"Gedebuk!" Terlepas beg luggage dari tangannya.
"Aduh! Sakitnya..." Terus matanya menjeling tajam. Dekat orang yang melanggarnya.
Izz tak sengaja terlanggar seseorang di hadapannya. Masing-masing, terlanggar sesama beg luggage. Walaupun tak kuat mana. Habis, beg luggage dia dan pemuda tadi terlepas dari tangan masing-masing. Izz, hampir terjatuh kerana badannya tidak seimbang. Lelaki dihadapannya relax bersahaja. Seperti tidak terjadi apa-apa.
"Sorry cik, saya tak sengaja!" Nada tak ikhlas. Kata pemuda dihadapannya sambil membetulkan baju. Mungkin takut ada kekotoran atau berkedut di bajunya. Walaupun hanya mengenakan seluar jean's, berbaju t-shirt, jaket gelap dan bercermin mata hitam. Menyelahkan lagi, kekacakkan pemuda itu.
"Patutlah, tak nampak? Pakai cermin mata hitam!" Gumam Izz lagi, nada perlahan. Tetapi masih dapat didengari pemuda tadi.
"Hish minah ni! Ingat aku tak dengar?"
Dengan pantas. Cepat-cepat Izz mengambil kembali beg dia dan beg luggage mamat tadi. Sudah tersasar jauh ke tempat lain.
"Wow... Sama laa pula. Macam berjanji je. Warna dan jenama. Jodoh aku ke ni?" Jauh fikirannya melayang.
"Nah, beg encik!"
"Hmm..." Jawab acuh tak acuh.
"Hmm je? Mana terima kasih?" Izz pandang muka tak puas hati. Tapi, mamat tadi. Buat tak tahu je. Terus berlalu pergi.
Izz tergaman. Melihat susuk badan pemuda tadi. Pergi tanpa berkata maaf atau terima kasih.
"Hish, mamat ni. Pergi macam tu je?" Izz bertambah berang.
"Aku harap kau bukan jodoh aku mangkuk!" Jerit batinnya.
Beberapa minit sekali. Izz akan menjeling jam di tangannya. Menunggu papanya menjemput di balai pelepasan. Mudah, kata papanya nak ambil.
"Hausnya..."
Dalam Izz sibuk membebel seorang diri. Matanya terpandang sesuatu yang aneh pada beg luggage dia.
"Sekejap?"
"Kenapa, beg aku ni nampak lain macam aje?"
"Nampak, macam baru lah?" Warna hitam dia. Tak nampak macam dah lama aku pakai pun?" Membebel Izz, sambil membelek-belek beg luggage.
"Barcode dan mangga love?"
Sambil mengaru-garu kepala yang tidak gatal. Tiba-tiba Izz terdiam seketika.
"Ahh, Sudah!"
"Ni, bukan beg aku!"
"Ishh! Mana pulak, beg aku ni? Bila masa beg aku tertukar?" Terus Izz jadi gelabah seperti cacing kepanasan.
"Dengan Mas tadi. Aku dah check, betul-betul beg aku. Betul dah. Aku ambil beg tadi." Mengeluh Izz sendiri nasib menimpanya.
Izz menarik nafas dalam dalam. Menghembus laju. Dia cuba ingat kembali. Bila masa beg dia tertukar?
"Alamak!"
"Mamat, tadi? Sama, beg lah!"
Perasaan Izz terus jadi tidak menentu hala. Resah dan gelisah.
"Alahai... Izz." Awat, hang ni. Cuai sangat ni. Terus keluar loghat utara. Satu kerja pula, nak pergi cari mamat poyo tadi. Tulah banyak sangat berangan.
Izz sudah berapa kali raut rambut ikal mayangnya, depan belakang. Kejap nak ikat. Kejap, dilepaskan rambutnya. Tidak tentu arah, Izz. Bila memikirkan masalah yang dia cipta sendiri.
"Apa, aku nak buat ni?" Mengumam Izz sambil matanya melilau mencari mamat tadi.
"Ahh! Baru aku teringat? Mamat tadi, berjalan menuju ke balai pelepasan kan?"
"Harap-harap betullah tekan aku?"
"Janganlah, kau masuk tempat menunggu lagi."
"Tunggu sekejap, aku datang!"
Berdesup. Izz berlari anak menuju ke balai pelepasan. Dijinjing beg luggage milik mamat tadi. Untuk memudahkan dia berlari.
"Huuu... Nasib baik beg kau ringan." Tak macam beg aku. Kalau tak? Jenuh juga aku nak jinjing sambil berlari."
Bedesup. Macam lipas kudung Izz berlari ke hulu hilir. Melihat sekelilingnya dan mencari pemilik yang mempunyai ciri-ciri yang dicari. Tapi, masih belum nampak batang hidung pemiliknya.
Tak silap. Mamat tadi mengenakan seluar jean's, berbaju t-shirt lengan panjang warna kelabu, berjacket gelap dan memakai cermin mata hitam. Izz tersenyum sendiri.
"Nasib baik aku sempat jeling mamat handsome tadi?" Menyempat lagi dia memuji.
"Mana dia ni? Batang hidung dia pun, aku tak nampak lagi?"
"Dah lah, ramai pulak orang hari ni."
"Mana dia ni?"
"Takkan, dah naik flight kut? "
"Aduh!" Haru biru dibuatnya nanti. Kalau dia dah naik flight!
Risau Izz dalam hatinya. Kalau mamat tadi, buka beg dia nanti. Sudalah, ada macam-macam khazanah. Dia main sumbat semua benda, selagi muat.
Izz tak putus asa, dia mencari sekitar sekeliling tempat pelepasan. Izz, tak nak buat aduan atas kesalahan dirinya sendiri. Nama mamat tu pun, dia tak tahu?
Tiba-tiba... Langkah kakinya terhenti sesuatu tempat.
"Coffee!"
"Lain yang di cari. Lain pula, dia jumpa?" Tanpa membuang waktu. Terus dia menuju laju ke kuanter. Dia tak ingat dah pasal begnya yang tertukar.
"Dik, coffee arabica ais satu."
Sambil menunggu order siap, Izz tak putus asa melihat sekelilingnya. Akhirnya, matanya terpandang seakan miliknya.
"Macam beg aku?"
"Mangga love?" Tersenyum bahagia.
Satu-satu kenangan yang Izz dapat masa dekat "Gunung Namsan korean." Terus dia menuju ke arah pemuda itu tanpa berfikir panjang. Izz memberanikan dirinya mendekati pemuda itu.
"Asalamuaikum..." Lembut tutur kata Izz berbicara. Dalam hati. Hanya allah SWT tahu. Betapa malu dan segan dia ketika itu.
"Waalaikumsalam." Pemuda tadi menyahut salamnya dan memandang kearah dirinya. Acuh tak acuh.
Tiada kata-kata yang keluar dari pemuda itu. Melainkan memandang dia seakan tak puas hati. Kerana telah menganggu dia bersama phone nya.
"Maaf, encik ingat saya lagi?"
"Hmm... Budak yang langgar aku tadi kan!"
"Ya, betul. Sayalah tu." Izz penuh bersemangat. Dalam hatinya menahan rasa malu.
"Hmm..."
"Iya, nak apa?" Soal pemuda tadi dengan nada dingin.
"Amboi!" Berlagaknya... Izz sabar Izz. Fikir pasal beg.
"Kalau nak ganti rugi pasal tadi. Maaf aku tak ada masa!"
"Nah ambil ni." Sekeping kad di tepi meja. "Boleh berbincang dengan my secretary."
"Hish... Dia ni... Betul-betul menguji kesabaran aku. Tahu laa tadi salah aku... Ada aku heran. Kau punya secretary!" Izz tarik nafas panjang. Izz cuba beranikan diri dan memulakan bicara.
"Maaf yek encik, saya nak bagi tahu?"
"Itu, beg saya." Izz menunjuk ke arah beg di sebelah pemuda tadi.
"Ini baru beg encik."
Berhati-hati Izz berkata-kata. Rasa serba salah, malu, segan semua ada. Tapi nak buat macam mana. Memang salah dia pun. Izz buang semua perasaan itu ketepi. Janji, begnya dia dapat kembali.
Terus berubah air muka pemuda tadi. Bertambah begis.
"Encik!"
"Encik dengar tak, saya cakap!"
Terus dia melihat beg disebelahnya. Macam, acuh tak acuh. Teragak-agak pemuda tadi melihat pula beg di sisi Izz. Sebelum pemuda itu, berkata. Cepat-cepat Izz bersuara.
"Encik, tengok betul-betul?"
"Tu, memang beg saya." Izz menunjuk kearah beg di sebelah pemuda tadi. Dan juga menunjuk beg di tangannya.
"Beg saya, ada mangga love dan ada tag nama saya. Tag code penerbangan saya pun, masih ada lagi. Cuba encik tengok, kalau tak percaya?" Kata Izz nada tegas dan berbicara panjang lebar. Geram dia melihat pemuda tadi. Dari awal, pemuda tadi. Tak nak berkerja sama dengan dirinya."
Geram Izz melihat reaksi muka tak puas hati pemuda di hadapannya itu.
"Takkan beg sendiri pun, tak kenal kut?" Mengumam Izz dalam hati. Tapi mukanya macam nak telan je mamat di depanya hidup-hidup. Mendidih darahnya, menahan geram dengan mamat depannya itu. Buat tak tahu sahaja dia ada kat situ, seolah-olah macam tak wujud aje.
"Macam mana aku boleh tak perasan, pulak ni? Nasib baik aku dah naik flight lagi."
"Leceh betullah minah ni!" Gumam dalam hatinya.
"Nah!" Tanpa bertolak ansur. Beg Izz di hulur kasar.
Izz menahan geram.
Baik aku hilang dari pandang mata dia cepat-cepat. Menyampah pula aku tengok dia ni. Berlagak semacam.
"Mintak Maaf yek, encik. Saya mintak diri dulu." Baru Izz nak bereda dari situ.
Tiba-tiba, dirinya dipanggil.
"Cik!"
"Sekejap!"
"Ya, saya?" Ada apa? Secara automatik dan tergamam. Dia menjawab dan memusingkan badan.
"Boleh cik, tolong ambilkan air coffee saya dekat kuanter?"
"Apa, dia?" Berkedut dahinya.
Berdesup darahnya naik memdadak. Izz cuba kawal emosinya membara. Sentap jiwa raganya. Bila ada yang cuba ambil kesempatan untuk membuli dirinya.
Tolong, ambilkan saya. 'Coffee.' Terus matanya memandang ke kuanter.
"Boleh tak?"
"Tadikan salah cik! Cukup baik hati, saya tak saman cik."
Tanpa banyak bicara. Terus dia ke kuanter dan pergi ambil coffee mamat tadi. Sambil menahan amarahnya membara."
"Geram betul, aku dengan mamat ni. Memang saja nak buli aku kan!"
"Tunggu!" Dalam hati Izz tersenyum bahagia.
"Dik, akak ambil sekali coffee ni. Bill akak, adik mintak dekat mamat handsome tu, yek. Tapi, tunggu akak keluar dulu.
Adik di hadapannya terpinga-pinga.
"Abang hemsem tu, nak bayarkan?"
"Sebab, akak dah pulangkan beg dia tadi. Tapi, sebab akak segan. Dan takut dia lupa. Adik tolong ingatkan abang hemsem tu."
Izz cuba menyakinkan muslihatnya.
"Nah, coffee encik..."
"Okay, bye... Saya minta diri dulu..."
"Apa- apa pun Terima kasih, yek encik." Kata Izz sambil tersenyum manis. Penuh makna.
"Bukan aku ke, yang patut cakap terima kasih?" Lantaklah, janji aku dapat kenakan dia tadi. Tulah, siapa suruh salah bagi beg lagi. "Rasakan."
Tiba-tiba, muncul adik comel tepi meja.
"Encik, ni bill nya?"
"Bill? Minum saya kan, dah bayar?"
"Ya, memang dah bayar. Tapi, akak tadi kata. Encik, belanja coffee dia?" Kata adik pelayan cafe.
"Apa!"
Terkejut dan tak terkata.
"Aku, nak kenakan dia. Boleh pulak, aku yang terkena balik. Patutlah, siap berterima kasih lagi." Mengumam Izhad perlahan. Tetapi, dapat didengari adik cafe tadi.
Tersenyum adik pelayan cafe, melihat abang handsome membebel seorang diri.
"Macam mana encik?"
"Siapa nak bayar?"
"Macam mana, lagi! Awak nak bayar?"
Sempat lagi Izhad menyakat adik cafe tadi. Sebelum dia hulurkan card kredit.
Share this novel