tentang ole-ole atau buah tangan yang dibeli olehnya. Izz, tidak terlalu risau. Kerana Izhad akan bagi sendiri pada keluarga dia sendiri. Walaupun Izz tidak melihat. Tapi, dia cuba bayangkan. Supaya, semasa dia dan Izhad bagi buah tangan dari sana nanti, berjalan dengan lancar. Banyak juga cerita-cerita menarik dan lucu. Izhad kongsi bersama dia.
Sewaktu Izhad bercerita tentang kisah dia di negara luar. Sesekali Izhad melihat Izz ketawa dan kadang-kadang tersenyum.
"Kenapa, aku nafikan? Keindahan dan kecantikkan yang sudah ada di depan mata?"
Sepanjang dia di Dubai. Izhad tidak nafikan. Fikiran dia selalu terganggu. Memikirkan Izz tanpa dirinya. Walaupun dirinya tidak kisah langsung kehidupan Izz di Malaysia. Tapi, naluri hatinya selalu ingin tahu keadaan Izz Zulaika.
Memang pada mulanya, dia memang saja. Biarkan Izz berdepan masalah mereka sendiri. Saja dia nak kenakan Izz. Kalau perjanjian mereka terbongkar. Tapi... Setelah dia berjumpa kembali. Izhad tak tahu? Kenapa, berat hatinya. Untuk berpisah dengan Izz. Dia bersyukur sangat. Izz pandai jaga diri dan rahsia mereka masih selamat sehingga hari ini.
Izhad tak sangka. Izz boleh menjadi pendengar setia dan boleh berbual seperti kawan. Dalam dia bercerita keadaan di sana. Banyak juga Izz tahu keadaan di Dubai tu, seperti apa?
Rupanya selama setahun. Izz banyak berkenalan anak perantauan. Dari Malaysia atau Indonesia yang tinggal disana.
Izz juga ada cerita. Tentang kehidupan dia selama setahun. Rupanya Izz berkerja dari rumah sahaja. Izz berjinak-jinak dalam dunia 'bisnis online' dan jarang sekali keluar. Hidupnya hanya mengadap telefon dan komputer sahaja.
Semua kisah Izz selama setahun. Izz berkongsi cerita dekat Izhad. Apa sahaja yang Izz cerita. Berdasarkan memori yang di tinggalkan untuknya. Bagi Izz, ia bukan sekadar memori sahaja. Tapi, seperti dia sendiri yang lalui kehidupan setahun lepas.
"Ohhh... Patutlah penyiasat upahan aku susah nak dapat maklumat dia." Safran pun, tak dapat kesan di mana Izz berada. Izz sembunyi dengan baik. Terasa serba salah dalam hatinya.
"Aku kan bagi duit! Kau tak guna?" Izhad ingin tahu.
Izz hanya menggeleng. "Sayangnya, kenapa Izz sebelum ini tak guna? Kalau aku? Habis, shopping online!"
"Saya sudah berniat pada diri saya. Kalau ekonomi saya sudah stabil. Saya akan pulangkan semula, duit awak itu?" Izz tak sangka. Dia boleh cakap begitu.
"Tapi, kenapa?"
"Masa itu, kita sama-sama terdesak?" Izz tak tahu nak cakap apa? Sebab itu bukan dirinya sebenar. Itu yang dia rasa.
Izhad terdiam. Bila mendengar kata-kata Izz. "Betul apa, Izz cakap tu." Masa tu, dia terdesak sangat-sangat minta pertolongan daripada Izz.
"Boleh, aku tahu? Sebab apa awak sanggup tolong saya, masa tu?"
"Sebabnya?" Izz cuba nak ingat kembali.
"Saya tak nak kahwin dengan pilihan papa." Terkejut Izhad mendengar.
"Awak tak kisah ke? Sanggup jadi janda? Disebabkan, pilihan yang awak pilih ni?" Soalan jerat buat Izz.
Izz, hanya angkatkan kening sambil tersenyum.
"Kalau dah jodoh dan takdir saya. Iya, saya terima." Jadi 'Janda Hot' lepas ni, apa salahnya. Jawab Izz selamba. Dia teringat kata-kata Mas.
"Awak pun, apa kurangnya. Nanti dapat gelaran 'Duda hot?' Dah lah ada rupa. Kaya pulak tu."
"Dahlah!"
"Aku tak nak dengar! Kau cakap perkataan itu lagi." Terkejut Izz. Tiba-tiba Izhad emosi. Dia gurau je. Padahal Izhad yang tanya dulu?
Izhad, tidak suka dengar jawapan daripada Izz. Dia yang bertanya? Tapi, hatinya yang bergelora. Dia masih belum bersedia lagi nak berpisah. Lagipun, tak ada alasan. Bagi dia, nak lepaskan Izz. Dia baru nak mengenali hati budi isterinya itu. Walaupun tanpa cinta.
Izhad tak tahu perasaan apa yang dia rasa. Bila berbual dan mengenali Izz dengan lebih dekat. Sejuk dan tenang hatinya. Dia tak sangka, Izz? Bukanlah orang seperti Qistina atau perempuan mata duit yang selalu dia fikirkan. Izz ikhlas membantu dia masa itu. Tapi... Kenapa? Dirinya marah dan benci Izz sebelum ini.
Akhirnya kenderaan pacuan empat roda milik Izhad. Sudah sampai di pekarangan rumah banglo 2 tingkat milik Tan Sri Omar dan Puan Sri Izlinda, tepat pada pukul 7.15 pagi. Izhad terasa sekejap pulak perjalanan mereka. Tak puas, bagi dirinya nak berdua-duaan dengan Izz lagi. Dia sendiri tak tahu kenapa? Bukannya dia tak boleh berdua-duaan lagi dengan Izz.
"Rindunya mama... Lama tak jumpa Izz."
"Makin cantik Izz sekarang ni, mama tengok. Sejak bila Izz berhijab ni?" Puji Puan Sri Izlinda.
Izz hanya senyuman. Dia tak tahu nak balas apa? Bila mak mentuanya memuji dia.
Baru sahaja Izz, nak menjawab pertanyaan Puan Sri Izlinda. Tanpa Izz sedari, susuk tubuh Izhad sudah berada di belakangnya. Tanpa, senang silu. Dengan selamba Izhad memeluk pergelangan pinggang ramping Izz di hadapan Puan Sri Izlinda. Membuat Izz terpaku dalam dakapan Izhad.
"Asalamuaikum... Mama." Mama sihat? Giliran Izhad memberi salam.
Waalaikummusalam... "Aha..." Kau ni Had! Dah tak reti nak salam mama, dah ke? Terus peluk isteti kau. Nak manja pun? Salam lah mama dulu!" Setepek Izhad kena dengan mamanya.
Terus pergelangan pinggang Izz dilepaskan. Terus Izhad dapat mamanya. Bersalaman.
"Moh, kita masuk. Izz." Kita cerita dekat dalam.
"Sayang jom. Kita ambil barang dulu." Kata Izhad. Tangan Izz sudah dalam genggamannya.
"Mama, Izz tolong abang ambil barang jap."
"Tahu pun nak tolong aku. Ingat, nak lenggang kangkung." Gumam Izhad dalam hatinya.
"Dah! Tak payah tolong Izz. Moh lah, kita masuk." Biar Had, yang angkat semua barang tu. Bukan selalu mama dapat berjumpa dengan menantu mama ni.
Izz merasa serba salah. Bila melihat jelingan maut Izhad kepadanya.
"Amboi, mama! Tak nampak dah, anak dia?" Berkerut-kerut dahi Izhad. Berbau cemburu.
"Hish, kamu ni Had! Dengan mama pun kamu nak cemburu?" Tangan Izz berada dalam genggaman Puan Sri Izlinda pulak. Izz merasa serba salah. Dia terpaksa lepaskan tangan Izhad dan mengikuti Puan Sri Izlinda.
"Had!"
"Tunggu apa lagi tu?"
"Cepatlah angkat barang!" Nanti kita boleh sarapan bersama-sama. Abang Izzani, kau pun ada. Pagi tadi sampai.
Terpancar kebahagian di wajah Puan Sri Izlinda. Bila kesemua anak-anak dapat berkumpul akhirnya.
"Abang Izzani?" Izz tak menyangka, Izhad ada abang.
"Anak mama yang sulung. Izz tak pernah jumpa lagi kan? Masa korang berdua nikah. Izzani tak dapat datang. Masa tu, dia tinggal dekat London. Selepas berpisah dengan isterinya. Mama pujuk Zani
pulang ke Malaysia. Bolehlah dia tolong papa dan Had dekat office. Duduk sana pun. Bukan buat apa pun. Sekurangnya, boleh dia cari jodoh dekat sini."
"Kalau kamu nak tahu, Izz. Dulu mama pernah nak jodohkan kamu dan Abang Zani."
Bila Puan Sri Izlinda membuka kisah lama.
"Mama!"
"Had kan dah kahwin dengan Izz. Kenapa, mama perlu cakap perkara tu lagi." Soal Izhad tak puas hati. Bila mendengar mamanya mengungkit kisah lama. Terhenti langkah kakinya. Terus hilang mood dia nak angkat barang.
"Mama cerita je. Kenapa kamu nak sentap? Cemburu ke?" Setepek, Izhad kena dengan mamanya.
"Jom Izz, masuk!" Kalau layan cemburu Had ni. Tak akan habis.
Izz hanya diamkan diri dan mengikut langkah mama Izlinda masuk ke dalam rumah. Pertama kali, dia jejak kaki ke banglo Tan Sri Omar sebagai menantu.
"Adik!"
"Izzati!" Jerit Izhad berulang kali. Bila ternampak kelibat Izzati di depan pintu.
"Mari, tolong abang Had jap! Kalau tak? Tiada barang dari Dubai."
"Iya-iya... Adik, datang." Berlari anak Izzati ke arah Izhad. Bila namanya dipanggil.
Semua ahli keluarga sudah berkumpul di meja makan. Kecuali Izzani. Mereka hanya menunggu, Izzani turun sahaja. Izz ambil tempat duduknya di sebelah Izhad. Takut Izz melihat wajah Izhad yang masam cuka. Macam kelaparan. Diam membisu dari awal Izhad melangkah masuk dan duduk disebelahnya.
"Zati." Mana, abang kamu? Dah, kejutkan dia? Kata Puan Sri Izlinda.
"Dah, mama... Adik dah ketuk pintu abang tadi. Abang cakap, tunggu sekejap. Dia tengah bersiap."
"Penat lah tu. 3 pagi tadikan baru sampai Izz." Izz hanya membalas senyuman.
"Tu... Abang dah turun. Mama." Kata Izzati. Membuat telunjuk jari kearah Izzani.
"Izz kenalkan. Tulah, Zani. Anak sulung mama." Kata mama Izlinda terukir senyuman bahagia.
Izz menoleh ke arah abang Izhad 'Syah Izzani' sekilas pandang.
"Wow..." Bisik hati Izz tergoda dan terpesona. Melihat anak sulung Tan Sri Omar dan Puan Sri Izlinda yang handsome lebih kurang dengan suaminya. Izz memuji dalam hatinya. Tetapi, Izz tak dapat tahan bibirnya untuk berbicara.
"Wah!" Izz tak sangka. Anak-anak mama ni. Handsome dan cantik belaka. Tiba-tiba ringan mulutnya memuji. Cepat-cepat dia sambung ayat lain.
"Mesti ikut, papa kan? Ataupun ikut mama ni?" Huuuh... Menghembus nafas lega.
"Kau memang nak cari pasal Izz." Mengomel dia sendiri.
"Nasib baik. Ayat aku tak tergantung?" Kalau tak? Mati aku dengan orang sebelah ni. Dah, lah muka macam ayam berak kapur je dari masuk tadi. Mengomel Izz mengata Izhad.
Izz terlupa, sifat semula jadinya yang selamba. Mudah berbicara dan terlepas kata. Kalau telalu teruja.
Izz tak pandai, buat-buat drama. Dia suka menjadi diri dia sendiri.
"Mestilah ikut mama..." Mama kan comel dan cantik. Terus Puan Sri Izlinda menyampuk bila Izz memuji anak-anaknya.
"Bukan papa ke?" 'Handsome.' Kata Tan Sri Omar pula? Mencelah kata Puan Sri Izlinda. Membuatkan suasana menjadi riuh rendah.
"Adik lagi cantik. Ikut mama. Tang mata je, adik ikut papa." Izzati pula yang bersuara. Tapikan, kak Izz pun. Apa kurangnya. 'Kak Izz pun cantik.' Sangat cantik daripada Kak Qis. Bicara Izzati tak tengok kiri kanan.
"Bukan kamu ikut mama? Kuat membebel!" Perli Izhad .
"Mana ada? Mama... Tengok abang Had ni..." Izzati merengek-rengek manja.
Meriah di meja makan masing-masing bergurau senda.
Izz, tidak berani. Menjeling kearah Izhad. Izz buat-buat tak nampak, Izhad dari tadi. Asyik merenungnya dengan pandangan tajam. Tangannya di genggam kemas oleh Izhad di bawah meja. Sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di kerusi.
"Abang Had!" Tak payah nak tenung kak Izz, macam nak telan. "Boleh!" Meluat adik tengok. Macam, lama tak jumpa. Perli adiknya dengan maksud mendalam.
"Suka hati abang lah... Sibuk je kau ni. Tak bagi ole-ole baru tahu!" Bidas Izhad, kearah Izzati.
Terdiam Izzati. Kerana, barangan dari Dubai punya pasal. Mencebik bibirnya bila abangnya guna kuasa. Mengugut menakut-nakutkan dia.
Izzani sudah mengambil tempat disebelah Izzati dan mengadap Izhad.
"Apa yang kecoh-kecoh ni mama?" Soal Izzani.
"Tak ada apa Zani."
"Ini, mama nak kenalkan dengan kamu Zani. Adik ipar kamu Izz Zulaika isteri Had."
"Ohh... Ni ke? Yang mama ceritakan pada Zani. Anak kawan baik mama?"
"A,aha... Izz la yang mama selalu ceritakan pada kamu tu."
"Hai.. Izz. Selamat datang, ke keluarga besar kami." Kata Izzani melemparkan senyuman manis.
Izz hanya balas dengan senyuman dan menundukkan sedikit kepalanya. Tanda sudah menjawab pertanyaan abang Izzani. Tak sanggup dia nak pandang lama-lama. Senyuman abang Izzani, menyerlahkan lagi ke kacaknya. Sangat mengoda.
Kenapalah, orang sebelahnya tak senyum macam ni. Ini, asyik muka ketat je...
"Abang Zani ada belikan beg dan kasut kesukaan adik pesan hari tu?"
"Ada, nanti abang bagi." Jawab Izzani nada lembut.
Tengok Izz, adik perempuan sorangkan. Macam-macam dia minta dekat abang-abangnya. Kata Puan Sri Izlinda.
"Best, apa mama. Izz ni anak tunggal. Seronok Izz, melihat kemeriahan dalam keluarga mama dan papa."
"Sekarang Izz dah ada adik dan abang juga. Tambah lagi kalau ada cucu-cucu jugakan abang. Lagi bertambah meriahlah keluarga kita." Kata Puan Sri Izlinda. Membuatkan Izz dan Izhad terdiam. Izz hanya melemparkan senyuman kelat dibibir manisnya. Izhad hanya terdiam bila mamanya berbunyi. Tak tahu apa dia nak jawab.
"Tinggal sekali pun tak?" Macam mana nak bagi mama papa cucu. Mengumam Izhad sendiri.
"Jom lah, kita makan. Izz, jangan malu-malu. Makan banyak-banyak. Mama masak special menyambut menantu dan anak-anak mama balik. Mee goreng je. Tapi, ini kesukaan anak-anak mama. Yang lain mama tempah."
"Izz makan banyak-banyak tau. Akhirnya dapat juga kita berkumpul bersama." Kata papa Tan Sri Omar pulak.
"Baik papa..." Jawab Izz tersenyum nipis.
"Papa nak apa-apa? Izz ambilkan."
"Tak pe, Izz makan lah."
"Mama? Nak apa-apa? Izz, tolong ambilkan." Tanya Izz lagi. Puan Sri Izlinda duduk di sebelahnya dan Izzati mengadap Tan Sri Omar di hadapan.
"Sayang, tanya papa dan mama je? Abang, sayang tak tanya pun?" Kata Izhad buat-buat manja.
"Abang." Mama papa? Sudah lama kita tak jumpa. Apa salahnya sekali sekala. Kita nak manjakan diorang pula. Petah Izz membalas kata-kata Izhad.
"Abang Had ni? Dengan papa mama pun nak jeles ke?" Perli Izzati pada Izhad. Siap buat mimik muka puas hati.
"Diam lah kamu!" Menyampuk aje kerjanya dari tadi.
"Izz jangan layan sangat dua beradik ni. Diorang ni, kalau berjumpa macam anjing dengan kucing."
"Abang nak makan apa?" Nasi lemak atau mee goreng? Soal Izz lemah lembut. Bila melihat Izhad pasrah bila kena perli.
"Ambilkan mee." Kata Izhad dan ambil keputusan hanya menikmati sarapan tanpa mencari pasal. Samaada adiknya atau Izz.
"Tunggulah kau Izz. Gembira kau yek!" Mentang-mentang lah ada orang backup, suka lah tu.
Ketika masing-masing menjamu selera. Izzani bersuara.
"Izz, boleh tolong ambilkan karipap depan Izz tu."
Terkebil kebil Izz. Bila namanya dipanggil. Terus genggam kemas Izhad dilepaskan kasar.
"Boleh... "Jawab Izz sambil bangun dan menghulurkan karipap.
Membulat mata hitam Izhad merenung tajam perbuatan Izz sebentar tadi. Izz yang berada disebelahnya. Sesekali tersenyum, ketawa. Bila adik dan mamanya bercerita kisah lama dia dan Izzani.
Izhad tidak menyangka. Izz mudah buat orang sekelilingnya bahagia. Tak salah dia memilih Izz sebagai pengganti Qistina. Pandai dia bawa diri dalam apa jua keadaan sekali pun. Tak nampak macam berlakon pun. Izz, seperti menjadi diri dia sendiri. Tidak hipokrit. Tapi, kenapa hatinya bergelora dan terasa sakit. Bila melihat kemesraan abang Izzani berbual ramah mesra dengan Izz.
Sesudah makan. Mama Izlinda bersuara. Okay mama nak bagi tahu. Hari ni ada tetamu istimewa. Esok pulak. Majlis doa selamat dekat dewan.
Hari ni... Mama nak bagi tugasan pada pasangan kita. 'Izz dan Had.'
"Untuk memasak menu lunch kita hari ini."
"Memasak?"
Terkejut Izhad dan Izz. Masing-masing memandang antara satu sesama lain. Bila mamanya menyuruh dia dan Izz memasak bersama.
"Apa nie, mama?"
"Tapi mama?" Izhad bersuara
"Tak ada tapi-tapi... Mama nak kamu tolong Izz."
"Boleh ke dia masak?"
"Aku? Mana tahu masak!
"Mampus aku!
Share this novel