Tepat pukul 5.00 pagi. Izz terbangun dan melangkah keluar menuju ke dapur. Tekaknya terasa haus. Dia terlupa nak tutupkan aircond. Terasa kering anak tekaknya. Selepas lega membasahi kerongkong. Izz melangkah menuju ke bilik tidur semula. Tetapi, niat dia terbantut. Izz melangkah perlahan-lahan mendekati Izhad. Dia menarik comforter supaya Izhad tidak kesejukkan.
Niat hati nak tarik comforter sahaja. Tergerak hati Izz untuk melihat wajah suaminya ketika tidur. Dia melabuhkan punggungnya duduk di lantai mozek. Mendagu kedua tangannya disisi sofa. Sambil memandang suaminya. Sesekali bibirnya mengukirkan senyuman. Bila melihat kening Izhad berkerut-kerut. Terkena sentuhan jari jemarinya.
Terlintas difikiran Izz. Bila dia teringat kejadian di mall.
"Seksinya bibir dia." Tersenyum-senyum Izz menatap bibir seksi milik Izhad.
Tak sangka Izz. Bibir seksi inilah. Sudah bersatu dengan bibirnya. Nak je, Izz cium lagi bibir milik Izhad. Tapi, Izz batalkan niatnya. Izz tak nak ambil kesempatan. Ataupun, selalu dia yang mulakannya dulu.
Izz beranikan diri lagi. Melihat wajah Izhad dengan lebih dekat. Wajah yang sukar dia lupakan akhir-akhir ini. Wajah ini, yang sentiasa buat jantung hatinya berdenyut kencang. Wajah yang selalu dingin dan suka membulinya. Wajah handsome yang membuat dia nak berbalah, minta perhatian. Wajah ini juga, membuat dia menangis bila dijerkah. Dan wajah ini juga membuat batinnya tersiksa selama dua minggu. Tetapi Izz tak kisah semua itu. Dia nekad nak buat. Banyak kenangan indah bersama Izhad. Sebelum hubungan mereka berakhir.
Tengah syok jari jemarinya galak bermain kening si jejaka tampan. Tanpa Izz sedar. Izhad sudah terjaga. Matanya dibuka sikit demi sikit. Bila terdengar gelakkan ketawa perlahan Izz.
"Amboi-amboi. Sukanya dia main kening aku."
"Tunggu jap, aku pula beraksi."
Terus mata Izhad terbuka luas. Terkejut Izz, bila melihat Izhad sudah terjaga. Terkaku Izz seketika. Kelam kabut Izz. Berdiri untuk bangun.
Izhad apa lagi. Terus menangkap pergelangan tangan Izz. Membuatkan badan Izz tak seimbang, dan terus terjatuh dalam pelukkan Izhad. Izz cuba untuk bangun. Tapi, tubuh badannya sudah dipusingkan oleh Izhad. Supaya dia mengadap tepat ke arah muka Izhad. Kepala Izz sudah bersandar ke bidang dada milik Izhad yang hanya memakai baju singlet sahaja. Secara tak sengaja, tangan dia tersentuh bidang dada dan tangan otot-otot milik Izhad. Betul-betul, buat Izz tergoda. Merasa lagi dia dalam pelukan Izhad.
"Wow... Berketul-ketullah." Bisik hatinya yang nakal. Sebelum ini, dia buat-buat tak perasan pun body milik Izhad. Hari ini, betul-betul. Buat dia cair dan tergoda. Bila, ingatan Izz kembali normal. Cepat-cepat Izz sedar dari mimpi indahnya. Dia tak boleh memanjat terlalu tinggi. Takut, bila terjatuh nanti. Terluka yang amat mendalam.
"Please... Sekejap je."
Izz terdengar bisikan halus di telinga dia.
"Tapi..."
Baru aje, Izz hendak berkata-kata. Izhad mencium lembut di dahinya. Tergamam dan berkelip-kelip mata Izz. Tersimpul malu dia ketika itu. Izz memberanikan diri memandang wajah Izhad semula. Rupanya, Izhad sudah memejamkan matanya kembali. Lama Izz dalam pelukkan disisi suaminya. Buat diri dia hampir tertidur sekali dalam pelukkan erat Izhad. Izz merasa seperti pelukan terakhir sahaja. Kemas dan erat Izhad memeluk dia. Izz merelakan sahaja perbuatan Izhad. Kerana dia juga turut merasa bahagia.
Bila terdengar laungan azan. Izz, cuba meminta izin untuk dilepaskan. Rupanya Izhad betul-betul tertidur lena sambil memeluk dirinya. Perlahan-lahan, Izz cuba melepaskan pelukan erat Izhad. Namun pergerakkan dia. Membuatkan Izhad terjaga. Terasa serba salah di hati Izz. Izz ingat, nak kejutkan Izhad solat. Sesudah dia mandi.
"Awak, kita solat subuh sama-sama." Kata Izhad sebelum Izz melangkah kembali ke dalam bilik. Untuk bersiap membersihkan diri.
Selesai solat berjemaah. Izz meminta izin untuk balik ke rumah sewanya. Baru sahaja dia ingin melangkah keluar dari pintu rumah. Izhad berpesan kepadanya lagi. Menyuruh dia menunggu diparking kereta pukul 7.15 pagi.
Izhad mengajak dirinya berjogging dan sarapan bersama. Izz hanya menurut, tiada perkataan bantahan pun, yang keluar dari mulutnya. Hanya senyuman bahagia yang terukir. Dalam perjalanan balik ke rumah sewanya. Izz menggunakan tangga daripada guna lif. Rumah dia, selang berapa tingkat je. Izz, turun anak tangga dengan perasaan hati berbunga-bunga bahagia. Izz teringat kembali, kehangatan di saat dia berada dalam pelukan Izhad.
Bertambah bahagia lagi. Bila Izhad mencium didahinya. Selalunya, Izz melihat drama romantik cerita korea atau cerita apa pun. Mesti ada aksi romantik seperti ini. Rupanya, begitu manis perasaan itu. Tanpa Izz sedari. Dia, boleh tidak perasan kakinya tersalah langkah memijak anak tangga. Disebabkan berangan punya pasal. Izz hampir sahaja tersungkur. Nasib baik dia sempat mencapai tiang railing tangga. Kalau tidak, dia sudah tergolek-golek jatuh kebawah. Tak pasal-pasal, dia beraksi macam cerita hindustan. Tapi, malang tidak berbau. Kaki Izz terseliuh. Terhincut-hincut Izz berjalan sampai ke rumah Mas. Bahagia punya pasal, dia tak kisah semua itu.
Izz tak nak kecewakan Izhad. Izz bersiap secepat mungkin. Dia tidak mahu Izhad melihat dia berjalan terhincut-hincut dan membatalkan temujanji keluar bersama. Kesempatan begitu, bukan selalu dia dapat.
Izz sudah siap berpakaian lengkap baju sukan. Sambil jalan terhincut-hincut dengan perlahan. Dia menuju ke kereta milik Izhad. Sambil bersandar di kereta axia Mas. Izz saja menunggu Izhad 10 minit awal. Sebaik sahaja Izhad ternampak sahaja dirinya sudah menunggu. Terus Izhad membuka lock pintu kereta. Izz terus masuk tanpa di suruh.
Sampai sudah tempat dituju. Izz tak menyangka, Izhad membawa dia ke Taman layang-layang. Seingat dia, inilah tempat pertama kali dia dilamar menjadi isteri pengganti. Izz pelik? Kenapa Izhad membawa dia disitu?
"Takkan dia nak ceraikan aku dekat taman ni jugak?"
"Hmm..." Terkedu Izz seketika.
Patutlah dari semalam dan hari ni, dia baik semacam dengan aku. Setelah seminggu lebih dia mendiamkan diri. Mesti, dia dah fikir masak-masakkan nak bercerai dengan aku? Sebab tu, dia balas mesej aku hari tu kasar semacam. Izz sudah berfikir bukan-bukan.
"Kalau iya pun, bagilah tahu? Boleh aku bersedia dulu. Dari segi mental dan fizikal. Ini tak? Dia dah mainkan perasaan aku dah berbunga-bunga." Mengomel Izz sendiri.
Sampai sahaja di tempat parking. Izz masih lagi kaku.
"Jomlah..." Kita dah sampai.
Sebaik saja Izz melangkah keluar. Dia saja memanaskan badan dan menyuruh Izhad pergi dahulu berjongging.
"Jomlah..."
"Kita jogging sama-sama." Kata Izhad nada lembut.
"Tapi, saya nak jalan je... Boleh?"
"Nak badan sihat, jangan malas..." Terus tangan dia ditarik. Supaya mengikuti langkah pergerakkan kaki Izhad.
"Nak, tak nak..." Izz turuti juga, langkah kaki Izhad. Sambil menahan kesakitan. Walaupun dia sudah letak ubat angin. Tapi, masih lagi terasa perit. Setiap kali kaki dia terhentak-hentak semasa berjongging.
Dia nak je bagi tahu Izhad, tapi... Dia tak sanggup nak rosakkan suasana. Baru di permulaan perjalanan. Muka Izz dah berkerut-kerut menahan kesakitan. Air peluhnya mencurah-curah mengalir di seluruh muka dia. Menahan kakinya yang sakit. Tanpa Izhad sedari. Izz sudah tertinggal jauh kebelakang. Bila Izz melihat Izhad sudah ke depan. Izz perlahankan rentak langkah kakinya. Terhincut-hincut dia berjalan pula.
Tengah Izhad, seronok berjongging bersama Izz.
"Izz, awak ingat lagi tak tempat ini?"
Bila soalan di tanya. Tiada kedengaran suara Izz. "Izz, awak dengar tak. Apa yang saya tanya ni? Izz?" Izhad terus memusingkan badannya... Mencari-cari wanita yang mulai dia sayang.
"Lah, mana pulak dia ni? Aku cakap sorang-sorang rupanya."
Izz yang menahan kesakitan. Ambil keputusan berpatah balik ke kereta. Dia biarkan sahaja Izhad berjongging seorang diri. Izz tak sanggup mendengar kata-kata terakhir keluar dari mulut Izhad. Tambah pula, dia tak sanggup nak berjongging atau berjalan jauh ke dalam taman. Kakinya terasa amat sakit dan tak sanggup dia tanggung kesakitan.
Kerana kepenatan berjalan dengan kaki terhincut-hincut. Izz ambil peluang untuk berehat seketika di bangku disediakan. Baru sahaja Izz nak melihat kaki dia. Rupanya Izhad sudah berpatah balik mencari dirinya.
"Izz, awak buat apa ni?" Takkan dah pancit kut? Kata Izhad sambil perli. Izhad masih tidak menyedari kaki Izz sudah semakin membengkak.
"Jom lah... Janganlah duduk aje." Ajak Izhad dengan paksa. Tangan Izz di tarik manja.
"Izhad tak sabar nak bagi hadiah dekat Izz." Hari itu, dia tak sempat nak bagi hadiah rantai dekat rumah Tan Sri Omar. Disebabkan salah faham dia dekat Izz.
Izz masih mendiamkan diri. Tiba-tiba Izhad perasan muka Izz berpeluh-peluh. Macam keletihan dan pucat semacam.
"Izz, awak okay ke ni?" tanya Izhad nada susah hati.
Izz hanya membalas senyuman dan mengangguk kepalanya.
"Awak okay ni? Cakaplah, jangan diam aje?" Izhad tiba-tiba tinggikan sedikit nadanya. Dia semakin risau melihat keadaan Izz.
Izz tak banyak cakap. Terus dia membuka kasutnya. Dan terus menunjukkan pergelangan kakinya sudah membengkak.
"Ya, Allah Izz! Kenapa ni?" Ada nada risau dari suara Izhad lagi.
"Awak jatuh ke, tadi?" tanya Izhad lagi, risau melihat keadaan kaki Izz sudah kebiruan.
Izz mengangguk perlahan. Takut untuk berbicara.
"Dekat, mana awak jatuh? Dah, bengkak sangat ni."
"Tadi, dekat rumah. Masa nak turun tangga." Jawab Izz jujur dengan nada takut-takut. Tapi, jantung hatinya sudah berdenyut kencang. Dia perasan muka Izhad sudah lain macam. Izz merasa serba salah kerana telah buat Izhad susah hati dan risau tentang akan dirinya.
"Kenapa awak tak bagi tahu saya? Kalau saya tahu? Saya tak ajak awak keluar?"
Izz rela kena marah. Janji dia tidak kecewakan permintaan Izhad. Tapi, dia tak sangka. Dia sudah buat, Izhad betul-betul kecewa kerana sikap dia. Ambil risiko menahan kaki, yang sedang sakit.
"Saya okay... Sikit je ni?" Lembut bicara Izz.
"Sikit je, awak cakap? Bengkak, ni?" Marah Izhad. Tanpa membuang waktu. Izhad terus menggendong Izz di belakang. Terkejut Izz dengan reaksi spontan Izhad.
"Awak... Saya boleh jalan sikit-sikit lah..." Kata Izz kerana segan orang sekeliling memandangnya.
"Baik, awak diam! Kalau tak? Saya campak awak dekat tasik ni!" Kata Izhad dengan nada marah.
"Sampai hati awak nak campak saya..."
"Dah tu, kenapa awak senyap je dari tadi?"
"Saya nak keluar dengan awak? Itu, yang saya senyap."
"Tapi, awak dah buat saya nampak jahat sangat. Memaksa awak jogging dalam keadaan kaki awak tengah sakit."
"Izz terdiam." Dia tidak berani melawan bicara Izhad lagi. Izhad betul-betul marah pada dirinya...
"Sorry..." Maaf dari Izz . Hanya disambut dengan muka ketat Izhad.
Sampai je, di kereta. Izhad terus meluncur laju membawa dia pergi menuju ke hospital kpj shah alam. Banyak-banyak hospital tepi jalan. Dekat shah alam juga dia singgah.
Izhad membawa Izz ke tempat kawan satu sekolah dia berkerja. Sepanjang perjalanan. Izhad membawa kereta dengan fokus sekali. Izz tidak berani untuk bertanya. Bila dia melihat muka Izhad ketat semacam.
Sesudah sampai. Izz merayu lagi.
"Awak, sorrylah..."
Kata Izz nada sedih... Rasa nak menangis dia dibuatnya. Izz, cuba mencapai tangan Izhad tapi ditempis kasar. Izz terasa serba salah sangat. Izz tak kisah kalau orang lain pulaukan dia. Tapi, dia rasa amat sedih sangat-sangat. Sebab Izhad nak pulaukan dia lagi dan merajuk hati tidak maafkan dia. Baru sahaja dia nak berbaik-baik dengan mamat pujaan hati. Dia pulak buat mamat itu, sentap lagi. Tanpa Izz sedari airnya yang sudah lama bertakung tadi. Terus mengalir dan terasa hangat dipipinya.
"Awak!" Sorry lah...
Kata Izz lagi sambil kesatkan air matanya. Hatinya terasa sakit dan pedih. Kerana maafnya tidak diterima. Semalam sudah berderai. Hari ini pun dia jadi dewi air mata lagi.
"Awak jangan marah, lagi. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya tak nak awak tinggalkan saya dalam keadaan awak bencikan saya. Dan tidak memaafkan saya." Air mata Izz mengalir dari perlahan sehinggalah mengalir dengan deras sekali. Dia tidak tahu kenapa dia sedih teramat sangat.
Terus Izhad memandang wajah Izz sudah berlinang air mata teresak-esak. Dari perasaan marah. Terus jadi sayu. Hatinya terasa terluka lagi. Bila membuat Izz mengalirkan air matanya lagi. Terasa pedih dan terguris lubuk hatinya.
"Kenapa, awak menangis? Sakit sangat ke?" Terus jari jemari kasarnya mengesat air mata Izz dipipi.
Lagi deras air mata Izz menangis meraung-raung. Bila Izhad tanya soalan macam tu...
"Dah lah, jangan menangis. Kita dah sampai ni?"
"Sorry, saya ikutkan perasaan. Saya sedih, bila awak diam aje. Tidak bagi tahu saya. Kaki awak cedera.
"Saya marah sikit je." Kata Izhad.
"Sikit je? Macam banyak je?" Gumam Izz dalam hati. Sambil teresak-esak. Mengesatkan air mata.
"Awak, masih marah saya lagi, ke?" Izz ingin tahu.
Izhad mengukirkan senyuman. Dan menggeleng perlahan. "Dia marah sebab sayang." Mahu, dia tak susah hati. Bila orang yang pernah dia suka dulu sakit kerana dia.
Terus Izhad mecium kedua belah pipi dan dahi Izz dengan penuh kasih dan sayang. Sambil memeluk Izz dan mengosok-gosok lembut di belakang Izz. Meredakan kesedihan isterinya.
"Awak nak makan apa? Awak minta je. Nanti saya belikan. Please... Jangan menangis lagi." Saya tak sanggup melihat awak menangis... Jangan risau, saya maafkan awak. Lain kali, jangan cuba-cuba sorok daripada saya lagi. Saya tak sanggup melihat awak sakit dan terluka.
Kata-kata Izhad, membuat hati Izz tersentuh dan terharu. Izz dapat rasa keikhlasan daripada kata-kata Izhad pada dirinya. Berhenti terus air mata Izz. Habis tisu satu kotak dikerjakan Izz. Mengelap air mata dan hingus sebelum Izhad membawa dia berjumpa doktor. Bukan sahaja kakinya bengkak. Mata dia juga turut bengkak disebabkan dia menangis.
Izz dapat melihat ketulusan hati Izhad kepada dirinya. Walaupun ia bertahan sehari sahaja. Tetapi, Izhad sudah buat hati dia merasa bahagia sangat. Dia bersyukur sangat-sangat. Bila melihat Izhad melayan dia seperti wanita dicintai. Walaupun hakikat dan kenyataannya. Izz tak tahu. Apa sebenarnya isi hati Izhad sekarang ini, terhadap dirinya. Sebagai isteri pengganti atau sebagai isteri yang sangat dia cintai.
"Jangan, mimpi yek Izz..." Takut nanti terluka. Terdengar bisikkan memperingatkan dirinya.
Share this novel