Sebelum dia berangkat ke Korea. Mamanya ada bagi tahunya. Kawan baik arwah papanya. Berhajat ingin berjumpa dengan dirinya. Nak tak nak. Dia terpaksa lah setuju. Untuk pergi berjumpa teman baik arwah papanya itu. Di temani Mas pergi bersamanya. Dia sudah maklumkan dekat teman baik arwah papanya itu. Dia nak bawa kawan.
Izz mengenakan pakaian kasual muslimah pakaian yang baru dibeli untuk di bawa ke korea. Pakaian muslimah sejuk mata. Bila dipandang.
Izz sampai tepat waktunya dengan Mas. Dia tak nak, belah keluarga kawan baik arwah papanya menunggu mereka. Bila dia melangkah masuk. Mas teruja melihat sekeliling restoran mewah di dalam hotel.
"Izz, mesti kaya kan. Kawan arwah papa awak ni, Izz?"
"Syhhh!" Izz membuat isyarat menyuruh Mas diamkan diri daripada terlalu teruja.
"Kau lah lambat! Tengok. Mereka dah sampai..." Bisik Izz dekat Mas.
"Tepat masa kot, kita sampai. Masih ada lima minit lagi." Jawab Mas membalas kata-kata Izz.
Izz dan Mas disambut dengan penuh ramah mesra oleh pasangan suami isteri di hadapannya. Melihat dari gaya keperibadian mereka. Izz dapat agak mereka dari golongan 'orang berada dan berpangkat.' Izz disuruh memanggilnya uncle Is dan isternya auntie Sofia. Izz memang tak tahu langsung latar belakang teman baik arwah papanya itu.
Selepas melabuhkan dirinya di kerusi. Izz memperkenalkan dirinya sebagai Qisya. Mungkin uncle Is yang dulu memanggil dirinya Qisya. Sewaktu percakapan di talian telefon. Terus melekat, uncle Is dan isternya memanggil dia 'Qisya.' Pada mulanya terasa kekok lah juga. Sudah lama dia tak dengar. Orang sekeliling memanggil nama dia Qisya.
Sewaktu dia di universiti teknologi mara. Kawan-kawan tempat belajar, suka panggil dia Izz. Tu melekat sampai sekarang. Dia pun selesa, orang panggil dia Izz. Mas sudah terbiasa dengan panggilan Izz atau Qisya. Ikut mood Mas. Kadang-kadang Qisya. Tak pun sayang. Ikut suka dia nak panggil.
Izz tak tahu perjumpaan yang diaturkan itu. Perjumpaan bersama ahli keluarga. Dia dan Mas menjadi segan. Uncle Is memperkenalkan anak lelaki dia. Nombor kedua 'Naim' dan isterinya Aryana. Anak bongsu perempuan 'Yana.' Mereka cukup ramah mesra dengan dirinya dan Mas. Tidak seperti, apa yang dia bayangkan. 'Sombong atau kurang mesra.' Makumlah, orang yang dia jumpa bukan calang- calang orang. Apa yang dia tahu dari mamanya. Uncle Is ini, usahawan berjaya. Jadi dia boleh agak kehidupan uncle Is.
"Kalau Qisya nak tahu, uncle ada seorang lagi anak lelaki. Abang long kepada adik diorang ni. Katanya, lambat sikit dia datang. Ada urusan sikit katanya. Qisya okay? Kita tunggu sampai anak uncle datang?"
Izz hanya membalas senyuman dan mengangguk sedikit kepala. Masih lagi segan untuk berbual. Sambil menunggu dan berjamu selera. Banyak kisah yang diceritakan kepadanya tentang persahabatan papanya dengan uncle Is. Terasa bahagia didalam hatinya. Bila dapat tahu, seperti apa papa kandungan dia. Izz hanya ingat. Papanya terlibat kemalangan jalan raya. Semasa tu dia masih kecik. Latar belakang papanya. Mama, tak pernah cerita.
Tiba-tiba isteri uncle Is. Mama Sofia bertanya soalan peribadi kepada dia.
"Qisya, sudah ada yang berpunya?" Terkedu Izz. Terkelip-kelip dia nak menjawab. Bila soalan itu ditanya.
Belum sempat Izz menjawab. Mas potong line. Tolong menjawab bagi pihak dia.
Qisya ni, masih belum ada berpunya lagi puan. Masih "single and available." Dia ni pemalu sikit. Itu sebab dia susah sikit, nak dapat pasangan hidup lagi puan. Asyik terperap dalam rumah aje. Kerja pun dari rumah.
Terbuntang mata Izz memandang ke arah Mas. "Hish mimah ni. Suka hati dia tolang jawab."
"Ohhh, masih single lagi lah ni..."
"Bagus ! Bagus!" Kata Uncle Is tersenyum memandang wajah Izz. Tersimpul malu Izz. Bila semua memandang kearah dia.
Selesai sudah perjumpaan dan makan malam. Anak lelaki uncle Is yang sorang lagi, baru muncul. Belum sempat duduk Izz sudah ajak balik.
"Mas jom balik?" Terkejut dan tak terkata Izz. Tiba-tiba jantung dia berdenyut kencang. Cepat-cepat dia ajak Mas balik. Belum sempat masing-masing memperkenalkan diri.
"Kau dah kenapa Izz! Macam nampak hantu je?"
"Jomlah, kita balik... Aku sakit perut ni."
"Yelah jom..."
"Maaf yek uncle Izz minta diri dulu. Nak ke tandas." Kata Izz. Sambil tersenyum dan saja buat isyarat tangan di perut. Supaya dia dapat lepaskan diri. Tinggal lah Mas di belakang. Dia tak sanggup nak tunggu.
"Anak uncle baru sampai." Tapi, bayangan Izz dah menghilang.
"Sorry uncle dan semua. Qisya tak berapa sihat tiba-tiba."
Baru mereka nak melangkah keluar bangunan hotel. Mas dapat panggilan kecemasan.
"Izz sorry... Aku ada hal. Boleh tak, kau naik grab. Sorry Izz." Kata Mas buat muka simpati.
Macam mana aku nak balik ni... Jauh kot? Izz mencebik bibir.
"Sorry... Kalau kau belum dapat grab lagi. Aku terus pergi kat kau."
"Okay Mas, aku faham. Kau pergilah cepat." Terkejutnya masih tak hilang lagi. Datang pulak kejutan lain.
"Betul ni. Hati-hati..." Kata Mas tersengeh-sengeh dan berlalu pergi.
"Kenapa harus aku takut? Bukan dia kenal aku pun?"
Tengah Izz menunggu dan terkial-kial nak order grab. Tiba-tiba uncle Is muncul dan menegurnya. Terus uncle Is, membuat panggilan.
"Qisya, belum balik lagi. Jangan call grab lagi. Uncle suruh anak uncle hantarkan."
"Tapi, uncle?"
Baru Izz tolak pelawaan Uncle Is. Tapi, entah kenapa. Dia diam membeku. Nak tak nak, terpaksa lah dia terima pelawaan Uncle Is.
"Please Qisya... Bahaya ni kalau tunggu lama-lama." Kata Aunty Sofia. Puan Sri Raja Sofia. Izz tak dapat nak tolak. Terpaksa dia terima.
Tidak sampai selang beberapa minit. Uncle Is dan isterinya pulang.
Sebuah kereta BMW i8 protonic dark silver berhenti betul-betul disebelahnya. Terpinga-pinga Izz. Bila melihat kereta mewah parking disebelahnya. Terus Izz secara automatik dia memakai mask. Dia tak tahu kenapa? Tiba-tiba dia rasa tak sedap hati.
Perasaan dia jadi tidak menentu. Fikirannya asyik dihantui wajah Megat Syah Izhad dari tadi. Izz tak sangka Megat Syah Izhad. Anak kawan baik papanya. Izz masih lagi tercegat macam patung. Sambil menunggu dan buat-buat tak tahu. Ada kereta parking sebelahnya. Dia berharap sangat. Anak yang kedua uncle Is yang hantar dia balik.
Izz menyangka pemilik kereta mewah itu, tengah menunggu girlfriend dia. Izz apa lagi, dia buat tak tahu je lah. Sambil menunggu.
"Wow, cantiknya kereta. Bertuahnya siapa dapat naik! Kalau aku? Tak nak lah! " Mengomel Izz sendiri.
"Nak balik ke, nak tunggu?"
Izz masih lagi tercegat membeku sambil menunggu.
Jendela tingkap kereta pemilik BMW i8 protonic dark silver di turunkan.
"Assalamuaikum."
"Cik Qisya ke?"
Terbuntang matanya melihat. Terkelip-kelip matanya seakan tidak percaya. Siapa yang menyapanya. Lagi berdenyut kencang jantungnya. Bagai nak putus nyawa. Hati Izz berbelah bagi. Nak naik? Atau nak pergi dari situ? Baru saja kakinya hendak melangkah undur kebelakang.
"Cik Qisya!"
Namanya di panggil lagi. Terkejut Izz dari mimpi seketika. Terus Izz mengangguk perlahan.
"Iya, saya..." Gugup Izz menjawab.
"Kenapa mamat ni, yang hantar aku balik?"
"Dah lah, kereta dua pintu?"
"Bencinya! Macam mana aku nak buka pintu kereta ni..." Gumam Izz sendiri. Tertelan air liurnya sambil mengelamun.
"Jom lah naik! Buat apa tercegat lagi dekat situ!"
"Sorry!"
"Aku ni, bukan jenis orang yang buka pintu dan tutup pintu untuk perempuan yek!" Kata kasar pemilik kereta dengan nada perli.
Panas telinga Izz... Mendengar kata-kata pemilik kereta mewah tu. Sambil mencebik bibirnya.
"Amboi bahasa."
" Kau ingat, aku nak sangat. Kau bukakan pintu untuk aku!" Mengomel Izz dalam hati.
Izz tak tahu kenapa? Dia masih lagi berdiri tegak macam tiang lampu. Mungkin kerana wajahnya? Yang tidak asing bagi dirinya. Atau mungkin dia tak reti nak buka pintu kereta mewah milik Megat Syah Izhad?
"Cik Qisya!"
"Nak naik ke, tak nak?"
"Kereta belakang pun nak parking juga." Sound Megat Syah Izhad lagi.
Disebabkan terkejut dan masih lagi tergaman. Dengan spontan Izz menjawab.
"Manalah, saya tahu? Nak buka pintu kereta mahal awak ni! Tercabut karang? Tak pasal-pasal saya kena ganti balik!" Balas Izz dengan selamba. Dia pun tak tahu? Kenapa, dia ringan mulut dan berani menjawab begitu dekat Megat Syah Izhad.
"Hish, perempuan ni..."
"Kenapa lah, aku terima pelawaan papa ni." Mengeluh Megat Syah Izhad.
Tadi, Tan Sri Iskandar nak perkenalkan gadis itu dekat dia. Sepantas kilat je, dia pandang. Buat acuh tak acuh. Dia hanya melihat susuk tubuh gadis itu dari belakang sahaja. "Dah lah tadi. Pergi macam tu je. Last-last kena paksa hantar minah ni balik." Menyumpah Megat Syah Izhad dalam hati. Kerana terpaksa menghantar gadis itu pulang.
Dia dari tadi memang tidak menunjukan minat langsung dengan perjumpaan keluarga. Dia tahu, papa mamanya. Mesti ada muslihat tersembunyi. Ini pula, dia dipaksa hantar pulak. Nak tak nak... Terpaksa lah dia turut permintaan Tan Sri Iskandar dan Puan Sri Raja Sofia.
Temujanji yang di aturkan Megat Safran pun. Dia hanya duduk. Tak sampai 5 minit. Dia dah angkat kaki pergi dari situ. Malas dia nak menunggu lama. Ingat nak duduk lama sikit. Nak buang masa. Bila melihat gadis yang perasan cantik. Bila memakai pakaian tak cukup kain. Dia tak sanggup nak menunggu.
Nasib baik, yang ini sejuk sikit mata memandang. Kalau tidak? Minah ini juga. Dia tinggal je dekat situ. Suruh dia balik naik grab.
Akhirnya, Megat Syah Izhad tolong juga bukakan pintu untuk Izz. Dalam kereta milik Izhad. Izz hanya diamkan diri sahaja. Sambil mendengar lagu piano dalam kereta mewah Izhad. Izz tak sangka. Orang yang dia rindui. Betul-betul berada disebelah dia sahaja. Jantungnya jangan cakaplah. Berdenyut kencang macam nak meletup dari tadi. Dia tak tahu. Ini kah takdir atau kebetulan. Lagu piano dimainkan. Seakan pernah dia dengar sebelum ini. Tapi, dia tak ingat dimana?
Pada mulanya, timbul rasa rindu kembali. Tetapi, bila melihat perangai mamat di sebelah dia berlagak nak mampus. Menyampah gila dia dibuatnya. Hampir sama, macam orang yang dia kenal dalam mimpi. Suka berbicara kasar dengan dirinya. Tapi, ini lagi menusuk hati dia.
"Tapi, wajah seakan Izhad itu juga. Dia rindu!"
"Ini, kalau tunang dia nampak... Mahu, aku kena gayang, main tarik-tarik rambut ni."
"Cik Qisya." Megat Syah Izhad mula berbicara. Terkejut Izz bila nama dia dipanggil.
"Iya, saya..." Izz sedikit gugup.
"Awak sakit ke? Tiba-tiba pakai mask?"
"Izz tiba-tiba, buat-buat batuk." Menepuk-nepuk dada dengan lembut. Saja acah-acah batuk. Terus mengangguk kepala.
"Sorry..."
"Minyak wangi awak pakai ni, kuat sangat. Nak pengsan saya dibuatnya." Tiba-tiba Izz terlepas cakap lagi.
"Apa, awak cakap!"
Kata Izhad nada sedikit tinggi. Geram, dia bila ada yang berani kritik dan menegurnya begitu.
"Alamak? Apa aku cakap ni?"
"Habislah aku... Hish mulut ni."
"Sorry, saya nak cakap benda lain. Saya...?"
Belum sempat Izz habis berbicara. Megat Syah Izhad sudah potong kata-kata dia terlebih dahulu.
"Cik Qisya nak saya hantar ke bulan, ke!?"
Terus Izz memandang kearah Megat Syah Izhad.
"Yang awak pandangan saya macam tu, dah kenapa?"
"Rumah dekat mana? Kereta saya ni, bergerak tahu! Tapi, tak tahu hala tuju. Nak pergi mana?"
"Ke, awak nak saya hantar dekat stesen bas je? Tak pun, saya berhentikan awak tepi jalan?" Kata Megat Syah Izhad nada kasar lagi.
Bila Izz dengar stesen bas dan tepi jalan? Terus dia teringat sesuatu. Kenangan yang samar-samar kembali ke dalam ingatan dia.
Cepat-cepat Izz menjawab... Takut punya pasal.
"Sorry. Hantarkan saya dekat apartment Seri Kasturi Setia Alam."
"Boleh?" Lembut nada Izz berkata. Takut punya pasal.
"Tahu takut..." Perli Izhad lagi. Tersenyum sinis. Megat Syah terdiam seketika. Tiba-tiba dia teringat kenangan dia tinggalkan Izz dekat stesen bas. Membuatkan dia teringat dan amat merindui wanita itu lagi.
Panas telinga Izz. Dia tak sanggup kena tinggal dekat tepi jalan... Mahal kot, nak naik grab malam-malam ni. Dia bukan kaya macam dalam mimpi. Tiap-tiap bulan dapat 10 ribu. Nak tunggu Mas ambil. Takut pulak, dia nak tunggu lama-lama.
"Cik Qisya?"
"Boleh saya tanya sesuatu?" Megat Syah Izhad mulakan perbualan lagi. Perasaan dia ingin tahu meluak-luak.
"Hmm... Boleh. Tanyalah."
"Dah lama ke, awak tinggal dekat apartment Seri Kasturi tu?"
Terus kepalanya mendongak memandang tepat ke arah Megat Syah Izhad. Terubat rindu dia pada Izhad. Bila melihat wajah Megat Syah Izhad yang seiras wajah suaminya di dunia mimpi. Izz tak sangka. Wajah seiras Izhad di dunia nyata. Sangat Handsome. Bila dia melihat secara dekat.
"Baru je... Kenapa?" Izz memandang wajah Megat Syah Izhad seketika. Dan kembali pandang di hadapan. Takut dia nak pandang lama-lama.
"Saya nak tanya. Kot lah, kalau awak kenal seseorang? Dekat apartment Seri Kasturi."
"Ohh..."
"Awak kenal tak? Sesiapa nama Izz Zulaika tinggal dekat situ?"
"Izz Zulaika?"
Gumam Izz perlahan. Terkedu dan sedikit terkejut. Menggigil dia seketika. Bila mendengar, nama yang di tanya seakan namanya. Berderau jantung dia. Berombak-ombak bergelora jantung dia ketika itu.
Tiba-tiba dia terdiam seketika. Cepat-cepat Izz menggeleng-geleng kepala. Padahal dia juga nama Izz Zulaika.
"Tak kenal!" Saya pun baru je tinggal situ.
"Kenapa yek, awak cari orang bernama Izz Zulaika?" Dengan berani. Izz bertanya kembali.
"Adalah! Itu, bukan urusan awak pun. Nak tahu, kenapa!"
Tersentap Izz. Bila dia kena sounds dengan Megat Syah Izhad. Terus Izz cebik bibirnya. Berpaling wajahnya kearah jendela. Terasa nak mengalir air matanya. Tapi di tahan.
Rindunya dia pada Izhad. Yang selalu manja kan dia dan berbicara penuh kasih sayang.
"Tanya je pun... Itu pun, nak marah." Gumam Izz perlahan. Geram bila mamat seakan Izhad berbicara kasar dengan dirinya.
Masing-masing terus kembali mendiamkan diri... Sebaik sahaja sampai ke apartment. Izz hanya menyuruh Megat Syah Izhad. Berhentikan dia dekat luar pagar sahaja.
"Sorry, pasal tadi...." Kata Izz sebelum melangkah keluar.
Megat Syah Izhad terdiam. Dia tahu, dia tak sepatutnya berbicara kasar seperti itu.
Izz tak tahu. Kenapa dia soal balik dekat Izhad. Dia cuma ingin tahu sahaja.
Megat Syah Izhad tak tahu kenapa? Tiba-tiba dia naik angin. Mungkin wanita disebelahnya cukup berani menyoal kata-katanya. Dia tak suka. Sesiapa yang menyoal nama orang yang dia sayang. Tambah pula, wanita lain ingin tahu.
Sebelum Izz membuka pintu. Boleh pulak. Tiba-tiba dia menghulurkan tangan. Nak bersalaman dengan Megat Syah Izhad. Dia pun tak tahu, kenapa dia bertindak demikian. Padahal orang disebelahnya bukan suaminya dalam mimpi.
Terkejut Megat Syah Izhad dengan tindakan Izz.
"Buang tabiat ke apa dia ni?" Gumam Izhad, perlahan.
Dahinya sudah berkerut-kerut memandang perbuatan Izz.
"Oops... Sorry...."
Izz menyedari atas kesilapannya terus menepuk dahi. Dia terlupa, orang di sebelahnya itu bukan suaminya macam dalam mimpi.
"Ya, Allah... Malunya aku..."
"Haram Izz... Haram.... " Bisik hatinya. Cepat-cepat dia keluar dari perut kereta mewah Megat Syah Izhad. Menahan malu.
Sambil melangkah ke apartment. Izz membebel seorang diri. Terus dia membuka masknya, terasa rimas. Malu, geram semua ada.
"Gila kau Izz... Memang saja kau cari pasalkan. "
"Malunya..."
"Nasib baik kau pakai mask. Kalau tak? Mana kau nak letak muka." Cepat-cepat dia percepatan langkahnya. Masuk ke dalam apartment.
"Hish perempuan ni... Gila ke, apa? Pantang nampak lelaki handsome sikit. Mula laa, tak tahu malu." Gumam Megat Syah Izhad sendiri.
Bila Megat Syah Izhad memandang semula ke arah Qisya. Yang sudah membuka masknya. Dalam samar-samar cahaya lampu. Megat Syah Izhad terpandang wajah Qisya seakan Izz yang dia cari selama ini.
"Izz?"
Kepalanya terteleng-teleng lagi mencari bayang-bayang Qisya. Untuk kepastian. Apa yang dia lihat. Tapi, bayangan Qisya sudah menghilang di sebalik bangunan.
"Tak mungkin?" Gumam Megat Syah Izhad. Masih lagi tergamam.
Share this novel