Bab 35

Romance Completed 27497

Raja Sofia memandang ke arah suaminya. Suasana di dalam bilik wad itu menjadi sunyi sepi. Semua ahli keluarga tergamam dan saling melihat antara satu sama lain. Bila melihat Izhad meracau tiba-tiba mencari isteri?

"Kenapa dengan abang long, papa?" Tanya Putri Sya Izliyana kepada Tan Sri Iskandar.

"Korang semua tunggu dekat luar dulu. Kita bagi Syah rehat dan tenang dahulu." Tan Sri Iskandar Ibrahim bagi arahan pada ahli keluarga yang hadir.

"Syah, masih tak sihat lagi ni. Syah, rehat yek, sayang." Kata lembut Puan Sri Raja Sofia, memujuk anaknya itu. Izhad bertambah keliru dengan wajah baru, dia lihat.

Mama Izhad, Puan Sri Raja Sofia keturunan kerabat. Bertemu jodoh dengan ahli perniagaan berjaya. 'Tan Sri Iskandar Ibrahim.' Sejak Izhad kemalangan. Mamanya hampir putus asa dan pasrah. Bila melihat anak sulungnya itu hanya terlantar di atas katil.

"Had, nak jumpa isteri Had?."

"Mana dia?."

Puan Sri Raja Sofia masih mendiamkan diri. Dia tak tahu nak terangkan macam mana dengan anaknya itu.

"Izz mana? Had nak jumpa Izz!" Megat Syah Izhad penuh emosi. Dia menjadi marah. Bila soalan yang di tanya. Semua diam dan membisu.

Raja Sofia sudah mengalir air mata. Bila melihat keadaan anaknya setelah terjaga dari koma. Mencari-cari kelibat bayangan seseorang, yang mereka sendiri tak tahu siapa yang dimaksudkan oleh anaknya itu.

Ahli keluarga terdekat cuba mencari tahu. Siapa yang dimaksudkan oleh Megat Syah Izhad. Selama anaknya itu terlantar. Tiada sesiapa pun yang mencari anaknya itu. Nak kata, anak itu ada girlfriend atau teman istimewa? Kenalan rapat menyatakan tiada. Inikan pula, sudah beristeri. Membuatkan Puan Sri Raja Sofia dan ahli keluarga terpinga-pinga. Mereka tak tahu nak jawab apa, bila di tanya?.

"Doktor kenapa dengan anak saya?. Kenapa, dia cakap yang bukan-bukan selepas terjaga?. Dan kenapa dia tak ingat siapa kami?." Puan Sri Raja Sofia kebingungan melihat anaknya seperti meracau-racau. Memanggil nama wanita yang mereka sendiri tak tahu kewujudannya. Izhad juga terpinga, tak ingat siapa dirinya dan juga ahli keluarga dia. Sebaik sahaja terjaga.

"Maaf, Puan Sri."

"Anak puan. Mungkin mengalami, 'Lucid dream.' Dengan kata lain, dia sendiri cipta dan mengawal suasana di dalam mimpi tersebut. Dan dia tak dapat bezakan antara mimpi dan dunia nyata. Sedikit sebanyak ia menganggu memori ingatan dia, sebaik sahaja dia terjaga."

"Saya harap. Puan Sri dan Tuan Sri dapat membantu pesakit, ingat kembali. Siapa beliau sebelum ini. Cerita pada dirinya. Siapa dia sebenarnya, sebelum dia kemalangan. Supaya dia dapat bezakan mana satu dunia hayalan dan mana satu dunia realiti. Mungkin mengambil masa. Bagi dia tenang. Untuk dia ingat, siapa diri dia sebenarnya. Sentiasa bagi sokongan dan jangan biarkan dia sendirian." Kata doktor yang merawat Megat Syah Izhad.

"Abang, macam mana saya nak cerita pada anak kita?" Ada nada sebak dari suara Raja Sofia.

Tan Sri Iskandar hanya mendiamkan diri. Dipeluk erat bahu isterinya. Cuba meredakan kegelisahan yang melanda di hati isterinya itu.

"Abang... Anak kita pernah berkahwin ke? Sebelum ini?"

"Yang kita tak tahu? Ke, dia pernah berkahwin dan sembunyikan pada kita semua. Tapi? Masa anak kita terlantar selama setahun. Tiada pulak siapa datang cari anak kita.?" Raja Sofia cuba untuk percaya katanya Izhad. Tapi, dalam masa yang sama. Dia berharap semua Izhad alami, biarlah sekadar mimpi sahaja.

"Entahlah Sofia, abang tak tahu nak cakap apa, lagi? Sabar yek Sofia... Kita cuba tanya Syah nanti. Bila emosi dia sudah tenang."

"Ingat nasihat doktor. Kita sama-sama bantu dia, untuk dia kembali sembuh semula. Kita banyakkan berdoa supaya anak kita sihat kembali dan ingat siapa diri dia sebelum ini.

Sejak Izhad di beritahu berulang kali siapa dirinya. Izhad banyak termenung. Dia tetap tak percaya. Semua itu hanya mimpi sahaja.

"Sayang..., anak mama. Cuba Syah cerita dengan mama dan papa. Bila, Syah kahwin? Kami, tak tahu pun?"

"Papa mama tak ingat ke, siapa Izz?"

Puan Sri Raja Sofia hanya menggeleng kepala.

"Had, peninglah!"

"Dari tadi, semua tanya Had dengan soalan yang sama? Kenapa semua orang panggil Had, Syah?" Kata Megat Shah Izhad dengan nada kasar. Menyoal mamanya semula. Tanpa menjawab soalan Raja Sofia.

"Sabar yek, Syah. Dengar apa, mama nak cakapkan ni..." Kata Tan Sri Iskandar bila melihat Izhad mula emosi kembali.

"Syah cakap dengan mama. Syah pernah kahwin senyap-senyap yang kitaorang tak tahu ke? Kalau ada, nanti mama suruh sesiapa bawakan dia dekat Syah. Yek sayang..."

Megat Syah Izhad tidak menjawab. Dia bertambah tertekan dan keliru.

Dia nak sangat berjumpa dengan Izz. Perasaan tak menentu hala. Bila fikirkan Izz. Dia amat takut untuk menerima kenyatan? Bahawa Izz tidak wujud seperti yang dia dengar.
Raja Sofia sudah mengalirkan air mata dan terus bangun dari tempat duduknya disebelah Megat Syah Izhad. Dan terus melulu keluar dari bilik Izhad.

"Sabar yek, Sofia. Abang rasa... Biar Safran sendiri yang cakap dengan Syah. Lagi pun Safran yang ada bersama dia sebelum kemalangan." Tan Sri Iskandar cuba tenang isterinya.

Tan Sri Iskandar tak sanggup melihat Isterinya tertekan. Bila melihat keadaan anaknya bertambah keliru tentang siapa dirinya. Dia takut Isterinya pulak, yang jatuh sakit.

"Asalamuaikum Syah. Aku Safran, sepupu kau. Kau ingat, siapa aku?" Soal Megat Safran.

"Mestilah aku ingat kau,"

"Safran."

"Please Safran. Beritahu aku sekarang."

"Mana isteri aku?"

"Izz!"

Safran tarik nafas dalam-dalam. Sebelum beritahu Izhad perkara sebenar dan juga, siapa Izhad sebelum koma.

"Kau, ingat tak? Kali terakhir kita berjumpa? Sebelum kau kemalangan." Kata Megat Safran.

Dengan pantas Izhad menggeleng kepalanya.

"Kenapa kau kata? Kau sudah ada isteri? Bila masa kau kahwin?"

"Sampai hati kau tak jemput aku!" Gurau Megat Safran, saja berkata begitu. Untuk melihat emosi Izhad.

"Kau tak ingat, kali terakhir kita nak pergi mana? Sebelum kau kemalangan."

Digeleng kepalanya lagi.

"Last aku ingat. Aku kena tembak..." Kata Megat Syah Izhad penuh yakin.

"Kau ada sekali semasa aku nak selamatkan nyawa Izz. Takkan kau tak ingat?"

Terkejut Safran bila mendengar kata-kata Izhad. Nafasnya di tarik dan dihembus perlahan. Sebelum dia sambung lagi berbicara.

"Aku tak tahu? Apa yang kau alami Syah. Tapi, selama kau dengan aku selama ini. Kau memang belum kahwin lagi. Apatah lagi ada isteri. Last sebelum kau kemalangan. Kau dengan aku. Kau cakap, kau nak jumpa seseorang dekat taman. Tapi, dengan tiba-tiba je. Kau berlari melulu nak selamatkan nyawa seseorang. Akhirnya..., nak dekat setahun kau terlantar tidak sedarkan diri."

"Mustahil!"

"Aku masih ingat! Aku kena tembak!"

"Kau, kemalangan Syah!"

"Kau kena langgar kereta. Semasa nak selamatkan seseorang."

"Kau koma. Dekat setahun."

"Budak yang kau selamatkan tu pun, turut koma." Kata Megat Safran tegas. Membuatkan Izhad dalam kebingungan dan bertambah keliru.

"Macam ni Syah... Aku akan terangkan dekat kau satu-persatu." Supaya kau faham. Apa, sebenarnya yang terjadi. Aku tahu. Kau masih lagi dalam dilema. Disebabkan kemalangan tu. Tapi, aku tak nak kau bertambah tertekan. Kesian aku melihat mama dan papa kau.

Hari-hari mereka datang melawat kau tanpa putus- asa. Berharap kau sedar dari koma. Tapi, bila kau dan terjaga. Kau pulak meracau-racau cakap yang bukan-bukan. Aku bukan nak marah kau. Tapi, aku nak kau tahu. Kitaorang tak tahu langsung.

"Siapa Izz? "

"Yang kau maksudkan. Isteri?"

"Untuk pengetahuan kau, Syah. Kau, tak pernah kahwin. Sebelum kau kemalangan. Kau bukan milik sesiapa. Kau sendiri yang bagi tahu aku. Kau tak percaya erti sebuah perhubungan. Itu yang aku pelik. Kau cakap, kau ada isteri? Girlfriend pun tak ada?"

"Itu semua, mimpi hayalan kau sahaja. Cuba kau ingat balik? Sebelum kau koma?" Lama Izhad mendiamkan diri. Di tekan-tekan kepalanya, cuba untuk ingat kembali siapa dirinya.

"Aku tak ingat!"

"Kau sahaja, reka ceritakan?"

"Kau saja. Tak nak bagi tahu aku. Dimana Izz berada kan? Betul tak!" Balas Izhad, masih bertegang urat. Dia yakin Safran sembunyikan Izz.

"Ya, Allah..."

"Syah!"

"Kau, mimpi je tu! Percaya pada aku!"

"Kalau kau cakap. Kau, dah kahwin? Mana bukti? Tunjuk dekat aku. Mana gambar perkahwinan kau dengan dia! Kalau kau dah kahwin. Mesti, kau simpankan gambar kahwin kau atau kad nikah kau sebagai bukti."

"Aku tak, mimpi!"

"Buktikan!" Balas Megat Safran. Dia pulak yang emosi tiba-tiba.

"Aku tak mimpi... Kau jugak ada masa aku nikah dan kali terakhir aku kena tembak. Kau pun ada di tempat kejadian."

"Izz, hampir kena tembak. Tapi, aku halang bagi pihak dia. Sebab itu aku dekat sini. Terlantar... Takkan kau tak ingat?" Nafas Izhad turun naik. Izhad Masih tidak puas hati. Dia cuba meyakinkan Safran.

Kata-kata Izhad. Betul-betul menguji kesabaran dia. Nak aje, dia bagi penampar sulungnya. Biar bagi sedar sikit, Izhad dari mimpinya itu. Tekanan perasaan dia dibuatnya. Bila Izhad asyik ulang perkataan yang sama. Tak pasal-pasal, dia pulak yang sakit jiwa.

"Kalau, kau cakap kau kena tembak? Mana kesan tembak? Mana bukti? Tunjuk dekat aku sekarang!" Safran sudah naik hantu. Megat Syah Izhad tetap dengan hayalannya.

Izhad mencari-cari kesan tembak pada badannya. Tapi, tiada satu pun kesan parut kena tembak. Yang ada, cuma luka kemalangan sahaja. Dia bertambah keliru dan tiba-tiba kepalanya berdeyut kesakitan.

"Tak adakan!" Balas Megat Safran lagi.

Puas dia mencari kad nikah dalam beg duitnya dan mengambil telefonnya pula. Mencari gambar perkahwinan yang dia simpan. Satu pun dia tak jumpa.

Safran ada bagi tahu. Barang peribadinya tersimpan oleh Puan Sri Raja Sofia dan tiada siapa pernah sentuh phonenya setelah dia kemalangan. Mereka terus off handphone dia. Supaya, tiada siapa yang mengganggu semasa dia tidak sedarkan diri.

"Istighfar Syah!"

"Istighfar!"

"Kau, koma setahun lebih! Semua itu mimpi sahaja." Cuba kau terima kenyataan. Semua yang kau cakapkan itu."

"Tak wujud!" Kenapa kau bahasakan diri kau 'Had?. Bukan selama ini. Kitaorang panggil kau 'Syah.' Kata Megat Safran dengan nada tegas. Cuba terangkan kekusutan dan kekeliruan yang dialami oleh Megat Syah Izhad.

"Kau, tak pernah ada isteri! Apatah lagi ada anak. Kau tak pernah kahwin! Selepas kau balik dari luar negara, urusan kerja. Kita ada janji nak jumpa seseorang dekat taman, kau ingat tak? Lepas tu, tiba-tiba sahaja kau berlari melulu ke tengah jalan raya nak selamatkan seseorang."

"Kau dah selamatkan dia. Tapi, dia juga koma sama dengan kau. Aku tak tahu samaada dia masih koma atau sudah sedarkan diri. Aku ada tanya, pada doktor. Gadis tu, selamat. Alhamdulillah, tak ada luka langsung. Tapi, aku tak tahu. Kenapa dia juga turut koma, sama macam kau. Mungkin disebabkan hentakkan yang kuat pada kepalanya menyebabkan dia pun koma dan tidur sama seperti kau."

"Kalau kau nak tahu. Dia juga selamatkan kau Syah. Darah yang mengalir dalam badan kau. Darah gadis tu. Sama-sama menyelamat antara satu sama lain." Panjang lebar Megat Safran membebel dan menerangkan satu persatu pada Izhad. Diulang berkali-kali. Dia berharap sangat, Izhad dapat memori dia kembali.

"Aku selamatkan seseorang?"

"Arghhh!"

"Kenapa aku tak ingat?"

Megat Safran dengan pantas menekan loceng kecemasan. Dia cuba tenangkan emosi Izhad yang tidak menentu. Bila melihat Izhad menjerit sambil menekan kepalanya menahan sakit. Izhad cuba memaksa diri. Untuk dia ingat kembali. Sebaik sahaja nurse bagi ubat bius.

"Izz!" Gumam Izhad. Memanggil nama yang dia sendiri keliru. Berkaca-kaca matanya menahan daripada mengalir.

"Sayang... Abang rindu dekat sayang."

"Sayang, carilah abang..."

Akhirnya Megat Syah Izhad tenang dan matanya mula layu. Dia berharap. Ini jugak mimpi baginya. Dia nak sangat berjumpa Izz kembali. Dia sangat merindui Izz dan dia ingin melihat wanita itu lagi. Kecewa hatinya. Bila dia terjaga. Dia tetap masih keliru dan sukar untuk terima kenyatan lagi.

Setelah berehat cukup lama di hospital dan terapi. Izz, sudah dibenarkan keluar. Mereka kembali ke rumah sewa Mas. Terkejut dan tergamam Izz. Bila Mas bawa dia balik ke rumah sewa mereka. Lebih kurang seperti mimpinya, hampir sama. Cuma berbeza tingkat dan nombor rumah sahaja.

"Kau, Okay ke ni?" Soal Mas. Bila melihat Izz hanya diamkan diri sejak mereka sampai sahaja di rumah.
Izz hanya tersenyum pahit.

"Sudah lama kau sewa dekat sini Mas." Soal Izz tak sabar nak tahu.

"Aku baru je pindah. 6 bulan lepas. Barang-barang kau ada dalam bilik. Sejak kau koma. Aku dapat kerja lain. Itu yang aku pindah dekat sini. Tenangkan kawasan dekat sini. Belum ramai penghuni lagi." Izz melihat sekeliling ruang rumah. Walaupun hampir sama. Tapi tak serupa.

Sudah berberapa bulan berlalu. Izz cuba, biasakan dirinya dengan kehidupan selepas koma. Dia tak menjangka semua yang dilaluinya hanyalah mimpi. Setiap kali tiba waktu malam. Izz sukar untuk memejamkan matanya. Dia menjadi takut... Kalau-kalau ini juga mimpi baginya. Walaupun hatinya teringin sekali, nak berjumpa kembali orang yang dia cintai. Tapi, hatinya takut dan tidak dapat terima kenyataan. Kalau-kalau, Izhad? Suaminya itu sudah tiada. Dia berharap biarlah. Seperti ini, supaya dia tak kecewa kehilangan Izhad.

Sebaik sahaja dia melabuhkan dirinya diatas katil bujangnya. Izz memandang sekeliling ruang bilik. Sangat berbeza. Dia cuma hanya ada katil single, almari plastik baju dan meja belajar saiz kecik. Dengan pandangan kosong. Matanya memandang siling rumah.

Tiba-tiba, dia rindui belaian manja insan yang dia sendiri tak tahu kewujudannya. Terasa sunyi kembali kehidupannya. Bila dia kembali solo dan masih bujang.

"Izz, rindu abang?" Gumam Izz bersama air matanya.

Selepas beberapa bulan. Dia melihat orang yang serupa seperti Izhad. Izz pasrah. Kerana, itu mustahil? Apa yang dia rasa dan alami. Itu, hanya dirinya saja. Wajahnya hampir serupa tapi perwatakannya jauh beza sekali. Dia apa mulanya sangat terkejut. Bila melihat wajah yang hampir sama dengan Izhad. Hampir saja, dia nak berlari dalam pelukan lelaki serupa dengan Izhad. Nasib baik dia sedar. Kalau tak, buat malu je. Tiba-tiba aje nak peluk anak teruna orang.

"Sudahlah Izz... Itu hanya mainan tidur sahaja. Semua itu mimpi je. Mana tahu? Kau nak dapat jodoh yang lain baik." Bisik hatinya. Memujuk hatinya kerana terlalu rindukan orang yang tidak wujud. Sehinggalah matanya terlelap sendiri.

Sudah hampir tahun. Mimpi buruknya itu perlahan-lahan menghilang. Cuma kenangan manis dia dan Izhad. Dia tak pernah lupa dalam ingatannya. Walaupun dia sudah terima kenyatan. Apa yang terjadi itu hanya lah mimpi. Tapi, kenangan bersama Izhad tetap dia ingat sampai bila-bila.

"Dia bukan Izhad?" Gumam Izz pada dirinya banyak kali. Setiap kali dia melihat wajah seakan Izhad. Izz akan pergi melihat dari jauh. Bila dia teringat dan rindukan Izhad. Tanpa pengetahuan Mas.

Izhad teringat kembali. Setelah dia keluar dari hospital. Dia terus mencari maklumat dan identiti sesiapa yang bernama Izz Zulaika. Pelbagai cara dia mencari dengan bantuan Safran. Berbulan-bulan dia mencari tanpa putus asa. Tapi, sayang... Tiada jejak orang yang dicari.

Megat Syah Izhad mula kembali ke dunia alam bisnisnya yang sudah lama dia tinggalkan. Dia cuba untuk tidak banyak berfikir, dunia yang pernah dia lalui. Megat Syah Izhad cuba terima kenyatan. Dunia hayalannya itu, hanya mainan tidur yang panjang sahaja. Tapi... "Nama Izz Zulaika?" Bayangan wajah Izz. Tetap di ingati. Walaupun makin hari, semakin menghilang dalam ingatannya. Tapi, ingatan tentang Izz, tetap sukar untuk dia lupakan.

Dia teringat Izz suka bisnis online. Puas dia mencari data peribadi orang nama Izz Zulaika. Kenangan tempat dia dan Izz pernah pergi. Tapi sayang... Wanita itu, tidak berhasil dia temui.

Di ruangan bilik Tan Sri Iskandar dan Puan Sri Raja Sofia... Sambil beristirehat di balkoni.

"Abang, apa kata... Kalau kita carikan Syah calon isteri buat dia. Sofia risaulah, dia asyik ingatkan isterinya dalam mimpinya sahaja."

"Abang ikutkan je. Apa, Sofia fikir itu terbaik buat Syah. Kalau Sofia tak keberatan? Abang sudah ada calon buat Syah."

"Sofia masih ingat tak? Abang pernah cerita dekat Sofia dulu".

Puan Sri Raja Sofia mengangguk.

"Sofia cuba la tanya Syah? Mana tahu dia terima cadangan Sofia. Lagi pun, peristiwa itu sudah setahun berlalu. Mungkin lepas dia berkahwin. Syah akan lupa mimpinya itu."

"Baik abang. Sofia berharap sangat. Syah sudah lupa mimpi dia tu."

Kita sama doakan terbaik buat anak-anak kita Sofia. Balas Tan Sri Tan Sri Iskandar sambil memeluk tubuh isterinya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience