• { BAB 38 } •

Romance Series 49049

"Ini wasiat daripada arwah untuk Bella. Semua harta dia jatuh kepada Bella. Dia dah siap-siap tulis nama Bella dekat wasiat ni, tanah pusaka dia dekat kampung tu pun dia bagi Bella. Mak ngah doakan semoga dipermudahkan segala urusan Bella saat arwah tiada di sisi Bella. Mak ngah yakin, kamu boleh teruskan perjalanan hidup kamu seperti biasa.”

Aku mengambil wasiat yang telah dihulurkan oleh mak ngah tersebut. Mencuba menahankan lagi air mata agar tidak tumpah ke pipi.

"Terima kasih, mak ngah.” Aku peluk tubuh wanita itu erat-erat lalu menyeka hujung mata yang sudah mula berair.

"Tapi mak ngah, siapa sebenarnya Laila? Kenapa ayah benci sangat-sangat bila Bella cakap tentang mama?” Soalku serius ingin tahu lebih lanjut lagi.

Dan kenapa ayah begitu berdendam dengan Laila ini? Ibu kandungku sendiri?

Mak ngah terdiam terkaku seketika sebelum kembali tersenyum cantik walaupun terselit wajah sedihnya itu.

"Ya, Siti Laila Binti Abdullah itu ialah mama kandung Bella. Dia masuk Islam sejak ayah mengajak dia kahwin. Dengan hati yang rela kerana Tuhan, dia memeluk agama Islam kerana Allah. Mereka berbahagia. Tapi, ada seseorang hamba Allah yang tak puas hati dan tak setuju dengan hubungan suami isteri mereka berdua.”

Cerita mak ngah dengan nada suara sedikit bergetar menahan sebak. Kelihatan kelopak mata wanita itu mula basah dan bertakung air mata di tubir matanya. Sungguh sedih kisah cinta antara arwah ayah dan arwah mama sehinggakan mak ngah yang hendak bercerita pun mula rasa sebak dan tidak dapat ditahankan.

"Siapa orang tu mak ngah?” Soalku sambil mengusap lembut bahu wanita itu.

"Orang tu jahat sangat-sangat Bella. Dan orang tu ialah.....”

TING TONG!

"Assalamualaikum, ngah!”

Kedengaran seperti ada orang datang ke rumah. Mak ngah cepat-cepat seka air mata lalu memandang jam di dinding dengan wajah yang sungguh terkejut besar dan dia menepuk dahinya sendiri.

"Ya Allahh...Mak ngah lupa, hari ini mak ngah ada ajak bonda datang makan ke rumah mak ngah. Dan mak ngah tak nak dia berjumpa dengan kamu lagi Bella, makin teruk lagi keadaan nanti. Dia masih tak puas hati lagi dengan kamu.” Mak ngah masih lagi mengetuk lembut beberapa kali dahinya seperti sedang memarahi dirinya sendiri.

"Tak apa, kita tengokkan aje. Siapa yang mula dulu bertengkar nanti.” Ujarku tenang. Aku akan duduk diam sahaja di sini dan kita tengok siapa yang mula dulu.

"Jangan, tak boleh Bella. Mak ngah tak nak korang buat kecoh di sini. Okay, apa kata kamu duduk di dapur sekejap. Nanti kalau mak ngah bagi isyarat untuk terus keluar, Bella terus keluar ya. Jangan sesekali pandang dia.” Arah mak ngah lalu mengusap lembut bahuku.

Aku menyerah.

Faham dengan maksud mak ngah, dia mempunyai cucunya di sini yang masih kecil. Pasti cucunya akan terkejut kalau aku bertengkar dengan wanita tua yang tak sedar diri itu. Harap-harap janda gedik tu pun tak ada datang sekali, menyampah nak tengok muka mereka!

"Okay.”

Mak ngah terus peluk tubuhku erat-erat lalu aku terus membuka langkah ke dapur besar mak ngah ini. Duduk aje la di situ sehingga mak ngah memberi isyarat padaku untuk terus keluar daripada rumah ini.

"Woi, ngah! Aku dah penat-penat datang ni, kau tak ada dalam rumah ke? Kau tahu tak panas kat luar ni!” Bebel bonda di luar rumah sehingga kedengaran di dalam rumah.

Aku ketap gigi, perangai bonda dari dulu sampai sekarang sama sahaja!

"Ye, ye bonda...kejap!”

Aku mengintip sedikit, melihat mak ngah sedang bukakan pagar rumah lalu membuka pintu rumah memberi wanita tua itu yang tak reti sabar nak masuk.

"Huh, apa lah kau buat lama-lama dalam ni sampai buka pintu pun lambat. Hah, dah masak ke belum ni? Aku lapar ni.” Dengan lagak selambanya seperti raja di dalam rumah ini, dia menghempas punggung di atas sofa.

"Dah bonda, jangan risau. Makanan dah hidang kat atas meja tu, kita tunggu Bakri kejap lagi datang jugak. Dia nak makan sama.” Ujar mak ngah lalu mengucup tangan ibunya.

"Oh, hm ye la. Alalaa....comel aje cucu bonda ni. Meh sini kat bonda, comelnya dia!” Bonda mengucup bertalu-talu pipi gebu cucunya.

Menitis air mataku melihatnya. Dulu bonda tiada pun buat aku begitu, langsung tidak pernah cium aku entah apa lagi bermanja-manja dengan aku. Kata bonda, aku bukan cucunya dan selama-lamanya aku bukan cucunya.

Sungguh sedih dan cemburu melihat cucu-cucunya yang lain dimanja-manja sedangkan aku dahulu kerap dimarahi oleh bonda.

"Aku dah buat keputusan....”

Kata bonda buatkan tumpuan perhatian mak ngah beralih ke arahnya. Aku juga turut membuka telinga.

"Aku tetap nak harta Badrul. Dia anak aku dan aku berhak ke atasnya. Perempuan tak guna tu siapa nak arah-arah aku dan nak haramkan harta tu kalau aku ambil. Aku yang akan halau dia suatu hari nanti!”

Tersentak aku mendengarnya. Kalau ikutkan hati yang sakit terlalu ini, memang aku dah pergi ke bonda dan selepas itu tahu-tahu aje la apa yang terjadi.

Tapi hati masih boleh dipujuk.

Jangan....

Jangan....

Ingat pesan mak ngah tadi, aku nak jaga hati mak ngah.

Kasihan mak ngah.

Sabar, Bella.

"Bonda...” Mak ngah baru sahaja hendak bersuara, kedengaran suara pak lang datang ke rumah.

Cepat-cepat aku seka air mata.

"Assalamualaikum!”

"Waalaikumusalam...Masuk la Bakri. Aku ada masak sikit ni untuk kau sekeluarga. Bonda pun ada ni.”

Wakduh, sekeluarga? Pak lang sekeluarga?

Bukan sikit anak-anak mereka, ramai!

Macam mana aku nak keluar ni kalau salah seorang nampak aku?

"Ya Allah, kak...Tak payah la masak beria-iya sangat, menyusahkan akak aje.” Kedengaran suara isteri pak lang, aunty Hajah. Dia sangat baik dan sungguh peramah.

"Tak apa la, sekali sakala. Dah lama tak jumpa korang.”

Aku mengintip sedikit melihat di ruang tamu.

Nohhh....

Ramai nyah!

Aduhh, macam mana ni?

Anak-anak pak lang ada 7 orang. Tiga orang sudah berkeluarga dan sudah mempunyai anak. Dua orang masih remaja, seorang lelaki seorang lagi perempuan dan lagi dua orang masih kecil dalam lingkungan umur 6-7 tahun tambah lagi dengan cucu-cucu mereka yang masih kecil.

Ya Tuhan....sakit otak aku dengar mereka bising-bising main-main disitu dengan kedengaran bunyi bayi menangis lagi.

Ah, tak sabar nak keluar dari rumah ni!

Tambah lagi ada bonda di situ, bertambah nak sangat keluar daripada rumah ni!

"Duduk la dulu, kejap ya.”

Okay, siap bersedia Bella bila mak ngah dah cakap begitu.

Dan akhirnya, muncul jua wajah mak ngah yang sungguh gelabah.

"Aduh, ramai la pula Bella. Macam mana ni? Mak ngah ingatkan anak-anak dia yang dah berkeluarga tu tak datang, rupa-rupanya datang sekali bawa cucu.” Ujar mak ngah sambil menggaru-garu kepalanya.

Aku juga kusut hendak memikirkannya.

"Eh, Bella pun ada sini. Ya Allah, dah besar dah dia. Cantik macam arwah mak dia.” Muncul pula aunty Hajah lalu memeluk tubuhku erat-erat.

Nak tak nak, terpaksa aku sengih lalu membalas pelukan aunty Hajah.

"Eh, buat kat sini? Jom makan sesama Bella.” Ajak aunty Hajah.

"Eh, err...tak apa aunty, Bella dah makan. Sekarang Bella kena pergi, ada hal sikit.” Ujarku dan mencari cara-cara untuk keluar daripada rumah ini.

"Lahh, yeke? Baiklah. By the way, salam takziah Bella.” Ucap aunty Hajah sambil mengusap lembut bahuku. Aku mengangguk kepala lalu membalas senyumannya.

"Saya balik dulu ya, aunty. Mak ngah, Bella balik dulu.” Aku memberi isyarat mata pada mak ngah yang aku boleh keluar daripada rumah ini.

Mak ngah mengangguk kepala sambil menepuk beberapa kali bahuku.

Selesai meminta diri, perlahan-lahan aku keluar daripada dapur dan berjalan ke ruang tamu menuju ke pintu rumah.

"Eh, Bella ada sekali? Tak perasan pula. Bila sampai?”

Aduuu, pak lang tegur la pulakk!

Kakiku terhenti, aku toleh memandang pak lang tapi mataku tepat memandang bonda yang terkejut besar melihat aku muncul di dalam rumah ini.

Aku cuba untuk senyum ke arah pak lang lalu mengucup tangan pak lang.

"Haah, dah lama dah sampai. Tadi bersembang sekejap dengan mak ngah, sekarang nak balik dah. Ada class.” Ujarku, pak lang mengangguk faham.

"Habistu, tak nak ke makan sekali? Lauk sedap-sedap ni mak ngah kamu masak.” Pelawa pak lang, tetapi aku geleng kepala.

"Tak apa pak lang, Bella dah makan. Bella balik dulu ya.”

"Baiklah, hati-hati ya.” Pesan pak lang, aku mengangguk sambil tersenyum manis ke arahnya lalu kaki mula melangkah pergi tetapi sempat aku menjeling tajam ke arah bonda yang sedang merenung tajam ke arahku.

Akhirnya, dapat juga aku keluar daripada rumah ni.

Benci yang teramat hendak aku memandang wajah dia.

Dasar orang tua hati busuk!

*********

"Tarik nafas dalam-dalam dan hembus!”

"Okay, nice try gais!”

Gemuruh tepukan di dalam studio ini. Anak-anak muridku kelihatannya sungguh gembira. Melihatkan lagi Tiya sudah masuk ke kelas seperti biasa, lagi bertambah gembira mereka semua di dalam studio ini.

"So, class pun dah habis. Masing-masing boleh tukar pakaian and terus balik rumah.” Ujar Tiya apabila class sudah tamat.

Aku tersenyum ke arah Tiya lalu melabuhkan duduk di sebelah gadis itu.

Anak-anak muridku semuanya sedang sibuk menukar pakaian masing-masing dibantu oleh beberapa pembantu class tersebut.

"Kau okay?”

Soal Tiya sambil merenung anak mataku dalam-dalam. Aku tersenyum kelat.

"Okay...”

"Yelah tu, tengok muka kau ni pun aku dah tahu kau ada masalah. Cerita lah kenapa?” Soal Tiya ingin tahu.

Kalau dia tahu isi kepala otak aku ni dah sempit dan banyak dengan beban pelbagai masalah yang sedang aku fikirkan.

"Ohh, maybe pasal Chris?” Soal Tiya sambil memetik jarinya. Nama lelaki itu dah lama tak dengar.

Rindu sungguh padanya.

"Errr...Cik Bella.” Panggil salah seorang pembantu di dalam kelas ini.

Terus aku pandang ke arah pembantu tersebut.

"Ya, saya.”

"Ada orang bagi bunga ni dekat cik Bella.” Ujar pembantu itu lalu menyerahkan sejambak bunga ros bercampur bunga ros putih padaku dan dihiasi dengan coklat kinder bueno.

Berkerut dahiku melihatnya.

Siapa pula yang bagi ini?

"Siapa bagi?” Soalku bingung.

"Tak tahu la, cik. Dia bagi macam tu aje dan dia suruh saya bagi pada cik Bella.” Ujar pembantu tersebut.

Mata mula tercari-cari sekeping kad, kut-kut ada terselit di bunga tersebut.

"Uyooo, dapat bunga dari peminat. Untung laa...” Ujar Tiya sambil mencuit bahuku.

Aku ketawa kecil sambil menggeleng kepala.

Dapat sahaja sekeping kad di celah-celah bunga yang banyak itu, lantas sahaja aku buka lalu baca. Mana lah tahu ada nama pemberi di kad tersebut.

I miss you so much, sweetie.

You don't miss me?

- Your hero.

Mekar satu senyuman paling manis di bibirku saat ini.

Sekarang aku dah tahu siapa yang beri bunga ini, aku kenal sangat orang itu. Baru sahaja Tiya sebut namanya, sudah muncul sejambak bunga daripadanya.

Siapa aje tak rindu dia?

Sungguh aku merindui dia!

"Chris.”

Nama itu keluar dari bibirku.

"Hah, Chris?” Soal Tiya terpinga-pinga.

Aku tersenyum ke arah Tiya yang masih bingung.

"Dia masih ada dekat luar?” Soalku pada pembantu tersebut.

"Mungkin. Cik Bella boleh tengok dia kat luar, kut-kut dia ada lagi.”

Aku angguk kepala lalu kaki terus melangkah keluar daripada kelas ini sehinggalah mata terpandang pada seorang lelaki yang berjalan menghampiri keretanya.

"Chris.”

Nama itu keluar daripada bibirku buatkan langkah lelaki itu terhenti. Daripada belakang tubuh lelaki itu, sungguh aku kenal itu ialah Chris

Chris pusingkan tubuhnya lalu memandang tepat ke arahku dengan satu senyuman manisnya.

**********

"Congratulations, now awak dah jadi isteri orang. Your husband tak marah ke awak keluar dengan saya ni?”

Pecah tawaku mendengarnya. Terbahak-bahak aku ketawa buatkan meja makan sebelah kami turut tertoleh memandang ke arah aku yang masih tidak henti-henti ketawa.

Kan aku dah cakap, kalau bersama Chris sungguh buat aku rasa tenang. Pelbagai masalah yang berada di dalam kepala otak aku semuanya terbang begitu sahaja.

Hilang!

Chris juga turut tertawa kecil. Bagaikan tertawa paksa dan terselit rasa pelik kenapa aku gelak dah macam cik ponti.

Hahahaha!

"Why are you laughing? Malu lah orang pandang, sayang.” Ujar Chris sambil tersengih memandang meja sebelah kami yang sudah berkerut dahi memandang ke arah kami berdua.

"Nothing, but awat punya soalan sangat kelakar la, Chris.” Aku cuba meredakan ketawaku. Menyeka hujung mata yang sudah mula berair akibat ketawa terbahak-bahak tadi sehingga terkeluar air mata.

Chris ketawa kecil lalu dia menggaru-garu dahinya sendiri.

"Funny? Maybe not. Saya tanya, tak marah ke suami awak bila dapat tahu yang awak keluar dengan saya? Maybe dia tak kenal lagi siapa saya.” Ujar Chris lalu menghirup air coffeenya.

Aku ketawa kecil sambil menggeleng kepala.

"Apa maksud awak?” Soal Chris bingung.

Aku tersenyum manis.

"Tak marah dan saya langsung tiada suami. Status saya bukan lagi isteri orang, bukan bakal isteri orang dan bukan lagi tunang orang.” Jelasku sambil tersenyum manis.

Wajah Chris berubah, terkejut besar dia saat ini.

"What?! Seriously? But....”

"Yes, I know...mesti awak tertanya-tanya tentang tunang saya dulu tu kan? Don't worry, saya dah putus tunang. And kitaorang tak jadi pun berkahwin.” Jelasku lagi sambil menyembunyikan rasa sebak yang entah tiba-tiba datang.

"Cause what?” Soal Chris lagi masih bingung.

"Sebab....”

"Sebab saya? Sebab saya awak putus tunang dan tak jadi berkahwin? Oh, god!”

Laju aku geleng kepala setelah Chris mula berfikir lain dan mula menyalahkan diri sendiri.

"Eh, bukan! Bukan sebab tu, Chris. Saya putus tunang dan tak jadi kahwin dengan lelaki tu atas bersebab. Bukan sebab awak, please jangan salahkan diri awak.” Jelasku lagi agar dia mengerti.

"Good, but I'm sorry...”

"For what?”

"Sorry if saya terselit dalam hal awak. Hal masalah yang awak tak jadi kahwin tu.” Ucap Chris dengan wajah kecewanya.

Aku senyum lebar sambil menggeleng kepala. Dia tidak bersalah pun dalam hal ini, aku yang salah. Tidak fikir dari awal sebelum buat keputusan.

"By the way, hari yang lepas awak ada datang ke office saya ke? Sebagai tunang saya?” Hujung ayatnya itu dia tersenyum senget.

Aku ketawa kecil.

Ya! Aku ada datang ke pejabatnya, tapi tulah...kecewa sangat-sangat sebab aku tak dapat jumpa dengan dia. Tapi hari ini sungguh aku gembira tak terkata setelah dapat bertemu lagi dengan mata birunya.

Aku angguk kepala sambil tersengih kecil.

"You so naughty girl! Saya dah cakap kat semua staff saya yang awak tunang saya, nanti mereka bagi awak masuk free.” Ujar Chris sambil mengenyitkan sebelah matanya.

Aku ketawa.

Ya, memang sungguh susah hendak masuk ke dalam syarikat besarnya itu. Dah macam nak jumpa Raja pulak!

"Tapi kan, hari tu saya ada jumpa Mark and the geng kat dalam syarikat awak. Mark tenung saya macam nak makan, takut saya jadinya. Kenapa dia datang ke situ? Saya makin risau kalau dia cari saya.” Ujarku masih ingat lagi tentang pertemuan tidak diduga Mark.

Bertentang mata dengan lelaki itu dah bagaikan nak makan aku. Takut aku jadinya saat dia merenung sungguh menggoda ke arahku.

Wajah Chris berubah. Halkumnya bergerak-gerak dan tubuhnya mengeras. Berkerut dahiku melihat wajah lelaki itu serius.

"Dia ada hal sikit yang perlu dia selesai dengan saya. But, sorry sebab waktu tu saya tak ada dekat office. I know you miss me, right?” Tutur Chris sambil menjongketkan sebelah keningnya.

Nakal!

Berbahang wajahku saat ini, tahu-tahu aje!

"Mestilah. Saya tak nak awak marah saya lagi setelah awak dapat tahu yang saya bakal berkahwin dengan orang lain.”

Ya, sungguh aku takut kehilangannya.

"It's okay, honey. But, where's your father? Dah lama tak jumpa dia. Mungkin kalau dia tahu saya jumpa awak macam ni, maybe dia makin mengamuk dan marah kat awak kan?” Ujar Chris dengan wajah serba salahnya.

Aku tahan sebak.

"Chris, ayah saya dah meninggal dunia.”

Chris terus angkat wajah dengan riak wajah tersangatlah terkejut besar.

"What?!”

Aku angguk dengan air mata menitis laju ke pipi.

Tidak dapat ditahankan lagi sebak di dada ini. Ayah baru aje pergi tetapi ibarat seperti ayah masih ada di rumah.

Rindunya dekat ayah!

"Oh my god, I'm so sorry sweetie, I'm so sorry.” Berkali-kali dia meminta maaf padaku.

Aku tersenyum kecil sambil menggeleng kepala.

Tanpa sedar, Chris sudah menyeka air mataku dengan menggunakan tisu.

"I'm sorry.”

"It's okay. Dia meninggal dunia akibat sakit jantung, semua ni salah saya Chris. Saya banyak buat salah dengan ayah saya.” Aku tertunduk sambil meraup wajah.

Sungguh sampai sekarang aku masih rasa bersalah dengan ayah.

"Jangan macam ni sayang, orang yang dah pergi kita kena reda dengan pemergian dia. Kita doa banyak-banyak ya semoga ayah awak tenang dekat sana.” Pujuk Chris, aku angkat wajah sambil menyeka air mata.

"Aamiin. Thank you.”

Senyuman manis terukir di bibir.

"Welcome. Jangan lupa senyum, I miss your smile sweetie.”

Aku ketawa kecil sambil mencuba tersenyum manis.

"By the way, thank you again tau bagi bunga ni. Dah lama tak dapat bunga.” Ucapku sambil membelek-belek sejambak bunga yang telah diberi oleh Chris.

"Anything for you, sayang.”

Aku senyum dengan hati yang sungguh berbunga-bunga.

"Oh ya, lupa. Hari itu yang awak tiada di office, saya terserempak dengan abang awak. Jahat juga mulut dia kan?” Sinis aku berkata buatkan wajah Chris berubah sekali lagi.

"Rayyan?”

**********

"Ya. Abang singa awak tu, yang terlebih sopan sangat mulut dia tu.” Sinisku berkata sambil menjuling mata ke atas.

Kalau ikutkan hati ini, masih sakit. Sakit dengan kata-kata tuan Rayyan pada tempoh hari yang lepas saat aku bertembung dengannya.

Wajah terkejut Chris masih tidak berubah malah wajahnya bertukar berang.

"Why? Dia cakap apa dengan awak?” Soal Chris dingin.

Aku telan liur, rasa serba salah pulak hendak meneruskan kata-kata. Nanti mereka bergaduh pula hanya gara-gara aku.

"Err...”

"Tell me, Bella. Dia buat apa kat awak and dia cakap apa?” Soal Chris lagi buatkan kedua-dua bahuku ternaik dengan suaranya yang mula meninggi.

"Dia...Dia...”

"Dia cakap apa?”

"Dia hina saya dan keluarga saya. Sehingga dia mahu bagi saya berjuta-juta duit agar saya jauh dengan awak.” Ceritaku sambil menahan air mata agar tidak gugur.

Kelihatan Chris sedang mengetap gigi dan dikepal penumbuknya dengan sangat kuat sehingga menimbulkan urat-urat di tangannya.

"Chris....”

Dia pandang aku.

"Please, jangan bergaduh dengan abang awak hanya sebab saya. Saya tak nak macam tu. Kita abaikan aje, lagipun saya dah maafkan dia. Kita doakan aje yang baik-baik dan Allah yang akan balas balik apa yang dah dia buat.” Pujukku pada Chris agar lelaki itu tidak berang lagi.

"Dia kurang ajar, Bella. Mulut dia tu tak pernah buat orang sakit hati. Saya pun stress dengan dia, rasa menyesal dapat abang macam tu!” Ujar Chris sambil mendengus kasar.

"Chris....Jangan macam tu, dia darah daging awak. Dia abang awak. Dia yang melindungi awak dan jaga awak semasa kecil sewaktu awak dan abang awak kehilangan kedua-dua ibu bapa.” Pujukku lagi.

Chris pandang aku dengan sangat lama lalu menghela nafas kecil.

Dia angguk sekali.

"Okay, but kalau dia kacau awak lagi, saya tak akan anggap dia sebagai abang saya lagi!”

Tersentak aku mendengarnya. Telan liur sekali.

Memang Chris baran juga orangnya, lagi-lagi dengan orang yang dia sayang kena kacau. Memang habis dia mengamuk. Tetapi aku rasa bersyukur. Syukur sangat-sangat dapat seorang lelaki seperti dia.

*******

Lama aku merenung siling putih bersih tersebut sambil mengingatkan kembali kata-kata Chris tadi.

Nafas dihela panjang-panjang.

Rasa hati begitu lega dan tenang apabila sudah dapat bertemu dengannya.

Rinduku pada lelaki itu telahpun terubat.

Mata mula memandang ke arah meja kecil sisi katil, sebuah frame gambar ayah aku capai lalu aku kucup lama gambar tersebut.

Rindu pula pada ayah. Tersangatlah rindu!

Tidak lama kemudian, kedengaran telefon bimbitku berdering. Haih, baru aje nak hilangkan rindu dekat ayah, siapa pulak yang call aku malam-malam buta ni?

Aku mencapai telefon bimbitku yang berada di sebelah katil.

Tertera nama Chris di dalam talian, senyuman automatik terukir mekar di bibir.

Baru aje jumpa petang tadi, tak akan dah rindu kut.

"Hello.”

"Hello, sweetie.”

"Ada apa awak call saya ni?”

Sempat aku menjeling ke arah jam di dinding sudah tepat pukul 11 malam. Mata pun dah berat hendak tidur.

"Rindu. Don't you miss me, honey?”

Aku ketawa kecil.

Kan dah cakap!

"Mestilah rindu jugak! Awak kan busy, so saya tak nak kacau awak.” Ujarku sambil mengedipkan mata yang sudah mengantuk beberapa kali.

Ah, mengantuk la pulak!

"Busy? Mana ada. Saya busy tapi tak adalah sampai lupakan awak sayang.”

Blushing aku mendengarnya.

Jahat!

Malam-malam dah buat orang blushing!

"So, call saya ni rindu saya la?” Soalku sambil ketawa kecil.

"Boleh awak ke balkoni awak sekarang?”

Berkerut dahiku dengan permintaan Chris itu, tidak menunggu lama aku kembali bangun daripada pembaringan lalu berjalan ke balkoni tetapi sebelum itu aku pakai dahulu tuala di kepala.

Kerana firasat hati ini mengatakan yang dia ada di luar sebab itu dia suruh aku ke balkoni. Aku tak mahu jadi kali kedua saat di Italy rambutku dilihat oleh Chris.

Tapi, tak akan la rindu sampai datang ke sini?

Perlahan-lahan aku menolak pintu balkoni itu lalu berjalan menuju ke balkoni. Angin malam berdesir lembut. Mata mula memandang ke bawah balkoni dan benar dengan tekaanku.

Chris ada di bawah.

Dia sedang bersandar pada keretanya sambil tersenyum manis ke arahku.

Aku juga turut tersenyum, tak sangka dia datang ke sini.

"Chris, aw...awak buat apa kat sini?” Soalku sedikit terkejut lalu gagap.

Chris masih berwajah tenang dengan senyuman manisnya itu.

Sempat aku memandang ke kiri dan ke kanan, takut pula kalau ada jiran-jiran yang melihat Chris datang ke rumahku. Nanti tak pasal-pasal kena fitnah tangkap basah.

"Why? I miss you so much honey and I just want protect you tonight.”

Aku tersenyum lalu meraup wajah.

Lelaki ni tak pernah tak buat aku blushing.

"It's okay, sayang. I'm fine here. Don't worry about me tonight. Awak boleh balik, saya risau nanti jiran-jiran saya pandang. Nanti tak pasal-pasal timbul satu fitnah pulak.” Kataku lembut dan bukan untuk menghalaunya.

Kedengaran seperti Chris sedang menghela nafas kecil. Rasa kesian pun ada. Tapi apa mahu buat lagi? Dia bukan suamiku dan kami langsung tiada apa-apa ikatan halal.

"Hm, okay. Saya balik. Take care, sweetheart.” Ucapnya sambil tersenyum segaris.

Aku juga turut menghela nafas berat.

"Sorry...”

"It's okay, saya faham.”

Lama aku pandang dia di depan rumahku ini, wajahnya jelas kecewa sebelum bertukar kembali dengan senyuman manisnya.

"Saya balik dulu, goodnight.”

"Okay, take care too and goodnight.”

Rasa sedih untuk memutuskan talian ini, tapi terpaksa. Akhirnya talian kami berdua terputus jua. Chris melambai-lambai tangannya sebelum bayangannya hilang masuk ke dalam perut keretanya.

Aku juga turut membalas lambaiannya. Sebelum dia pergi, sempat lagi dia buat mini love padaku sambil buat muka comel. Aku ketawa kecil lalu membalas mini love padanya.

Dan, pergi la dia daripada kawasan perumahan banglo dua tingkat ini.

Terasa hati begitu sayu dan sedih saat dia pergi.

Haih, ya Allah...Sampai bila la hubungan kami ini?

********

Tudung yang sudah tersarung kemas di kepala dibetulkan sedikit awning agar terlihat cantik. Perempuan kalau awning dia tak jadi, mahu badmood sehari hahaha.

Pelembab bibir dicalit sedikit di bibir agar bibir tidak kelihatan kering.

Selesai semuanya, totebag di galas di bahu. Saat kaki hendak meninggalkan bilik tidur ini, mata terpandang pada sebuah frame gambar ayah di tepi meja solekku.

Ya Allah, rindunya pada arwah ayah!

"Ayah, Bella nak pergi class dulu. Bella sentiasa doakan moga ayah tenang dekat sana ya. Bella sayang ayah sangat-sangat!”

Frame tersebut terus aku peluk erat-erat. Rinduku pada arwah ayah tak terkata. Hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Frame gambar tersebut kembali diletakkan kemas di tepi meja solekku lalu kaki di atur keluar daripada bilik tidur dan melangkah ke dapur.

Coffee kegemaranku!

Sudah siap dibancuh tadi.

Mak Gayah tiada di dalam rumah ini, jadi aku perlu bancuh air sendiri.

Kurang sedap kalau aku buat kerana mak Gayah buat air coffee aku lagi sedap!

Selesai dihirup coffee tersebut sebagai sarapan pagiku, kaki mula melangkah ke pintu utama.

Dikunci pagar dan pintu rumah dahulu lalu aku mencapai pula kasut kanvas ku berwarna hitam.

Hari ini cuaca baik-baik sahaja, tetapi tidak bagi hatiku. Aku cuba untuk menenangkan hati yang terasa begitu sayu dan gelisah saat ini.

Senyum Bella, senyum.

Tetap lah senyum walaupun hati sayu.

"Goodmorning, sayang.”

Satu ucapan itu menyentakkan aku buatkan terhenti terus hendak aku pakai kasut. Nasib baik sebelah kaki dah pakai, sebelah lagi belum sempat hendak pakai hanya gara-gara satu suara itu muncul secara tiba-tiba.

Dan aku terus mengangkat wajah.

Yang aku nampak saat ini hanyalah sejambak bunga ros.

Ah, itupun sudah buat aku tersenyum.

Cepat-cepat aku sarungkan kasut ke kaki sebelah lalu kembali berdiri seperti biasa.

Terkejut besar aku melihat Chris yang muncul dengan sejambak bunga kegemaranku.

"Chris....”

Sumpah, lidahku kelu. Terkejut!

"Nah...For you, my love.” Ucapnya sambil menghulurkan sejambak bunga tadi.

Terketar-ketar aku menyambut sejambak bunga tersebut.

"Chris, awak buat apa kat sini?” Soalku masih terkejut.

Chris tersenyum senget.

"Awak dah breakfast? Jom breakfast sekali.”

Aku masih bingung, terkejut dia muncul secara tiba-tiba sambil bawa bunga tersebut. Tetapi terselit hati ini gembira.

Ya, gembira sangat dapat jumpa dengan dia.

Hati yang tadi sayu dan sedih, terasa begitu tenang dan gembira saat bertemu dengannya. Dapat pula bunga kegemaran pagi-pagi ni mampu buat aku tersenyum sampai ke telinga.

Tidak menjawab soalanku, tanpa sedar dia sudah menarik tanganku berjalan mengikutinya ke arah keretanya. Sungguh aku terkejut dengan perbuatannya sehingga buatkan aku terkaku dan hanya ikuti jejak langkahnya.

Dia buka pintu kereta untukku, aku yang seperti sudah terkena pukaunya berjalan masuk ke dalam keretanya.

"Good girl.”

Aku tersenyum kecil sambil menggeleng kepala tetapi terkejut yang selamba dia pegang tangan aku itu masih tidak boleh dilupakan.

Ya Tuhan...

Dia lupa agaknya aku ni siapa.

*********

Terkejut juga aku melihat Chris membawa aku ke suatu kedai makan melayu. Masakan Melayu. Tak silap aku, Chris tidak suka akan masakan melayu, katanya dia masih belum biasa makan makanan orang Melayu.

"People say, kedai ni popular dengan nasi lemak yang sangat sedap. And, I dah try nasi lemak dia. So, saya bawa awak ke sini sebab saya nak awak cuba nasi lemak dia. I swear, the food here is really good.”

Tersenyum aku mendengarnya. Ni nak practice makan makanan melayu ke macam mana?

Aku ketawa kecil melihat muka keyakinan Chris itu, memang semua makanan melayu sedap tak boleh nak lawan!

Kalau dulu aku ke Italy, sungguh aku rindukan makanan Melayu. Tak boleh dilupakan!

Tapi, Chris pernah makan di sini?

Jadi selama ini dia pernah cuba masakan orang Melayu?

"Really? Wahh, kalau macam tu saya nak cuba nasi lemak yang popular yang awak cakap tu.” Ujarku.

"Yes, dear. And awak kena cuba sambal sotong dia. Memang sedap!”

Pecah tawaku melihat wajahnya yang berkeyakinan masakan di sini semuanya sedap-sedap. Patutlah beria-iya tadi nak sarapan denganku di sini.

Setelah siap memesan makanan, akhirnya makanan kami sampai. Sebelum mula mengisi perut yang sudah meminta di isi ini, aku mengangkat kedua-dua telapak tangan.

Membaca doa makan sebelum memulakan makan.

Aamiin.

Selesai membaca doa, aku meraup wajah. Serentak itu mataku terpandang ke arah Chris yang berada di hadapanku ini.

Dia tersenyum cantik.

"Why?” Soalku sambil tersengih kecil.

Takut juga kalau muka aku ni ada kesan comot ke apa. Tapi tak silap aku, tadi di rumah aku hanya minum coffee. Tidak sedikit pun menjamah makanan, mana nak datangnya comot?

Ke tudung aku senget-benget? Sebab itu Chris pandang aku begitu. Menahan tawa melihat aku pakai tudung dah macam makcik senah.

Atau aku terpin tudung kat atas dahi?

Uit, tak akan lah sampai ke atas dahi dipin tudungnya tu Bella oii.

Eh, mana lah tahu kan. Tadi aku gelabah siap sebab dah lewat.

Mungkin....

Ah, malu la aku kalau begitu.

Cepat-cepat aku memeriksa tudungku, diusap-usap sedikit awning, kut-kut pin di atas pulak.

Tidak ada dan selamat.

Tapi dah kenapa mamat ni pandang aku macam tu?

Ni yang buat aku tak selesa ni!

"Nothing.” Ucapnya sambil tak lepas-lepas tersenyum manis.

Aku menjeling tajam ke arahnya, Chris yang perasan ketawa kecil.

"Saya suka tengok awak baca doa, you are a believer. Mesti Tuhan sayangkan awak kan?” Ujarnya sambil menghela nafas kecil.

Aku tersenyum kecil sambil menggeleng kepala.

"Setiap manusia ada kesalahan dan kesilapan yang datangnya ujian daripada Tuhan. Tuhan tahu kita kuat lalui ujian daripadanya dan Tuhan sayang hambaNya. Dan daripada kesalahan dan kesilapan kita tu, kita boleh ambil sebagai pengajaran. Saya bukan orang yang baik Chris tapi saya cuba untuk menjadi orang baik.” Tuturku dengan sangat lembut agar dia mengerti.

Chris tersenyum manis.

"You are so genius.”

Aku ketawa kecil sambil menggeleng kepala.

"So, jom kita rasa nasi lemak yang awak cakap sedap ni.”

Aku mencapai sudu lalu mengambil sedikit nasi lemak dan sambal sotong lalu dimasuk ke dalam mulut. Kunyah punya kunyah sehingga tak sedar sudah masuk tiga suap.

"Sedap lah tu sampai tak sedar dah masuk suap ketiga.” Chris ketawakan aku.

Terus aku menekup mulut, malu. Baru sedar hahaha.

"Woww, sedapnya. Sedap sangat sampai saya tak sedar tau.” Ucapku sambil menyuap nasi ke dalam mulut. Tak boleh dilepaskan, kena masuk jua nasi ke dalam mulut lagi.

Chris ketawa sehingga menampakkan giginya yang putih bersih itu. Aku juga turut ketawa.

"Nah, cuba awak rasa sambal udang dia. Sedap juga tau.” Chris menghulu sudu yang berisi seketul udang sambal ke arahku.

Malu-malu hendak aku buka mulut. Dan akhirnya selamat udang itu masuk ke dalam mulutku.

"Sedap! Awak sengaja nak bagi saya gemuk ek?” Sengaja aku buat-buat marah, sebaliknya aku memang dah lama tak makan.

Selera makan yang dulu hilang kini kembali semula.

Chris ketawa.

"Biar lah gemuk, cute. Sedap kalau peluk tau!” Ucapnya sambil mengenyitkan sebelah matanya.

Terkekeh-kekeh aku ketawa sehinggalah terasa tepi bibirku seperti ada orang mengusapnya. Tersentak aku apabila sedar yang Chris mengelap di tepi bibirku yang sudah comot.

Malunya! Tapi hati berbunga-bunga.

"Hehehe.” Sengih.

"By the way, thank you bagi bunga. Terkejut juga tiba-tiba dapat bunga, pagi hari pulak tu. Berbunga-bunga hati saya.” Aku sengih kecil.

"Itulah maksudnya awak paling special dihati saya.” Ujarnya sambil tersenyum senget.

Aku tak boleh nak tahan senyum, makin mekar pula senyuman ini dengan kedua-dua pipi yang mulai berbahang.

"Oh ya, saya lupa nak bagitahu awak. Malam ni saya nak ajak awak dinner. Itupun kalau awak free la.” Ujar Chris sambil menyuap nasi ke dalam mulut. Dah nampak macam dia dah biasa dengan makanan masakan orang Melayu.

"Dinner?”

Dia mengangguk kepala sambil tersenyum senget. Senyuman membawa sesuatu maksud.

"InsyaAllah free.” Ucapku, lagipun dah lama aku tak dinner bersama-sama dengannya.

"Okay, kalau awak free malam ni Danny akan ambil awak ke dinner tu. Jangan lupa pakai cantik-cantik tau, extra pretty.” Ujarnya sambil mengenyitkan sebelah matanya.

Aku ketawa kecil sambil menggeleng kepala.

Ada-ada sahaja!

*********

"Banyaknya coklat ni, awak nak bagi siapa? Kalau awak nak tahu, coklat banyak-banyak yang awak bagi saya tu dah banyak gila kat rumah tu.”

Terkejut aku melihat Chris membawa keluar satu beg plastik kertas besar yang berisi pelbagai jenis coklat dari bonect belakang keretanya. Yang pastinya coklat itu semuanya mahal-mahal dan sangat banyak.

"Saya nak bagi dekat anak-anak angkat awak semua tu. I know, mereka tengah tunggu saya datang.” Chris ketawa lalu menutup kembali bonect belakang keretanya.

Aku ketawa kecil, baru faham.

"Eh, tapi awak kan tengah busy waktu-waktu macam ni. Tak masuk office ke?” Soalku risau mengganggu waktu kerjanya.

"Busy? No, sweetheart. Saya nak spend time dengan budak-budak tu and...you.” Ucapnya sambil mengenyitkan sebelah matanya.

Aku ketawa kecil dengan kedua-dua pipi mula terasa berbahang.

Kami berjalan beriringan masuk ke dalam pintu utama kelas dan dari jauh sudah kelihatan anak-anak muridku yang sedang berlatih.

Belum lagi Chris melangkah masuk, mereka semua sudah serang Chris terlebih dahulu. Tak henti-henti aku ketawa melihat gelagat mereka masing-masing.

Comel!

"Uncle handsome datang la!”

Jerit mereka semua lalu memeluk Chris. Chris juga turut ketawa lalu membalas pelukan mereka semua.

"Rindu uncle tak?” Soal Chris sambil ketawa kecil. Aku di sebelah hanya tersenyum melihat Chris yang mesra melayan semua anak-anak muridku itu.

"Of course la! Kitaorang semua rindu uncle handsome!” Jerit mereka semua.

"Aik, teacher tak rindu ke?” Sengaja aku buat-buat merajuk.

Kini mereka semua beralih pula padaku, dipeluk tubuhku dengan sungguh erat. Aku pula sesak nafas apabila mereka semua menyerangku pula. Hamdeh, HAHAHA!

Chris disebelah hanya tersenyum sehingga menampakkan giginya yang putih bersih itu. Aku juga turut tersenyum.

"Mestilah kitaorang rindukan teacher jugak!”

Jerit mereka lalu melepaskan pelukan tersebut. Huh, barulah boleh tarik nafas dengan normal.

"So, uncle ada hadiah untuk you guys but...siapa yang berjaya dalam latihan ballet dia akan dapat hadiah!”

Cabaran yang menarik daripada Chris. Kelihatan anak-anak muridku semua bersinar-sinar mata mereka bila dengar hadiah.

"Setuju?” Soalku pada mereka semua yang masih terpinga-pinga.

"Setuju!”

Aku pandang Chris, Chris pandang aku. Lalu kami ketawa bersama. Seronok melayan kerenah anak-anak muridku ini.

"Okay, let's go!”

*********

Duduk dilabuhkan di sebuah kerusi sambil mata memerhatikan gelagat-gelagat anak-anak muridku bersama Chris.

Comel sahaja masing-masing.

Melihat seperti Chris pula guru ganti di sini, aku tersenyum melihatnya. Dari jauh begini melihatnya sungguh dia kelihatan sangat kacak. Terlampau kacak.

Dan aku suka melihat Chris melayan anak-anak muridku itu, katanya dia suka akan kanak-kanak.

Ya Allah, kalau dia benar untukku, kalau dia jodohku, kau jagalah dia untukku, lindungilah dia dan dekatkan lah dia padaku. Kalau dia bukan jodohku, kau jauhkan lah dia daripadaku. Aku terima dengan hati yang rela melepaskannya.

"Good! So, nah hadiah untuk awak.”

Chris menghulurkan coklat Cadbury pada seorang muridku yang berjaya melakukan ballet.

Aku ketawa melihat Chris dikejar oleh semua murid-muridku kerana nak dapatkan coklat. Hahaha, begitu pula dia ya.

Kelihatan semua tercungap-cungap mengejar Chris satu studio ini.

Tanpa sedar Chris sudah berlari ke arahku dan melindungi dirinya di belakangku. Aku sedikit terkejut, lantas aku berdiri dan terpinga-pinga melihat anak muridku yang lain sudah berada di hadapanku.

"Teacher, tepi...”

"Uncle handsome tu aku punya!”

"Eh, mana boleh. Uncle handsome tu aku punya la.”

"Tak boleh, tak boleh...Uncle handsome tu aku punya mana boleh kau ambil!”

Lah, gaduh sebab nak rebut uncle handsome rupa-rupanya. Patutlah Chris lari terus ke belakang aku. Terbahak-bahak aku ketawa.

"Ya Allah, kenapa ni?” Soalku masih ketawa kecil.

"Ni haa, dia nak ambil boyfriend kita pulak. Uncle handsome tu kita punya la!” Marah salah seorang anak muridku yang sedang berebut uncle handsome mereka dengan rakannya.

Aku ketawa kecil, melihat Chris juga turut ketawa. Bergaduh berebut pulak dah, stress aku.

"Okay, okay...Jangan gaduh. Sebenarnya uncle dah ada someone special in my heart. Orang tu ialah.....” Chris pandang ke arahku sambil tersenyum senget.

"Kan dah agak, uncle handsome suka teacher Bella la, bukan korang!” Ujar seorang murid lelaki dengan wajah penuh keyakinan. Aku ketawa kecil, sesekali rasa berbahang pula kedua-dua pipiku.

"Yes, true. She is my heart, my baby and my future wife.”

Makin berbahang teruk pipiku dan dapat kurasakan wajahku mula bertukar warna.

Blushing!

"Apa ni teacher! Uncle handsome tu kitaorang punya la.”

Alamak, apa aku nak jawab ni. Dah ada yang berwajah kecewa disitu. Chris pula bantai gelak habis-habisan.

Dan akhirnya kami bermain kejar-kejaran di dalam studio itu. Hilang terus nak berlatihnya. Penat kena rebut boyfriend ni hahaha.

Gelak-tawa bersama, senyuman bahagia itu dapat kulihat. Chris betul-betul ceria saat ini dan aku tidak akan lupa dengan senyuman dan gelak-tawa bahagianya pada saat ini.

Penat berkejaran dan seronok pulak mereka semua kenakan aku, dapat kulihat Chris berhenti di satu sudut sambil telefon di dekapkan di telingannya.

"Okay gais, sekarang semua boleh berehat. Boleh pergi ke kafeteria sekarang, hati-hati ya. Jangan berlari.”

Apa lagi, semua berlari keluar dari studio ini. Mana nak dengar kata guru kesayangan mereka ni. Nasib baik ada Aisyah pembantu kelas ini.

Perlahan-lahan aku melangkah mendapatkan Chris setelah melihat lelaki itu sudah selesai menghubungi dengan seseorang di dalam talian tadi.

Wajahnya serius.

Ni buat aku tak sedap hati ni.

"Chris, kenapa?” Soalku sambil merenung kedua-dua anak matanya.

"I'm sorry, honey. I have to go. I'm so sorry, saya dah janji nak spend time dengan awak but....” Dia hela nafas berat. Aku tersenyum ke arahnya.

"It's okay, Chris. Saya faham. Awak pergi lah, nanti lambat pulak.” Ujarku dengan satu senyuman. Aku langsung tidak terasa hati malah aku rasa serba salah kerana telah mengganggu waktu kerjanya.

Kasihan dia.

"I'm sorry again. Saya pergi dulu.” Ucapnya sambil mengenyitkan sebelah matanya. Aku ketawa kecil lalu mengangguk kepala.

Dia terus mencapai kot hitamnya yang terletak kemas di atas kerusi lalu berjalan melangkah meninggalkanku, tetapi langkahnya mati. Dia berpaling ke arahku semula.

"Jangan lupa malam ni.” Pesannya dengan satu kenyitkan sebelah matanya sambil tersenyum senget.

Aku angkat ibu jariku sambil membalas kenyitkan sebelah mata ke arahnya.

"Ok!”

Dan dia terus pergi.

Ada perasaan tertanya-tanya dan ingin tahu saat ini. Ya, tersangatlah ingin tahu. Pelik, Chris tak pernah ajak aku dinner. Kami berjumpa pun jarang-jarang dah sekarang.

Life masing-masing dan masing-masing sibuk.

Tak apa lah, nantikan sahajalah. Dinner aje pun, bukannya ajak kahwin.

********

"Wahh, serius la Bella dia ajak kau dinner sekejap lagi?”

Setelah aku ceritakan dari A sampai Z kepada Tiya, laju sahaja dia datang ke rumahku. Katanya dia hendak solekkan aku cantik-cantik ke dinner nanti. Siap bawa dress cantik lagi untukku.

Aku ketawa kecil sambil mengangguk kepala.

"Uish, pelik jugak ek. Dia mana pernah ajak kau dinner kan, lepastu suruh kau pakai cantik-cantik lagi. Ada benda ni.” Tiya mengusap-usap dagunya sambil memikirkan sesuatu.

Terus aku pukul pehanya. Berangan aje lebih, tapi dia pun fikirkan benda yang sama.

"Kau ni, macam-macam la. Tak ada apa la, dia nak ajak dinner aja. Bukannya ajak kahwin pun.”

"Hah, mana lah tahu dia ajak kahwin.” Tiya tersenyum senget.

Terus aku cubit pehanya, geram sungguh. Dah lah mulut dia tu masin. Tapi apa salahnya, memang itu pun yang aku nak.

"Uuu...So, jom aku solekkan kau.”

"Isy, tak payah la. Kau tu dah la suka mekup orang tebal 2 inci. Tepung!” Bantahku tidak setuju.

"Habistu kau nak mekup sendiri? Hei, kau mekup macam tak mekup tau!”

Amboi, makcik Kiyah ni sedap aje mulut dia. Rasa nak tarik aja mulut dia tu.

"Biar aku mekup kau, sebelum mekap Bella Brianna selepas mekup Kyle Jenner. Jom!” Pecah tawaku dengan lawak masuk air Tiya itu.

Terus sahaja dia tarik tanganku. Aku apa lagi? Hanya akur aje la kalau tak nak kena bebel dengan senah ni nanti tak pasal-pasal berdarah telinga aku.

********

"Siap!”

Tak terkelip mataku memandang diri sendiri dihadapan cermin. Ya Allah, ni betul ke aku? Bella Brianna?

Dress labuh berwarna merah tersarung kemas di tubuhku serta disolekkan di wajahku oleh Tiya dengan simple dan tidak tebal kerana aku sudah pesan awal-awal padanya yang aku tak nak mekup tebal.

"Ya Allah Bella, betul ke ni kawan baik aku? Lainnya kau malam ni wei.”

Kedua-dua bahuku dipegang oleh Tiya lalu gadis itu perhatikan wajahku dari atas sehingga bawah.

"Aku pun sama wei, betul ke ni aku Tiya? Kau dah buat apa ni Tiya, kau dah ubah muka aku!” Pecah tawa Tiya bergema dalam bilik ini dengan suara gelak-tawanya.

"Cantiknya kau Bella, aku yakin kali ni Chris tergoda dengan kecantikkan kau. Percaya la, dia tak akan sekali pandang malah ditenung kau dalam-dalam!”

Penuh keyakinan makcik Kiyah itu bercakap, jantungku tiba-tiba rasa berdebar. Ya Allah lainnya aku malam ni!

"Thank you Tiya, cantiknya kau mekup!” Tak lepas-lepas aku merenung wajahku di hadapan cermin.

"Tengok la siapa mekup...” Ujar Tiya sambil tersenyum senget.

Aku ketawa kecil, berkali-kali aku berterima kasih pada Tiya yang boleh masuk MUA popular di dunia ini!

TING! TONG!

Jantung makin hebat berdetak saat ini. Lantas aku berlari ke jendela, melihat sebuah kereta Alphat berwarna hitam sudah terparkir kemas di luar pagar besar rumahku ini.

Berkerut dahiku melihat sebuah kereta mewah itu dan ada seorang lelaki bersuit hitam kemas bersandar pada keretanya sambil memeluk tubuh.

Hairan.

Sudah pastinya itu bukan Chris, siapakah orang itu?

"Siapa datang?” Soal Tiya yang turut menjenguk ke luar jendela.

"Tak tahu, aku tak kenal. Tak apa, aku buka pintu jap.”

Kaki diaturkan melangkah keluar daripada bilik ini dan berjalan ke pintu utama.

"Hi, princess.”

Terkejut aku melihat Danny muncul di sini. siapa aje tak kenal lelaki peramah ini. Tetapi apa yang dia buat datang ke sini?

Lama dia memerhatikan aku dari atas sehingga bawah buatkan aku rasa sungguh tidak selesa.

"Damn! You so beautiful tonight, princess.” Ucapnya sambil tersenyum senget.

"Thank you. Err...awak buat apa kat sini?” Soalku hairan.

"Let's go!” Ajaknya sambil mengenyitkan sebelah matanya buatkan aku teringat pada Chris.

"Pergi mana?”

"Arahan daripada boss.”

Makin bertambah berkerut dahiku saat ini.

"Pergi la, goodluck!” Bisik Tiya sambil tersengih.

Aku hanya sengih paksa, dalam hati berkali-kali baca doa moga dilindungi pada malam ini daripada perkara buruk yang terjadi.

Bismillah.

*********

Di dalam kereta ini kami hanya berdiamkan diri. Masing-masing lebih selesa diam tetapi ada sesekali itu Danny memandang ke arahku sambil tersenyum senget. Cantik sangat ke aku malam ni? Rasanya Tiya mekup simple aje pun.

"Let's go, princess.”

Setelah sampai di sebuah tempat yang aku pun tidak tahu di mana, Danny membukakan pintu kereta di bahagianku. Perlahan-lahan aku melangkah keluar lalu mengucapkan terima kasih padanya.

"Ikut saya.” Ajak Danny dan aku hanya akur.

Lama aku perhatikan sekeliling tempat itu. Besar tempatnya dan terlihat sangat mewah. Masuk aja ke dalam, melihat ramai orang memandang ke arahku dan ada yang sedang makan turut berhenti makan memandang ke arahku tak lepas-lepas.

Aku pula takut jadinya.

"Kenapa dorang pandang-pandang saya macam tu?” Bisikku pada Danny yang sudah berjalan dihadapanku.

"Maybe you are so pretty tonight. Sebab tu la dorang tak lepas-lepas pandang awak.” Ujar Danny sambil tersenyum senget. Aku ketawa kecil sambil menggeleng kepala.

"Kita dah sampai. So, awak ikut aje laluan yang ada lilin ni dan awak akan jumpa meja makan serta seorang raja yang sedang menunggu kedatangan permaisurinya.” Ujar Danny dan memberi aku untuk mengikuti laluan yang ada lilin-lilin tersebut.

Makin hebat jantungku berdetak, sempat Danny mengenyitkan sebelah matanya sebelum susuk tubuhnya menghilang daripada pandanganku.

"Huh, jangan nervous Bella. Aku dan Chris hanya dinner kenapa kau nak debar semacam ni? Huh, tarik nafas dan hembus.”

Perlahan-lahan aku hela nafas dan tarik semula nafas dalam-dalam dan hembus dengan hati yang lapang. Cuba menghilangkan debaran di dada

"Bismillah. Okay, let's go!”

Tudung dibetul-betulkan dahulu dan perlahan-lahan aku melangkah mengikuti laluan yang penuh dengan lilin dan kelopak bunga-bunga ros berwarna merah.

Sungguh romantik!

Sampai sahaja di tempat tersebut, aku melihat ada sebuah meja makan yang sudah terhidang makanan dan di tengah-tengahnya ada lilin serta kelopak bunga ros berada di keliling meja tersebut.

Sumpah romantik! Terkejut aku melihatnya. Senyuman terukir lebar di bibir saat ini. Ya Allah romantiknya malam ni.

Mata terus tertancap pada satu susuk tubuh yang sedang berdiri dihadapan meja makan tersebut sambil tersenyum manis.

Dia yang berpakaian suit kemas berwarna hitam sungguh terlihat kacak dia pada malam ini. Lama aku merenungnya yang masih tidak berganjak itu.

Dan daripada pandangannya, dia sedang memerhatikan aku dari atas sehingga bawah. Tak berkelip matanya memandang aku dari atas sehingga bawah.

Aku tersenyum malu sambil menunduk kepala.

Malam ni aku serba merah, malu juga malam-malam pakai baju merah menyala. Ni semua salah Tiya!

"Damn! You so beautiful sweetie. Extra plus pretty!” Ucapnya dengan penuh keyakinan.

Aku tersenyum, terasa kedua-dua pipi mula berbahang. Aduh, kembang kempis dah hidung aku ni.

"Thank you.” Ucapku serta satu senyuman paling manis.

Dia berjalan menghampiriku buatkan jantungku semakin berdebar hebat.

Liur di telan, semakin lama semakin dekat Chris berjalan menghampiriku.

"You look so sexy when you wear this red dress. Ke sebenarnya awak nak goda saya?” Bisiknya dengan sungguh lembut buatkan seluruh bulu romaku menegak naik.

Aku telan liur lagi, dia sungguh dekat denganku sehingga bau wangian ditubuhnya menusuk masuk ke dalam hidungku.

"Errrr....” sumpah aku gagap saat ini.

"Hmm?” Dia jongketkan sebelah keningnya dan mula dekatkan wajahnya padaku buatkan rasa jantung saat ini bagaikan nak terkeluar.

"Errr...” Semakin gagap.

Aku memejam erat kedua-dua mataku. Takut. Sumpah aku takut perkara yang tidak diduga terjadi. Siapa aje tak kenal Chris ini. Kalau datang mood miang dia macam mana?

Ah, aku pula sudah kaku di sini.

Sumpah aku takut!

"Hahahaha!”

Kedengaran Chris ketawa terbahak-bahak. Perlahan-lahan aku membuka semula mataku dan melihat lelaki itu sedang geli hati ketawa terbahak-bahak.

Aku ada buat lawak ke? Rasanya aku tak ada pulak keluarkan suara entah apa lagi bercakap.

Berkerut dahiku melihat Chris yang masih lagi tidak henti ketawa.

Sedikit lega hati ini apabila Chris sudah mulai jauh jaraknya denganku. Kalau dia dekat dengan aku seperti tadi sungguh buat nafasku bagaikan tersekat.

"Don't worry, baby. Saya tak makan orang. Hahaha.” Dia masih tidak henti ketawa.

Aku hanya hela nafas lega sambil buat muka marah.

"Awak memang sengaja kan nak kenakan saya!” Giliranku pula memarahinya.

"No, but when you're nervous or clumsy when I'm close to you, you look really cute. Saya suka kenakan awak!” Ujarnya sambil melepaskan tawanya.

Terus sahaja satu pukulan padu dari aku naik ke bahunya. Geram!

"Aduh, sakit la.”

"Padan muka! Dah la, saya nak balik.”

"Eh, wait. Alaa, sorry la sayang. Saya janji saya tak buat lagi. I'm promise.” Dia mengangkat sebelah telapak tangannya paras bahu sebagai tanda yang dia berjanji tidak mengulangi lagi kesalahannya.

Aku menyembunyikan senyuman, wajah masih diketatkan.

"Hmm..”

"Jangan lah macam ni, senyum sikit. Awak tahu tak senyuman awak tu mahal, hanya orang tertentu aja boleh tengok senyuman mahal awak tu. So, orang tertentu tu siapa lagi kalau bukan saya seorang.” Ujarnya sambil mengenyitkan sebelah matanya.

Automatik senyuman terukir di bibirku.

"Kan macam tu manis. You so cute, sweetheart. Damn, so beautiful!” Tak habis-habis lagi dia puji aku, dah kembang hidung aku saat ini.

"Thank you.”

"Welcome, my love. So, jom!”

Dia mengajak aku ke meja makannya. Aku mengikuti langkahnya daripada belakang.

"Wow, romantiknya. Saya suka sangat!” Ucapku tak lepas-lepas memandang sekeliling meja makan yang terletak di tepi balkoni ini dan dapat lah lihat bintang-bintang di langit malam serta angin yang ditiup sungguh lembut buatkan aku rasa tenang dan damai saat ini.

Chris menarik kerusi untuk aku duduk lalu aku melabuhkan punggung di kerusi tersebut serta mengucapkan terima kasih pada lelaki itu.

Kini Chris melabuhkan punggungnya dihadapanku sambil tenungku tak lepas-lepas dengan satu senyumannya.

"Saya buat semua ni khas untuk awak, bukan senang untuk saya dating dengan awak macam ni. Yalah, life masing-masing so busy kan. So, ada masa ni saya guna betul-betul khas untuk awak dan saya.”

Aduh, rasa nak menitis air mata ni dengar luahannya. Aku tersenyum selebar-lebarnya. Betul kata dia, kami bukan senang berjumpa. Sangat susah, masing-masing sibuk dengan kehidupan tersendiri.

Jadi ada masa ni takkan sia-siakan masa yang ada.

"Thank you, Chris. Thank you so much. Saya appreciate sangat-sangat dengan apa yang awak dah buat semua ni. Thank you!” Ucapnya dengan air mata yang mula bertakung di birai mata.

Chris tersenyum manis.

"Anything for you, sweetheart. I love you so much!”

"I love you too!”

Perlahan-lahan aku menyeka dihujung mataku yang mula berair.

"So, jom kita makan. Kalau awak nak tahu semua ni saya yang masak tau.” Ujarnya sambil meletakkan seketul daging bbq di atas pingganku.

Terkejut aku mendengarnya. Nampak semua makanan tersebut sungguh menyelerakan.

"Seriously awak masak semua ni?” Terkejut masih belum habis.

"Yes. Cuba awak rasa, because for the first time I cook this Malay dish.” Ujarnya sambil menghirup air di dalam cawan kaca tersebut.

Senyuman terukir di bibir, perlahan-lahan aku membawa seketul daging bbq tersebut ke dalam mulut lalu nasi goreng di bawak masuk juga ke dalam mulut. Aku tidak pasti ini nasi goreng apa, tetapi rasanya seperti nasi goreng kampung.

Ya Tuhan, dah lama aku tak makan nasi goreng kampung. Teringat pula saat ini pada ayah kerana dahulu ayah rajin masak nasi goreng kampung.

"Wow! Sedapnya! Pandainya awak masak Chris!” Komenku dengan perasaan sungguh terkejut.

Macam tahu-tahu aje nasi goreng kampung ialah kegemaranku.

"Saya belajar dengan abang saya, dia pandai kalau bab-bab masakan Melayu semua ni.” Ujar Chris yang turut menjamah makanan tersebut.

Tersentak aku seketika apabila Chris mula menyebut tentang abangnya.

"Err...How about your brother? Dia dah tahu tentang hubungan kita ke?” Soalku dengan hati yang tidak senang bila cakap tentang abang singanya itu.

"Hmm, dia macam tu aje la.” Balas Chris ringkas bagaikan malas hendak bercakap pasal abangnya.

Aku hela nafas berat, terhenti terus untuk terus aku makan. Selera tiba-tiba hilang.

"Sayang, please jangan fikir pasal dia. Saya tak nak sebab kan awak fikir pasal dia, awak badmood. Please smile, sweetheart. Malam ni ialah hari awak dan saya. Only me and you.” Pujuk Chris sambil tersenyum manis.

Aku mengangguk kepala sambil tersenyum manis. Betul juga apa yang Chris katakan itu. Buat apa aku serabutkan kepala nak fikirkan pasal mamat tu. Lebih baik aku luangkan masa lebih lagi dengan Chris malam ini.

"I'm sorry..”

"It's okay, honey. Saya faham.”

Kami meneruskan makan seperti biasa, tak henti-henti aku memuji masakannya kerana masakannya sungguh sedap. No comment, dah memang sedap!

"Wait, saya nak pergi tandas.” Ujar Chris. Aku hanya mengangguk kepala.

********

Alhamdulillah, makanan dah habis dalam pinggan. Perut dah padat kenyang yang teramat, esok macam biasa kena diet balik.

Hampir setengah jam aku menunggu Chris, tetapi kelibat lelaki itu masih belum muncul. Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam, risau pulak kalau balik lewat malam.

Kiri dan kanan aku toleh mencari kelibat susuk tubuh Chris tetapi tidak kelihatan.

Sudah! Mana pulak mamat ni pergi? Risau pulak aku kalau dia tinggal aku di sini seorang diri. Tapi tidak, Chris bukan lelaki seperti itu. Dia lelaki yang sangat baik.

Aku bangun dari kerusi, berjalan melangkah mencari Chris tetapi masih tidak jumpa. Telefon bimbit dicapai dari dalam beg tangan, nombor Chris aku tekan.

TUT... TUT...TUT...

Tidak dapat!

Ah, sudah. Aku mulai panik.

"Aih, mana pulak Chris ni pergi. Dia pergi tandas ke cuci tandas ni?” Bebelku sendiri. Sungguh aku tidak senang duduk, hati gelisah semacam.

"Aduh, mana dia ni? Call tak angkat, kelibat dia pun tak nampak.”

Kehulur-kehilir aku mencari Chris, tetapi masih tidak jumpa.

"Bella Brianna.”

Uish, nama panjangku disebut. Aku kenal suara itu, lembut dan romantik sahaja suaranya.

Terus aku toleh ke belakang, hampir sahaja hidungku terlanggar dengan dada bidangnya.

Chris berdiri betul-betul dihadapanku sambil memegang sejambak bunga ros berwarna merah. Manis senyuman dengan renungannya begitu mendalam merenung anak mataku berwarna hitam ini.

"Chris...”

"For you.”

Dia menghulurkan sejambak bunga ros tersebut padaku, mekar satu senyuman manis di bibirku lalu aku menyambut sejambak bunga ros tersebut.

"Thank you.”

Perlahan-lahan aku membelek-belek bunga ros tersebut sambil menghidu kelopak-kelopak bunga.

Wangi!

Berkerut dahiku saat mataku terpandang pada sesuatu benda. Kotak kecil dan berwarna merah. Perlahan-lahan aku mengambil kotak kecil tersebut yang berada terselit celah-celah bunga ros tersebut.

Dada berdebar tiba-tiba.

"Chris...”

Aku pandang Chris sambil memegang kotak tersebut.

"Buka la.” Suruhnya, terketar-ketar aku buka.

Ada satu cincin batu berlian di dalam kotak tersebut, aku pandang pula Chris. Dia hanya senyum manis.

"Chris?”

"Yup. Bella Brianna, do you want marry me?” Ucapnya dengan penuh romantik.

Terkedu dan terkaku aku di situ, berkali-kali aku menelan liur. Merenung lama anak matanya yang berwarna biru itu. Lidahku kelu hendak mengeluarkan satu patah perkataan. Jantung berdetak hebat.

"Tapi, Chris...”

"Bella, I know hubungan kita selalu banyak halangan. Saya cuma nak lindungi awak daripada perkhianat yang mahu aniaya awak. I love you so much, Bella. Saya harap awak terima dan kita boleh hidup bersama. I promise I will take care of you, I will make you happy and I promise we will live happily together until the end of our lives. Tentang abang saya, please ignore he.”

Dengan penuh keyakinan Chris bersuara dan ada terselit kata-katanya itu berharap yang aku akan terima lamarannya.

Allahu, sungguh aku terkejut besar kali ini.

Tetapi, kenapa hati ini berbelah bagi nak terima. Ya Allah bantunilah hambamu ini. Aku tak nak kecewakan Chris lagi. Dia langsung tak bersalah, aku nak dia bahagia.

"Chris...”

"Bella ..” Lagi lama dia tenung wajahku dan anak mataku dalam-dalam. Setiap kali aku bersuara pasti dia akan menghalang kata-kataku.

Tubir mata mula bertakung air mata dan tunggu masa saja air mata jatuh ke pipi dengan hati begitu sebak saat ini.

Terketar-ketar tanganku saat ini menghulurkan kotak cincin itu pada Chris, terlihat wajah Chris sungguh kecewa dan sedih.

Akhirnya menitis jua air mataku.

Chris menyambut dengan wajah sungguh kecewa dan sedih.

"Why Bella? Saya ni jahat sangat ke sampai awak tak dapat nak terima saya?”

"Kenapa awak cakap macam tu Chris?”

Chris tertunduk dengan wajah sungguh sedih.

Aku sembunyikan senyuman, air mata diseka.

"Saya tak cakap pun saya tak terima awak.”

Lantas Chris mengangkat wajah, wajahnya yang tadi sedih kini berubah ceria.

Aku tersenyum sambil menghulurkan jari manisku pada lelaki itu yang sudah kembang dengan senyuman paling manis.

"Tolong sarungkan cincin tu dekat jari saya.”

Chris ketawa kecil lalu dia perlahan-lahan menyarungkan cincin tersebut di jari manisku.

Jatuh lagi air mataku, entah kenapa rasa sebak tiba-tiba bercampur rasa bahagia dan gembira.

"You so naughty girl!” Ucapnya sambil ketawa kecil.

Aku juga turut ketawa, tawa bahagia.

"Thank you Bella, I love you so much sweetheart.”

Aku tersenyum manis sambil menyeka air mata.

"I love you too, I love you so much my hero.”

Dan, pengakhirannya berhujung dengan senyuman bahagia. Masing-masing berasa bahagia, sehingga aku terjerit kecil apabila Chris selamba mendukung tubuhku lalu berlari ke sekitar balkoni.

"SHE'S IS MY FUTURE WIFE, MY HEART, MY LOVE AND EVERYTHING ABOUT SHE I LOVE IT!” Jerit Chris bergema di balkoni tersebut buatkan orang lain yang sedang makan di dalam turut tertoleh ke arah kami berdua.

Aku ketawa kecil.

"Chris turun kan saya!”

Marahku tetapi dia hanya abaikan sahaja. aku pula mula rasa kekok saat orang ramai yang pandang ke arah kami sambil tersenyum-senyum.

Dah macam suami isteri kami berdua ni.

"Kalau awak nak saya turunkan awak, awak kena kiss saya dulu.” Ugut Chris sambil mengenyitkan sebelah matanya.

Aku ketawa kecil lalu satu pukulan padu terlepas di dada bidangnya.

Geram tetapi sungguh bahagia.

I love you my hero!

hi gais! sorry sgt2 update untuk kali ni lambat gila...Chris and Bella comeback! <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience