Izhad baru siap mandi. Dia keluar dari bilik hanya memakai baju singlet hitam dan berseluar boxer.
"Sayang ke tu?" Jom makan. Abang ada beli satay tadi? Kata Izhad bila terdengar bunyi pintu ditutup.
Sambil mengelap rambut yang basah dengan tuala. Izhad terkejut tak terkata. Di dalam rumahnya bukan Izz tapi "Qistina." Dengan pintu tertutup rapat dan berkunci.
"Qis?"
"You buat apa dalam rumah I? Baik you keluar sekarang!" Jerit Izhad. Dia tak nak Izz salah faham."
"Kenapa, dengan you Had? Sebab Izz laa kita berpisah!"
"Silap I, bagi dia peluang. Untuk memiliki you. Apa, Izz dah cuba hasut you Had?" Balas Qistina perasaan amarahnya tadi cuba dikawal. Bila dia teringat perbualan Izhad dekat lif. Buat hatinya bertambah membara dan sakit hati.
"Keluar!"
"Sampai hati you halau I."
"Apa istimewanya dia dari I. You, boleh sukakan dia."
Tetapi Izhad tak peduli kata-kata Qistina. Izhad nekad menghalau Qistina keluar daripada rumahnya. Sebentar lagi Izz akan naik. Izhad takut, isterinya salah faham dan kecewa dengan dirinya. Dia tak nak kehilangan Izz. Dia baru nak bahagia bersama insan yang dia cintai. Baru sahaja Izhad nak halau Qistina keluar. Tiba-tiba ada yang bagi salam didepan pintu rumahnya.
Tok! Tok! Tok...
"Assalamualaikum..."
Bila pintu dibuka... Terkejut Izhad tak terkata. Sekumpulan jemaah surau datang ke rumahnya.
"Maaf encik, kami dapat aduan daripada hamba allah. Rumah ini ada kes khalwat."
"Izhad memandang wajah Qistina dengan pandangan yang tajam. Nafasnya turun naik menahan marah."
"Apa semua ni, Qis? You, perangkap I!"
Marah Izhad dan geram dengan tindakkan Qistina. Bila Qistina cuba perangkap dia dengan cara kotor. Izhad jadi takut, sekejap lagi Izz akan sampai. Mesti dia kecewa sangat. Kalau Izz dapat tahu, dia dan Qistina tertangkap basah. Dia baru nak berbaik dengan Izz. Dan baru, nak dapat kepercayaan Izz. Tetapi lain pulak yang terjadi. Semua disebabkan Qistina.
"Memang aku tak salah, memiliki Izz. Jadi suri hidup aku selama ini. Kau memang dah melampau Qis!"
"Betul apa kata Safran. Qistina memang ada niat tak baik antara dia dengan Izz. Itu yang di bincangkannya dengan Safran tadi."
Tapi, nasi sudah jadi bubur. Dia sudah tertangkap basah dengan Qistina. Apa akan terjadi, kalau Izz benci dia dan tak percaya kata-kata dia. Dia tak sanggup berpisah dan kehilangan Izz lagi. Apa yang harus dia lakukan. Izz mungkin akan pergi jauh dari hidupnya. Dia tak sanggup menanggung rindu berpisah dengan Izz.
"Encik, saya kena fitnah ni." Saya tak salah. Saya tunggu isteri saya balik. Sebab itu saya tak kunci pintu. Ujar Izhad cuba membela diri.
"Mana, isteri encik?" Soal salah seorang penghuni apartment yang ikut sekali dalam jemaah surau.
Teragak-agak Izhad nak bagi tahu. Dia pun pelik. Kenapa lama sangat Izz. Tak sampai-sampai lagi. Takkan Izz nak kenakan dia dengan Qistina pulak? Izhad tiba-tiba bersikap prasangka dengan Izz.
Qistina buat muka, selamba dan tiada perasaan serba salah pun dengan tindakkan dia lakukan. Wajahnya saja dibuat-buat sedih seperti teraniaya.
"Encik dan Cik, sila ikut kami. Kita berbincang di pejabat agama. Kata salah seorang jemaah surau juga penghuni apartment itu."
"Tapi, saya tak bersalah encik. Saya kena fitnah!" Kata Izhad lagi, masih tak puas hati.
"Qis, baik you bagi tahu perkara sebenarnya. Kenapa you buat I macam ni!"
Qistina hanya diamkan diri. Dia saja meletakkan semua kesalahan pada Izhad. Sebagai tanggungjawab. Qis tak sabar nak melihat wajah Izz yang terkejut dan kecewa. Seperti mana, dia pernah tengok Izz patah hati dan kecewa sebelum ini dengan Mikael. Semuanya hasil rancang dia. Tapi itu, belum cukup puas bagi dirinya. Untuk melihat Izz merana dan sengsara.
"Abang?"
"Apa, yang bising-bising ni? Ada orang datang ke? Atau abang tengok movie?" Kata Izz selamba. Sambil mengelap tangannya dengan tisu dan tak melihat lagi. Apa yang sedang berlaku?
Tiba-tiba terdengar suara Izz keluar dari bilik air.
Baru sahaja Izhad dan Qistina nak melangkah keluar mengikuti para jemaah surau ke jabatan agama.
"Tiba-tiba..." Izz muncul membuatkan semua orang berada disitu menjadi tanda tanya dan terkejut.
Izz tadi berada dalam bilik air, perutnya meragam tiba-tiba. Lepas keluar lif dia berlari-lari anak masuk ke dalam rumah Izhad. Perut dia tiba-tiba memulas-mulas. Terus dia terburu-buru menuju ke bilik air. Izz sempat menutup pintu dan grill sahaja. Izz terlupa nak kunci. Kerana tak tahan nak melepas boom... Selesai sudah hajatnya. Kedengaran kekecohan di ruang tamu. Dia ingat ada orang datang atau Izhad buat kejutan buat dia.
"Sayang, ada dalam rumah?" Kata Izhad. Terkejut Izhad. Bila Izz keluar dari lorong bilik. Semua yang berada disitu juga turut terkejut.
Lepas Izhad menegur Izz, baru dia mendongakkan kepalanya memandang kearah Izhad dan sekeliling. Giliran Izz pulak yang terkejut. Tiba-tiba rumah suaminya, didatangi ramai orang termasuk Qistina. Izhad terus melulu menuju ke arah Izz dan mendakap Izz dalam pelukannya. Dia rasa bersyukur sangat. Tak terkata. Disebabkan Izz rasa malu, diperlakukan didepan ramai orang. Izz meleraikan pelukan Izhad. Tapi, Izhad menarik kembali Izz dalam pelukan disis Izhad.
"Abang kenapa ni?" Berkerut dahi.
"Sayang dari mana?" Izhad tak tahu nak tanya apa. Risau Izz salah faham.
"Sayang dari bilik air. Sakit perut. Terus sayang melulu ke bilik air? Kenapa ni, abang? Meriahnya rumah kita. Abang buat kejutan, nak buat kenduri doa selamat ke?" Kata Izz masih lagi terpinga-pinga apa yang terjadi.
Izhad tak tahu, nak tergelak ke? Atau menangis dengan pertanyaan Izz. Tapi, dia bersyukur sangat. Dia bukan berdua dengan Qistina.
Semasa Izhad membuatkan panggilan dengan Izz. Qistina dah dengar semuanya di sebalik tiang. Qistina mengikuti Izhad sampai ke tingkat atas. Sempat dia melihat Izhad masuk di dalam rumah. Tapi, Qistina terlepas pandang. Bila Izz masuk ke dalam rumah Izhad, Qistina tengah telefon jabatan agama.
"Dah, kenapa? Minah celup ni ada sekali? Dengan penghuni apartment pun turut hadir. Apa yang sebenarnya terjadi?" Bisik hatinya.
"Cik Izz, buat apa dekat sini,?" tanya salah sorang daripada jemaah yang mengenali dirinya.
Tersimpul malu Izz nak menjawab. Tanpa dia bercerita panjang lebar. Nanti menambahkan kekeliruan. Izz bertindak mengambil beg duitnya mengeluarkan kad nikah dia dan Izhad. Kad nikah yang sentiasa dia bawa di mana sahaja.
Bila Izhad melihat Izz berbuat demikian. Izhad juga mengeluarkan kad nikah dia untuk mengukuhkan lagi bukti.
Macam ni, puan Izz. Kami dapat panggilan dari jabatan agama. Mereka menyatakan dalam bangunan ini ada kes khalwat.
"Khalwat!"
Terkejut Izz. Tapi, dia cuba berlagak tenang. Terus memandang tajam kearah mata Izhad dan juga Qistina.
Izhad terus mencapai kedua belah tangan isterinya digenggam lembut. Sambil memandang ke arah mata Izz.
"Sayang, please... Abang kena fitnah! Abang tak buat. Abang tak akan menduakan isteri abang. Abang tak tahu, macam mana dia boleh masuk ke dalam rumah kita. Abang baru keluar dari bilik. Abang ingatkan sayang. Rupa-rupanya Qistina. Lepas itu, abang nak halau dia. Takut sayang salah faham. Tahu-tahu, ada orang bagi salam. Kata abang berkhalwat dengan dia." Panjang lebar Izhad terang pada Izz. Izhad takut sangat Izz salah faham.
Izz masih lagi terfikir dan mendiamkan diri. Tak menyoal langsung Izhad atau maki hamun Qistina. Dia hanya mendengar penjelasan daripada Izhad sambil berfikir.
Dia sudah agak. Ada tak kena dengan Qistina ni. Sejak dia muncul di rumah Zulfadli dan Syahkila. Ini membuatkan Izz, bertambah geram.
"Hari tu, dia fitnahkan aku. Ini, dia nak main cara kotor. Nak fitnah laki aku pulak."
Pandainya minah ni berlakon. "Hish, nasib baik ada orang. Kalau tak? Dah lama aku cili-cili kan kau Qistina. Memang saja kau nak cari pasal dengan aku kan." Geram hatinya. Izz cuba bersabar daripada membuat kecoh. Sudah lah penghuni apartment ini, kenal siapa dia.
"Maaf yek, semua. Saya rasa cik ni datang nak ucapkan selamat pengantin baru pada kami yang dah lama kahwin. Pintu dan girll saya terlupa kunci akibat saya sakit perut dan terus ke tandas. Mungkin dia bagi salam kitaorang tak dengar kut. Itu yang dia terjah masuk macam rumah sendiri."
"Maaf yek, encik semua. Dia ni ada masalah mental sikit. Tak boleh terima kenyataan kitaorang dah kahwin." Nada Izz sedikit perlahan. Bila dia mengutuk Qistina ada masalah mental. Tapi, dapat didengari Qistina. Menggelegak darah Qistina. Bila Izz berkatanya begitu. Tapi, Qistina masih mengawal emosinya. Supaya orang lain nampak, dia tidak bersalah.
"Puan Izz, kenal siapa cik ni?"
"Kenal sangat... Dia ni ex girlfriend suami saya. Mungkin dia meroyan kut. Sebab suami saya, kahwin dengan saya bukan dengan dia. Maaf yek, encik semua. Kalau ada salah faham dekat disini." Izz tak sanggup nak mengaku Qistina ada kena mengena dengan dirinya.
Jadi?
"Macam mana, encik?" Saya ada sekali dalam rumah ni? Ini dikira khalwat jugak ke? Kata Izz. Izhad hanya memerhati apa yang di lakukan oleh Izz. Qistina pulak tak tahu nak balas apa. Nak meroyan salah tempat.
"Hmm..." Semua terdiam dan masing-masing berbincang sesama sendiri.
Dengan kata sepakat mereka memutuskan tidak memanjangkan isu khalwat lagi. Mereka menganggap, mungkin ada orang salah bagi information.
"Maafkan kami puan Izz dan suami. Kami hanya jalankan tugas." Kata salah seorang yang mengenali Izz.
Semua jemaah surau melangkah untuk beransur pulang. Qistina masih lagi tercegat di dalam rumahnya.
"Encik, encik... Tunggu jap."
"Encik, boleh tolong tak?"
"Tolong apa, puan Izz?" Jawab salah seseorang yang mengenali Izz Zulaika.
"Encik boleh tolong tunjukan cik ni, jalan keluar? Saya takut, dia salah pergi rumah orang lain pulak. Saya pun tak pasti, macam mana dia boleh masuk ke dalam apartment ni. Macam tahu-tahu aje, pintu rumah saya tidak berkunci. Saya takut dia salah masuk rumah orang lain pula. Encik tolong bagi tahu sekali dekat pegawai keselamatan. Kalau nampak muka je cik ini lagi. Jangan bagi dia masuk. "
"Bahaya!"
"Saya dan suami. Minta maaf yek, semua. Kalau kami sudah menyusahkan encik-encik semua." Terima kasih... Kata Izz lembut dan terus menutup pintu rumah. Terus dikunci pintu dan girll serapat mungkin.
Sebaik pintu sudah ditutup dan dikunci rapat. Izhad terus merangkul pinggang Izz dalam dakapannya.
"Apa ni? Kemasnya abang peluk sayang.
"Lemaslah..."
"Denda!" Nada merajuk...
"Kenapa?" kata Izz nada manja terpinga-pinga.
"Kan, abang dah bagi tahu. Kunci pintu. Ke, saja sayang nak bagi abang madu?"
"Gatal, nak bini no 2 ke?" perli Izz.
"Siapa suruh tak kunci pintu?"
"Sorry..."
"Nasib baik tau, sayang ada dalam rumah. Kalau tidak. Kahwin free abang tadi." Sakat Izz. Sebenarnya dia juga turut terkejut tadi. Macam-macam dia fikir. Kalau lah dia tak ada dalam rumah ni. Mesti suaminya dan Qistina...?
"Amboi-amboi..."
"Nak bermadu ke?" Suka ke? Kalau abang kahwin lagi? Pinggang Izz masih dipelukan erat.
Laju Izz geleng kepala.
"Tahu pun, tak nak?"
"Please, jangan buat lagi. Abang betul-betul terkejut tadi. Abang risau sangat, takut sayang salah faham. Lepastu tinggalkan abang. Abang takut, sayang tak percaya pada abang." Kata Izhad nada sayu.
"Sorry..." Izz membalas dengan senyuman.
"Senyum pulak dia?"
"Mestilah senyum, takkan sayang nak menangis pulak. Sayang tak macam abang, cepat sentap." Kata Izz diselangi dengan gelak manja.
"Amboi, kenakan abang lagi. Nak kena ni." Izhad tarik Izz dengan lebih rapat kedadanya. Izz sudah melengkungkan badannya kebelakang dari terus rapat kedada bidang miliknya.
"Sorry... Sayang mintak maaf. Salah sayang. Sayang janji tak buat lagi." Pujuk Izz merayu manja.
"Terima kasih sayang. Abang risau sangat. Kalau sayang tak percayakan abang."
"Sayang sentiasa, percaya abang. Kalau abang pun, sentiasa percaya kejujuran sayang."
"Lepaslah... Sayang nak ke tandas balik ni." Izz mencari alasan nak lepas pelukan Izhad. Seluruh badannya terasa seram sejuk. Sudah lah dia berdua aje. Berdenyut-denyut kencang jantung miliknya. Bila Izhad menatap dirinya macam nak telan.
"Tak nak!" Jawab Izhad dengan senyuman nakal.
"Abang tak nak lepaskan sayang. Sajakan, nak lari daripada abang lah tu. Buat alasan nak ke tandas."
"Betul, sayang tak tipu..." Balas Izz dengan gugup. Siap angkat ikrar.
"Jom kita makan."
"Sayang masak tadi. Hmm... Sedapnya bau satay. Abang beli ke?" Izz cuba tukar topik lagi.
"Abang tak nak makan. Abang nak sayang..." Tudung Izz di cabut kasar oleh Izhad. Terurai ikatan rambutnya. Mengeluarkan aroma yang pernah membuatkan dia tergoda jiwa dan raga.
"Wanginya sayang..." Abang rindu, aroma dari rambut sayang ni.
Izhad mencium bau aroma wangi pada rambut dan tubuh badan Izz. Aroma daripada shampoo rambut dan sabun badan mengusik jiwanya.
Pipinya merona merah bersimpul malu. Denyutan jantungnya berdetak dengan laju. Tak terkata Izz bila dia berada dalam pelukan kemas Izhad. Menggigil Izz bila terdengar bisikan halus ditelinganya. Di larikan sedikit badannya. Bila terdengar kata-kata Izhad yang menggoda. Perasaannya tak tentu hala. Bila Izhad mencium lembut diseluruh mukanya. Akhir sekali, bibirnya pulak menjadi mangsa. Terasa hangat dengan sentuh Izhad berikan.
Terus Izhad mencempung Izz di bawa ke bilik mereka. Meronta-ronta Izz cuba melepaskan diri. Izz berdebar-debar kencang. Dia dapat agak apa yang akan terjadi selepas ini.
"Abang nanti basilah makanan tu."
"Tak pe. Nanti kita beli lagi. Abang nak sayang malam ni. Hanya kita berdua. Sebagai denda untuk sayang."
"Tapi..." Baru Izz nak teruskan kata-katanya. Bibir seksi milik Izhad sudah mendarat lembut dibibirnya. Tahu-tahu, dia sudah terbaring atas katil.
"Jom... "
"Kita buat anak..." Berbisik Izhad nada menggoda, membuat Izz bertambah malu dan berdenyut kencang jiwa raganya yang tak tentu hala. Malam itu menjadi saksi, malam cinta pertama mereka. Untuk pertama kali mereka bersama. Kenangan terindah buat Izz dan Izhad. Bermadu asrama.
Walaupun hampir saja. Rumahtangga mereka goyang ditiup angin. Alhamdulilah masih berdiri kukuh.
.
.
.
"Hoi! Minah! Dari tadi asyik tersenyum-senyum dah kenapa?"
"Kau ni, kacau betullah. Baru nak berangan."
"Kau, kalau nak masak. Jangan berangan boleh tak! Aku takut, lari semua rasa, masak lemak cili api kau ni. Nak masak lemak cili api guna santan? Tapi, sebab kau berangan? Susu aku dalam peti ais ni jadi santan."
"Hish, kau ni. Kesitu pulak?" Tapi, sedap juga. Kata Izz. Bersahaja. Tangannya tangkas melakukan kerja memotong.
"Aku, tahulah kau tengah bahagia. Tapi, kenapa dapur aku pulak jadi mangsa? Kenapa kau tak masak je, dekat sana?"
"Kau ni, itu pun nak berkira. Tak bestlah... Aku dah biasa masak dekat sini. Lagi pun sepupu dia datang ajak main PS5 Games. Dia halau aku pergi rumah kau."
"Beruntungkan BBF duduk dekat. Tapi, aku tak puas hati! Macam mana Safran tahu nombor phone aku?"
"Opss..."
"Sorry."
"Aku bagi tahu."
"Kau rupanya... Stress aku dengan dia tau... Lain kali tanya lah aku dulu. Taklah aku fikir, mamat gila mana, yang call aku ajak keluar dating tiba-tiba."
"Di merayu-rayu dekat Had. Aku apa lagi. Cairlah, bila laki aku buat ayat menggoda."
"Kau, ni kan... Aku gigit baru tahu."
"Kenapa kau marah sangat. Handsome apa? Safran tu. Tapi, tak boleh lawan. Handsome lagi suami aku."
"Dah, lah. Malas aku nak cerita pasal mamat poyo tu."
"Cerita lah?" Kenapa kau marah sangat dengan Safran? Handsome apa? Dah lah kaya. Masih single lagi?"
"Entahlah. Dia ni, poyo sangat. Romantik terlebih. Nak muntah aku di buatnya." Membebel Mas bila teringat ayat menggoda Safran.
Izz hanya tergelak bila mendengar Mastura membebel pasal Safran.
.
.
.
Teringat Qistina kembali. Kenangan pahit dalam hidupnya. Terakhir kali perbualan dia dan mamanya. Sebelum mamanya menghembuskan nafas terakhir dan meninggalkan dirinya. Suatu dulu kala. Dia pernah bahagia. Bila umurnya 8 tahun. Semuanya berubah. Sehinggalah hari ini, dia masih membenci. Keluarga kandungannya sendiri. Paling dia benci 'Izz Zulaika.' Sepatutnya itu namanya.
"Qis, mama sayang Qis. Qis jangan salahkan papa. Papa tertekan tu. Sebab syarikat papa ada masalah. Hutang keliling pinggang. Qis, jangan terasa hati dengan apa papa cakapkan tu. Dia sayang Qis."
"Sayang?" Qis tak rasa? Papa sayangkan Qis! Papa cakap, kembalinya Qis pada papa mama tak sepatutnya terjadi. "Papa cakap Qis anak sial." Izz yang baru seminggu bersama mama papa tu. Disanjung dan ditatang bagai minyak yang penuh. "Tapi, Qis? Papa cakap pembawa masalah. Pembawa sial dalam keluarga."
"Qis, benci papa..."
Kata-kata terakhir antara Qistina dengan Shahkaila. Sebelum mamanya menghembuskan nafas terakhir disebabkan penyakit kanser.
Qistina sangat-sangat membenci Izz. Dia merasa, Izz lah punca hidupnya hancur. Kembalinya dia dan Izz kepada keluarga masing-masing. Membuatkan Qistina membenci keluarganya sendiri. Sepatutnya dia kekal bersama Syahkila ibu susuannya. Dia merasa tak adil bagi dirinya. Hidup bersama keluarga kandungannya. Tidak dihargai. Tapi, Izz bahagia di samping keluarga tercinta.
Kembalinya dia kepada mama papa kandungan. Membuatkan papanya menganggap dia pembawa sial dalam keluarga. Satu, persatu kejadian menimpa keluarga dia.
"Keluarganya jatuh bankrap. Mamanya jatuh sakit dan meninggal dunia pada usia dia 20 tahun. Papanya jadi gila disebabkan tekanan perasaan. Selepas kehilangan isteri tercinta dan harta benda. Qistina menjadi mangsa keadaan. Dia dilahirkan dalam keluarga senang. Tapi, akhirnya semua yang dia miliki hilang sekelip mata. Dari situ dia amat membenci Izz dan berdendam dengan Izz. Berniat untuk merampas, semua kebahagian Izz."
Di hospital itu jugalah dia bertemu lagi ibu susuannya. Terkejut Puan Syahkila kehilangan Shahkaila. Sampai pengsan dan di masukkan ke wad kecemasan.
Dan bermula episode, membalas dendamnya.
.
.
.
Disuatu tempat yang sunyi dan tiada yang melihat. Hanya dia dan Mikael sahaja. Dia tahu. Mikael masih mencintai Izz. Inilah peluang dia. Untuk membuat Izz merana. Bencinya dia pada Izz, dilubuk hatinya meluak-luak.
"I Qistina. Ex girlfriend suami Izz."
"Ada tujuan apa you jumpa I?"
" I nak buat kata sepakat dan perhitungan."
"Maksud you?"
"I tahu, you masih cintakan Izz lagikan."
"I nak you rampas balik Izz. Buat mereka berpisah."
"Setuju!"
Mikael hanya mendengar dan terfikir permintaan Qistina.
Lepas je Qistina capai tujuan dia. Terus Qistina berlalu pergi dengan senyuman sinis. Tujuan dia sebenarnya bukan sahaja nak buat Izz patah hati. Tapi... Dia nak musnahkan hidup Izz adalah matlamat dia. Selepas melangkah pergi. Berdekah-dekah dia ketawa bagai orang gila.
Mikael tak sedar lagi. Orang yang menjadi dalang menghancurkan hubungan dia dan Izz. Adalah 'Qistina.'
Share this novel