• { BAB 20 } •

Romance Series 49049

Aku membelek-belek sejambak bunga ros berwarna merah bercampur bunga ros berwarna putih dan dihiasi dengan teddy bear kecil serta beberapa coklat. Senyuman terukir di bibir. Cantik! Dapat kurasakan ada sepasang mata yang sedang memerhatikan aku daripada jauh.

Kini aku membelek pulak bunga yang lain. Cantik-cantik semuanya. Sedang membelek-belek mencari bunga-bunga cantik yang lain, mata terpandang pada sepasang pasangan romantik. Seorang lelaki menghadiahkan kekasihnya sejambak bunga ros sambil melutut di hadapan wanita itu.

Melihat riak wajah wanita itu jelas terkejut dengan apa yang teman lelakinya sudah buat di depan khalayak orang ramai ini. Wajah gadis mat salih itu juga sudah kelihatan jelas kemerah-merahan. Blushing!

Siapa aje tidak blushing kalau dapat hadiah sebegitu daripada kekasih sendiri. Itu lah impian seorang wanita dan juga mahukan lelaki yang setia sehingga hujung nyawa.

Wanita itu menutup mulutnya. Terkejut!

Dia menyambut sejambak bunga ros itu. Kini lelaki itu pula mengeluarkan sesuatu dari dalam poket seluarnya. Aku juga turut tersenyum sampai ke telinga apabila lelaki itu menghulurkan pada wanita itu dengan satu cincin. Melamar gadis itu di hadapan khalayak orang ramai. Sungguh romantik. Di depan kedai bunga pulak tu. Orang ramai memandang sambil tersenyum ke arah mereka berdua. Sweet sangat! Bertuah betul wanita itu.

Buatkan aku hendak meloncat gembira apabila wanita itu terima lamaran daripada si lelaki tersebut. Cincin tersebut perlahan-lahan di sarungkan di jari manis wanita itu. Terus mereka berpelukan. Aku pula rasa nak menangis gembira. Senyuman masih tak lekang terukir di bibir.

Adakah aku dapat merasa sebegitu? Dapat pasangan hidup yang setia bersamaku hingga ke hari tua dan hingga ke hujung nyawa? Atau itu hanya sekadar angan-anganku?

Makin lebar senyumanku apabila melihat wanita itu gembira. Ya, aku gembira melihat dia bahagia. Wanita itu untuk disayangi dan dicintai. Bukan untuk dilukai.

Pandanganku terus bertukar kepada sejambak bunga ros yang berada betul-betul di depan mata. Berkerut dahiku. Baru sahaja nak melihat mereka bahagia, ada pula orang halang dengan menggunakan sejambak bunga ros dihalang di depan mata.

"Don't look at them.” Suara garau itu memberi arahan. Aku sedikit kecewa. Baru sahaja nak melihat lagi pasangan bahagia itu. Kacau betul si Chris ni la!

Aku mendengus kasar sambil memeluk tubuh. Jelingan tajam aku berikan pada Chris yang sudah berada betul-betul di hadapanku sambil memegang sejambak bunga ros.

"Kenapa pulak?” Soalku pelik. Wajah tetap masam mencuka.

"Mereka tengah kiss, tak elok untuk awak melihat mereka dalam keadaan begitu. Awak wanita yang baik dan tidak baik untuk wanita baik seperti awak ini melihat benda tak senonoh begitu.” Keras suara Chris melarang. Sedikit tersentak aku mendengarnya. Patutlah dia halang aku agar tidak melihat pasangan itu. Rupa-rupanya tengah berciuman bahagia setelah diterima lamaran tersebut.

Ya, itulah budaya orang barat. Bercium itu tidak ada apa-apa masalah bagi mereka tetapi haram dan berdosa besar untuk umat islam yang berciuman sesama bukan mahram. Jika sudah halal dan sudah bernikah, semua perbuatan itu halal dan makin bertambah pahala untuk sepasang suami isteri yang sudah berkahwin.

Aku senyum lebar. Terharu sangat-sangat yang Chris hormat aku sebagai wanita muslim. Menghalang aku daripada melihat benda-benda yang memboleh menambahkan dosa besar.

Allahu! Ampunkanlah dosa hamba, Ya Allah.

"Oh, err...Thank you Chris.” Ucapku ikhlas dengan senyuman manis. Dia hanya senyum sambil mengangguk perlahan.

Kami terus berjalan pergi daripada situ. Mahu melihat kedai-kedai lain pula yang banyak menjual barang-barang pelbagai jenis. Banyak jualan di sini, tetapi aku hanya sekadar mencuci mata.

"Kenapa? Awak suka tengok pasangan tu ke?” Soal Chris saat kami beriringan berjalan ke satu-satu kedai mencuci mata melihat pelbagai jenis jualan mereka di sini.

Aku senyum sebaris. Kalau kata hati, memang suka. Tengok wanita tadi bahagia, aku juga turut berasa bahagia. Gembira!

"Yup. Dan saya juga teringin nak dapat macam tu.” Balasku dengan senyuman yang masih mekar di bibir.

Lelaki itu hanya diam. Tetapi senyuman manis tetap mekar di bibirnya. Seperti senyuman membawa satu maksud. Aku pula yang bingung.

Sedang kami berdua berjalan beriringan melihat satu-satu kedai yang menjual barang-barangan yang sungguh cantik, kami berdua berhenti di satu tempat yang luas. Di tepi jalan tetapi tempatnya sedikit luas. Aku tersenyum melihatnya.

Seorang gadis mat salih yang sungguh cantik sedang bernyanyi dan seorang lelaki sedang bermain gitar di sebelahnya. Kedengaran lagu 'UNTIL I FOUND YOU' dinyanyikan oleh gadis mat salih itu. Merdu suaranya. Sorang-sorang datang ke hadapan memberi beberapa keping duit dan di masukkan ke dalam tabung yang berada kemas dihadapan gadis yang sedang bernyanyi itu.

Situasi begini buatkan aku rindu di Malaysia. Di Malaysia pun ada begini juga. Kadang-kadang, di bukit bintang atau di KLCC mereka akan bernyanyi seperti ini. Mencari tempat yang sesuai dan bernyanyi menarik perhatian orang awam yang mendengar agar terus mendengar sehingga habis lagu yang dinyanyikan. Meriahkan suasana. Dan berjaya buat orang yang dengar rasa tenang dan dapat hilangkan stress. Seperti aku. Dapat menenangkan fikiran.

Aku tersenyum mendengar lagu tersebut. Sempat aku melihat sekilas ke arah sisi wajah Chris. Dapat kulihat hidung mancungnya dari arah sisinya. Kacak sungguh lelaki ini. Sempurna. Makin lebar senyumanku saat ini.

Wajah lelaki itu berkerut apabila aku berhenti untuk mendengar gadis mat salih itu bernyanyi.

Iya, ini lah kegemaran aku. Aku minat dengar mereka nyanyi. Lagi-lagi di Malaysia. Ah, rindunya mahu pulang ke Malaysia. Mahu lepak di Bukit Bintang dan mendengar mereka bernyanyi. Kadang-kadang penyanyi yang terkenal pun ada datang untuk bernyanyi di situ.

"I WOULD NEVER FALL IN LOVE AGAIN UNTIL I FOUND HER,”

"I SAID, I WOULD NEVER FALL UNLESS IT'S YOU I FALL INTO,”

"I WAS LOST WITHIN THE DARKNESS BUT THEN I FOUND HER,”


"I FOUND YOU ~ ”

Lebar senyumanku mendengar lirikkan lagu yang dinyanyikan oleh gadis itu. Merdu sungguh. Sehinggalah tamat dinyanyi olehnya dan dapat kurasakan dari sisi wajahku ada seseorang sedang memerhatikan aku. Berkerut dahiku melihat Chris merenungku dari sisi dengan sangat lama. Entah apa lah menarik sangat wajah aku ni sampaikan ditenung dari sisi wajah pun jadi.

Ramai juga yang berada di sekelilingnya mendengar dia bernyanyi. Habis sahaja lirik tersebut yang dinyanyikan oleh gadis itu, beramai-ramai kami menepuk tangan untuknya. Suaranya sangat sedap dan merdu. Gadis itu hanya tersenyum lebar.

Sekilas aku melihat jam di pengelangan tanganku. Sudah mahu berganjak ke petang. Aku perlu segera pulang ke rumah. Nanti si minah senget tu risau pulak aku pulang lewat. Siapa lagi kalau bukan Tiya.

"Err...Chris, jom kita balik...” Ajakku sambil menoleh memandang sisiku. Melihat susuk tubuh tinggi itu sudah tiada di sebelahku.

Ke mana pula lelaki ini menghilang?

Terus aku memanjangkan leher mencari susuk tubuh tinggi itu. Tidak kelihatan di kawasan ini. Kawasan ini penuh dengan manusia yang berkelilingi di sini. Ah, bagaimana aku nak cari dia ni?

Kaki mula mengatur langkah mencari Chris di tempat lain. Tetapi melihat susuk tubuh itu tetap tidak ada. Aku sudah mula hairan. Bingung. Kepala yang gatal aku garu yang dilitupi dengan tudung.

Telefon bimbit terus di capai yang berada di dalam hand bag. Jari-jemari mula menari di atas skrin telefon. Mencari nombor telefon Chris.

Dapat sahaja nombor lelaki itu, telefon terus aku letakkan di telinga. Berharap sangat Chris mengangkat call.

"Jom!”

Tersentak aku mendengar suara garau itu dari arah belakang aku. Telefon terus aku jauhkan dari telinga. Tubuh terus aku pusing ke belakang. Melihat Chris betul-betul berada di hadapanku dengan memegang sejambak bunga ros berwarna merah bercampur putih serta dihiasi dengan dua teddy bear kecil dan beberapa coklat.

Wajah Chris tenang. Sebelah tangan memegang sejambak bunga tersebut sebelah tangan lagi dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Posisinya begini terlihat sungguh tenang.

Cool ~

"Err...Bunga ni untuk siapa?” Soalku tak lepas-lepas memandang bunga cantik itu. Iya, sangatlah cantik dan bunga ini juga ialah bunga kegemaran aku.

Haih, Chris ni tahu-tahu aje bunga itu bunga kegemaran aku. Pasti ini untuk aku kan? Hahaha!

"Untuk saya ke?” Soalku teruja. Chris hanya senyum senget. Baru sahaja aku nak ambil bunga tersebut, dia sudah menarik bunga itu menjauhi daripada aku. Aku mula mencebik. Rasa nak cekik dia pun ada.

"Jangan perasan la!” Ujarnya bersahaja. Aku menjeling tajam ke arahnya.

Eee! Kurang asam punya budak! Dia dah bagi fake hope kat aku.

"Habis tu? Untuk siapa?” Soalku tidak puas hati.

Melihat lelaki itu tenang sedang membelek-belek bunga tersebut sambil mendekatkan sejambak bunga itu ke hidung mancungnya. Iya, dapat aku rasakan bunga itu wangi. Memang wangi. Tersangatlah wangi. Ah, my favorite flower!

"For my girlfriend.”

Tersentak aku mendengar ayat ringkasnya itu. Rasa nak menitiskan air mata pun ada saat ini. Hati bagaikan ditumbuk berkali-kali. Terluka, berdarah, kecewa! Ah, sakitnya!

Aku hanya menahan sebak. Hanya mengangguk kepala sambil mengukir satu senyuman segaris dengan hati yang terluka. Senyuman cuba di ukir agar menguatkan hati sendiri.

"Oh, untung kekasih awak dapat boyfriend romantik.” Ucapku perlahan dengan nada sedikit kecewa. Tapi aku cuba ubahkan nada suara dengan ceria. Senyuman makin lebar terukir di bibir.

Cemburu?

Aku tidak dapat menafikan tentang itu.

Jadi, betul lah sangkaanku selama ini. Lelaki itu sudah mempunyai kekasih dan menjadi hak milik orang. Aku tidak mahu jadi perampas dan aku perlu berusaha memadamkan perasaan suka aku terhadapnya. Ah, kau bodoh Bella. Kau bodoh! Kau perlu siasat latar belakangnya bukan terus jatuh hati padanya. Kan dah kecewa!

Aku ketap bibir. Pandangan di alihkan ke tempat lain. Terasa hati sungguh sebak. Sakit dan terluka. Melihat Chris masih tenang wajahnya sambil merenung lama sejambak bunga yang berada di dalam genggamannya itu.

Bertuah betul kekasih dia dapat memiliki lelaki sebaik Chris.

"I'm not romantic. I'm bad boy.” Balasnya dengan wajah masih tenang mengalihkan pandangan memandang ke arah wajahku. Ditenung anak mataku dalam-dalam. Terkebil-kebil aku melarikan pandangan.

Tapi, masih tertanya-tanya. Kenapa dia selalu cakap diri dia bad boy? Aku pelik. Keinginan di hati mahu tahu kenapa dia selalu cakap dia jahat?

"Kenapa awak selalu cakap yang awak tu bad boy?” Soalku. Dah lama sangat aku nak tahu jawapan daripadanya itu.

Tubuh Chris sedikit mengeras. Wajahnya yang tadi tenang sedikit berubah dan kembali bertukar tenang. Santai sahaja melihat gayanya saat ini.

"My girlfriend is very kind. She is very pretty. And I want to present this flower to him. But I'm afraid he can't accept me because I'm evil. Do you think he can accept me if he knows I'm really evil?” Ujarnya dengan riak wajah terselit kecewa. Berasa ingin mengalah.

Aku pula rasa simpati terhadapnya. Walaupun aku sudah mula jatuh cinta terhadapnya, tetapi aku tidak mahu melihat dia dikecewakan. Aku mahu melihat dia tersenyum sepanjang masa. Senyumannya yang sungguh manis akan hilang jika dia tersakiti.

Ah, aku tidak mahu dia jadi begitu. Aku mahu melihat dia ceria dan gembira bersama kekasihnya walaupun aku sedikit terluka dan kecewa. Cukup hanya sekadar melihat dia bahagia bersama kekasihnya, terluka hati aku jika melihat dia kecewa sebegini.

Kalau difikirkan kembali, aku memang tidak sepadan dengan dia. Memang tak kena langsung dan kami berdua memang berbeza. Sangat-sangat berbeza. Berbeza agama. Hati dan perasaan. Hatinya pada orang lain bukan untuk aku. Aku tidak mahu orang cop aku sebagai perampas. Mungkin tidak lama lagi dia akan jadi suami orang. Aku dan dia memang tidak boleh bercinta. Entah apa lagi berkahwin. Memang tak boleh. Langsung tidak boleh. Sampai bila-bila!

Kecuali, dengan hati yang ikhlas dia mahu memeluk agama islam dengan niat di hati kerana Allah Ta'alla dan niat kedua kerana ingin berkahwin dengan aku. Yang penting, dengan niat kerana Allah.

"Kenapa awak cakap macam tu? Tak semua perempuan macam tu, Chris. Ada aje perempuan yang menerima kekurangan pada diri kita. Yang pastinya, semua perempuan tidak seperti apa yang awak sangka.”

"Orang jahat akan mendapat pasangan yang jahat. Orang baik akan dapat pasangan baik.”

Ayat itu pernah aku ungkapkan padanya tempoh hari lepas di dalam mesej. Chris hanya mengangguk sambil tersenyum segaris. Dia kembali memandang bunga tersebut sambil mengukir senyuman paling lebar. Aku juga turut tersenyum melihat dia senyum. Terasa bahagia sampai ke hati.

Kami terus berjalan beriringan naik ke atas jambatan Venice. Di bawahnya terlihat cantik dengan air yang semakin kehijau-hijauan. Orang semakin berkurang. Ramai yang sudah pulang. Tak lama lagi waktu sudah mahu berganjak ke malam. Matahari juga sudah terbenam. Dapat kulihat matahari yang begitu cantik semakin menurun. Ya Allah, indahnya pemandangan saat ini. Tenang hatiku melihat.

Masya Allah!

Kami bersama-sama berhenti di tepi jambatan itu sambil memerhatikan pemandangan dihadapan mata. Melihat matahari itu cuba menyembunyikan diri. Sekarang pun dah pukul 7 malam. Tapi di sini terlihat bagaikan baru pukul 6 kalau di Malaysia. Matahari pun baru sahaja bermula mahu menyembunyikan diri.

Tersenyum lebar aku melihat pemandangan tersebut. Dapat kurasakan Chris yang berada di sebelahku turut berhenti melangkah dan berdiri di sebelahku.

"Cantikkan pemandangan di sini.” Ucapku tak lepas-lepas melihat pemandangan yang terbentang di depan mata.

Chris hanya mengangguk. Bunga yang berada di dalam genggamannya di letakkan di atas sebuah meja yang berada di sebelahnya.

"Kalau awak nak tahu, ciptaan Tuhan sangat indah.” Ucapku lagi sambil menoleh memandangnya sekilas.

"Tuhan?” Soalnya dengan kerutan dahi. Aku pula yang berjemaah dengan dia berkerut dahi. Dah kenapa dia soal balik? Dia tak kenal siapa Tuhan dia ke?

Aku tidak menjawab hanya sekadar mengangguk kepala sambil tersenyum. Lelaki itu hanya ketawa sinis. Ketawa mengejek sambil menggeleng kepala berkali-kali.

"No, God doesn't not exist.” Ujarnya selamba sambil ketawa sinis. Aku pula rasa tidak puas hati. Kenapa dia mengatakan sebegitu? Dia tidak mempercayai tuhannya sendiri ke?

"Why do you say like that?” Soalku kembali. Lelaki itu hanya berwajah tenang.

"Saya tak percaya yang Tuhan tu ada. Dan bagi saya Tuhan itu memang tiada.”

Tersentak aku mendengarnya. Tuhan kami memang berbeza. Dia dengan Tuhannya. Aku bersama Tuhanku. Allah.

Tapi, rasa kecewa dan sedih juga kerana ada juga manusia yang tidak mempercayai Tuhannya sendiri walaupun dia beragama lain.

Aku tersenyum lebar.

"Tuhan itu ada, Chris. Dia sentiasa ada bersama kita dan Dia juga ada di saat kita susah dan senang. Tapi kita aje lupakan Dia. Tuhan kita berbeza, Chris. Tapi saya percaya yang Tuhan itu sentiasa ada bersama saya.” Tenang aku bersuara. Makin bertambah berkerut dahi Chris. Pasti dia bingung.

"Kenapa awak percaya benda mengarut semua tu? God does not exist. We all do not believe in such things. But, why do you believe? What did you get? Kalau dia ada, saat saya sedih, saat saya memerlukan bantuan, dia sudi membantu saya. Tetapi kenapa saat saya memerlukan teman di sisi saya, saat saya sedih, saat saya kecewa, kenapa dia tidak datang membantu saya? Kenapa dia lebih suka melihat saya terluka dan kecewa?” Sedikit dingin nada suaranya. Jelas dia sedih. Aku menelan liur. Chris mengalihkan pandangannya memandang ke hadapan. Matahari semakin menurun. Aku tersenyum lagi. Mungkin Chris pernah melalui jalan hidup yang buat dia sedih dan kehilangan orang yang tersayang. Mungkin juga, sebab itu Chris mengatakan sebegitu.

"Dan kenapa dia tarik nyawa ibu bapa saya? Kenapa dia suka melihat saya terluka? Dengan itu, saya memang tidak percayakan semua benda ini. Tanpa dia, saya boleh hidup bahagia. God does not exist!”

Sambungnya lagi buatkan aku sedikit tergamam. Dia menggosok-gosok kedua-dua matanya yang sudah berair dan sedikit kemerah-merahan. Aku tahu dia sedih. Ya Allah, kenapa dia anggap sebegitu.

"Chris, Tuhan itu ada. Ada sebab juga kenapa ibu bapa awak meninggal dunia. Kalau Tuhan tu tiada, awak pun tiada di dunia ni. Dunia ini hanya sementara untuk kita. Kita tak boleh cakap macam tu. Kena terima dan ikhlas kan hati awak dengan orang yang telah meninggal dunia.” Lembut aku memujuknya dengan satu senyuman manis.

Dia menoleh memandangku. Lama dia merenung anak mataku dalam-dalam sambil menarik nafas dalam-dalam. Aku pula rasa kekok dalam keadaan begini. Cepat-cepat aku melarikan pandangan.

"Saya dah cakap, awak baik Bella. Tidak seperti saya, saya jahat. Semua orang pandang saya jahat. Untung siapa yang dapat wanita sebaik awak, Bella Brianna.” Lembut sahaja nada suaranya menyebut nama panjangku. Aku ketawa kecil sambil menggeleng kepala.

"Tak. Ada sesetengah tu, saya nakal jugak. Seperti yang saya cakap, tak semua manusia baik. Ada aje manusia yang bertopengkan syaitan. Hati kotor dan sanggup buat perkara yang terkutuk. It's not good.” Jelasku sambil menggeleng kepala. Banyak aje orang yang berwajah baik tetapi hatinya kotor dan ada jugak orang yang berwajah jahat, bengis dan baran tetapi hatinya baik.

"Thank you, Bella.”

Aku berkerut dahi dengan ucapannya itu.

"Thank you? Kenapa awak nak berterima kasih dekat saya pulak? Saya bukannya bagi apa-apa pun pada awak. Sepatutnya, saya yang perlu berterima kasih dekat awak sebab awak dah banyak bantu saya.” Ujarku dengan sedikit kerutan dahi. Lelaki itu hanya senyum kecil. Senyuman menahan lucu.

"Terima kasih sebab ajar saya tentang itu. Mungkin saya silap. Tuhan itu memang ada. Tapi kita aje tidak pernah ingat padanya. Saya bodoh, Bella. Hidup saya tidak lengkap. Setiap hari saya menderita dan stress. Dan dengan cara menghilangkan beban itu, saya sanggup luka kan diri sendiri. Habis kan berbotol-botol air arak sehingga mabuk sehinggakan saya rasa nak menyerah untuk terus hidup. Dalam kepala otak saya rasa nak aje bunuh diri. Musuh berada disekeliling.” Dia meraup wajah. Otak aku saat ini sudah tersekat tidak tahu mahu memujuk lelaki ini bagaimana lagi.

Tapi, aku sedikit terkejut. Musuh disekeliling? Patut lah dia kata dia jahat. Rupa-rupanya dia ada musuh. Mungkin dia pernah membuat kerja gila dengan melakukan......

"Thank you again. Muncul aje awak, saya rasa tenang bila bersama awak dan saya selesa berkawan dengan awak. Awak dah banyak ajar saya tentang sesuatu kebaikan. Awak wanita yang paling baik yang pernah saya jumpa, Bella. Selama ni, yang pernah saya jumpa selalunya bad girl. But, you naughty girl!” Ujarnya dan ditekan sedikit ayat terakhir itu.

Yup! Aku memang nakal. Terlepas jua tawaku. Dia yang melihat aku ketawa, turut juga ketawa. Tak semena-mena, hati aku juga turut tenang bersamanya dan selesa berkawan dengannya. Aku tersenyum lebar menoleh memandang wajah sisinya saat dia sedang menikmati pemandangan cantik di depan mata.

"Yup. Tuhan itu ada. Dan semua yang kita dapat ialah milikNya dan daripada Dia. Pemandangan cantik di depan mata kita ini pun milik dia. Dia yang buat. Apa-apa yang ada di atas muka bumi ini milik Dia. Allah.” Akhirnya, terlepas jua nama Allah dari mulutku. Berkerut dahi lelaki itu. Aku tersenyum kecil. Dia bukan tahu pun. Tidak mengapalah. Bukan salah pun sebut nama Allah di depan orang yang bukan beragama islam. Dapat pahala lagi.

"Alloh?”

Aku ketawa kecil. Sedikit pelat dan gagap dia menyebut nama Allah. Laju aku menggeleng kepala.

"Allah. Dia Tuhan kami. Dan saya percaya yang dia sentiasa ada bersama saya.” Lantas aku membetulkan sebutan Chris itu. Lelaki itu hanya mengangguk sambil tersenyum kecil.

Lama aku berdiam diri seketika. Menikmati pemandangan di depan mata. Melihat lelaki itu sedang mencerna satu-satu penjelasan aku tadi. Aku harap sangat dia tidak bersangka buruk pada Tuhan nya sendiri. Aku tahu dia sedih dengan hidupnya sendiri. Kehilangan kedua-dua ibu bapa sejak kecil lagi. Kalau aku ditempat Chris pun mungkin aku tidak mampu memikul beban yang berat itu.

Cukup simpati aku terhadap lelaki ini. Dia kuat. Kehilangan orang yang tersayang cukup buat hidup tidak lengkap tetapi dia masih mampu menjalani hidup sendiri. Aku tidak mahu dia sangka yang Tuhan itu tidak adil. Aku harap sangat dia mengubah fikirannya dengan bersangka baik.

Lama kami berdiam diri, sekilas aku menoleh memandang lelaki itu yang berada di sebelahku. Dia sedang mencapai sejambak bunga yang tadi diletakkan di atas meja di sebelahnya. Di belek-belek bunga tersebut sambil tersenyum manis. Mungkin dengan melihat bunga itu hatinya sudah terubat.

Haih, bertuah betul kekasihnya kan? Mungkin Chris teringat dekat kekasihnya dengan itu dia sudah dapat mengubat sedikit hatinya yang sedih itu. Aku tersenyum melihatnya walaupun terselit satu perasaan cemburu.

"Amboi, tak lepas-lepas tengok bunga tu. Kenapa? Rindu sangat ke dekat kekasih awak tu?” Soalku sambil senyum mengejek. Chris hanya ketawa kecil.

"Ya. Dengan melihat bunga ni, hati saya sudah sedikit terubat.”

Betul sangkaanku. Aku ketap bibir lagi. Senyuman palsu terukir di bibir. Sedang menahan hati yang sudah menguasai rasa cemburu. Sedang menahan hati yang sebak. Haih, bagaimana lah aku boleh letak perasaan pada lelaki ini. Kan sudah terluka. Jaga hati orang sangat, tapi hati sendiri tidak terjaga. Hmm...

Hati sendiri membebel memarahi diri sendiri yang cuai!

"Siapa lah orang tu kan? Mesti dia cantik.” Ujarku dengan nada yang sedang menahan cemburu.

Siapa aje yang tidak mahu lelaki kacak seperti Chris ini. Pasti lah mahu. Entah apa lagi, terus berkahwin.

"She's here now.”

Tersentak aku mendengar ayat bersahaja daripadanya itu. Wajahnya tenang. Gayanya terlihat santai. Aku pula jadi kalut. Tidak senang duduk. Lantas aku menoleh memandang ke kiri dan ke kanan.

Dapat kulihat seorang wanita dalam umur lingkungan 50an sedang berjalan sambil menelefon seseorang. Dan aku menangkap pula satu pasangan sedang dating di tepi jambatan ini. Dan ada juga sekumpulan remaja perempuan berjalan beriringan bersama-sama rakan-rakannya sambil bergelak-ketawa.

Tiada pula aku melihat seorang wanita yang berada dekat dengan kami. Makin berkerut dahiku apabila melihat Chris ketawa. Lucu gamaknya melihat wajah aku yang sedang gelabah cuak ini.

"Kenapa awak gelak?!” Marahku padanya yang masih tidak henti-henti ketawa. Aku peluk tubuh sambil menjeling tajam ke arahnya.

"Kenapa awak gelabah sangat?” Soalnya kembali. Amboi, berbalas-balas soalan pula dia ni.

"Saya takut la girlfriend awak tu nampak saya berdating dengan boyfriend dia. Nanti dia ingat saya ni perampas pulak.” Ujarku sambil menjeling sekilas ke arahnya. Chris masih ketawa kecil.

"It's okay, sekarang dia dah ada dekat dengan saya.” Lembut sahaja nada suara lelaki itu. Aku pula yang jadi bingung apabila dia tersenyum senget. Lama Chris merenung anak mataku. Aku pula yang jadi tidak tentu arah dengan renungannya yang begitu mendalam.

"Hah?” Aku sedikit ternganga. Jadi blur sesaat.

Dia mendekatkan wajahnya ke telingaku. Aku terkaku. Tidak dapat berganjak walau sedikit. Lidah kelu. Otak tersekat di tengah jalan. Bau wangian yang berada di tubuh lelaki itu dapat kuhidu kerana jarak kami berdua terlalu dekat.

"And now she is in front of my eyes.”

Lembut dia ungkapkan perkataan itu di telingaku. Berbahang terus wajahku. Dapat kurasakan yang wajahku mula bertukar warna. Ah, rasa nak mleyot dengar ayat dia tu.

Cair!

"What do you mean?” Cepat-cepat aku berganjakkan sedikit jarakku dengannya kerana jarak kami terlalu lah dekat.

Chris tersenyum senget. Sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya dan sebelah tangannya lagi memegang sejambak bunga ros itu. Aku menelan liur. Jantung sudah buat perangai gila. Makin laju dan sangatlah laju berkencang.

"Yes, Bella. Orang itu ialah, awak.” Ujarnya dengan senyuman manis. Saat ini lah aku rasa nak gagap. Otak tersekat terus. Lidah kelu. Jantung aktif makin laju.

Aku ketawa kecil. Ketawa yang dibuat-buat agar dapat hilangkan rasa kekok. Sangkaku, mungkin dia hanya bergurau.

"Isy, awak ni suka bergurau kan, Chris. Dah jom lah balik. Dah nak malam ni. Nanti housemate saya risau.” Aku mula membuka langkah pergi daripada situ.

"I'm serious, Bella Brianna.”

Lembut sahaja perkataan itu diungkapkan olehnya buatkan langkah aku mati. Terkedu sesaat. Berkali-kali aku menelan liur. Wajah mula berbahang.

Ya Allah, adakah wanita yang di ceritakan oleh Chris itu ialah aku? Ya, aku?

"That girl it's you. Bella Brianna.”

Aku memusingkan tubuh memandang tepat ke arahnya. Makin lebar dia senyum dan dia mula membuka langkah berjalan mendapatkan aku. Kini dia berdiri betul-betul dihadapanku. Tubuhnya yang tinggi itu di tunduk sedikit merenung wajahku sedikit dekat.

"This is for you. Ti amo, mia bella!” Terkedu aku mendengarnya. Dia menghulurkan sejambak bunga ros tadi kepadaku sambil mengeyitkan sebelah matanya buatkan aku rasa nak pengsan terus dekat sini. Tapi ada terselit ayat Italian yang digunakan oleh Chris. Apakah maksud itu?

"Errr....Tak. Ini bukan untuk saya. Betul kan, Chris? Ini hanya sekadar gurauan. Saya sememangnya tak layak menjadi kekasih awak entah apa lagi teman sehidup semati awak.” Berkali-kali aku menggeleng kepala. Menafikan tentang itu walaupun sebaliknya hati ini sudah memberontak gembira. Rasa nak aje aku jerit kuat-kuat. Bagaikan saat ini hanya mimpi. Hanya sekadar permainan. Ah!

"No, sweetheart. This is for you. Bunga ini memang untuk awak. Saya tiada kekasih. Tapi, saya ada awak. Dan ini bukan gurauan dan bukan untuk bermain saja-saja. Tapi, saya betul-betul sudah....” Dia berhenti di situ. Tergantung ayatnya. Dia ketap bibir. Direnung wajahku lama.

"Mula cintakan awak. Sejujurnya, saya suka awak. I love you, tesoro.”

Argh! Mleyot! Mahu koma aku dekat sini!

Sumpah, aku tak sangka dia lelaki yang dingin, keras kepala, nakal, suka bertikam lidah, suka menyakat dan suka cari pasal dengan aku jatuh cinta padaku. Bagaikan mimpi yang dia ungkapkan kata-kata itu pada aku.

I love you, tesoro!

Ya Allah, kuatkan lah imanku. Melihat dia senyum manis begitu mampu buat aku rasa nak pengsan akibat cair. Hahaha.

Jangan sampai keluar satu berita, seorang gadis koma masuk ICU akibat cair dengan senyuman kekasihnya. Hahaha.

Eh, kekasihnya?

Terkebil-kebil aku memandang ke tempat lain. Senyuman tidak dapat lagi disembunyikan akhirnya terukir lebar di bibir.

Buatkan bertambah terkejut besar apabila lelaki itu melutut di hadapanku sambil menghulurkan sejambak bunga tersebut. Dia buat begitu bagaikan tiada orang ramai di sekeliling kami. Makin bertambah berbahang wajahku. Aku ketap bibir, malunya! Tapi ini lah yang aku mahukan. Akhirnya, dapat merasa juga seperti pasangan pada petang tadi. Sweet apabila di lamar.

"Sudikah awak menjadi kekasih saya? Dan kalau awak nak tahu, awak orang pertama yang telah buat hati saya jatuh cinta pada seorang wanita yang bernama Bella Brianna. Dan awak juga orang pertama yang saya cinta dan yang saya sayang. Sebab itu lah saya cakap awak nakal. Sesuka hati aje curi hati saya kan?” Di hujung ayatnya itu kedengaran mengusik. Pecah tawaku. Lelaki itu juga turut ketawa.

Aku kembali memandangnya dengan senyuman paling manis aku hadiahkan padanya. Dia masih lagi dalam posisi melutut dihadapanku sambil menghulurkan sejambak bunga ros kegemaran aku itu.

Kami berdua sudah tidak hiraukan lagi orang sekeliling kami yang sudah tersenyum-senyum memandang ke arah aku dan Chris yang sedang hangat bercinta. Tetapi terselit juga perasaan malu saat ini. Berbahang juga lah aku saat ini. Tetapi cuba ditolak ke tepi.

"Yes!”

Setujuku. Lalu terus aku menyambut sejambak bunga ros kegemaran aku itu menandakan yang aku setuju menjadi kekasihnya tanpa pedulikan apa-apa saat ini. Di dalam kepala otak hanyalah...

Aku juga sudah jatuh cinta dengannya dan aku juga sudah mula menyukainya!

Takkan nak tolak pula kalau perasaan suka sama si dia. Pasti lah akan terima. Kalau boleh terus kahwin. Sebaliknya aku langsung tidak ambil peduli yang dia bukan beragama islam. Tidak peduli semua itu, erat-erat aku memeluk sejambak bunga tersebut sambil mendekatkan hidung ke sejambak bunga itu.

Wangi!

"Wow, congrats!”

"So sweet!”

"Congratulazioni, coppia molto romantica!”

Jerit beberapa orang yang berada di sekeliling kami berdua mengucapkan tahniah pada kami. Ada yang berbahasa Italy. Makin bertambah berbahang aku saat ini.

Malunya!

Chris hanya senyum senget. Aku hanya membalas senyumannya. Tapi, melihat dari senyuman dan renungannya agak menyeramkan. Dapat kulihat dia merenung bibirku. Bukan wajahku. Jantung makin hebat berdetak. Buatkan aku rasa kalut gila apabila dia menapak selangkah mendekati aku lebih rapat.

Seluruh tubuhku kaku. Berkali-kali aku menelan liur. Apa yang dia nak buat ni? Teringat kembali kata-kata Chris pada petang tadi sewaktu kami berdua bersama-sama melihat satu pasangan itu dilamar dan lelaki itu ingin mencium gadis tersebut menandakan yang dia betul-betul sayangkan gadis itu dan cintakan gadis itu. Tapi tidak terjadi untuk aku.

Tidak!

Aku tidak mahu Chris lakukan begitu padaku. Tapi, kalau kami bercinta bolehkah dia menahan nafsu nya? Dia perlukan gadis yang seagama dengannya. Bukan girl muslim seperti aku.

Jantung makin hebat berdegup apabila dia sudah dekat betul-betul denganku lalu dia menunduk sedikit dan mendekatkan wajahnya padaku. Yang pastinya dia memang nak cium aku!

Melihat matanya menggoda itu mula merenung bibirku. Semakin dekat, dekat dan sangatlah dekat. Hampir sahaja lagi......

Dan!....

Cepat-cepat aku menghalang dengan sejambak bunga itu. Cepat-cepat aku letak dihadapan mukaku daripada tercium oleh lelaki itu.

"Merda! Cosa ho fatto con questo? Sicuramente a questa ragazza non piacevo e ha iniziato a sentirsi a disagio con me!” Dingin suara Chris seperti memarahi diri sendiri. Cepat-cepat dia menjarakkan dirinya daripada aku.

"I'm sorry if I made you feel uncomfortable.” Ucapnya dengan wajah penuh kerisauan kalau aku rasa tidak selesa dengan dia selepas ini. Aku hanya senyum kecil.

"Boleh ke awak terima perempuan muslim seperti saya ni? Agama kami tidak dibenarkan berciuman, berpegang tangan dan keluar berdua-duaan begini. Boleh ke awak tahan dengan semua tu? Dapatkah awak bertahan untuk bersama dengan saya tanpa bersentuhan seperti pasangan yang lain?” Soalku bertalu-talu dengan nada sedikit kecewa. Rasa mahu saje aku putuskan hubungan ini. Sia-siakan aje. Kalau satu hari nanti aku kahwin dengan orang lain dan dia berkahwin dengan orang lain, bagaikan aku sedang menjaga jodoh orang pula. Lepastu sakit hati. Terluka. Hmm...

"It's okay, honey. Don't be sad. Saya akan cuba semua tu. Saya faham keadaan awak. Saya hormat permintaan awak dan saya hormat agama awak, Bella.” Lembut sahaja dia bercakap. Aku pula yang cair mendengarnya.

"By the way, thank you bagi bunga kegemaran saya! Kalau awak nak tahu, bunga ni bunga kegemaran saya tau.” Ujarku teruja sambil memeluk erat sejambak bunga tersebut.

"Really? Kebetulan, bunga kegemaran kita sama. Saya pun suka bunga ni!” Ujar Chris dalam nada gembira. Gembira sebab bunga kegemaran kami sama. Adakah ini jodoh? Hahaha. Pecah tawa kami bersama. Tawa yang terselit perasaan bahagia.

"Eee! Awak pun nakal, kan?!” Aku mula marah apabila teringat kembali kata-katanya tadi tentang bunga ini.

"Why? Apa yang saya dah buat? Lagipun memang saya nakal!” Dia jelirkan lidahnya sambil menjulingkan mata ke atas dengan gaya mengejek. Cukup comel. Aku rasa nak aje cubit pipi putih bersihnya itu walaupun tulang pipinya cengkuk. Tetap terlihat kacak dan comel!

"Awak kata bunga ni untuk girlfriend awak. Sengaja awak nak kenakan saya. Penipu!”

Chris hanya sekadar ketawa. Aku mula mencebik sambil menjeling ke arahnya. Tetapi sebaliknya suka dan tak sangka perempuan yang Chris ceritakan itu ialah aku. Jadi aku lah perempuan bertuah itu? Ah, lucu! Memang nakal pun Chris ni. Suka kenakan orang! Tapi aku betul-betul tidak sangka yang Chris meluahkan perasaannya pada aku hari ini. Rasa nak pengsan bila dengar dia mengaku dia suka pada aku. Argh!

"Girlfriend saya tu awak lah, sayang.” Lembut sahaja ucapan itu terungkap dari mulut Chris. Tersentak aku mendengarnya. Makin bertambah berbahang wajahku saat ini. Jantung makin hebat beraktif.

Aku ketap bibir. Lelaki itu hanya ketawa kecil. Mungkin dia ketawa apabila melihat perubahan warna di wajahku.

"Why you blushing, hm?” Soalnya lagi dengan suara yang begitu lembut dan dia sengaja mendekatkan wajahnya padaku. Cepat-cepat aku jarakkan diri daripadanya.

"Err...Mana ada saya blushing!”

"Elele...Dah blushing, malu-malu pula nak cakap.” Ejeknya. Rasa nak aje aku pukul dia. Geram!

Dia boleh pula melepaskan tawa. Aku melihat dia ketawa terasa begitu senang hatiku saat ini. Dengan itu, aku juga turut ketawa dengan hati yang terselit bahagia.

"Mesti awak dulu seorang playboy kan? Awak kan kacak, mestilah ramai peminat.” Ujarku sambil membelek-belek bunga tersebut. Iya, aku rasa benar dengan apa yang aku cakap itu. Dia kacak, mustahil dia tidak mempunyai peminat atau kekasih.

"No, dear. Saya langsung tiada kekasih. Saya tidak pernah serius mencintai perempuan. Dan awak orang pertama yang telah mencuri hati saya. I fall in love with you, honey.” Ujarnya lagi sambil mengeyitkan sebelah matanya. Mengusik!

Aku ketawa kecil.

"Serius lah? Kalau awak tak pernah suka akan perempuan, awak suka siapa? Lelaki? Ke awak sebenarnya dulu seorang yang....Gay?!”

Aku harap sangat apa yang aku fikir itu salah. Tidak betul. Boleh jadi lelaki ini selama ini gay. Kerana dia berkata yang dia tidak pernah berhubungan serius bercinta dengan perempuan. Zaman sekarang apa-apa boleh jadi. Akhir zaman!

Entah apa lagi lelaki non muslim seperti Chris. Tiada apa-apa masalah untuk mereka bercinta sesama jenis!

Berkerut dahiku apabila melihat Chris menjongketkan sedikit keningnya sambil tersenyum sinis. Dia melangkah mendekati aku lagi buatkan jantungku hampir luruh. Dah kenapa dengan mamat ni?

"Kalau saya gay, saya tidak akan jatuh cinta dengan awak. Kenapa? Awak tengok saya ni seorang gay ke? Ke awak nak saya tunjuk pada awak yang saya normal dan masih waras untuk mencintai wanita.”

Dia dekatkan wajahnya padaku buatkan jantung aku bagaikan nak terkeluar. Wajah mula berbahang. Cepat-cepat aku jarakkan diri daripadanya. Ah, terlalu kotor lah pemikiran kau ni Bella! Tak baik fikir dia begitu.

"Hehe, sorry. Mana la tahu awak gay.” Balasku selamba mahu kenakan dia. Aku ketawa kecil.

"Okay, kalau macam tu esok jom kita kahwin. Malam pertama nanti baru awak tahu saya seorang gay atau straight.” Dia senyum sinis. Senyuman menggoda. Memang sengaja nak kenakan aku!

"Hei, Chris!” Lantas aku memukul lengan sasanya itu yang terselindung dengan kemeja putihnya itu. Haih, sengaja betul dia nak sakat aku kan! Wajahku sudah mula berbahang malu. Dia sudah ketawa terbahak-bahak. Melihat dia ketawa bahagia, aku juga turut ketawa.

Bahagia.

Sedang aku bergelak-ketawa bersama Chris, mata beralih dan terpandang pada seseorang lelaki yang sedang memerhatikan kami berdua daripada jauh.

Bersuit kemas berwarna coklat, bertopi hitam dan berkaca mata hitam. Lama dia memerhatikan aku dan Chris daripada jauh. Terhenti terus tawaku. Aku mengecilkan mata memandangnya agar lebih jelas.

Tapi kelihatannya seperti aku kenal dia!

Ya, aku kenal dia. Adakah itu...

Zyan?

Kalau Zyan, sumpah saat ini aku rasa nak lari pergi daripada sini. Aku takut yang Zyan ceritakan pada ayah yang aku sudah mempunyai hubungan bersama lelaki mat salih di depan aku ini. Sudah lah dia mulut seperti perempuan. Ayah kalau dapat tahu tentang semua ini pasti aku akan dimarahi teruk oleh ayah.

Tapi ditenungkan kembali, aku rasa itu bukan Zyan. Mungkin itu hanyalah perasaan aku.

Susuk tubuh itu menghilang dengan sekelip mata. Dia terus pergi setelah dia perasan yang aku membalas renungannya. Aku menelan liur seketika. Memujuk hati yang itu bukan Zyan.

Iya, aku pun dah lama tak nampak Zyan. Katanya, dia sibuk sedikit dengan kerjanya. Mustahil lah itu Zyan. Mungkin itu orang lain dan hanya mainan perasaan aku.

Nafas berat aku hela. Berkerut dahiku apabila melihat Chris juga turut terhenti ketawa. Aku memandang wajahnya. Senyuman manisnya hilang begitu sahaja. Suara tawa cerianya hilang dan tidak kedengaran lagi dan tidak mampu buat hati aku tenang malah wajahnya jelas berubah dingin dan serius. Dia mengetap gigi sambil mengepal penumbuknya.

Kecut perut pula aku melihat dia begini. Bagaikan hendak makan orang! Tetapi pandangannya di halakan di tempat lain. Renungan tajam pada sesuatu tempat. Aku juga turut mengalihkan pandangan, memandang pada tempat yang Chris renung tajam itu.

Ternyata, dia sedang merenung tajam pada seseorang lelaki yang bersuit kemas berwarna hitam dan juga turut sama merenung sinis ke arah kami berdua dengan satu senyuman sinis. Di belakangnya pula ada 3 orang lelaki yang bertubuh tegap dan sasa. Berwajah bengis merenung tajam ke arah kami berdua. Takut pula hendak membalas renungan mereka.

Tetapi aku kenal lelaki itu. Sepertinya itu...

Mark!

Ya, lelaki itu tersenyum sinis apabila dia perasan yang aku membalas renungannya. Cepat-cepat aku lari ke belakang Chris. Entah kenapa, aku mulai rasa takut. Lelaki miang itu muncul lagi. Aku yakin itu lah musuh ketat Chris. Apa yang dia mahukan lagi daripada kami?

Haih, ramai pula hari ini yang memerhatikan kami berdua dari jauh. Takut pula aku dibuatnya.

"Jom!” Lenganku terus ditarik oleh Chris dan dibawa pergi apabila aku perasan yang mereka sudah mulai mengikuti jejak langkah kami.

Aku hanya akur. Mengikut jejak langkah Chris. Laju kami berjalan pergi daripada situ. Takut pula jika Mark mengapa-apakan kami berdua.

Ah, tidak dapat aku bayangkan semua itu!

********

Selesai sahaja menunaikan solat isyak, rasa hati begitu tenang terselit rasa bahagia. Telekung dibuka lalu dilipat kemas. Tubuh yang letih di hempaskan di atas katil. Merenung lama siling putih bersih itu sebelum menoleh memandang meja solek yang terletak kemas sejambak bunga ros kegemaran aku yang diberi oleh Chris pada pagi tadi. Senyuman terukir begitu lebar. Hati saat ini berbunga-bunga.

Aku tidak dapat menipu atau menafikan hati sendiri dan perasaan sendiri yang aku betul-betul sudah jatuh cinta dengannya. Lantas aku mencapai sejambak bunga tersebut. Di dekatkan hidung pada kelopak bunga ros itu. Perlahan-lahan aku menghidu bau bunga yang segar itu. Masih segar. Wangiannya masih ada. Melihat bunga ini terbayang wajah Chris saat ini.

"No, honey. This is for you. Bunga ini memang untuk awak. Saya tiada kekasih. Tapi, saya ada awak. Dan ini bukan gurauan dan bukan untuk bermain saja-saja. Tapi, saya betul-betul sudah....”

"Mula cintakan awak. Sejujurnya, saya suka awak. I love you, tesoro.”

Makin lebar senyumanku bila teringatkan kembali kata-kata luahan hati daripada Chris. Erat-erat aku memeluk sejambak bunga ros besar itu. Sudah lah besar, kelopak bunganya juga banyak, dua teddy bear kecil tersusun kemas di bunga tersebut dan dihiasi juga dengan beberapa coklat di bunga tersebut. Memang terlihat sungguh cantik. Masih segar dan masih wangi!

Sumpah aku tidak sangka yang dia juga menyukaiku. Adakah benar ini jodoh? Ah, mustahil la. Banyak kali juga aku fikir untuk menerimanya dalam hidup aku. Mana lah tahu nanti dia kahwin lain, terluka pula hati aku kerana hanya menjaga jodoh orang.

Fikirkan tentang ayah pulak, boleh ke ayah terima Chris? Dia lelaki bukan beragama islam. Boleh ke ayah terima dia sebagai menantu ayah? Ah, serabutnya kepala otak aku ini.

"Assalamualaikum, makcik Bella!”

Tersentak aku mendengar suara itu muncul secara tiba-tiba. Ketuk pintu pun tidak, wajah Tiya sudah muncul di sebalik muka pintu. Nasib baik lah dia bagi salam. Kalau tak, aku dah cekik dia sampai jadi arwah.

"Waalaikumusalam. Haih kau ni, terkejut aku tau!” Marahku pada Tiya sambil menjeling tajam ke arahnya. Melihat Tiya seperti baru pulang dari rumah Puteri dan Nurul. Mungkin dia dan Fiqah lepak di rumah Puteri dan Nurul. Sewaktu aku pulang rumah tadi pun, rumah ini kosong.

"Hihi, sorry la.” Sengih Tiya selepas itu wajahnya berubah dengan terkejut beruk. Terlopong luas dia saat terpandang pada sejambak bunga yang berada kemas di dalam pelukanku. Dia terus menghampiriku.

Kalau nak cakap Tiya tentang hubungan aku dan Chris ini, iya! Tiya masih tidak tahu apa-apa. Tapi dia suka sangat ejek aku dan kata yang Chris tu suka aku. Akhirnya masin juga mulut minah ni. Rasa geram pun ada!

Musuh akhirnya tersuka.

Benar kata orang tua-tua dahulu, jangan benci sangat nanti tersuka! Hah ini la jadinya! Hmm....

"Weii!! Siapa bagi kau bunga ni? Mr.Chris bagi ke? Wow, so sweet!”

Kan aku dah cakap. Minah ni memang suka sangat kenenkan aku dengan Chris tu. Dan tanpa dia tahu memang kami sekarang sedang bercinta. Hihihi!

Lelaki itu memang sweet dan sangat caring sampaikan tadi dia hantar aku pulang sampai di hadapan pintu rumah aku.

"Take care, honey! Kalau ada apa-apa, call saya.”

Pesanan itu terselit senyuman manisnya diberikan padaku sewaktu dia mahu pergi. Berkali-kali dia memberi pesanan yang sama padaku. Aku hanya mengangguk. Risau betul dia tentang keadaan aku. Mungkin dia risau sebab sewaktu kami mahu pulang, Mark dan 3 orang yang bertubuh sasa yang berada di belakang Mark itu juga turut mengikuti jejak kami sewaktu kami mahu pulang tadi. Aku tidak pasti adakah itu bodyguard Mark atau rakan-rakannya. Sebab itulah Chris risau jika mereka ikut aku sampai ke rumah.

Mahu ketawa pun ada. Aku sudah besar, aku boleh menjaga diri sendiri.

"Okay. You too, Chris. Take care!” Pesanan aku berikan padanya semula. Lelaki itu hanya senyum manis dan melangkah pergi meninggalkan aku yang masih tercegat dihadapan pintu rumah ini. Rasa sedih dan mulakan rindukan dia pula saat dia pergi. Hmm...

Chris bukan lelaki seperti di luar sana. Dia sangat baik. Tetapi dia pernah berkata, dia takut dan risau yang aku tidak dapat terima dirinya yang tidak sempurna itu. Katanya, dia jahat. Dia tidak seperti lelaki di luar sana dan dia seorang yang nakal. Rasa mahu ketawa pula dengar dia berkata begitu. Aku terima dia seadanya. Tidak semua manusia sempurna. Semua manusia mempunyai kisah yang agak perit pada dahulu dan mungkin juga sebab itu Chris menganggap dirinya jahat.

Katanya juga, dahulu dia pernah bercinta. Bukan satu, bukan dua dan bukan tiga wanita yang pernah dia bercinta. Boleh dikatakan yang dulu dia sangatlah playboy. Semua wanita yang dia suka dia mahu cuba. Dan katanya juga, itu hanyalah cinta monyet. Dan dia salahkan aku pula kerana telah mencuri hatinya membuatkan dia jatuh cinta pada aku untuk pertama kali. Dia pernah bercinta, tapi itu semua hanya lah cinta monyet dan dia suka mempermainkan perasaan wanita yang suka padanya. Siapa aje yang tak suka pada lelaki ini? Kacak, bergaya dan sempurna pada pandangan kaum wanita!

Dia pernah berciuman dengan seorang wanita pada umurnya 16 tahun. Masih muda dan masih remaja. Budak mentah. Pernah berciuman dengan kekasih sendiri pada umur 16 tahun. Agak terkejut beruk jugak lah aku saat dia menceritakan tentang kisah remajanya yang dulu.

Pada umur 17 tahun pula dia pernah tidur bersama wanita lain. Ya Allah, mahu luruh jantung aku dengar. Senang cerita dia pernah berhubungan seks dengan kekasihnya. Untuk agama mereka semua benda itu hanya lah benda biasa. Bercium di depan khalayak orang ramai pun juga mereka menganggap benda itu perkara biasa dan selalu dibuat orang. Tetapi untuk agama Islam, kami tidak pernah di ajar begitu. Perlu hormat dan sopan. Haram untuk mengikuti seperti agama lain.

Pada umurnya 18, dia juga pernah minum air yang beralkohol. Katanya, dengan buat semua benda itu berjaya buat dia menenangkan fikiran. Hampir sahaja dia mahu bunuh diri kerana begitu stress. Tekanan yang melampau. Dan dia juga bernasib baik mempunyai seorang abang yang sangat baik menghalang dia buat kerja yang tidak masuk akal. Katanya, abangnya juga sudah masuk islam sejak berumur 6 tahun. Mengikuti arwah ibunya memeluk Islam sebelum arwah ibunya pergi buat selama-lamanya.

Saat dia bercerita tentang zaman remajanya dahulu, hampir menitis air mataku mendengar. Sebak di dada. Cukup terseksa dia pada zaman remajanya dahulu. Berbeza dengan kehidupanku saat remaja. Aku patut bersyukur kepada Allah kerana mempunyai ayah yang begitu tegas menjagaku. Walaupun tegas, terselit juga kasih sayangnya padaku.

Kerana diluar sana ada lebih teruk lagi kehidupan mereka daripada aku. Apa-apa pun terjadi, perlulah bersyukur dengan apa yang kita ada.

"Oi!”

Ternaik bahuku terkejut dengan sergahan Tiya. Terkebil-kebil aku memandang dia. Mencuba menepis kan semua perkara yang sedang berlaga-laga di dalam kepala.

"Eh, mana ada la! Ini...err...aku beli sendiri. Nak harap si mamat tu belikan untuk aku memang tak la. Kau ni, suka sangat cakap Chris tu future husband aku lah apa lah. Kalau jadi betul-betul macam mana?” Sengaja aku marah dia sebaliknya dia langsung tidak tahu cerita sebenar. Nak ketawa pun ada. Tetapi aku hanya menahan sahaja.

"Ye ke? Kalau Chris future husband kau pun aku suka tau! Entah apa lagi kau, mesti lah kau pun suka atau mula jatuh cinta dengan dia. Dalam kelas tu dah ramai jatuh cinta dengan Mr.Chris tu tau. Entah apa lagi kau, mesti lah kau dah jatuh cinta dengan dia tapi kau sorok daripada aku kan?” Ujar Tiya sengaja mengusik aku sambil tersenyum senget. Mata di kecilkan memandang ke arahku bagaikan tidak percaya dengan apa yang aku cakap.

Hahaha.

"Isy, merepek la kau ni. Dah la, aku nak tidur.” Rambut terus dilepaskan dari getah rambut. Tetapi aku lupa tentang bunga tersebut sehinggalah Tiya berjaya menarik satu keping kad yang terselit celah-celah bunga tersebut.

Terbeliak biji mataku saat dia menjumpai kad tersebut. Jantung makin hebat berdetak saat dia mula mahu baca. Memang kalut lah, sudah lah kad itu daripada Chris. Kalau dia bagi ayat manis bagaimana? Pasti Tiya fikir bukan-bukan!

"Your smile is so sweet, I love seeing your smile. Every time, every second, every moment, I want to see your sweet face forever. That sweet smile is just for me alone. And, your heart is also only for me alone. Don't be so sweet, later I will fall for your sweet smile. I want to tell you that I'm starting to fall in love with you. I hope you answer as soon as possible. I want you to know that I love you. I love you, my beautiful. From - Chris.”

Satu persatuan perkataan Tiya baca yang berada di kad tersebut. Aku menelan liur berkali-kali. Tergamam juga aku saat Tiya baca itu. Ya Allah, tak sangka ayat itu yang tertulis di atas kad tersebut. Ah, Chris yang dulu seorang dingin, serius, keras kepala dan sekarang romantik dan sweet. Ah, aku rasa nak cair saat ini. Tapi bukan sekarang, aku perlu selesaikan hal ini kerana Tiya sudah tahu terang-benderang. Kad tersebut sudah dia baca tak akan lah dia tak tahu. Aku yakin dia sudah fikir bukan-bukan tentang aku dan Chris.

"Seriously?” Soal Tiya sedikit terlopong. Dia menutup mulutnya. Terkejut beruk dia saat dia baca kad tersebut.

"Err...Mana ada! Tu bukan untuk aku la. Itu untuk kawan kita. Kawan ballet kita yang berasal dari UK tu. Yang cantik, comel dan pipi merah gebu tu. Mr.Chris suka dia, so bunga ni dia suruh aku bagi dekat perempuan tu. Bukan untuk aku! Kau jangan nak fikir macam-macam boleh tak!” Marahku sambil mencuba merampas kad tersebut daripada Tiya tetapi gadis itu menepis.

Baru sahaja Tiya mahu bersuara kedengaran seperti seseorang memberi salam.

"Assalamualaikum kak Bella, kak Tiya!”

Mesra dan ceria kedengaran suara itu. Serentak aku dan Tiya menjawab salam daripadanya. Siapa lagi kalau bukan Fiqah. Dia terus melangkah masuk ke dalam bilik lalu menghempas punggung di sebelahku.

Alamak! Bagaimana ni?

"Wow, cantiknya bunga ni! Siapa bagi ni?” Tanya Fiqah sambil membelek-belek sejambak bunga besar itu. Aku ketap bibir. Melihat senyuman nakal Tiya aku tahu dia sudah fikir lain. Ah, bagaimana ini?

"Tiya, kau jangan nak fikir bukan-bukan ya! Itu untuk kawan kita yang kelas ballet sama dengan kita tu la. Bukan untuk aku.” Sedaya upaya aku menafikan kata-kata Tiya itu.

Wajah Fiqah terlihat blur tidak tahu apa-apa kerana baru pulang dari rumah Puteri dan Nurul.

"Stop lying!”

Ujar Tiya mematikan kata-kataku sambil menunjukkan kad tersebut yang tertera ada nama aku bersama nama Chris. Aku ketap bibir. Uh, surrender aje la. Hm..

"Jadi betul la yang Mr.Chris tu bagi kau bunga ni? Siap ada nama kau lagi dekat kad ni. Nama panjang pulak tu. Lagi nak tipu aku?” Soal Tiya ingin tahu sambil tersenyum nakal. Dia memang dah tak dengar apa yang aku nak cakap kalau dia tahu yang aku tipu. Ah, minah ni tahu-tahu aje!

"Kenapa? Mr.Chris bagi kak Bella bunga ni ke? Auw, so sweet!” Fiqah sudah tersenyum-senyum. Aku tepuk dahi sendiri. Hm, terpaksa la aku ceritakan hal ini pada mereka berdua sebelum mereka ingat lain.

"Iya, Fiqah. Sebenarnya dorang couple tapi Bella yang jahat ni sorokkan daripada kita. Jahat kan dia?” Tiya jeling ke arahku. Fiqah hanya ketawa kecil. Aku hanya senyum dengan muka tidak bersalah. Sekarang sudah kantoi. Jadi aku terpaksa cerita pada dua makcik yang suka jaga tepi kain orang ini.

Nafas aku tarik dalam-dalam dan mula bercerita daripada A sampai Z.

"Hm, okay la. Sebenarnya kami.......

**********

Your smile is so sweet, I love seeing your smile. Every time, every second, every moment, I want to see your sweet face forever. That sweet smile is just for me. And, your heart is also only for me. Don't be so sweet, later I will fall for your sweet smile. I want to tell you that I'm starting to fall in love with you. I hope you answer as soon as possible. I want you to know that, I love you.

Ti amo, mia bella.

Bella Brianna.

- Chris.

Lama aku merenung sekeping kad tersebut sambil mengukir satu senyuman manis. Yang aku kenal ialah Chris Martinez yang dingin, berwajah serius 24 jam, keras kepala, degil, suka ikut kepala dia aje dan nakal. Tapi kali ini Chris Martinez seorang lelaki yang romantik, sweet dan pandai berayat gula-gula. Terlampau manis sehingga boleh potong kaki. Hahaha.

Kad yang masih di dalam genggaman itu aku dekatkan pada dadaku. Memejam mata seketika, terbayang wajah kacaknya saat ini berserta ayat manisnya saat dia luahkan perasaan padaku. Ah, cairnya!

"I'm not that guy out there. I am bad and imperfect. Dapatkah awak terima saya? Because all girls want a good and perfect man and not like me.”

"Nobody is perfect.”

Ringkas jawapanku. Tiada sesiapa yang sempurna di atas muka bumi ini. Tetapi kenapa kata-kata itu yang terngiang-ngiang saat ini. Berkali-kali lelaki itu berkata yang dia tidak sempurna sedangkan di mataku dia sangat sempurna.

"Halah, kalau rindu dekat dia sekali pun jangan lah ditenung kad tu sampai macam nak tembus.” Tersedar terus aku apabila suara itu muncul. Siapa lagi kalau bukan Tiya. Dia tersengih nakal.

Terkebil-kebil aku campak kad itu ke tempat lain. Malunya apabila Tiya perasan. Aku gigit bibir bawah.

"Err...Mana ada. Dah jom, nanti lewat sampai ke kelas.” Gelabah aku capai beg sukanku. Melihat jam sudah pukul 7 pagi. Kalut sebab pukul 8 kelas akan bermula. Nanti lewat.

"Alahai, tahu la rindu dekat Mr.Chris tu tapi jangan lah sampai gelabah sangat. Tahu la dah jumpa bakal suami. Musuh ketat pulak tu.” Usik Tiya dengan sepantas kilat aku mengetam lengannya. Dia hanya ketawa kecil. Suka sangat mengusik aku. Tapi sebaliknya benar apa yang Tiya katakan itu. Entah mengapa, saat ini aku benar-benar merindui lelaki itu. Rasa tidak sabar hendak berjumpa dengannya.

*********

Saat kami dalam perjalanan ke tempat latihan, dapat kurasakan bagaikan ada seseorang mengikuti kami saat kami hendak ke kelas. Saat itu aku cuba berpusing ke belakang, ternyata benar. 3 orang lelaki bersuit kemas berwarna hitam berdiri betul-betul di belakang kami. Wajahnya tertutup sedikit dengan topi hitam yang dipakai. Kelihatan agak mengerikan. Lantas aku menyuruh Tiya, Fiqah, Puteri dan Nurul mempercepatkan langkah mereka untuk sampai ke kelas. Kerana aku kenal mereka siapa. Pesanan Chris saat ini terngiang-ngiang kembali.

“Lelaki tadi tu jahat. Lain kali, kalau awak terserempak lagi dengan dia atau terjumpa dengan dia jangan bercakap dengan dia. Kalau dia ajak awak ke mana-mana, please jangan ikut dia.”

Sampai sahaja di kelas, aku menyimpan beg sukan ke dalam locker dahulu. Mengeluarkan pakaian ballet siap-siap dan menukarkannya di dalam tandas. Siap semuanya aku keluar dari bilik persalinan baju dan berjalan masuk ke studio. Kata Tiya, dia sudah masuk ke dalam studio. Tapi kakiku mati di depan pintu studio.

Kiri dan kanan aku toleh. Mencari susuk tubuh seseorang tetapi kelihatan seperti dia masih tidak muncul. Mungkin dia sibuk dengan kerjanya.

Malas mahu masuk ke studio awal, aku berjalan dahulu di sekitar sekolah besar ini. Mahu menjelajah sekolah besar ini dahulu sementara menunggu Miss Liya masuk ke dalam kelas.

Kaki melangkah ke balkoni di tingkat 2. Angin berdesir dengan sangat lembut. Tenang. Tetapi rasa gelisah dan tidak tentu arah apabila aku masih tidak dapat menangkap susuk tubuh itu. Ke mana dia pergi? Dia tidak datang ke hari ini?

Hampir 10 minit aku tunggu di luar balkoni tersebut. Jam di pengelangan tangan di jeling sekilas. Sudah tepat pukul 8 pagi. Aku perlu segera masuk ke kelas. Nanti terlepas latihan pula.

Rasa hendak menyerah, melihat susuk tubuhnya langsung tidak kelihatan. Mungkin dia sibuk dengan urusannya yang lain di luar sana. Nafas berat terlepas dari bibir. Tidak pedulikan apa-apa lagi, aku mula mengaturkan langkah keluar dari balkoni ini.

Hampir luruh jantungku apabila mata terpandang Chris yang berwajah agak teruk. Berdarah dan banyak kesan luka pada wajahnya, di tangannya dan di dadanya ada darah. Sorok-sorok lelaki itu berlari masuk ke dalam pejabat sendiriannya.

Cepat-cepat aku mengejarnya. Sumpah aku terkejut melihat dia dalam keadaan begitu. Kenapa dengan dia? Adakah dia di pukul? Ya Allah, apa yang dah jadi?

"Chris!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience