"Dik!"
"Oh, dik..."
Terus Izz membuka matanya. Bila terdengar seseorang memanggilnya berulang kali.
"Dik, okay ke?"
Izz masih lagi terpinga-pinga ketika di tanya. "Saya okay, kak...." Tadi rehat sekejap je. Tak sangka terlelap pulak.Â
"Ohhh...Yea ke? Akak ingat, adik pengsan tadi!"
"Terima kasih akak. Kejutkan saya. Sambil tersenyum paksa. Padahal memang pun dia hampir pengsan tadi.
"Okay dik. Akak minta diri dulu." Izz hanya membalas senyum.
Setelah bayang-bayang akak tadi menghilang.
"Syahid Izhad?"
"Suami aku!" Izz tak sangka. Segala memori tentang Izhad. Dia sudah ingat. Tapi... Masih samar-samar dan tidak semua, memori dia ingat.
Tiba-tiba bibirnya mengukirkan senyuman nakal.
"Hmm... Boleh tahan juga suami aku ni."
"Lagi, handsome!"
Bibirnya masih terukir senyuman. Bila teringat kembali memori ingatannya tentang Izhad. Cuma dia tak pasti?
"Betul ke? Aku sendiri yang alami? Macam tak percaya je aku. Aku dah kahwin?"
"Handsome tu..."
"Kahwin, kerana terpaksa!" Izz tersenyum nakal. Dia rasa semua memori tu macam mimpi. Dia rasa, Izz yang dalam ingatan tu bukan dirinya.
"Hmm..."
"Macam drama lah..."
"Boleh tahan jugak. Macam ala Korea lah. Mentang-mentang aku suka drama korea. Asal handsome sikit, mesti nak samakan dengan artis Korea. Izz... Izz..."
"Hmm... Bila aku dapat jumpa dia?"Â
Mengeluh Izz. Tersengeh-sengeh macam kerang busuk. Bila dia teringat siapa 'Syahid Izhad.'
"Jauhnya, kau bawa diri. Sampai ke Dubai?"
Mas ada cakap. Dia pergi ke sana, sebab kerja.
"Macam mana aku nak berjumpa dengan dia yek?"
"Hish, kau ni Izz!" Sabar laa...
"Buat apa? Kau nak peningkan kepala."
"Bila nak berpisah nanti. Muncul laa dia."
"Aha... Iyakan..."
Setelah penat lelahnya lega. Cepat-cepat Izz gerakkan langkah kakinya dengan laju. Tak sabar dia nak tanya Mas macam-macam.
"Betul ke? Dia pernah bercinta orang bernama Mikael?"
Sampai sahaja Izz dirumah sewanya. Mas berperang di dapur untuk sediakan sarapan pagi. Langkah sahaja Izz masuk. Mas sempat menjeling ke arah pintu masuk. Yang bersebelahan dengan dapur memasak. Tangan Mas ligat menumis bahan-bahan nasi goreng... Habis satu rumah berasap.
"Asalamuaikum... Mak cik..."
"Sedapnya bau!"
Kata Izz, yang suka panggil Mas gelaran 'mak cik'. Begitu juga dengan Mas. Panggilan manja antara mereka berdua.
"Waalaikummusalam..."
"Mestilah sedap. Aku yang masak!"
"Izz, kau dari mana?" Aku ingat kau dalam bilik lagi. Kau, okay ke? Buat aku risau je. Telefon pun tak bawa. Risau aku, bila teringat kau menangis teresak-esak pagi tadi. "Seram sejuk dibuatnya tau!" Tangannya masih ligat mengacau-gacau nasi di dalam kuali. Sambil membebel. Izz masih lagi membisu dan tersenyum melihat tingkah laku Mas. Macam tak percaya. Sahabat baiknya tetap dia ingat.
"Kau keluar, tak bagi tahu pun?"
Selalunya, kalau kau nak keluar. Mesti bagi tahu aku. Tak pun, hantar message je dekat whatsapp.
"Aku bukan apa? Aku risau, takut kau pengsan lagi." Membebel Mas panjang lebar. Tangannya tetap ligat memasak sambil membebel. Tak sempat Izz nak jawab. Bertubi-tubi soalan Mas tanya.
"Sorry Mas..."
"Aku, pergi jogging. Taman depan ni. Saja ambil angin pagi. Maaf yek Mas, buat kau risau."
Izz, tak nak buka cerita. Dia sebenarnya hampir pengsan dan siap tertidur lagi. Disebabkan itu. Dia sudah ingat kembali siapa Izhad.
"Lain kali, ajak aku sekali. Jangan pergi sorang-sorang. Kau tu, bukan boleh percaya sangat! Kalau jadi apa-apa macam mana?"
"Siapa nak tolong!"
"Baik Mas, sayang... Nanti aku ajak kau sekali."
Izz melabuhkan punggungnya berehat seketika di kerusi. Sambil melihat Mas yang sedang memasak dan membebel.
"Izz, kau tak takut ke? Kalau rahsia kau, terbongkar?"
Izz memandang Mas penuh tanda tanya. Kenapa, dia mesti rasa takut? Ada lagi, yang dia tak ingat?
Mas ada bagi tahu. Dia sepatutnya ikut sekali dengan Izhad ke Dubai. Tapi, sebab perjanjian. Tinggal lah dia di tanah air tercinta. Kembali bujang, dengan status isteri orang. Izz memang tak ingat langsung. Kenapa dia kena sembunyi. Sebab itu, dia tak rasa takut. Main keluar je tadi.
"Ohh, pasal tu... Aku tak ingat. Sorry Mas. Buat kau risau."
Tak pe aku faham. Kalau kau nak tahu. Kau kena sembunyikan diri. Supaya rahsia kau dan laki kau tidak terbongkar. Izz setia mendengar.
Sebab itu, kau hanya habiskan masa duduk dekat rumah sahaja. Bila perlu sahaja. Kau akan keluar ambil angin. Itu pun, dekat kawasan rumah sahaja.
Izz tiba-tiba tersenyum sendiri. Fikirannya sudah jauh melayang. Bila teringat memori dia dengan Izhad.
"Izz!"
"Kau dengar tak, aku cakap ni?" Hish, tersenyum pulak dia. Berangan lah tu!
"Kau, dah ingat ke?"
"Siapa Izhad! Laki kau tu?"
Izz hanya tersenyum.
"Tersenyum lagi... Berangan lagi lah tu?"
"Sudah, laa!"
"Pergi mandi!"
"Sekejap lagi kita makan sama-sama yek. Cepat! Jangan berangan pula dalam bilik air."
"Baik Mas..." Aku mandi koboi je.
"Ikut suka hati kau laa Izz... Janji, cepat. Aku dah lapar ni."
"Baik Mas. Mas, nanti aku nak tanya kau sesuatu. Boleh?"
"Mestilah boleh... Banyak-banyak pun tak pe. Selagi aku boleh jawab."
"Cepatlah mandi!"
"Aku tak sabar nak makan nasi goreng kampung ni. Kalau dah sejuk tak sedap."
"Okey Mas. Aku nak masuk lah ni!"
"Nak masuk... Tapi masih berangan lagi tu..."
Cepat-cepat Izz bangun dari kerusi. Sebelum dia kena membebel lagi dengan Mas. Izz masih lagi tersenyum. Dia macam tak percaya. Orang sekacak itu boleh jadi suami dia.
.
.
.
Baru sahaja dia mula berkerja. Fikiran Izhad terganggu dengan kata-kata Safran di airport. Semua kerja yang dia lakukan serba tak kena.
"Bila kau nak lepaskan dia. Bukan apa, cepat habis iddah aku masuk meminang."
"Safran bersedia menerima Izz? Kalau aku lepaskan Izz?"
"Kenapa, aku hati terluka dengan kata-kata Safran? Bukan ini ke, aku nantikan selama ini. Selepas aku balik dari Dubai."
Untuk lepaskannya...
.
.
.
Sesudah Izz siap membersihkan diri. Izz menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya. Nasi goreng kampung sudah dihidang ke pinggan oleh Mas. Bersertakan air kopi o panas kesukaannya.
Nasi goreng kampung disuap ke mulutnya perlahan-lahan.
"Sedapnya Mas, aku rasa macam pertama kali. Aku rasa kau masak sesedap ini."
"Apa? Jadi selama ni, aku masak tak sedap la yek? Nak merajuk la macam ni..."
"Ish, kau ni. Aku puji pun nak sentap. Hihihi." Jangan la merajuk. Aku, macam tak percaya. Kau masak, sesedap ini.
"Nak bodek la tu." Mas tersengeh-sengeh. Bila dipuji. Mas menikmati nasi goreng yang dia masak.
"A,ha..." Apa yang kau nak tanya sangat, tadi. Soal Mas. Bila selesai suapan terakhir ke dalam mulutnya.
"Mmm..."
Izz terkelu, nak bertanya pada Mas. Dia takut, Mas berfikir dia tak betul pulak. Asyik tanya soalan yang bukan-bukan dari tadi.
"Tanya jelah! Jangan? Mmm... Je!"
"Kalau kau buat macam tu. Aku tak pasti nak jawab apa? Tiada soalan. Tiada la jawapannya?" Gurau Mas dan tersenyum bila melihat Izz seakan sukar nak berkata-kata.
"Siapa Mikael?"
"Aku, kenal dia ke?"
Giliran Mas pulak yang terkedu dan terdiam. Mas tak berani lagi nak cerita pasal Mikael.
"Kau dah ingat semua ke pasal Mikael? Dan, kejadian tempoh hari?"
"Hmm... Kejadian tempoh hari? Ada lagi yang aku lupa ke, Mas?"
Mas, menarik nafas panjang. Sebelum bercerita. Siapa Mikael?
"Izz, kalau kau nak tahu. Dulu kau ada boyfriend bernama Mikael atau nama panggilan dia Kael. Tapi, selepas dia balik Malaysia. Kau dapat berita dia dah meninggal sebab kemalangan. Masa tu kau tak habis belajar lagi, sama dengan aku. Kau sedih dan kecewa sangat. Kau pernah cakap. Selagi kau tak lihat kubur dia. Kau, masih percaya lagi. Dia masih hidup."
"Wow! Jadi betul lah!"
"Aku pernah ada boyfriend nama Mikael?" Handsome orangnya."
"Tapi... Tak boleh lawan. Mamat yang dah jadi suami aku tu. Lagi handsome la Mas." Sempat lagi dia memuji.
"Amboi Izz!"
"Puji melambung kau. Dekat laki kau!"
"Kalau lah kau ingat. Part kau berperang mulut sebelum di tinggalkan. Mesti kau tarik balik kata-kata kau tadi." Bisik hati Mas.
"Kau dah ingat ke, Izz?
"Siapa suami kau?"
"Sikit-sikit je. Tiba-tiba aku teringat siapa Izhad. Masa dekat taman tadi."
"Pasal Mikael? Selepas solat subuh tadi, aku terlelap sekejap."
"Jadi betul la... Mikael atau Kael tu wujud dalam hidup aku?"
Izz seakan tak percaya. Apa yang baru Mas beritahu kepadanya. Dia ingat. Semua tu hanya sekadar mimpi sahaja.
"Boleh kau cerita? Macam mana aku boleh hilang ingatan?" Tanya Izz nada serius. Sambil memandang Mas yang duduk dihadapannya.
Setahu aku kau okay je sebelum ni. Okey je. Sebelum... Mas tak sempat habis bicara. Izz sudah memotong kata-katanya.
"Lagi satu, aku nak tahu."
"Aku pernah kemalangan teruk ke?" Sampai aku tak ingat apa-apa?"
Macam ni Izz. Dalam tempoh setahun ni. Kau tinggal dengan aku. Selepas suami kau tinggalkan kau. Kau tak pernah sakit atau pengsan. Kehidupan kau sentiasa bahagia seperti tak ada apa-apa berlaku. Tapi, semenjak dua menjak nie. Kau tiba-tiba jatuh pengsan Izz. Tapi, bila kau bangun. Kau mesti lupa apa yang terjadi. Nasib baik, kau masih ingat siapa aku. Kau cuba lupa kejadian yang sekejap je.
"Jadi, aku tak pernah kemalangan?" Tanya Izz masih tak puas hati.
"Setahu aku lah. Kau pernah koma sebab jatuh tangga aje. Masa tu umur kau 18 tahun."
Baru Izz nak bertanya lagi.
Lagu the love davinci... Berulang kali berdering. Izz terkelip-kelip. Bila di tegur Mas.
"Sorry, aku ingat telefon kau tadi."
Baru sahaja Izz nak angkat. Tiba-tiba Izz membeku. Tak berani nak angkat. Mas pelik melihat reaksi Izz.
"Kenapa, kau tak angkat?"
"Nombor tak naik nama? Aku takut la, nak angkat. Manalah tahu. Kut-kut suami aku call? Aku nak jawab apa?"
"Hish... Kau ni. Takkan kau tak save nombor dia?"
"Mana la aku tahu. Aku tak ingat pun. Aku save. Nama dia apa?"
"Angkat jela!" Setahun dia tak call kau.
"Setahun!" Dia tak pernah call aku! Izz seakan terkejut.
"Aha..." Tak pernah. Last call pun sebelum dia berangkat ke sana. "Angkat lah! Ada hal penting lah tu?" Mas main agak.
"Tak nak la. Kau laa tolong jawab. Please!" Izz menghulurkan phone ke arah Mas.
"Ish, kau ni. Meh lah aku jawab." Baru je Izz nak pas ke tangan Mas. Talian dan bunyi dering tadi sudah terputus.
"Habis la kau Izz. Kalau betul, tu suami kau yang call. Jadi singa la dia." Sakat Mas.
"Laki aku macam singa ke?" Berdebar-debar jantung Izz.
Tergelak Mas melihat Izz gelabah semacam. Aku gurau je lah. Aku mana pernah jumpa dia lagi.
Dalam masing-masing gelak dan berdekah-dekah. Tiba-tiba telefon Izz berdering lagi. Mas dan Izz saling pandang antara satu sama lain. Sebelum Izz mengumpul kekuatan untuk menjawab panggilan.
Share this novel