Bab 24

Romance Completed 27497

Sebaik sahaja sampai di rumah Tok Izhad. Teruja Izz melihat rumah Tok Ma, dikelilingi sawah padi. "Wow cantiknya..." Izz ingat, Izhad tak jadi singgah. Sebab sebelum majlis bermula, Izhad sudah berpesan. Selepas majlis, terus balik ke Kuala Lumpur. Kecewa hati dia masa tu. Ingat, tak dapat jalan-jalan? Nak tanya, tapi takut.

"Tup-tup... Dah sampai kedah." Gembira hati tak terkata.

"Bestnya..." Tok Ma awak duduk dekat sini. Kenapa tak bagi tahu awal-awal. Kampung awak dikelilingi sawah padi?" Izz saja mulakan perbualan. Dia tahu, muka suaminya itu. Masih lagi berwajah ketat dan garang dari rumahnya lagi.

Sebenarnya, itulah perancangan Izhad dari awalnya. Nak bawa Izz rehat di kampung. Sambil-sambil melihat sawah padi. Tapi, lain pulak jadinya. Tiba-tiba pulak dia marah dan benci dengan Izz.

Kalau ikutkan hatinya. Dia nak balik terus ke Kuala Lumpur. Dia tak ada mood nak singgah. Tapi, bila dia call Tok Ma bagi tahu tak jadi tidur sana. Izhad terasa serba salah. Bila terdengar suara toknya merajuk hati. Nak, tak nak. Terpaksalah dia singgah dan tidur satu malam disana. Kalau tidak. Teruk dia kena membebel dengan Puan Sri Izlinda. Memang rancangan awalnya. 3 hari di Penang. 3 hari di kedah.

"Amboi! Suka pulak, dia? Ingat, cuti-cuti Malaysia!" Perli Izhad nada kasar.

"Hmm... Suka pun, tak boleh..." Izz mencebik bibirnya.

Dalam hati Izhad. Dia tak nafikan... Izz, betul-betul buat dia hilang akal. Melihat Izz bahagia dan tersenyum. Membuatkan hatinya betul-betul bertambah tertekan dan keliru. Amarahnya pada Izz. Boleh terus jadi sejuk dan tenang. Setiap kali melihat kegembiran bahagia raut wajah Izz. Tapi, bila dia teringat kata-kata Qistina. Emosinya kembali terganggu. Benci dan marah pada Izz.

Lepas bersalaman dengan Tok Ma dan Mak Esah. Izz tak tahan nak ke tandas. Sebaik sahaja dia keluar dari bilik air. Izhad sudah tak ada dalam rumah. Lega hati Izz. Kereta Izhad masih ada. "Ingatkan tinggalkan aku sorang-sorang dekat sini." Okay je... Bisik hatinya.

"Mana dia ni? Keluar tak ajak pun!"

"Hmm... Okay juga kena tinggal dekat sini... Best apa? Tenang sikit jiwa aku ni. Tak payah nak hadap muka ketat, dia hari-hari." Mengomel Izz sendiri.

Izz tercari-cari, bayangan Izhad? Dia perlu berbincang. Izz nak kata putus. Dia tak nak tunggu sampai Kuala Lumpur. Baru dia dapat jawapan. Izz tak sanggup nak tunggu walaupun sehari. Lagi pun, kalau berbincang dekat sawah padi yang terbentang luas ni. Jauh pulak dari rumah orang dan penduduk kampung. Sesuai sangat Izz nak berbincang. Tiba-tiba je, dia dan Had. Berperang mulut. Tak ada siapa yang dengar.

Semasa di dalam kereta tadi. Izz melihat muka Izhad ketat semacam dan fokus memandu. Takut dia, untuk memandang wajah Izhad. Izhad seperti biasanya memilih untuk diamkan diri. Tapi, bila sudah ada peluang untuk dia lepaskan amarahnya. Izhad nampak cukup menyeramkan.

"Tok... Had mana?" tanya Izz. Panggilan "nenek." Belah utara mengikut tempat. Diorang panggil 'tok.' Kalau atok lelaki mereka panggil 'tok wan.'

"Entahlah...."

"Cuba Izz, pi tengok dekat luaq." Belakang sana tu. Had suka ambil udara. Berjalan tepi sawah bendang. "Pi laa tengok." Kata tok lagi.

Biasanya Tok Izhad duduk bersama Mak Esah. Bila ada sesiapa balik. Mak Esah diberi cuti, balik ke rumah anak cucunya yang duduk satu kampung sahaja. Mak Esah sudah macam keluarga sendiri bagi keluarga Puan Sri Izlinda. Seronok, Mak Esah temankan tok. Maklumlah, suami tak ada. Anak-anak semua dah kahwin. Bukan Puan Sri Izlinda tak pernah ajak tok tinggal bersama. Tapi tok Had, tak nak. Puan Sri Izlinda ada cerita. Tok, tak sanggup nak tinggalkan rumahnya. Termasuk ayam itik. Tok cakap, nanti tiada siapa nak bagi makan. Tu, Puan Sri Izlinda upah Mak Esah temankan tok.

Suasana di bendang, sawah padi. Cukup menenangkan fikirannya. Tambah pulak angin sepoi sepoi bahasa dengan udara segar suasana kampung. Lupa sekejap masalah dia dengan Izz. Izhad saja, biarkan Izz duduk di rumah sahaja. Izhad membawa diri. Ambil angin di tepi sawah bendang. Tempat kesukaan dia. Setiap kali dia balik kampung.

Dulu ada pondok di tengah sawah padi. Sudah lama dia tak balik. Sekarang dah tak ada pondok tempat dia suka lepak. Berjam-jam pun dia tak kisah. "Bila Qistina bual hal." Dekat kampung inilah tempat dia cari ketenangan. Memandang suasana hijau, menenangkan jiwanya.

Izhad teringat kembali. Perbualan antara dia dan Qistina.

"You, buat apa dekat sini, Qis?"

Kata Izhad dengan kasar. Dia tak suka melihat kemunculan mengejut Qistina, di rumah Izz.

Takkan Izz Zulaika, tak bagi tahu you. Siapa I dengan dirinya. "I tahu. Siapa, lah I. Anak susuan je." Sampai hati you Izz. I sanggup berkorban. Berpisah dengan Had. Ini balas you Izz, dekat I.

"Jap?"

"Aku, tak faham?"

"Apa, maksud you Qis!"

Qistina hanya mendiamkan diri. Bila disoal Izhad kembali. Dia perlu main peranan. Jadi mangsa keadaan. Di mana, dia terpaksa melepaskan tangan orang yang dia sayang. Itu tujuan dia. Buat Izhad membenci Izz.

"Jadi, selama ini. You, dah lama kenal keluarga Izz?"

"Ya." Dia adik I. Lain mak ayah je? Cuma, kami tak berapa rapat. I minta maaf tak pernah bagi tahu you selama ini. I cuma berharap, you bahagia dengan Izz.
Okay lah Had, I tak nak gaduh dengan you. I tahu, I salah. Tapi, you jangan salahkan Izz. Ini, salah I. I yang rela lepaskan you. Janji adik I bahagia.
"Sekejap? Aku tak faham!"

"Orang yang derma darah tu, bukan I. Tapi, Izz." Terkejut Izhad mendengar. "Orang itu Izz?"

"I still Love you." I, tak sanggup tipu you lagi. Sebab itu I tolak lamaran you. Bagi peluang dekat Izz. Bersama dengan you.

"Stop!"

"Aku tak nak dengar lagi!"

"You saja reka cerita, semua ini kan?"

"Terpulang, you nak percaya atau tidak? I minta diri dulu.

Qistina melangkah kaki menuju ke kereta. Dengan muka kecewa dan sedih. Sebaik sahaja sampai di kereta. Dia tersenyum sinis, bahagia. Bila dia dapat buat Izhad salah faham dengan Izz. Qistina dapat rasakan. Cinta dan sayang Izhad padanya sudah beralih arah. Tiba masanya. Hak milik Izz. Jadi miliknya semula.

.
. .

Selepas Izz bertanya dimana Had pada tok. Terus Izz melangkah keluar dan meninggalkan tongkat didalam rumah. Terjengket-jengket seperti bermain permainan ting ting. Malas dia nak pakai tongkat. Ketiaknya dah mula rasa sakit dan melecet. Lagipun, Izz rasa. Lagi cepat. Bila dia jalan terjengket-jengket daripada tongkat.

Izz tercari-cari, bayangan susuk tubuh Izhad. Di belakang rumah yang di katakan, Tok Ma tadi .

"Mana dia ni, tak nampak batang hidung pun. Dah lah aku nak jalan susah... Mana dia ni?"

"Kau ni Izz, suka cari penyakit." Dahlah, sakit. Boleh pula tak pakai tongkat. Mesti Mas akan kata dia macam tu. Membebel dekat dia seperti selalu. Izz tersenyum sendiri. Rindunya dia pada Mas. Banyak benda dia nak cerita pada Mas.

Baru sedikit dia berjalan. Izz sudah rasa kepenatan. Maklumlah dia jalan terjengket-jengket. Nampak je, bangku dipohon buah mangga. Izz rehat seketika. Terasa tenang hatinya. Bila melihat suasana kampung dan bau sawah padi.

"Hmm... Sedapnya bau buah mangga. Sedap ni, kalau buat colek." Sempat lagi. Dia fikir pasal makan.

"Sekejap? Siapa tu, yang terpacak macam patung orang-orang. Tercegat je... Tak gerak-gerak." Terhendap-hendap Izz melihat dari jauh.

"Lah, Had ke tu?" Tersenyum Izz. Bila orang yang di cari sudah jumpa. Perlahan-lahan Izz mendekati Izhad.

"Jauhnya dia termenung? Mesti fikir masalah aku dengan dia lah tu?" Selangkah demi selangkah. Izz mendekati Izhad. Baru je, Izz nak sergah Izhad...

"Tak payahlah, awak mengendap-ngendap macam pencuri? Aku perasanlah kau datang!" Kata Izhad nada kasar.

"Ohh... Perasan. Ingatkan tak perasan tadi?"

"Jauh termenung? Teringat dekat saya ke?" Sakat Izz. Saja dikerohkan air yang tenang.

"Sibuk je!"

"Suka hati aku, lah. Nak termenung ke atau tak?"

"Aku punya pasal! Sibuk je... Dah pergi balik! Hilang, ketenteraman aku aje. Kaki tu, belum baik lagi kan? Sibuk-sibuk je, nak datang sini. Buat aku hilang mood je. Baru nak tenang sikit."

"Dah! Pergi balikk!"

Jerkah Izhad. Terkejut Izz bila ditengking. Tersekat air liurnya nak telan.

"Tak nak..." Balas Izz. Dengan muka selamba. Tapi, dalam hati. Takut sebenarnya... Seram sejuk tiba-tiba. Izz cuba memandang kearah sawah padi. Sambil memejam mata dan mendepa tangan. Menghirup udara sedalam mungkin. Dia buat-buat tak tahu. Izhad disebelahnya tengah marah dan menyuruh dia balik.

"Aku, cakap pergi balik!" Kalau kaki tu, tambah sakit. Aku jugak kena hadap, nak bawa kau pergi hospital.

Izz masih mendiamkan diri.

"Izz!" Aku cakap balikk! Jerit Izhad lagi kuat...

Rasa nak menangis Izz. Bila dia kena tengking dengan Izhad lagi. Tapi, Izz kuatkan hati daripada air mata terus jatuh mengalir lagi dan lagi. Matanya masih dipejam. Saja tak hiraukan kata-kata dan bebelan Izhad menyuruhnya balik.

Perlahan-lahan, matanya dibuka kembali. Mencari kekuatan untuk berdepan dengan Izhad.

"Boleh tak?" Jangan jerit-jerit tak tentu pasal. Nak suruh satu kampung tahu ke? Kita tengah gaduh? "Saya datang nak berbincang. Bukan nak gaduh."

"Aku, tak nak berbincang dekat sini. Kita berbincang dekat KL sahaja."

"Tak... Nak." Balas Izz lagi, memang saja dia buat Izhad rasa berang.

"Kau, nak aku jerit. Ceraikan kau dekat sini!"

Ugut Izhad. Terkedu Izz mendengar. Ohh... Itu sebenarnya niat dia nak ajak aku balik KL. Izz tarik nafas dalam-dalam. Mencari kekuatan. Dikepal jari jemari menahan rasa sakit dihatinya.

"Kalau itu, yang awak inginkan?"

"Teruskan!"

Cabar Izz dengan berani.

"Lagi cepat lagi bagus!"

"Awak kenal "Nizam" tadi kan. Kening diangkat. Saya rasa, mesti Qistina awak tu. Sudah bagi tahu. Siapa saya dengan dia sebelum ini. So, saya dah bersedia nak terima dia balik!"

Bila Izhad dengar je, kata-kata daripada Izz. Mendidih-didih jiwa raganya. Menahan amarahnya meluak-luak. Sakit hatinya, bila Izz cuba cabar akan dirinya.

Terus Izhad mencapai pergelangan tangan Izz dengan kasar. Dan menarik Izz, ajak balik dengan paksa.

"Aku, tak nak balik laa!" Jerit Izz tiba-tiba dia pulak meroyan. Izz tarik balik pergelangan tangannya dan melawan sekuat tenaganya. Dia tak pedulikan kakinya yang masih sakit.

"Baik!"

"Kalau itu yang kau nak dengar. Akan aku lafazkan!" Tu, yang kau nak kan. Akan aku tunaikan. Sekarang juga.

"Iya!" Izz mencelah. Tanpa ragu-ragu.

Tapi...

"Sekejap?" Aku nak kita ada saksi... Dulu kita buat perjanjian tiada bukti. Sekarang, aku tak nak kau lafazkan cerai tanpa saksi dan bukti." Kata Izz nada tegas dan berani.

"Tak payah!"

Dekat makahmah syariah nanti dah ada saksi.

Bila Izz mendengar ada panggilan masuk. Di sangkakan Mas. Cepat-cepat dia geser ke atas.

"Sorry..."

"Saya dah angkat!" Jawab Izz selamba. Sambil goyang-goyangkan telefonnya. "Awak, call lah Safran!" Tambah kukuh lagi saksi. Bila awak lafaz cerai. Izz semakin mencabar kesabaran Izhad.

Terkejut Izhad. Dengan muka bengisnya. Menatapi mata ke arah wanita yang cukup berani menentangnya. Menyerap hati Izhad. Bila melihat, Izz cukup berani mencabar kesabarannya.

"Bak sini, fon kau sekarang!" Tangan Izhad di hulur ke arah Izz. Cepat-cepat Izz melarikan telefonya dibelakang.

"Kau ingat. Aku takut. Kita tengok. Kau berani atau tidak. Aku dah cukup sabar dan geram dari semalam."

"Hello Izz, hello..." Suara di hujung talian.

"Hello Mas. Sekejap..." Jawab Izz tanpa melihat siapa dalam talian. Sebab tadi Mas ada call. Sewaktu dia nak pergi dekat Izhad. Tapi, dia tak sempat angkat.
Baru, Izz nak cakap lagi. Izhad cuba merampas lagi telefon daripadanya. Tapi, sempat Izz mengelak.

Izhad tak puas hati dan bengang. Dia cuba nak rampas lagi, telefon Izz. Kiri kanan tangan Izz menyorok-nyorok telefonnya. Macam budak-budak, main sorok-sorok barang.

Izhad cuba sedaya upaya untuk merampas telefon Izz. Masing-masing bergelut tanpa putus asa. Baik Izz atau Izhad. Masing-masing tak mahu mengalah.

"Kenapa kau nak rampas phone aku pulak!" Kata, nak lafazkan cerai. Kau kan, tak sabar nak kembali pada Qistina.

"Kalau kau nak lafazkan cerai. Cepatlah! Mas dah sedia nak jadi saksi?"

"Izz!"

"Bagi phone kau sekarang!"

"Tak nak!"

"Mas! Tolong aku. Mas!"

Saja Izz menjerit sekuat hati nak bagi Mas dengar. Terjengket-jengket Izz, nak elak Izhad daripada ambil telefon dia. Macam menari, tarian ballet.

Tanpa disangka-sangka mereka. Kaki Izz tergelicir dan sempat berpaut tangan Izhad sekuat mungkin. Ingatkan selamat. Akhirnya...

Masing-masing terjatuh dan terjun masuk ke sawah bendang. Kebetulan pula ada lopak air dekat sawah bendang.

Terus Izz meraung-raung sekuat hati. Kerana telefonnya sudah tenggelam dalam lumpur. Raung Izz membuatkan Izhad rasa serba salah. Melihat Izz menangis macam tu sekali. Habis masing-masing bermandi lumpur.

"Semua ni, awak punya pasal!" Kata Izz masih lagi menangis.

"Aku pulak? Aku kan dah suruh balik. Tapi kau tak nak. Padan muka..." Kata Izhad. Mengejek Izz nada geram. Habis baju dia dan Izz terkena lumpur yang berbau.

Izz geram punya pasal. Di lempar-lembarnya tanah lumpur ke arah Izhad. Tanpa di sangka-sangka. Setepek, macam tahi lembu terkena tepat muka Izhad. Izhad tak nak mengalah. Dia jugak turut membalas melemparkan tanah lumpur ke arah Izz. Dan tepat jugak kena muka Izz. Dalam Had serba salah dan marah. Izhad tiba-tiba ketawa berdekah-dekah, ketawakan Izz. Macam budak-budak berkubang dalam lumpur mereka rasa.

Berapa minit sebelum pukul 7.00 malam. Kedengaran suara Tok Ma sayup-sayup. Menjerit-jerit memanggil mereka di suruh balik.

"Jomlah balik, tok dah menjerit tu. Suruh balik." Kata Izhad nada lembut. Masing-masing masih lagi terduduk dalam bendang.

Izhad membantu Izz bangun naik ke batas. Dipimpin tangan dan memeluk pinggang Izz sebelah dengan rapat. Memudahkan pergerakkan Izz melangkah dengan kaki terhincut-hincut satu persatu menuju ke rumah tok. Sempat lagilah Izz memperli Izhad.

"Pegang pinggang je. Jangan nak ambil kesempatan pulak!"

"Baik awak diam. Kalau tak? Aku campak, awak balik ke dalam sawah ni. Tak pun, awak balik sendiri. Malas aku nak pimpin. " Balas Izhad nada perli.

"Tak pernah nak ikhlas langsung..." Kata Izz. Siap buat mimik muka. Tapi dapat didengari Izhad.

"Apa, awak cakap?" Tiba-tiba badannya di acah-acah tolak oleh Izhad.

"Had..." Jerit Izz nada manja.

"Berbunyi lagi. Aku tolak betul-betul." Amaran dari Izhad mengusik Izz.

"Terus Izz menggenggam tangan Had sekemas mungkin. Takut betul-betul kena tolak.

"Tahu, takut." Terukir senyuman dibibir Izhad.

Tadi, kakinya tak beberapa sakit. Bila bergelut kasar dengan Izhad dan melangkah kerumah Tok. Baru kakinya terasa denyut-denyut kembali."

"Badan masing-masing berbau busuk dan hanyir. Satu badan bersalut lumpur, dah tak rupa orang."

Dalam perjalanan balik ke rumah. Izz masih berbaki rasa marah pada Izhad. Siap buat muka masam cuka. Muka tak puas hati dekat Izhad. Bila dia melihat telefonnya berlumpur.

"Jangan buat muka macam tu? Boleh tak? Pandangan awak tu, macam nak telan saya hidup-hidup je?"

Jeling Izz dengan pandangan tajam.

"Janganlah marah... Nanti saya gantilah balik, phone buruk awak tu. Dengan yang lagi, mahal dan canggih." Kata Izhad sambil perli dan memujuk Izz.

"Ini bukan pasal mahal atau lagi canggih. Saya mampu beli kut! Awak nak cari balik? Semua data, nama-nama customer saya dah hilang?"

"Siapa suruh awak cari pasal? Kan, aku dah suruh balik." Kata Izhad tak mahu mengalah.

Izz hanya diamkan diri. Malas dia nak layan Izhad. Kaki terasa amat sakit.

Izz sangka, Izhad akan meninggalkan dia terkontang kanting bangun sendiri. Masa dia dekat dalam sawah bendang tadi. Tak sangka Izz. Izhad hulurkan tangannya untuk membantu diri dia berdiri dan naik semula ke batas. Dari hatinya yang marah gila dengan Izhad. Terus jadi sejuk.

Kalau dia dah lafazkan ceraikan aku tadi. Dah, jadi "janda hot" aku hari ni. Fikir Izz, bukan-bukan.

"Hish, apa yang kau fikirkan ni Izz. Kau nak sangat ke? Jadi janda?"

"Tak nak!" Jerit Izz dalam hatinya.

"Malas aku nak fikir. Aku hanya berserah pada yang berkuasa. Jika takdir dan jodoh aku sampai sini sahaja. Aku redha." Gumam Izz dalam hati sambil memandang wajah Izhad dari tadi.

"Tahulah aku handsome. Tak payahlah nak pandang aku macam tu?"

"Perasan... Siapa pandang awak?"

Sampai sahaja di rumah. Mereka dimarah tok dan disuruh mandi di luar. Dekat telaga, belakang rumah. Sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

Punyalah sejuk tak terkata. Masing-masing menggigil menahan kesejukkan air telaga. Tok Ma, walaupun sudah 70 tahun. Masih lagi gigih dan larat, buat kerja rumah dan memasak.

Sambil bergilir-gilir menimba air. Sempat lagi mereka berbalah.

"Ini awak punya pasal lah... Kalau tidak? Kita tak, kena mandi air sejuk macam ni." Membebel Izz, sambil menggigil. Di timba-timba air. Tapi, dapat cedok sedikit sahaja. Dengan kaki sakit lagi.

"Salahkan aku pulak? Kau yang terjatuh."

"Dengan aku-aku sekali kena heret. Habis muka aku yang handsome ni."

"Macam lah handsome sangat."

"Perasan." Nah, lah. Awak pulak timba air ni. Izz bagi mencedok air dekat Izhad.

"Handsome kan. Kalau tak?" Kau tak tengok muka aku banyak kali dari tadi.

"Mencebik Izz, malas dia nak lawan kata-kata dengan Izhad. Dah lah sejuk gila air telaga ni." Susah Izz nak mencedok air di perigi. Dengan kaki yang sakit. Merengek-rengek nada sedih. Dia tak biasa menimba. Tambah pulak nak seimbangkan badan setiap kali nak mencedok air. Mahu terjatuh juga, dia dalam telaga ni. Izhad perasan, bila melihat keadaan Izz. Terus menghulurkan bantuan.

"Awak duduk dekat bangku ni." Biar aku yang jirus. Dahlah sakit... Nanti bertambah sakit lagi. Muka ni juga nak kena hadap.

"Macamlah, awak kisah? Kalau saya sakit..."

"Argh!"

"Sejuk-sejuk..."

Menjerit Izz kesejukkan. Bila Izhad jirus air sejuk itu dekat Izz dengan sekali sembah. Saja nak bagi mulut Izz mengomel diam seketika.

"Diam pun." Tersenyum Izhad melihat Izz menjerit kesejukkan.

"Cabutlah tudung tu. Susah rambut nak kena air?"

"Nanti, orang nampaklah..." Jawab Izz, segan.

"Tak nampak..." Cuba awak tengok sekeliling.

"Dah, nak malam ni. Mana ada orang nampak?" Kita duduk dekat belakang kut. Rumah pun, jauh dari orang. Tak ada yang nampak pun. Kalau ada pun?

"Tuuu..." Muncung bibir Izhad. Menunjuk kearah, patung orang-orang dekat sawah.

Lega hati Izhad. Amarahnya pada Izz makin berkurangan.

Rambut Izz diusap lembut-lembut. Bila Izhad menjirus air. Izz memejamkan matanya menahan air yang sangat sejuk.

Sesudah mandi. Izhad menyuruh dia menunggu sekejap. Dia mengambil tuala dan beg dalam kereta.

Izz melihat je, kelakuan Izhad yang tiba-tiba aje baik dengan dirinya. Bila dia duduk sorang-sorang dekat luar. Timbul pula rasa takut dalam hatinya. Macam-macam, bunyi dia dengar.

"Hish, dia ni. Ambil tuala ke? Buat tuala. Lamanya." Mengeluh Izz sambil memeluk tubuh. Menggigil-gigil menahan sejuk.

"Ke, dia tinggal aku dekat sini sorang-orang?"

Bisik hatinya melihat sekeliling yang hampir gelap. Cantiknya, pemandangan waktu senja di kawasan sawah padi.

"Haah!" Sergah Izhad... Perlahan.

Terus Izz melatah secara tak sengaja. Terkejut punya pasal.

"Had!" Jerit Izz perlahan. Nada sedih.

"Janganlah sedih... Aku gurau je." Tersenyum Izhad. Melihat Izz yang sangat comel bila terkejut. Tak sangka Izhad. Pertama kali dia mandi sekali dengan Izz.

"Hish, nasib baik jauh. Kalau tidak, dah kena karate..."

"Nah, tuala." Izhad hulurkan tuala.

Berkelip-kelip matanya memandang.

"Ini tuala aku lah. Ambil lah... Aku malas nak buka beg awak. Takut terjumpa harta karun yang bukan-bukan."

"Dah, tu awak nak pakai tuala apa?"

"Nanti bagilah balik? Takkan awak nak simpan, buat harta karun." Perli Izhad.

Tanpa segan silu. Izz menyambut tuala daripada tangan Izhad. Terus mengelap muka. "Wanginya." Bisik hatinya. Baru Izz nak lap rambutnya.

Tualanya sudah beralih tangan. Untuk pertama kali seseorang membelai dan mengeringkan rambutnya.

Izz biarkan perbuatan Izhad. Terasa bahagia hatinya dengan layanan Izhad.

"Jomlah... Masuk." Dah senja ni. Saya tengok awak pun dah menggigil gila. Awak bersihkan diri dekat bilik air pulak. Beg baju awak dekat pintu dapur. Dah ambil baju. Tinggalkan beg dekat situ balik. Nanti saya bawa naik, beg awak dekat atas. Saya nak bersihkan diri dulu. Kata Izhad panjang lebar. Perhatiannya sudah kembali. Izz senyap je dan menurut. Kerana kesejukkan.

"Awak okay ni? Dengar tak? Saya cakap apa?"

"Dengar..." Jawab Izz lembut dan mengangguk laju.

"Boleh jalan ke tu? Nak saya pimpin sampai ke bilik air? Boleh kita mandi sekali lagi." Sakat Izhad tersenyum nakal.

"Tak payah, tongkatkan ada." Cepat-cepat Izz menjawab, kerana malu dengan usikan Izhad. Tiba-tiba terasa panas disekeliling mukanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience