Bab 29

Romance Completed 27497

Keadaan suasana di rumah Tan Sri Omar kelihatan suram dan tegang sekali. Tiada sambutan gembira kedatangan mereka seperti sebelum ini. Tiada ramah mesra antara anak dan menantu. Tiada senyuman terukir dibibir kedua orang tua mereka. Hanya paparan ekspresi wajah serius dan menakutkan.

Semua ahli keluarga sudah menunggu di ruang tamu. Termasuk Zulfadli dan Syahkila. Papa mamanya. Juga turut hadir dalam perjumpaan keluarga. Izz ingat, hanya pertemuan ahli keluarga Izhad sahaja. Sebaik sahaja Izz dan Izhad melangkah masuk ke dalam rumah dan menuju ke ruang tamu. Dia dan Izhad terkejut dan tergamam.

Qistina juga turut hadir dan turut serta berada dalam perjumpaan keluarga mereka. Bila Izz memandang raut wajah Zulfadli dan mamanya Syahkila yang serius. Pandangan mereka, seperti ingin menelan dia hidup-hidup... Dia dapat agak ada sesuatu? Dari pandangan kedua orang tuanya itu.

Sudahlah.... 'Tiada ucapan ulang tahun buat dirinya.' Yang paling buat dia geram dan menyampah. Melihat raut wajah bahagia Qistina yang duduk disebelah Syahkila seperti anak kandung.

"Dia buat pada dekat sini?" Gumum Izz sendiri. Terus dia memandang Izhad minta jawapan.

"Abang tak tahu sayang..." Bisik Izhad ke telinganya. Serentak dengan kepala Izhad di geleng. Tangan Izz digenggam erat.

Izz melabuhkan punggungnya duduk di sebelah Izhad. Tangan jari jemari dia masih digenggam erat oleh Izhad dengan sangat kemas. Masing-masing dapat menjangka, ada sesuatu yang Qistina sudah sampaikan pada kedua orang tua mereka. Izz menjadi tak senang duduk. Bila melihat kehadiran Qistina. Dalam perjumpaan keluarga. Betul-betul kejutan... Buat dirinya, pada hari ulang tahun dia.

Izhad dapat rasakan, ada sesuatu akan terjadi dengan kemunculan Qistina tiba-tiba di rumahnya.

Keadaan menjadi sunyi sepi seketika. Masing-masing saling pandang memandang antara satu sama lain. Akhirnya Tan Sri Omar memulakan dahulu berbicara.

"Had!"

"Papa nak tanya kamu ni?"

"Betul ke? Kamu pergi Dubai tak bawa Izz? Betul, kamu tinggalkan Izz di malaysia selama setahun?"

"Betul ke, Had?" Soal Tan Sri Omar nada tegas.

Izhad tarik nafas sedalam-dalamnya, sebelum menjawab.

"Iya, papa." Terkejut semua yang mendengar pergakuan Izhad.

"Sebab itu, Had dan Izz nak bagi tahu semuanya hari ini. Pada mama, papa dan semua." Tapi, Had tak sangka? Papa dan semua sudah mendengar dari mulut orang lain. Matanya memandang tajam ke arah Qistina.

"Maafkan kami papa." Ujar Izhad panjang lebar dengan berani. Tanpa berselindung lagi rahsia dia simpan selama ini.

"Dah, terkantoi!" Baru kamu nak bagi tahu kami! Kalau tidak? Sampai bila-bila. Kamu dan Izz tipu kami hidup-hidup! Membebel Puan Sri Izlinda.

"Papa dah bagi tahu kamu, awal-awal lagi? Jangan main-main soal perkahwinan. Tengok apa yang kau dah buat!" Marah Tan Sri Omar lagi. Sebagai seorang bapa. Dia malu dengan keluarga birasnya.

"Had terpaksa, mama papa... Semua disebabkan perempuan tu lah!" Izhad menyunding jari ke arah Qistina.

"Kalau iya pun kamu terpaksa. Kenapa kamu mesti tinggalkan Izz sorang-sorang? Kenapa tak bawa sekali?" Ujar Tan Sri Omar lagi. Geram dengan sikap anaknya itu.

"Had tinggalkan Izz. Sebab? Had salah faham dengan Izz. Masa tu, Had ingat? Dia bersubahat dengan mama papa. Buat Had, terima dia sebagai isteri. Sebab itu Had tinggalkan dia. Had tahu... Had, salah nilai keikhlasan Izz pada Had masa itu.

"Maafkan abang sayang." Luahan Izhad, yang terbuku dihati selama ini. Sambil memandang wajah isterinya. Izz membalas dengan senyuman nipis.

Izzani, mendiamkan diri. Dia duduk tidak jauh dari perbincangan. Dia hanya mendengar dan melihat sahaja. Izzani mahupun Izzati hanya melihat dan dengar dari jauh sahaja. Mereka tidak dibenarkan ikut campur dalam perbincangan.

"Kamu nak salahkan kami pulak?"

"Tak, pa!" Ini semua salah Had. Semua ini bermula daripada Had. Had minta maaf. Lubuk hatinya masih terasa serba salah.

"Sampai hati, kamu berdua. Sudah membohongi kami semua selama ini." Kata Syahkila, perasaan kecewa dengan anak dan menantunya.

"Kamu Izz. Kenapa diamkan saja. Bila Had tinggalkan kamu." Soal Puan Sri Izlinda.

Izz masih mendiamkan diri lagi. Tiada kata-kata, untuk dia membalas. Dia hanya menundukkan kepala. Tidak berani dia nak memandang wajah mama papa dan orang tua Izhad.

Giliran Zulfadli papa Izz menyoal anak kesayangannya.

"Izz!"

"Betul, kamu kahwin. Bukan suka sama suka? Jawab, papa tanya ni, Izz!" Soal Zulfadli tidak puas hati apa yang dia dengar. Dia ingin dengar dari mulut Izz sendiri.

Izz tarik nafas sedalamnya. Sebelum menjawab. "Iya papa. Kami kahwin, bukan suka sama suka papa. Izz, tak nak kahwin dengan Nizam. Sebab itu, Izz... "Setuju dan terima lamaran Izhad." Dengan berani Izz berbicara.

"Jadi, betul lah, selama ini kamu tipu kami hidup-hidup!" Marah Zulfadli, terasa tertipu dengan permainan anak dan menantunya.

"Izz minta maaf." Papa, mama dan semua. Maafkan Izz. Kata Izz nada sedih.

"Bukan, salah Izz!"

"Ini semua, salah Had. Had yang salah."

"Had yang ajak Izz kahwin dahulu. Had yang paksa Izz untuk terima Had. Jadi isteri pengganti."

"Kebetulan masa itu, Qistina minta putus dan berpisah dengan Had. Had buntu. Had tak tahu nak buat apa. Had tak mahu, malukan keluarga lagi. Kebetulan Izz berada dekat situ dan Had pernah jumpa Izz sebelum ini. Sebab itu, Had minta pertolongan daripada Izz." Ujar Izhad panjang lebar.

"Mama tak percaya, dengan semudah itu Izz terima kamu." Mungkin ada sebab lain kamu sembunyikan daripada kami? Kata Puan Sri Izlinda pula tak puas hati.

"Had, tawarkan Izz duit." Kata Izhad berani, nada perlahan. Tapi, masih lagi di dengari seluruh ruang tamu.

"Apa, kamu cakap!" Kata Tan Sri Omar. Terkedu. Turut terkejut Puan Sri Izlinda, Syahkila dan Zulfadli.

"Tapi..."

"Izz tak pernah guna duit Had bagi setiap bulan. Selepas kami berjumpa kembali. Izz, siap nak pulang semula duit yang Had bagi. Tapi, Had masih hargai jasa Izz. Yang sudah tolong Had. Selamatkan maruah keluarga kita daripada dimalukan lagi dengan Qistina. Lagi pun, itu duit nafkah tiap-tiap bulan Had bagi pada dia. Izz tak minta lebih, dia hanya minta duit nafkah bulanan sahaja."

Izhad tak cerita keseluruhan penjanjian dia. Biarlah hanya dia dan Izz sahaja yang mengetahui.

"Memang salah kami. Kami kahwin disebabkan syarat. Tapi... Itu hanya cakap mulut je. Sekarang ini, Had ikhlas mencintai Izz. Papa, mama. Had nak hidup semati dengan Izz. Hanya Izz yang berada dalam hati Had. Percaya lah kata Had kali ni."

"Maafkan kami..." Pujuk rayu Izhad.

"Walaupun, kami percaya kata-kata kamu. Had dan Izz. Tapi, kami tetap rasa tertipu dengan perbuatan kamu berdua." Ujar Puan Sri Izlinda.

"Papa tetap kecewa dengan kamu berdua." Kata Tan Sri Omar tak tahu nak cakap apa lagi.

Ni, mama nak tanya kamu pula Had. Jawab dengan jujur. "Betul ke? Kamu pernah terlanjur dengan Qistina sebelum ini?" Soal Syahkila nada tinggi dan penuh amarah sesak didada.

Terbuntang mata Izhad terkejut. Berderau jantung dan darahnya. Turun naik. Dengan serta merta terus dia berdiri dari tempat duduk. Izz dan semua ahli keluarga yang lain juga turut terkejut. Bila mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Syahkila. Mak mentua Izhad.

"Apa sebenarnya terjadi. Qistina cuba fitnah Had pula? Atau, betul apa yang di katakan Qistina?" Bisik hati Izz timbul rasa ragu.

"Had! Bagi tahu kami. Betul ke? Apa, mama Kila katakan tu?" Soal Puan Sri Izlinda pula.

"Astaghfirullahalazim..."

"Dengan nama Allah." Had tak pernah buat, semua benda terkutuk tu. Mama, Papa."

"Sumpah!"

"Semua itu, fitnah mama... Had tak buat!" Kata Izhad cuba membela diri. Dia tak takut bermain kata sumpah.

"Abang, tak buat sayang... Percayalah." Izhad memandang Izz dengan perasaan hiba. Berharap Izz percaya dengan kata-katanya. Tangan Izhad masih menggenggam erat tangan Izz.

"Abang, pandang sayang."

"Jujur dengan sayang." Abang tak buat, seperti yang mama katakan itu?

"Pandang, mata sayang. Kata dengan jujur." Lembut Izz bertanya. Sambil memegang kedua belah tangan Izhad.

Izhad memandang antara satu sama lain.

"Dengan nama Allah. Abang tak buat benda terkutuk itu sayang. Sayang, tak percaya abang ke?" Kata Izhad nada sedih. Berapa saat Izz membisu.

"Sayang, percaya abang." Izz melemparkan senyuman.

"Izz percayakan Had, mama papa... Had bukan seperti itu." Walaupun Izz tidak mengenali abang Had dengan lama. Tapi, Izz tahu. Had, bukan orang seperti di katakan Qistina.

"Qis, apa sebenarnya kamu nak! Tak cukup-cukup lagi ke? You fitnah Izz dan I sebelum ini! Sekarang ni, you nak fitnah I lagi!" Marah Izhad, geram dengan sikap Qistina yang sudah melampau sangat.

"Bukan you ke, yang tinggalkan I?"

"You, kata pada I. You belum bersedia nak kahwin dengan I? Ini, cerita mengarut apa pulak, aha! You cuba reka cerita, Qis!"

"Bila masa, I pernah terlanjur dengan you?"

"Selama kita bercinta pun. Ada kita berkepit berpegangan tangan. Tak ada kan! Ini apatah lagi, ke arah maksiat."

"Mana bukti, I terlanjur dengan you?"

Tangan Izhad sudah menggigil. Rasa nak lempang aje, Qistina dekat situ jugak.

"Ke, you nak I pulak? Buktikan you, tidur dengan kawan bisnis I?" Maaf semua, Had dah cukup bersabar dengan Qistina ni."

Dia dapat semua bukti tu, berkat pertolongan Safran sepupunya. Sudah, lama sepupunya menyimpan semua bukti pasal Qistina. Dia je, tak tahu. Hidup-hidup Qistina menipu dirinya, selama ini. Terkedu dan tak terkata Qistina. Dia cuba berlagak tenang disebelah Syahkila.

"Mama pening lah!"

"Mama tak tahu, mana satu yang betul? Qistina cakap macam ni. Kamu pulak cakap macam tu." Membebel Puan Sri Izlinda. Puan Sri Izlinda tahu, Qistina orangnya macam mana. Macam ular, suka berbelit cerita. Dari dulu lagi dia sudah tahu, perangai Qistina. Tapi hatinya tetap termakan sedikit, dengan apa yang Syahkila bagi tahu tentang anaknya itu.

"You, nak tahu Qis! I lega dan bersyukur sangat. Sebab tak jadi kahwin dengan you. Dan I bersyukur sangat. Jodoh I dengan Izz. Bukan dengan you!" Panas telinga Qistina bila mendengar kata-kata Izhad. Mendidih jiwanya menahan amarah. Tangannya dikepal. Geram dengan kata-kata Izhad.

Qistina sudah salah langkah dengan permainan dia sendiri. Niat dia pada mulanya. Ingin burukan nama Izhad dihadapan keluarga Tan Sri Omar dan keluarga Zulfadli. Dia juga ingin melihat Izz patah hati dan tinggalkan Izhad. Tapi, lain pulak jadinya.

"Qistina! Betul apa yang dikatakan Izhad?" Soal Zulfadli. Dia tak nak dengar sebelah pihak sahaja.

Qistina tidak menjawab. Dia tahu bukan masa sesuai untuk dia membalas.

"You, tunggu Had. Lepas ni, you akan terduduk dan terdiam terus. Mesti you tak sanggup, sebut sayang dekat Izz lagi." Gumum Qistina penuh dendam.

"You, pun Izz. Jangan happy sangat. Jangan ingat, Had akan bela you lagi selepas ini." Gumam Qistina dalam hatinya. Tersenyum sinis bahagia. Tak sabar dia nak melihat reaksi muka, dua mahluk yang dia amat benci.

"Kalau mama, papa nak tahu..."

"Qistina cuba, buat tangkap basah. Antara dia dengan Had. Dalam rumah kami. Dia ingat, Izz tak ada dalam rumah tu."

"Maaf kitaorang senyap je, tak bagi tahu. Tak nak keruhkan keadaan. Kata Izz, akhirnya terluah juga. Izhad hanya diam. Dia tak berani nak buka mulut. Amarahnya pada Qistina meluak- luak. Dia takut. Dia jadi hilang sabar.

"Betul ke Qistina?," tanya Puan Sri Izlinda dan Mama Syahkila.

Qistina hanya terdiam membisu. Kepalanya ditunduk. Tanpa berkata-kata apa-apa. Mencari helah untuk membalas balik. Tiba-tiba dia tersenyum sinis dalam diam. Dia masih ada senjata rahsia lagi untuk jatuh Izz dan Izhad.

"Memang patut, aku tak jadikan kau menantu. Kau cuba fitnah Izz dan Had!" Kalau Kila, nak tahu. Saya memang tak suka langsung. Jadikan dia menantu aku. Dari dulu lagi. Sebab itu, bila Had cakap bakal isteri dia bukan Qistina. Saya dah bersyukur sangat Kila. Menantu aku Izz, bukan Qistina. Walaupun kita ditakdirkan berjumpa kembali. Disebabkan mereka.

"Tapi, tetap juga salah. Kahwin kerana terpaksa."

"Kamu keluar dari rumah aku ni, sekarang jugak! Aku tak nak tengok muka kamu lagi." Maaf Kila. Aku tahu, dia juga kamu anggap macam anak tapi.. Aku terpaksa halau parasite ini keluar...

"Baik, I akan keluar!"

"Tapi..."

"Auntie, jangan ingat Izz tu, baik sangat!" Bentak Qistina. Sudah menunjukkan taringnya.

"Nah, ambil tengoklah sendiri. Izz yang hipokrit!" Jerit Qistina. Terus dia melemparkan ke langit. Gambar fitnah Izz dahulu. Yang dia pernah bagi pada Mikael. Tanpa menunggu lagi, terus dia keluar dari rumah Tan Sri Omar.

Puas hatinya bila dapat bagi boom yang paling menyakitkan hati, dekat semua ahli keluarga. Qistina tak menunggu lama untuk melihat drama peperangan antara Izz dan Izhad serta ahli keluarga. Sebab dia tahu. "Had, pasti. Yang paling kecewa sekali." Maklumlah orang yang paling dia cintai dan sayang. "Sudah berlaku curang." Gelak tawa bahagia dihati Qistina. Sambil melangkah keluar dari rumah Tan Sri Omar.

Qistina bahagia dapat buat kedua keluarga berpecah belah. Qistina tak sangka. Mama Syahkila dan Puan Sri Izlinda sahabat baik. Membuatkan dia bertambah bahagia. Dapat jackpot. Dapat dia balas dendam terhadap kedua keluarga.

Bila Izz melihat gambar tu seakan wajahnya. Dia dapat agak, siapa sebenarnya yang sebarkan berita palsu dan fitnah dia dahulu. Terus dia keluar mengikuti langkah Qistina dan menghalangi Qistina.

"Qistina!"

"Berhenti!"

Tangan Qistina dicapai kasar. Dan memusingkan badan Qistina untuk mengadap kearah dia.

Izz nak tahu, apa sebenarnya tujuan Qistina? Izz biarkan sahaja orang didalam rumah berfikir buruk tentang dirinya. Tanpa penjelasan daripada dia. Izz pasrah apa yang akan terjadi. Tapi... Dia perlu penjelasan daripada Qistina dahulu.

"Kenapa kau, benci sangat dengan aku?"

"Apa salah aku, dengan kau! Aku tak pernah kacau hidup kau? Kenapa kau kacau hidup aku? Cakap Qistina!"

"Cakap!"

Qistina tersenyum sinis. Disertai gelak ketawa.

"Sebab kau, Izz!"

"Sebab kau!" Jerit Qistina sekuat hati.

"Sebab kau, keluarga aku musnah. Sebab kau juga, papa aku benci aku! Kau, hadir dalam keluarga aku, sekejap. Tapi, papa aku. Anggap kau seperti anak kandung dia sendiri. Sedangkan aku? Dikatakan anak, pembawa sial!"

"Kau puas, sudah musnahkan hidup aku!"

"Aku benci. Semua kebahagian yang kau dapat. Aku, nak kau mati Izz!"

"Mati!!!"

"Kau faham!"

"Berambus kau dari hidup aku. Kau faham!!!" Jerit Qistina seperti orang gila. Berbaur ugutan.

Dengan amarah Izz. Tangannya tiba-tiba menjadi ringan ingin menampar muka Qistina.

"Izz!" Jerit Izhad tiba-tiba. Dengan amarah yang menyala. Tangan Izz di halang oleh Izhad. Masing-masing pandang satu sama lain. Dengan ringan mulut Izhad...

"Sya Izz Zulaika binti Zulfadli. Aku lepaskan kau dengan talak satu."

Dihadapan Qistina, dengan satu lafaz Izhad melepaskan Izz.

"Abang!" Terkejut dan terkedu Izz. Tergamam dia seketika. Menggigil Izz. Matanya terus laju membasahi pipinya.

"Abang sedar tak? A... pa, abang cakapkan ni!" Tangan Izhad digenggam lembut.

"Itu..., bukan Sayang! Gambar tu, bukan sayang. Abang tak percaya pada sayang ke? Sayang, boleh percaya abang..". Izz cuba membela diri tapi, sayang... Izhad sudah lepaskan gengaman tangannya yang erat tadi.

"Sudah, cukup! Aku tak nak dengar lagi! Cukup! Panggil diri kau sayang!" Tangan Izz di sentap kasar.

"Kau bukan, isteri aku lagi...

Tergetar-getar bibir Izhad mengatakan lafaz pada Izz. Yang sangat menyakitkan hatinya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bila melihat air mata Izz mengalir deras di pipi. Perit hatinya melihat air mata orang yang di cintai. Menangis teresak-esak di hadapannya. Nak saja tangannya menghapuskan air mata dipipi lembut gadis itu.

Tak sanggup dia melihat. Wajah wanita disayangi. Ketika dia lafazkan cerai . Tak sanggup dia melepaskannya orang yang dia sangat cintai. Tapi... Hatinya sangat-sangat terluka dan terpaksa.

"Kenapa, abang tak percaya kata-kata sayang?"

Izz masih tak puas hati. Terkedu, tak terkata dalam tangisan. Akhirnya, dia dengar juga. Lafazkan kata keramat menyakitkan hatinya. Berombak-ombak jantungnya bergelora, berdenyut kencang. Menggigil Izz satu badan. Terasa terhuyung- hayang badannya. Terasa seperti tidak berpijak di bumi yang nyata.

"Kecewa hatinya..."

Tanpa berkata-kata membela diri lagi. Izz terus berlari keluar dari situ meninggalkan Izhad dan Qistina. Mungkin Qistina bahagia saat ini. Bila dia melihat, dirinya berjaya musnahkan hidupnya.

"Tersenyum bahagia dalam hati Qistina melihat Izz tertewas juga akhirnya."

"Puas hati you kan! Ini yang you nak kan!" Jerit Izhad sepuas hati. Menahan perasaannya yang menggigil nak tampar aje Qistina dekat situ juga.

"Keluar! Keluar!!!" Jerit Izhad sekuat hati.

Qistina terus keluar dari rumah Tan Sri Omar dengan hati bahagia.

Terduduk berlutut Izhad. Bila melihat wanita yang dicintai meninggalkannya.

"Maafkan abang sayang. Maafkan abang..." Mencurah-curah air mata jantannya mengalir deras di pipi.

Diraup mukanya berkali-kali. Tangan kekura dikepal kemas kedua belah. Sebelah tanganya di tumbuk-tumbuk ke lantai mozek. Melepaskan amarahnya kecewa. Sampai terlihat cecair merah. Dia tidak peduli. Hatinya sangat terluka daripada darah yang mengalir.

"Abang!"

Jerit Izzati dan berlari ke arah Izhad setelah melihat langkah Izz menghilang. Izzati dari tadi, hanya melihat dari jauh pertengkaran ahli keluarga.

"Sampai hati abang, buat kak Izz macam tu. Sebab perempuan tak tahu malu dan tak guna ni! Entah betul, entah tidak gambar dia bagi. Izzati tak percaya Kak Izz seperti itu. Izzati benci abang... Sampai hati abang Had buat kak Izz macam tu." Marah Izzati tak terkata. Kecewa dengan sikap abangnya. Terus Izzati berlari menuju ke dalam rumah.

Safran yang baru sampai dengan Mas. Dijemput oleh Izhad. Terpinga-pinga melihat apa yang terjadi. Safran sangkakan ada majlis makan-makan. Tapi, lain pulak yang terjadi. Terkejut Safran dan Mas dengan apa yang mereka dengar dari mulut Izhad dari luar. Mas terus berlari dapatkan Izz.

"Had, apa kau dah buat ni?"

"Kau dah gila apa!" Marah Safran.

"Izhad hanya terdiam. Sebelum Izhad bersuara dan berbisik ke telinga Safran. "Saftan, tolong tengok-tengokkan Izz bagi pihak aku." Air matanya tak tertahan melihat orang di cintai terluka kerananya.

"Aku tak sangka. Kau boleh bertindak sejauh ini, Had." Kecewa Safran sebelum berlalu pergi mengikuti Mas.

Izzani melihat Izhad seperti dirinya. Kisah lebih kurang sama dengan dirinya. Tapi, dia siasat dahulu sebelum menghukum. Tapi, Izhad terus lafaz tanpa bertanya pada Izz dan terus menghukum.

Melihat tindakan spontan Izhad tanpa siasat dahulu. Buat hati abangnya menggelegak menahan amarahnya pada adiknya yang bertindak terburu-buru seperti sebelum ini. Rasa nak belasah aje dekat situ juga. Bila melihat semua ahli keluarga ada. Izzani menahan dirinya. Izzani dapat rasakan. Izz bukan gadis seperti itu. Bukan seperti bekas isterinya. Terkantoi dalam bilik tidur dia sendiri. Tapi, hanya berapa keping gambar. Izhad terus menghukum Izz.

"Kenapa, Had suka buat keputusan terburu-buru. Cepat menghukum tanpa usul periksa. Abang kecewa dengan Had." Kata Izzani. Rasa geram dan hiba dengan segala tindak tanduk adiknya itu.

Izz berlari tanpa tujuan. Terasa sangat kecewa. Berkali-kali dia menggenggam rantai pada lehernya. Hatinya terasa sakit bagaikan di tikam-tikam sampai ke hulu hati. Sampai di taman kawasan perumahan. Izz berhenti melangkah kakinya berhampiran taman permainan. Dia melabuhkan punggung dibangku kerusi, tergetar-getar kaki lututnya. Izz tak sanggup nak teruskan lagi langkahnya. Nafasnya terasa sesak didada. Air matanya tidak berhenti mengalir membasahi pipinya. Terasa siksa tidak tertanggung dek oleh hatinya. Dia cuba kuat, tapi... Tetap juga sukar bagi dia untuk berfikir jernih pada ketika itu.

Ingatannya masih ingat memori pagi tadi masih segar di otaknya. Segala perbuatan Had yang lain semacam. Sebelum mereka sampai kerumah Tan Sri Omar dan Puan Sri Izlinda. Dari rumah lagi dan dalam kereta. Berkali-kali pipi dan bibirnya dicium. Ucapan kata, "Abang sayang, sayang." Diulang-ulang dilafazkan. Izz melihat sikap Izhad seperti tak nak pergi ke perjumpaan keluarga. Kelakuan Izhad sangat ketara dan aneh. Seperti dia sudah tahu perkara ini akan terjadi.

"Kenapa, abang? Kenapa?"

"Abang cakap, abang sayang Izz."

"Abang cakap, abang cintakan Izz..." Gumam Izz bersama air mata.

Air matanya mengalir tanpa henti. Cuba dikuatkan hatinya. Tapi, apakan daya. Dia pasrah dengan apa yang berlaku.

Izz cuba mengawal pernafasannya, tinggi rendah. Sukar dia bernafas secara normal. Fikiran agak terganggu. Dia melihat Mas menghampiri dirinya. Air matanya masih berkaca-kaca. Lagi deras, bila melihat teman baiknya. Tubuh badannya dipeluk dan diusap lembut. Mas cuba menenangkan dirinya.

"Sabar yek Izz..." Mas tak berani untuk bertanya. Dia nak bagi Izz tenang dahulu.

"Semua sebab Qistina Mas..." Menggigil bibirnya nak bagi tahu Mas.

"Jom kita balik..."

Izz hanya mengeleng.

"Kita balik rumah kita..." Mas cuba memujuk.

Baru je, dia nak bangun. Pandangan matanya terasa kabur. Panas terik, baru nak meninggi buat kepalanya rasa nak pitam. Tambah pulak dia keluar rumah berkaki ayam kerana terkejut tanpa berfikir panjang terus dia melulu keluar.

"Kau, okay ke ni?" Ada riak risau dari Mas.

Tunggu tau jap, aku belikan air mineral. Mas minta diri untuk membelikan dia air mineral. Bila Mas ternampak makcik menjual air.

Masih terginyang-giyang ditelinganya kata-kata yang dilafazkan Had kepada dirinya. Walaupun sebelum ini dia sudah bersedia. Kalau waktu itu tiba.

Tapi, Izz tak menyangka, ia berlaku disaat dia amat mencintai lelaki itu sepenuh hati. Dalam fikirannya asyik menyatakan, "kenapa?"

Safran berlari kearahnya. Tercungap-cungup... Nafasnya yang panjang pendek.

Mas, memandang tajam kearah Safran. Kerana Safran sepupu dan teman dekat dengan Izhad.

"Kenapa awak dekat sini. Nak sakitkan hati Izz jugak ke?"

Baru, Safran nak balas jawab soalan Mas. Telefonnya berdering... Panggilan daripada Izzani. Membuatkan Safran terkejut dan tak sangka. Apa yang terjadi...

"Kau dah kenapa? Terkejut macam nampak hantu." Soal Mas bila melihat reaksi muka Safran pucat tiba-tiba.

"Izz..."

"Had!"

Tak terkata Safran, terasa tersumbat sesuatu di kerongkongnya ketika itu. Izz memandang dengan pandangan hiba. Denyut jantung Izz bertambah laju. Dia dapat rasakan sesuatu terjadi pada Izhad.

"Abang?" Gumam Izz. Terus berdiri dan terus berlari. Tanpa mendengar apa yang ingin dikatakan Safran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience