Chris Martinez
Iya, sebaris nama itu berlaga-laga di kotak fikiranku saat ini dan tuan punya badan juga sudah berada betul-betul dihadapanku. Melihat riak wajahnya juga terkejut. Kami berdua betul-betul terkejut dan tak sangkakan dengan pertemuan ini.
Sedar aje ke dunia nyata, cepat-cepat aku melarikan pandangan ke tempat lain.
"Bella?”
Soalnya bagaikan tidak percaya yang kami dapat bertemu lagi di sini walaupun sudah berpisah hampir lama. Perasaan rindu itu tetap wujud bila-bila masa sahaja saat aku sedang mengingatinya.
"Chris.”
Dia tersenyum. Terasa kelopak mataku mula bertakung dengan air mata. Ya Allah, rindunya aku padanya. Kalau hubungan kami halal, sudah lama aku peluk dia erat-erat.
"Oh my god, I never thought we could meet again.”
Ucapnya gembira. Aku juga turut tersenyum. Betul-betul tidak sangka dengan pertemuan ini. Tapi, melihat dari segi pakaiannya yang hanya mengenakan dengan kemeja hitam dan dilipat baju lengannya hingga ke siku tersebut mampu buat aku mengingati kembali tentang tadi.
Iya, lelaki yang tadi aku jumpa di restaurant itu dia. Aku kenal baju ini dan sangat mirip dengan yang tadi. Jadi, benar sangkaanku yang tadi itu ialah dia. Tapi, buatkan aku cemburu tak bertempat, kenapa dengan selamba sahaja dia peluk seorang wanita tadi?
"Err...So, tadi tu.....”
"Eh, Mr.Chris! How are you? You buat apa dekat sini? Bila sampai ke Malaysia?” Belum lagi aku lengkapkan soalan yang hendak diberikan pada Chris, Tiya sudah mencelah. Dia juga terkejut melihat kemunculan Chris di sini.
"Last week. By the way, garang jugak ya kawan you ni? Rasanya dah lama tak jumpa, bila jumpa semula garang kalahkan singa.” Usik Chris dengan tawa kecilnya.
Sungguh aku rindukan usikkan itu. Aku hanya tersenyum kecil. Malu kerana telah meninggikan suara padanya tadi.
"Dia memang garang sekarang ni, Mr.Chris. Mungkin kalau Mr.Chris dah ada dekat sini, garang dia tu hilang. Dia boleh jadi kucing yang manja.” Usikkan Tiya itu mampu buat pipiku berbahang. Lengan Tiya terus aku cubit. Memang sengaja minah ni!
"Errr....Sorry.” Ucapku malu-malu sambil menjegilkan mata ke arah Tiya yang sudah tersengih-sengih kambing.
"It's okay. It was my fault for breaking you, I'm sorry.” Aku hanya tersenyum. Entah kenapa, rasa kekok semacam.
Tidak lama kemudian, kedengaran seperti telefon bimbitnya berbunyi. Lelaki itu tenang menjawab panggilan tetapi saat dia menjawab, wajahnya berubah dengan riak yang serius bagaikan nak makan orang.
Aku dengan Tiya berpandangan. Bingung.
"I need to go now. If there is time, we will meet again. See you again, honey.”
Ucapnya tergesa-gesa meninggalkan kami berdua. Tetapi langkahnya mati di separuh jalan. Aku berkerut dahi apabila dia tiba-tiba berhenti lalu dia berpaling semula padaku.
Satu senyuman manis terukir di bibirnya dan terus dia pergi meninggalkan aku yang sudah berbunga-bunga.
"Ya Allah, pertemuan apa pulak ni ya? Tak sangka betul aku dapat berjumpa dengan dia lagi. Baru aje cakap pasal dia.” Ujarku saat kelibat susuk tubuh lelaki itu sudah hilang daripada pandanganku.
Tiya sudah sengih-sengih bagaikan mengetahui sesuatu maksud dalam pertemuan aku dan Chris ini.
"Betul tu. Tak sangka betul. Entah-entahkan....korang berdua ni masih ada jodoh?”
"Isy, merepek lah kau ni Tiya. Dah jom balik.” Lengan Tiya aku tarik untuk pergi.
"Eh, betul lah. Kau sendiri pun masih sukakan dia kan? Tipu lah kalau kau tak rindukan dia. Aku yakin dia pun rindukan kau and kau tak ingat ke kata-kata terakhir Chris sewaktu korang di Italy terpaksa berpisah tu?”
Kata-kata Tiya itu betul-betul buat aku teringat akan kata-kata lelaki itu.
"Bella, saya rasa dah tiba masanya untuk saya lamar awak. Saya nak jadikan awak sebagai isteri saya. Seseorang yang istimewa dalam hidup saya. I love you so much, honey. Saya tahu awak dah nak ke airport untuk pulang ke tempat asal awak semula. Tapi, sebelum tu saya nak lamar awak. Saya sanggup buat apa sahaja apa yang awak mahu, Bella. Saya sanggup ke Malaysia kalau awak nak majlis perkahwinan kita di Malaysia. Don't leave me, Bella. My life will be like before if you are not by my side. You have managed to change my life for the better.”
"Don't worry, honey. Percaya lah, jika kita bertemu kita akan berkahwin. Jika kita tidak akan bertemu selepas ini sampai bila-bila, mungkin kita tiada jodoh. Percaya pada Tuhan masing-masing.”
Entah kenapa, teringatkan kata-kata itu mampu buat aku sebak. Tapi, kalau Chris mengingatkan kembali kata-katanya itu, adakah dia mahu lamar aku sekali lagi yang dia betul-betul mahu berkahwin dengan aku?
Atau dia sudah lupakan semuanya? Jadi kalau dia sudah lupakan kata-katanya itu bermakna dia juga sudah lupakan aku? Cinta kami?
*********
Lama aku merenung cincin batu berlian tersebut. Cantik. Cukup buat aku tersenyum sampai ke telinga dan teringat akan si dia. Takdir Allah betul-betul buat aku tak sangka yang kami dapat bertemu setelah lama berpisah.
"Cincin ni. Dia dah cakap, kalau aku dan dia bertemu semula bermaksud aku dan dia ada jodoh. Dan cincin ni juga lah dia lamar aku. Tapi kenapa dia jumpa aku macam tak ceria dan gembira? Nampak macam biasa aje. Ke sebab dia dah ada kekasih? Girlfriend? Wife?” Sumpah saat ini aku sudah mulai overthinking. Ya Allah, benar ke apa yang tengah berlaga-laga dalam fikiranku saat ini?
"Siapa perempuan yang dia peluk tu? Hm, jealous nya aku.” Cincin itu perlahan-lahan aku usap dengan lembut di batu berlian yang terletak di cincin tersebut.
Tubuh terus direbahkan di atas katil sambil mata tak lepas-lepas merenung cincin tersebut.
"Dia buat apa ke sini ya? Tak akan lah hal kerja?”
Teringat aje sesuatu, tubuh automatik terbangun.
"Oh ya! Chris pernah cerita dekat aku yang dia juga mempunyai keluarga di sini dan dia pernah tinggal di Malaysia. Dia juga ada rumah di sini. Tak mustahil lah kalau aku tanya dia kenapa ke sini sebab dia ada dua rumah dan dua tempat asal. Italy dan Malaysia.”
Iya, dia ada cerita begitu padaku. Dia juga akan pulang ke Malaysia jika sudah selesai hal kerjanya di Italy. Ah, bersyukur takdir kami mudah dipertemukan kerana Chris juga tinggal di Malaysia.
TOK! TOK! TOK!
Ketukan serentak itu buatkan aku gelabah terus menyarung cincin tersebut pada jari manisku. Terkebil-kebil aku membetulkan duduk apabila ayah sudah masuk ke dalam bilik sambil melepaskan batuknya beberapa kali.
Terus sahaja aku mendapatkan ayah.
"Eh, ayah.”
Ayah melabuhkan duduknya di sebelahku. Mungkin dah tiba masanya untuk aku luahkan yang terbuku dihatiku ini pada ayah.
Ayah hanya diam buatkan aku bingung dan tertanya-tanya apabila mata ayah terpandang pada jari manisku. Lama dia renung. Tak lain tak bukan, ini pasti cincin yang tersarung di jariku. Ah, kenapa aku boleh pakai cincin ni pulak?
Cuai!
"Errr...Bella nak mandi kejap ya ayah. Lepastu nak solat asar. Waktu asar dah nak masuk ni.” Sengaja aku tukar topik untuk hendak mengelak bercakap tentang itu dengan ayah.
"Kejap. Ayah nak tanya kamu ni. Cincin siapa tu? Mana cincin tunang kamu?” Soal ayah terselit rasa tidak puas hati. Aku ketap bibir. Ah, nak cakap apa ni?
"Errr....”
"Ayah masuk bilik Bella ni dah banyak kali, berkali-kali juga ayah perasan cincin tu.” Aku sedikit tersentak. Selama ini ayah masuk bilik aku. Jadi memang dah kantoi ayah perasan dengan cincin ini.
"Errr...Bukan, ayah. Ni cincin Bella baru aje beli. Cincin murah aje. Teringin nak pakai cincin batu macam ni.” Bohongku berharap ayah percaya. Melihat wajah ayah jelas tidak puas hati.
Sedikit terkejut apabila ayah menarik tanganku lalu di belek-belek cincin tersebut pada jari manisku itu. Lama ayah renung cincin batu berlian itu buat jantung aku berdetak hebat.
"Ini bukan murah lagi ni, Bella. Ayah tengok pun ayah dah tahu ini cincin batu berlian mahal. Mana nak dapat murah macam ni. Lebih baik Bella jangan menipu. Ini siapa punya? Siapa bagi?” Sumpah jantung aku bagaikan nak terkeluar hendak menjawab soalan ayah. Soalan cemas!
"Err...”
"Maaf mengganggu, Dato. Ada orang hubungi Dato.” Celah Mak Gayah yang tiba-tiba muncul. Ayah hanya mengangguk lalu perlahan-lahan dia berjalan keluar daripada bilik ini.
Nafas lega panjang-panjang aku hela. Nasib baik lah ayah tidak syak apa-apa.
********
Selesai solat magrib tadi, terus sahaja aku teringat pada Tiya. Hendak menanyakan padanya bagaimana dengan barang-barang hantarannya tadi.
Sebab barang-barang itu semua aku yang pilih. Kata Tiya, dia tidak pandai kalau bab-bab semua tu. Dia pandai mekup aje.
Rasa hendak sahaja hentak kepala pada dinding. Sudah satu bilik ini aku selongkar cari telefon bimbitku. Di dalam beg tanganku langsung tiada. Ah, di mana pulak telefon ni? Tak akan dia lari keluar kut? Ke hilang?
Ah, kenapa aku boleh perasan sekarang kehilangan telefon bimbitku itu? Sekarang baru sedar?
Maklumlah jarang hendak menghabiskan masa dengan bermain telefon malah entah kenapa aku banyak habiskan masa dengan memikirkan si dia.
Sudah!
Cukup!
Tolak tepi untuk cerita itu, sekarang ni misi hendak mencari telefon bimbitku yang hilang entah ke mana. Siapa pulak yang ambil ni?
"Aduh, penat lah cam gini. Satu bilik dah aku cari, tak jumpa pun telefon ni.” Kepala yang tidak gatal aku garu. Stress!
Mungkin di dapur?
Tetapi seingat aku, sewaktu aku menolong mak gayah memasak tadi tidak pulak aku bawak telefon.
Macam mana aku tahu?
Yalah! Mestilah aku tahu, diri aku. Aku yakin aku tak bawa apa-apa waktu itu.
"Cari apa, Bella? Mak gayah tengok kamu cari sesuatu. Cari apa?” Soal mak Gayah mesra apabila melihat aku sedang sibuk mencari telefon bimbitku di ruang tamu. Kut-kut terselit celah bantal sofa.
Aku sengih kecil sambil menggaru-garu kepala.
"Errr...Telefon saya. Mak Gayah ada nampak tak?” Soalku yang sudah mulai menyerah. Satu rumah sudah aku selongkar mencari telefon bimbitku yang masih tidak jumpa.
"Oh, telefon bimbit kamu. Maaf ya, Bella. Mak Gayah langsung tak nampak. Nanti mak gayah tolong kamu cari di tempat lain ya.” Laju aku menggeleng kepala tidak setuju untuk giliran dia pula yang mencari telefon bimbitku yang hilang secara tiba-tiba.
"Tak perlu lah mak gayah. Saya dah cari satu rumah, tak jumpa. Mungkin tercicir kut. Esok aje lah saya cari. Dah lewat malam ni. Mak Gayah pergi lah tidur. Terima kasih.” Ucapku mesra, wanita separuh abad itu hanya akur dan mula meminta diri untuk pergi.
Duduk terus aku labuhkan di atas sofa. Kepala digaru-garu. Biar lah rambut terlihat serabai pun aku tak kesah. Sekarang ni mana telefon bimbit aku?!
"Aduh, ke mana telefon aku ni? Puas dah cari satu rumah.” Rungutku sendiri sambil mata meliar ke satu-satu sudut di ruang tamu ni. Fikiran kembali menerawang memikirkan akhir sekali di mana aku letakkan telefon bimbitku.
Rasa nak aje hentak-hentak kepala ni di dinding. Geram!
TING!
Sibuk memikir di mana telefon bimbitku diletakkan pada akhir sekali, sekarang baru aku ingat.
Ingatanku masih kuat, sewaktu di rumah aku langsung tidak pegang telefon malah langsung tidak terfikir dek akal hendak memegang telefon.
Sekarang telefon bimbitku bagai halimunan yang hilang secara tiba-tiba kerana telefon bimbitku ada terjatuh tercampak entah ke mana saat aku terjatuh berlaga bahu dengan Chris yang muncul secara tiba-tiba.
Mungkinkah tercicir di situ? Ah, bagaimana ini? Pasti telefon bimbitku sudah hilang.
Kalau hendak pergi cari semula di tempat di mana aku jatuh pada petang tadi mungkin tidak pada waktu sekarang yang sudah tepat pukul 10 malam. Memang ayah akan larang aku. Huh, itu semua kerja gila. Tapi aku yakin telefon tercicir di situ. Atau berada pada seseorang?
*********
Hendak menangis aku malam tadi gara-gara stress mencari telefon bimbit yang hilang entah ke mana. Tetapi melalui firasat hatiku, aku yakin telefon bimbit aku pasti hilang di tempat semalam.
"Bella siap-siap ni nak ke mana? Ada kelas yang nak mengajar ke?” Soal ayah yang berada di ruang tamu. Ayah juga kelihatan bingung apabila aku tergesa-gesa hendak keluar.
Satu sengihan kecil terus di bibir.
"Nak cari telefon.”
"Telefon?”
Aduh, rasa nak aje hentak kepala ni pada dinding. Ayah tidak akan faham lah Bella oi dengan apa yang kau cakap tu. Perlu jelaskan pada ayah tentang cerita sebenar.
"Err...Semalam Bella terlanggar dengan seseorang lepastu telefon bimbit Bella yang berada di tangan Bella tercampak lah sekali jatuh entah ke mana. Gara-gara sakit kat bahu sampai Bella lupa tentang telefon tu. Bella nak cari kejap ya ayah. Tak lama pun, nanti Bella balik.” Terus sahaja aku mencapai kasut tumit rendah tersebut lalu disarung ke kaki.
Ayah ketawa kecil buatkan pandanganku teralih pada ayah. GrabCar yang sudah sampai di depan rumah sedang menunggu kedatanganku. Jangan risau, aku oder GrabCar pun guna telefon bimbit mak Gayah.
"Kenapa ayah ketawa?” Soalku hairan.
"Bella ni kan, kalau dah lupa tentang telefon tu memang hilang terus di ambil orang. Sudah, tak perlulah kamu cari telefon tu sampai ke sana. Hilang dah tu. Beli baru aje.” Ujar ayah selamba sambil menonton television.
"Tak boleh, ayah. Banyak maklumat dalam telefon tu. Bella kena cari juga. Bella pergi dulu ya.” Memang banyak sangat maklumat dalam telefon itu. Sudah bertahun-tahun aku dengan telefon itu. Kalau hilang memang menangis tak berlagu.
Ayah hanya diam, aku tidak pedulikan lagi terus melangkah berjalan menuju ke arah kereta grab yang sudah lama tiba di sini.
*******
Kiri kanan aku menoleh. Tetapi tidak kelihatan. Senang cerita satu mall ni dah aku pusing. Ah, sungguh bodoh kau Bella. Tak dengar cakap ayah! Memang dah hilang kalau dah lupa ambil semula telefon bimbit yang sudah tercicir itu. Tetapi aku berharap sangat orang yang ambil telefon bimbitku itu orang yang baik hati pulangkan semula.
Air mata yang mula mengalir di hujung mata dibiarkan sahaja. Duduk dilabuhkan di sebuah kerusi yang tersedia di situ.
Hari ini hari ahad, memang ramai orang di sini. Orang lalu-lalang dihadapanku langsung tidak kupedulikan. Sakitnya hati ini. Macam mana lah aku boleh cuai? Huh!
"Why you crying, sweetie?”
Tersentak aku dengan suara itu. Cepat-cepat aku angkat wajah. Mahu terkeluar biji mataku saat mata kami bertembung. Jantung makin berdegup pantas. Sungguh tidak sangka lagi dengan kemunculannya di sini.
Chris!
Dia buat apa di sini?
Air mata yang mengalir deras cepat-cepat aku seka. Malunya muka aku macam ni dia lihat. Mesti macam budak hingus tak kering!
Punggung di angkat. Berdiri tegak sambil mengukir satu senyuman paksa.
"Err...Awak buat apa dekat sini?” Soalku berbasa-basi. Lelaki itu tersenyum senget lalu menghulurkan sesuatu padaku.
Sekali lagi aku terlopong luas-seluasnya.
Telefon bimbitku!
Macam mana boleh ada pada dia?
Laju aku mengambilnya semula. Di tekan butang on phone, alhamdulillah syukur ini benar-benar telefon bimbitku yang berfotokan wajahku bersama wajah ayah yang tersedia cantik di lock screen wallpaper telefon bimbitku.
"Telefon saya! Mana awak jumpa ni?” Soalku sambil membelek-belek telefon bimbitku itu. Masih bingung, mana dia jumpa?
Chris tersenyum senget lagi sambil tak lepas-lepas merenungku.
"Awak lupa nak ambil telefon bimbit awak semalam, jadi saya tolong ambilkan dan simpan daripada kena ambil oleh orang lain.” Ujar Chris santai sambil sebelah tangannya di masukkan ke dalam kocek seluar. Sungguh terlihat style!
"Oh my god, thank you so much Chris! I really need it.” Ucapku dengan sungguh terharu. Syukur heroku masih ada.
Chris hanya tersenyum manis. Wajahnya masih cool. Tidak seperti semalam, kecut perut hendak direnung.
Sempat aku menjeling jam sekilas. Aku tidak boleh berlama-lamaan di sini. Nanti ayah marah aku pulang lewat pula.
"Err...Saya balik dulu ya, by the way thank you again!” Terus aku berjalan meninggalkan dia, tetapi langkahku mati apabila dia memanggil namaku. Tubuh automatik kembali berpusing dan berpaling memandangnya.
"You just left like that after I helped you?” Wajahnya jelas seperti merajuk. Aku ketawa kecil. Comel. Selalunya perempuan yang merajuk, kali ini lelaki pula. Comel pulak tu.
"Kan saya dah ucap terima kasih. Ikhlas tau. Ni, awak tolong saya ikhlas tak?” Sengaja aku hendak mengusik dia kembali. Lelaki itu hanya senyum kecil.
"Of course. Anything for you, mia bella.” Ucapnya sambil kenyitkan sebelah matanya.
"But...Saya tak nak terima dengan ucapan terima kasih awak tu.” Berkerut dahiku dengan kata-katanya itu. Tidak faham dan tidak mengerti.
"Habis tu awak nak apa?”
Berkerut dahiku apabila dia mendekatiku dengan sungguh rapat dan bibirnya rapat ke telingaku buatkan bulu romaku naik menegak.
"Because we've been separated for a long time, so now I want to spend time with you today, my baby girl.”
Sungguh menggoda suaranya mampu buatkan jantung aku hendak tercabut. Telan liur seketika. Ya Tuhan, jantung jangan lah buat hal.
"Err...sorry, saya kena..” Belum habis lagi ayatku yang aku tidak setuju dan tidak boleh keluar bersama dia, dia sudah memotong kata-kataku itu.
"You don't miss me? So you don't love me? Ah, It really hurts.” Ujarnya sambil memegang dada. Amboi, ala-ala action yang dia sakit hati jika aku tidak lagi sayang dia malah sebaliknya aku juga terfikirkan begitu. Adakah dia masih sayangkan aku? Atau dia sudah ubahkan fikirannya?
"Okay, tapi tak boleh lama-lama tau. Ayah saya dekat rumah tu suruh saya pulang awal.”
"Okay, I'm promise, pretty.” Ucapnya sambil mengenyitkan sebelah matanya.
Aku ketawa kecil dan kami mula membuka langkah bersama-sama menuju ke mana yang Chris akan bawa aku nanti.
**********
"Wait, macam mana awak tahu saya ada dekat sini?”
Iya, persoalannya, macam mana Chris boleh tahu aku juga ada di sini? Adakah dia mengikuti aku tanpa aku sedar?
Chris tersenyum senget sambil menghirup coffee espresso kegemarannya.
"I know, kita akan bertemu di tempat situ lagi sebab telefon bimbit awak.” Balasnya dengan wajah tenang. Aku hanya mengangguk mengerti. Tahu-tahu sahaja aku ke situ.
Kami hanya berdiamkan diri seketika. Buatkan aku rasa bosan apabila melihat lelaki itu hanya bermain telefon bimbit dan hanya buat aku di depan dia ni macam tak wujud. Keluhan berat terlepas dari bibir sambil melepaskan jelingan pada lelaki itu.
Jadi benar lah sangkaanku yang dia dah berubah dan....
"Dia dah tak cintakan aku lagi.”
Lantas aku menekup mulut sendiri apabila kata-kata dari hati terlepas keluar dari mulut. Chris terus pandang aku. Bibir bawah aku gigit kuat-kuat. Ah, bengong nya! Macam mana aku boleh terlepas cakap ni?
"Who?”
Soal lelaki itu berwajah serius. Pertanyaannya benar-benar mengambil berat tentang aku. Telefon bimbitnya terus disimpan kembali, kini direnung mataku dalam-dalam buatkan aku rasa tidak tentu arah.
"Err...Siapa?” Balasku balik dengan soalan pada Chris.
Chris pula yang berkerut kening lalu dia tersenyum lucu. Lawak sangatkah muka gelabah aku ni?
"Tadi awak ada cakap yang seseorang tu dah tak cintakan awak. Siapa orang tu?” Dia mengulangkan pertanyaannya. Aku telan liur, jantung makin berdebar hebat. Lidah sudah kelu tidak tahu hendak berbahas semula.
"Tak ada lah, orang tu sejak dah jumpa semula ni dia macam biasa aje. Macam dah ubah fikiran dan dah lupakan cinta saya pada dia. Mungkin dia dah tak cintakan saya dan tak sayangkan sayang. It's okay, but I want him know, I love him so much and I miss him so so so much!”
Sengaja aku sindir dia, biar dia tahu yang aku betul-betul rindu dia. Kalau nak cakap sayang tu memang dah tak perlu cakap dah.
Betul-betul sayang dan cinta antara kami berdua tidak akan aku lupakan sampai bila-bila kerana aku masih mencintainya.
Chris yang sudah faham dengan sindiranku itu buat-buat tidak faham. Masih bersahaja dengan menghirup coffee espresso kegemarannya itu sambil tak lepas-lepas merenungku dengan senyuman sinisnya itu.
"He's so very bad. And so evil!” Komen Chris sambil berpeluk tubuh. Aku berkerut dahi. Dia faham ke tidak yang aku tengah sindir dia ni? Ke dia buat tak faham?
Malas hendak dilayan, perlahan-lahan aku menghirup coffee latte kegemaranku itu. Dia masih tidak lepas-lepas merenung aku dengan sangat lama buatkan punggung menjadi panas dan rasa begitu tidak selesa.
Kekok!
"Kesian, awak. Don't worry, sweetheart. I always by your side and my heart always just for you. Nanti saya bunuh orang tu! Sampai hati dia buat awak macam ni.” Aku sedikit tergamam. Satu ayatnya itu kedengaran sungguh psiko. Aku pula yang takut mendengarnya.
Nanti saya bunuh orang tu!
Telan liur lagi. Jantung makin laju berkencang. Kenapa tiba-tiba aku rasa takut pada lelaki ini? Cara dia bercakap sungguh seperti psiko. Adakah dia seorang psiko? Atau dia seorang pembunuh?
"Isy, dah lah. Malas nak layan awak. Saya nak balik.”
Terus sahaja aku melangkah keluar daripada cafe Starbucks itu. Malas hendak melayan dia lagi. Kaki di atur mencari teksi terdekat. Hendak terus pulang. Dapat kudengar tapak kasut Chris mengikuti jejak langkahku.
Iya, aku yakin dia tidak akan membiarkan aku pergi begitu sahaja. Perempuan kalau merajuk, dia akan terus pergi meninggalkan orang yang dah buat dia merajuk tetapi sebaliknya di dalam hati memohon agar lelaki itu kejar dia semula dan pujuk dia. Iya, itulah seorang wanita.
"Hei, honey. Wait,”
Terasa lenganku ditarik lembut oleh Chris, sepantas itu aku menarik lenganku dari dalam genggamannya itu. Berpeluk tubuh sambil menjeling tajam ke arah Chris.
"Sayang, jangan lah merajuk. Tak comel dah nanti tau. I love you sayang, I miss you.”
Aku menjulingkan mata ke atas. Tak habis-habis dengan ucapan itu. Aku tidak suka. Ya, aku tak suka!
"Yalah tu sayang dan rindukan saya. Entah-entah awak dah ada kekasih baru dan paling tepat entah-entah awak dah ada wife dekat Italy tu. Lepastu awak datang ke sini sebab ada kerja, bukan sebab nak jumpa dengan saya.” Entah kenapa, terlebih emo pula aku hari ini.
Memang aku tidak minta pun untuk bertemu dengan dia kalau dia begini. Entah-entah benar dengan apa yang aku sangka yang dia sudah ada isteri atau kekasih.
Ah, sakitnya hati dipermainkan dan dikhianati!
"What? Honey, why you say like that? I don't have girlfriend and I don't have wife. I want you, sweetie. Just you. I want marry you. Jangan cakap macam tu, sayang.” Dia masih berusaha sedaya upaya memujuk aku. Ah, kenapa rasa menyampah dengar dia cakap begitu.
"Kalau awak tak nak kahwin dengan saya, cakap awal-awal. Cincin ni, tak perlu lah bagi saya atau lamar saya kalau belum bersedia. Please, jangan bagi fake hope pada saya!” Marahku lagi sudah tidak pedulikan lagi orang kiri dan kanan yang lalu-lalang melihat kami berdua bergaduh.
Tanpa aku sedar, sedang aku marah dia tadi tentang cincin tersebut. Aku sudah menunjukkan cincin tersebut yang tersarung pada jari manisku itu. Langsung sahaja mata Chris tertangkap pada jari manisku itu. Dia tersenyum manis.
"Awak masih pakai cincin ni?” Aku berkerut dahi lalu menarik tanganku semula dari dalam genggaman lelaki itu.
"Tunggu masa aje saya buang lah!” Masih marah.
"Eh, jangan lah macam tu. Jadi benar lah, kalau awak masih pakai cincin ni bermakna awak masih sayangkan saya.” Ujarnya sambil tersenyum senget.
Aku menjulingkan mata ke atas. Malas hendak dilayan lebih-lebih. Kalau dilayan lebih-lebih begini lah jadinya. Tetapi sebaliknya di hatiku terselit satu perasaan. Dia masih mengambil berat tentang aku.
Tapi, adakah dia sudah lupakan kata-katanya dahulu dan janjinya dahulu?
Dia akan berkahwin dengan aku jika kami bertemu untuk kali kedua.
"Perasan!”
Terus sahaja aku berjalan pergi tetapi masih dihalang olehnya. Dia masih tidak membiarkan aku pergi begitu sahaja. Aku harap dia pujuk aku.
Harap begitulah, hihi.
"Bella, awak marah saya ke? Honey, kalau awak nak tahu saya langsung tak lupakan awak. Saya sentiasa mengingati awak. I love you so much, sweetie.” Ah, masih dia lupakan janjinya itu.
Bibir bawah aku ketap. Merenung lama anak matanya yang berwarna biru itu. Wajahnya jelas merayu agar aku tidak lagi merajuk.
Sempat aku menoleh ke kiri dan ke kanan, orang yang lalu-lalang asyik menoleh memandang ke arah kami berdua dengan pelbagai reaksi.
Aku yakin, pasti mereka pelik melihat hubungan kami ini seperti pasangan yang sedang bergaduh malah lagi pelik aku berpasangan dengan orang luar negara.
Tapi, apa yang perlu dipelik? Ramai aje perempuan di luar sana berkahwin atau bercinta dengan lelaki luar negara.
Jam di pengelangan tangan aku jeling. Sudah lewat. Ayah tidak benarkan aku berlama-lamaan di luar. Ayah memerlukan aku.
"Err...Sorry, I have to go. See you again!” Terus sahaja aku melangkah pergi, belum masuk langkah pertama aku kembali pusing memandang lelaki itu yang masih terpaku di situ.
"By the way, thank you untuk telefon bimbit saya ni. Saya pergi dulu.”
"Wait.”
Nafas kasar terlepas jua. Sakit hati. Tadi tak ada pulak dia nak cakap. Sekarang bila aku nak pergi barulah dia nak suruh aku tunggu.
Malas-malas aku memusingkan tubuh memandang lelaki itu yang sedang tersengih-sengih. Langsung rasa tidak bersalah. Mana tidak aku marah!
"Jangan lupa call saya. My number is already in your contact. See you later, sweetie!” Ujarnya sambil menunjukkan telefon bimbitku yang berada di dalam genggaman tanganku.
Berkerut dahiku. Terkejut dengan apa yang dia cakap itu. Apa? Nombor dia sudah ada di dalam contact telefonku? Jadi dia buka telefon bimbitku? Ah, kurang asam betul!
Siap kenyit sebelah mata sambil tersenyum nakal. Chris memang nakal! Rasa nak aje cekik-cekik dia sekarang ni. Aku mendengus kasar dan berjalan pergi meninggalkan dia yang masih tersengih nakal.
"I love you, sweetheart. You're the only one I love!”
Jeritan Chris itu mampu buat wajahku berbahang. Sekali lagi aku berpaling ke arahnya dan tidak menunggu lagi terus sahaja aku pergi. Ya Allah, selamba dia aje jerit di tengah-tengah orang ramai macam tu? Dia ingat ni apa? Italy?
Ini Malaysia.
Ah, malunya aku!
Tapi kenapa hati aku berbunga-bunga. Isy, dia memang suka buat hati aku berbunga-bunga! Satu senyuman terukir di bibir. Satu perasaan yang tidak akan aku lupakan.
Cinta kami.
Share this novel