Kedengaran deringan lagu kesukaannya. Izz dapat agak siapa yang memanggil. Pantas jarinya menggeser butang hijau.
"Kau kat mana?"
"Aku tak nampak kau pun!" Kedengaran suara dingin dan kasar.
Sebelum Izz menjawab. Dia menarik nafas sedalamnya dan menghembus laju. Mas hanya memerhati disebelah.
"Assalamuaikum."
"Syahid Izhad."
"Saya tahu, salah saya tadi. Tapi, kalau awak nak jumpa saya? Nak marah- marah? Saya rasa. Lebih baik kita tak payah berjumpa!" Luahan Izz nada lembut tetapi tegas.
Izhad terdiam seketika. Dia baru sedar akan kesilapannya. Saat berbicara dengan Izz. Sangat kasar dan dingin. Dia tak tahu, kenapa dia begitu dingin dengan Izz.
"Sorry." Balas Izhad nada tenang. Sedar akan kesilapan dirinya.
"Cepat laa cakap. Awak dekat mana?"
Selepas sahaja Izz bagi tahu di mana dia berada. Izhad melangkah dengan cepat. Perasaan dia meluak luak, ingin tahu? "Dengan siapa Izz keluar?"
"Kau nak aku temankan ke? Takut juga aku, kalau dia apa-apa kan kau." Tanda risau di hati Mas.
Balas Izz dengan senyuman. Cuba sembunyikan perasaan berdebarnya.
"Jangan risau Mas. Dia tak berani nak buat apa-apa. Ramai orang kan, hari minggu ni. Lagi pun, dia kan suami aku..."
"Okay... Kalau kau tak selesa. Kita balik."
Izz hanya tersenyum dan mengangguk tanda setuju.
"Mas. Aku rasa, dia lah tu... Kut?" Teka Izz. Setelah melihat kelibat bayang-bayang, susuk tubuh menuju laju. Memandang kiri kanan seperti mencari sesuatu.
"Kau pergilah dulu Mas. Aku okay je."Â
"Betul ni... Kau okay?"
"Iya..." Aku okay.
"Kau pasti dia ke tu?"
"Iyalah kut?" Teragak-agak Izz menjawab.
Sebaik saja Mas pergi. Mas berselisihan dengan Izhad dan Safran. Sempat juga dia menjeling ke arah dua mamat handsome itu. Mas cuba nak ingat. Mana satu suami Izz? Maklumlah tengah malam samar-samar lampu. Susah bagi Mas untuk melihat. Mana satu Izhad?
"Tu ke, bini kau? Yang pakai tudung tu?" Aku ingat yang lalu tadi? Kata Safran. Ingat-ingat lupa, rupa Izz.
Izhad tidak menjawab. Dia cuba ingat kata-kata orang upahannya. Yang isterinya itu bertudung. Yang berselisih dengannya tadi, bukan. Lagi pun, wajah Izz sentiasa berlega-lega di ingatannya. Walaupun ingat-ingat lupa.
"Kau, jangan gaduh pulak dengan dia Had." Safran cuba bagi nasihat lagi.
Izhad tak menjawab. Fikiran dia. Cuma tak sabar nak bersemuka dengan Izz sahaja.
Izz saja membelakangi mereka. Sebelum Izhad, memberi salam.
"Asalamuaikum..."
"Sya Izz Zulaika?" Tegur Izhad lembut.
"Waalaikumsalam..."Â Dengan berkarisma, Izz menoleh.
Izz membalikkan badannya mengadap Izhad dan Safran. Sebaik saja dia mendengar ada orang memberi salam.
Terpegun Izhad dan Safran. Bila melihat perubahan pada Izz. Sangat cantik dan ayu sekali.
"Betul ke ni? Aku tak salah orang?" Detik hati Izhad. Izz sangat memukau di matanya. Menawan sekali. Tak berkelip matanya memandang keayuan Izz. Dari atas hingga bawah. Dah scan macam x-ray. Cara Izz berpakaian. Sangat muslimah. Sejuk mata memandang.
"Dia ke, suami aku? Wow! Handsome laa!" Izz macam tak percaya apa yang dia lihat. Betul ke? Orang yang berada di depan dia. "Suami dia?"
"Had, aku pergi sana. Kau berbincanglah dulu. Ingat kata-kata aku tadi? Berbincang, bukan gaduh." Sempat lagi Safran berbisik menasihati Izhad.
Izhad terus melangkah mendekati Izz. Tiba-tiba... Tangan Izz ditarik kasar.
Terkejut dan tergamam Izz. Terus memandang tajam ke arah Izhad. Tapi, dia mengikuti langkah Izhad. Dengan hati rela tanpa membantah.
Izhad tak ada niat untuk menyakiti Izz. Dia hanya ingin berdua tanpa ada gangguan. Terkejut Mastura dan Safran. Baru Mas ingin mengejar Izz. Tapi, langkah Mas dihalang.
"Jap! Awak kawan Izz kan?"
"Ya!"
"Kenapa? Ada masalah?"
Safran hanya tersenyum dan menggeleng.
"Mana Izhad nak bawa kawan aku tu?" Kata Mas nada kasar lagi.
"Jangan risaulah. Suami isteri, lama tak jumpa. Biasalah tu. Nak privacy."
"Dia, jangan macam-macam. Kalau tak? Dengan kau sekali aku libatkan." Siap buat penumbuk buku lima lagi. Ke arah muka Safran.
"Amboi, garangnya!"
Terukir senyuman dibibir Safran. Orangnya cantik tapi garang.
Safran pula bertindak menarik pergelangan tangan Mas pula. Terkejut Mas dengan tindakkan Safran.
"Awak ni, dah kenapa?" Tegur Mas nada kasar.
"Jom!"
"Teman saya pergi makan. Boleh?" Saya lapar gila ni. Safran buat bukan sedih.
"Macam mana dengan Izz?"
"Biarlah dia... Suami diakan ada." Kita jangan masuk campur. Sekarang ni, perut saya minta isi.
"Saya tahu, awak pun lapar jugakan?" Teka Safran lagi. Buat memek muka.
"Ishh, mamat poyo ni. Macam tahu je aku tengah lapar."
"Hmm... Okay, saya ikut. Tapi, kau belanja. Boleh?" Kata Mas selamba dengan berani.
"Okay!" Tak masalah... Cakap je nak makan apa?
Terus Safran lepaskan tangan Mas. Bila pintu lif terbuka.
Tangan Izhad di rentap sekuat tenaga. Akhirnya pergelangan tangan dia dilepaskan dari cengkaman kasar tangan Izhad.
"Sorry!" Saya tak sengaja.
"Saya cuma tak nak orang lain dengar perbualan kita!" Izhad rasa serba salah. Bila melihat Izz mengosok pergelangannya. Dia tak ada niat nak menarik kasar tangan Izz. Dia sendiri tak tahu? Kenapa dia bertindak begitu.
Izz merasa perasan asing bila diperlakukan demikian. Tapi dia ikut saja gerak geri Izhad.
Sebaik saja Izz mengikuti langkah Izhad. Izhad membawa dia makan terlebih dahulu. Tiada tanda masing-masing memulakan perbualan? Mereka banyak membisu dan menikmati makanan sahaja.
"Diam je. Tadi bukan main, tak sabar nak cakap dengan aku?"
Bila berhadapan dengan Izhad. Izz serba tak kena di buatnya. Makan pun tak lalu. Adahal dia lapar. Nak bertanya terlebih dahulu. Takut tersalah bicara. Akhirnya dia membisu. Hanya sekali sekala. Dia akan menjawab. Bila di soal Izhad. Begitu jugak Izhad. Terkelu lidah tiba-tiba. Setiap kali, dia memandang wajah Izz. Apahal buah fikiran dia. Pelbagai soalan dia nak tanya.
Dalam kereta, masing-masing menyepi. Izz malas nak bertanya. Ke mana Izhad nak bawa dia? Walaupun hatinya risau sangat. Izz hanya melihat luar jendela di balik cermin hitam kereta sahaja. Sekali sekala matanya menjeling ke arah Izhad. Izhad pula hanya diamkan diri dan fokus sepenuhnya ketika memandu. Akhirnya mereka sampai tempat dituju.
Tanpa menunggu Izhad. Izz terus melulu keluar. Izz teringat kembali. Bila dia kena perli dengan Izhad. Sebaik sahaja mereka tiba di kedai makan tadi.
"Buat apa tercegat lagi tu? Keluar lah!"
"Ke, tunggu saya bukakan pintu?"
Izz terus menuju berjalan di tepi tasik buatan. Meninggalkan Izhad di belakang. Malas dia nak berperang mulut dengan Izhad. Tapi, sebenarnya? Dia sangat gugup, setiap kali Izhad memandangnya. Takut pun, ada juga. "Dia takut, hatinya mula jatuh cinta. Dah lah handsome!"
Pemandangan taman tasik di malam hari. Dengan lampu berkilau berwarna warni dikeliling mini landskap. Sangat memukau di hati Izz. Terasa tenang dan lapang dadanya. Baru sahaja Izz nak ambil nafas lega di tepi tasik. Sambil menunggu Izhad datang.
Tiba-tiba lamunannya terhenti. Terkejut Izz. Hampir saja dia melatah.
"Hey! Perempuan!"
"Ku semangat!" Gumam Izz sambil menggosok-gosok dada. Nasib baik dia tak melatah. Kepalanya mendongak. Untuk melihat siapa yang panggil dia dengan nada kasar tanpa memberi salam.
"Berani kau tunjuk muka kau dekat aku lagi!"
Terpinga-pinga Izz memandang orang di hadapannya.
"Encik kenal saya ke?" Dengan berani Izz berbicara.
"Izz disambut dengan senyuman sinis orang di hadapannya."
"Dia dah tak kenal, you lah sayang!" Kata wanita di sebelah pemuda yang menegurnya dengan kasar tadi.
"Perempuan macam ni? Memang tak tahu malu!" Perli sinis.
"Apa masalah mamat ni? Makin aku senyap. Menjadi-jadi pulak." Sabar Izz sabar.
Tiba-tiba terlintas sesuatu difikirannya.
"Mikael?"
"Lelaki yang muncul dalam mimpi aku tu?" Gumam Izz perlahan. Tetapi, dapat didengari lelaki di hadapannya.
"Sekarang kau dah ingat! Siapa aku?"
Dia ke, orangnya? Lelaki yang paling Izz cintai? "Izz tu, aku la kan. Siapa lagi."Â Bisik hatinya.
Mikael menepuk-nepuk keriangan.
"Hey!"
"Perempuan murahan!"
"Perempuan tak sedar diri!"
"Cermin muka tu dulu?"
"Tak payah lah nak tutup litup tunjuk alim...
"Kotor!"
Tetap,
"Kotor!"
Kurang ajar betul mamat ni. Nasib baik la kat tasik ni tak ramai orang. Apa masalah dia ni. Tiba-tiba nak maki hamun orang tak tentu pasal?
"Betul ke, dia ni?"
"Mikael?"
Terkejut Izz. Sambil menggenggam kemas buku limanya. Menahan geram setiap perkataan yang dilemparkan kepadanya.
"Jap!"
"Ada bau tak?" Izz buat-buat tutup hidung.
"Bau, bangkai laa!" Dengan berani Izz membalas.
Membulat mata Mikael dan pasangannya. Bila Izz berkata begitu.
Tapi, memang ada bau busuk pun. Singgah di hidungnya. Sebab geram dengan kata-kata Mikael. Izz sengaja berkata begitu.
"Saya tak kenal awak berdua. Ikut awak laa. Nak cakap apa? Ada saya kisah. Maaf! Saya minta diri dulu."
"Izz ke tu?"
Izhad memerhati dari jauh. Mula-mula dia nak biarkan saja. Tapi, hatinya risau. Perlahan-lahan Izhad melangkah mendekati Izz. Walaupun dia tak tahu, apa sebenarnya yang terjadi.
"Kurang ajar!"
"Tunggu! Aku belum habis cakap lagi laah!" Lengan Izz di tarik kasar.
Disebabkan tubuh badannya yang kecik dan ringan. Izz hampir terjatuh ke belakang. Bila dia melawan tangannya di tarik oleh Mikael.
Pada ketika itu. Izz sudah bayangkan. Kalau dia jatuh lagi ni. Mesti koma.
Tepat pada waktu. Susuk tubuh Izz disambut oleh Izhad. Penuh romantik. Membuatkan mata mereka berpaut antara satu sama lain. Berapa saat. Izz masih lagi tergamam. Tapi, lamunannya terhenti. Bila Izhad memanggil namanya berulang kali. Cepat-cepat Izz berdiri tegak.
"Awak okay, Izz?" Soal Izhad. Ada tanda risau dari nada nya.
Izz hanya mengangguk dan tersenyum.
"Awak kenal diorang?"
Izz menggeleng laju.
"Jom!" Pergelangan tangan Izhad digeggam Izz. Memang saja Izz buat begitu.
Terkedu Mikael melihat reaksi Izz. Bersama orang lain.
"Dasar perempuan murah!"
"Hipokrit!"
Izhad terus hilang sabar. Satu tumbukkan hinggap tepat di muka Mikael. Hatinya terluka. Bila ada yang mengkitik isterinya.
"Kalau iya pun. Kau benci dengan dia! Mulut tu, jangan kurang ajar!"
"Kau siapa? Nak bela dia!" Jerit Mikael.
"Dia ni isteri aku!" Mestilah aku bela dia!
"Wow!" Gumum Izz.
Terpegun Izz, melihat Izhad seperti hero. Macam dalam drama Korea. Terharunya dia. Bila ada yang membelanya. Terasa seperti berada dalam drama romantik.
"Isteri!" Terkejut Mikael tak terkata.
"Iya! Kenapa? Kau ada masalah ke? Kalau ada, marilah. Kau selesaikan dengan aku!" Kata Izhad tanpa ragu-ragu membela Izz.
Belum sempat Izhad membalas kata-kata lagi. Izz terus rebah. Tapi, Izz sempat berpaut pergelangan tangan Izhad. Hampir saja dia rebah jatuh di lantai. Alhamdulilah, tubuh badannya sempat di sambut oleh suaminya.
"Izz... Bangun, Izz!
Terkejut Izhad. Bila melihat Izz pengsan tiba-tiba. Tanpa membuang masa. Cepat-cepat Izhad mendukung Izz. Menuju ke kereta.
Share this novel