Baru sahaja Izhad nak melabuhkan punggung dikerusi. Kedengaran deringan berbunyi di telefon pintarnya. Tertera nama Puan Sri Izlinda.
"Nak angkat ke? Tak nak?" Kalau tak angkat ni. Mahu mengamuk mama nanti. Izhad berbelah bagi. Sebaik saja melihat nama mamanya naik di skrin smartphone dan digesarkan ke atas.
"Asalamuaikum... Mama."
"Waalaikummusalam, Had!" Kedengaran nada tinggi .
"Kenapa, lambat angkat!"
"Dah, tak nak cakap dengan mama ke?" Soal Puan Sri Izlinda nada tinggi, sambil perli.
"Ishh, mama ni." Kesitu pulak. Had, sibuk sikit mama. Tu, yang Had lambat angkat. Janganlah marah yek, mama...
Saja dia bagi alasan. Padahal dia malas nak jawab call mamanya. Dia tahu mamanya mesti nak tanya pasal menantu dia sahaja. Lagi pun dia dah diberi tahu oleh papanya. Sabtu ni dia dan Izz kena balik.
"Kenapa, balik tak bagi tahu?" Nasib baik la, papa kamu yang bagi tahu mama. Kamu dah balik. Kalau tak, sampai bila-bila mama tak tahu. Had, memang tak sayang mama kan! Kata Puan Sri Izlinda sentap dengan sikap anak keduanya itu.
Panjang lebar mamanya membebel. Tapi... Fikiran Izhad sudah jauh melayang. Dia tak dengar pun apa puan Sri Izlinda bebelkan.
"Had!"
"Kamu dengar, mama cakap ni."
"Dengar mama..." Jawab Izhad laju. Padahal, dia mana dengar mamanya membebel dari tadi.
"Mama tahu, sabtu ni. Pukul 7 pagi. Kamu dan Izz dah sampai rumah mama papa!"
"Faham!"
Izhad terdiam lagi. Dia tak tahu nak bagi alasan apa lagi, dekat mamanya. Dia belum bersedia nak jumpa Izz lagi. Memang niat dia. Sebaik sahaja dia di Malaysia. Dia akan lepaskan Izz. Tapi... Dia tak tahu. Macam mana nak bagi tahu mama dan papa. Izz pun, dia tak jumpa lagi.
"Ingat! Sabtu ni!"
Tersedar Izhad dari mengelamunnya. Tak sempat dia nak jawab. Puan Sri Izlinda sudah putus talian.
"Hish... Budak-budak ni! Balik Malaysia, bukan bagi tahu? Senyap je? Ni, mesti ada tak kena?" Puan Sri Izlinda mengesyaki, sesuatu. Selepas tekan butang tutup di smartphone.
.
.
.
"Hoi!"
"Had!"
Terkejut Izhad. Terhenti lamunannya.
"Kau termenung apa tu?" Aku bagi salam pun tak jawab. Dari office lagi. Aku tengok kau. Termenung aje... Apa yang kau fikirkan. Bagi tahu aku. Mana tahu aku boleh tolong?
Izhad masih terpaku. Masih lagi tidak menjawab.
"Kau, teringat siapa tu?"
"Kalau Izz Zulaika?"
"Call jelah..."
"Kalau Qis? Ehmm..." Safran mengangkat bahu. Dia tak tahu nak cakap apa. Kalau itu yang Izhad fikirkan.
Izhad masih lagi membisu. Dia buat-buat tak dengar. Apa yang Safran bicarakan.
"Call jelah." Ujar Safran.
"Jomlah!"
"Aku dah lapar!"
Geleng Safran. Dia makin tak faham dengan sepupunya itu. Sejak balik dari Dubai. Izhad yang dia kenal. Tak seperti dahulu. Izhad didepan matanya banyak berahsia dan mendiamkan diri.
Lagu the love davinci, berdering. Izz tak berapa dengar sebab dia berada diruangan dalam bilik karaoke yang sangat bising. Nasib baik dia tengah memegang telefon dalam gengaman.
Izz, yang dari tadi asyik merakam video Mas menyanyikan lagu gundah. Membuatkan hatinya bertambah gundah gulana disebabkan yang menyanyikannya Mas. Habis kelaut... Suara Mas lontarkan.
"Mas, aku nak angkat call jap!"
Jerit Izz sekuat hati. Kerana terlalu bising. Izz siap buat gerakkan tangannya memegang phone dan membuat isyarat di telinga.
"Okay! "Jawab Mas pakai microphone.. Bergema satu bilik.
"Hello..."
"Asalamuaikum.. Siapa ni?"
"Waalaikumsalam... "Kedengaran suara asing di talian.
"Jap! Jap..."
"Saya tak berapa dengar." Cepat-cepat Izz berlari ke luar dari ruangan bilik karaoke. Kerana terlalu bising.
"Awak, kat mana tu?"
"Kenapa, bising sangat!" Kedengaran suara marah dalam talian.
"Awak ni siapa?"
"Tiba-tiba je, nak marah saya? Dah kenapa!" Balas Izz nada geram.
Terus dia geser butang off. Tanpa mendengar penjelasan daripada pemanggil.
Baru sahaja Izz nak kembali ke pusat karaoke kembali. Langkah kakinya terhenti. Bila lagu the love davinci. Kedengaran lagi di smartphone.
Pada mulanya Izz tak nak angkat. Tiba-tiba, langkahnya terhenti. Izz teringat sesuatu?
"Entah-entah?"
Bisik hatinya. Terus langkahnya terpaku dan membeku.
"Aaa... Sudah! Mati aku!"
Resah hatinya. Terus Izz gelabah semacam.
"Mampus aku!" Terus Izz check kembali nombor yang call tadi.
"Mamat Dubai?"
Selang berapa minit Izz mencari jawapan...
"Alamak!"
"Mampus aku!"
Terus Izz gelabah semacam. Resah hatinya. Izz tak sangka panggilan misteri tadi.
"Syahid Izhad!"
Kenapa laa, aku tak perasan. Tulah, letak lagi nama suami yang bukan-bukan. Kan dah tak cam, nombor laki sendiri.
"Aku, bukan ingat pun. Aku letak nama apa?" Membebel Izz sendiri.
Phone Izz berdering lagi. Nama 'Mamat Dubai' tertera di screen.
"Nak angkat ke? Tak nak?" Izz berbelah bagi.
"Mesti dia marah gila dekat aku ni."
"Ya Allah. Kau lembutkan lah hati suami ku ini. Aminn..."
"Bismi-llahi r-ramani r-raim..." Sebelum Izz menjawab panggilan.
Likang pukang Izz berlari masuk balik ke bilik karaoke. Hampir saja dia tersalah bilik.
"Mas... Mas! Off lah sekejap! Aku tak dengar ni!" Jerit Izz sekuat hati.
"Kau dah, kenapa ni, Izz? Tercungap-cungap? Macam kena kejar dengan hantu!" Kenapa ni, cakap lah? Mas angkatkan keningnya.
"Ni, bukan hantu..." Izz masih lagi nafas tercungap-cungap.
"Ini dracula!"
"Tunggu masa je. Nak hisap darah aku, Mas!"
"Dracula?" Tergelak Mas. Mas ingat dia tengah buat lawak.
"Siapa tu? Yang nak hisap darah kau. Kau ni Izz... Macam-macam!"
"Jom lah! Kita keluar dulu dari tempat ni. Dia nak dekat dah tu." Sambil tarik tangan Mas yang sedang memilih lagu.
"Siapa?" Mas masih tercegat lagi. Tak faham maksud Izz.
"Kita keluar je, dari sini dulu... Nanti aku cerita." Kelam kabut Izz tarik tangan Mas, keluar dari pusat karaoke.
"Hoi! Belum habis lagi la! Ada setengah jam lagi ni. Rugi la macam tu!"
"Ini, antara hidup dan mati..." Kau kena ikut aku sekarang! Nanti aku belanja lagi. Jomlah... Kata Izz nada cemas.
"Kita kena keluar sekarang! Jantung aku ni, rasa macam nak tercabut, tahu tak!" Berdebar-debar jantung Izz. Macam pertama kali dia nak jumpa Izhad.
"Kau nie. Relax boleh tak?"
"Siapa yang buat kau macam ni... Dengan aku sekali turut resah dan berdebar ni." Terlintas kepala Mas. Sama ada orang tu Mikael? Ataupun Nizam.
"Mustahil." Izz takkan takut macam ni, kalau itu Mikael.
"Entah-entah?"
"Orang tu?"
"Izhad?" Bisik hati Mas...
Izhad tak sangka. Dia akan bertemu kembali isteri penggantinya itu, di Mall di kota raya. Setelah sekian lama dia tinggalkan isterinya itu.
Pertemuan yang tidak di sangka-sangka itu. Membuatkan Izhad tak sengaja memulakan pergaduhan lagi dengan Izz. Dia pun tak tahu kenapa? Dia asyik nak cari pasal dengan Izz. Walaupun sudah sekian lama tak berjumpa.
Wajah ayu, Izz yang sukar dia lupakan. Buat hatinya bertambah benci bila difikirkannya. Timbul sangsi di hatinya. Bila Izz menyatakan dia berada di pusat karaoke.
"Had, plan lah sikit. Penat aku nak kejar kau ni. Dah lah, perut aku lapar gila! Buat apa kau nak cepat-cepat. Bukan dia boleh lari jauh pun. Tahulah, lama tak jumpa!" Membebel Safran bila melihat Izhad seperti tak sabar nak bersemuka dengan Izz. Tapi wajahnya penuh amarah.
"Tu, yang aku nak cepat ni. Dia tu, bukan boleh percaya sangat pun! Entah siapa dia keluar enjoy!" Izhad mempercepatkan lagi langkahnya. Dengan hati membara.
Izz dan Mas kelam kabut keluar daripada pusat karaoke. Izz melihat kiri dan kanan. Dah macam penjenayah dikehendaki. Takut kena tangkap. Dia nak pastikan, supaya dia tak bertembung lagi dengan Izhad.
"Izz, plan-plan lah..."
"Nak terjatuh, aku di buatnya. Kalau kau bawa aku lari macam ni." Aku tahu lah kau tak sabar nak jumpa laki kau tu. "Slow lah sikit." Kata Mas yang masih mengikut langkah kaki Izz kemana saja dia dibawa pergi.
"Kenapa, kau takut semacam?"
"Relax lah!" Soal Mas lagi dan bibirnya mengukirkan senyuman nakal. Bila melihat Izz, begitu gelabah sekali. Takut lain macam. Padahal nak jumpa suami je.
"Bukan takut. Aku seram je..."
Dracula, Mas. "Dracula!" Boleh kering darah aku ni.
"Iyalah tu..." Tertawa kecik Mas melihat Izz. Takut, macam jumpa hantu.
Ini pertama kali aku nak jumpa dia Mas. Dia tu, bukan nak cakap elok-elok dengan aku. Boleh, dia terus jerkah aku tadi.
"Hmm... Pertama kali? Mungkin pertama kali setelah setahun." Bisik hati Mas.
"Kenapa dia, tiba-tiba marah kau?" Soal Mas ingin tahu.
Izz mengeluh...
"Aku ingat, siapalah yang marah-marah tak tentu pasal tadi." Jadi aku terus tutup phone. Lepas tu, bila dia dengar je bunyi bising dan tanya aku dekat mana? Apa lagi... Terus dia nak naik angin satu badan. Mahu tak gugur jantung aku ni.
"Kau orang ni. Kalau tak berperang lagi, boleh tak? Cuba lah berdamai."
Kenapa kau cakap macam tu? Aku suka berperang dengan dia ke, sebelum ni?
Kau dah lupa lah tu? Bukan sebelum ni, kau pernah cakap. Kau pernah berperang mulut dengan dia, selepas kau nikah. Mesti ada memori kau tak ingat lagi ni. Pasal laki kau?
Izz hanya tersenyum. Dia pun tak tahu. Apa yang dia jawab tadi. Padahal Izz dah ingat sikit-sikit.
Hmm... Ni, kita nak pergi mana? Nak balik ke? Atau kau nak jumpa suami kau tu? Soal Mas.
Kalau ikutkan hati aku. Malas aku, nak jumpa dia. Ingat nak terus balik aje. Tapi, tak sampai hati pula. Karang, tak pasal-pasal dia naik hantu. Betul-betul kau, dapat tengok dracula dekat mall ni. Mas...
Izz nak kata putus. Alang-alang nak berjumpa. Izz tak sabar. Nak bersemuka berdepan dengan Izhad. Dia pun, nak tahu. Siapa suaminya. Betul Izhad sekacak seperti yang dia mimpikan?
Sambil menunggu Izz teringat sewaktu dia menjawab panggilan tadi.
"Mampus Aku!"
Sebaik sahaja Izz keluar dari tempat karaoke. Lagu the love davinci, di smartphone dia berbunyi. Terkejut Izz. Dia baru saja, nak tarik nafas lega. Jantungnya dari tadi. Tak berhenti berdenyut kencang. Kalau ikutkan hatinya. Dia bebelah bagi. Sama ada, nak jumpa atau tak?
"Hello!"
"Awak dekat mana?"
"Aku tak nampak batang hidung, kau pun?"
"Aku dah depan pusat karaoke."
"Saya... Tunggu, dekat tempat lain." Berhati-hati Izz berbicara.
"Bukan aku cakap. Tunggu dekat situ ke!"
Marah Izhad. Tapi, suara masih terkepit-kepit. Mungkin kerana Izhad berada dikeliling orang ramai.
"Sorry... Jangan laa marah." Balas Izz.
"Kau, dekat mana sekarang?" Soal Izhad. Nada masih tegang dan kasar.
"Saya dekat tempat parking atas."
"Tunggu aku datang!" Jangan nak merayap tempat lain... "Faham!" Terus talian terputus.
Izz terpaku. Dia tak pasti. Kenapa dia berdebar sangat. Macam baru pertama kali, dia berjumpa dengan suaminya itu.
Kenapa aku rasa seram sejuk je ni. "Nak jumpa ke, tak nak?" Izz berbelah bagi.
Share this novel