"Awak dah sihat? Kalau dah sihat. Saya balik dulu." Kata Izz dan menghulurkan kain pelekat yang di pinjamkan kepada dia tadi. Walaupun kakinya sudah memakai stokin. Izhad berkeras menyuruh dia buat kain sarung.
Izhad saja tidak menyambut dan buat-buat tak nampak. Izz hulurkan kain. Izhad terus keluar menuju ke ruang tamu. "Okay, tak nak tak pe." Bisik Izz. Kain pelekat di letakkan atas katil. Bila tiada balas daripada Izhad. Bila Izz sudah berada di ruang tamu sekali dengan Izhad.
"Awak dah nak balik?" Kata Izhad nada sayu. Izhad tidak tahu, kenapa berat hatinya. Bila Izz berkata? Dia ingin gerak balik.
"Ya saya nak balik, dah lewat ni. Lagi pun, nak masuk maghrib. Kenapa? Awak tak sanggup berpisah dengan saya ke?" Sakat Izz tersenyum manis.
"Aku tanya? Salah ke?"
"Saya gurau jelah! Tu pun, nak marah." Balas Izz dengan senyuman.
"Awak perlukan apa-apa? Sebelum saya balik?"
"Kalau awak lapar. Bubur masih ada. Cuma panaskan sahaja."
"Aku tak ada selera nak makan. Aku cuma nak bincangkan pasal kita."
"Okay. Awak nak bincangkan apa?" Izz sudah bersedia. Kalau Izhad ingin berpisah. Itu yang terlintas fikirkan Izz.
"Aku ingat, nak bagi tahu keluarga kita. Pasal kita."
"Aku tahu? Kau mesti tak sabarkan, nak aku lepaskan kau?"
Izz hanya mendengar tanpa berkata apa-apa.
"Tapi, buat masa ni. Aku tak ada niat lagi. Nak lepas kau!"
"Hmm... Saya okay je." Jawab Izz bersahaja. Izz tidak pasti, apa yang dia dengar itu. Berita gembira buat dia atau tidak? Izz bukan tak suka. Masih lagi isteri Izhad. Jejaka handsome, pulak tu. Tapi? Bila dia fikirkan, dia kena pura-pura jadi isteri mithali? Itu, yang susah bagi Izz. "Terpaksa berbohong lagi!"
"Nanti siapkan baju dan beg awak. Kita tidur rumah mama papa dua hari. Hari sabtu. Selepas subuh aku datang ambil kau."
"Apa?" Kata Izz sedikit terkejut.
"Awak nak datang ambil saya?"
"Ohh... Tak pe, tak pe! Tak payah susah-susah. Awak ambil saya. Saya tunggu dekat depan kolam je."
Kolam renang apartment berhadapan dengan security guard dekat pintu masuk sahaja. Izz fikir, mudah bagi Izhad. Ambil dia dan terus keluar. Tapi, sebenarnya. Dia nak elak. Daripada ketahuan Izhad. Mereka tinggal satu bagunan.
"Macamlah, aku nak tahu sangat. Tempat tinggal kau!"
"Aku, tak nak kita lambat sampai. Mama sudah bagi amaran awal-awal. Kalau kita lambat? Walaupun seminit. Mama akan denda kita. Aku tak nak, disebabkan kau lambat? Aku yang kena hadap masalah ni, dengan mama nanti!" Kata Izhad nada tegas.
"Hish, dia ni. Bila dah sihat? Sudah kembali kepada sifat semula jadi dirinya. Geram pula hati aku!" Tadi punya lah, berbicara lemah lembut. Siap peluk tangan aku lagi. Kejap okay. Kejap taufan. "Malang lah siapa dapat suami macam dia ni." Tiba-tiba Izz teringat kembali kata-katanya.
"Yang malang itu? Kau lah!" Tergelak Izz dalam hati. Tak sedar bibirnya mengukirkan senyum.
"Tersenyum sorang-sorang tu, kenapa? Dah buang tabiat!"
Mati terus senyuman Izz.
"Okay, ada apa-apa. Kau nak tanya aku?" Soal Izhad.
"Aha, lupa saya nak tanya. Awak ada beli ke? Ole-ole dari Dubai untuk keluarga awak?"
"Awak tak perlu risau. Semua itu, aku dah uruskan. Awak cuma berlakon menjadi isteri mithali sahaja di depan diorang."
"Hmm... Okay." Jawab Izz sedikit mengeluh.
"Ole-ole untuk saya ada tak?" Saja ingin tahu. Walaupun dia tahu jawapannya.
"Tak ada!"
"Buang masa je! Kau bukan istimewa dalam hidup aku pun!"
"Hish, dia ni kan. Memang tak ada perasaan langsung!" Menjebik Izz buat-buat kecewa. Padahal dia tak kisah pun. Ada atau tak. Cuma dia ingin tahu? Kalau-kalau Izhad ada ingat nak bagi hadiah buat Izz Zulaika? 'Gadis malang, hilang ingatan.' Maklumlah, setahun dia tinggalkan isterinya.
"Okay, ada apa-apa lagi? Awak nak pesan dan awak nak cakap? Sebelum saya balik?"
"Ada. Tolong buat air kopi."
"Kopi?" Kata Izz nada sedikit terkejut.
"Yelah. Kopi! Kenapa terkejut sangat?"
"Sudah, tak payah nak kopi-kopi."
"Awak tu baru je nak sihat. Sekejap lagi, awak kena makan ubat."
"Nanti saya sudah balik. Saya tak tahu? Apa akan terjadi dekat awak? Apa saya nak jawab? Kalau mama awak tanya?" Izz saja gunakan kuasa Puan Sri Izlinda.
Dalam hati Izz. Dia masih susah hati. Kalau tiba-tiba Izhad demam panas lagi? Izz, takut kalau dia tinggalkan suaminya dalam keadaan seperti tadi. Apa, akan terjadi pada Izhad? Sudahlah dia duduk asing. Dia teringat kisah abang teman sekolahnya. Meninggal disebabkan demam panas. Kisah waktu zaman remaja dia, Izz ingat.
"Awak susah hati, kalau saya jatuh sakit?"
Saja Izhad bertanya. Dia ingin tahu isi hati Izz pada dirinya.
"Tak!"
"Tak, risau pun!" Saja dia berkata begitu. Padahal hatinya susah hati sangat-sangat.
"Awak tu, masih suami saya."
"Hal-hal sakit ni, saya tak suka buat main-main. Kalau jadi apa-apa? Saya tak nak menyesal seumur hidup. Atas kelalaian dan kecuaian saya." Membebel Izz panjang lebar. Saja nak tutup rasa malu yang sememangnya dia susah hati.
Walaupun Izz cuba menidakkan kata-katanya. Tapi, Izhad tak sangka. Ada juga orang yang ambil berat pasal dia. Tadi, memang dia betul-betul tak larat. Izhad bersyukur, Izz datang menjenguk dan menjaganya. Kalau tak? Tak tahu, apa akan terjadi kepada dirinya.
"Kalau macam tu, aku nak sakit lah. Ada orang jaga aku masa sakit." Saja Izhad, berkata begitu.
"Tak payah nak mengada-gada."
"Okay la, saya nak balik dulu. Awak tak nak makan kan?" Saya nak balik. "Lapar." Dari tengahari tadi saya tak makan lagi.
"Awak tak makan lagi?" Serba salah di hati Izhad.
"Sekejap aku oder makan! Awak minta je, apa saja. Aku belanja."
Terkelip-kelip Izz melihat reaksi Izhad.
"Awak jangan nak fikir yang bukan-bukan. Aku nak balas kebaikan kau sahaja. Sebab kau jaga aku masa sakit." Kata Izhad sembunyikan perasaannya yang serba salah.
"Saya tak cakap apa pun?"
"Nak ke tak nak? Aku tengah baik hati ni! " Kata Izhad membuat Izz pasrah.
"Dia ni, nak belanja makan pun. Bunyi macam gaduh!"
Lama Izz berfikir sebelum setuju. Memang perutnya tengah lapar gila. Bagus juga ada orang nak belanja. Rezeki jangan di tolak musuh jangan di cari. Itu yang Izz fikir.
"Awak tunggu lah, sampai solat Isyak. Boleh berjemaah sekali. Lepas tu kita dinner sama-sama." Kata Izhad. Dia tak tahu. Kenapa dia berat hati nak bagi Izz balik. Mungkin Izz, sudah menjaga dia semasa sakit. Atau sekadar nak membalas budi kebaikan Izz sahaja? Kalau ikutkan perasaan serba salah. Izhad memang tak nak Izz balik lagi. Tanpa makan apa-apa. Dia masih rasa serba salah. Bila dia teringat. Kisah dia tinggalkan Izz tanpa pelawa makan dahulu. Dia tahu Izz sudah menolong dia selamatkan maruah keluarganya daripada mendapat malu disebabkan dirinya. Tapi, disebabkan sikap dia yang mudah salah faham. Dia menghukum Izz.
"Ish, dia ni." Tiba-tiba je, baik dengan aku? Ini buat aku bertambah seram la pula?"
"Boleh, tapi?" Kata Izz tergantung ayat kata-katanya.
"Tapi apa?" Balas Izhad. Tak sabar ingin tahu.
"Badan saya dah melekit. Tak selesa." Itu saya nak balik.
"Awak tunggu jap?"
Izhad melangkah masuk menuju ke bilik almarinya mengambil sesuatu. Lepas 2 minit Izhad keluar.
"Nah, ambil!" Di campak baju t-shirt lengan panjang bersama seluar tracksuit dekat Izz.
"Pergi lah tukar! Baju dan seluar ni baru lagi. Tapi, aku nak buang. Aku tak suka material dia. Alang-alang... Aku sedekah kat kau! Bagus jugak bagi awak pakai. Tak membazir.
"Hmm... Hish dia ni, semua benda nak campak! Apa? Sedekah?"
"Yelah lah tu!"
"Seganlah tu! Takut aku fikir bukan-bukan kan?"
Izhad berjaya buat Izz pasrah. Dan tiada alasan lagi.
"Okay... Sekejap! Saya nak mesej dekat buah hati saya jap. Nak bagi tahu. Saya balik lambat." Kata Izz, nada geram dengan tindakan Izhad.
"Apa? Dia sudah ada buah hati?" Mengumam Izhad seakan terkejut, apa yang dikatakan Izz. Berkerut terus dahi Izhad.
Tapi, Izz tak dengar. Dia syok membalas mesej dengan Mas. Sambil tersenyum-senyum. Buatkan hati Izhad bertambah bergelora, melihat kelakuan Izz tersenyum bahagia.
Tiba-tiba, Izhad bersuara lantang.
"Sudah! Awak pergi balik!" Jerkah Izhad.
"Ku semangat?" Terkejut Izz bila kena jerkah. Hampir saja telefon dalam genggaman tangan dia tercampak.
"Awak kenapa ni? Tiba-tiba je, nak naik angin satu badan? Awak sakit lagi ke?" Kata Izz lemah lembut, pelik dengan kelakuan Izhad tiba-tiba.
"Kita bukan nak solat berjemaah bersama dan dinner sekali ke?"
"Sudah! Pergi balik!" Ada lagi masa 15 minit sebelum masuk azan.
"Sudah! Awak pergi balik!"
"Mandi je dekat rumah awak tu. Pergi balik masak dan makan malam sendiri!"
"Lagi pun, aku tak ada selera nak makan!" Terus, Izhad campak tudung pada Izz. Terpinga-pinga Izz masih lagi terkejut dan tergamam. Dia tak tahu apa sebenarnya terjadi.
"Aku buat salah ke? Tiba-tiba aje kena halau?" Detik hatinya. Baju dan seluar di beri kepada dia di letakkan di sofa.
Siap je, Izz memakai tudung. Terus dia melangkah kaki menuju ke pintu. Tak sempat menyempat Izz nak keluar. Izhad terus menolak tubuh Izz dengan paksa.
Tergamam Izz. Dengan tindakkan Izhad. Belum sempat Izz nak berbicara lagu. "Degum!" Pintu sudah tertutup rapat.
Dalam masih tergamam. Tiba-tiba... Izz teringat sesuatu.
"Takkan kut?"
"Sebab aku cakap nak mesej buah hati?" Tercengang Izz seketika di depan pintu.
"Takkan kut, dia cemburu?" Teka Izz dalam hati.
"Lantak lah!"
"Padan muka kau Izz!"
Izz merasa serba salah. Takut melarat amarah Izhad. Izz hantar pesan dekat Izhad.
******
Asalamuaikum...
Sorry...
Kalau saya ada buat salah dan buat awak marah?
Tadi saya nak hantar mesej dekat housemate saya Mas.
Takut dia risau saya balik lambat.
Okay. Jangan lupa makan ubat dan nasi bubur, kalau lapar.
sekali emoji sedih. Saja Izz tambah.
*******
"Kenapa dengan aku ni."
"Argh!" Serabut aku di buatnya. Dulu, Qistina curang dengan aku. Aku taklah marah dan sakit hati macam ni sekali.
"Tapi... Dia?"
"Lantaklah! Dia nak marah aku sebab halau dia." Hati aku sakit! Tengok dia tersenyum bahagia tadi.
Selagi tiada kata lafaz daripada aku. Aku tak akan izinkan mana-mana lelaki, dekat dengan kau. "Izz!" Kau ingat, kau boleh lepas daripada aku Izz.
Tiba-tiba Izhad bersikap emosi dan kembali berdendam dengan Izz.
Share this novel