Bab 5

Romance Completed 27497

Hujan renyai-renyai, membasahi bumi. Selepas sarapan pagi. Mas mula mengemas rumah. Mencuci pinggan mangkuk dan kuali yang dia masak tadi. Sesudah itu, Mas mencapai penyapu membersihkan ruang dapur dan ruang tamu. Izz pula, rehat di ruang tamu sambil menonton tv. Mas bagi peluang Izz untuk istirehat sahaja.

Tengah syok Mas mengemas rumah.

"Mas..."

"Jom keluar!"

"Dah lama aku tak keluar, jalan-jalan makan angin..."

"Lama, tak keluar?"

"Kau biar betul, Izz?" Terbeliak mata Mas memandang Izz.

"Bukan, semalam kita dah keluar ke?"

Ujar Mas. Padahal, dia dan Izz mana sempat berjalan atau menonton movie pun. Disebabkan Izz pengsan mengejut. Mas saja, ungkit kejadian semalam. Mas nak tengok, Izz ingat lagi tak? Kejadian menimpa dirinya?

"Semalam? Kita ada keluar ke?"

"Mestilah ada. Lepas tu kau pengsan." Lega hati Mas. Izz tak ingat kejadian semalam.

"Jom la, kita pergi karaoke!" Aku belanja. Ajak Izz bersungguh- sungguh.

"Karaoke?" Soal Mas nada terkejut.

"Iya lah karaoke. Kenapa kau terkejut."

"Jom lah!"

"Kau bagi tahu tadi... Aku pengsan semalam. Mesti kita terus balik dan tak sempat nak jalan-jalan kan? Jom laa..." Izz buat muka kesian. Buatkan Mas serba salah.

"Betul ni. Kau, nak karaoke?" Soal Mas lagi seakan tak percaya.

Angguk Izz tersenyum lebar.

"Aku, tak nak lah!"

"Kenapa?"

"Nanti kau kau pengsan lagi. Berat tau, nak angkat kau." Sakat Mas.

Ohh yeke, sorry... Sebagai upah. Aku belanja apa saja kau nak makan. Tiba- tiba Izz melihat Mas mengelamun jauh.

Mas teringat kembali kejadian dekat Mall tempoh hari. Dia tak dapat lupa. Apa yang Mikael cakap pada Izz. Sebelum Izz pengsan.

"Hei! Perempuan!"

"Aku tak pernah ada kekasih, macam kau lah!"

"Jijik, aku tengok muka kau!"

"Berambus kau, dalam hidup aku!"

Izz terdiam dan terkedu. Bila mendengar kata-kata hina dari orang yang amat dia dicintai. Kecewa hatinya. Seperti ditikam dengan sesuatu bilah yang tajam.

Tu, la kata-kata terakhir yang Mas ingat. Kata-kata kesat yang keluar dari mulut orang yang amat Izz cintai. Sebelum Izz rebah menyembah bumi. Bila Mas mendengar cacian yang di lemparkan pada Izz. Mas rasa nak siat-siat je, mulut Mikael masa tu. Sedap mulut dia je. Tuduh sahabatnya seperti itu.

Kalau bukan sebab Izz pengsan. Sudah lama dia serang Mikael.

"Baru betul-betul meninggal!"

"Mas!"

"Kau, kenapa? Tiba-tiba je, kau diam?" Tegur Izz. Bila melihat Mas terdiam seketika. Kalau kau tak nak keluar. Okey.  Aku tak nak paksa. Dia mengalah tak nak paksa Mas. Dia tahu, Mas buat macam itu demi kebaikan dia juga.

"Izz, kau ingat tak kejadian semalam?" Saja Mas berkata begitu. Mas berharap sangat. Izz tak ingat, kata-kata mulut longkang Mikael yang kurang diajar itu.

"Ingat apa? Ada yang aku tak ingat lagi, ke?" Kalau pasal pengsan tu. Aku minta maaf. Aku memang ingat. Kenapa aku pengsan? Dia sendiri pun tak tahu yang dia keluar dengan Mas semalam. Apa yang dia ingat. Sebaik sahaja terjaga dan menangis. Dia hanya ingat mimpi kemalagan dan mimpi di kejar dalam hutan sahaja.

"Tak ada apa laa. Saja nak test kau je. Kut-kut kalau kau ingat?"

Lega sikit hati Mas. Bila Izz tak ingat kejadian semalam. Mas tak faham. Kenapa Mikael boleh hina dan fitnah Izz macam tu sekali. Bukan selama ni, dia sangat mencintai Izz ke? Apa sebenarnya terjadi yek? Sampai macam tu sekali, Mikael fitnah dan hina Izz. "Kesian Izz... Orang yang paling dia rindui selama ni. Sanggup cakap dia macam tu."

Mas pelik perangai Izz. Bila masa dia suka pergi karaoke. Dulu, punya la susah nak ajak dia keluar. Ini beria-ria pula nak pergi? Yang menganggu fikiran Mas. Pasal malam tadi. Lepas je Izz terjaga sambil menangis. Kenapa Izz, seperti hilang ingatan? Nasib baik dia ingat aku lagi." Kalau sebelum ini. Cuma kejadian Mikael je. Dia lupa. Patut ke, aku bawa dia jumpa doktor pakar otak?

"Pelik la, perangai kau sejak akhir ini. Tak macam selalu. Biasanya kau akan elak. Kalau nak pergi jauh dari kawasan rumah. Kau tak takut ke? Kalau rahsia kau terbongkar?"

"Tak!" Jawab Izz selamba.

"Aku rasa... Laki aku dah balik Malaysia."

"Seriously!"

"Mana kau tahu?" Soal Mas. Nada terkejut.

Panggilan misteri tadi. "Mama Izhad."
Mama dia. Nak kitaorang balik dan berkumpul di rumahnya hujung minggu ni. Jadi, aku boleh agak la. Dia dah balik Malaysia. Tapi, aku tak tahu? Bila lah, laki misteri aku tu. Nak call?

"Nervous la aku, Mas."

"Kenapa? Kau takut, kena cerai ke?" Soal Mas. Saja nak tengok reaksi Izz.

"Hish, kesitu pulak!" Kalau dia ceraikan aku, sekali pun. Kau tengok muka aku? Ada reaksi muka sedih ke? "Happy ada lah..." Walaupun dia tu handsome. Tapi... Aku, kurang berminat. Cuba berlagak tidak terpegaruh dengan kata-kata Mas.

"Yea, lah tu... Tadi, kemain. Puji melambung lagi?"

"Kau ni? Macamlah, tak kenal aku lah." Aku kan suka puji lelaki handsome ala ala oppa.

"Tapi Mas, aku pelik la. Kenapa nombor mama Izhad tak naik? Aku tak save ke? Takkan selama setahun ni. Aku tak pernah call diorang langsung?"

"Mesti kau, lupa la tu. Kau tanya khabar melalui mesej je. Mana pernah call?" Sepatutnya naik nombor tu. Terus mata Mas memandang telefon di tangan Izz.

Ini bukan telefon kau selalu guna hantar mesej?

Ohh yeke?

"Tapi, macam mana mama Izhad boleh tahu?" Aku tak pernah bagi pun?

"Cuak gila aku tadi. Ingatkan Izhad!" Kecut perut aku. Nasib baik, tak terkeluar nasi goreng kau tadi.

Hish kau ni...

"Tapi kan Mas? Kenapa mak mentua aku? Tak banyak soal pun. Tak banyak tanya pun, dekat aku? Bila balik? Kenapa tak call dulu? Takut jugak aku tadi, ingat dah kantoi."

"Lega, hatinya. Ingatan dia kembali. Kalau tak? Entah apa akan terjadi kalau dia tersalah cakap. Memang saja Izhad ni, nak buat dia terasa terjerat."

"Mungkin, mama dia dah tahu? Apa yang anak dia dah buat dekat kau?" Kata Mas main agak-agak.

"Kau jangan buat aku takut Mas! Jenuh aku nak berdepan dengan bapak singa nanti." Gelak Izz menghilangkan rasa resah hatinya.

"Ingatkan tak takut." Perli Mas.

"Kau nak kemana tu?" Tanya Mas seakan pelik tengok reaksi Izz. Macam tak sabar je nak keluar. Selepas dia setuju nak keluar.

Masuk bilik, cari baju sesuai. Lepas tu aku nak membuta sekejap. Mana tahu, kalau aku tidur. Aku boleh ingat semuanya?

"Hmm... Cakap je la nak tidur. Banyak pulak alasannya."

"Tapi ingat? Jangan lambat! Nanti aku tinggal!"

"Aku harap sangat Izz. Ingatan kau kembali. Tapi, bukan tentang Mikael!" Bencinya pada Mikeal. Seperti dendam belum terbalas. Geram teramat.
. .
.

"Keputusan aku muktamad. Apa nak jadi. Jadilah... Mata duitan! Memang tak layak jadi isteri aku."

Izhad, teringat kembali. Setahun yang lalu. Kenangan manis, dia bergelar suami. Tapi, kenangan itu jugak. Bagaikan mimpi ngeri bagi dirinya.

Flashback...

Saya tak kisah duit hantaran atau duit mas kahwin berapa awak mampu bagi? Terpulang? Tapi, kalau awak setuju dengan syarat-syarat saya bagi. "Kita nikah." Lantang suara Izz.

Syarat pertama :

"Awak tak boleh ganggu hak peribadi saya. Walaupun kita sudah jadi suami isteri. "Saya tahu syarat pertama. Awak setuju."

Syarat kedua :

"Saya tak nak kita berpisah, masa waktu terdekat." Kita kena jaga hati kedua belah pihak. Dan awak tak boleh madukan saya dalam tempoh itu. Selagi saya dan awak tidak berpisah.

Izz saja letak syarat seperti itu. Izz tak nak tambahkan masalah kemudian hari.

Syarat last saya. Start je, kita nikah. Awak kena masuk duit bulanan sebagai nafkah zahir tiap-tiap bulan. "Sebanyak RM 10,000!" Sampai, kita berpisah. Kalau mungkir janji. Jangan salahkan saya. Kalau rahsia ini terbongkar.

"Setuju!"

"Kalau tak setuju, kita tak payah nikah..."
Lantang sekali Izz berkata. Dia berharap sangat, Izhad tak setuju... Lama Izhad membisu.

"Itu je syarat awak?"

"Simple!"

"Ingat, syarat macam puteri gunung ledang!" Mengomel Izhad dalam hatinya.

Izz buat muka tak puas hati. Rancangannya gagal. Izz ingat. Bila dia letak syarat nilai tinggi. Dia boleh buat Izhad kecewa dan pilih orang lain jadi pengganti. Tapi... Dia sendiri terperangkap. Tak dapat nak lari.

Izz tak tahu, siapa sebenarnya Izhad masa itu. Dia ingat, Izhad orang biasa-biasa sahaja. Tapi, dapat kerja bagus. Itu yang Izz fikir pertama kali jumpa Izhad.

Sudah lah dia dipaksa terima lamaran tak sampai 24 jam. Impian dia, nak di lamar penuh romantik. Tidak kesampaian. Betul-betul kerja gila. Izz rasa masa tu. Berulang kali dia fikir. Kenapa hatinya lembut hati menerima lamaran Izhad.

Bila Izhad mendengar syarat Izz yang biasa-biasa aje. Terus dia tak fikir panjang. Dia terus setuju dengan syarat yang diberikan. Izhad ingat, Izz akan minta ribu-ribu ringgit. Tak pun, minta 1 juta.

Kerana tak nak malukan keluarga dia lagi buat kali ketiga disebabkan Qistina. Dia tangkap muat je, pilih Izz Zulaika sebagai pengganti. Kebetulan Izz mendengar Qistina tinggal dia. Seminggu lagi nak nikah.

Suasana di majlis nikah dia dan Izz. Sangat sederhana, tapi meriah. Sekali lafaz. Izz Zulaika sah menjadi isterinya.

Kenapa perasaan aku berdebar- debar. Setiap kali mata aku. Bertentang mata dengan matanya. Kenapa, hatiku tersentuh setiap kali memandang wajah kecantikan dan keayuan Izz. Sedar Izhad. Dia hanya isteri pengganti sahaja.

"Takkan lah... Aku tertarik pada dia ke?"

"Mustahil!" Takkan semudah itu. Aku lupakan Qistina! Izhad cuba menafikan apa yang dia rasa.

Saat acara sarung cincin dan membatalkan air sembahyang.
Pertama kali, dia mencium dahi wanita itu. Jantungnya tidak berhenti berdenyut kencang. Ini juga kali pertama dia duduk secara dekat, dengan wanita yang tidak dia cintai. Tapi, membuat perasaan dia bergelora tanpa henti.

"Cantik jugak dia ni!"

Bisik hati Izhad. Tanpa dia sedari. Izhad memandang isterinya tidak berkelip mata. Jantungnya, berdenyut kencang. Lupa seketika wajah Qistina yang dia cinta separuh mati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience