Bab 14

Romance Completed 27497

"Kenapa, kau setuju?" Soal Izhad, tengah menahan amarahnya meluak-luak dihati. Dia saja mengikuti Izz menuju ke dapur. Kerana Izz buat keputusan tanpa berbincang dengan dirinya.

"Saya setujulah. Awak senyap je..."

"Kau, ni kan? Ada saja jawapannya!"

"Aku nak tanya kau nie. Kau pandai masak tak?"

"Hmm..." Jawab Izz ragu-ragu sambil tersenyum. Membuatkan hati Izhad bertambah membara.

Baru Izhad nak berbalah lagi dengan Izz di dapur. Bicaranya terhenti. Bila terlihat bayangan seseorang muncul di antara mereka.

"Izz, mama panggil." Kata Izzani dengan lemah lembut.

Lega hati Izz. Bila abang Zani datang menyelamatkannya. Cepat-cepat dia membasuh pinggan di tangan dia. Sebelum bereda meninggalkan Izhad bersama abangnya. Izhad terpaku. Niatnya nak marah Izz terbantut.

Sepanjang perjalanan, Izhad tak berhenti-henti membebel seorang diri. Dia tak puas hati dengan tugasan yang diberikan mamanya 'Puan Sri Izlinda.'

"Kenapa aku mesti terlibat sama, memasak?"

"Kalau iya pun, mama nak menguji menantu dia? Pandai masak atau tidak? Kenapa mesti aku? Terlibat sama!" Bebel Izhad melepas amarahnya.

Izz ambil keputusan mendiamkan diri, membeku dan pekakkan telinga. Izz buat-buat tak dengar. Seperti Izhad tak wujud disebelahnya.

"Janganlah, dia ajak berperang dengan aku, semasa memasak." Dari target aku 1 jam setengah atau 2 jam memasak. Mahu, berjam-jam. Aku dekat dapur disebabkan dia. Harap-harap laki aku ni, tak buat hal lah? Gumam Izz hati. Sambil termenung jauh memandang jendela dari tadi.

"Izz, kau pandai masak tak?"

Tiada jawapan daripada Izz...

"Izz! Aku tanya ni. Kau, pandai masak tidak?"

Izz masih lagi membisu. Dia tengah asyik melayan perasaan. Memikirkan menu untuk di masak.

"Sya Izz Zulaika!"

Terkejut Izz. Terus dia memandang kearah Izhad. Yang masih fokus memandu. Tapi? Bibir milik Izhad? Fokus utuk membebel dekat dia dari tadi.

"Iya! Saya..."

"Awak dengar tak! Apa yang aku tanya tadi?"

Izz terpinga-pinga. Dia tak tahu nak jawab apa?

"Awak tanya apa tadi?"

"Awak pandai masak tak?"

Izz masih lagi tidak menjawab pertanyaan Izhad. Dia tak tahu nak jawab jujur atau pura-pura cakap tak pandai masak. Akhirnya...

"Dah lah! Pandai-pandai laa awak masak nanti. Kalau tak sedap jangan libatkan aku!"

"Hish, dia ni kan." Izz menghembus nafas panjang.

Izhad ada bagi cadangan. Beli lauk sudah siap dimasak? Lepas tu, Izhad menyuruh dia pura-pura memasak dan buat-buat sibuk dekat dapur.

"Hish, encik Izhad ni. Tak, dengar ke tadi? Apa mama dia, duk terpekik-pekik masa mereka nak masuk ke dalam perut kereta tadi."

"Had! Kamu jangan pandai-pandai pergi beli lauk sudah siap masak? Kalau tak? Siap, kamu dengan mama nanti!"

"Okay mama...," jawab Izhad buat-buat tak dengar.

"Okay mama. Tu...." Izz tak tahan nak gelak. Tapi, masih berani lagi nak buat.

"Hish, laki aku ni."

Comel pulak rupa laki aku ni. Bila dia tengah gelabah. Takut juga dia dengan mamanya. Macam pasrah aje. Membuatkan Izz tersenyum sendiri.

"Kau ni, dah kenapa?" Tersenyum-senyum. Aku tengah serabut ni. Boleh, kau tersenyum lagi!

"Saya senyum je..."

"Sudah! Jangan senyum!"

"Senyum pun salah?" Aku yang kena masak. Dia yang panas hati." Mengomel Izz sendiri.

Sebelum keluar dari rumah tadi. Sempat Puan Sri Izlinda bertanya kepada dirinya. "Izz, okay ke, memasak bersama Had?" Dia hanya mampu tersenyum. Sebelum mengangguk.

"Izz masak je, apa yang Izz tahu. Kitaorang makan je." Masak je simple-simple. Nanti, mama backup. Nak minta bantuan bibik Yam. Boleh je. Tanya saja pada dia. Senang hati Izz. Tapi, Izz tetap nak cuba tunjuk kebolehan dia. Walaupun masakan dia bukan sesedap chef atau mak-mak memasak. Izz tetap menyahut cabaran Puan Sri Izlinda.

"Nasib baik lah. Puan Sri Izlinda tak suruh dia masak menu, nasi arab cara Dubai. Itu baru betul-betul dia kecut perut." Izz tak rasa. Mak mentua dia ini. Nak kenakan, menantunya? Kalau Izhad tu? Memang nampak, sangat. Dia punya kecut perut.

"Kenapa laa, dia ni takut sangat? Bukan dia yang masak. Dia tolong je."

Tiba-tiba Izz teringat satu menu simple. Terus dia mencapai telefon dan mencari sesuatu di YouTube.

"Hey, what's up guys. So hari ini, kita nak buat. "Ayam tiram thai." Jom kita start... First, kita tumbuk 5 ulas bawang putih dan 6 biji cili. Lepas tu, masuk satu sudu sos tiram. 3 sudu sos ikan. 3 sudu gula, perah 3 hingga 4 biji limau nipis. Lepas tu masuk daun ketumba... A,ha itu jelah. "Sos ni, "Serius sedap. Wei..." Housemate aku, hari-hari makan benda ni. Ayam pula kita masukan...

Izz tak sedar. Gerak gerinya diperhatikan oleh Izhad.

"Awak buat apa tu?" Soal Izhad.

Terkejut Izz. Bila dijerkah tiba-tiba.

"Tengok video memasak lah. Takkan, tengok movie Korean kut?" Jawab Izz, selamba.

"Itu, aku tahulah!"

"Jangan cakap? Awak baru nak belajar memasak melalui youtube? Untuk menu lunch kita hari ini?"

"Hmm... "

"Iya, betul. Tekaan awak tu." Saya nak tengok, mana tahu ada menu yang mudah dan senang saya nak masak... Belum habis Izz berbicara...

"Habislah Had? Tamatlah hidup awak hari ini!" Terdengar suara hatinya.

"Masak aku!" Izhad melepas keluhannya. Sampai, di terdengari oleh Izz.

"Salah ke?" Kalau saya nak belajar memasak, melalui youtube? Semua orang belajar memasak melalui Mr. goggle je zaman sekarang nie.

"Masalahnya? Kalau jadi?"

"Kalau tak jadi? Tak sedap? Siapa nak makan?" Membebel Izhad nada kasar.

"Awak lah makan!"

"Bini, dah siap masak. Suami, wajib makan!" Jawab Izz, jawapan pedas dan selamba dekat Izhad.

"Tak sedap? Suruh aku yang makan."

"Memang, taklah!"

"Kau makan sendiri... Kau yang masak. Bukan aku?" Balas Izhad nada kasar lagi. Dia masih tak puas hati lagi dengan tugasan Puan Sri Izlinda.

"Hish, dia ni. Bukan bagi aku semangat." Nasib kau Izz...

Akhirnya kenderaan pacuan empat roda milik Izhad sudah sampai ke Mall tempat mereka nak membeli barang basah dan bahan kering.

Sebelum Izz melangkah keluar dari perut kereta?

Izz bersuara bertanya pada Izhad.

"Awak nak tunggu dalam kereta? Atau nak ikut sekali?"

"Aku ikut sekali. Nanti, entah apa-apa awak main beli. Bukan, boleh percaya sangat? Pandai ke tak? Beli barang dapur tu?" Balas Izhad, nada perli.

Terbeliak mata Izz memandang Izhad. "Amboi, dia ni. Dari tadi asyik pandang rendah dekat aku. Tak pe, kita tengok nanti..."

"Okay, bagus jugak awak ikut sekali. Awakkan bank saya." Sambung Izz nada geram sambil tersenyum-senyum dekat Izhad.

"Jangan harap..."

"Awak kan ada duit, bayarlah sendiri."

"Jomlah. Nanti kita lambat memasak pulak." Terus Izz menyambar tangan milik Izhad tanpa segan silu. Malas dia nak bertekak dengan Izhad. Lagi lama dia berperang mulut? Lagi lambat, dia beli barang dapur.

"Hish, apa ni? Main tarik-tarik?" Izhad melihat kiri kanan takut ada yang memandang. Tapi, kakinya tetap mengikuti langkah rentak kaki Izz.

Sebelum masuk, Izz dapat panggilan dari Puan Sri Izlinda. Puan Izlinda memesan membeli buah-buahan. Izz sempat jugalah bertanya dengan Puan Izlinda. "Apa kesukaan suaminya?" Tak sangka Izz. Menu dia nak masak lunch nanti, kesukaan dia juga. Izz bertanya lagi. Kalau ada ahli keluarga yang pantang apa-apa. Contoh, kalau ada alergi makanan atau ada yang tak suka makan pedas?

Puan Sri Izlinda hanya jawab. "Pantang jumpa aje." Tolak, batu dengan kayu sahaja. Lega hati Izz. Mudah sikit dia nak masak. Kalau ahli keluarga mentuanya tak kisah pasal makan.

Macam-macam Izz nak tanya lagi. Tapi, bila melihat Izhad kehulu kehilir. Macam cacing kepanasan. Siap menujuk. Kearah jam tangan miliknya. Maksudnya, dia kena berhenti bercakap. Izz pun, tak nak cakap lama-lama. Dia takut. Karang dia tak sempat nak mencari barang dapur. Cepat-cepat Izz putus talian dengan Puan Sri Izlinda dengan cara yang baik.

"Apa, yang awak cakap dengan mama lama-lama?" Membawang lah tu? Kata, nak cepat? Ke, awak jujur dengan mama. Awak tak pandai masak? Sindir Izhad lagi.

"Hish, dia ni. Dah lebih sepuluh kali doakan aku macam tu. Geramnya..." Mendidih jiwa raganya dengar sindiran Izhad. Lagi dan lagi.

"Nah!" Bawa troli ni... Dengan selamba Izz menyuruh Izhad dengan perasaan geram.

"Hish, awaklah bawa!" Izhad baru nak pass kembali dekat Izz. Terkejut Izhad. Dengan selamba, Izz memeluk lengan dia seperti pasangan kekasih. Terpaku Izhad seketika.

"Hmm... Baru diam..." Bisik hatinya. Tersenyum bahagia Izz dapat diamkan Izhad dari tadi asyik membebel macam mak-mak.

Izz, mengambil satu persatu barang dia nak masak. Sebab takut tak sempat, dia minta pertolongan Izhad.

"Awak, please..." Tolong, ambilkan saya... Halia dan sayur sawi pak choy. Izz bagi arahan.

Nak, tak nak. Izhad akur. Menurut perintah.

Sambil mengarukan kepalanya yang tidak gatal. Dia ambil plastik jernih dan masukkan sawi main agak-agak dan ambilkan plastik jernih lagi letakkan halia sesuka hati dia. Tanpa pergi timbang.

Izz sudah selesai ambil bahan nak buat 'ayam tiram thai.' Izz saja ambil bahagian kepak. Mudah dan cepat masak. Izz ambil pula, bahan-bahan nak masak ayam masak lemak cili api. Dia nak masak menu kesukaan Izhad dan kesukaan dia juga. Tadi, Puan Sri Izlinda ada bagi tahu. Nasib baiklah menu masak lemak cili api kepakaran dia. Maklumlah nasi jualan yang dia jual, kesukaan penghuni apartment. Sampai tak menang tangan dibuatnya. Tapi, memori memasak dan jualan nasi? Sangat jelas dalam ingatan Izz. Dia tak rasa kekok mencari barang-barang mentah. Izz merasa ini dunia dia. Mimpi yang dia dapat hari tu? Izz anggap mainan tidur sahaja.

Izz sudah listkan menu tengahari. Buat keluarga Izhad dan tetamu istimewa. Dia tak nak buat Izhad dan Puan Sri Izlinda kecewa.

Kepak ayam bakar sos ala Thailand,
Ayam masak lemak cili api,
Sawi pak choy soa tiram,
Ikan pelaling goreng,
Ulam-ulaman,
Sambal belacan dan,
Ikan masin bulu ayam.

"Okay cukup kut? Banyak- banyak menu? Jenuh aku berperang dekat dapur dengan encik suami nanti." Ini pun, kira banyak juga nak masak. Kalau dengan Mas, satu atau dua lauk sahaja.

Izz sudah ambil buah-buahan yang dipesan Puan Sri Izlinda. Sebaik sahaja Izz kembali ke troli. Izz membelek-belek barang yang di ambil oleh Izhad?

"Awak? Ni, apa?" Saja Izz bertanya. Padahal dia tahu semua bahan yang di ambil Izhad.

"Mana barang yang saya pesan?"

"Ini lah..." Sambil menunjukkan pada Izz dengan penuh yakin.

"Awak... Ini, bukan halia?"

"Ini, lengkuas."

"Ini pulak, bukan sawi yang saya nak?"

"Sawi dah betul. Tapi, sawi yang saya nak tu? Sawi kecik-kecik dan comel. Macam saya...

"Hish perasan comel..." Izhad buat muka sinis.

"Sikitnya awak ambil sawi? Tapi, ambil lengkuas? Macam nak buat kenduri." Perli Izz. Buat Izhad sentap dan terdiam.

"Lain kali, ambil sendiri!" Balas Izhad.

Tanpa membuang masa, Izz terus pergi ke bahagian halia dan sawi.

"Tulah, siapa suruh aku pergi ambil!"

Izhad bukan tak baca dekat papan tanda tadi. Mungkin dia keliru. Bila dia patah balik ambil plastik tadi. Terus terlupa, nama apa bahan yang Izz bagi tahu tadi.

Dia ada juga bertanya pada awek-awek remaja tadi. Yang asyik berbisik-bisik sambil memandang kearahnya. Tapi, sayang. Tak tahu bahan mentah. Tak pasal-pasal, dia kena perli dengan Izz.

Izhad tak sangka. Izz cekap juga dan tahu apa dia nak beli. "Mungkin dia pandai masak?" Tekaan Izhad. Tapi, dia masih ragu-ragu. Kalau Izz boleh memasak?

"Okay, semua barang dah ada. Awak nak tambah apa-apa lagi. Menu pencuci mulut? Menu yang awak pandai buat?" Tanya Izz.

"Dah! Tak payah. Awak dah beli buahkan..." Kita makan buah je lah. Pencuci mulut juga kan...

"Hmm... Okay."

"Nak kata aku tak pandai buat lah tu?"

"Saya tak cakap apa pun..."

"Awak tu, beli barang banyak-banyak? Tahu masak ke?" Perli Izhad lagi.

"Hish, dia ni kan." Suka buat aku panas hati aje. Dari tadi.

"Awak ni kan...." Terus Izz tolak troli ke tempat lain. Stress dia dengan Izhad, dari tadi asyik bertanya soalan yang sama.

Sambil menolak troli. Dia menoleh ke belakang. Kut-kut Izhad mengikuti langkahnya. "Nampak gayanya aku lah kena bayar ni." Dia ada je duit. Duit yang Izhad bagi tiap-tiap bulan pun tak luak lagi. Tapi.... Dia nak juga merasa shopping pakai duit encik suami.

Baru dia nak melangkah ke arah ke kuanter. Izz teringat sesuatu yang sudah lama dia mencari. Setiap kali dia niat nak beli je. Pasti kehabisan stok.

Bila dia melihat jam masih ada masa lagi. Izz terus pergi ke ruang keropok makanan ringan. Matanya melilau melihat kelilingnya. Akhirnya dia jumpa juga. Apa yang di cari. Tapi hanya tinggal satu sahaja. Terpancar sinar kebahagian diwajahnya.

"Alamak tinggi lah pula." Sambil melihat kiri kanan. Kalau-kalau ada yang lalu. Dia nak minta bantuan. Nak harap Izhad? Entah ke mana dia menghilang.

Disebabkan ketinggian dia tak cukup nak capai. Izz cuba menjengket kakinya. Baru sahaja dia nak capai dan nak ambil? Tiba-tiba, keropok 'Super Ring' dia dirembat pelanggan lain.

"Encik, ini saya punyalah. Saya jumpa dulu." Kata Izz nada tegas. Dia tak perasan. Siapa yang cuba cari pasal dengan dirinya.

"Siapa cepat dia dapat!"

Kedengaran suara tidak asing baginya.

"Had?" Terima kasih awak... Kata Izz tersenyum bahagia.

"Siapa ambil untuk awak! Ini aku punya! Siapa cepat? Dia dapat!"

"Awak!"

"Please... Saya teringin nak makan." Izz merayu saja buat nada sedih... Tapi, dia memang nak sangat. Berharap Izhad bagi keropok itu kepada dia.

"Tak nak!" Balas Izhad dengan puas hati dapat kenakan Izz.

Geram punya pasal dengan Izhad, Izz terus tolak troli dekat Izhad dengan kasar.

"Nah! Ambil ni, pergi bayar." Terus Izz tinggalkan Izhad, bersama troli dan barang-barang lain. Kerana geram dengan sikap Izhad.

Terkedu Izhad, bila memandang wajah Izz. Masam cuka. Merajuk disebabkan 'Super ring."
Tersenyum Izhad, bila melihat Izz boleh merajuk hati hanya kerana "super ring." Berdekah-dekah dia ketawa dalam hatinya.

"Izz!"

"Izz..."

"Biasa susah kau nak sentap. Selalu melawan je. Pasal benda ni, kau boleh merajuk."

"Hish... Tak boleh jadi ni. Tiba-tiba, dia tak nak memasak dengan aku. Habis aku! Bernanah telinga aku kena marah dan membebel dengan mama papa nanti.

"Lagipun?"

"Aku bukan pandai masak!" Keluh Izhad.

"Hish dia nie..., itu pun nak merajuk!"

Tapi,

"Macam mana, kalau betul-betul dia merajuk dan tak nak memasak? Ada kerisauan di hatinya.

"Padan dengan muka kau! Suka cari pasal lagi..." Gumam dia sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience