• { BAB 1 } •

Romance Series 49049

"Bella!"

Suara itu buatkan bahuku sedikit ternaik apabila terkejut mendengar jeritan nyaring itu. Huh, nasib baik tak tercabut jantung aku ni.

Belakang tubuhku dipeluk erat oleh seseorang. Koyak senyum aku untuk seketika. Aku memusingkan tubuhku memandang seseorang yang sudah tercegat dihadapanku dengan wajah yang begitu merah. Pasti penat berlari tadi. Pecah tawa kecilku.

Bella? Ya, nama aku Bella Brianna. Agak pelik sedikit nama itu. Berbelit lidah juga lah kalau kawan aku nak sebut nama panjang aku. Tapi, aku tak kisah pun. Bagi aku sedap aje nama itu, bagi orang lain yang mendengar kalau tak dapat terima aku tak kisah. Bukan masalah aku, masalah dia lah. Sebab itu nama aku, bukannya nama dia, hihi.

Nak dikatakan aku ini anak yatim tidak juga kerana aku mempunyai ayah dan mak. Tapi, aku sedikit kecewa kerana daripada kecil lagi aku langsung tidak tahu wajah mak aku. Nama dia pun aku tak tahu. Entah kenapa kalau aku cakap pasal mak depan ayah, pasti wajah ayah akan berubah marah. Lepastu, tinggalkan soalan aku tergantung begitu sahaja. Tetapi ayah tidak pernah cakap yang mak meninggal dunia. Jadi aku yakin mak masih ada.

Aku sudah biasa dengan itu. Ayah aku? Ya, ayah aku garang dan tegas. Kalau boleh dia nak aku duduk rumah aje. Tak bagi aku kerja. Tapi, alhamdulillah. Aku baru aje habis sekolah. Dan kini aku masuk ke kelas ballet. Tak sambung belajar walaupun keputusan SPM aku lulus.

Aku sedikit pun tidak kecil hati. Dah biasa dengan perangai ayah. Dia garang tapi dia langsung tak tunjuk kasih sayang dia depan-depan walaupun dalam diam dia sayang aku.

Dan, aku juga seorang ballet. Masih belajar. Entah kenapa, aku minat gila dengan gymnastik. Penari ballet. Teringin juga nak jadi seperti Farah Ann. Ratu Gymnastic Malaysia. Ah, aku tak rasa pun aku akan jadi macam dia. Jadi anak murid dia mungkin boleh hihihi.

Aku masih belajar tentang menari ballet ini. Dan juga gymnastik. Jangan fikir macam-macam ya! Di sini semuanya pakaian labuh dan tidak ketat. Jika ada pertandingan ballet, pasti pakaian kami semuanya dikenakan dengan dress ballet muslimah yang labuh. HIJABSTA BALLET.

"Huh, penat tau aku lari tadi kejar kau. Habis je kelas tadi, bukan main laju kau jalan pergi tinggalkan aku ya! Tahu lah dah menang dalam pertandingan tu.” Ujarnya sambil memeluk tubuh menjeling tajam ke arahku. Terhenti tawaku. Tajam aku merenung dia pula yang masih berada dihadapan aku.

Hah, itu lah Azkiyah. Aku selalu panggil dia Tiya. Kadang-kadang aku panggil dia makcik Kiyah. Kena dengan dia yang mulut becok tu. Bila membebel macam mulut itik. Dah lah dia ni masuk air orangnya. Kalau diingat-ingatkan kembali kisah-kisah kami berdua dahulu sewaktu sekolah bersama, mahu tergelak terbahak-bahak aku. Dulu dia suka sangat buat lawak bodoh dia tu.

Dan dia juga ialah kawan baik aku yang paling aku rapat. Daripada sekolah menengah lagi hinggalah dah habis sekolah. Masih setia bersamaku walaupun ayah aku itu sedikit garang tidak memberi sesiapa berkawan dengan aku.

Dia kalau bercakap bukan main pedas lagi dia sindir aku. Bab-bab membahan orang nombor satu. Kalau gelak tu terus tak ingat dunia. Tapi, walaupun dia begitu aku tetap berkawan dengan dia. Dia tetap terima berkawan dengan aku walaupun aku ini anak ayah dan selalu terkongkong asyik duduk dalam rumah.

"Kau ni, kalau ungkit tu bukan main ya! Tu lah lain kali, kena hari-hari berlatih. Bukannya asyik makan!" Jelingan maut aku hadiahkan padanya. Dia masih bermuka masam mencuka. Aku ketawa kecil. Lucu.

Baju sukan muslimah yang dipakai oleh aku tadi sewaktu pertandingan gymnastic aku bawa masuk ke dalam beg pakaianku. Skirt labuh juga dibawa masuk simpan ke dalam beg dan juga kasut ballet berwarna pink cair juga di masukkan ke dalam beg pakaianku. Sekarang waktu pulang. Aku perlu segera pulang. Nanti tak pasal-pasal ayah mencari aku sampai di dalam kelas gymnastik ni pula.

Siap aku menukar pakaianku ke baju biasa, aku terus mencapai tudung showl berwarna hitam lalu dililit di kepala. Dah lewat. Aku perlu segera cepat pulang!

Beg pakaian tersebut aku capai lalu berjalan keluar daripada bilik persalinan baju ini. Melihat Tiya masih terkebil-kebil menukar pakaiannya. Aku tidak menunggu lama, terus berjalan pergi keluar daripada bilik persalinan itu.

"Bella!"

Terhenti terus langkahku untuk berlari anak keluar daripada kelas gymnastik ini. Sewaktu aku tergesa-gesa nak pulang ni lah ada yang memanggil menghalang aku untuk segera pulang.

Aku mendengus kasar. Tetapi, cuba mengawal wajah masam aku ini bertukar ke wajah tenang. Hati dah berapi-api.

Terus tak jadi berapi apabila yang memanggil aku itu ialah guru gymnastik aku. Miss Liya.

Aku berjalan mendapatkannya. Senyuman manis cuba aku ukirkan di bibir.

"Yes, Miss."

"Congrats. Awak dah hampir 5 kali menang dalam pertandingan gymnastik." Ucap Miss Liya mesra. Aku koyak senyum. Gembira tu ya lah. Tapi tak ada lah nak riak. Bersyukur dan gembira aku menang dalam pertandingan itu. Kembang kempis hidung aku saat ini.

"Alhamdulillah, thank you Miss."

Hati masih berdebar-debar. Takut pula jika tiba-tiba muncul susuk tubuh ayah di hadapan kelas gymnastik nanti. Ah, kalau diberikan aku sayap bila-bila masa sahaja aku boleh pulang lewat sikit. Kalau lambat terus terbang sahaja. Tapi, itu bukan realiti untuk kehidupan aku. Hanya angan-angan sahaja yang aku mampu. Hm...

"Saya suka tengok awak punya splits stretch and flexibility. So perfect." Ah, makin kembang hidung aku dapat pujian daripada Miss Liya. Jarang juga lah Miss Liya ni nak puji orang. Agak nya aku bertuah kut dapat pujian daripadanya. Hihihi...

"Thank you, Miss. Tapi, saya tak rasa saya punya flexibility saya tu okey. Mungkin saya kena berlatih lagi untuk langkah-langkah yang seterusnya." Tak mahu riak. Lagipun, aku juga mempunyai kesalahan dalam gymnastik. Tak semua aku buat itu betul.

"It's okey. You punya gymnastik semua dah okey. Perfect. So, nanti saya nak awak berlatih pula untuk menari dalam ballet. Ada sedikit kesalahan sewaktu awak menari ballet tadi. So, apa-apa pun practice dahulu. Nanti kita tengok sama-sama macam mana ya." Ujar Miss Liya. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum manis.

Kan dah kata, semua yang aku buat tadi bukannya semua betul. Pasti ada kesalahan. Tapi, bukan aku seorang sahaja yang pandai dalam menari ballet dan gymnastik. Ramai lagi yang pandai daripada aku.

"Okey, Miss. Thank you so much." Ucapku lalu meminta diri untuk segera pulang.

Rasa lega pula dihati ini tak terkata. Selangkah aku keluar daripada kelas gymnastik itu. Terkejut beruk aku apabila melihat satu susuk tubuh yang sangat aku kenal sudah terpacak di tepi kereta sambil mata merenung tajam ke arahku.

Gulp!

Teguk liur aku seketika. Ni mesti kena marah lagi ni. Haih, tadah aje lah telinga ni nanti kena marah dengan ayah. Aku percepatkan langkah mendapatkan ayah yang sedang merenung ke arahku sambil memeluk tubuh.

"Kenapa lambat?" Soalan itu terpacul keluar daripada mulut ayah. Aku berdebar-debar untuk menjawab. Takut. Tak berani nak angkat wajah pandang ayah yang sedang merenung aku tajam itu.

"Err...Tadi...Tadi Bella jumpa dengan Miss Liya. Dia ada cakap tentang latihan tadi. Maaf ayah. Bella lambat." Jujurku. Tak berani nak tipu. Tapi selama ni aku memang tak pernah menipu ayah. Terpaksa menjawab jujur walaupun dalam keadaan ketar-ketar nak jawab.

Ayah hanya diam membisu. Langsung tidak bersuara malah dia berjalan masuk ke dalam perut kereta. Aku juga turut masuk ke dalam kereta. Rasa serba salah juga sebab dah menyusahkan ayah datang ke sini ambil aku pulang. Haih....

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah itu, keadaan sunyi sepi. Sedikit pun tidak mengeluarkan satu suara. Hanya radio sahaja yang berbunyi. Siaran radio daripada Era FM.

Aku masih diam membisu. Tiada apa-apa yang hendak dibualkan bersama ayah yang sedang fokus memandu. Mata memandang ke luar tingkap. Begini lah aku jika bersama dengan ayah. Diam. Jadi orang bisu. Ayah pun pendiam dan tidak banyak cakap. Dia juga mana lah ada banyak kawan. Langsung tiada kawan.

Akhirnya, sampai juga kami berdua di rumah. Aku mencapai beg pakaianku.

"Errr...Ayah." Panggilku sedikit gagap.

"Hmm?" Sahut ayah tetapi langsung tidak menoleh memandangku.

"Bella nak minta maaf sebab dah susahkan ayah ambil Bella sewaktu kelas dah tamat tadi." Ucapku tetapi langsung tidak dilayan oleh ayah. Kalau ayah bersuara pun pasti bercakap tentang perkara penting. Tetapi, kali ini dia hanya palau aku. Terus melangkah keluar daripada perut kereta.

Satu nafas berat aku lepaskan. Dalam hati cuba telan apa yang ayah dah buat padaku. Tak ambil hati pun. Dah biasa kena. Aku cuba ukir senyuman tipis. Kuatkan diri sendiri agar tidak kecewa.

Aku melangkah keluar daripada kereta dan menutup kembali pintu kereta tersebut. Kaki mengatur langkah masuk ke dalam rumah banglo dua tingkat itu. Tidak besar pun. Dulu ayah bekerja di sebuah syarikat sendiri. Tetapi sekarang ini syarikat itu dipegang oleh adik ayah. Ayah tidak lagi mahu bekerja. Katanya mahu berehat di rumah. Lagipun, ayah dah semakin tua. Tak berdaya.

"Makanan ada dalam peti ais tu. Ayah ada beli tadi. Nanti panaskan balik aje." Ayah mula bersuara lalu melangkah naik ke atas. Langsung tidak pandang aku yang baru masuk ke dalam rumah.

Aku hanya akur. Tak menunggu lama, terus berjalan ke peti sejuk. Memang sekarang ni perut dah berdandut menari-nari di dalam meminta untuk di isi.

Beg pakaian aku campak dahulu di sofa dan melangkah menuju ke dapur. Rasanya tangan aku ni belum lagi capai pintu peti sejuk itu, ada satu suara buatkan aku tidak jadi nak buka pintu peti sejuk itu.

"Kalau ya pun dah lapar sangat pergi lah mandi dan solat dulu." Suara itu buatkan aku terus tak jadi lapar. Kenyang. Aku menunduk lalu mengangguk. Beg pakaian tadi aku capai lalu aku melangkah naik ke atas.

Jangan sampai bagi ayah mengamuk. Mahu bergegar rumah nanti. Jiran sebelah yang tengah membawang terus tak jadi membawang nanti bila dengar ayah mengamuk. Huh, tacod!

*********

"Apa?!"

Mahu terkeluar biji mata aku ni bila dengar kata-kata makcik Kiyah dalam talian itu. Siapa lagi kalau bukan Tiya. Makcik tu suka sangat bagi berita mengejut pada aku. Mana tak aku terkejut beruk!

"Wei, kau serius lah Tiya?"

Macam tak percaya langsung apa yang dikatakan oleh makcik Kiyah ni. Masih berbelah bagi nak percaya. Dia ni dah lah suka cakap belit-belit. Nak aje aku koyak-koyak rabak mulut dia tu.

"Ye wei. Tadi Miss Liya ada bagi pengumuman pada semua orang. Kau lah balik awal sangat. But, it's okey. Aku faham keadaan kau macam mana. So, aku sebagai kawan baik kau, aku tolong sampaikan berita tergempar ini.” Haih, macam-macam lah makcik ni.

Macam tak percaya dengar dia cakap. Aku tak mahu terkena lagi dengan makcik Kiyah ni. Dah banyak kali dia kenakan aku. Harap sangat kali ini apa yang makcik Kiyah tu cakap betul.

"Miss Liya akan pilih 5 orang peserta untuk masuk ke dalam pertandingan gymnastik dan ballet tu. Aku rasa kau terpilih lah, Bella. Kau power kut dalam bab-bab gymnastik ni. Entah apa lagi ballet." Ujar Tiya dalam nada separuh tidak puas hati. Hahaha, mungkin tidak puas hati pada aku.

Aku ketawa kecil. Makcik Kiyah ni suka sangat bagi aku kembang tau!

"Isy, mana ada lah. Aku biasa-biasa aje lah. Lagipun, kita boleh belajar sama-sama."

"Eleh kau, tak payah lah nak rendah-rendahkan diri tu. Kau memang power. Dari dulu lagi. Aku harap sangat kau terpilih dalam pertandingan tu."

Kalau benar apa yang dikatakan oleh Tiya tu mahu sujud syukur aku. Gembira tak terkata. Dah lama sangat aku nak masuk pertandingan ballet di luar negara tu. Kalau kali ini dapat, huh sujud syukur!

Kalau terpilih pun ini kali pertama aku dapat masuk. Selama ini aku langsung tidak terpilih dan tidak dapat masuk. Harap-harap sangat Miss Liya pilih aku kali ini.

Aamiin!

Tapi, kami akan bertanding di negara mana?

"Tapi, dekat negara mana nanti?" Soalku masih tertanya-tanya.

"Entah lah. Tak silap aku, Miss Liya kata dekat Italy." Balas Tiya buatkan aku terkejut beruk untuk kali kedua!

Huh, jauhnya! Ayah izinkan ke untuk aku pergi jauh-jauh nanti? Italy tu. Bukannya Melaka. Kalau Melaka tak apa lah lagi, dekat. Tapi ini di Italy. I.T.A.L.Y.

Kalau ayah tak izinkan mungkin aku akan kecewa. Kecewa dan sedih. Hmm....

"Hello!" Mahu terlepas telefon bimbitku itu yang berada kemas ditelingaku. Terkejut dengan suara jeritan Tiya yang gila itu.

"Isy, kau ni dah kenapa?! Sakit lah telinga aku!"

"Kau tu hah, aku cakap boleh pula diam. Tak ada line internet ke dekat rumah kau tu?"

"Ada lah."

"Habis tu, kenapa aku cakap kau diam je?"

Aku ketawa kecil. Kalau Tiya ada depan aku ni, mesti lengan aku jadi mangsa pukulannya untuk menyedarkan aku daripada mengelamun panjang.

"Hm, kalau aku dapat join pun aku akan kecewa juga." Ujarku dalam nada sedih.

"Asal pula nak kecewa? Kau patut bangga tau kalau Miss Liya tu pilih kau untuk join pertandingan tu."

"Mesti lah bangga. Tapi....ayah aku." Nafas panjang aku hela. Masih fikirkan tentang itu.

Tiya juga diam seketika. Pasti dia sedang fikirkan sesuatu apa yang dikatakan olehku. Dia pun tahu perangai ayah aku bagaimana. Tak sesenang itu untuk aku hidup bebas seperti orang lain.

"Haih, itu lah satu masalahnya." Kedengaran Tiya juga menghela nafas panjang.

Kita kalau dah minat dengan sesuatu itu, memang minat betul. Rasa bagaikan sesuatu perkara yang kita minat itu telah melengkapkan hidup kita dengan sempurna. Kalau aku tinggalkan kelas ballet itu begitu sahaja bagaimana?

Sumpah sedih kalau begitu. Aku masuk kelas ballet ni pun merayu-rayu dengan ayah baru lah ayah setuju. Kalau tak, tak adanya aku sampai ke pertandingan itu.

Hmm...Cuba berfikir lagi.

**********

"Bang, kau tak kesian ke dekat anak kau tu? Dah lah tak kerja. Umur pun dah nak genap 24 tahun. Kerja tak ada. Apa tak ada. Macam mana nak hidup budak tu kalau kau asyik kongkong hidup dia?"

Aku mengatur langkah menuruni tangga. Tak sampai tangga di bawah, aku sudah mendengar suara mak ngah. Adik kepada ayah. Jelas suaranya itu kedengaran dipeluput telingaku.

Dia cakap tentang aku? Ya, jelas. Aku tahu dia sedang cakap tentang aku. Perlahan-lahan aku melangkah turun ke tangga. Tetapi, tidak menunjukkan diriku pada mereka. Gatal mahu tahu apa yang mereka sedang sembangkan lagi tentang aku.

"Dia anak aku. Aku tahu lah macam mana aku nak jaga dia." Keras suara ayah. Seperti marah apabila adiknya bercakap begitu.

"Macam mana lagi kau nak jaga dia. Kau dah lah sakit, umur pun dah nak masuk 60 lebih. Dah tak berdaya. Satu hari nanti kalau kau dah tak ada, macam mana budak tu nak hidup. Pentingkan sangat dengan kelas gymnastik dia tu. Apa yang dia dapat? Duit pun tak ada. Kau kena bagi dia kerja, bang. Bagi dia hidup bebas. Bukannya kongkong hidup dia." Bebel mak ngah lagi.

Aku masih tekun mendengar. Sepertinya, mak ngah memaksa ayah untuk melepaskan aku daripada penjara rumah ini. Haih, betul kata-kata mak ngah itu. Aku langsung tiada kerja. Nak kerja mana dan macam mana nak sara hidup sendiri jika ayah sudah tiada nanti.

"Kau tengok anak-anak aku. Semua dah kerja. Dah ada cucu dah pun aku ni. Dah jadi nenek. Kau tu bila lagi, bang? Jangan sampai anak dara kau tu jadi anak dara tua. Malu nanti orang kampung cakap pasal kau dan anak kau." Sambung mak ngah seperti tidak puas hati.

"Isy, kau diam lah, angah. Kau sama aje dengan adik kau tu. Aku bukan kongkong hidup dia. Aku tak nak dia jadi macam budak-budak di luar sana. Biar lah dia tak kerja pun, aku tahu nak bagi dia makan guna duit apa. Aku ada duit. Satu hari nanti aku dah tak ada kat dunia ni, semua harta aku bagi dekat dia. Dia suka dengan gymnastik dia tu, biarkan dia. Aku tak kisah. Kau jangan nak sibuk tentang anak aku!" Tegas suara ayah memarahi mak ngah.

"Haih, kau ni degil betul lah bang. Anak kau nanti dikutuk oleh orang kampung barulah kau tahu. Ni semua salah si Laila tu. Kalau dia tak buat perangai mesti semua ni tak akan terjadi. Hidup kau dan dia pasti akan bahagia hingga sekarang."

Dam!

Aku sedikit terkejut. Laila? Siapakah dia? Saat ini hati memberontak ingin tahu siapa wanita yang bernama Laila yang disebut oleh mak ngah tadi.

"Kau jangan nak sebut nama dia! Aku benci dia!" Bentak ayah keras buatkan aku yang curi-curi dengar tadi sedikit ternaik bahu terkejut dengan suara keras ayah itu. Mak ngah terdiam terkaku. Sudah tahu sangat dengan perangai abang sulung nya itu.

Sempat aku mengintai, ayah yang sudah tidak tahan terus bangun dan berlalu ke luar rumah. Nafas berat aku hela. Masih tertanya-tanya, siapakah Laila? Dan kenapa kalau sebut nama Laila itu ayah terus beremosi? Apa masalah ayah dengan wanita yang bernama Laila itu?

Bermacam-macam soalan sedang berlaga-laga di fikiranku saat ini. Ingin tahu!

Aku terus berjalan turun tangga dan berjalan ke ruang tamu. Melihat wajah mak ngah sedikit berubah terkejut apabila aku muncul secara tiba-tiba.

"Eh, eerrr....Bella. Meh sini jom makan sama-sama. Mak ngah ada masak lauk kegemaran Bella tau. Jom.” Ajak mak ngah mesra dengan senyuman manis nya. Itupun tergagap-gagap dia bersuara.

Aku juga membalas senyumannya. "Tak apa lah mak ngah. Bella bawa bekal aje. Sebab dah lambat ni nak kena masuk kelas." Aku menolak lembut pelawaannya.

Mak ngah hanya senyum kelat lalu mengangguk. Bekal yang sudah siap aku isi tadi aku capai lalu aku mengucup tangan mak ngah dan meminta diri untuk pergi dahulu. Kalau lambat sampai ke kelas, aku ketinggalan latihan pula nanti.

*********

Nafas di tarik dalam-dalam lalu dihembus dengan hati yang lapang. Selesai membuat senaman regangan otot kini aku mencapai pula kasut ballet berwarna pink cair. Ah, kasut ni pun dah semakin kotor dan sedikit terkoyak. Perlu beli baru.

Melihat di kakiku sudah mulai lebam. Di ibu jari sedikit terluka dan berdarah tetapi darahnya sudah semakin kering. Di jari-jari kaki yang lain sudah pun bengkak dan lebam.

Aku tidak kisah dengan itu kerana sudah biasa dengan semua ini. Dulu lagi lah teruk. Permulaan aku menari ballet hampir sahaja kuku ibu jari kaki aku tercabut. Nasib baik lah cepat-cepat letak ubat, kalau tak hilang terus kuku ibu jari aku tu.

Permulaan nak belajar pasti akan rasa sakit tetapi bila dah lama-kelamaan akan terasa sakit itu biasa. Melihat kaki yang sudah bengkak dan berdarah pun tidak kisah kerana sudah biasa.

Perlahan-lahan aku meletakkan ubat di tempat luka di kaki aku itu lalu aku balutkan luka itu dengan medical plaster dan terus aku pakai stoking yang sedikit tebal di kaki. Selesai semua itu, kasut penari ballet aku capai dan disarungkan kedua-dua belah kaki.

Ah, tak sabar nak mula!

Aku berdiri seperti biasa. Sempat aku menilik diriku di cermin berhadapan denganku. Sudah siap dengan berpakaian dress labuh serta tudung sarung berwarna hitam dan juga kasut yang telah ku pakai. Dah macam princess ballerina pula. Hihi.

Senyuman terukir lebar dibibir sebelum kembali mati senyumanku apabila disergah oleh makcik Kiyah. Terkejut aku. Melihat dia sudah ketawa terbahak-bahak kenakan aku!

"Eee, makcik Kiyah ni kan! Terkejut lah aku!" Aku mula mencebik. Dia masih tidak henti-henti ketawa.

"Makcik Kiyah kau panggil aku!" Kini giliran aku pula yang melepaskan tawa. Padan muka dia!

"Ni, dah ready ke?" Soal Tiya sambil membelek-belek membetulkan tudungnya di hadapan cermin. Aku senyum lebar. Nak cakap bersedia tu daripada semalam aku dah memang bersedia.

"Yes."

********

Sebanyak 15 orang peserta penari ballet sudah berdiri di tengah-tengah studio ballet termasuk lah aku yang masih berdebar-debar. Semalam sudah berlatih. Hari ni pun dah selesai berlatih. Tapi, aku pun tidak tahu sama ada aku menari itu betul atau tidak.

Kelihatannya, Miss Liya juga sudah masuk ke dalam studio itu. Senyuman manis dihadiahkan pada kami semua. Sempat aku memandang sekilas pada Tiya yang berada di sebelah aku.

"Hai assalamualaikum, guys! Good morning!" Ceria kedengaran suaranya. Kami kalau pagi-pagi berlatih pasti begini. Ambil udara segar dahulu, tenangkan fikiran barulah masuk ke dalam studio ballet memulakan latihan.

"Waalaikumusalam, Miss. Good morning!" Serentak seramai 15 orang itu menjawab salam Miss Liya di dalam studio itu. Bergema. Miss Liya tersenyum lebar.

"So, now boleh kita mulakan sekarang?"

"Yes!" Jerit kami semua dengan gembira. Termasuk lah aku yang paling gembira daripada semalam.

"Oky good. So, ambil posisi masing-masing. Kena jarak 1 meter or 2 meter." Miss Liya memberi arahan. Kami semua mula mengikut arahannya.

Aku sudah tentulah di sebelah Tiya tetapi jarak kami berdua sedikit jauh. Nanti tak pasal-pasal sewaktu menari ada yang terkena pijak kaki.

"So, ambil pasangan masing-masing dalam 5 orang ya." Miss Liya memberi arahan lagi. Aku yang teruja terus menarik 2 orang untuk masuk ke dalam kumpulan kami berdua.

"Alamak, tak cukup lagi seorang lah." Nurul yang baru masuk ke dalam kumpulan kami mengira ada seorang lagi yang tidak cukup.

Bagaimana ya?

Aku sedikit terkejut apabila ada seseorang yang sudi masuk ke dalam kumpulan kami. Tapi, wanita itu sangat aku kenal. Hati kotor, siapa lagi kalau bukan Fiqah. Ya, gadis itu tidak menyukaiku. Dari awal aku masuk kelas ballet lagi dia memang tidak sukakan aku. Bila aku dapat banyak pujian, jelingan tajam dia berikan padaku kerana tidak puas hati.

Dia senyum sinis padaku. Aku tahu dia masuk ke dalam kumpulan ini kerana mahu kenakan aku. Dia memang sengaja!

"Bolehkan kalau aku nak join sekali?" Soalnya sambil menjeling sinis ke arahku. Tiya yang sudah faham buat-buat gadis itu tidak wujud di sebelah kami.

"Err..Miss, boleh kita mulakan sekarang? Takut nanti kalau lambat-lambat ada karang jadi tempat fighting kat sini.” Ujar Tiya sambil menjulingkan mata ke atas, malas mahu melayan perempuan itu.

"Oky, boleh." Masing-masing mengambil tempat.

"Step one, CBC BALLET." Kedengaran suara Miss Liya mengarah kami semua untuk membuat langkah-langkah CBC BALLET.

"Warm up."

Lembut aku menghayunkan kedua-dua tanganku ke kiri dan ke kanan sebanyak 3 kali lalu menjengkekkan sedikit kaki sebanyak 4-5 kali. Langkah-langkah pertama untuk memanaskan badan sebelum melakukan langkah-langkah seterusnya. Serentak kami semua lakukan. Senyuman tak lekang di bibir.

"Legs and arms."

Perlahan-lahan kaki diangkat hingga paras bahu. Diturun dan naik sebanyak 5 atau 6 kali selepas itu tangan menaik menyentuh hujung kaki.

"Port de bras."

Berjalan selangkah sambil kaki menaik sedikit ke atas. Lalu diulang sebanyak 3 kali. Cukup dengan itu, kini kembali berundur ke belakang. Kedua-dua kaki dibuka. Tumit berlaga, hujung kaki terpisah ke kiri dan ke kanan. Kedua-dua tangan masih kemas berada di belakang. Nafas ditarik dalam-dalam.

"Heels separate and go ballet turns."

Tumit yang tadi berasingan kini sebelah kaki naik menyentuh betis kaki sebelah dan kaki sebelah lagi menjengkek sehinggakan hujung kaki menyentuh lantai lalu kami semua mulakan pergerakan memusing. Iaitu berpusing di dalam posisi begitu. Ballet turns.

Pening?

Kalau dah hari-hari buat, pening tu terus hilang dan digantikan dengan rasa seronok. Berulang kali kami semua berpusing ballet. Tetapi entah kenapa, hari ini nasib malangku, aku terjelopok jatuh di atas lantai. Tubuhku yang elok tadi berpusing kini terjatuh terduduk.

Haih, siapa lah yang dengki dengan aku ni?! Kenapa? Posisi ballet turns aku cantik ke? Sebab itu lah dengki? Hati saat ini sudah membara dengan api kemarahan. Aku menahan sakit di kaki yang sudah terseliuh.

Miss Liya yang perasan aku jatuh sewaktu yang lain sedang membuat ballet turns laju mendapatkan aku. Latihan diberhentikan buat sementara waktu. Tiya cepat-cepat mendapatkan aku apabila matanya sudah menangkap susuk tubuhku yang sudah terjelopok jatuh di atas lantai.

"Aduh, sakitnya..." Aku mengadu sakit. Sumpah sakit sangat-sangat. Tak silap aku tadi dapat aku rasakan ada seseorang menendang kaki aku sewaktu aku buat ballet turns. Ah, kejamnya dia!

"Ya Allah, Bella. Macam mana boleh terjatuh ni?" Soal Miss Liya panik.

"Entahlah. Saya tak tahu. Mungkin terseliuh kut sewaktu saya buat dalam posisi ballet turns tu." Ujarku sambil mengurut-urut kaki yang sudah terasa begitu sakit dan bengkak.

"Isy, ni mesti kerja perempuan tak guna tu!" Bentak Tiya seakan-akan sudah tahu. Aku cuba mencari kelibat yang dikatakan oleh Tiya itu.

Fiqah!

Ya, perempuan itu sudah tiada. Aku tahu dia buat aku begini tapi aku tak mahu kes ini dihebohkan satu studio ini. Biarlah lepas begitu sahaja. Bukannya sakit sangat pun. Esok-esok elok lah nanti.

"Err...Tak. Mungkin aku yang terseliuh. Tak apa lah. Sikit aje ni.” Aku cuba meredakan keadaan yang semakin tegang. Melihat wajah Tiya sudah kelihatan jelas yang dia marah.

"Bella awak boleh ke bilik perubatan sekarang. Letak ubat di kaki awak tu ya. Hari ini awak tidak perlu lah masuk ke kelas. Kalau kaki ni dah baik esok awak boleh datang." Ujar Miss Liya. Aku hanya mengangguk.

"Okey, Miss." Aku cuba untuk bangun, tetapi kaki ini sakit sangat-sangat. Terlalu sakit sampaikan aku tidak dapat untuk bangun berdiri seperti biasa. Aku gigit bibir bawah. Sakit sangat-sangat.

Kasut ballet yang masih tersarung di kaki, aku buka. Cuba untuk berdiri lagi tetapi tidak berjaya.

"Kau okey tak ni? Nampak macam teruk aje kaki kau tu." Tiya cuba membantu aku untuk bangun dan berdiri seperti biasa. Aku ketap bibir. Menahan sakit.

Bahuku terus dipapah oleh Tiya lalu aku perlahan-lahan berjalan terhenjut-henjut masuk ke dalam bilik perubatan tersebut.

Duduk dilabuhkan di sebuah kerusi yang berada di dalam bilik itu. "Kejap ya. Aku ambilkan ubat untuk kau." Tiya terus melangkah ke almari perubatan. Mencari ubat-ubat untuk diletakkan di kaki aku.

Perlahan-lahan aku urut kaki sendiri. Macam mana nak pulang ni? Sakit sangat dah kaki ni. Tak akan lah aku nak susahkan Tiya pula? Dia perlu segera pulang ke studio semula untuk memulakan kembali latihannya.

"Haih, kesiannya kau. Sakit ke?" Suara itu buatkan aku angkat wajah. Tajam aku merenung anak matanya.

Fiqah ketawa sinis. "Kesian..." Ucapnya dalam bernada mengejek.

"Kau yang buat semua ni kan?!"

"So?"

Eee! Kecil besar kecil besar aje aku tengok muka perempuan di hadapan aku ni. Kalau lah dia adik aku, dah lama kena makan penampar dengan aku!

"Hoi, perempuan. Kau yang buat Bella jadi macam ni kan?! Kurang ajar kau ya!" Bentak Tiya apabila sudah kembali datang padaku.

"Padan muka. Memang aku suka kau tak ada dalam latihan tu. Sibuk je lah. Asyik-asyik kau je dapat pujian dan hadiah. Kali ni aku pula yang menang. Kau boleh berambus!" Sinis dia berkata. Aku tersenyum sinis.

Kalau aku tak ada sekalipun, yakin ke dia akan menang? Atau kalah? Atau dia akan dibuang dari kelas? Aku tak kisah kalau aku tak dapat ikut latihan itu, tapi aku percaya dia tak akan dapat menangkan aku!

"Yakin ke kau akan menang nanti?" Aku senyum sinis.

"Of course lah. Kalau aku tak menang sekalipun, aku terpilih masuk ke dalam pertandingan gymnastik dan ballet tu. Kau? Hm...Harap menang aje di sini, tapi tak pernah lawan dengan negara lain. Aku rasa aku yang patut join dalam pertandingan tu. Aku yang patut terpilih. Bukan kau.” Ujarnya sinis sambil menjeling tajam dan berjalan pergi meninggalkan aku yang masih panas hati dengan dia.

Aku sedikit terkejut. Ya, pertandingan itu. Tapi, aku terpilih ke atau tidak ya? Ah, kaki ni pula sakit macam mana nak terpilih. Pertandingan itu pula akan bermula tak lama lagi. Tarikh masih tidak tahu tetapi aku yakin ia tidak lama lagi. Ah, ada masa ke tak ya? Aku dah lah tak berlatih lagi. Kaki pula sakit. Nak ke Miss Liya pilih aku?

Kuat aku ketap bibir. Cemburu melihat jika orang lain terpilih tapi aku tidak. Hm, rasanya dah nak 5 kali aku kecewa sebab tak terpilih untuk masuk pertandingan itu. Jika kali ini aku tidak terpilih lagi, pasti sudah masuk 6 kali aku kecewa tidak dapat masuk ke dalam pertandingan itu.

Haih...

Nafas berat aku hela panjang-panjang dengan hati yang sungguh kecewa. Untung la Fiqah terpilih dalam pertandingan itu.

"Nah, ambil ubat ni sapu kat kaki kau yang lebam tu." Satu botol ubat dihulurkan oleh Tiya kepadaku.

Lambat-lambat aku capai. Tiya yang sudah tahu riak wajahku masam mencuka mula bersuara.

"Kau jangan peduli lah dengan apa yang dia cakap tu. Entah ya ke tidak dia dapat join ke pertandingan tu. Jangan risau, Bella. Aku yakin kau dapat masuk punya. Kau power kut. Aku pasti la kau akan terpilih.” Ujar Tiya dalam nada memujuk. Aku senyum sebaris. Menguatkan hati sendiri.

"Dah, dah. Jangan buat muka sedih. Sapu ubat tu lepastu pergi balik. Rehat dekat rumah. Kalau kaki kau tu dah elok sikit, nanti esok datang. Kita buat latihan sama-sama.” Bicara Tiya lagi memberi aku semangat.

"Okey, tapi Tiya...Kalau aku tak terpilih macam mana?"

"Isy, jangan fikir-fikir lagi lah. Buat sakit kepala je nanti. InsyaAllah, kau akan terpilih. Yakin pada diri sendiri. Kau boleh.” Kata-kata sokongan daripada Tiya memberi aku semangat.

"Yelah, yelah. Aku balik dulu.” Selesai meletakkan ubat di kaki, aku berusaha untuk berdiri semula. Menahan sakit di kaki yang mula rasa berdenyut-denyut.

********

Tergesa-gesa aku keluar daripada kelas. Melihat jam sudah tepat pukul 1 petang. Bas pula sudah berhenti di tempat perhentian bas. Aku sedikit berasa lega di hati.

Tapi, tak lama itu bas sudah bergerak pergi buatkan hati aku tadi lega kini berasa kalut tak tentu arah untuk mengejar bas tersebut. Dengan kaki yang sakit ini, berjalan pun terhenjut-henjut memang tak kesampaian lah untuk aku naik bas tu. Kalau nak naik bas lagi satu kena tunggu sampai pukul 2.

Haih, dugaan hidup!

"Auch!"

Aku yang tadi degil sangat nak kejar bas sambil melambai-lambai tangan ke arah bas agar bas berhenti tetapi bukan bas yang berhenti, orang langgar aku ada lah.

Tapi, aku sedikit terkejut apabila tubuhku yang hampir aje lagi nak terjatuh mencium jalan tar itu disambut oleh seseorang yang melanggarku tadi. Membulat mataku. Terkejut!

Mata kami berdua bertentangan seketika. Kalau orang itu tidak menyambut tubuhku tadi pasti muka aku ni dah tercium dengan jalan tar.

Lelaki yang memakai cermin mata hitam yang menyambut tubuhku itu membuka cermin mata hitamnya. Berkerut-kerut dahinya merenung wajahku. Aku juga sedikit terkejut. Berkerut-kerut juga lah dahi kami berdua ni kerana aku bagaikan kenal lelaki yang menyambut tubuhku ini.

"Bella?"

Assalamualaikum and hai guys! I'm comeback >< Miss you guys! Lamanya tak jumpa hehe...sorry la, author sibuk sikit dengan assignment hhihih...And, author nak minta maaf, dengan cara author akan buat novel baru hihi.. Seperti yang author janjikan pada korang semua, author akan buat novel baharu...Tapi, slow update dan author akan selalu update malam...Thank you siapa yang dah follow saya, thank you so much siapa yang dah support saya...I appreciate all the support from all of you <3 InsyaAllah kalau author ada masa, author akan selalu update chapter untuk korang...Jangan lupa Komen, follow dan vote story ni ya...thank you, love you guys! <3 And author nak ucapkan selamat hari raya <3...Maafkan author kalau author ada tersalah kata...stay safe and take care siapa yang dalam perjalanan nak balik kampung ^^ Bye!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience