Bab 23

Romance Completed 27497

"Arghhh!" Jerit batinnya.

"Kenapa baru sekarang, kau muncul kembali, Qis!"

Izhad tak menyangka. Orang yang di maksudkan Izz. Rupanya "Qistina." Dia tidak tahu menahu langsung. Qistina adalah anak susuan mama Syahkila. Izz Zulaika dan Qistina adalah adik beradik ibu susuan. Dia dapat tahu pun. Setelah mereka sampai. Itu pun, mama Syahkila yang bagi tahu.

"Kenapa dia sembunyikan pada aku? Apa, muslihat kau Izz!"

Selepas sahaja, Qistina balik. Izhad meminta izin dekat Zulfadli dan Syahkila. Untuk naik ke bilik. Alasan diberikan pada keluarga Izz. Dia ingin bersihkan diri dan istirehat. Izhad sembunyikan perasaan amarahnya pada Izz meluak-luak.

Izz dapat lihat dengan jelas. Perubahan mendadak dari riak wajah dan sikap Izhad. Selepas dia berjumpa kembali bekas kekasihnya itu.

Izz baru ingat memori di tasik. Serupa seperti Qistina. Jadi dia dapat agak, siapa Qistina bagi Izhad.

"Iyalah... Izzati pernah tunjuk gambar kat aku?"

Izhad dengan tiba-tiba tidak pedulikan dia lagi. Izhad banyak diamkan diri. Sejak kemunculan Qistina. Riak wajah Izhad seakan menahan kemarahan. Izz dapat rasakan. Mesti ada kena mengena dengan 'Qistina.' Bila dia melihat suaminya tiba-tiba banyak diamkan diri. Tak seceria sebelum mereka sampai.

Aku, ada buat salah ke? Kenapa dia, macam tak ada mood je. "Ni, macam mana aku nak naik tangga?" Kalau dia, dah naik atas dahulu? Dia nak naik pun. Tak cakap dengan aku. Dia bagi tahu mama papa je.

"Izz, panggillah Had." Minta Had tolong. Papah naik ke atas.

"Sikit je ni mama." Anak mama kan kuat. Boleh je, naik sendiri. Jawab Izz, sembunyikan perasaanya yang sedih.

"Iyalah tu. Naik plan-plan. Nak, mama tolong?" Syahkila pelik, anak dan menantunya. "Gaduh ke?" Terus Izz percepatkan langkahnya. Sebelum Zulfadli pulak yang tegur.

"Kenapa, tiada tanda kerisauan dihati Izhad lagi. Bila dia, nak naik tangga bersama tongkat?" Padahal dalam perjalanan ke Penang. Izhad siap berpesan, banyak kali padanya. Kalau nak naik tangga, tunggu dia dahulu. Lama Izz menunggu. Akhirnya, dia pasrah dan terpaksalah Izz naik sendiri. Dengan kaki terhincut-hincut bersama tongkat.

Naluri Izz kuat menyatakan. Ada yang tak kena dengan Izhad. Selepas dia berjumpa Qistina. Izhad terus tidak pedulikan dia langsung.

Betapa susahnya, bagi dia. Nak naik tangga menggunakan tongkat. Mana Izhad yang terlalu risaukan dia semasa di hospital tadi? Mana Izhad yang susah hati dan ambil berat. Ketika dia sakit? Mana? Mana? Jerit batinnya.

Di dalam bilik, Izhad banyak berfikir dengan apa yang dikatakan oleh Qistina. Sukar untuk dia percaya.

"Betulkah ke? Apa, yang dikatakan Qistina tentang Izz?" Sakit kepala dibuatnya. Bila Izhad memikirkannya.

"Qistina tolak lamaran aku. Sebab Izz?"

"Sorry... Izz adik I. I tak sampai hati nak lukakan hati dia."

"Sorry Had, you turut terluka disebabkan I."

"I minta diri dulu..."

"Argh!" Jerit Izhad dalam hatinya menahan kemarahan meluak-luak. Siapa yang perlu dia percaya sekarang. Izz atau Qistina?

Kedengaran pintu bilik air di buka. Izz melihat Izhad melangkah keluar dari bilik air. Izz cuba menghampiri Izhad dengan berani. Izz cuba menghalang laluan Izhad. Mendepa tangan. Tapi...Tangan Izz di tepis kasar oleh Izhad.

Dan dengan tak sengaja. Membuatkan Izz hampir terjatuh. Disebabkan badan Izz, tak seimbang. Lega hati Izz. Sempat dia menahan dengan kedua belah kakinya. Walaupun, sebelah kakinya masih lagi sakit. Izz cuba mengawal emosinya yang geram dengan sikap Izhad terhadap dirinya.

Terkedu Izhad. Bila dia tak sengaja tertolak tangan Izz. Lega hatinya, Izz tidak terjatuh. Hatinya tetap membara bila teringat kata-kata Qistina.

Hatinya terlalu kecewa. Terasa, seperti dipermainkan oleh Izz. Tiba-tiba terasa meluat dan menyampah. Untuk memandang wajah Izz. Dia tidak tahu kenapa. Mungkinkah dia sudah termakan sedikit dengan kata-kata Qistina.

"Awak sekejap lah!"

"Boleh tak, awak jangan buat saya macam ni. Kita berbincang?" Kalau awak tak puas hati. Bagi tahu saya? Bukan buat saya, macam tak wujud. Macam ini. Sampai hati awak... Dah, tak pedulikan saya lagi.

"Please... Awak!" Kita berbincang dulu?

Izz, cuba mengajak Izhad berbicara dan berbincang.

"Baik!" Kata Izhad, bersedia untuk berbincang. Emosinya cuba dikawal.

"Aku nak tanya kau dengan jujur, Izz."

"Apa, dia. Cakaplah, insyallah saya akan cakap jujur dengan awak." Kata Izz nada lembut. Sambil tersenyum, menahan denyutan kuat di kakinya.

"Awak, kenal siapa Qistina selama ini?" soal Izhad suara garau.

"Tak."

"Saya tak kenal." jawab Izz laju.

"Ini kali pertama. Saya jumpa dengan dia." Mama papa saya je, kenal siapa Qistina? Saya tak pernah jumpa dan tak pernah tengok muka dia lagi. Itu sebab, kita balik. Mama cakap, dia nak sangat berjumpa saya?

"Baik kau terus terang pada aku sekarang ni, Izz? Aku paling benci. Orang yang cuba bohong dan tipu aku!"

"Tipu?"

"Bila masa? Saya tipu, awak!"

"Inilah pertama kali, saya tengok ex girlfriend awak tu."

"Macam mana kau tahu. Qistina tu, ex girlfriend aku? Aku rasa? Aku tak pernah cerita lagi atau bagi tahu kau pun. Siapa 'Qistina.'

Izz terdiam. Terkelu lidahnya untuk berkata-kata. Sebelum Izz menjawab pertanyaan Izhad. Dia tarik nafas dalam-dalam. Tak sanggup Izz nak cakap, nama adik iparnya. Izzati yang bagi tahu dia.

"Saya jumpa gambar awak dengan Qistina dalam bilik." Baru Izz teringat. Gambar Qistina. Ada dalam almari laci, bilik Izhad. Nasib baik, itu yang terlintas difikiran Izz masa itu.

"Kau, jangan nak tipu aku. Izz!" Macam mana? Awak muncul tepat waktu. Masa, aku berpisah dengan Qistina. Ini semua rancangan kau kan? Supaya aku. Terima kau, sebagai pengganti "Qistina." Supaya kau, dapat kahwin dengan aku kan!

"Baik kau cakap jujur dengan aku, Izz!"

Bentak Izhad nada yang cuba dikawal supaya penghuni dalam rumah tak mendengar mereka sedang berbalah.

"Astaghfirullahalazim..."

"Sampai hati awak tuduh saya, Had. Macam tu sekali." Balas Izz. Suara mulai tersekat-sekat. Sebak didada. Dengan tuduhan Izhad kepada dirinya. Air liurnya, terasa pahit untuk ditelan.

"Kalau awak nak kembali dengan dia?"

"Tolonglah... Jangan tuduh saya bukan-bukan. Saya tak sukalah!" Nada suara Izz sudah menggigil. Air matanya sudah mula bertakung dan cuba ditahan daripada mengalir ke pipi.

"Pandai, kau berlakon Izz! Buat aku hampir percaya dengan keikhlasan kau."

"Apa?"

"Sampai hati awak Izhad. Tuduh saya macam tu!"

"Apa, yang Qistina cakap dekat awak? Sampai awak tuduh saya macam tu sekali."

"Sudahlah, saya malas nak bertengkar dengan awak ni! Bukan awak dengar pun kata-kata saya. Awak lebih percayakan Qistina daripada saya. Okay, terpulang!"

Kata Izz nada tegas dan marah. Dia cuba kawal emosinya. Geram dengan tuduhan Izhad. Dia tak nak bergaduh didalam rumah. Cepat-cepat dia hentikan berbicara.

Izz baru hendak melangkah menuju ke katil. Tapi, pergerakkan langkah kakinya dihalang.

"Aku belum habis cakap lagi, lah!" Kata Izhad nada kasar dan tidak sengaja pergelangan tangan Izz, ditarik kasar. Sudah lah wanita itu bertongkat.

"Argh..."

"Aduh!"

Disebabkan tubuh Izz tak seimbang. Izz terjatuh dan tersungkur di lantai.

Nasib baik, Izz menahan badannya dari terus jatuh seperti nangka busuk. Tapi, nasib tak menyebelahi Izz lagi. Dia tak dapat elak, mukanya terkena batang tongkat. Menyebabkan pipi gebu milik Izz. Kemerahan dan lebam. Kakinya pula, jangan cakaplah. Kekejangan otot dan berdenyut-denyut sangat kuat.

Terkedu Izhad seketika. Dia pernah berjanji pada dirinya. Dia tak akan biarkan Izz terluka lagi. Baru sahaja dia nak capai tangan Izz dan membantu Izz bangun. Niat dan perbuatan dia, jadi terbantut nak hulurkan tangan membantu Izz. Bila dia teringat balik kata-kata Qistina. Terus Izhad berlalu pergi. Dengan jiwa membara. Dia, biarkan Izz terkontang kanting bangun sendiri dengan hati terluka.

"Sampai hati awak Had. Apa salah saya pada awak..." Gumam Izz perlahan tapi menusuk pedih ke hulu hati Izhad. Air matanya tak dapat dibendung lagi. Dalam kesakitan, air matanya berkaca-kaca mengalir dipipi.

Izhad terus melabuhkan badannya ke kerusi sofa, yang ada dalam bilik Izz. Tangan kanannya terus diangkat dan diletak ke atas kepala. Sambil menutup mata. Izhad menahan rasa sakit dihatinya. Bila melihat Izz terluka kerana dia. Tapi, hatinya bertambah rasa sakit dan luka. Bila dia teringat kata-kata Qistina.

Izz pula, melabuhkan badannya di atas tilam. Kakinya yang bengkak. Terasa amat sakit. Terus dia menelan 2 biji. Ubat tahan sakit yang diberikan oleh Doktor Kamarul.

Tapi, tak sesakit hatinya yang sangat-sangat terluka dengan kata-kata yang keluar daripada mulut Izhad. Terasa dihiris-hiris berlipat kali ganda menikam ke lubuk hatinya. Air matanya yang mengalir sukar berhenti. Hanya kedengaran bunyi hidung yang tersumbat.

"Aku sangka panas sampai ke petang. Rupanya ribut taufan sudah menanti."

Perlu ke, aku mulakan. "Perpisahan?" Bisikkan halus menghasut hatinya.

Sebelum Izz menutup matanya. Sempat dia berbicara dengan Izhad.

"Awak, saya dah bersedia. Kalau awak nak berpisah dengan saya. Kembalilah semula pada Qistina."

"Tapi, please... Saya merayu pada awak. Tolong... Jangan tuduh saya seperti itu. Cukuplah Izz Zulaika pernah di hina dengan kata-kata kesat dengan Mikael."

"Asalamuaikum... Selamat Malam." Mengumam Izz nada sedih berkata pada Izhad. Akhirnya Izz tertidur ditemani air mata.

Bila Izhad mendengar kata-kata Izz. Dia bertambah-tambah keliru. Siapa yang perlu dia percaya sekarang. Bila, Izz sebut nama Mikael. Hatinya bertambah-tambah sakit dan terluka.

Ikutkan hati, sekarang juga dia nak balik ke Kuala Lumpur. Sebab tak nak keruhkan keadaan lagi. Izhad akur untuk menunggu sampai esok sahaja. Izhad nekad. Habis saja majlis dia terus balik.

Tak jadi dia nak ke rumah Tok Ma nya di kedah. Dia nak buat kata putus dengan Izz. Dia tak nak tunggu lagi. Hatinya sangat terluka. Dia pun tak pasti akan terima balik Qistina dalam hidupnya atau tidak. Tapi, kalau betul apa yang dikata Qistina. Dia keliru dengan hatinya.

Siapa sebenarnya bertahta di hati dia selama ini. Izz atau Qis? Izhad bertambah keliru dengan kata hatinya. Namun, hatinya tak rela melepaskan genggam tangan Izz lagi. Dia, lebih rela. Ikat Izz gantung tak bertali. Dari melihat Izz bahagia bersama orang lain. Akhirnya mereka tidur dengan hati masing-masing terluka.

Waktu sarapan pagi, sebelum majlis doa selamat bermula. Syahkila bertanya kepada Izz pasal lebam di mukanya. Izz dah tacap-tacap setebal mungkin. Tapi... Masih lagi nampak lebamnya. Izhad terasa serba salah. Kerana dia. Izz terluka.

"Maaf, mama papa. Ini semua, salah Had." Sebab itu Izz terjatuh. Terkejut Izz, Syahkila dan Zulfadli. Sambil memandang Izhad. Belum sempat Izhad. Berkata lagi. Cepat-cepat Izz memotong percakapan Izhad.

Izz, terjatuh semalam. Mama papa... Abang Had nak tolong. Izz tak bagi. Itu yang jatuh macam nangka busuk. Tak pasal-pasal pipi lebam sebab kena tongkat. Tersengeh-sengeh Izz bila berbicara. Baru je, Izhad nak buka mulut lagi. Izz mencapai tangan Izhad. Digenggam dengan lembut di bawah meja. Bukan saja pipi. Mata juga turut bengkak. Puan Syahkila tak berani nak bertanya lagi. Risau membuat keadaan bertambah keruh lagi.

"Kamu ni Izz. Cuai sangat. Sudah Had. Kamu, tak payah rasa serba salah. Izz, memang macam tu. Suka berangan. Tengok kaki dia bengkak? Cuai sebab dia suka berangan." Membebel Zulfadli pada anaknya pula.

Tetap pukul 11.00 pagi. Rumah Tuan Zulfadli dan Puan Syahkila di penuh tetamu. Cuma kelibat bayang-bayang susuk tubuh Qistina sahaja belum muncul lagi.

Izz sudah bersiap. Ambil tempat duduk dimeja makan bawah canopy. Marah-marah Izhad. Dia ambilkan makanan dan minuman untuk dirinya. Itu pun mamanya yang menyuruh. Kalau tidak, mesti Izhad buat tak tahu aje dengan dia. Mesti, mama perasan. Izhad, layan dirinya. Acuh tak acuh. Tapi, mama banyak nasihat kepadanya. Supaya dia, banyak bersabar. Mama siap doakan rumahtangga dia dan Izhad. Kekal hingga ke jannah. Sentiasa bahagia dan dilindungi. Izz hanya tersenyum pahit. Dia tak mengharap apa-apa daripada Izhad. Kalau sudah tiba masanya. Dia berpisah. Izz pasrah.

Setelah selesai sudah majlis doa selamat. Izz pelik. Kelibat Qistina tak muncul-muncul lagi. Mamanya asyik bertanya kepadanya. "Qistina dah datang." Penat untuk dia menjawab. Izz dapat rasakan, kemunculan Qistina. Ada agenda tersendiri.

Tapi, kalau tujuan Qistina. Mendekati keluarga dia ada motif sendiri. Dia, tak akan duduk berdiam. "Tahulah, nasib dia? Macam mana aku nak ajar dia nanti." Fikir Izz yang bukan-bukan.

Akhirnya, muncul juga kelibat bayang-bayang susuk tubuh Qistina berpakaian lengkap berbaju kebaya pendek. Rambutnya ikal mayang saja di lepas. Datang seperti super model. Tiba-tiba, terus dia menuju kearah suaminya Izhad. Yang sedang melayan tetamu yang hadir.

"Hish... Minah celup ni. Memang saja, cari pasalkan."
Bukan, nak jumpa mama dan papa dulu. Memang saja, nak sakitkan hati akukan. Mas ada berpesan suruh aku banyak-banyak bersabar. Geram betul hati dia melihat Qistina tergedik-gedik sebelah Izhad. Tersenyum dan ketawa bahagia. Nasib baik kaki aku sakit. Kalau tak? Habis kau, Qistina. Aku ganyang-ganyang kau.

"Sabar Izz, sabar."

Izz tak kisah pun. Kalau itu yang Qistina inginkan. Untuk kembali pada Izhad. "Nak ambil. Ambil lah..". Dia tidak berharap Izhad sukakan. Dia cuma berharap Izhad percayakan dia sahaja.

Dalam, seronok Izz mengomel dalam hatinya. Muncul pulak seseorang menyapa Izz.

"Asalamuaikum... Izz."

"Apa, khabar? Awak sihat?"

Terkejut Izz. Sebelum menyambut pemberian salam Nizam. Tanpa menyambut tangan yang dihulur.

"Waalaikummusalam..." Jawab Izz bersahaja. Sambil tunjukkan kakinya berbalut. Maksudnya tengah sakitlah. Sambil tersenyum.

"Boleh saya duduk..." Kata Nizam. Calon pilihan papanya. Orang yang suka buli dia suatu ketika dahulu.

Izz ingat-ingat lupa siapa? Siapa orang yang menegurnya.

"Duduklah kalau tak segan." Perli Izz. Dia baru ingat siapa Nizam.

Sedang Izz berbual-bual dengan Nizam. Ada sepasang mata sedang memerhatinya dari jauh. Dengan perasaan cemburu meluak-luak.

Izz perasan. Dari, mula Nizam berbual dengan dirinya. Izhad asyik memandang ke arahnya dari tadi. Dia pun tak senang duduk. Terasa diperhatikan. Dia tahu sangat perangai Izhad. Kuat sentap dan mudah salah faham tak tentu pasal. Tambah pulak, Izhad melihat dia bersama seseorang.

Izz, bukan suka pun berbual dengan Nizam. Tapi, terpaksa. Nizam pun, bukan duduk rapat dengan dirinya. Dia pun kurang selesa dengan kehadiran Nizam secara mengejut.

"Izz, kenapa kaki awak tu?" Muka pun ada kesan lebam. Suami awak, layan awak okay ke? Kata, Nizam ada nada risau.

"Okay..." Dia layan saya dengan baik. Penuh kasih dan sayang.

"Ini?"

"Sambil menunjukkan kakinya yang berbalut. Saya jatuh tangga. Dekat rumah saya semalam." Sebab itu, muka saya lebam. Kaki saya bengkak dan terseliuh. Saja Izz berkata begitu.

"Mesti kau berangankan?" Kata Nizam. Izz jeling Nizam dengan pandangan maut.

Macam mana dia tahu aku suka berangan. Mesti papa lah ni bagi tahu?

"Jangan pandangan macam tu... Tergoda saya tau." Gurau Nizam.

Terus Izz berkerut dahi.

"Izz, aku datang ni. Aku nak minta maaf. Aku selalu sakitkan hati kau selama ini. Aku, harap kau maafkan aku."

"Hmm..."

"Tak pe, aku pun sudah lama maafkan kau. Semua orang ada buat silap. Begitu jugak dengan aku." Aku pun. Nak minta maaf. Kerana, aku tolak lamaran kau dulu.

"Mungkin, bukan jodoh kita." Mungkin jugak, suatu hari nanti, jodoh kita. Jawab Nizam nada gurau tapi, masih berharap ada harapan yang cerah bersama Izz. Berkerut-kerut dahi Izz. Bila mendengar kata-kata Nizam. Walaupun, Nizam hanya bergurau.

"Izz, aku tanya kau jangan marah yek? Betul apa yang aku dengar. Kau dan Qistina?"

"Adik beradik susuan?"

"Hmm..." Izz hanya mengangguk.

"Aku, nak bagi kau nasihat sikit. Hati-hati, dengan Qistina?"

"Baru je, Izz nak tanya kenapa?" Izhad sudah muncul bersama Qistina.

"Izz, awak okay?" soal Izhad tiba-tiba.

"Saya okay je," jawab Izz lembut. Baru Izz nak kenalkan Nizam pada Izhad. Nizam terus buka mulut dan berbicara.

"Hai, Qistina... Lama kita tak jumpa!" Kata-kata Nizam. Buat Izhad dan Izz memandang antara satu sama lain.

"Qis, kau kenal siapa dia?" tanya Izhad membuatkan Qistina terdiam sambil tersenyum.

"Mestilah saya kenal dia. Kitaorang satu tempat belajar." Tapi, Qistina sempat 1 semester je... Lepas tu kitaorang dah tak jumpa. Sampuk Nizam sebelum Qistina mula bicara.

"Kalau awak nak tahu? Izz...

"Qistina ni popular tau. Ramai perminat. Betul tak Qistina?" Perli Nizam sambil senyum sinis dengan maksud mendalam.

"Terus Izz memandang ke arah Izhad?" Izz dapat rasakan. Izhad tidak suka kehadiran Nizam dalam majlis itu.

"Awak, suami Izz kan?" tanya Nizam.

"Iya, kenapa? Ada masalah ke?" Jawab Izhad nada kasar.

"Kalau kau sayangkan Izz. Baik kau jaga dia elok-elok. Kalau, kau? Tak nak kehilangan dia!" Kata Nizam bagi amaran.

"Kau apa hal!"

"Datang, entah di jemput atau tidak. Tiba-tiba nak nasihatkan aku!" Marah Izhad sukar di kawal.

Baru Nizam nak balas bicara Izhad. Cepat-cepat Izz menghalang. Izz risau, tiba-tiba ada puting beliung dekat rumahnya.

"Nizam, please!"

"Jangan, buat kecoh dekat sini. Boleh tak?" Marah Izz. Sambil menghalang Izhad yang tengah angin terhadap Nizam. Tanpa menunggu, Izz cepat-cepat membawa Izhad masuk ke dalam rumah. Dia tak nak kedua-duanya buat kecoh dekat rumahnya masih ada tetamu.

Tinggallah Qistina dan Nizam. Dekat meja makan, bawah khemah.

"Kau jangan ingat. Aku tak tahu. Tujuan kau Qistina. Kalau kau cuba ganggu Izz. Aku tak akan berdiam diri."

Flashback Izhad perlukan darah.

Keadaan jadi kelam kabut di hospital tempat Kamarul praktikal. Darah yang susah di dapati. Tak ada stock. Kamarul merayu pada Izhad untuk membantu kerana Izhad sahaja. Ada darah yang Kamarul cari. Tapi, selang beberapa hari. Izhad tiba-tiba jatuh pengsan ketika dia buat aktiviti lasak.

Izhad terus dikejarkan ke hospital tempat Kamarul berkerja. Bila melihat tekanan darah Izhad. Izhad pulak yang kurang darah. "Tapi, sayang..." Stock darah Izhad derma. Sudah kehabisan bekalan. Merata-rata Kamarul mencari sumber darah sama jenis dengan Izhad tetapi gagal. Terasa serba salah diselubungi diri Kamarul. Kerana dia, Izhad pulak bertarung nyawa.

Kebetulan ada orang awam tawarkan diri untuk menderma darah. Akhirnya Izhad terselamat daripada bahaya. Dari situlah. Izhad berniat mencari menyelamatnya. Disangkakan Qistina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience