• { BAB 24 } •

Romance Series 49049

Sepanjang kami berjalan itu, kiri dan kanan banyak ada jualan. Aku sedikit berkerut dahi apabila Zyan membawa aku ke sebuah kedai bunga.

Kalau cakap aku suka bunga ke tidak? Mungkin dah tak payah nak tanya lagi. Aku memang suka sangat-sangat pada bunga.

Tapi, Zyan beli bunga ini untuk siapa? Adakah untuk aku? Ah, mustahil!

"Nah...I hope you always happy and keep smile, pretty.”

Tak sampai beberapa minit, bunga yang sudah dibeli tadi di hulurkan pada aku. Terkejut aku melihatnya. Automatik senyuman terukir lebar di bibirku dan aku menyambut sejambak bunga tersebut. Fikiran kembali teringat pada Chris. Ah, susah untuk aku lupakan dia.

"Saya tahu, kalau nak bagi awak ceria dan tersenyum selalu, bunga ni pengubatnya dan akan buat awak tersenyum.” Ujar Zyan. Aku ketawa kecil.

"Macam mana awak tahu?” Terkejut juga. Bagaimana dia tahu? Betul kata-kata dia tu. Aku akan ambil di tempat yang banyak bunga seperti taman bunga tadi untuk tenangkan fikiran. Sama seperti sejambak bunga ini. Melihatnya pun sudah buat aku tersenyum.

"Semua tentang awak saya tahu.” Ujarnya sambil menjongketkan kening sebelahnya. Aku ketawa kecil. Sambil-sambil itu aku membelek-belek kelopak bunga tersebut.

Cantik!

"Thank you, Zyan.” Ucapku gembira. Lelaki itu hanya tersenyum manis. Kini kami berjalan lagi. Mahu berjalan-jalan di Venice ini. Semuanya buat hal masing-masing.

"Bertuah siapa dapat awak, kan?” Soalan itu tiba-tiba disoal oleh Zyan. Aku yang mahu menghidu bau haruman bunga tersebut terbantut. Sekilas aku menoleh memandang dia yang berwajah tenang itu.

"Bertuah?” Soalku kembali sambil ketawa. Tiada siapa yang akan bertuah dapat aku. Tidak untung pun memiliki aku. Sambungku dalam hati yang masih terluka.

"Betul la. Bertuah orang yang dapat awak. Awak baik, Bella. Bagaikan bidadari tanpa sayap. Kalau orang yang tak kenal awak pasti mereka tidak menganggap apa yang saya anggap. Awak sangat baik. Melepaskan seseorang walaupun hati masih sayang. Your strong women.”

Tersentak aku mendengarnya. Kali ini jantung sudah berdegup dengan sangat kencang. Terhenti langkahku. Terkejut dengan akhir kata-kata Zyan. Adakah....

Melihat Zyan sudah terkebil-kebil memandang aku. Tubuhnya sedikit mengeras sebelum kembali berubah tenang.

Cool.

"Errr...Mana ada saya baik. Saya pun jahat. Semua manusia tak sempurna.” Balasku dengan senyuman. Kami meneruskan berjalan.

Dapat kulihat Zyan menoleh memandang sisi wajahku walaupun aku tidak memandangnya. Dapat juga kulihat senyumannya yang terukir di bibir. Walaupun aku acah berlagak tenang tapi jantung berkencang bagai nak terkeluar.

"Awak lapar? Jom kita pergi makan.” Ajak Zyan apabila kami sudah berhenti di hadapan kedai makan halal. Melihat seperti restaurant Arab.

"Eh, tak perlu la. Dah nak lewat malam ni. Saya tak boleh lewat balik rumah, nanti housemate saya risau.” Tolakku lembut. Zyan hanya senyum.

"It's okay, nanti saya bagitahu Tiya yang awak akan balik lewat sikit. Jom!”

Malahnya, aku hanya akur. Tersenyum manis dan mengikut jejak langkahnya masuk ke dalam kedai tersebut.

*********

"So, awak dah ada calon bakal suami?”

Hampir tersedak aku saat meneguk air. Nasib baik lah sempat telan. Kalau tak, banjir terus muka kacak Zyan itu dengan air yang akan tersembur ke muka dia.

Cepat-cepat aku capai tisu. Mengelap mulut sambil berdehem beberapa kali. Memastikan anak tekak dalam keadaan yang baik.

"Are you okay?” Soal Zyan risau. Aku hanya senyum sambil mengangguk.

"Errr...Calon?” Soalku kembali sambil fikiran mencari jawapan yang hendak dibalas soalan Zyan.

"Hmm?” Zyan jongketkan keningnya sambil memasukkan makanan ke dalam mulut. Masih menunggu jawapan daripada aku.

Sisa makanan yang sudah tinggal sedikit di dalam pinggan aku rasa terbantut hendak habiskan apabila dapat soalan begini.

Aku hanya sengih.

"Entah la. Saya tak tahu. Lagipun, siapa aje nak saya, kan?” Nada simpati.

Nak tak nak, aku paksakan tekak untuk menelan juga rezeki yang sudah tinggal sedikit. Sayang hendak di buang.

Zyan ketawa buatkan aku sedikit berkerut dahi. Lucu gamaknya.

"Why you say like that, Bella? You so beautiful. Mustahil lah tiada siapa suka akan awak. Saya yakin, ramai yang suka awak. Tapi awak aje tak nampak semua tu.” Balas Zyan dengan sisa tawa kecilnya. Aku hanya senyum kecil.

Tetapi di hati nama Chris Martinez masih belum terpadam. Masih kuat berada di dalam hatiku buatkan aku sering kali mengingatinya.

Ya Allah, kalau dia jodohku pertemukanlah kami semula. Kalau dia bukan jodohku buat selama-lamanya kau jauhkan lah dia daripada aku.

"Bella? Hello, Bella?” Panggil Zyan sambil melambai-lambai tangan di hadapan muka aku. Terkebil-kebil aku memandang dia. Aduh, sempat pulak berangan!

"Errr....Ya. Sorry,” kepala yang tiba-tiba rasa berdenyut-denyut aku pegang. Entah kenapa aku terasa pening.

"Awak okay ke? Nak pergi hospital?” Soal Zyan risau. Aku hanya senyum padanya.

"It's okay, saya okay je. By the way, thank you so much for today. Menyusahkan awak aje.” Ucapku dengan satu senyuman manis.

"It's okay. Lagipun saya dah lama tak keluar jalan-jalan bersama awak. Nanti di Malaysia mungkin kita dah tak dapat jumpa.” Ujar Zyan. Dapat kurasakan nada suaranya terselit dengan nada sedih.

"Kenapa pulak? Tak mungkin la. Pastilah punya kita dapat berjumpa. Hari-hari pun boleh.” Kataku pula tidak setuju dengan kata-kata Zyan.

"Ya lah, mana lah tahu awak dah jadi isteri orang. Awak tak ingat ke perjanjian ayah awak?” Rasa malu pada Zyan pun ada kerana sudah libatkan dia dalam masalah aku dan ayah ini.

"Kalau saya jadi isteri orang pun saya masih boleh jumpa awak. Siapa nak halang? Saya cekik terus orang tu kalau dia halang saya untuk jumpa awak.” Ujarku pula dalam nada bergurau. Zyan ketawa lagi. Aku juga turut ketawa.

Terasa bahagia dan tenang seketika.

"Kalau macam tu awak kahwin dengan saya aje la. Boleh tatap muka saya ni sampai bila-bila. Sampai mati kita bersama dan dapat bertemu di syurga.”

Tergamam aku seketika. Memandang Zyan tepat ke arah anak matanya. Telan liur beberapa kali. Terbantut terus hendak makan. Jantung laju berkencang. Melihat Zyan tersenyum buatkan wajah aku berbahang dan aku pasti wajah aku akan bertukar warna. Malu!

Melihat aku sudah tersipu-sipu malu, Zyan ketawa. Suka betul dia kenakan aku!

**********

"Mungkin kita tiada jodoh. Seperti yang awak cakap, kita hanya kawan baik. Lagipun awak memang tiada perasaan pun dekat saya. Tak akan lah saya nak bertepuk sebelah tangan pulak, kan?”

Aku hanya senyum paksa. Tidak dapat membalas apa-apa lagi kata-kata Zyan sewaktu itu. Lidah terus menjadi kelu. Mata hanya terkebil-kebil memandang ke tempat lain. Cik jantung makin degil berkencang bagaikan nak luruh.

Tapi, adakah Zyan masih sukakan aku? Atau aku aje yang perasan?

Tidak! Aku hanya anggap dia kawan baik. Tidak lebih daripada itu. Dia juga sudah setuju dengan keputusan aku.

Just best friend!

"Uit! Berangan jauh, nampak?” Ternaik kedua-dua bahuku dengan sergahan Tiya dari arah belakang. Jelingan maut aku hadiahkan padanya.

"Amboi, jeling kita. Sombong la awak ni. Tak nak kawan la!” Merajuk Tiya sambil melabuhkan duduknya di sebelahku. Aku tersenyum kecil. Roti sandwich yang berada di depan mata aku mulai capai dan membawanya masuk ke dalam mulut. Sekarang waktu rehat, sebentar nanti akan ada kelas ballet. Kami perlu fokus pada latihan kerana pertandingan itu akan mula tidak lama lagi.

Sudah dekat waktunya!

"Tahu lah semalam dating dengan Zyan sampai tak ajak kita. Sombong awak ya!”

Tersentak aku mendengarnya. Terletus tawa kecilku. Bahu Tiya aku peluk. Gadis itu masih merajuk sambil meneguk air coffee nya. Di kafateria ini bising dan ramai orang sehinggakan suara tawaku tenggelam dengan orang ramai yang sedang bising di sini.

"Mana ada la! Aku bukan dating dengan dia. Kebetulan masa tu terserempak dengan dia. Tu yang dia ajak aku pergi makan lepastu dia belikan bunga untuk aku. Terasa tenang sikit kepala otak aku ni yang tengah stress semalam.” Jelasku pada Tiya yang sudah salah faham.

"Untung la orang tu dapat bunga semalam.” Kali ini suara Fiqah pula muncul. Bersama and the geng nya. Puteri dan Nurul. Aku tepuk dahi sendiri sambil ketawa kecil. Mereka sudah salah faham!

Mereka bertiga terus mengambil tempat di hadapanku sambil menikmati makanan yang dibeli tadi.

"Korang ni jangan lah ingat lain. Akak dengan si Zyan tu tak ada apa-apa hubungan la. Just best friend.” Jelasku lagi sambil tersenyum yakin. Meyakinkan mereka semua yang sudah salah faham.

"Kak Bella, Nurul nak tanya. Maaf la kalau soalan ni buatkan kak Bella rasa marah.” Satu gigit pada roti sandwich itu sudah berjaya masuk ke dalam mulut. Kini aku tumpukan perhatian sepenuhnya pada Nurul yang hendak menanyakan soalan padaku. Kedengaran seperti soalan serius.

"Apa dia?”

"Err...Betul ke selama ni kak Bella pernah bercinta dengan Mr.Chris? Kalau akak nak tahu, satu kelas dah tahu tentang hubungan akak dan Mr.Chris.”

Tergamam aku dibuatnya. Terkedu dan terkaku. Diam aku seketika. Melemparkan pandangan ke tempat lain dengan satu senyuman manis di bibir. Tidak mahu tunjukkan reaksi wajah yang aku sedih. Aku tidak mahu mereka anggap aku yang lebih harapkan Mr.Chris sedangkan aku dan dia sudah lama putus dan kami sudah tiada apa-apa hubungan.

Senyuman manis aku hadiahkan pada Nurul. Wajahnya jelas takut. Takut aku marah gamaknya.

"Ya.”

Terkejut juga aku apabila satu kelas sudah tahu tentang hubungan aku dan Mr.Chris. Bagaimana mereka boleh tahu tentang hubungan kami berdua? Ada sesiapa yang bocorkan ke?

"Tapi, korang jangan ingat kami masih bercinta. Kami berdua dah lama putus. So, tak perlu kut cakap lagi tentang tu. Kalau boleh lupakan. Kami dah putus!” Ujarku sambil tersenyum manis. Air coffee aku teguk. Membasahkan tekak. Terasa hati sedikit tenang kerana sudah jelaskan pada mereka yang sudah salah faham itu yang aku dan Chris sudah lama putus.

Kami sudah tiada apa-apa hubungan!

"Siapa cakap kami sudah putus? Kami masih bercinta, kan sayang?”

Automatik terbatuk-batuk aku mendengar suara itu muncul secara tiba-tiba dan sudah tentu aku kenal suara garau tetapi lembut itu.

"Hei, honey? Are you okay?” Soalnya risau.

"Eh, kak...okay tak tu?” Soal Fiqah, Nurul dan Puteri. Mereka juga turut risau.

"Bella, okay tak ni?” Tiya juga turut kedengaran seperti risau. Aku batuk lagi. Terasa perit tekak saat ini. Berkali-kali aku telan liur. Berdehem beberapa kali.

"Tak apa, aku okay.” Perlahan-lahan aku menyeka bibir. Terkebil-kebil aku menoleh memandang ke sebelahku. Hampir sahaja jantung aku terloncat keluar.

Chris sudah berada betul-betul di sebelahku dengan senyuman tidak bersalahnya.

Ah, macam mana dia boleh muncul?

"Sayang, awak okay tak ni? Kenapa ni? Awak terkejut ke? Siapa yang sesuka hati cakap kita dah putus. Kita masih bersama, kan sayang? I love you so much.” Ujar Chris selamba sambil mata tak lepas-lepas merenungku dengan senyuman manisnya. Telan liur aku dibuatnya. Jantung berdetak laju. Melihat Tiya, Fiqah, Puteri dan Nurul sudah mula tersengih-sengih mengusik. Aku yakin, mereka mahu kenakan aku selepas ini. Bersedia la Bella untuk makan dengan bahan usikkan mereka sekejap lagi.

Terasa lidah kelu untuk aku bersuara. Seluruh tubuh terkaku, lagi-lagi melihat Chris duduk sungguh dekat dengan aku sehingga wangian yang melekat di tubuh lelaki itu menusuk ke dalam hidungku.

Wangi!

"So, I want to tell you all about one thing.” Ujar Chris lagi sambil bersandar pada kerusi. Dia memeluk tubuh sambil kaki disilang diletakkan di atas pehanya. Gaya ala-ala bos besar!

"Soon, we will both be married.” Sambungnya lagi buatkan wajah aku terus berbahang dan mula berona merah. Jantung bagaikan nak terhenti mendengar kata-kata selamba Chris itu. Nafas bagaikan tersekat saat ini. Lidah pula lumpuh untuk mengungkapkan kata-kata.

Sempat aku memandang sekilas ke arah Chris yang sudah tersenyum senget padaku sambil mengeyitkan sebelah matanya padaku.

"Auww! Sweetnya korang berdua ni. Memang patut pun berkahwin. Mesti lagi sweet!” Ujar Nurul. Mereka semua sudah tersengih-sengih kerang busuk. Dalam hati aku saat ini rasa nak aje cekik mamat sebelah aku ni. Geram!

Selamba badak dia aje cakap pada mereka yang aku dan dia tidak lama lagi akan berkahwin. Kurang asam betul! Dalam mimpi aje la nak berangan berkahwin dengan aku tu!

"Betul tu. Sweet terlebih gula mahu potong kaki kita ni, hah!” Usik Tiya pula sambil tersenyum mengusik ke arahku. Sempat aku jegilkan mata ke arahnya.

"Bila korang akan berkahwin? Jangan lupa ajak tau. Huh, dah bau-bau nasi minyak nampak!” Fiqah pula bertanya dengan nada mengusik. Melihat mereka seperti teruja ingin tahu lagi. Aku jegilkan mata pula pada Chris dan memberi isyarat mata agar dia tutup mulut sebelum aku yang jahit mulut dia nanti!

"Oh yes, don't worry about that. Soon we will both get married and I will hand over the wedding card to you all.” Ujar Chris selamba buatkan punggung aku terasa panas dan mula rasa tidak sedap duduk. Dia ni memang sengaja ke apa? Sudah la beri harapan pada mereka, kalau tidak jadi kahwin bagaimana? Haih, nasib baik aku tidak psiko. Kalau tak, dah arwah dia ni! Melihat mereka semua sudah tersengih-sengih. Makin panas hati aku!

Dari awal hingga sekarang aku masih berdiam diri. Lidah kelu tidak dapat berkata apa-apa kerana terkejut secara tiba-tiba munculnya si dia. Tidak dapat tahankan lagi, aku mula berdiri.

"Err...Akak nak masuk studio dulu. Nanti jangan lambat pulak. Cepat sikit. Miss Liya dah tunggu.” Pesan aku pada mereka. Roti sandwich yang tinggal sisa tidak dapat lagi hendak ditelan. Terasa begitu payah hendak di habiskan.

Tiya hanya sengih mengusik kepadaku. Tidak menunggu lama, langkah dibuka dan berjalan meninggalkan kafeteria tersebut.

Entah mengapa, senyuman secara tiba-tiba terukir di bibir. Hati berbunga-bunga. Kalaulah betul apa yang Chris tu cakap. Hm, tapi itu hanya berangan. Lelaki itu sengaja mahu sakitkan hati aku lagi. Tak mungkin aku akan berkahwin dengan dia.

Move on, Bella!

*********

Saat aku sedang berlatih, penampakkan susuk tubuh tegap dan tinggi lelaki itu turut ada sekali di dalam studio ini. Matanya susah hendak lari kemana-mana dan hanya tertumpu padaku. Aku pula yang kekok hendak menari kalau lelaki asyik memerhati ke arahku.

Aku cuba anggap yang dia tidak wujud di situ. Bagaikan dia tidak ada di situ. Tapi....

"Uhuk-uhuk!”

Walaupun jarak kami jauh, tetapi aku dengar suaranya batuk berkali-kali buatkan hati aku tidak sedap. Tidak jadi hendak berlatih latihan seterusnya, aku berpaling melihatnya yang sedang memegang dada, masih batuk dan sedikit tertunduk. Beberapa guru yang berada di situ lantas mendapatkan Chris yang kelihatan lemah.

"Eh, kenapa dengan Mr.Chris tu?” Soal Tiya turut perasan tentang keadaan lelaki itu.

"Entah. Ah, biarlah dia. Dia bukannya suami aku, buat apa aku nak risaukan tentang keadaan dia.” Aku cuba untuk buat tidak tahu walaupun hati saat ini risau yang teramat.

"Haih, kau ni. Tak baik la. Kau tengok la dia tu, kesian tau.” Ujar Tiya lagi. Cepat-cepat aku melarikan pandangan. Tidak mahu memandang ke arahnya nanti tak pasal-pasal buat aku menangis.

"Kalau kau kesian dekat dia, pergi la tolong. Dia siapa? Aku tak kenal!” Aku tetap berkeras mahu lupakan lelaki itu. Terus aku berjalan menjauhi tempat itu. Mengambil di satu tempat yang sedikit lapang untuk berlatih. Fikiran kembali serabut.

Hati masih teringat akan dia. Ah, kenapa aku kejam? Betul juga apa yang Tiya cakap. Ah, biarlah dia. Aku hanya buat hal aku sendiri.

Sempat mata melirik ke arahnya, salah seorang gadis memapah Chris keluar dari studio itu buatkan hati aku kembali terluka. Sakit!

Paling sakit apabila perempuan itu ialah perempuan yang memeluk tubuh Chris semalam. Dia pelatih di sini. Selamba sahaja dia memapah lelaki itu. Dia siapa? Adakah dia seseorang istimewa buat Chris? Terlalu mesra mereka berdua aku lihat membuatkan hati aku mulai terasa cemburu.

Terkaku seketika tubuhku. Tidak jadi terus hendak berlatih. Hati begitu risau dan terselit rasa cemburu. Adakah aku masih sayang lelaki itu? Sakit hati aku apabila dia bersama dan mesra dengan perempuan lain dan hati aku akan berasa risau yang teramat apabila dia sakit. Kenapa dia sakit? Nampak seperti teruk.

Tidak sedap hati, aku terus berjalan keluar dari studio itu. Mula melangkah ke bilik pejabat Chris yang besar itu. Kelihatan daun pintu tidak tertutup rapat. Aku sedikit mengintai. Mahu melihat orang di dalamnya. Takut pula kalau Chris bukan duduk di bilik ini.

Dan ternyata benar! Mereka ada di situ.

Kelihatannya gadis itu membantu Chris untuk baring di atas sofa tersebut. Buatkan hati aku bertambah sakit sehingga air mataku jatuh ke pipi apabila dengan selambanya gadis itu mengusap lembut rambut Chris.

Ah, sakitnya hati ini!

Tidak kuat lagi hendak melihat, aku bersandar di dinding. Menjauhi diri daripada bilik itu. Hati terlalu lah sakit. Air mata kembali jatuh. Kenapa murah sangat air mata aku ni sedangkan aku sudah berjanji pada hati sendiri dan pada diri sendiri yang aku mahu lupakan dia kerana dia bukan lagi milik aku. Hati aku bukan lagi untuk dia.

Cepat-cepat aku bersembunyikan diri apabila melihat gadis itu sudah keluar dari bilik pejabat Chris. Melihat gadis itu menutup pintu bilik itu rapat dan berlalu pergi meninggalkan tempat itu. Cepat-cepat aku seka air mata dan mula berjalan ke pintu pejabat Chris.

Tangan mula naik hendak memulas tombol pintu itu tetapi kembali turun. Rasa tidak jadi pula hendak aku masuk jumpa dia. Tapi hati aku akan tetap risau selagi aku tidak melihat keadaan dia bagaimana.

Ah, tidak mengapa lah. Mahu melihat keadaan dia aje. Bukannya mahu meluahkan perasaan pun.

Aku telan liur. Mengumpul keberanian dahulu sebelum hendak masuk. Berharap lidah aku tidak kelu nanti. Dengan lafaznya bismillah, perlahan-lahan aku memulaskan tombol pintu bilik itu dan membuka langkah untuk masuk.

Sunyi.

Bilik itu luas dan sangat sunyi. Mataku hanya tertangkap pada seseorang yang terkaku terbaring di atas sofa. Tubuhnya sedikit menggeletar sejuk. Terus aku melangkah mendapatkan Chris yang sudah terbaring dengan mata yang terpejam. Aku langsung tidak tahu kenapa dia sakit begini.

Perlahan-lahan aku duduk di sebuah kerusi berhadapan dengannya itu. Menilik wajah pucatnya itu. Kulit bibir sudah mula menggelupas menandakan air kurang di dalam badan. Tadi dia baik-baik sahaja, kenapa sekarang dia tiba-tiba sakit. Ke dia sengaja mahu kenakan aku? Sengaja mahu buat aku risau?

Melihat tubuh Chris sedikit menggeletar sejuk, perlahan-lahan aku meletakkan belakang telapak tanganku ke atas dahinya. Mahu mengambil kepastian adakah dia demam panas. Rasa nak tak nak aje aku merasakan suhu di dahinya itu tapi dah terpaksa. Kalau ada tempat check suhu, dah lama aku check.

Perlahan-lahan aku melabuhkan belakang telapak tanganku ke atas dahinya yang putih bersih itu. Telan liur berkali-kali. Jantung sudah berkencang dengan sangat laju. Takut pula dengan cara aku ini buatkan dia bangun.

Terasa sahaja begitu panas di dahinya, mahu mengucap panjang aku saat ini. Cepat-cepat aku menarik semula tanganku.

Ya Allah, panasnya!

Sumpah saat ini aku rasa bersalah kerana sudah bersangka buruk pada lelaki itu. Kasihannya dia. Bagaimana boleh jadi begini? Kenapa dia boleh demam panas begini?

Tiba-tiba, otak bagaikan teringat kembali pada malam semalam. Chris ada datang ke apartment aku sewaktu hujan yang begitu lebat. Sewaktu itu dapat kulihat seluruh tubuhnya basah lencun tetapi senyuman manisnya tetap terukir mekar di bibirnya.

Menitis air mataku. Sebak. Gara-gara aku dia sudah demam panas begini.

Terletus keluar suara esakan tangisanku buatkan Chris yang tadi kaku terlentang baring di atas sofa sedikit bergerak. Sebelah tangannya bergerak buatkan aku tersentak dan kali ini aku pula yang terkaku bagaikan terkena sumpahan batu.

Ah, aku sudah ganggu dia tidur!

Telan liur berkali-kali. Melihat mata Chris yang tadi tertutup kini kelopak matanya perlahan-lahan dibuka. Terlihat jelas anak matanya yang berwarna biru itu. Aku sedikit berundur ke belakang. Jantung sudah berubah rentak. Rasa bersalah kerana telah mengganggu lelaki ini berehat.

"Olivia, voglio dell'acqua.”

Serak suaranya bercakap tetapi aku tidak tahu dia bercakap apa. Kedengaran seperti bahasa Italy tetapi matanya tidak memandang aku yang berada di sebelahnya. Mungkin dia tidak perasan yang aku berada di sini.

"Ehem....awak nak apa-apa ke? Nak air? Makan? Ubat?” Aku mula bersuara dengan bertalu-talu menanyakan soalan. Dapat kurasakan dia mahukan sesuatu. Terkebil-kebil lelaki itu menoleh memandangku.

Dia yang sudah terkejut besar aku berada di sisinya lantas bangun dengan wajah tidak percaya. Aku tidak memberi reaksi apa-apa padanya hanya menunduk kepala dan pandang lantai yang beralas dengan kapet.

"Bella...” Panggilnya. Aku hanya ketap bibir. Terasa canggung tiba-tiba.

"Saya minta maaf kerana saya awak demam panas.” Ujarku perlahan. Kepala masih menunduk ke bawah. Tidak dapat hendak bertentangan dengannya nanti mampu buat aku menangis.

Aku tahu aku salah. Dia jadi begini semua sebab aku.

"It's okay, honey. Awak dah ada di sisi saya ni pun saya dah gembira.” Balasnya dengan senyuman. Perlahan-lahan aku mengangkat kepala memandang wajahnya yang pucat lesu itu. Senyuman terukir mekar di bibir. Kelopak mata mula terasa bertakungnya air mataku.

Tiba-tiba....

"I want to be in this room with Chris. That doesn't apply to Chris, please leave this room immediately.” Garau suara itu muncul secara tiba-tiba. Terus aku bangun.

Melihat ada 3 orang masuk ke dalam bilik ini. Pertama sekali yang aku melihat satu susuk tubuh tegap dan tinggi berjalan penuh bergaya mendekati Chris.

Siapa lagi kalau bukan Tuan Rayyan. Abang kepada Chris. Dan Chris juga pernah ceritakan tentang abangnya pada aku yang abangnya seorang doktor. Wow, tak sangka abangnya seorang doktor. Garang! Terfikir juga aku, pasti pesakit akan terus sihat bila dia naik angin. Hahaha. Macam-macam lah kau ni Bella!

2 orang lagi bersuit hitam kemas macam baru habis majlis melihat segi pakaian mereka ini. Seorang sedang membantu Tuan Rayyan untuk merawat Chris seorang lagi sedang menjaga pintu agar orang lain tidak masuk.

Dengar sahaja arahan keras daripada Tuan Rayyan itu, lantas aku membuka langkah untuk pergi. Tetapi langkahku mati apabila namaku diseru.

"Please stay with me, sweetie.” Ucap Chris lembut berharap aku berada di sisinya. Aku tersenyum kecil.

"I'm sorry. Saya perlu keluar. Saya bukan siapa-siapa di sini. Sorry.” Satu senyuman aku hadiahkan dahulu pada Chris dan terus aku melangkah pergi dengan hati yang begitu sebak.

Belum sempat aku melangkah melepasi daun pintu itu, sempat aku memandang ke arah lelaki yang sedang menjaga pintu tersebut. Masih sama dia dengan bertopi hitamnya dan mask hitam. Serba hitam. Aku pun pelik. Cuba bertentangan mata dengannya, tapi dia bagaikan takut-takut hendak pandang aku malah dia hanya memandang ke arah Chris yang sedang terbaring di atas sofa.

Sebab apa aku memandang dia?

Sebab aku bagaikan kenal dia siapa.

Kaki terus berjalan keluar daripada bilik itu. Aku bukan siapa-siapa pada Chris. Aku bukan seseorang yang istimewa pada Chris, aku bukan kekasih Chris dan aku bukan lah isteri Chris malah bukan milik Chris. Jadi, aku perlu mengundurkan diri. Arahan Tuan Rayyan tadi bagaikan menghalau aku keluar daripada bilik pejabat Chris. Tidak mengapa. Aku turut. Aku siapa untuk membantah. Dia abang kepadanya Chris. Jadi aku terpaksa ikut.

Kerana Chris bukan lagi milik aku.

"Sorry, miss.” Suara garau itu meminta maaf padaku. Dan aku tahu suara itu ialah suara lelaki yang menjaga pintu tadi. Dan yang paling tepat aku kenal suara itu!

Aku berpaling, sekilas dia pandang aku dan terus dia menutup pintu pejabat itu rapat-rapat.

Nafas berat terlepas dari bibir.

Adakah dia.....

********

Duduk dilabuhkan di sebuah kerusi berhadapan dengan pintu pejabat Chris. Hati tidak bagi kaki untuk melangkah pergi malah hati ingin menunggu di hadapan pintu sehingga rawatan tersebut selesai. Aku tidak akan pergi selagi tidak melihat keadaan Chris bagaimana.

Rindu dengan senyuman manisnya, wajah cerianya dan perangai nakal dia yang suka sakat orang.

Teringat balik kenangan manis kami berdua, terukir satu senyuman di bibirku. Rindunya hubungan kami yang dulu. Adakah aku patut kembali pada Chris? Melihat Chris benar-benar sayangkan aku. Tapi bagaimana pulak dengan abangnya yang keras hati itu? Dia sudah menghalang untuk aku bersama Chris tak akan lah aku hendak degil pulak?

Badan automatik terus bangun apabila terdengar kuakkan pintu dari dalam. Kini daun pintu pejabat itu sudah terbuka luas. Terkebil-kebil mata hendak memandang ke dalam tetapi di halang oleh Tuan Rayyan yang baru keluar dari bilik itu. Di jeling aku tajam dan dia terus berlalu pergi. Lagi 2 orang pulak mengikuti jejak langkahnya dari belakang.

Tidak aku lepaskan dia begitu sahaja, lantas aku berjalan mendapatkan dia semula. Menghalang jalannya.

"Err...Sorry, saya nak tanya tentang keadaan Chris macam mana sekarang? Dia demam teruk ke? Panas sangat ke? Nak saya belikan ubat untuk dia?” Bertubi-tubi aku menyoal lelaki itu. Dia tidak memandang aku malah wajahnya ketat dan dingin. Aku sedikit mendongak kepala memandang dia yang tinggi lampai itu.

Sakit juga tengkuk ini pandang dia yang tinggi lampai tu dah macam tengok pokok yang tinggi pulak.

"You don't need to know about her condition.” Keras suaranya sambil menjeling aku tajam. Dia mula membuka langkah pergi dan sekali lagi aku menghalang dia untuk pergi.

"Isy, kenapa awak sombong sangat, hah? Bagilah tahu saya tentang keadaan adik awak tu. Lagipun kami dah tiada apa-apa hubungan la. Please, Tuan Rayyan. Saya risau.” Jujurku dan berharap dia jelaskan tentang Chris bagaimana pada aku.

"Dia demam panas. Tak teruk pun. Kau tak payah risau la. Kalau kau nak tahu, memang ni semua salah kau! Kalau dia tak pergi apartment kau waktu hujan lebat dan tak bersungguh-sungguh pujuk kau, dia tak akan jadi macam ni la! Degil sangat, kan dah jadi macam ni. Semua salah kau!” Keras nada suaranya memarahiku buatkan kedua-dua bahuku ternaik terkejut.

"Sa....Saya minta maaf sangat-sangat, Tuan Rayyan. Saya janji.......” Belum aku lengkapkan ayatku itu dia sudah potong.

"Dah, aku malas nak dengar apa-apa daripada kau. Yang aku tahu kau kena jauhkan diri daripada Chris. Kalau kau degil dan tak nak dengar, aku akan pisahkan kau orang berdua selama-lamanya!” Sungguh ugutan itu buatkan air mata aku jatuh ke pipi.

Kejam!

Mereka bertiga terus berlalu pergi.

Sakitnya hati ini hanya Allah aje tahu. Tapi apa mahu aku lakukan lagi? Memang aku perlu jauhkan diri daripada Chris. Dengan cara ini tidak menjadi untuk aku melupakan Chris dan melupakan cinta aku dan dia, mungkin dengan cara kedua ini berjaya untuk aku melupakan dia.

Tamat sahaja pertandingan ini, akan aku pulang ke Malaysia dan tenang fikiran di sana. Semua benda di Malaysia aku rindu! Tak sabarnya nak balik.

*********

"Maaf la saya tak boleh lama. Saya kena balik kelas. Pertandingan tu pun dah tak lama lagi akan berlangsung. Saya doakan moga awak cepat sembuh. Saya pergi dulu.” Aku terus meminta diri untuk pergi. Melihat wajah Chris bagaikan sudah sihat. Siap boleh tersenyum manis lagi. Baru sahaja semalam dia demam panas yang teruk, hari ini terlihat dah macam sihat sepenuhnya.

"Alah, saya tak sihat lagi ni tau. Awak teman la saya sekejap. Baru pukul berapa. Awal lagi,” aku menggeleng kepala beberapa kali. Aku yang akan masuk pertandingan itu, bukan dia. Memang senang la dia cakap macam tu.

"Eh, tak boleh! Nanti Miss Liya marah sebab saya masuk lambat.” Aku cipta alasan baru. Terus aku mengangkat punggung. Terlihat wajah Chris jelas kecewa.

"Oh ya, saya lupa. Nah...” Lupa aku tentang itu. Nasib baik lah mata terpandang pada bekas kecil itu. Kalau tidak, aku lupa terus tentang ini.

"Apa ni?” Soal Chris bingung.

"Bubur. Saya masak bubur ni untuk awak. Awak kena makan kalau nak sihat sepenuhnya.” Ujarku pada Chris.

Ya, pagi-pagi lagi aku sudah siapkan bubur untuk Chris. Aku tahu dia tidak lalu hendak makan. Entah-entah dia tidak makan dari semalam. Lagipun bukan susah pun hendak buat bubur ini. Melihat wajah Chris masih pucat lesu tapi senyuman manis tetap terukir di bibirnya saat aku ada di sisinya.

"Bubur? Wow! I miss this cuisine. If you want to know, my aunt used to always cook this for me. I haven't tasted this delicious food in a long time!” Aku tersenyum mendengarnya.

"Bubur ni selalu dimakan untuk orang yang sakit yang tiada selera untuk makan. Awak makan la nanti, saya tahu awak tak makan dari semalam. Nanti masuk angin pulak perut tu. Nanti penyakit baru muncul pulak.” Ujarku sambil menjeling sekilas ke arah jam di pengelangan tangan.

Chris senyum senget buatkan aku berkerut dahi. Bingung.

"Ambil berat jugak ya awak pada saya. Nampak sangat awak masih sayangkan saya.” Kedengaran nada bergurau. Melihat Chris ketawa nakal, rasa nak aje aku cubit lengan sasanya itu. Maklumlah, dah lama aku tak cubit orang ni. Tapi hati terselit rasa bahagia apabila melihat dia tersenyum.

Tenang.

"Nanti makan tau. Saya nak masuk kelas dulu.”

"Wait.”

Langkahku terhenti lagi. Malas-malas hendak aku memandang dia semula.

"Tolong suapkan boleh? Please...” Amboi, siap buat muka manja lagi. Mata dikedipkan beberapa kali. Mentang-mentang la mata berwarna biru dan cantik sengaja nak buat muka comel. Aku ketawa kecil. Sengaja betul dia ni!

"Chris, saya dah lambat ni. Awak ada tangan kan? Makan la sendiri.” Aku kuatkan hati agar tidak cair dengannya. Jangan ingat kami berdua sudah berbaik sebaliknya aku masih belum puas hati lagi dengannya.

"Alah, please sayang.” Lembut sahaja ucapan 'sayang' itu buatkan aku menelan liur.

Okay, kali ini aku sudah tidak dapat tipu diri sendiri lagi yang aku memang cair!

"Hm, okay la.” Sudahnya aku kembali melabuhkan duduk di sisinya. Kalah dengan ayat manisnya itu. Chris senyum lebar. Sengaja betul dia kan!

Aku mula mencapai bekas yang berisi bubur itu. Penutup bekas aku buka lalu sudu dicapai. Rasa kekok tiba-tiba saat ini dan teragak-agak hendak aku menghulurkan sudu yang berisi sedikit bubur pada Chris.

Aku tidak tahu dia mahu sakat atau dia serius, dia merenung anak mataku dalam-dalam sehingga buat aku sedikit terpukau. Merenung kembali anak mata birunya yang cantik itu.

Entah kenapa, tiba-tiba aku teringat satu mimpiku yang kuat masih kemas berada di dalam kotak fikiranku.

Sangat deja Vu !

Dalam posisi begini lah kami bertentang mata. Dalam-dalam aku merenung anak mata cantiknya itu. Berwarna biru laut mampu buat hati aku tenang.

"Ehem...Rindu nak tatap wajah kacak saya ke?”

Tersentak aku mendengar suaranya itu. Dia ketawa kecil. Aku dah cakap! Dia memang sengaja hendak usik aku. Sengaja pukau aku dengan mata cantiknya itu.

"Eh, mana ada!” Cepat-cepat aku larikan pandangan ke tempat lain.

Perlahan-lahan aku menghulurkan sudu di hadapan mulut lelaki itu. Chris hanya membuka mulut. Dengan sangat lembut dan sopan aku suap lelaki itu. Kalau ikutkan hati psiko aku ni memang aku nak jolok je terus sudu ni dalam mulutnya biar dia telan sudu ni sekali.

Satu suap sudah berjaya masuk ke dalam mulutnya. Dua suap juga sudah berjaya masuk ke dalam mulutnya sambil itu Chris tak lepas-lepas tatap wajahku walaupun aku tidak membalas pandangannya. Terselit juga dengan senyuman manisnya itu.

Hati saat ini gelisah. Kelas juga tidak lama lagi akan tamat. Ah, bagaimana ini? Ni semua salah lelaki tu? Sengaja!

Suapan ketiga juga sudah berjaya masuk ke dalam mulutnya. Melihat senyuman Chris tak lekang di bibir. Bibir merahnya merekah dengan satu senyuman manis sambil menatap wajah aku ini yang tak berapa menarik.

"Bella...”

Panggilnya. Suapan keempat tidak berjaya masuk ke dalam mulutnya. Aku memandangnya. Masih setia dengan senyuman manisnya itu.

"Hmm?” Nak tak nak aje aku layan dia. Tidak mahu beri harapan pada lelaki yang tidak yakin menjadi milik aku. Aku benci dengan orang yang suka mempermainkan perasaan wanita.

Aku sedikit berundur ke belakang apabila Chris dengan sengaja mendekatkan wajahnya ke arahku.

"I want marry you.” Lembut ucapan itu berbisik di telingaku. Wajahku mula terasa berbahang. Blushing!

Kulit wajah bertukar warna. Senyuman yang cuba hendak terukir di bibir sedaya upaya aku sembunyikan dari pandangan Chris.

Betul ke apa yang aku dengar? Aku tak salah dengar kan? Takut-takut pula ada taik telinga yang berkumpul dalam telinga buatkan aku salah dengar.

Berkali-kali aku telan liur. Cik jantung sudah mula buat perangai dan mula berubah rentak.

"Jangan nak merepek boleh tak? Dah, cepat makan. Saya kena masuk kelas ni.” Marahku padanya. Chris hanya ketawa.

"Yes, honey. I don't kidding you. It's not joke, honey. I'm serious. Trust me. Saya nak kita kahwin.” Kelihatan wajahnya serius buatkan aku terkedu.

Betulkah dia mahu berkahwin dengan aku?

"Tapi...”

"My brother?” Soalnya bagaikan sudah tahu apa yang bermain di dalam fikiranku saat ini.

"About that, you don't worry. I always by your side, honey. No one will hurt you because I will always protect you. I'm not going anywhere, sweetheart. I am always in your heart. And I want us to get married.”

Jatuh air mataku mendengarnya. Lantas aku meraup wajah. Tetapi air mata tetap degil hendak jatuh dan akhirnya jatuh jua air mataku bagaikan air hujan jatuh ke bumi dengan sangat lebat.

Betulkah dia mahu berkahwin dengan aku? Tapi, bagaimana kalau banyak halangan melanda membuatkan kami berdua terpaksa berpisah? Seperti bercerai? Aku yakin hati aku akan tersakiti lagi. Cukup la. Aku tidak mahu lagi terluka.

"Hey, honey. Why you crying? I don't want see you cry, honey. I want you smile. I miss you sweet smile and I miss you sexy smirk.” Pujuknya terselit usikkan. Aku dah cakap, memang dia ni nakal pun. Orang tengah sedih boleh pulak dia usik aku. Dalam nada tangisanku, aku ketawa kecil.

Tidak dapat tipu diri sendiri, memang aku sayang dia sangat-sangat. Kalau boleh, aku mahukan dia berada di sisi aku buat selama-lamanya. Tapi aku siapa padanya. Dia bukan milik aku. Dan kami tidak akan dapat berkahwin buat selama-lamanya. Hanya mampu berangan-angan aje.

"If you want to marry me, who is that girl?” Soalku dalam esakan tangisan. Air mata sudah basah ke pipi. Hati kembali terluka apabila teringat kembali perempuan yang mesra dengan Chris. Ah, sakitnya hati aku!

"Girl? Who?” Jawapannya hanya berbalas dengan soalan kembali padaku. Makin bertambah sakit hati aku.

"Tak payah nak buat-buat tak tahu lah, Chris. Saya tahu dia seseorang yang istimewa pada diri awak. Tak perlu lah awak nak sakitkan hati dia setelah hati saya sakit. Awak sepatutnya berkahwin dengan dia, bukan dengan saya. Tolong jangan bagi harapan pada dia kalau awak tak sukakan dia!” Bentakku lantas punggung terus aku angkat dan melangkah keluar dari pejabatnya. Tetapi lenganku sempat ditarik olehnya membuatkan langkahku terhalang.

Kini dia sudah berada betul-betul dihadapanku. Bila dia berlari mendapatkanku pun aku tak tahu la. Sepantas kilat, dia sudah berada di depan mataku. Lenganku yang berada di dalam genggamannya, kasar aku tepis. Jelingan aku lepaskan padanya.

Chris ketawa kecil buatkan hati aku kembali dengan membaranya api kemarahan. Orang tengah marah boleh pulak dia ketawa. Pipi yang sudah basah dek air mata, lantas aku seka laju-laju. Wajah cuba di serius kan.

"So, you jealous?” Soalnya dengan kening sebelah terangkat dengan satu senyuman senget. Senyuman menggoda. Dia ni memang sengaja. Sengaja mendekatkan wajahnya padaku. Cepat-cepat aku menjarakkan diri daripadanya.

Pervert!

"Hei, sayang. She it's not my favorite person. She just my best friend. Kami tiada apa-apa hubungan lah. Tak perlu lah nak cemburu sebab saya akan jadi milik awak jugak.” Dia mengenyitkan sebelah matanya sambil tersenyum senget. Memang sengaja hendak mengusik.

"Jangan nak tipu la! Cakap aje la yang dia tu girlfriend awak. Buat apa saya nak marah, saya nak tahu aje. Lagipun kita memang dah tiada apa-apa hubungan.” Ujarku tenang tidak mahu bagi Chris lihat yang aku seperti cemburu.

Chris ketawa lagi. Aku jeling dia tajam.

"If you're not jealous, why were you angry when you talked about him?” Soalnya lagi sambil gelak maco. Aku sembunyikan lagi senyumanku. Aduh, malunya! Over sangat la kau ni Bella! Kau ingat ni apa? Drama pukul 7 malam untuk scene yang dapat tahu suami curang ke apa?

"Ehem, ehem...Dah la, malas saya nak layan awak. Saya nak pergi dulu. Bye!” Terus aku membuka langkah besar untuk pergi meninggalkan dia dengan hati yang berbunga-bunga entah kenapa.

"Honey, I want you know I don't need girlfriend. She is my best friend. Not my girlfriend and not my special person. And you! I love you, honey. I want married you!” Jeritnya sewaktu aku sudah membuka langkah pergi.

Senyuman terukir di bibir. Hati saat ini tak terkata. Melihat kiri dan kanan aku ramai orang lalu-lalang buatkan mereka menoleh memandang Chris dan aku silih berganti sambil tersenyum-senyum ke arahku.

Aku pula rasa berbahang saat ini. Aku yakin, pasti wajahku sudah bertukar ton warna. Ah, malunya!

Tapi hati terselit dengan satu perasaan bahagia!

Walau hati saat ini tenang dan bahagia, telinga tetap terngiang-ngiang satu amaran keras dan arahan tegas daripada Tuan Rayyan, abang kepada Chris. Buatkan perasaan bahagia itu hilang begitu sahaja.

Kosong!

*********

"Hei, semalam kenapa kau tak masuk kelas, hah? Kau dating dengan Chris tu ke untuk pujuk kau?” Selamba sahaja si minah ini bertanya padaku bagaikan sekeliling kami tiada orang lalu-lalang.

"Isy, mana ada la! Aku...err...aku tertinggal purse masa tu. Aku balik lah ke rumah sekejap. Tu yang aku lewat masuk kelas.” Bohongku dengan alasan yang tidak masuk akal kerana semalam bukannya aku makan pun.

Wakduh! Jangan la Tiya ingat balik semalam yang aku tak makan.

"Ohhhh....” Panjang betul 'oh' dia. Sesekali aku menghela nafas lega.

"Tapi semalam bukan ke kau tak makan? Kau kata kau nak diet walaupun sebaliknya kau dah kurus! Kau nak kurus macam mana lagi, hah?” Bebel Tiya dengan soalan bingung yang masih dia tidak tahu dengan jawapannya.

Bibir bawah aku gigit kuat-kuat. Sudah tidak peduli lagi jika berdarah.

Ah, bodohnya kau ni Bella!

"Err...Aku...”

"Honey. Nah, bekal bubur awak semalam. Thank you. Sedap sangat-sangat bubur yang awak masak tu. Nanti masakan lagi untuk saya ya.” Siap dengan kenyitan mata sebelah mampu buat aku pengsan.

Terus tidak jadi hendak aku bohong Tiya apabila ada orang yang mencelah dengan memberi ayat kenyataan tentang semalam. Siapa lagi kalau bukan Chris!

"Errr....” Sumpah aku gagap. Bekas yang dihulurkan oleh Chris itu aku ambil sambil fikiran mencipta alasan untuk diberikan pada Tiya.

Melihat wajah Tiya berubah terkejut dengan satu senyuman mengusik.

"Ohhhhhh....” lagi sekali 'oh' dengan 6 harakat.

"Patutlah aku tengok kau bangun awal pagi sebab nak masak bubur ni untuk bakal suami rupa-rupanya. Sebab apa? Sebab bakal suami demam? Alololo....comelnya! Sweet la korang ni.” Ujar Tiya lagi sambil senyum mengusik.

Melihat Chris pula hanya senyum tidak berperasaan. Aku pula rasa hendak ketuk-ketuk kepala sendiri.

"Lepastu kau tipu aku, kau cakap kau nak ambil purse sedangkan bagi makan dekat bakal suami. Suap-menyuap!” Ujar Tiya lagi. Rasa hendak aje aku jahit mulut dia ni!

"Eh, jap. Macam mana awak tahu dia suap saya makan?” Soal Chris tidak berperasaan.

"Eh, betul ke? Saya main teka aje!”

Pecah tawa Chris sambil sempat melirik memandang ke arahku.

"Tak sangka ya, kawan awak ni pun sweet. Sanggup tak masuk kelas gara-gara hendak bagi saya makan. Sweet!”

DAM!

Jantung aku mula berubah rentak. Nafas bagaikan tersekat. Wajah mula berbahang. Dia memang sengaja hendak usik aku! Siap la dia nanti!

"Ye, Mr.Chris. Dia ni memang sweet. Dia sayang Mr.Chris pun dalam diam sebenarnya.” Teruja betul si makcik Kiyah ni bercerita dan aku pula ingin mencekik dia sampai biru!

Chris dan Tiya ketawa lagi. Aku yang di tengah-tengah ini hanya menahan malu!

*********

Memang sakit hati tentang tadi. Berbahang teruk muka aku. Chris memang sengaja!

"Jom, saya ajar awak menari!”

Tersentak aku apabila pinggangku ditarik oleh seseorang membuatkan tubuhku automatik terjatuh pada dadanya dan muka pula tersembam di atas dada bidangnya itu.

Nasib baik la tak terpenyek hidung comel aku ini dengan dadanya yang keras macam batu itu.

Perlahan-lahan aku mengangkat wajah. Memandang dia yang tinggi lampai itu. Terbeliak biji mataku melihat yang menarik aku tadi ialah Chris!

Aku cuba menjarakkan diri daripadanya tetapi dia tetap berkeras tidak melepaskan rangkulan di pinggang aku itu.

"Isy, lepaskan saya la Chris!” Marahku. Wajahnya terlihat tenang.

"Lepaslah!” Marahku lagi sambil menepis kasar lengan sasanya. Tetapi masih berdegil tidak mahu dilepaskan.

"Chris! Please hormat saya! Lepaskan saya kalau awak tak nak makan dengan penampar saya!” Kini nada suaraku meninggi buatkan orang lain sedang berlatih turut menoleh memandang ke arah kami berdua. Wajah Chris yang tadi tenang dan terselit satu senyuman kini pudar. Wajahnya serius. Lantas dia melepaskan rangkulan tersebut.

Aku terus menjarakkan diri daripadanya. Hati masih panas. Sumpah aku tidak suka jika ada seseorang lelaki buat begitu pada aku. Sentuh pun aku tidak suka. Jangan sampai penampar padu aku ni naik ke muka dia. Aku tidak pernah lagi lempang orang, jangan sampai ke tahap itu!

"Hormat saya! Dan hormat agama saya! Saya tak suka awak buat macam tu dekat saya Chris!” Marahku lagi padanya. Wajahnya berubah. Tiada lagi senyuman. Nafasku naik turun. Tetapi mata terpandang pada kedua-dua telapak tangan Chris. Bersarung tangan berwarna hitam.

Ternyata dia masih hormat aku. Tapi kenapa aku cepat sangat marah?

Ah, aku tidak menyukai dengan apa yang dia lakukan tadi! Sungguh kekok.

Tidak menunggu lama, aku membuka langkah untuk meninggalkan studio itu. Entah mengapa, hati terasa bersalah padanya.

********

Nafas berat aku hela panjang-panjang. Teringat kejadian semalam, kini aku tidak nampak lagi susuk tubuh Chris. Dia marahkan aku ke? Aduh, kau ni Bella! Cepat sangat marah orang. Kan dah jadi macam ni!

Kiri dan kanan aku toleh mencari susuk tubuh tinggi itu, lagi sekali aku mengeluh. Masih tidak kelihatan.

"You Bella Brianna, right?”

Ternaik kedua-dua bahuku dengan sergahan itu walaupun suaranya lembut.

Terkejut!

Terkebil-kebil aku memandang dia yang sudah berada di hadapan aku. Jantung berubah rentak. Atas bawah aku pandang dia.

Ya, aku kenal dia!

Seorang gadis mat salih yang berasal dari negara mana aku pun tidak tahu. Cantik. Dapat kulihat jelas matanya berwarna hazel yang bercampur dengan hijau. Pipinya sedikit kemerah-merahan saat terkena angin yang sejuk. Bibirnya manis dengan satu senyuman. Sangat cantik dan sempurna. Tipu la kalau Chris tidak pernah jatuh cinta pada wanita yang cantik ini. Siapa sahaja yang tidak mahukan wanita yang cantik.

"Yes, I'm Bella Brianna.” Jawabku sambil memaniskan wajah walaupun terpaksa. Aku yakin dia lah perempuan yang bermesra-mesra dengan Chris pada tempoh hari yang lepas. Ah, sakitnya mata aku apabila melihat dia mesra dengan Chris. Chris pula bagaikan sudah selesa dengannya.

"I'm Olivia.”

Dia menghulurkan tangannya padaku untuk bersalam. Aku teragak-agak hendak menyambut salamannya

Tetapi masih tertanya-tanya.

Apakah gadis ini mahukan daripada aku?

Sorry klau ade kesalahan tatabahasa, ejaan dan sebagainya. ( sekadar abaikan ) Maafkan author juga sebb update lambat...huwaaa sorry gais! <33

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience