• { BAB 23 } •

Romance Series 49049

Kedua-dua telapak tangan meraup wajah. Mengaminkan doa yang telah aku panjatkan pada Maha Esa. Moga Allah memakbulkan setiap doaku.

Memohon keampunan segala-gala dosaku. Aku tahu, aku sudah buat kerja gila. Aku lupa tentang larangan Allah. Terasa diri ini sangat lah bodoh. Aku tahu aku salah. Aku dah banyak buat dosa.

Dan aku memohon juga kepada Allah, moga Allah permudahkan segala urusanku pada hari ini dan moga Allah memberi pertunjuk yang baik padaku.

Cinta untuk dimiliki bukan untuk disakiti.

Aku mahu buka buku baru. Mahu fokus betul-betul pada pertandingan nanti. Sudah tidak perduli lagi jika ayah marah aku kerana putus hubungan dengan Zyan. Biar lah aku sendiri yang akan berterus-terang pada ayah. Aku redha jika dimarahi teruk oleh ayah. Sumpah aku penat. Aku penat sangat-sangat. Aku insan yang lemah yang hanya mampu meminta pertolongan daripada Allah.

Sejujurnya, aku masih sayangkan Chris. Tapi akan aku cuba untuk hilangkan semua perasaan itu terhadap Chris. Kami hanya berkawan. Aku yakin, Allah ada rancangan yang terbaik untuk aku. Masa depan aku sudah di aturkan dengan cantik oleh Allah. Kita sebagai manusia perlu bersyukur kepada Yang Maha Esa.

Telekung di buka lalu di lipat rapi dan di simpan ke dalam almari bersama sejadah yang telah diguna tadi. Jam sudah tepat pukul 8 pagi. Sekejap lagi kami perlu ke kelas. Katanya, Miss Liya mahu memberi sesuatu maklumat penting pada para pelatih.

Sekarang studio balet mulai penuh dengan pelatih lelaki. Seperti biasa, kebanyakan pelatih lelaki di dalam studio itu dipenuhi dengan lelaki mat salih. Ada yang dari UK dan sebagainya. Tidak ramai pun. Kami akan bertanding dengan beberapa buah negara.

Pasti akan tertanya-tanya kenapa pelatih lelaki juga turut ada?

Iya, balet tidak semua untuk perempuan. Ada sahaja untuk lelaki. Jarang mahu melihat lelaki menari balet. Sekali tengok mahu ternganga mulut.

Dan mereka juga penari pasangan. Dance couple untuk beberapa buah negara. Untuk kumpulan kami, aku tidak tahu lagi siapa yang akan menari pasangan. Masing-masing masih anak dara. Tiada lagi yang berkahwin. Aku harap sangat tiada siapa yang terpilih.

Coffee yang dibuat oleh Tiya tadi aku hirup perlahan-lahan sambil melabuhkan duduk di sofa ruang tamu. Dapat lah aku menonton seketika television sebelum ke kelas. Tapi sesudahnya rasa mahu hentak kepala di atas meja kerana semuanya saluran TV Italy. Semuanya cerita daripada Italy. Drama Italy dan berita pun Italy. Hm, aku jadi budak blur sekejap. Tapi kami sudah biasa. Kadang-kadang aku layan aje drama Italy ni. Sebab sweet!

Sedang aku hirup coffee tersebut sambil menonton television cerita entah apa aku pun tidak tahu, mata terpandang pula di tempat lain.

Sejambak bunga!

Ya, bunga daripada Chris. Bunga tersebut diberikan oleh Chris. Masih cantik terletak di dalam pasu bunga. Dapat sahaja bunga cantik itu, aku jaga dengan baik. Setiap hari aku akan siram bunga tersebut. Tapi, saat-saat ini aku sudah jarang menyiram bunga itu untuk segar. Pandang bunga tu pun tak. Kerana hati akan terasa sebak. Melihat kelopak bunga ros tu pun dah layu. Sama seperti hatiku.

Nafas berat aku hela. Memejam mata seketika. Menahan air mata agar tidak mengalir. Semalam aku sedaya upaya mengelap air mata dan cuba ceriakan wajah agar Tiya dan Fiqah tidak mengesyaki apa-apa tentang aku.

Tapi, yang mereka tanya aku hanya lah....

"Amboi, balik lewat malam ni mesti pergi dating dengan Mr.Chris kan?”

Soalan dari Fiqah mampu buat aku rasa nak hentak kepala. Si makcik Kiyah tu tak bagitahu kat dia ke?

"Tak pernah-pernah kau stay studio sampai malam, tak takut ke balik malam sorang-sorang?”

Soalan dari Tiya pula. Tapi tak sempat hendak aku jawab, dia sudah jawab dahulu.

"Oh, lupa. Kau kan ada hero yang dapat melindungi kau kalau ada orang yang berniat jahat pada kau.” Nada mengusik.

Iya, hanya itu sahaja mereka soal aku pada malam semalam. Soalan mengusik. Sebaliknya mereka tidak tahu aku terluka dan sudah putus cinta dengan Chris. Aku hanya senyum sebaris yang bercampur perasaan sedih. Tidak mahu bagi mereka lihat yang aku tengah broken heart.

Mug coffee aku letakkan semula di atas meja berhadapan denganku. Mula mengangkat punggung dan berjalan ke arah pasu bunga yang terletak di tepi meja makan. Aku suka letak di situ. Bertentangan dengan bilik tidur aku dan Tiya. Kalau bangun pagi, aku keluar bilik pasti mata akan terpandang ke pasu bunga tersebut dan serentak itu satu senyuman manis terukir di bibir.

Tapi kali ini, melihat bunga itu tiada lagi satu senyuman manis terukir di bibir. Kosong. Hati aku juga kosong. Wajah lelaki kacak itu sudah hilang entah ke mana di ruang mataku saat memandang ke arah bunga tersebut. Tapi hanya air mata sahaja yang mahu mengalir saat terpandang ke arah bunga ini. Rindu padanya.

Sejambak bunga yang berada kemas di dalam pasu bunga itu aku ambil lalu di bawa ke tong sampah.

Lama aku merenung sejambak bunga itu yang sudah layu sebelum dicampak ke dalam tong sampah. Air mata mula bertakung di birai mataku. Tapi aku hanya tahankan sahaja.

"Saya minta maaf, Chris.”

Terlepas terus genggamanku di sejambak bunga itu, kini bunga-bunga tersebut sudah selamat duduk di dalam tong sampah. Aku menekup mulut sendiri. Menahan sebak. Kejamnya aku. Ya, aku sangat kejam!

Tapi ini untuk kebaikan aku sendiri. Aku tidak mahu lagi menangis saat melihat bunga itu. Biarlah dia hilang daripada pandanganku seperti mana Chris pergi dari hidupku.

Hanya tinggal kenangan manis kami berdua yang tidak akan hilang dari memoriku.

"Kenapa buang bunga tu?!” Suara itu kedengaran terkejut. Tersentak aku mendengar suara itu muncul secara tiba-tiba. Cepat-cepat aku seka air mataku yang mula berair di hujung mata.

Melihat Tiya sedaya upaya mengambil semula sejambak bunga yang telah aku buang tadi di dalam tong sampah. Terkejut aku melihatnya.

"Eh, kenapa kau ambil balik?” Soalku pula hairan. Tiya berjaya mengambil semula bunga tersebut dari dalam tong sampah. Wajahnya jelas marah padaku. Sempat lagi dia mengusap-usap kelopak bunga ros yang sudah sedikit rosak.

"Hei, ni bunga dari Chris kan? Kenapa kau buang? Kau tahu tak bunga ni mahal. Sampai hati kau kan! Aku bagitahu Chris.” Marah Tiya yang tidak tahu apa-apa tentang hubungan aku dan Chris.

Aku senyum hambar. Suara bagaikan susah hendak keluar dan lidah kelu hendak ceritakan tentang hubungan kami yang sudah putus ini pada Tiya.

"Aku tak nak menangis lagi saat melihat bunga ni. Jadi aku buang.” Ujarku dengan berwajah tenang tetapi hati sudah kembali terluka berdarah. Perit!

Kelihatan wajah Tiya blur. Tidak faham. Berkerut-kerut dahinya.

"Menangis? Buang? Kenapa kau menangis? Apa kaitan dengan bunga ni?” Bertubi-tubi soalan itu keluar daripada mulut Tiya.

Aku hanya senyum manis. Kuatkan hati untuk bercerita.

"Aku dan Chris dah tiada apa-apa lagi hubungan. Kami sudah putus!”

**********

Kaki mengatur langkah ke locker room. Mahu menyimpan dahulu beg pakaian dan mahu menukar pakaian ke dress ballet muslimah.

"Serius lah korang putus? Macam tak percaya aje. Kau tahu tak yang kau tu sesuai sangat dengan dia. Kecewa aku bila dapat tahu korang dah putus.” Nada suara Tiya jelas kecewa. Aku hanya senyum kecil. Dah itu kenyataannya.

Tiada siapa yang boleh halang kalau Tuhan sudah tetapkan itu.

"Dah takdir kami berdua untuk putus. Nak buat macam mana? Mungkin kitaorang tak ada jodoh.” Ujarku sambil tersenyum kecil. Mencapai baju-baju dari dalam beg dan berlalu ke bilik persalinan.

Saat aku menceritakan tentang hubungan aku dan Chris pada Tiya, Tiya betul-betul terkejut besar. Dia bagaikan tidak percaya yang kami putus.

Siap menukar pakaian, aku ke kafeteria dahulu. Mahu beli coffee sebelum ke studio. Kelas masih belum lagi mula. Kelibat Miss Liya masih tidak dapat kutangkap. Mungkin dia busy sedikit.

Aku mengambil di satu tempat yang berada di balkoni besar itu. Ada sebuah bangku terus aku labuhkan punggung di situ sambil memerhatikan pemandangan dihadapan pada waktu pagi. Aku memerhatikan pula sekeliling tempat itu. Ada beberapa orang sedang bersembang bersama rakan-rakannya. Ada yang bergelak-ketawa, sedang menghubungi dengan seseorang dalam talian dan ada orang sedang makan di sini. Aku tersenyum. Terasa fikiran tenang daripada yang semalam sungguh lah serabut.

Permintaan Rayyan aku sudah tunaikan yang aku tiada lagi hubungan dengan adiknya. Kami sudah putus. Mungkin itu yang abangnya mahukan agar adiknya dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Mungkin juga aku seorang yang membawa bala pada orang.

Aku tersenyum lagi. Cup coffee aku hirup perlahan-lahan. Masih panas tetapi aku suka minuman panas.

"Aku doakan moga korang ada ruang kembali untuk bersama.” Tiya terus melabuhkan duduknya di sebelahku. Aku ketawa. Lucu mendengar kata-kata Tiya itu. Siap berdoa lagi. Nasib baik aku tak tersedak dengan air coffee panas aku ni apabila mendengar kata-kata Tiya itu yang tidak akan menjadi kenyataan sampai bila-bila.

Sejujurnya, aku sudah tawar hati.

"Kenapa kau gelak?” Soal Tiya bingung sambil melepaskan jelingan padaku. Aku yang terluka kerana ditinggalkan, dia pula yang sedih macam dia pula yang baru lepas putus cinta.

"Lawak.” Aku tersenyum pada Tiya.

"Kau ni, aku cakap betul tau. Aku nak korang bersama. Bukannya bergaduh-gaduh macam ni lepastu putus. Bincang elok-elok lain kali.” Bebel Tiya lagi. Aku ketawa kecil.

"Mana ada kitaorang gaduh. Kitaorang memang tak sepadan. So, kitaorang ambil jalan untuk putuskan hubungan ni. Kosong! Now tiada apa-apa lagi antara aku dan Chris. Titik!” Kata putus.

Wajah Tiya jelas kecewa. Sedih bagaikan hilang suami. Aku ketawa lagi.

"Kurang ajar betul lah abang Chris tu. Aku rasa dia cemburu kut. Entah-entah dia suka kau, tu yang dia suruh Chris putuskan hubungan kau orang berdua ni.” Bebel Tiya lagi menyalahkan Rayyan pula.

"Mana ada la. Aku memang nak putus pun. Kalau Chris tak minta putus pun, memang aku nak. Aku tahu kami tidak sepadan dan tidak akan dapat kahwin pun buat selama-lamanya.” Ujarku membela bagi pihak Rayyan. Bukan salah Rayyan, semuanya salah datang daripada aku.

"So, buat masa ni aku tak nak ada apa-apa lagi hubungan dengan orang. Single. Nanti balik Malaysia pandai-pandai la aku cipta ayat untuk bagi pada ayah. Tadah telinga aje lah kalau kena marah sekalipun dengan ayah. Aku redha.” Ujarku redha. Iya, aku redha dengan semua yang terjadi. Ujian daripada Allah. Aku kena kuat. Mungkin ada yang lebih baik untuk masa depan aku.

"Kesiannya kau. Sabar ya, Bella. Aku sentiasa ada untuk kau. Aku sayang kau tau!” Bahuku terus dipeluk erat oleh Tiya. Aku ketawa kecil lalu membalas pelukan itu.

"Kurang ajar betul abang Chris tu. Kalau dia ada depan aku sekarang ni memang dah lama kena!” Bebel Tiya lagi yang sampai bila-bila tak akan habis. Aku ketawa lagi. Hiburkan diri sendiri.

"Isy, jangan salahkan dia. Mungkin dia buat macam tu sebab untuk keselamatan adik dia. Abang dia kan sayang adik dia.” Ujarku lagi membela bagi pihak Rayyan. Aku tidak mahu bagi Tiya salahkan Rayyan sebaliknya aku yang salah.

"Tapi kan, aku pelik la. Kenapa Chris kena pukul? Mereka ada musuh ke? Siapa mereka berdua ni sebenarnya?” Soal Tiya bertalu-talu.

Kan aku dah cakap, apa yang aku tertanya-tanya selama ini sama dengan Tiya yang tertanya-tanya saat ini. Kami berdua ingin sangat tahu siapa sebenarnya Chris Martinez?

Siapalah dua beradik kacak itu ya?

Aku hanya sekadar mengangkat kedua-dua bahuku. Tidak tahu.

"Yang penting sekarang ni, aku dan Chris dah tiada apa-apa hubungan. Kami dah putus.” Ujarku dan bersedia hendak mengangkat punggung mahu masuk ke kelas yang tak lama lagi mahu mula.

"Siapa kata kita dah putus?”

Lembut nada suara itu buatkan aku tersentak seketika. Aku kenal suara itu. Melihat wajah Tiya sudah berubah terkejut beruk apabila matanya terpandang ke arah belakangku. Jadi aku yakin suara itu datangnya dari belakangku dan orang itu ada di belakangku.

"Saya nak cakap sikit dengan awak boleh?” Masih suara sama yang bertanya. Melihat Tiya juga turut bangun.

Aku terus berdiri di sebelah Tiya. Memandang orang yang berada di belakang aku itu tadi atas bawah. Iya, benar. Aku tidak salah orang kali ini. Suaranya juga masih aku kenal.

Chris!

Bersama satu senyuman manisnya. Aku dan Tiya berpandangan seketika. Haih, macam mana lah dia boleh muncul ni?

"Ehem....Errr...Bella, aku masuk kelas dulu. Nanti kita jumpa dalam kelas ya.” Aku dah agak! Minah ni memang sengaja nak tinggalkan aku bersama Chris.

Aku jegilkan mata ke arah Tiya memberi isyarat agar dia bersama aku juga di sini tetapi tidak di endahkan olehnya. Haih, sakitnya hati aku!

"Nanti jumpa tau!” Sempat dia bisik pada aku sebelum membuka langkah untuk pergi.

"Hi, Mr.Chris.”

Mesra Tiya sapa lelaki itu. Chris hanya senyum manis. Dan Tiya terus berlalu pergi. Tinggal lah aku bersama Chris di sini. Melihat di tempat ini juga sudah tidak banyak orang. Ramai sudah pergi tinggalkan tempat ini kerana kelas tidak lama lagi akan bermula dan tinggal lah aku bersama Chris di sini.

Ah, kekoknya!

Aku cuba berwajah tenang walaupun jantung sedang berkencang laju. Tetapi hati kosong. Iya, perasaan aku terhadapnya sudah hilang. Kosong. Aku tidak menyukainya lagi. Dan tidak akan cinta dia kembali.

"Awak nak cakap apa kat saya? Kalau bukan hal penting, saya nak ke kelas dulu. Nanti lewat.” Ujarku kembali melabuhkan duduk di kerusi tadi. Chris hanya senyum manis lalu melabuhkan duduknya juga di sebelahku. Aku sedikit berganjak. Tidak mahu rapat dengannya.

"I'm sorry...”

Ucap lelaki itu buatkan aku rasa tidak sedap hati. Aku tidak mahu lagi makan dengan pujukkannya. Aku sudah berjanji pada diri sendiri agar tidak lagi letak harapan pada sesiapa.

"Chris, kalau awak nak cakap benda yang buang masa saya, lebih baik tak payah kut. Saya dah lambat.” Laju aku melangkah pergi tetapi sempat pulak Chris menghalang jalanku. Ditarik lembut lenganku. Aku menepis dengan sedikit kasar.

"I'm sorry. Bella, please dengar dulu apa yang saya nak cakap. Saya tahu saya salah, Bella. Saya dah lukakan hati awak. Please, abaikan sahaja apa yang abang saya cakap tu. Saya tetap sayang awak Bella. Awak milik saya. Dan, saya tak pernah pun cakap untuk putuskan hubungan kita. Kenapa awak cakap yang hubungan kita dah putus? I'm still love you, honey.”

Terus aku mengangkat wajah memandang lelaki itu yang tinggi lampai ini. Tepat ke arah anak mata birunya itu. Jelas dapat kulihat anak matanya yang begitu cantik. Sengaja aku buat muka tenang sambil berpeluk tubuh. Tidak mahu dia ingat yang aku marah dia kerana telah putuskan hubungan ini. Nanti dia ingat aku masih tergila-gilakan dia pulak.

"Saya tak marah awak, saya tak terluka, saya tahu saya salah, saya dah buat kesilapan besar dalam hidup saya dan kalau awak nak tahu memang saya nak kita putus. Saya tak marah awak lah, Chris. Saya memang nak kita putus pun. Seperti yang awak cakap, memang kita tiada jodoh. Kita tak sepadan. Sampai bila-bila pun kita tidak akan dapat berkahwin kalau setiap hari akan muncul dugaan dan halangan untuk kita bersama. So now, me and you just friend. No love, no couple and no dating. Okay? Saya masuk kelas dulu.” Panjang lebar aku jelaskan pada dia dengan satu senyuman manis. Aku tidak mahu tunjuk pada dia yang aku terluka.

Yeah, I'm fine.

Sengaja aku tidak mahu bangkitkan nama abangnya. Dan aku sedikit terkejut apabila dia tahu yang aku dengar apa yang abangnya cakap pada dia malam semalam. Adakah dia nampak aku mencuri-curi dengar perbualan mereka berdua?

"No, no... It's not what I mean. You still my lover, my heart and my soulmate. I love you so much, Bella. Tak terfikir pun dalam fikiran saya untuk putuskan hubungan ini. Saya berharap sangat agar hubungan kita akan kekal. Dan saya tak cakap pun untuk putuskan hubungan ni. Untuk yang semalam, saya takut awak kecewa dengan saya kerana telah memiliki lelaki tak sempurna seperti saya. Sebab itu lah saya nak awak buat keputusan, adakah awak dapat terima saya seadanya, sayang. Saya tak nak terpisah dengan awak, Bella. Saya sayang awak!” Ujarnya panjang lebar jelas dengan nada kecewa. Dia mendekatkan dirinya padaku. Dia sedikit menunduk menatap wajahku dengan lebih dekat. Jadi kaku terus seluruh tubuhku saat ini.

"Tapi, kita tak sepadan Chris. Kita tak ada jodoh. Awak bukan milik saya. Awak milik orang yang tepat. Bukan saya....” Belum habis aku bercakap, dia sudah mencelah.

"Shhhh....Jangan cakap macam tu, sayang. Peduli dengan apa orang nak cakap, awak tetap milik saya. I love you.”

Entah kenapa, hati aku tersentuh. Terdetik satu perasaan yang membuat aku jadi simpati padanya. Sayang padanya. Sejujurnya, memang aku sayang padanya. Aku cintakan dia.

Tapi, aku cuba kuatkan hati. Ingat, dia bukan milik aku. Dia bukan untuk aku lagi. Dia bukan jodoh aku. Sampai bila-bila kami tidak akan dapat bersatu. Rapat-rapat aku pejam mata.

Dia bukan milik aku!

"I'm sorry, Chris. Saya tak boleh. Saya takut akan kecewa lagi buat kali kedua. Saya pergi dulu.”

Okay, stop! Sampai di situ sahaja. Aku tidak dapat tahankan lagi sebak di dada. Belum sempat kaki melepasi pintu keluar dari tempat itu, kedengaran suara tidak puas hati milik Chris.

"This must be because of my brother, right? Is that why you want to end this relationship? Damn!” Keras nada suara Chris seperti memarahi abangnya sendiri.

Menitis terus air mataku. Sempat aku menoleh kembali ke arah Chris. Melihat dia sedang mengetap gigi, wajahnya merah sedang marah dan dia mengepal penumbuknya bagaikan mahu melepaskan penumbuk itu pada muka abangnya.

"Tak, bukan salah dia. Seperti yang saya cakap, ini semua salah saya, Chris. Disebabkan saya, awak dipukul teruk. Mungkin dengan keputusan saya untuk pergi itu lebih baik. Keselamatan awak akan selamat. Anggap aje lah kita tak ada jodoh, Chris. Please, jangan jumpa saya lagi. Jangan cari saya lagi!” Aku sedikit meninggikan suara. Air mata mengalir laju ke pipi.

Chris yang perasan dengan air mataku berubah riak wajahnya. Wajahnya yang tadi marah berubah lembut. Dia berjalan mendapatkan aku tetapi sempat aku menghalangnya.

"Please, jangan dekat dengan saya!” Tegas suaraku menghalang dia mendekatiku lalu aku terus berlari pergi meninggalkan dia yang masih tercegat di situ.

Hati kembali terluka. Ah, kenapa aku cepat sangat termakan dengan pujukkannya? Tidak, aku dan dia tidak akan bersama buat selama-lamanya.

Cukup sampai di sini!

**********

Rakus aku meneguk air putih di dalam botol itu. Sehingga satu botol air putih itu habis diteguk. Tidak kesah lagi jika ada orang pandang aku bagaikan tidak minum air setahun ni. Tapi aku sangat memerlukan air saat ini.

Haus!

Bersyukur di dalam hati. Aku sudah dapat menari dengan laju. Tidak ada lagi gagap-gagap atau kaki yang teragak-agak untuk menari atau salah step menari. Kaki pun sudah biasa terseliuh tetapi sekarang sudah tidak lagi terseliuh. Aku sudah boleh buat!

Kami semua terus ke arah Miss Liya. Katanya dia ada sesuatu perkara yang hendak diberitahu pada kami. Sewaktu aku melangkah pergi, mata terpandang pada satu susuk tubuh yang sedang berdiri tidak jauh daripada jarak aku ini.

Sebelah tangannya masuk ke dalam poket, senyuman begitu manis terukir di bibir dan sempat aku memandang ke kiri dan ke kananku. Dia senyum dekat siapa? Aku ke? Atau dekat orang lain?

Tapi, kiri dan kanan aku langsung tiada orang. Malah mereka yang berjalan di sebelah aku hanya berjalan keluar dari studio itu.

Aku kembali memandangnya. Chris masih tersenyum manis. Aku tidak dapat lupakan sampai bila-bila senyumannya ini. Senyuman paling manis. Akanku rindukan senyuman ini lagi.

Tidak memberi reaksi apa-apa, aku terus ke arah Miss Liya. Mereka semua sudah berkumpul di hadapan Miss Liya. Sempat aku menoleh kembali ke arah Chris, dia tetap memandang ke arahku dengan senyuman manisnya.

Ah, tidak! Aku tidak boleh cair dengan senyuman itu.

Aku perlu pergi segera!

Berkerut-kerut dahiku apabila melihat Miss Liya tidak bercakap apa-apa. Malah, seseorang berjalan penuh bergaya ke sebelah Miss Liya. Automatik pandangan para wanita yang berada di situ menoleh ke arahnya. Ada yang sudah tersenyum-senyum sambil berbisik-bisik. Boleh dikatakan, gadis mat salih pun tertarik padanya. Siapa aje tak tertarik pada dia.

Kacak!

Memang aku tidak dapat menafikan tentang itu. Sudah nyatanya dia memang kacak!

Melihat Tiya, Fiqah, Puteri dan Nurul sudah mula tersengih-sengih miang melihat Chris yang sudah berdiri dihadapan kami semua. Hari ini memang tersengih miang berjemaah ke macam mana?

Dia ingat Chris tu artis famous ke?

Aku menjulingkan mata ke atas sambil memeluk tubuh. Aku yakin, tidak Miss Liya yang menyampaikan maklumat ini pasti Chris yang akan sampaikan maklumat tersebut.

Buatkan jantung aku kembali bersenamrobik apabila kami berpandangan. Cepat-cepat aku larikan pandangan ke tempat lain. Dia masih tersenyum manis saat terpandang aku.

Hish!

"Good news, next week the competition will start live!”

Selamba sahaja dia bersuara dengan berwajah tenang dia sampaikan begitu sahaja maklumat penting pada kami. Apa lagi, satu studio itu bergema dengan jeritan kegembiraan dan tepukan gemuruh. Gembira la sangat. Kalah nanti, haru aje!

Aku tidak memberi reaksi apa-apa dan hanya tersenyum gembira. Melihat Miss Liya juga turut tersenyum gembira apabila melihat pelatihnya gembira.

"I am very happy to see you all have practiced well. Win this contest and take the prize home.” Ujar Chris lagi sambil menoleh memandang aku seketika. Cepat-cepat aku alihkan pandangan lagi. Mamat ni memang bercakap nak pandang muka aku je ke?

"The date for the competition will be announced. About that you all do not worry, keep the focus of training until the competition takes place.”

"Okay, that's all I want to convey important information to you all today. Practice hard and good luck everyone!” Ujar Chris sebelum menamatkan taklimat tersebut. Melihat yang lain sudah ada yang loncat girang. Apa yang gembira sangat aku pun tak tahu la. Aku ni lagi berdebar-debar mereka pulak boleh loncat girang.

Tamat sahaja sesi taklimat, aku terus berlalu pergi. Tetapi hati ingin sangat menoleh sekali untuk pandang si dia lagi. Untuk kali terakhir. Hati nak tapi otak menghalang untuk aku menoleh dia sekali buat kali terakhir.

Ah, untuk kali ni aje!

Aku terus toleh. Hampir terkeluar biji mataku apabila melihat dengan selamba seorang gadis memeluk tubuh Chris. Aku yakin, gadis itu ialah pelatih ballet. Tapi, kenapa dia peluk tubuh Chris? Siapa gadis itu? Selamba sahaja dia peluk tubuh lelaki itu. Sumpah saat ini aku rasa cemburu. Seperti yang aku cakap, aku cemburu melihat jika Chris bersama wanita lain. Buatkan hati aku bertambah sakit, kembali hancur berkecai apabila Chris membalas pelukan gadis itu. Mesra!

Ya Allah, sakitnya hati aku!

Tidak lagi aku memandang ke arah mereka, cepat-cepat aku melarikan pandangan ke tempat lain. Menahan hati yang terluka dan menahan air mata agar tidak mengalir jatuh di pipi.

"Sampai hati awak, Chris!” Bisikku sendiri. Entah lah. Aku keliru dengan perasaan aku sendiri.

"Hei, Bella. Kau tengok tu? Kemain dia peluk perempuan lain. Aku rasa, bagus jugak kau pilih keputusan untuk putus hubungan dengan dia. Memang gatal orangnya! Muka aje handsome, tapi perangai miang betul! Tak cukup dengan satu!” Bebel Tiya yang juga turut menoleh ke arah Chris dan gadis itu yang sudah meleraikan pelukan mereka. Lebar betul senyuman Chris. Dapat kurasakan kali ini senyuman Chris begitu istimewa buat wanita itu. Senyuman untuk aku hanya sekadar palsu. Hanya sekadar menjaga hati aku.

Ah, aku tak tahan! Aku perlu pergi daripada sini!

Tidak pedulikan dengan kata-kata Tiya itu, aku terus berlalu pergi. Laju aku melangkah keluar daripada studio besar itu. Sakitnya hati ini hanya Allah sahaja yang tahu. Mereka memang sosial, boleh dikatakan orang mat salih memang sosial. Bagi mereka, berpegangan itu hanyalah perkara biasa yang selalu mereka buat. Tetapi kalau aku melihat orang yang aku cinta itu buat di depan mata aku begitu, sakit hati ini tak terkata.

Eh, cinta?

Tidak, aku tidak mencintainya. Akan ku usirkan perasaan cinta padanya. Aku dah tak nak tengok muka dia lagi!

********

Mata merenung ke luar jendela. Di luar hujan. Air hujan turun laju membasahi bumi. Sama seperti air mataku laju jatuh membasahi pipi. Aku biarkan sahaja pipiku yang sudah basah dek air mataku. Hati yang terluka tidak dapat ditahankan lagi.

Terlalu sakit!

Aku mengambil masa seketika untuk melayan perasaan sendiri. Kenapa lah aku dipertemukan dengan lelaki itu? Kalau aku tak ke sini, pasti aku tidak berjumpa dengan dia dan aku tidak akan jatuh cinta dengan dia. Hati aku pun tidak terluka sampai macam ni. Sumpah aku rasa menyesal tidak dengar kata ayah.

Kau memang bodoh, Bella. Kau memang bodoh!

TING!

Ternaik sedikit bahuku terkejut apabila ada seseorang menghantar mesej padaku. Cepat-cepat aku seka air mata dan mencapai telefon bimbitku yang berada kemas di sebelahku.

Chris.

Jelingan aku lepaskan di skrin telefonku itu. Hanya membiarkan sahaja mesej itu di blue tick. Malas hendak balas.

Hi, honey. Awak tengah buat apa tu? - Chris.

Kembali lepaskan pandangan ke luar jendela. Lepaskan segala perasaan sakit di hati. Tak perlu la nak jaga hati aku. Kalau tak ikhlas bersama aku pun tak guna jugak!

"Aku akan cuba sehabis mampu untuk lupakan dia. Perasaan yang ada akan aku buang jauh-jauh. Dia bukan siapa-siapa lagi dalam hidup aku. Kosong!” Ujarku pada diri sendiri. Pada hati yang sedang terluka.

Kembali mengalir air mataku saat teringat kembali kenangan manis bersamanya. Boleh dikatakan dia memang sweet. Dia sangat baik, suka tersenyum manis dan paling aku tak suka kalau dia mula bertikam lidah. Pasti dia akan menang. Lepastu suka sangat menyakat aku. Tapi dia tetap terlihat kacak.

Ah, sudah Bella. Jangan fikirkan dia lagi. Dia bukan lagi siapa-siapa pada kau.

Lupakan dia!

Hampir sahaja aku melompat dari kerusi itu apabila telefonku berdering. Terkebil-kebil aku mencapai telefon bimbitku.

Mata pula aku kesat dengan tisu. Air mata dah banjiri pipi. Tertera melihat di skrin telefonku ada nama...

Chris!

Chris lagi? Dia nak apa lagi? Dia tak faham ke yang aku dah tak nak dia cari aku lagi!

Aku menjeling telefon itu dan mencampak telefon tersebut ke meja sebelah yang berada di sebelahku. Kembali melayan perasaan. Mata kembali memandang ke luar jendela. Hujan masih tidak henti. Badan aku ni dah sejuk beku. Nasib baik lah rumah kami ini suhu nya tidaklah terlalu sejuk.

"Siapa call tu? Kenapa tak angkat?” Soal Tiya yang baru muncul di dalam bilik tidur ini. Aku memandang dia sekilas yang sedang sibuk memakai bedak sejuk yang di bawa dari Malaysia.

Menyempat!

"Tak ada siapa lah.” Balasku pendek sambil kepala menoleh semula ke luar jendela. Mahu tenangkan fikiran seketika daripada fikirkan si dia.

Tiya senyum senget. Senyuman mengusik.

"Kau dah kenapa?” Soalku apabila melihat Tiya sudah tersenyum mengusik. Aku yakin pasti dia ada sesuatu perkara nak kenakan aku.

"Chris call, kan?”

Tersentak aku mendengar soalan Tiya itu. Macam mana dia boleh tahu? Terkebil-kebil aku memandang telefon yang sudah tidak berdering itu. Telan liur seketika. Dan berubahkan kembali muka ke wajah tenang.

"Mana ada! Orang scammer tu. Aku malas nak angkat.” Bohongku memberi alasan pada Tiya. Tiya masih senyum mengusik.

"Bella...”

Dia sudah mengambil tempat di sebelahku. Aku tidak menoleh ke arahnya malah mata tetap mahu memandang ke luar jendela itu.

"Aku tak nak korang putus. Tapi, dah keputusan kau untuk putuskan hubungan ni. Mungkin kau bukan jodoh dia.” Ujar Tiya dalam nada sedikit kecewa. Aku menoleh dia sekilas sambil tersenyum kecil.

"Kau ni Tiya, tak habis-habis cakap pasal dia. Aku dah cuba lupakan dia and now kita jangan cakap lagi tentang dia okay?” Sengaja aku mengubah topik agar tidak bercakap tentang lelaki itu lagi.

"Tapi kan, kalau kau dipertemukan semula dengan dia, kau rasa kau akan kembali dengan dia lagi tak? Kalau kau memang milik dia buat selama-lamanya, kau akan terima dia kembali?” Soal Tiya buatkan aku sedikit tergamam. Lidah terus kelu. Tidak dapat mahu menjawab soalan Tiya itu.

"Hei, aku tanya kau ni?” Paksa Tiya sambil menggoncang bahuku. Aku tidak menjawab malah telefon bimbitku berdering lagi. Aku mendengus kasar. Apa lagi lah mamat tu nak? Aku yakin dia yang hubungi aku!

"Siapa?” Soal Tiya. Aku hanya mengangkat kedua-dua belah bahu. Tidak tahu dan malas hendak angkat.

"Tak apa biar aku jawab.” Membulat mataku saat ini. Melihat Tiya sudah mencapai telefon bimbitku lalu dibawa ke telinga. Aku cuba merampas nya tetapi Tiya sudah pun mengangkat telefon itu dan mengelak daripada aku.

Ah, minah ni memang sengaja betul!

"Eh, ni Mr.Chris ke? Oh, nak cakap dengan Bella ya. Bella ada aje. Kejap ya.” Ujar Tiya dalam talian tersebut. Aku sedikit tersentak. Dah agak dah! Mamat tu call lagi.

"Nah, Mr.Chris nak cakap dengan kau. Ambil la!” Tiya sudah menghulurkan telefon bimbit padaku. Aku menggeleng kepala beberapa kali. Tidak mahu!

"Kau cakap aje aku tengah tidur.” Ujarku dalam nada berbisik takut pula suaraku kedengaran di dalam talian itu.

"Hei, kau ni tak baik la. Dia banyak kali dah call kau, dia nak cakap sesuatu dekat kau. Ambil la, cakap dengan dia!” Marah Tiya pulak dalam nada berbisik takut kedengaran suaranya di dalam talian tersebut.

Aku geleng lagi. Tidak mahu.

Sesudahnya tanganku pula dicapai oleh Tiya lalu Tiya meletakkan telefon bimbitku ke dalam genggamanku. Ah, sengaja betul minah ni.

"Kalau dia ajak get back, kau accept dia tau. Okay bye, aku nak tengok K-drama dengan Fiqah dulu. Enjoy!” Sempat lagi Tiya mengusik aku dengan sengihnya itu. Aku jegilkan mata padanya tapi dia tidak pedulikan yang aku tengah panas hati ini. Terus dia berlalu pergi meninggalkan aku bersama Chris yang berada di dalam talian ini.

Aku berdehem beberapa kali. Menjeling sekilas ke arah skrin telefon itu sebelum merapatkan telefon bimbit itu ke telinga.

"Hello, Bella.”

Kedengaran suaranya sudah ada di dalam talian itu. Aku tidak menyahut malah aku hanya berdiam diri.

"Awak tengah buat apa? Dah makan?”

Hah? Hanya itu sahaja yang dia nak tanya pada aku? Tapi aku sedikit hairan, kenapa kedengaran di tempatnya sedikit bising. Bagaikan dia sedang mandi hujan pulak. Kedengaran guruh, petir dan air hujan yang lebat di dalam talian itu.

Aku malas ambil tahu, hanya berdiam diri.

"I know you're there.” Ujarnya lagi. Aku hanya diam. Tetapi air mata saat ini murah sangat hendak jatuh. Akhirnya mengalir jatuh di pipi. Entah mengapa, aku merinduinya. Sejujurnya, aku gagal hendak melupakan dia. Ah, gagal!

"Bella, I want you to know that I love you. You're mine, Bella. Mine forever. You were my first love and the first very kind woman I have ever met. I won't let you down on any man. I'm willing to die for you, Bella.” Sungguh lembut nada suaranya buatkan hati aku sedikit tersentuh. Makin laju air mata mengalir saat ini. Aku menekup mulut agar esakan tangisanku tidak terlepas.

"Saya tahu saya salah. Saya seorang yang susah hendak mengeluarkan satu perkataan maaf. Jadi, kalau saya dah keluarkan kata-kata maaf itu bermaksud saya betul-betul ikhlas minta maaf pada awak, Bella. Maafkan saya kalau saya dah lukakan hati awak. Maaf bagi pihak abang saya. Dan maafkan kalau selama ni saya ada tipu awak.”

Aku sedikit berkerut dahi. Menipu? Dia ada tipu aku ke selama ini?

"To be honest, I want our relationship to be like before. I want you to be my lover. If there are many obstacles like this, soon I will make you my wife. Kita kahwin.” Cukup buat aku terkejut. Terbeliak biji mataku mendengarnya. Telan liur seketika.

Apa yang dia cakap ni? Kahwin? Dia ingat kahwin ni hanya satu permainan ke apa? Kahwin bukan boleh buat main-main. Tapi, benarkah dia mahu berkahwin dengan aku? Tapi, kalau sekali dia cakap dia akan buat. Itulah bahayanya seorang lelaki bernama Chris Martinez.

"Kahwin?” Akhirnya, terlepas jua suaraku. Bibir bawah aku gigit.

"Akhirnya, keluar juga suara awak. I miss you so much, honey. Yeah, kita kahwin, honey.” Suaranya sedikit tersekat-sekat akibat kedengaran yang sungguh bising di kawasan yang dia berada. Aku tersenyum kecil.

Sejujurnya, saya juga merindukan awak, Chris.

"Bukan senang untuk kita kahwin, Chris. Agama kita berbeza. Dan tak mungkin ahli keluarga saya dapat menerima awak.” Ujarku dalam nada sedikit bergetar. Menahan sebak di hati.

"It's okay, honey. Saya akan buat apa sahaja demi awak.”

Aku sedikit tersentak. Ah, benarkah dia mahu berkahwin dengan aku? Tapi, bagaimana dengan ayah? Dapatkah ayah terima Chris? Agama kami berbeza.

"No, Chris. Cakap pasal kahwin tolong jangan buat main. Semua ni tak boleh nak janji. Seperti yang saya cakap, kita memang tidak dapat bersatu. Mungkin benar apa yang abang awak cakap, sebabkan saya awak terseksa.” Akhirnya terlepas jua kata-kata yang dah lama terbuku di hati. Kedengaran Chris diam seketika.

"Rayyan?”

Aku diam. Dalam hati mengeyakannya.

"Merda, fratello inutile!” Kedengaran seperti dia berbahasa Italy. Nada suaranya sungguh keras bagaikan sedang marah.

"Okay lah, saya nak tidur dulu. Saya nak awak tahu jugak yang kita dah tiada apa-apa hubungan lagi. Saya nak minta maaf. Goodnight.” Baru sahaja aku mahu memutuskan talian, suara Chris menghalang untuk aku memutuskan talian itu.

"Boleh awak tengok ke bawah sekejap?”

Berkerut dahiku. Tengok bawah? Buat apa?

"Kenapa?”

"Alah, tengok je la.”

Aku hanya akur. Permintaan terakhirnya aku turut. Sempat aku menyelak langsir tebal itu, kelihatan di luar hujan sudah tidak lagi lebat. Hanya hujan renyai.

Perlahan-lahan aku membuka pintu balkoni. Nasib baik di sini tidak basah. Terus mata pandang turun ke bawah memandang ke bawah apartment. Telefon masih lekat di telinga. Kata Chris, dia tidak mahu memutuskan talian lagi selagi aku tidak menjenguk ke bawah.

Membulat mataku melihat Chris ada di bawah apartment aku. Melihat seluruh tubuhnya basah lencun. Rambutnya serabai dan basah. Walaupun dalam keadaan begitu, dia masih boleh tersenyum manis padaku. Dia melambai-lambai tangan ke arahku. Jatuh kembali air mataku. Sebak di hati mula kembali.

Ya Allah, sanggup dia datang dengan hujan lebat begini?

"Don't be sad, honey. I always by your side. I don't like see you cry, darlin. Keep smile.” Pujuknya yang sudah perasan aku menangis.

Aku ketap bibir. Tidak dapat tahankan lagi, air mata tetap mengalir jatuh ke pipi.

"I love you.” Kata-kata terakhir itu di ucapkan oleh Chris sebelum dia mematikan talian tersebut.

"I love you too.” Ucapku kembali tetapi sudah terlambat kerana talian sudahpun terputus. Laju air mata mengalir.

Melihat lelaki itu melambai-lambai tangan sebelum hujan kembali lebat sehingga susuk tubuh tinggi lelaki itu hilang begitu sahaja.

Terduduk aku di situ. Air mata tidak dapat henti sehingga aku teresak-esak menangis kembali.

Allahuakbar! Ujian apakah ini ya Allah?

Berat sungguh hati ini untuk melepaskan dia. Entah apa lagi berpisah dengannya.

*********

Jam menunjukkan pukul 5 petang. Rasa bosan pulak hendak duduk di rumah. Jadi aku mengambil masa untuk tenangkan fikiran di taman bunga yang terletaknya tidak jauh dari apartment ini.

Duduk dilabuhkan di sebuah bangku sambil memerhatikan bunga yang berada di sekelilingku.

Tenang.

Ada yang sedang bersenam, joging, sedang berlepak, duduk bersantai dan ada juga sepasang kekasih sedang duduk di hadapanku. Romantik sahaja mereka sedang bersembang-sembang, bergelak-ketawa sambil makan bersama. Siap bersuap-suap lagi.

Ah, pasangan di sini memang sweet-sweet ke?

Hendak menitis air mataku bila hati teringat pada si dia. Tapi aku sudah nekad untuk melupakan dia. Aku tidak akan lagi kembali padanya buat selama-lamanya walaupun sisa hati ada terselit masih sayang dan cintakan dia.

Cukup lah sampai di sini. Aku akan berusaha melupakan semua ini dengan hati yang terbuka. Mencuba mengubat hati yang terluka.

Rapat-rapat aku pejam mata dan menarik nafas dalam-dalam dan dihembus dengan nafas yang sedikit berat. Masih gagal untuk melupakan wajah kacaknya dan nama dia tetap setia ada di dalam fikiranku.

Kembali membuka mata, hampir sahaja jantung aku mahu luruh apabila ada seseorang dengan selamba badak dia melabuhkan duduk di sebelahku.

Dari atas sampai bawah aku pandang dia. Berkaca mata hitam dan bersuit kemas hitam. Dari wajah sisinya dapat kulihat hidung mancungnya itu. Tengok wajah sisi dia pun dah kacak. Tapi seakan-akan aku kenal lah dia ni siapa.

"Alone?”

Soalnya tanpa menoleh memandangku yang berada di sebelahnya yang sudah terpinga-pinga.

Aku berkerut dahi. Suaranya aku kenal! Tapi aku lupa nama dia. Ah, otak asyik mengingati si dia sampaikan aku lupa orang yang aku kenal selama ini. Orang yang aku rapat selama ini.

Tapi kalau dia berniat jahat padaku, sungguh aku sudah tidak kesah lagi untuk menjerit meminta pertolongan di sini. Kerana di sini ramai orang.

Dapat kulihat dia tersenyum senget. Kepalanya terus ditoleh ke arahku lalu dia membuka kaca mata hitamnya. Automatik senyuman terukir di bibirku.

Kan aku dah cakap, aku kenal dia!

"Zyan!” Jeritku gembira tetapi cuba dikawal nada suaraku itu. Senyuman gembira terukir lebar di bibir.

Sumpah aku rindu dia! Ke mana lah dia menghilang selama ini ya?

Zyan yang melihat aku gembira seperti kanak-kanak kecil baru dapat gula-gula turut ketawa kecil.

"Awak pergi mana selama ni, hah?” Aku mencebik. Sengaja buat-buat marah. Zyan hanya ketawa.

"Kenapa? Awak rindu saya ke?”

Aku sedikit tergamam. Lidah terus kelu.

Adakah dia masih simpan perasaannya pada aku?

Tidak membalas apa-apa, aku hanya senyum manis.

"Mestilah saya rindu dekat awak.” Senyuman tak lekang di bibir. Muncul Zyan membuatkan aku sedikit tenang hati ini daripada yang tadi terlalu serabut.

"Awak tak ada kelas ke?” Soalnya. Aku hanya senyum sambil menggeleng kepala.

"Kenapa muka awak pucat ni? Awak tak sihat ke?” Soal Zyan apabila puas tadi dia menilik satu per satu wajahku. Aku hanya ketawa kecil. Ini lah sebabnya kalau banyak menangis. Pasti aku akan demam. Tapi, aku tidak lah demam teruk pun. Hanya demam panas.

"Eh, tak la. Alhamdulillah, saya sihat aje.” Ujarku sambil tersenyum kecil.

Kalau lah hubungan kami halal untuk aku sentuh dia, sudah lama aku peluk tubuhnya. Mahu melepaskan tangisan sepuas-puasnya. Aku sudah tiada sesiapa lagi, hanya ada kawan baikku. Tiya dan Zyan. Tapi, terselit juga rindu pada ayah. Haih, semalam aku cuba hubungi ayah dan kata ayah dia sudah siapkan majlis tersebut apabila dia dapat tahu yang pertandingan itu akan mula pada minggu hadapan.

Seperti yang ayah rancang, tamat sahaja pertandingan itu aku akan terus pulang ke Malaysia dan tiada lagi halangan atau bantahan, aku akan tetap bertunang dan akan menjadi isteri Zyan. Tapi aku tidak mahu!

Orang yang aku cinta sudah pergi dan Zyan juga dapat terima aku sebagai sahabat. Tapi satu masalahnya, dapatkah ayah terima?

Ah, kusut!

"Awak sedih?” Berkerut dahiku dengan soalan Zyan itu. Bagaikan sudah tahu sahaja yang aku sedang sedih.

"Mana ada.” Bohongku.

Zyan hanya senyum senget.

"Ye lah tu. Saya tengok muka awak macam tak ceria je. Kenapa?”

Adakah dia tahu?

Terkebil-kebil aku memandang Zyan di sebelahku. Aku hanya senyum kecil sambil menggeleng kepala. Tak mungkin aku ceritakan tentang hubungan aku dengan Chris pada dia. Biarlah aku pendam seorang diri.

"Kalau macam tu, jom!” Dia sudah berdiri. Berkerut lagi dahiku. Bingung.

"Nak pergi mana?” Soalku hairan.

Zyan hanya sekadar senyum.

"Secret. Jom!”

Tiada pilihan lain, aku hanya turut.

Maafkan jika ade kesalahan ejaan atau tatabahasa dan lain-lain. ( Sekadar abaikan ). Dan maafkan author kerana update lambat...sorry, this story slow update <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience