• { BAB 15 } •

Romance Series 49049

Terkebil-kebil aku memandang seorang wanita yang berpakaian dress labuh berwarna merah dan sedikit seksi. Cantik orangnya. Tetapi wajahnya kelihatan sungguh marah apabila aku dengan sesuka hati mahu masuk ke dalam bilik di hadapan aku ini.

"Err...Sorry. I don't understand Italian. Please speak english.” Tergagap-gagap aku bersuara. Wajah wanita itu terlihat jelas sedang marah.

"Oh sorry, Miss. This is a forbidden place. And this room no one is allowed to enter.” Tegas suaranya melarang untuk aku masuk ke dalam bilik ini.

Ah, itu lah kau ni Bella! Degil sangat. Gatal nak masuk dalam bilik ni. Kan dah kena marah. Lain kali tengok kiri dan kanan dahulu. Bagi line clear baru masuk!

"Oh, sorry. I'm so sorry.” Ucapku. Wanita itu hanya senyum tipis dan mengangguk. Tidak menunggu lama, aku terus melangkah keluar daripada tempat itu dengan perasaan sedikit kecewa. Sedih kerana tidak dapat melihat orang itu depan-depan kerana aku seperti kenal dia. Wajahnya dari sisi dapat kulihat seperti....

Chris!

Dengan perasan kecewa, aku melangkah keluar daripada tempat itu dan berjalan masuk ke kedai makan kembali yang aku bersama Zyan. Masuk sahaja di dalam kedai itu, hampir sahaja aku terlanggar dada bidang seseorang. Terkejut!

Zyan sudah berada di depan mataku saat ini. Wajahnya jelas kelihatan risau. Mungkin risau sebab aku tiba-tiba hilang dan tidak memberitahu padanya yang aku mahu keluar.

"Ke mana awak pergi?” Soalnya dengan nada risau. Aku ketawa kecil. Menyembunyikan rasa kecewa.

"Err..Tadi saya terjumpa kawan saya. Sorry sebab dah buat awak tertunggu-tunggu.” Bohongku. Wajah Zyan kembali berubah lega. Aku ketawa kecil. Lucu!

"Awak ni, buat saya risau tahu tak. Dah jom, saya hantar awak balik ke rumah.”

"Eh, jap. Awak dah bayar ke?”

"Dah.”

"Lah, kenapa awak bayar? Saya yang nak belanja awak.”

"It's okay, Bella. Hari ini saya belanja awak dengan ikhlas. Hari lain aje lah awak belanja saya. Saya tak nak susahkan awak pun.” Rasa nak marah pun ada sebab dia bayarkan. Hm, nak buat macam mana lagi kan? Dia dah bayar.

"Sebenarnya saya nak belanja seseorang tu sebab dah belanja saya banyak kali so saya nak belanja dia pula nak balas jasa baik dia. Tapi hari ini dia dah buat hati saya sakit. Tak jadi terus kut untuk saya balas jasa baik dia. Ingat nak belanja kat awak, tapi awak dah bayar pulak.” Aku ketawa kecil. Tawa yang dibuat-buat walaupun hati sedang sakit.

"Lah, siapa yang buat awak tu? Kurang ajar betul orang tu!” Wajah Zyan kelihatan jelas sedang marah. Aku ketawa kecil. Ambil berat juga dia pada aku ya. Auw, sweetnya!

"Tak ada apa lah. Mungkin tak ada rezeki awak. Tapi, lain kali saya pula belanja awak. Janji awak jangan bayar lepas ni?” Jari kelengkengku naik ke wajahnya. Zyan ketawa kecil sambil mengangguk.

"Hahaha, okay saya janji.”

*********

"Kau okay tak ni? Nampak macam teruk je.”

Duduk terus aku labuhkan di birai katil. Wajah Tiya pucat lesu. Aku pula naik risau. Aku ajak dia ke klinik, dia tidak mahu.

"Tak apa, esok ni aku okay lah. Kau jangan risau la. Macam mana kelas tadi? Ada orang kacau kau ke? Mr.Chris yang handsome tu ada ajak kau dating lagi ke?”

Walaupun sedang sakit pucat lesu, masih lagi nak cari pasal dengan aku. Sempat lagi nak membawang si makcik Kiyah ni.

"Eee! Kau ni. Mana ada aku dengan Mr.Chris tu dating. Kalau kami keluar pun, keluar makan. Bukan dating. Ingat tu! Jangan sampai aku buat kau esok tak boleh bangun!” Tajam aku menjeling Tiya yang sedang terbahak-bahak ketawa. Suka sangat kenakan aku. Siap lah dia nanti aku kenakan dia pula jika dia sudah ada boyfriend.

"Aku dengar, hari ini ada orang kacau kau. Mesti si minah gedik tu kan?” Tiya senyum sinis. Bagaikan sudah tahu apa yang terjadi padaku di kelas tadi. Aku sedikit tergamam. Kalau diingat-ingatkan kembali tentang kejadian pada tengah hari tadi di kelas, rasa nak aje aku ke bilik Fiqah sekarang dan buka gelanggang WWE nak tumbuk-tumbuk sahaja muka dia bagi pecah! Biar tak ada rupa terus!

"Siapa bagitahu kau?”

"Nurul. Dia nampak apa yang terjadi dekat kau di kelas. Dan, dia pun percaya yang kau tak salah. Dia kata, dia nampak sendiri yang Fiqah tolak bahu kau lepastu Mr.Chris marah kau depan orang ramai. Betul kan?”

Perlahan-lahan aku mengangguk. Rasa sedih, sebak, nak menangis semuanya ada saat ini. Sampai hati Mr.Chris marah-marah aku begitu di depan khalayak orang ramai. Sebak dadaku apabila dia menengking aku di depan orang ramai. Ni semua salah minah gedik tu! Kurang ajar betul dia! Sesuka hati dia aje fitnah aku yang bersalah.

"Sabar lah, Bella. Hari ini dia boleh lah kacau kau, tunggu lah esok aku balas balik apa yang dia dah buat dekat kau. Kalau aku larat, sekarang ni juga aku jumpa dengan dia. Nasib baik aku sakit.” Terlepas tawaku dengan gelagat Tiya yang bercakap ala-ala minah gangster.

"Hahaha, jangan sampai jadi arwah anak orang nanti.” Terlepas jua tawa kami bersama. Sedikit terasa perasaan bahagia. Tenang bersama kawan baikku.

Diam.

"Kenapa ni? Kau macam tak ada mood aje? Ada apa-apa yang tak kena ke?” Soal Tiya apabila perasan riak wajahku berubah dan melihat aku daripada tadi tiba-tiba menjadi diam.

Senyuman pahit terukir di bibirku. Hati saat ini masih tidak sembuh dengan sepenuhnya. Rasa sedih, sakit hati dan sebagainya dengan apa yang Chris dah buat dekat aku di kelas tadi. Tapi, aku mengaku salah kerana aku meninggikan suara. Mungkin mengganggu orang sekeliling.

Tak semestinya murid yang rapat dengan gurunya akan jadi anak murid sebagai anak sendiri. Pasti lah Chris akan tegur aku jika aku salah. Tapi, dia bukan tegur malah dia menengking aku di depan orang ramai. Air muka aku jatuh. Malu bercampur sedih dan sakit hati.

"Yes, aku tahu. Kau kena marah dengan Mr.Chris kan? Mesti kau tengah marah dekat dia sebab dia marah kau di depan orang ramai.” Ujar Tiya sambil memetik jari apabila dia sudah dapat tangkap apa yang tengah bermain di fikiranku saat ini.

Amboi, makcik Kiyah ni. Dia duduk di rumah ini, bermacam-macam berita sampai padanya dan dia dapat tahu semuanya. Pasti ada seseorang ceritakan semua ini padanya.

"Hmm...” Keluhan kecil terlepas di celah-celah bibir. Tak sangka Chris akan menengking aku sebegitu. Dan aku yakin dia perasan air mataku mengalir. Aku harap sangat dia tahu aku sedang merajuk dengannya. Dan kalau dia tu acah-acah ala-ala gentlemen, pasti dia akan pujuk aku. Tak apa, kita tengok sama-sama pada hari esok.

"Dah lah, biar la dia. Aku malas nak layan. Buat sakit kepala aje, tahu tak?” Punggung terus diangkat. Berjalan masuk ke dalam tandas mahu mengambil wudhuk dan cepat-cepat menunaikan solat Magrib sebelum waktu sudah mahu habis.

*******

"Ayah jangan risaukan Bella di sini ya. Bella okay lah kat sini. Miss Liya kata, insya-Allah kalau tiada halangan pertandingan itu akan bermula tak lama lagi. Ayah tolong doa-doakan untuk Bella ya.”

Rasa tenang sedikit hati ini dapat hubungi dengan ayah. Tapi, melihat dari segi kesihatan ayah, saat ini ayah tidak seberapa sihat dan tidak lagi seperti dahulu. Saat-saat ini ayah sudah banyak berehat. Tidak banyak berjalan. Orang yang selalu jaga ayah iaitu mak ngah dan pak lang. Bersyukur kerana mereka sudi berada bersama ayah saat aku tiada. Ada juga orang yang tengok-tengokkan ayah dan menemani ayah.

"Insya-Allah. Apa-apa pun, buat yang terbaik. Jangan risaukan ayah di sini. Ayah ada mak ngah dan pak lang.”

Apabila camera di alihkan pada wajah mak ngah dan pak lang, lantas aku melambai-lambai tangan di skrin komputer itu apabila wajah mak ngah dan pak lang jelas ada di situ. Haih, rindunya pada mereka semua di sana.

"Bella, buat yang terbaik tau. Bagi menang, goodluck!” Ucap mak ngah.

"Hehe, InsyaAllah mak ngah. Terima kasih.”

"Bella Brianna ni. Pak lang yakin, kamu boleh buat dan menang dalam pertandingan tu. Goodluck, Bella!” Ucap pak lang pula. Aku ketawa kecil. Semangat mula menguasai diri.

"InsyaAllah, doakan Bella ya.”

Bersembang dengan mereka mampu buat hati aku tenang. Gembira dan bersyukur ada juga yang memberi aku semangat untuk terus berjuang dan bangkit untuk berjaya.

"Jaga diri di sana ya, Bella. Kalau dah sampai di Malaysia, jangan lupa bagitahu ayah. Goodluck.” Ucap ayah sebelum menamatkan talian. Senyuman manis mekar di bibirku.

"InsyaAllah, ayah.”

**********

Seperti biasa, hari ini aku seorang sahaja yang tidak ada pasangan. Kawan baik aku hari ini bendera merah. Jadi disebabkan hari ini aku tiada Tiya di sisi, aku perlu membawa diri sendiri. Rasa bosan tu memang ada kalau tiada Tiya. Tapi, rasa tenang itu lebih apabila bersendirian.

Masuk sahaja di dalam bilik persalinan, seperti biasa aku akan menukar dahulu pakaian ke dress labuh ballet untuk wanita muslim sahaja. Kemudian, beg sukan terus aku letakkan di dalam locker dan berjalan melangkah keluar daripada locker room.

Melihat jam masih pukul 8 pagi. Ramai lagi yang belum datang. Gelanggang gymnastik mulai ramai dengan pelatih yang sedang melakukan latihan di situ. Studio ballet mula kedengaran muzik piano ballet dan sedikit demi sedikit penari ballet mulai ramai di studio tersebut. Ada yang sedang berlatih menari dan ada juga yang sedang bersembang. Menunggu guru yang masih belum muncul.

Kasut ballet terus aku sarung di kaki. Mencuba untuk berlatih sementara menunggu Miss Liya muncul tetapi entah kenapa mood nak berlatih menari ballet tu rasa hilang begitu sahaja.

Perlahan-lahan aku berjalan ke sebuah bangku yang terletak dihadapan balkoni studio. Dapat dilihat pemandangan kota Venice pada pagi hari. Udara yang begitu segar. Mampu buat hati dan otak tenang.

"Haih, tunggu masa aje kau akan berambus dari tempat ni. Aku rasa kau tak layak terpilih dalam pertandingan tu. Kenapa lah Miss pilih kau kan?”

Sedikit terkejut. Tetapi aku cuba kuatkan hati. Tenang. Cool.

Suara itu tiba-tiba sahaja muncul entah dari mana. Aku kenal suara itu. Apa lah dia nak lagi? Tak puas hati lagi ke tentang semalam? Elok aje aku ambil angin di sini, dia pula sibuk nak tambahkan lagi hati aku yang tengah menggelegak api kemarahan!

"Kau nak apa lagi, Fiqah? Tak puas lagi ke kau fitnah aku semalam? Kau dengar sini ya, apa yang kau buat dekat aku selama ni akan terbalas balik pada diri kau. Aku manusia biasa. Aku tiada hak untuk hukum seseorang. Aku yakin, Allah tu ada. Dia Maha mengetahui dan Maha adil.” Sinis aku berkata. Aku yakin dia sakit hati. Padan muka dia!

"Hei perempuan, aku tahu lah kau tu suka dekat Mr.Chris yang hot and handsome tu. Kau ingat ya! Kau tak akan dapat jadi milik dia la! Dia milik aku. Jangan nak perasan lah dia akan jadi milik kau!”

Masih mekar senyuman sinis di bibirku. Masih duduk dan berwajah tenang. Perempuan itu sahaja yang sudah berdiri di hadapanku dengan wajah begitu marah. Sakit hati gamaknya.

"Mr.Chris tu? Milik kau? Ambil lah, Fiqah. Dia hanya guru aku. Tak lebih pun daripada itu. Lagipun, aku ni siapa aje di mata Mr.Chris tu. Dia handsome, hot, kaya, ramai peminat. Tak sesuai dengan aku. Tapi, kau jangan silap. Mana lah tahu satu hari nanti aku yang jadi milik dia.” Tajam Fiqah renungku. Rasa nak tampar mulut sendiri pun ada saat ini. Haih, harap sangat apa yang aku cakap itu tidak menjadi kenyataan kerana aku hanya guna ayat itu untuk sakitkan hati Fiqah. Harap lah tiada sesiapa yang dengar. Kalau mereka dengar pun, mereka bukan faham bahasa melayu. Hihihi.

"Perasan lah kau ni, Bella. Aku yakin, dia hanya pandang aku aje. Bukan kau. Lelaki mat salih dekat sini sekali goda terus dapat. Kau tengok aje nanti, dia yang jadi milik aku. Kau hanya mampu menangis air mata darah aje selepas kau tengok aku jadi milik dia!” Sindirnya dan berlalu pergi setelah puas sakitkan hatiku. Senyuman manis tetap terukir di bibirku. Tak kesah pun apa yang dia nak cakap sekalipun, jodoh di tangan tuhan. Kalau dia tergila-gila sangat dekat lelaki itu bukan masalah aku. Aku bukannya isteri Mr.Chris pun.

"Saya harap apa yang awak cakap itu benar.”

Suara itu sepatutnya tegas tetapi kali ini lembut. Mampu buat hatiku tenang. Tetapi aku kenal suara itu. Jantung makin hebat berdetak. Wajah mula berbahang. Adakah dia dengar apa yang aku cakap pada Fiqah tadi? Ah, mulut kau ni Bella celupah sangat! Kan dia dah dengar.

Cepat-cepat aku bangun. Berdiri tegak dan pusing ke belakang. Melihat lelaki itu sudah berada betul-betul dibelakangku. Sekali terselit dengan senyuman kecilnya mampu buat aku yang melihatnya cair.

Lagi bertambah cair apabila dia pakai pakaian yang aku beli. Kemeja putih ini lah yang aku beli dan ganti baju kemeja dia yang dah kotor dengan air coffee aku yang tertumpah di atas bajunya pada tempoh hari yang lepas. Ya Allah, kacaknya dia. Sempurna! Lengan bajunya dilipat hingga siku dan dia juga berkaca mata hitam membuatkan penampilannya berjaya mencairkan kaum wanita yang berada di sini. Termasuk aku!

"Err...Mr.Chris, saya masuk dulu. Nak warm up.” Tidak menunggu lama, aku terus berjalan melangkah masuk tetapi lelaki itu cekap menghalang jalanku.

"Just call me Chris, dear.” Lembut suaranya. Aku masih menunduk. Tidak mahu cair dengan wajahnya yang begitu kacak. Kata-katanya itu pun sudah mampu buat aku cair entah apa lagi wajahnya.

"Err...Sorry, ada orang tu suruh saya panggil dia Mr.Chris. So, saya tak nak dia tengking saya lagi sebab saya panggil dia Chris. Saya ni kan kurang ajar. Err...I'm sorry again, Mr.Chris. I have to go and I want to do training.” Aku yakin dia tahu aku tengah merajuk. Biar dia tahu! Jangan nak buat-buat tak tahu pula apa yang dia dah buat dekat aku.

"Wait, darling. I want to talk to you for a moment.” Aku sedikit tergamam dengan kata-katanya tadi. Darling? Eh, mamat ni dah kenapa? Gila!

"What? Darling?! Please, jangan sesuka hati awak aje nak panggil saya darling. Gila!” Tegas aku bersuara. Sumpah aku tidak suka orang panggil aku begitu. Mamat ni betul-betul sudah gila. Siap berdarling-darling bagai.

"Yes, saya gila. Maybe, saya gilakan awak.” Katanya selamba mampu buat jantung aku hendak tercabut. Wajah terasa berbahang. Melihat senyuman senget Chris mampu buat aku tidak senang duduk.

"Isy, jangan nak merepek boleh tak! Saya tak ada masa nak layan awak dan saya tak nak buang masa saya. Saya bukan siapa-siapa untuk awak. Bagi saya waktu, saya tak mahu jumpa dengan awak. Please, jangan cari saya lagi!” Nada suaraku sedikit tegas. Renungan tajam menikam anak matanya walaupun dia berkaca mata hitam.

"Bella...” Panggilnya. Terhenti semula langkahku. Keluhan kecil terlepas jua.

"Awak marah dekat saya ke?”

Ah, Mr.Chris! Please jangan soal begitu pada aku. Kalau dah tahu tu, tak payah tanya lagi. Huh, sakitnya hati kita!

"Eh, tak ada lah. Saya gembira. Mana ada saya marah. I'm so happy, Mr.Chris!” Senyuman sinis terukir di bibirku. Sengaja mahu menyindirnya. Jelingan sinis aku hadiahkan padanya dan kembali melangkah pergi.

Sepantas kilat tubuhnya kembali berhadapan denganku dan pengelangan tanganku cekap dipegang olehnya. Tidak sakit tetapi mampu buat hati aku sakit. Walaupun aku berpakaian lengan panjang dan lelaki itu memegang aku berlapik, tetapi aku tidak dapat terima dengan apa yang dia dah buat.

Lantas aku cuba meleraikan genggaman itu. Tetapi makin kuat pula dia genggam lenganku. Dia membuka kaca mata hitamnya dan merenungku tajam ke arah anak mataku.

Dup!

Jantungku terasa sungguh lemah. Lemah-selemahnya. Tidak mampu melakukan apa-apa setelah pandangannya menikam anak mataku. Renungan yang mampu buat jantungku gugur. Sedikit terkaku tubuhku saat ini. Bagaikan terkena sumpahan menjadi patung.

"Saya tahu awak marahkan saya tentang semalam. I'm sorry. Saya bukan sengaja nak marah awak but....”

Belum habis lagi kata-katanya itu, lantas aku memotong laju. Tidak mahu lagi dengar alasan yang akan disampaikan olehnya. Puas sangat tengking aku semalam, hari ini senang-senang sahaja dia nak minta maaf dekat aku begitu sahaja.

"Sebab apa? Awak memang sengajakan buat saya macam tu. Isy, lepas lah!” Bentakku dan meleraikan genggaman itu. Cepat-cepat aku menarik semula lenganku setelah genggaman itu semakin renggang.

Cepat-cepat aku menjarakkan diri daripadanya. Jarak kami tadi sudah dekat sangat. Sumpah aku tidak selesa. Pandanganku alihkan ke tempat lain. Dada yang mula sebak cepat-cepat aku tahan. Kuatkan hati sendiri.

"Bella, saya bukan sengaja marah awak. Tapi...”

Belum sempat Mr.Chris menghabiskan kata-katanya, susuk tubuh Nurul yang entah dari mana muncul secara tiba-tiba di sini. Aku sedikit tersentak. Terkebil-kebil aku memandang gadis kecil itu.

"Err...Sorry kalau Nurul ada kacau akak dan Mr.Chris. Err...Akak, Miss Liya panggil akak. Dia tengah cari akak tu sebab kelas dah nak mula.” Ujar Nurul dalam nada sedikit berbisik. Aku hanya senyum kecil dan mengangguk.

"Okay, Nurul. Sekejap lagi akak datang.” Gadis itu hanya mengangguk dan pergi meninggalkan aku bersama Mr.Chris yang masih berdiri dihadapanku menghalang jalanku.

"Saya minta diri dulu, Mr.Chris.” Tidak menunggu lama, langkah dipercepatkan keluar daripada balkoni tersebut. Tidak mahu lama-lama lagi di situ nanti tak pasal-pasal dia halang lagi jalanku.

Sakit hati?

Hm, tak perlu nak cakap lagi. Memang sakit. Sakit sangat-sangat. Sakit lagi apabila lelaki itu membela Fiqah sedangkan perempuan tak guna itu yang bersalah.

Pilih kasih!

**********

Tamat sahaja kelas, laju langkahku berjalan keluar dari tempat berlatih itu. Duduk terus dilabuhkan di sebuah bangku. Mengambil angin sekejap sebelum pulang ke rumah.

Sambil-sambil itu aku memerhatikan kanak-kanak kecil yang sedang bermain riang di taman. Comel-comel semuanya. Senyuman terukir di bibir. Ceria melihat hidup mereka dan mereka juga akan tahu bagaimana hidup mereka sudah dewasa nanti.

Entah kenapa, kata-kata Chris tadi terngiang-ngiang dipeluput telingaku dan mampu buat hati aku sakit kembali. Dia memang sengaja buat begitu padaku kerana dia mahu membalas dendam dengan apa yang aku dah buat padanya dahulu.

"Saya tahu awak marahkan saya tentang semalam. I'm sorry. Saya bukan sengaja nak marah awak but....”

Ah, sakitnya hati ini apabila kata-kata itu asyik berulang banyak kali. Benci! Benci sangat-sangat. Sakit sangat-sangat hati ini. Dia memang sengaja. Huh!

"Kenapa lah aku bertemu dengan lelaki biadap tu ya? Eee! Bencinya! Suka sangat bagi orang sakit hati.” Kalau ikutkan hati aku saat ini, rasa nak aje menjerit kuat-kuat melepaskan kemarahan walaupun tidak dapat marah Chris.

Ya, aku tidak boleh marah dia malah aku perlu hormat dia. Dia guru pelatihku. Selalu mengajarku, tak akan lah aku nak biadap pula dengan dia. Jadi, hati yang tengah sakit ini hanya mampu bertahan dan sabar. Kerana Allah suka dengan orang yang banyak sabar.

Tidak senang duduk lagi, aku bangkit. Mahu ke taman permainan kanak-kanak. Mahu menenangkan diri sendiri daripada serabut otak dengan nama lelaki Mr.Chris. Aku mahu buang nama itu jauh-jauh. Mahu tepis nama itu jauh-jauh dan tidak mahu lagi ada wajahnya di ruang mataku.

Perlahan-lahan aku melintas jalan raya dan berjalan ke tempat yang mahu dituju. Baru sahaja aku mahu melangkah masuk ke dalam taman permainan itu, bahuku dilaga oleh seseorang. Hampir sahaja aku terjatuh tetapi sempat aku menahan diri agar tidak terjatuh tersungkur.

Lelaki mat salih berkulit hitam manis. Tajam dia merenungku. Wajahnya bengis. Memang dia sedang marah saat ini walaupun aku tidak melanggarnya tadi.

"Hey! Where are your eyes?!” Bentaknya kasar dengan renungan tajamnya mampu buat tubuhku menggigil takut. Aku hanya menunduk. Rasa takut dihati mula menebal. Melihat lelaki dihadapanku ini aku tidak rasa dia orang biasa-biasa. Pakaian macam orang samseng. Pasti dia orang gangster. Dengan ada parut di dahi aku yakin dia orang jahat!

"Err...I'm...I'm sorry.” Tergagap-gagap aku bersuara. Air mata mula mengalir.

"Vaffanculo, puttana!” Bentaknya lalu mengacukan pistol padaku, aku tidak tahu apa maksudnya tetapi aku yakin dia maki aku dalam bahasa Italy. Tergamam aku seketika. Seluruh tubuhku kaku. Lidahku kelu. Aku rasa bagaikan hari ini hari terakhir aku hidup di atas muka bumi ini. Mungkin aku tidak dapat lagi berjumpa dengan ayah selepas ini. Mata dipejam rapat-rapat. Tunggu masa sahaja tembakan itu terlepas di kepalaku dan aku tiada lagi di dunia ini buat selama-lamanya.

"Never once do you want to touch it!”

Tegas suara itu menghalang. Aku kenal suara itu. Ya, aku kenal sangat-sangat. Perlahan-lahan aku membuka mata semula. Melihat seseorang lelaki yang bertubuh tinggi lampai berdiri tegak dihadapanku. Menghalang lelaki yang tadi mahu melepaskan tembakan padaku.

Cepat-cepat aku menjarakkan sedikit dengannya. Hanya Allah sahaja tahu perasaanku saat ini bagaimana. Takut sangat-sangat. Tapi aku bersyukur kerana ada orang membantuku.

Chris!

"Non toccare le persone che amo. Non lasciare che il tuo capogruppo muoia!” Tegas suara Chris menghalang lelaki itu. Aku sedikit terkejut dengan kemunculannya yang entah dari mana datangnya.

"Bene, non rovinerò più la tua vita. Ma tu e tuo fratello ci dovete ancora!” Sinis lelaki itu berkata. Wajah Chris tenang. Siap ada satu senyuman sinis lagi. Satu apa pun aku tidak faham apa yang mereka sedang cakap, tetapi aku bersyukur ada juga seseorang menyelamatkan aku daripada lelaki itu. Melihat lelaki itu seperti ketua samseng pun ada. Huhu...sungguh kecut perut.

Sebelum dia melangkah pergi, sempat lelaki itu memandang aku dengan penuh sinis. Dipandang aku atas bawah. Sungguh buat aku tidak sedap hati. Tidak lama kemudian, dia terus melangkah pergi meninggalkan kami berdua. Perlahan-lahan aku hela nafas lega.

Syukur!

"Are you okay?” Lembut suara itu bertanya daripada yang tadi sungguh tegas dan tidak mampu untuk aku mengangkat wajah memandang wajahnya yang tadi serius. Masih menunduk walaupun aku tahu kini wajahnya sudah bertukar lembut.

Liur ditelan. Rasa bersalah pun ada. Orang yang aku benci, marah dan masih tidak puas hati ini lah yang membantu aku saat aku menimpa masalah besar atau kecil seperti kejadian tadi.

Nak tak nak, perlahan-lahan aku mengangkat wajah. Memandang wajahnya yang putih bersih dan dihiasi dengan mata birunya yang sungguh cantik. Wajahnya masih serius, tetapi kalau dipandang berjaya buat aku tenang daripada yang tadi buatkan aku rasa takut. Takutku masih tidak hilang lagi, muncul sahaja wajah ini perasaan takut itu hilang dengan serta-merta.

"Yeah, I'm okay. Sorry kalau saya ada menyusahkan awak. Saya betul-betul tak perasan tadi yang saya boleh terlanggar dengan lelaki tu.” Gumamku perlahan. Terkebil-kebil aku memandang wajahnya. Tetapi sedaya upaya aku berusaha agar tidak bertentang mata dengannya.

Dapatku lihat Chris menguntum satu senyuman kecil.

"Next time, take care. Tak semua orang di sini baik seperti awak. Dan awak juga jangan tengok orang sekeliling ini yang berwajah baik aje. Orang yang berwajah baik ini lah sebaliknya manusia bertopengkan syaitan.”

Aku sedikit tergamam dengan kata-katanya. Seakan-akan sama dengan kata-kata Zyan pada tempoh hari lepas.

"Thank you selamatkan saya daripada lelaki tu.” Gumamku lagi perlahan. Rasa malu dan berbahang pun ada dah buat salah dengan dia lepastu orang ni jugalah yang tolong aku. Hmm...Kau yang salah ni Bella.

"Welcome. And you, take care.”

Tidak menunggu lama, dia terus berlalu pergi. Tetapi langkahnya terhenti apabila aku sempat memanggilnya kembali. Ada sesuatu perkara yang hendak aku cakap padanya.

"Boleh kita berjumpa sekejap? Kalau awak busy dan perlu segera pergi, tak mengapa. Saya faham.” Batu-batu kecil yang berada di atas jalan raya aku sepak. Jarakku dengan lelaki itu tidak lah jauh, aku harap sangat dia kembali berpusing dan melangkah ke arahku setuju dan dengan permintaanku tadi.

Sedikit tersentak apabila susuk tubuh tingginya sudah berada betul-betul dihadapanku. Perlahan-lahan aku mendongak. Memandang wajahnya.

Serius!

Satu senyuman pun tiada. Wajahnya tidak seperti semalam dan kelmarin yang lepas. Manis dengan senyuman. Aku yakin dia seorang pemurah dengan senyuman, tetapi kali ini wajahnya bertukar dengan serius. Tajam dia merenung anak mataku buatkan aku rasa tubuhku kembali menggigil takut.

Dia marah kat aku ke?

Tidak menunggu lama, aku mengajaknya ke taman permainan kanak-kanak. Mahu menghirup udara segar dan menenangkan fikiran sambil-sambil itu mahu memerhatikan gelagat-gelagat kanak-kanak kecil yang sedang bermain di taman.

Aku dan Chris terus melabuhkan duduk di sebuah bangku. Rapat-rapat aku memejam mata, mengumpul kekuatan dan keberanian. Liur berkali-kali aku telan sebelum berpusing sedikit menghadap wajah lelaki itu yang masih belum bertukar lembut. Masih berwajah serius dan dingin.

"First of all, I'm sorry. Saya tahu saya salah. Saya dah tuduh awak macam-macam. Mungkin saya yang salah. Saya tahu, saya tiada hak untuk membantah apa yang awak dah buat semalam. Dan, awak juga berhak marah saya jika saya ada buat kesilapan dan awak guru kami awak perlu bersuara jika anak-anak muridnya membuat kesilapan. Saya tahu saya salah walaupun saya tidak mulakan dulu. Walaupun saya tak salah, tak apa lah. Saya mengaku yang saya salah. I'm sorry, Mr.Chris.” Perlahan aku bersuara. Dia yang berada di sebelahku, aku yakin dia dengar suaraku dengan jelas walaupun perlahan. Perlahan sebab tengah menahan air mata agar tidak jatuh. Menahan sebak di dada agar tidak terlepas di hadapan lelaki itu. Walaupun muka aku ni nampak sombong dan garang, tapi sebaliknya aku seorang hati tisu. Sikit sahaja orang herdik atau tengking aku, automatik air mata aku akan jatuh dengan hati yang sungguh sakit.

Berkali-kali aku mengedip mata kerana dapatku rasakan air mata sedang bertakung di birai mataku. Sedih kerana aku dipersalahkan walaupun aku tidak salah dan Fiqah yang mulakan dahulu. Hm, tak apa lah. Tuhan itu ada. Dia Maha Mengetahui. Aku redha dan serahkan segalanya pada Allah sahaja.

Pandangan terus aku lemparkan di hadapanku. Memerhatikan satu-satu gelagat kanak-kanak kecil yang sedang main. Gembira dan ceria sungguh mereka bermain. Aku yang melihat pun seronok. Rasa rindu pula pada zaman kecil-kecilku dahulu.

"Me too. I'm sorry I'm mad at you. I knew who was wrong but at that time my emotions were unstable. I apologize once again.” Lembut suaranya meminta maaf padaku. Senyuman kecil terukir di bibirku. Sekilas aku memandangnya dengan senyuman kecil.

"Tak apa lah. Awak kan cikgu saya. Saya kena hormat awak. Bukannya tak puas hati lepastu marah awak pulak. Ya, saya mengaku saya garang. Tapi saya hati tisu. Err...Saya tak boleh kalau orang tinggikan suara dekat saya.” Malu-malu hendak aku cakap ayat terakhir itu. Sedikit lega melihat senyuman Chris terukir di bibirnya.

"Yeah, I know. Hati perempuan hati tisu. Sikit je pun nak menangis.” Nada mengusik. Memang tak puas hati lagi ke apa mamat ni?

"Amboi, cakap tu elok sikit ya! Tak semestinya semua perempuan hati tisu. Ada je perempuan hati kental dan mental kuat. Dan, saya juga tengah berusaha nak jadi seperti itu. Saya nak kenakan awak pulak!” Pecah tawa lelaki itu. Aku lega mendengar. Mendengar tawanya pecah, aku juga turut ketawa. Hati tersentuh dengan rasa tenang dan bahagia untuk seketika.

"Bagus lah kalau macam tu. Awak boleh lawan mana-mana orang sahaja yang cuba sakitkan hati awak. Saya boleh ajar awak.” Lelaki itu tersenyum senget sambil mengeyitkan mata sebelahnya. Aku ketawa kecil, ketawa paksa. Masih bingung dengan senyumannya itu.

"Awak nak ajar saya?” Soalku kembali padanya. Rasa nak tergelak pun ada. Dia nak ajar aku macam mana? Maki orang? Tengking orang? Tumbuk muka orang sampai tak ada rupa? Sepak terajang orang sampai jadi arwah? Begitu? Huh, mengerikan.

"Yes, saya boleh ajar awak agar awak mempertahankan diri daripada orang sekeliling awak yang cuba sentuh awak dan cuba menyakiti awak.” Suaranya kini bertukar serius. Teguk liur aku seketika. Tak pelik lah kalau orang melihat seorang wanita ballet muslimah ada kekuatan juga untuk melawan orang yang cuba menyakitinya. Seperti aku.

"Oh ya, by the way...kita boleh jadi kawan?” Soalnya secara tiba-tiba. Aku yang sedang serabut memikir sesuatu sedikit terkejut. Sedar kembali ke alam nyata dan menoleh memandang wajah disebelahku yang mampu buat aku tenang.

Tawa kecil terlepas dulu sebelum aku bersuara. "Tak boleh.” Tolakku dengan tawa kecil.

"Why? Salah ke? Ada hukuman?” Soalnya bertalu-talu.

"Tak ada hukuman, tapi nampak macam tak kena pula kalau seorang murid berkawan dengan seorang cikgunya sendiri. Kan tak kena tu. Nanti apa pula orang cakap. Awak tu kan cikgu saya, Mr.Chris.” Jelasku padanya. Berharap dia faham.

"Saya rasa tak salah kut. Ramai aje anak murid berkawan dengan cikgunya sendiri. Tak kesah lah cikgu dia tu mengajar apa, tapi dia sudi berkawan dengan cikgu dia. Berkahwin dengan cikgu sendiri pun ada tau.” Hujung ayatnya itu benar kata-katanya. Tetapi nada suaranya jelas mengusik membuatkan aku sedikit tergamam. Senyuman senget terukir di bibirnya sambil merenung sisi wajahku lama. Dapatku lihat dia renungku walaupun aku tidak menoleh memandangnya.

"Errr...Okay. Saya sudi aje kawan dengan awak. Tapi, kalau dalam kelas kita jadi murid biasa dan awak jadi guru pelatih saya. Jika di luar baru kita jadi kawan.” Ujarku berharap dia faham dengan maksudku.

"Kenapa pulak macam tu?” Haih, banyak soal lah mamat ni.

"Err...Saya tak nak nanti kawan-kawan saya ingat lain pulak kalau awak asyik rapat aje dengan saya.” Jujurku dengan nada suara diperlahankan sedikit. Malu!

Kedengaran lelaki itu ketawa kecil. Ah, malunya aku! Aku takut kalau dia sengaja nak kenakan aku dia degil dan tetap rapat dengan aku sewaktu di kelas. Ah, aku tidak mahu itu!

"Oh, awak takut nanti kawan-kawan awak anggap saya dan awak bercinta. Macam tu?” Teguk liur aku seketika. Aduh, betul pula apa yang dia sangka. Makin bertambah malu pula aku saat ini.

"Errr....”

"Kalau siapa tanya, mengaku aje. Mana lah tahu jodoh awak dengan saya.” Ya, ini memang mengusik.

"Isy, awak ni!” Marahku dengan jelingan maut aku hadiahkan padanya. Dia hanya ketawa terbahak-bahak. Suka kenakan aku yang sudah berbahang wajah ini.

"So, can you be my best friend?” Soalnya mesra dengan satu senyuman manis sambil menghulurkan tangannya padaku. Aku sedikit tergamam. Senyuman tetap terukir dibibir walaupun rasa kekok mulai menguasai diri.

"Yes.” Setujuku sambil perlahan mengangguk. Tidak menyambut huluran tangannya malah aku meletakkan tangan kananku di dada sebelah kiri. Menghormatinya. Haram untuk aku menyentuhnya. Mungkin dia tidak tahu.

"Oh, sorry.” Dia yang faham, lantas menarik semula tangannya. Senyuman masih mekar di bibir.

"Saya tak banyak kawan, saya harap awak sudi jadi kawan baik saya. Sudi menjadi tempat luahan hati saya dan sudi ada saat saya memerlukan bantuan.” Ujarnya jelas dengan nada sedikit kecewa walaupun wajahnya manis dengan senyuman bagaikan sedang menyembunyikan rasa kecewanya itu.

Aku tak rasa aku yang akan membantunya saat dia memerlukan bantuan. Malah dia yang dah banyak membantu aku saat aku memerlukan bantuan.

"Saya pun tak banyak kawan. Ada kawan pun, hanya Tiya. Banyak orang benci dekat saya ada lah.” Lelaki itu hanya sekilas memandang ke arahku.

"Fiqah?” Nama itu terpacul keluar dari bibirnya. Senyuman kelat terukir di bibirku. Aku pun tidak tahu kenapa dia benci sangat dekat aku. Boleh dikatakan dia tu adik dan aku kakak. Tak silap aku, umurnya baru sahaja mencecah 19 tahun. Aku sudah 24 tahun. Memang dah nak tua. Dan senang cerita, aku dan Tiya aje yang tua di dalam kelas ballet itu. Tapi, aku tidak pasti lah. Mungkin ada yang lain lebih tua daripada aku dan Tiya.

"Oh ya, saya lupa. Saya nak ucapkan terima kasih untuk sekali lagi.” Ucapku dengan senyuman gembira. Harap sangat lelaki itu faham dan masih ingat.

"Terima kasih sebab apa? Bukannya saya bagi apa-apa pun dekat awak.”

Isy, rasa nak tumbuk aje muka dia tu bagi terus tak ada rupa handsome dia tu. Semua benda dia lupa. Ketuk kepala otak tu karang nanti semua benda kau ingat!

"Isy, awak ni. Semua tak ingat. Teddy bear saya tu la. Terima kasih.”

"Oh, hahaha. Tentang itu. Mana lah saya ingat. Dah lama kut.” Chris hanya ketawa kecil. Ketawa mengusik. Aku jeling sekilas ke arahnya.

"Walaupun benda tu dah lama, tapi saya tetap ingat tanggungjawab awak.” Senyuman manis terukir di bibirku. Pandanganku tanpa sengaja terarah ke mata birunya. Telan liur aku apabila sudah terperangkap dengan renungannya. Renungan yang penuh rahsia dan renungan yang sangat lembut. Tidak tajam dan tidak sinis.

Renungannya mampu buat aku kembali teringat pada mimpiku. Riak wajahnya sangat mirip dengan Chris, semuanya sama dan sempurna. Tetapi kenapa saat-saat ini aku tidak lagi mimpi tentang lelaki yang muncul di dalam mimpiku itu?

Kami berdua yang sedang tenggelam di dalam dunia angan-angan tersedar kembali ke dunia nyata apabila ada satu suara anak kecil menangis.

Terkebil-kebil aku mencari suara tangisan anak kecil itu. Sedikit terkejut melihat seorang gadis kecil sedang duduk sambil memeluk lutut dan teresak-esak menangis. Aku dan Chris berpandangan seketika dan tidak lama kemudian kami bersama-sama mendekati gadis kecil itu yang berada tidak jauh dengan kami.

Anak mat salih mana pulak ni? Comel! Melihat dia, aku yakin dia berusia dalam lingkungan 5 tahun. Pipinya gebu dan sedikit merah mungkin kerana angin yang dingin mencium kulit wajahnya. Matanya berwarna hazel biru dan air mata jernihnya mengalir laju di pipi putih gebunya itu. Rambutnya pula sedikit perang kekuningan. Sempurna! Comel! Aku yakin dia dah besar nanti pasti akan lebih cantik dan comel dan orang lain akan tergila-gila dengan gadis ini.

"Cos'hai che non va? Perché stai piangendo?” Soal Chris pada gadis kecil itu dalam bahasa Italy. Comel sahaja gadis kecil itu menyeka air matanya lalu mengalihkan pandangan ke arah Chris yang sedang duduk mencangkung disebelahnya. Aku hanya memerhatikan sahaja gelagat mereka berdua. Apa yang mereka cakap memang aku tidak faham tetapi melihat dari segi nada suara Chris dan riak wajah Chris pasti lelaki ini mahu membantu gadis kecil itu dan mahu tahu kenapa gadis kecil ini menangis.

"Non mi hanno permesso di giocare una volta con loro.” Ucap gadis kecil comel itu dalam esakan tangisannya sambil menundingkan jari pada sekumpulan kanak-kanak kecil yang sedang bermain buaian. Mungkin dia menangis sebegini kerana mereka tidak beri gadis kecil ini bermain bersama.

Chris tersenyum kecil. Dia menghulurkan tangannya lalu gadis kecil itu menyambut huluran tangan Chris. Sempat Chris memandang sekilas ke arahku dengan senyuman manisnya. Dipimpin kemas tangan gadis kecil itu dan berjalan beriringan menghampiri sekumpulan kanak-kanak kecil yang sedang bermain riang tersebut.

"Può venire e giocare con tutti voi?” Chris mula bersuara pada sekumpulan kanak-kanak itu. Aku juga turut mengikuti langkahnya. Ada dua kanak-kanak perempuan dan tiga orang kanak-kanak lelaki. Semuanya comel-comel. Rasa nak aje cubit-cubit pipi gebu mereka.

"Non c'è modo! Non può giocare con noi.” Bentak seorang kanak-kanak lelaki. Wajahnya begitu marah. Aku pun tidak tahu kenapa dia marah, mungkin dia marah tidak benarkan gadis kecil itu ikut bermain bersama dengan mereka.

"Non così buono. Avete tutti bisogno di andare d'accordo l'uno con l'altro. Non va bene combattere. Ora voglio che vi scusi con lui e giochiate insieme. Non litigate.” Lembut suara Chris seakan-akan memujuk mereka semua. Rasa nak ketawa pun ada, comel sangat mereka semua ini.

"Mi piacerebbe scusarmi. Possiamo essere amici?” Gadis kecil itu bersuara sambil menghulurkan tangannya pada kanak-kanak lelaki tadi yang begitu marah padanya. Haih, baik sungguh gadis kecil itu.

Tidak lama kemudian, tangannya disambut. Aku yang melihat rasa nak loncat gembira. Mungkin mereka sudah berbaik.

"Grazie zio.” Ucap gadis kecil itu sambil menunduk hormat pada Chris. Chris tersenyum kecil sambil mengusap lembut kepala gadis kecil itu.

Tidak lama kemudian, gadis kecil itu menoleh memandang ke arah aku pulak. Aku sedikit hairan. Pelik. Jangan lah dia datang kat aku, aku dah lah tak pandai dan tak faham bahasa Italy.

Tetapi ada satu senyuman misteri terukir di bibir gadis kecil itu. Makin berkerut dahiku saat ini. Dia terus berlalu pergi entah ke mana. Aku memandang ke arah Chris. Lelaki itu hanya mengangkat kedua-dua belah bahu. Dia pun tidak tahu.

Tidak lama kemudian, datang semula gadis kecil itu sambil memegang satu kelopak bunga berwarna merah. Comel aje dia pegang dan menghampiri Chris lalu dihulurkan bunga yang dipegang itu pada Chris. Patutlah dia pergi tadi, rupa-rupanya dia petik bunga dan diberikan pada Chris. Mungkin dengan tanda berterima kasih.

"Mi piace vedere entrambi i tuoi partner. Molto romantico. Regala questo fiore al tuo amante.” Dapat aku dengar kata-kata gadis kecil comel itu walaupun dia berbisik pada Chris. Sambil tersenyum lebar. Amboi, apa yang dia cakap pun aku tak tahu. Tapi melihat dari wajah Chris benar-benar berubah. Dia juga turut tersenyum tetapi terselit ketawa kecil.

"Grazie.” Ucap Chris lalu mengusap lembut pipi gadis kecil itu.

Selesai masalah itu, kami berdua berjalan bersama-sama keluar daripada taman ini. Tamannya luas dan besar. Luas seperti padang tetapi tempatnya sangat cantik. Aku masih bingung melihat Chris sibuk membelek-belek bunga tersebut sambil tersenyum kecil.

"Apa yang dia cakap kat awak tadi?” Memang bodoh dan senang dikutuk oleh orang Italy sebab aku memang tidak faham dan tidak pandai bercakap dalam bahasa Italy. Bertambah bingung apabila Chris tersenyum senget.

"This is for you.” Bunga tersebut dihulurkan padaku. Makin berkerut-kerut dahiku, pelik dan hairan dengan apa yang Chris hulurkan padaku. Bunga ini diberikan oleh gadis kecil tadi untuk Chris. Mungkin sebagai tanda terima kasih dan bukan untuk aku. Yang dia bagi aku ni dah kenapa?

"Kenapa bagi saya?” Soalku bingung.

"Dia kata pasangan kita berdua terlihat sungguh romantik. Dia suka dengan pasangan ini. Jadi dia bagi saya bunga ini untuk berikan pada awak agar pasangan kita terlihat lebih romantik apabila orang lain yang memandang.” Ujar Chris sambil tersenyum kecil. Aku sedikit tergamam. Pasangan romantik? Kenapa? Kalau aku keluar dengan Chris kami berdua ni terlihat seperti pasangan romantik ke?

"Ambil lah bunga ni. Buat kenangan. Kalau nak tahu pasangan kita tu romantik, awak boleh tengok bunga ni.” Ujarnya lalu menghulurkan bunga tersebut sambil mengeyitkan sebelah matanya. Wakduh! Cairnya aku melihatnya.

"Err..Hehe. Mungkin dia salah faham.” Lambat-lambat aku ambil bunga tersebut. Wajah dah berbahang, jantung pula sudah berdegup laju bagaikan hendak gugur saat ini apabila melihat senyuman Chris lagi bertambah laju jantungku saat ini.

"Kalau betul pun apa salahnya, kan?”

"Err...Chris, saya kena balik dulu. Nanti housemate saya risau pulak saya pulang lewat. Bye, see you again!” Ucapku sambil tersenyum manis. Sengaja aku mahu mengelak daripada terus bercakap tentang itu kerana wajah aku ini sudah berbahang teruk!

Tidak!

Dia hanya guru pelatih aku. Tidak lebih daripada itu!

Kalau tak tahu maksud Italy tu rajin2 la translate ya hihi >< Sorry kalau ada typo atau kesalahan ejaan dan sebagainya...so, enjoy gais untuk Bab baru! Bye <33

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience