Semua ahli keluarga sudah berada di ruang meja makan. Izz tak sangka tetamu istimewa hari itu. Mama dan papanya. Selama setahun dia sembunyikan diri. Akhirnya dapat juga dia bertemu kedua orang tuanya.
Di meja makan semua menjamu selera menikmati masakan daripada Izz. Masing-masing memuji masakan Izz. Mama dan papanya tak menyangka anaknya pandai memasak. Bertambah selera semua ahli keluarga mereka menjamu selera. Termasuk suaminya. Walaupun tadi Izhad tak memuji masakannya. Tapi, masak lemak cili api adalah kegemarannya. Izhad boleh mengadap masak lemak ayam. Tak tengok kiri kanan. Tersenyum bahagia Izz dalam hatinya. Walaupun Izhad tidak berkata sedap atau tidak. Cukuplah dia melihat suaminya, berselera menikmati makanan. Siap berbisik kepadanya lagi. "Ayam masak lemak ada lagi tak? Kalau ada, simpankan. Abang nak makan malam nanti." Izz hanya mengangguk perlahan dan tersenyum.
Dalam dia bercerita tentang belajar masak dari Mr. goggle. Kepada semua ahli keluarga. Izz hampir saja tersasul bicara. Nasib baik Izhad cepat-cepat membantu dia.
Sesudah makan, Izz menolong bibik Yam mengemas meja. Puan Sri Izlinda sudah melarang. Tapi Izz berkeras hati untuk membantu. Izz sebenarnya nak melarikan diri daripada Izhad. Perasaannya masih tak hilang mengenangkan kejadian dalam bilik sebentar tadi. Izhad dari tadi, perasan gerak geri Izz. Cuba melarikan diri daripadanya. Izhad bersuara pada mamanya untuk membantu Izz mengemas. Terus Izhad bangun untuk dapatkan Izz.
Tersenyum bahagia Puan Sri Izlinda dan Syahkila melihat kebahagian anak-anak mereka. Mereka tak tahu di sebalik perkahwinan anak mereka hanyalah pura-pura. Sebaik saja Izz meletakkan pinggan mangkuk. Di sebelah singki.
"Awak, jap!" Tangan Izz di capai kasar dan digenggam lembut.
"Izz, cuba berlagak tenang."
"Apa?"
"Sorry, pasal tadi!" Kata Izhad masih merasa serba salah. Izz faham apa yang dimaksudkan Izhad. Saja dia buat-buat tak dengar.
"Saya okay?" Jawab Izz tersenyum nipis. Tapi jantung dia. Tiba-tiba berdeyut kencang.
"Tak?"
"Saya tahu, awak tak okay..." Ujar Izhad dapat rasakan, Izz masih marahkannya lagi.
Izz hanya membalas dengan senyuman nipis di bibir manisnya. Dan cuba melarikan diri lagi dari pada Izhad.
"Okay, saya minta maaf. Saya betul-betul tak sengaja." Pujuk Izhad.
"Please... Jangan cuba mengelak dan lari daripada saya?" Kata Izhad lagi cuba merayu dan memujuk Izz.
"Kita tunggu sampai esok je. Lepas tu, awak nak merajuk ke? Awak marah saya ke? Awak nak buat apa, ke? Suka hati, terpulang? "Please..." Jangan lari daripada memandang wajah saya selama dua hari ini?" Kata Izhad bersungguh-sungguh.
Hari nie sudah berapa kali dia dan Izhad minta maaf. Disebabkan Izhad rasa serba salah. Dia tak nak Izz, tak selesa bila melihat dirinya. Mereka perlu bertahan sampai esok sahaja. Masing-masing cuba mengelak dari menimbulkan keraguan dihadapan keluarga masing-masing.
"Saya malu je, dekat awak..." Sebab itu saya tak berani nak memandang muka awak. Itu je, bukan sebab saya marah sangat pun." Kata Izz sedikit berbisik. Menahan malu kerana terpaksa jujur dengan Izhad.
Tersenyum Izhad, bila mendengar kata-kata dari mulut Izz. Dia ingat Izz marah gila dengan dia. Disebabkan sikap dia yang kurang sopan tadi. Terus Izhad ambil peluang, memeluk pergelangan pinggang Izz dari belakang.
"Awak buat apa nie?" Terkejut Izz dengan perbuatan Izhad.
"Ambil peluang. Ganti, aksi panas yang terlepas tadi." Sakat Izhad. Suka betul dia melihat pipi gebu Izz kemerahan.
"Jadi, awak betul tak kisahlah soal tadi? Kalau kita? Hmm..." Ayat Izhad tergantung. Dia saja nak pancing ayat dekat Izz.
"Dah, lah... Lepas lah, nanti ada orang tengok lah!" Nada Izz sedikit tegas. Malu dengan soalan yang ditanya.
"Biarlah, apa salahnya. Kitakan suami isteri." Cepatlah jawab. Kalau tak? Saya tak nak, lepas. Saya cium awak dekat sini, baru tahu! Kata Izhad saja menakut-nakuti Izz.
"Awak nie kan?"
"Abang!" Bisik Izhad di telinga Izz. Seram sejuk bila terdengar suara menggoda Izhad.
"Cepatlah lepas..." Tak manis lah orang tengok. Izz cuba melepaskan diri dengan berbicara lemah lembut. Jantung dia berdenyut kencang lagi. Izhad sudah pandai kenakan dia. Bila dia berada dalam suasana tak dapat larikan diri.
"Tak, manis tak pe. Kita boleh tambah, gula. Kalau nak manis." Jawab Izhad selamba.
Tiba-tiba Izzati datang dan jerkah perbuatan abangnya itu.
"Abang Had! Buat apa tu?"
Membuatkan Izz dan Izhad terkejut. Disebabkan Izzati jerkah. Izhad terus lepaskan tangannya. Tapi, sekejap je. Izhad kembali memeluk Izz dengan kemas lagi.
"Bukannya nak tolong Kak Izz. Boleh? Abang Had, bermadu asmara dekat dapur?" Mengomel Izzati.
Izz, cuba leraikan pelukan Izhad, yang semakin kemas.
"Biarlah!"
"Sibuk je, dari tadi. Asyik nak kacau daun aje. Kalau tak, dah dapat anak buah tadi." Kata Izhad tak tengok kiri kanan.
Muka Izz bertambah-tambah merah dengan kata-kata Izhad tadi.
"Ma..., mama! Tengok abang Had ni! Dia kacau Kak Izz. Buat kerja bukan tolong pun."
Saja Izzati menjerit. Adiknya tahu Kak iparnya tak selesa diperlakukan seperti itu. Mungkin segan dengan sikap abang Had, cuba ambil kesempatan.
Terus Izhad lepaskan pelukannya. Bila Izzati guna kuasa memanggil nama mamanya.
"Ada, apa Izzati. Terjerit-jerit." Tak malu ke ada tetamu dekat depan. Marah Puan Sri Izlinda.
Tengok abang Had ni mama. Bukan tolong Kak Izz. Dia kacau Kak Izz buat kerja. Kata Izzati mengadu pasal Izhad.
"Dah, kamu pergi masuk." Kata Mama Izlinda bagi arahan.
"Izz, banyak lagi ke? Meh, lah masuk berbual-bual dengan mama papa." Tinggalkan je. Nanti bibik Yam sambung basuh.
"Kau ni, Had?" Kata nak tolong Izz? Bila kerja nak siap. Kalau Had asyik ganggu Izz je.
Izhad mati kutu. Bila kena membebel dengan mamanya. Izzati sudah cabut lari. Bila dimarah oleh Puan Sri Izlinda tadi.
"Had, tolong Izz lah mama."
"Iya, lah tu..."
"Tapi, cepat sikit. Asyik nak buli dan kacau Izz je. Karang tak siap kerja nanti." Perli mama Izlinda. Mamanya perasan sikap anaknya sedikit aneh kelakuannya sejak tiba di rumahnya pagi tadi. Macam pengantin baru je. Puan Sri Izlinda perasan Izhad asyik tersasul aje. Sekejap panggil sayang? Sekejap awak? Lepas tu, nama pulak?
Izz, tak nampak kekok sangat macam Izhad.
"Mahu Izz cool je. Tak tersasul. Dia sentiasa berlatih dengan Mas. Sebab tu dia selalu panggil Mas buah hati." Sayang...
Izhad berhenti membuli Izz lagi. Dia membantu Izz selesaikan kerja dapur apa yang patut secepat mungkin.
Sambil berbual, Izz dan Had membasuh pinggan. Izz bermain sabun. Izhad membilas pinggan. Terasa bahagia, Izhad rasa. Tak sangka kewujudkan Izz sebagai isterinya. Betul-betul menjadi penyeri dalam hidupnya walaupun sekejap.
"Saja Izhad menyakat Izz lagi..".
"Izz, malam ni. Saya nak upah boleh? Saya kan dah tolong awak?"
"Nak, upah apa pula?" Soal Izz.
"Nak upah, buat movie XX kita tergantung tadi?"
Izz renungan Izhad dengan pandangan maut. Geram dengan usikkan kasar Izhad. Terus merah sekali lagi pipi gebunya.
"Tak nak... Saya nak tengok cerita Korean. Awak buatlah movie XX awak tu sorang-sorang yek." Sebelum dia meninggalkan Izhad sorang-sorang dekat dapur. Berdekah Izhad ketawa bila mendengar kata balas dari Izz.
Rancak Izz, berbual bersama mama dan papanya. Tiba waktunya dia dan Izhad, bagi ole-ole dari Dubai. Izz hanya memerhati. Dia hanya cakap, Had sendiri nak bagi hadiah yang dia pilih. Izz ambil peluang pergi ke dapur, dia buat alasan nak hidangkan teh o atau kopi. Sambil berbual. Izz cuba mengelak takut dia tersalah bagi hadiah.
Mama Izlinda melarang. Tapi, Izz berkeras nak layan mereka. Dia tak nak tersalah bicara. Sebab bukan dia yang pilih semua hadiah tu. Dia tak sangka Izhad ingat juga buah tangan buat mama dan papanya. Walaupun untuk dirinya tiada. Dia tak kisah. Janji untuk mama papanya ada. Izz tak nak kedua orang tua dia syak sesuatu.
Lama Izz membuat air, sambil termenung jauh.
Bila tiba masanya, pasti akan berpisah juga dia dengan Izhad. Walaupun hatinya sedikit sedih bila memikirkannya. Tapi, Izz nak cipta banyak kenangan manis ataupun pahit. Dia tak kisah. Nak cari pasal ke? Nak bergaduh dengan dia hari-hari pun. Izz tak kisah. Selagi dia bergelar isteri Izhad. Dia akan buat terbaik untuk membuat Izhad. Buat pertama kali dia rasa bahagia bersama insan bergelar suami? Walaupun sementara.
Hatinya sedikit demi sedikit, sudah membuka ruang untuk Izhad berada di dalam hatinya. Dia nak merasa bahagia. Walaupun hanya untuk sementara. Biar pun suatu hari nanti dia akan terluka. Seperti kisahnya dengan Mikael. "Bukan istimewa dalam hidupnya." Tapi, bagi Izz. Izhad sangat istimewa bagi dirinya. Dia tak tahu kenapa?
Tanpa Izz, sedari. Gerak-geri dia. Diperhatikan oleh Puan Sri Izlinda.
"Izz" Mama Izlinda memegang kedua belah tangannya.
"Izz, mama tahu. Izz ada sembunyikan sesuatu daripada mama. Kalau Izz nak kongsi cerita dengan mama. Mama sedia menjadi pendengar setia. Tapi, kalau tak bersedia lagi, nak kongsi cerita pada mama. Tak pe, mama faham." Mama kenal anak mama tu macam mana. Izz jangan sorok daripada mama. Kalau dia buat perkara yang salah.
"Bagi tahu mama." Izz tahu siapa wanita, Had tak jadi kahwin sebelum ni, kan. Mama tahu, Izz faham maksud mama.
Izz hanya mengangguk kepalanya.
"Kalau Izz sayangkan Had. Cubalah curi hati dia. Buat dia jatuh cinta pada Izz. Cubalah tawan hatinya." Kata mama Izlinda sebelum melangkah keluar bersama air teh o yang di buat Izz. Izz hanya terdiam dan membisu bila mama Izlinda berbicara begitu.
"Izz tak tahu, kenapa?" Puan Sri Izlinda berkata begitu. Dia merasa, Puan Sri Izlinda macam tahu dia hanyalah pengganti Qistina. Bukan orang yang di cintai Izhad.
Walaupun mama sudah tahu atau belum. Izz tak berani nak buka rahsia dia sudah simpan lama. Kecuali Izhad sendiri bagi tahu mamanya sendiri. Mengeluh Izz panjang sebelum dia melangkah keluar bersama buah-buahan dan karipap di goreng bibik Yam.
Mama dan papanya sudah pulang ke hotel selepas berborak panjang. Izhad membawa mama dan papanya ke hotel yang di tempah Puan Sri Izlinda untuk besannya.
Izz, tinggal di rumah. Mama Izlinda suruh dia berehat. Kerana dia sudah bersusah payah masakan lunch istimewa tadi. Dalam dia lepak duduk bersantai berbual-bual bersama Puan Sri Izlinda dan abang Izzani. Izzati datang membawa album lama.
Kak Izz... Nak tengok tak, gambar kitaorang masa kecik-kecik. Gambar abang Had lagi banyak. Mama cakap, abang Had suka bergambar. Maklumlah abang Had perasan dia handsome. Tergelak Izz bila adiknya berkata begitu.
"Adik, jangan tunjuk gambar abang Zani pula. Malu lah abang..."
"Abang Zani jangan risau. Dalam album ni, penuh dengan gambar abang Had je."
Akak kalau nak tengok, cepat-cepat tau sebelum abang Had balik.
"Kenapa pula?" Soal Izz, hairan bila Izzati berkata begitu.
Abang Had tak suka tunjuk gambar dia masa kecik dekat sesiapa. Tak tahu sebab apa? Adik dah simpan siap-siap. Kawan-kawan adik nak sangat-sangat tengok gambar abang Zani dan abang Had tapi adik tak bagi. Adik simpan buat kenangan. Adik nak kongsi gambar kami dengan akak je.
"Nah," akak ambil dan tengoklah. Ni, waktu kitaorang masa baby. Gambar masa sekolah pun banyak. Tapi, banyak muka abang Had lah. Izz selak satu persatu muka surat sambil mendengar Izzati cerita kisah-kisah lama. Izz tertarik dengan satu gambar sahaja.
"Izzati? Ini gambar abang Had ke?" Soal Izz, sambil menunjukkan ke arah gambar yang ingin dia tahu.
"Mana?"
"Aha pandai akak teka." Izzati, tak bagi tahu lagi. Akak, dah boleh cam muka abang Had. Hebatlah kak Izz. Ujar Izzati panjang lebar.
"Masa ni, umur abang Had berapa tahun?" Soal Izz lagi.
"Ohh, gambar ni. Tak salah adik, masa ni umur abang Had 16 tahun tak salah. Abang Zani, betul tak adik teka?" Album lama beralih tangan ke Izzani pula.
"Aha betul lah, masa tu abang dengan Had singgah ke kedai buku, beli komik."
"Kedai buku komik?" Izz teringat sesuatu. Dia rasa macam pernah jumpa dengan budak dalam gambar itu.
"Kalau akak nak tahu. Abang Had ada beli buku komik doraemon limited edition. Tapi tak pernah baca." Entahlah, tak tahu sebab apa? Masa kecik, adik cuba nak baca tapi abang Had tak bagi. Masa itu abang Had, marah gila dengan adik. Padahal abang Had sudah umur 18 tahun. Sayang sangat tak bagi orang baca. Masa itu pun, masih ada pembalut plastik lagi. Tapi, tak pasti. Sama ada abang Had masih simpan lagi ke atau tidak?
"Kalau akak nak tahu. Barang hak kesayangan dia jangan sesekali di kacau. Tapi, Izzati selamba je kacau hihihi. Bukan abang Had ingat pun." Kata Izzati panjang lebar.
Itu Izz setuju. Hak dia jangan di usik. Pernah sekali dia terpegang barang milik Izhad dan bertanya. Terkejut tak terkata masa tu. Bukan dia ambil pun. Tengok dan pegang je. Tak pasal-pasal kena marah.
"Izzati akak nak gambar ni, boleh?"
"Boleh ambillah. Lagi pun abang dah tak tengok gambar lama. "
Lega hati Izz, Izzati tak bertanya gambar dia semasa di Dubai. Walaupun dia sudah ready kalau ada yang bertanya. Cuma tak ada gambar dia dengan Had je.
Di gazebo milik Tan Sri Omar. Izz melabuhkan punggungnya sambil menikmati suasana ditaman bersebelahan kolam ikan.
Izz mengeluarkan gambar Izhad. Sewaktu itu umur dia 14 tahun tak salah.
"Ohhh... Jadi awak lah budak nakal yang saya jumpa masa dekat kedai buku tu." Mengeluh Izz seketika. Bila dia teringat kenangan lama dan tersenyum-senyum melihat gambar.
"Tapikan... Betul ke? Dia ni, jodoh dan takdir aku?" Aku asyik kebetulan aje berjumpa dengan dia. Lepas tu mesti gaduh.
"Aaah... Aku tak nak fikir." Tadi, mama Izlinda menyuruhnya membuat Had jatuh cinta. Tapi, aku tak pasti, boleh atau tidak? Kalau buat hati Izhad terbuka mencintai dirinya. Asyik nak cari pasal sahaja dengan dirinya adalah. Kalau betul aku dan dia saling mencintai. "Huhu pedih jiwa raga..." Kalau kami berpisah. Sambil Izz tenung gambar Izhad lagi. Sambil menepuk-nepuk perlahan dadanya.
Gerak geri Izz diperhati oleh Izhad yang baru balik menghantar papa dan mama mentuanya ke hotel. Tangannya merenung sebuah kotak baldu warna biru. Tak sabar dia nak bagi pada Izz.
Izhad saja nak sakat Izz. Bila Izz tanya pasal ole-ole dari Dubai dan dia saja cakap tak beli. Padahal, dia memang sudah siap beli sekali untuk Izz. Tapi, tak pasti. Bila masa yang sesuai. Dia nak bagi.
"Masa ni kut, waktu sesuai. Aku nak bagi dekat dia." Sebagai tanda terima kasih. Sudah bertahan menjadi isteri dia selama ini.
"Awak buat apa tu?" Tanya Izhad. Membuatkan Izz tersedar dari lamunannya.
Cepat-cepat Izz sembunyikan gambar Izhad. Izzati dah pesan jangan sampai abang Had tahu.
"Awak? Sembunyikan apa tu?"
"Cepat bagi saya tengok? Izhad hulurkan tangannya. Supaya Izz serahkan apa yang disembunyikan."
"Okay, tapi awak jangan marah pulak?"
"Kenapa? Gambar buah hati awak ke tu?" Kata Izhad dengan nada cemburu?
"Hmm... Izz tersenyum-senyum bila Izhad soal begitu.
"Izz!" Cepat bagi sekarang!
"Awak tak menyesal?" Izz saja main tarik tali. Niatnya nak bergurau.
"Okay, kalau awak tak nak bagi. Baik lah..."
"Ikut, suka hati awak lah!"
Selepas Izhad berkata begitu. Terus dia memalingkan mukanya dan berniat nak bereda dari situ. Cepat-cepat Izz menangkap tangan Izhad.
"Awak ni kan. Cepat sangat nak sendap." Kacau saya boleh. Nak, usik sikit awak. Tak boleh... Asyik nak sentap aje.
"Nah, tengok lah..."
"Dah lah malas saya nak tengok. Tak ada mood." Kata Izhad merajuk hati. Dan terus berlalu meninggalkan Izz sendirian.
"Aduh mamat ni. Merajuk pulak!"
"Nak kena pujuk lagi." Hmm... Tak tahu berapa kali. Hari ini aku dengan dia ni. Merajuk dan berbaik. Lepastu merajuk balik. Cuba kau bayangankan, Izz. Kalau kau tinggal satu bumbung dengan dia. Huhuhu haru biru di buatnya... Geleng-gelang kepalanya bila fikirkannya berfikir yang bukan-bukan pasal dirinya dan Izhad.
Jam menunjukkan pukul 6.30 petang. Sebaik sahaja dia masuk dalam bilik. Izz mencari Izhad. Dia melihat Izhad yang sedang rehat dan duduk diatas kerusi buaian dekat balkoni. Sambil termenung jauh.
Izhad teringat kembali kata-kata Zulfadli dan Syahkila.
"Had, papa nak berterima kasih pada Had. Banyak papa lihat perubahan daripada anak manja papa mama selama setahun ni. Sejuk mata papa memandang anak papa Izz. Mungkin sifat keras hati dan sifat degil tu. Susah sikit nak lentur tapi papa percaya. Had boleh pimpin anak papa menjadi isteri solehah."
"Mama pun tak sangka. Izz yang manja dan tak pernah nak masuk ke dapur sebelum ni. Pandai memasak." Izhad teringat kata-kata papa dan mama mentuanya. Dia rasa serba salah. Tidak layan Izz seperti mana mama dan papanya bayangankan.
Semua itu usaha dari anaknya sendiri. Dia tak buat apa-apa pun. "Aku, tak jadi suami terbaik buat Izz. Aku tak layak buat dia. Aku dah salah menilai dia ke sebelum ini?" Sedih dan pilu hati Izhad bila teringat kata-kata papa dan mama Izz.
Sambil dia melihat kotak baldu warna biru ditangannya dan dipusing-pusing.
Izz perlahan-lahan mendekati Izhad dengan berani. Tersenyum Izz sendiri. Bila melihat Izhad ada di dalam bilik.
Izhad sedari kehadiran Izz. Cepat-cepat di sembunyikan kotak baldu warna biru tadi. Hadiah istimewa, yang ingin diberikan pada Izz. Tapi tak jadi bagi lagi.
"Nah, ambil lah. Awak tengok sendiri." Izz menarik tangan Izhad dan selitkan gambar pada tapak tangan Izhad.
"Terpulang lah, awak nak marah atau nak buat apa? Saya baru ingat, nak simpan tapi tak jadilah. Saya ingat kata-kata awak, supaya kita tidak timbulkan keraguan pada keluarga awak. So, saya cuba sabar dari berbalah dengan awak."
"Awak tengoklah sendiri dan nilai sendiri. Saya nak mandi." Terus Izz bereda menuju ke bilik air. Buat persiapan diri untuk solat maghrib.
Izhad yang terkejut dengan tindakan spontan Izz. Bukan untuk memujuknya tapi buat dia tergamam dengan reaksi Izz yang kelihatan tenang. Tanpa rasa serba salah. Dengan perlahan dia membuka gambar pada tangannya. Ikutkan hati Izhad geram, nak sahaja dia campak gambar dekat luar balkoni tanpa melihat. Tapi, perasaan ingin tahu berkobar-kobar. Gambar siapa? Yang buat Izz tersenyum-senyum bahagia tadi. Izhad membuka tapak tangannya. Terkejut Izhad. Bila melihat.
"Hish... Macam mana gambar aku masa sekolah ada di tangan Izz?"
"Mesti Izzati punya kerja lah ni. Masa aku tak ada. Dia tunjuk gambar aku dekat Izz." Dalam perasaan marah dekat adiknya. Tiba-tiba Izhad tersenyum bahagia. Rupanya orang yang buat Izz tersenyum tadi adalah gambar dia sendiri. Terus dia masuk ke dalam untuk dapatkan Izz. Tapi sayang, Izz sudah berada dalam bilik air.
Kenapa, dengan aku ni? Asyik nak terasa hati aje dan sakit hati. Dia bukan isteri betul-betul aku pun. Sampai aku nak cemburu. Apa, yang Izz dah buat pada aku? Mustahil? Aku dah jatuh cinta dengan dia? Tidak! Aku tak percaya. Semudah itu, aku jatuh cinta dengan dia... Dan semudah itu, aku sudah lupakan Qistina?
Share this novel