• { BAB 6 } •

Romance Series 49049

VENICE, ITALY

Bersinar-sinar mataku melihat kota Venice di Italy. Tetapi, kalau dilihat tidak seperti bandar. Cantik. Sungguh cantik. Sumpah, ini pertama kali aku ke Italy. Tempatnya sungguh romantik dan indah.

Italy tempat dia semuanya memang indah dan tenang. Aku pula rasa nak tinggal di sini sampai bila-bila. Eh, apa aku cakap ni? Ayah aku di sana bagaimana pula?

Ah, berangan je lebih.

Tangan Tiya aku genggam erat-erat. Sempat kami berpandangan sambil tersengih sebelum kami bersama-sama menjerit nyaring. Gembira dan bersyukur kerana kami selamat sampai di sini.

"Horeeeyyyy! Akhirnya, sampai juga kita di sini. Huh, sejuknya!" Jerit Tiya gembira. Aku ketawa kecil. Ya, memang sejuk. Nasib baik lah kami pakai jaket tebal. Kalau tak, memang dah beku satu kulit badan ni.

"Korang! Jom, bas dah sampai." Miss Liya bersuara mengarahkan kami agar menunggu bas di tempat perhentian bas. Kami hanya akur. Melabuhkan duduk di kerusi tempat perhentian bas.

Aku sempat melihat Fiqah hanya keseorangan. Ah, mahu aje aku ketawakan dia tiada kawan. Padan muka! Hari itu buat aku, sekarang terkena balik.

Kami ke sini hanya 5 peserta sahaja yang terpilih menyertai pertandingan itu. Masing-masing ada kawan kecuali Fiqah. Tu la, sombong sangat. Lepastu, jeling-jeling ke arah kami berdua.

Kelihatan dari jauh sebuah bas sudah datang mendekati kami berdua. Cantik sungguh bas dia. Besar pun besar. Teringat kembali aku pada bas di Malaysia. Mahu ketawa pun ada, rindu pun ada. Sampai aje di sini semua benda aku nak rindu yang berada di Malaysia.

********

Kami sampai di sini pada waktu malam. Jadi, tiada masa untuk melihat tempat kami berlatih nanti. Miss Liya mengarahkan kami untuk ke apartment dahulu. Mengambil bilik masing-masing untuk berehat dan esok awal-awal pagi kami akan bergerak ke tempat kami akan berlatih nanti.

Apartment dia pun besar. Cantik. Aku tak rasa ini apartment, dah macam hotel lima bintang. Kami bersama-sama berjalan masuk ke dalam apartment tersebut.

"Wow, cantiknya apartment ni." Bisikku pada Tiya. Melihat wajah Tiya dah tak payah cakap. Makin lebar, lebar dan lebar senyuman dia. Matanya bersinar-sinar. Gembira gamaknya apabila sudah sampai di sini.

"Ye, wei. Cantik gila!" Bisik Tiya pula. Masing-masing sudah menggeletar sejuk. Tubuh dah menggigil apabila tadi kami berjalan kaki ke apartment ini. Sedikit jauh tempat perhentian bas dengan apartment kami. Terpaksa berjalan untuk ke sini.

Kami semua mengambil tempat di hadapan kaunter sementara menunggu Miss Liya sedang mengambil kunci apartment di kaunter. Aku harap sangat bilik aku bersama Tiya. Tapi, dah tak payah cakap kut. Memang aku bersama Tiya pun.

"Di sini kita dapat 2 bilik aje. Saya rasa cukup untuk kau orang semua." Miss Liya mula bersuara. Keluhan kecil terlepas jua. Melihat wajah Fiqah tenang, aku tahu kenapa dia tenang.

"Err...Miss, satu bilik ni kami berdua ya. Terima kasih." Nurul menyambut satu kunci yang dihulurkan oleh Miss Liya. Nurul bersama Puteri. Tapi, tak akan lah satu bilik lagi aku, Tiya dan Fiqah? Ah, aku tidak mahukan itu!

"Oky, satu bilik ni lagi untuk Bella, Tiya dan juga Fiqah. Boleh?"

Tiya memandangku dahulu. Senyuman kelat terukir dibibirku. Kalau ikutkan hati, rasa nak aje aku campak Fiqah tu kembali ke Malaysia. Kenapa lah dia terpilih ya?!

"Boleh..." Serentak Tiya dan aku menjawab dalam nada sedikit hambar.

Miss Liya senyum kecil lalu menyerahkan kunci tersebut pada aku. Malas-malas aku menyambutnya. Rasa macam dah tak ada mood apabila Fiqah sekali duduk di dalam apartment kami.

"Oky, good. Kau orang bertiga boleh naik ke lif ya. Dan bilik korang berada di tingkat 10." Ujar Miss Liya. Kami hanya mengangguk.

"Tapi, bilik Miss pula di mana? Takut pula kalau-kalau kami ada emergency ke, ada orang buka gelanggang WWE ke, boleh panggil Miss." Spontan Tiya bersuara sambil menjeling tajam ke arah Fiqah.

Aku menahan tawa. Dah faham sangat apa maksud Tiya itu. Betul juga kata Tiya. Jangan sampai malam ini rumah kami jadi gelanggang WWE.

Tiya vs Fiqah!

Ah, jangan sampai begitu pula. Mahu mati pula anak orang malam ni. Aku menahan tawa. Melihat wajah Fiqah berubah. Dia menjeling tajam ke arah aku dan Tiya.

"Oh, yang tu korang jangan risau. Bilik saya ada di tingkat 10 juga tetapi sedikit jarak dengan bilik korang." Balas Miss Liya. Kami hanya angguk.

Rasa tak sabar sangat nak naik ke bilik. Badan dah lenguh-lenguh. Penat. Duduk dekat atas kapal terbang tadi 16 jam 20 minit. Mana tak sakit sendi-sendi badan ni. Rasa punggung pun dah lenguh dan kebas.

Kami beramai-ramai berjalan ke lif. Pintu lif terbuka, sama-sama kami berjalan masuk. Kata Miss Liya nombor pintu bilik kami ialah 2908. Nombor bilik Nurul bersama Puteri pula ialah 2907. Bersebelahan.

Senang lah nanti aku nak minta tolong pada mereka berdua jika di dalam rumah kami nanti jadi tempat gelanggang WWE.

Kini aku, Tiya dan Fiqah sudah berada betul-betul dihadapan pintu rumah kami.

2908.

Melihat Nurul dan Puteri sudah masuk ke dalam rumah apartment mereka. Miss Liya juga sama. Ah, aku tak rasa ini apartment. Cantik gila! Koridor dia kalahkan hotel 5 bintang di Malaysia. Cantik!

"Apa korang tunggu-tunggu lagi ni? Cepat lah buka pintu tu. Aku penat lah!” Fiqah mula bersuara dalam nada sedikit tinggi apabila melihat aku dan Tiya tercegat terpaku dihadapan pintu rumah ini.

Aku dan Tiya saling berpandangan. "Menyampah betul dengan orang belakang kita tu kan? Tahu nak cepat je. Ingat kita ni robot ke apa." Sindir Tiya dalam nada berbisik tapi aku yakin Fiqah dapat dengar kata-kata itu dengan jelas kerana dia berada betul-betul dibelakang aku dan Tiya.

"Apa korang cakap?!" Dia mula naik angin. Aku dan Tiya ketawa kecil lalu Tiya cepat-cepat membuka pintu rumah itu dan berlari masuk ke dalam rumah ini. Takut pula jika di terkam oleh orang belakang yang dah nak naik hantu itu.

Masuk sahaja di dalam rumah itu, terkejut besar aku melihat di dalam ini. Ingatkan bilik seperti hotel, tetapi aku salah. Ini rumah apartment. Tengok dari luar macam hotel tapi bila masuk aje di dalam ini dah macam rumah kondominium. Cantikkk!

"Wei, Bella. Sini, sini!" Jerit Tiya yang sudah berada di balkoni ruang tamu. Aku terus berlari anak mendapatkannya. Susah sikit nak lari kerana aku memakai baju jaket tebal. Sejuk di sini.

"Kau tengok pemandangan daripada sini. Cantik, kan?”

Terlopong luas aku melihat pemandangan waktu malam di bandar-bandar Venice ini. Ya Allah, cantiknya. Tenang. Otak yang serabut dan kusut pun boleh rasa tenang dan lapang saat ini.

"Cantiknya, Tiya. Isy, aku rasa nak tinggal aje di sini." Ujarku sambil ketawa kecil. Tiya juga turut ketawa.

"Boleh. Tapi baru aje kau nak tinggal di sini ayah kau dekat sana dah mengamuk." Sengaja betul Tiya nak kenakan aku. Dia pula yang ketawa terbahak-bahak.

"Eh, wei Tiya. Rumah besar siapa pula tu? Cantiknya. Dah macam rumah istana. Besar. Mesti dalam rumah dia cantik, kan?" Aku mula bersuara sambil mata tak lepas-lepas memandang pada satu rumah yang sungguh besar. Kawasan perumahan itu besar yang teramat. Di luar pun besar entah apa lagi di dalam. Pasti cantik.

Tiya terkebil-kebil mencari apa yang aku sedang pandang. Terus aku menunding jari ke arah tempat yang aku pandang. Tiya juga turut terkejut. Besar rumah itu dan kereta mahal-mahal semua tersusun di luar rumah besar itu. Ah, aku tak rasa orang itu biasa-biasa. Bukan calang-calang orang ini.

"Hoi, korang tercegat apa lagi kat situ? Cepat lah siap. Miss Liya suruh siap cepat, sekejap lagi kita nak pergi dinner.” Suara itu menyedarkan aku dan Tiya daripada mengelamun panjang. Aku dah berangan nak masuk dalam rumah tu, yang Tiya pula aku tak tahu lah apa yang dia berangan sampai tak berkelip matanya.

"Eh, jom lah Tiya. Kak singa tu dah nak mengamuk. Lagipun dekat luar ni sejuk lah. Jom masuk." Ujarku lalu menarik lengan Tiya masuk ke dalam rumah. Tiya sempat menghamburkan tawanya dengan kata-kataku itu.

"Oky, this is my room." Fiqah terus mengangkat beg bagasinya lalu melangkah masuk ke dalam sebuah bilik yang sungguh besar. Katil besar. Cukup cantik. Aku dan Tiya sudah cadang untuk tidur di situ, dia dengan selamba badak dia boleh pula ambil bilik kami berdua.

"Eh, mana boleh! Tu bilik kitaorang berdua lah! Aku dengan Bella dah cop awal-awal. Jangan kau nak sibuk nak ambil bilik kitaorang!" Marah Tiya lalu menarik tanganku masuk ke dalam bilik tersebut. Beg bagasi kami berdua sudah siap letak di bilik itu kerana awal-awal masuk ke dalam rumah ini Tiya orang pertama mencari bilik yang sesuai untuk aku dan dia. Aku menahan tawa. Melihat Fiqah seperti tidak puas hati. Nak tak nak, dia perlu juga duduk di bilik sebelah.

"Isy! Kurang ajar betul lah dia orang berdua ni!" Bebel Fiqah lalu melangkah masuk ke dalam bilik sebelah. Cepat-cepat aku menutup pintu bilik itu. Nanti tak pasal-pasal ada kena pecah pula pintu bilik kami ini.

"Ya Allah, cantiknya bilik ni. Aku rasa macam bukan apartment aje. Dah macam hotel!" Jerit Tiya lalu merebahkan tubuhnya di atas katil besar empuk itu. Sudah lah besar, cantik pula bilik ini.

Aku senyum kecil. Memang cantik pun. Cantik dia dah tak payah nak cakap. Rasa lebih semangat pula untuk aku berlatih pada esok pagi.

Rasa tidak puas pula untuk aku melihat lagi pemandangan di luar rumah ini. Lantas aku berjalan ke balkoni bilik. Angin malam lembut mencium kulit wajahku. Anginnya sejuk membuatkan aku nyaman dan tenang.

Entah kenapa, mataku masih tertangkap pada rumah besar itu. Rasanya jarak rumah besar itu dengan apartment aku sedikit jauh.

Haih, kalau lah rumah itu menjadi milik aku, boleh lah aku bawa ayah ke sini sekali. Duduk aje di sini daripada duduk di sana buat sakit hati aje. Balik aje kampung pasti kena tadah telinga dengan bebelan nenek yang suka memerli keluarga kami.

"Uit! Berangan nampak?" Usik Tiya lalu ketawa kecil. Aku hanya sekadar senyum kecil. Dah tak boleh nak senyum lebar-lebar. Kulit muka aku ni dah rasa beku. Sejuk.

"Cantik kan rumah tu? Aku teringin sangat nak pergi ke sana. Kalau aku kaya, aku nak jumpa dengan tuan rumah tu untuk aku beli rumah besar tu.” Ujarku sambil mata tak lepas-lepas lagi memandang rumah besar itu daripada jauh.

"Yup. Kalau kau nak sangat, pergi aje lah kahwin dengan tuan punya rumah tu. Kau jugak dapat duduk sana." Jelingan maut aku hadiahkan pada Tiya di sebelah yang sudah ketawa.

"Isy, gila lah kau ni Tiya! Kau ni tak pernah nak serius tau. Kau tahu tak, satu kata-kata tu boleh dijadikan satu doa." Hah, jangan sampai aku buka ceramah pula. Nanti Fiqah yang dengar terus insaf.

"Dah lah, aku nak mandi kejap. Lepastu, kita turun bawah. Kata Miss Liya, dia nak bawa kita pergi dinner. Ah, seronoknya! Aku rasa macam kita ni bukannya datang sini untuk berlatih. Macam datang sini untuk holiday pula." Pecah tawaku bersama Tiya.

"Tulah tu. Aku pun rasa macam tu. Seronok!"

*********

Makanan sudah terhidang di depan mata. Uh, tak sabar betul aku nak makan. Makin kuat pula perut aku ni bernyanyi minta di isi apabila melihat lauk sudah terhidang di depan mata.

Kami juga makan di restaurant Arab. Di sini semuanya makanan halal. Susah hendak mencari kedai makan yang halal di Italy.

Alhamdulillah, ada juga kedai makan yang halal. Lauk-pauk di sini semuanya sedap-sedap. Aku mulai rindu masakan di Malaysia. Rindu juga pada masakan mak ngah dan masakan ayah. Ah, rindunya dekat mereka.

Selesai kami mengaminkan doa, semua mula menjamah makanan yang sudah berada di depan mata. Aku sudah tidak pandang kiri kanan, terus mengisi perut. Janji perut aku selamat di isi. Malam ni tak ada lah aku curi-curi lagi meggi kari Tiya. Hihi.

*******

Lembut aku menggosok perut yang sudah terisi itu. Kenyang. Alhamdulillah.

Gelas yang berisi air juice oren perlahan-lahan aku teguk. Mata masih memandang sekeliling. Cantik tempat dia. Romantik dengan lagu yang dimainkan dengan alat muzik piano.

Orang yang sedang makan pun selera dengan tempat begini. Mengambil mood untuk makan banyak. Aku memaniskan wajah untuk tersenyum. Melihat di dalam kedai ini semua orang mat salih daripada Italy. Ada juga orang mat salih daripada Italy tetapi muslim. Dah nama pun tempat makanan yang halal. Pasti lah semua orang muslim di sini.

Tetapi, sekarang ni buat aku tertanya-tanya dan rasa nak mengangkat punggung apabila aku menangkap satu susuk tubuh yang bersuit hitam kemas sedang memerhatikan aku dan kawan-kawanku yang lain daripada jauh.

Siapakah dia?

Dia kenal aku ke?

Dia memakai cermin mata hitam membuatkan aku tidak seberapa jelas melihat wajahnya. Tetapi, difikiranku kuat mengatakan yang aku kenal lelaki yang sedang memerhatikan aku daripada jauh itu.

Bila dia perasan aku membalas renungannya, cepat-cepat dia berjalan pergi daripada situ. Aku masih tertanya-tanya. Siapakah dia? Ke aku silap orang? Mungkin dia pandang tempat lain. Tetapi kalau dia pandang tempat lain, aku membalas pandangannya kenapa dia pergi?

Aku perlu mencari siapa lelaki itu.

********

Pukul 7 pagi lagi kami semua sudah berada di hadapan sekolah latihan ballet. Kalau 7 pagi di Malaysia masih gelap sedikit. Tetapi di sini sudah terang-benderang seperti sudah pukul 12 tengah hari.

Kini, dapat aku melihat bandar-bandar Venice dengan jelas. Malam semalam hanya nampak lampu-lampu warna-warni di bandar ini aje. Tetapi sekarang makin jelas aku melihatnya. Cantik.

Ada yang sedang berbasikal, kereta lalu-lalang dan ada juga yang sedang berjalan kaki. Semua dalam keadaan sibuk tetapi tempat ini tetap terlihat cantik. Bersih dan mereka juga sangat menjaga kebersihan di sini.

Dari luar sekolah ballet aje kami berdiri dan memerhatikan sekolah itu yang berada dihadapan kami. Senyuman terukir di bibirku. Besar betul sekolah dia, pasti di dalam studio nya besar dan luas.

"So, ni lah tempat berlatih untuk korang berlatih sebelum pertandingan itu bermula. Dan, di sebelah tempat berlatih ni pula ialah tempat apartment di mana kita duduk semalam." Ujar Miss Liya menunjukkan apartment itu dan sekolah yang berada dihadapan kami semua. Tapi kalau dilihatkan sekolah ini tidak terlihat sekolah, besar dan cantik. Ia juga berdekatan dengan apartment kami.

Kami semua berjalan mengikuti arahan daripada Miss Liya. Kena jalan kaki, sebab dekat aje sekolah itu dengan tempat apartment yang kami tinggal. Sebelum sampai ke hadapan sekolah ini kami bersama-sama berjalan kaki ke studio tersebut.

Tapi, mungkin kami akan terbiasa juga untuk berjalan banyak dari apartment ke tempat untuk kami berlatih. Ini bukan Malaysia ya untuk minta Grab atau teksi hantarkan. Ini Italy. Perlukan banyak berjalan. Jangan nak malas! Hati kecil sendiri mengejek.

"Oky, jom masuk. Sebelum masuk ke dalam studio, anda semua perlu daftar nama ya. Nanti jumpa Miss di dalam. Miss masuk dulu." Kami hanya mengangguk. Membiarkan Miss Liya masuk dahulu kerana dia guru gymnastik kami. Mungkin dia perlu selesaikan tugasnya.

"Hi everyone. Please write your name here and go in following Miss Paul." Ujar seorang wanita mat salih itu apabila kami semua sudah masuk ke dalam sekolah itu dan tiba dihadapan kaunter tersebut.

Kami hanya mengangguk. Giliran Nurul dahulu yang mendaftar namanya dan giliran orang untuk seterusnya. Aku dan Tiya masih menunggu. Entah kenapa, dek akal terlintas sesuatu pertanyaan yang dah lama aku nak tanya pada Tiya.

"Eh, Tiya. Kalau ada cikgu ballet kita yang cakap dalam bahasa Italy macam mana? Aku dah lah tak pandai cakap Italy semua ni." Sempat aku bisik pada Tiya.

Tiya hanya menayang wajah blur. Aku yakin dia pun tidak tahu nak jawab apa jika ada seseorang guru di sini bercakap dalam bahasa Italy.

"Kalau macam tu kau buat-buat jadi orang bisu. Confirm orang tu terus tak layan kau." Idea yang paling tak masuk akal!

Satu cubitan hinggap di lengan Tiya. Makcik Kiyah tu boleh pula ketawa.

"Isy, kau ni! Tak membantu langsung lah!" Marahku pada Tiya yang masih ketawa kecil.

"Kau cakap lah yang kau tak pandai berbahasa Italy. Speak english je la." Ah, senang betul si makcik Kiyah ni bercakap. Buatlah orang Italy itu tak pandai cakap english macam mana?

Bermacam-macam perkara dah aku tengah fikir sekarang ni. Makin bertambah serabut ada lah. Kini giliran aku pula untuk mendaftar nama di atas borang tersebut.

Selesai mendaftar nama, kami semua diarahkan mengikut arahan Miss Paul. Guru gymnastik dan ballet. Peramah orangnya. Ah, suka betul kalau dapat guru begini. Terus tak ada mood jika dapat guru yang berwajah sombong dan garang.

"Hi, you all. My name is Miss Paul. I am a gymnastics and ballet teacher here. Any problems you can all ask me." Miss Paul mula memperkenalkan dirinya. Aku lega apabila dia seorang yang baik tidak seperti guru-guru gymnastik yang dulu. Garang kalahkan mak-mak Malaysia.

"Now you have to follow me. I will show you all the places for you to practice here." Mesra Miss Paul bersuara. Kami hanya akur lalu kami semua mengikut langkahnya.

Dia berjalan di satu-satu tempat gelanggang gymnastik dan juga studio ballet. Peralatan ballet dan sebagainya. Bersinar-sinar mataku melihat. Besar juga studio dia dan sangat luas.

Bukan kami aje yang menyertai pertandingan ini. Ramai lagi yang menyertai. Dari negara TURKI, UK, US, CHINESE dan banyak lagi. Pasti mereka semua orang kuat-kuat kan?

Melihat di studio ini penuh dengan peserta-peserta ballet yang sedang berlatih. Mereka juga akan bertanding dengan negara lain. Sama seperti peserta kami. Akan bertanding di Italy. Ah, aku mula rasa berdebar-debar pula saat ini.

"On level 2 is the gymnastics court.” Miss Paul mula bersuara sambil menunjukkan gelanggang gymnastik. Besar tempatnya. Aku melihat semua sedang sibuk berlatih. Untuk hari ini kami akan diperkenalkan dahulu tempat-tempat di sini kerana nanti kami perlu buat seperti sekolah kami sendiri. Tidak ada lagi orang atau guru-guru di sini menunjukkan tempat-tempat berlatih gymnastik dan ballet. Senang cerita, kami yang dah besar panjang ni perlu berdidikari sendiri dan buat hal sendiri. Janji berlatih betul-betul dan bagi menang dalam pertandingan tersebut.

"You can also practice here. And on the 3rd floor is the ballet studio. Come on, let me show you all.” Kami semua mengikut lagi langkah Miss Paul. Dia mahu menunjuk pada kami tempat studio ballet pula.

Sampai di aras 3, kami semua dijemput masuk ke dalam studio ballet itu. Mahu terbeliak biji mataku melihat. Besarnya tempat dia. Mungkin cukup-cukup dalam 200 orang.

"Signorina, ho finito di esercitarmi. Tornerò." Ujar seorang gadis Italy pada Miss Paul. Cantik dia dengan berpakaian dress ballet. Miss Paul hanya mengangguk dan membenarkan gadis itu pergi. Aku hanya menayang muka blur. Tak faham satu apa.

"Oky, this is studio ballet." Ujar Miss Paul. Tak lepas-lepas aku memandang sekeliling studio besar ini. Ah, kalau buat banyak kali pusingan ballet turns memang best ni. Tapi, tunggu lah tiba masanya pening sampai tak boleh nak berjalan. Kepala terus terasa terhuyung-hayang.

"Ok, everyone. That is all I can convey to you all. If there is any problem, you can all ask me. By the way, good luck guys!" Ujar Miss Paul sambil tersenyum manis pada kami semua. Dia terus meminta diri untuk pergi. Memberi kami untuk melihat dahulu studio ballet yang luas dan besar ini.

Lega sedikit di hati ini. Besar lah juga tempat aku nak berlatih ni. Kalau sesat ni, hm tak balik terus lah gamaknya. Studio dia pun besar. Gelanggang gymnastik dia pun sama. Dah tak payah nak cakap. Memang besar dan luas.

"Ah, kalau macam ni kita hari-hari berlatih di tempat macam ni, rasanya boleh menang kut." Ujar Tiya sambil berjalan ke tengah-tengah studio tersebut. Ada 3 orang wanita masih lagi sibuk berlatih bersama-sama rakannya.

"Insya-Allah, kita boleh. Nanti bawa balik Malaysia semua hadiah yang kita dapat. Baru lah mereka di sana bangga dengan kita." Aku menilik diriku di cermin besar berhadapan denganku.

"Betul tu. Tapi, jangan lupa bawa sekali calon bakal suami kau tu. Jangan lupa tentang tu." Tersentak aku mendengar kata-kata Tiya itu. Ah, aku dah cuba melupakan tentang itu tetapi kenapa Tiya boleh cakap pula pasal itu?

Otak kembali teringat di sana. Teringat dekat ayah, Zyan dan tentang perkahwinan itu. Kalau aku balik, aku akan terus menjadi tunang orang dan tak lama lagi aku juga akan jadi isteri orang. Bakal suami aku juga ialah Zyan. Kawan baik sendiri.

Ni buat aku rasa tak nak balik Malaysia semula. Rasa nak aje aku tinggal di sini sampai bila-bila. Tapi, duit yang ayah bagi ni pun cukup-cukup untuk aku belanja di sini. Apartment yang kami duduk tu pun free kerana yang membayar semua itu daripada pihak sekolah ballet dan gymnastik kami yang di Malaysia. Mereka yang bantu kami sampailah kami sudah berada di sini.

Tapi, aku tetap akan menukar Zyan itu kepada orang lain. Aku tidak mahukan bakal suamiku ialah kawan baik sendiri.

Zyan.

Tak, aku tidak mahukan lelaki itu. Aku setuju kahwin tetapi bukan dengan Zyan. Akanku tukarkan bakal suamiku dengan orang lain. Bukan lelaki itu dan bukan Zyan!

"Oi!" Terkejut aku dengan sergahan Tiya. Jelingan aku berikan padanya. Terkejut! Suka sangat bagi aku terkejut si makcik Kiyah ni, nasib baik lah aku tidak sakit jantung. Kalau tak, mungkin aku dah tak ada dekat dunia ni.

"Amboi, sempat lagi berangan ya? Dah, jom. Kita ada aktiviti seterusnya." Lenganku ditarik. Aku masih bingung. Nak ke mana?

"Kita nak pergi mana?” Soalku pada Tiya.

"Tukar baju lah. Miss Liya suruh kita practice gymnastik. Esok kita dah boleh mulakan latihan ballet di sini." Jelas Tiya. Kami bersama-sama masuk ke dalam bilik persalinan tersebut.

Melihat Fiqah sudah siap dengan pakaian sukannya. Puteri dan Nurul juga sudah siap. Cuma aku aje yang belum siap kerana habiskan masa dengan mengelamun panjang tadi. Huh...

Masuk aje di dalam bilik persalinan itu, semua muka-muka anak Italy. Ada sesetengah muslim girl dan ada juga orang luar negara. Pelbagai antara bangsa aku melihat mereka semua ini. Rasa kekok pula hendak berkawan dengan mereka entah apa lagi mahu bersuara.

Aku hanya senyum manis pada seorang gadis Italy yang sedang sibuk mengemas barangnya di dalam locker. Dia juga turut membalas senyuman daripada aku. Lega sikit hati ini jika mereka semua orang yang baik dan peramah.

********

"Semua diminta berkumpul di sini ya. Miss ada benda nak bagitahu pada kau orang semua." Miss Liya mengarahkan kami berlima berkumpul di hadapannya. Aku meneguk air di dalam botol. Dahaga dan penat. Selesai juga latihan kami gymnastik pada hari ini.

Kini masa untuk pulang tetapi Miss Liya ada sedikit pengumuman untuk kami. Aku pula rasa tidak sabar hendak pulang. Penat. Badan pun dah rasa sakit-sakit kerana sudah lama aku sudah tidak buat gymnastik.

"Miss ada benda sedikit nak bagitahu kat korang. Mungkin Miss tiada di sini dalam 2 minggu. Miss akan ke Florence kerana Miss ada meeting dengan mereka di sana untuk pertandingan ini. Kerana pertandingan ini juga tidak lama lagi akan berlangsung, lebih kurang dalam bulan depan kita akan bermula bertanding. Sebab itulah Miss nak korang semua berlatih betul-betul. Ada yang pergerakan salah tu tolong betulkan kerana kita tidak ada banyak masa lagi. Miss harap sangat-sangat sepanjang Miss tiada di sini Miss harap korang semua boleh buat dan berjaya bertanding dengan mereka nanti." Ujar Miss Liya panjang lebar dengan nada separa merayu pada kami berlima.

Aku tahu, tadi pun ada yang main-main dalam melakukan latihan tersebut. Kalau kalah, sia-sia je datang sini. Aku mengeluh kecil. Benar kata Miss Liya, kami tidak boleh bermain-main. Dan perkara ini juga ialah impianku. Ballet tetap di hati dan aku juga tidak boleh kalahkan tentang ini.

Tunjukkan pada mereka semua Bella, yang kau boleh!

"Dan, sepanjang waktu saya tiada saya nak seseorang menjadi ketua dalam kumpulan ini. Saya akan pilih orang itu..."

Aku mula berdebar-debar. Siapakah yang bertuah itu dapat menjadi ketua dalam kumpulan ini? Ah, aku tak rasa aku. Melihat wajah Fiqah penuh dengan keyakinan diri.

"Siapa Miss?" Soal Tiya yang sudah tidak menunggu lama.

"Bella Brianna."

Tersentak aku seketika. Aku? Kenapa aku? Ah, aku jadi ketua kumpulan? Bibirku ketap. Melihat wajah Fiqah sudah berubah tidak puas hati. Tajam dia jeling ke arahku. Ah, kesah apa aku? Aku patut beruntung kerana dapat jadi ketua kumpulan ini.

Tetapi perlu bertanggungjawab jika ada anak-anak dara orang hilang di Italy ini. Haih, itu lah salah satu masalahnya. Nak ke si Fiqah tu dengar kata aku?

"Bella, awak ok?" Soal Miss Liya apabila melihat wajah aku seperti enggan untuk setuju.

"Err...Ok, Miss." Lebar aku senyum. Melihat wajah Tiya juga turut gembira. Dia selamat lah tak ada apa-apa nak buat atau bertanggungjawab. Aku ni? Uh...

"Oky, good. Apa-apa maklumat Miss akan bagitahu pada awak ya, Bella. Dan awak akan umumkan pada kawan-kawan awak yang lain. Saya harap sangat anda semua dapat membantu dan bekerjasama dengan Bella. Jalankan hidup anda seperti biasa. Jadual kelas Miss akan bagi pada korang semua. Miss tidak akan lama di sana, insyaAllah paling lama pun dalam 2 minggu begitu." Ujar Miss Liya lagi.

Kami hanya mengangguk. Jadi, kenalah biasakan diri tinggal di sini. Buat aje lah di sini seperti Malaysia walaupun sebaliknya aku sedikit kekok dengan orang awam di Italy ini. Semua buat hal sendiri tidak seperti di kampungku. Tahu membawang aje.

"Oky baik Miss." Serentak kami berlima bersuara. Melihat wajah Miss Liya manis dengan senyumannya.

"Oky, anda semua boleh balik. Masing-masing dah tahu jalan balik ke apartment kan? Jadi, kau orang boleh balik dahulu ya. Berehat." Arah Miss Liya. Kami hanya mengangguk. Mengikut arahannya. Masing-masing ke bilik persalinan menukar baju sebelum keluar daripada sekolah besar ini. Dah macam tempat universiti pula.

Keluar aje daripada sekolah itu, aku melihat Fiqah, Puteri dan Nurul sudah bercadang mahu ke destinasi lain. Aku sedikit berkerut dahi. Bukan ke Miss dah cakap tadi dengar arahan daripada aku. Ni buat aku naik angin ni!

Degil betul lah budak-budak ni. Kalau tiba-tiba mereka bertiga hilang disebabkan degil tak dengar kata aku bagaimana? Aku juga kena bertanggungjawab.

"Eh, kau orang nak pergi mana? Miss suruh balik ke apartment la. Jangan buat hal woi! Ni negara orang bukan Malaysia." Jeritku pada mereka bertiga yang sudah berlari anak ke tempat perhentian bas. Aku pula panas hati saat ini.

Tak kesah lah kalau ada orang dengar suara aku yang kuat ini sekalipun. Ini Italy, bukannya mereka faham pun apa yang aku cakap. Kalau ada orang Malaysia yang sesat dengar suara aku tu nasib lah.

"Err...Kak Bella. Kita orang nak pergi jalan-jalan kejap boleh? Kitaorang janji kitaorang akan balik awal sebelum pukul 6 petang. Kak Bella jangan risau, dekat-dekat sini aje kami pergi jalan-jalan." Sempat Nurul bersuara padaku dan mereka bertiga terus berlari ke tempat perhentian bas.

Mereka tidak menunggu lama di situ kerana kelihatan bas daripada jauh sudah ada dan semakin menghampiri dihadapan mereka. Sampai aje di hadapan mereka, mereka bertiga terus naik bas tersebut dengan perasaan yang sungguh gembira tetapi langsung tidak pedulikan dengan perasaan aku yang sekarang sudah mendidih api kemarahan!

Kurang asam punya budak! Dah lah degil tak dengar arahan daripada orang. Lepastu, pergi jalan-jalan tak ajak! Aku doakan biar mereka bertiga kena culik. Padan muka! Sempat aku bebel di dalam hati. Masih tidak puas hati pada mereka. Aku yakin, Fiqah yang ajak mereka. Sengaja betul minah tu!

"Dah lah, biarkan aje mereka tu. Nanti sesat baru lah tahu nak call kita minta ambil. Dah, jom balik apartment. Kita rehat-rehat dulu lepastu kita pergi jalan-jalan. Aku rasa, ada masa lagi setengah jam untuk kita rehat. Nanti aku carikan tempat yang best-best. Tak ada lah kita rasa sia-sia datang dekat sini. Jom!" Lenganku terus ditarik oleh Tiya.

Aku hanya akur. Mengikuti jejak ke mana Tiya mahu pergi. Tudung yang kemas terlilit di kepalaku sedikit terselak dek angin yang sangat kuat tetapi sungguh lembut dan dingin.

Aku kembali selakkan tudung tersebut ke belakang. Takut leher dan anak rambut ternampak pula. Dah lah dekat sini angin kuat dan dingin. Mahu ketar satu badan.

Dalam perjalanan kami berjalan kaki mahu pulang semula ke apartment, langkahku mati apabila langkah Tiya mati secara tiba-tiba. Aku memandangnya di sebelah yang sudah terlopong luas. Apa yang dia terkejut sangat tu?

"Eh, Bella. Tu macam Zyan lah. Cuba kau tengok tu..." Ujar Tiya lalu menunding jari ke arah yang dikatakan olehnya. Berkerut-kerut dahiku dengan kata-kata Tiya itu.

Nama itu sudah pupus di dalam kotak fikiranku. Kenapa Tiya boleh mengingatkan kembali nama itu padaku? Aku mendengus kasar lalu menoleh memandang ke arah yang Tiya katakan. Seorang lelaki yang berpakaian suit kemas yang sangat mirip dengan Zyan sedang bersembang dengan seseorang lelaki yang turut juga berpakaian kemas. Aku tak rasa itu dia. Mungkin Tiya salah orang. Tak akan lah Zyan tu gila sangat sampai ikut aku ke sini pula?

"Zyan kan tu? Aku rasa aku tak salah orang, tu Zyan la." Ujar Tiya lagi mahu mengambil kepastian pada kata-katanya sendiri. Aku yang memandang meneguk liur seketika. Macam tak percaya aje itu Zyan.

Tapi, melihat daripada segi pakaiannya yang berpakaian kemas dengan cermin mata hitamnya itu membuatkan aku kembali teringat pada malam semalam. Pada waktu dinner. Ya, pakaiannya sama seperti lelaki itu dan juga berkaca mata hitam.

Adakah itu Zyan?

"Tak, aku tak rasa tu Zyan. Kau salah orang ni Tiya. Dah, jom la balik. Aku penat la." Rengekku lalu menarik lengan Tiya. Tetapi, Tiya tetap berkeras mahu berjumpa dengan lelaki itu mahu mengambil kepastian adakah lelaki itu benar Zyan atau pelanduk dua serupa Zyan?

"Eh, jap. Aku tak rasa aku salah. Aku rasa itu betul Zyan."

Aku tepuk dahi sendiri. Rasa nak ketuk-ketuk aje dahi makcik Kiyah ni. Kalau nak siasat seseorang tu bukan main lagi laju kerja dia ya.

"Zyan!" Jerit Tiya memanggil nama Zyan. Sangkaanku itu bukan Zyan. Malu aje si makcik Kiyah ni panggil nama Zyan lepastu lelaki tu tak pandang sebab dia bukan Zyan. Ah, rasa nak aje aku lari balik ke apartment. Tak nak mengaku yang aku kawan baik Tiya. Malu! Dah lah suara dia kuat macam lelaki. Kalahkan lelaki!

Terkejut besar aku saat ini. Berderau darahku melihat Tiya berlari mendapatkan lelaki itu. Ya Allah, makcik Kiyah ni betul-betul dah buat hal la! Aku sudah tidak tentu arah. Bermacam-macam perkara aku sudah fikir saat ini. Buatlah lelaki itu benar Zyan macam mana? Tapi, kalau benar itu Zyan, apa yang dia buat di sini?

Teragak-agak untuk aku melangkah mendapatkan Tiya yang sudah menghampiri Zyan.

"Eh, Tiya. Kau buat apa kat sini?" Suara Zyan menyapa Tiya.

Makin terkejut besar aku apabila dapat tahu yang lelaki itu benar Zyan. Aku hanya berdiri di belakang Tiya. Tidak mahu berhadapan dengan lelaki itu. Hanya menunduk dan aku langsung tidak berani mengangkat wajah. Biar lah Zyan tertanya-tanya siapa orang yang berada di belakang Tiya itu. Aku tidak mahu mengangkat wajah.

Jantung makin hebat berdetak. Sumpah saat ini aku terkejut sangat-sangat apabila dapat tahu yang lelaki itu ialah Zyan. Tetapi, apa yang dia buat di sini? Dia ikut aku ke? Jangan cakap yang Zyan ialah orang upahan ayah untuk menjaga aku di sini? Ah, jantungku saat ini sudah tidak aman. Nak aje aku melangkah pergi tetapi rasa tidak sopan pula kerana aku yakin Zyan sudah nampak aku di belakang Tiya. Nanti dia ingat lain pula.

"Oh, ya. Aku ada pertandingan ballet di sini. Aku dan Bella terpilih. Bukan aku dan Bella aje, tapi ramai lagi yang masuk.” Cerita Tiya.

Aku langsung tidak memandang wajah Zyan jadi aku tidak tahu reaksi wajah lelaki itu bagaimana. Entah kenapa, aku rasa malu pula setelah ayah berjumpa dengan dia dan berkata mahu kahwinkan aku dengan lelaki itu.

"Wow, serius la? Tak sangka kau orang dah sampai ke pertandingan ballet di negara ni. Wah, aku kagum dengan kau orang berdua. Congrats and goodluck." Ujar Zyan mesra.

"Ni, kau pula buat apa kat sini? Tak sangka juga boleh terserempak dengan kau dekat sini. Jauh benar ya kita boleh berjumpa.” Soal Tiya pula sambil ketawa kecil dihujung ayatnya. Aku yang masih terpaku di belakang Tiya sedang mengutuk makcik Kiyah itu di dalam hati.

Dah tahu lelaki tu Zyan diam-diam aje la. Bukannya dia tidak tahu yang aku sekarang ni tengah bergaduh dan malu untuk berdepan dengan lelaki itu. Ke dia sengaja buat begini? Sengaja nak bagi aku bertemu dengan Zyan? Isy, geramnya aku! Tunggu lah sampai di rumah nanti aku koyak-koyak mulut dia.

"Errr..." Kedengaran suara Zyan seperti gagap untuk mengungkapkan jawapan tersebut.

Aku rasa tengkuk ni dah sakit sangat daripada tadi asyik menunduk. Perlahan-lahan aku angkat wajah. Berharap sangat Zyan tidak pandang aku yang sudah mengangkat wajah mencuba memandangnya. Tetapi....

Aku salah!

Aku dan dia saling berpandangan membuatkan aku terpukau untuk melihat wajahnya. Lama juga kami bertentang mata. Zyan membuka kaca mata hitamnya lalu membalas renunganku. Pandangan yang dapatku rasakan iaitu pandangan lembut. Wajahnya pun lembut.

Entah kenapa, aku rasa mahu sahaja bertentangan mata dengannya lama-lama walaupun sebaliknya hati cuba sedang mengalihkan pandangan itu. Tetapi, mata tetap degil mahu membalas renungan tersebut.

"Oi! Kalau dah ter fall in love tu jangan lah depan-depan aku. Orang single ni. Hormat sikit!” Ujar Tiya menyedarkan aku dan Zyan daripada saling berpandangan.

Cepat-cepat aku alihkan pandanganku. Saat ini rasa nak aje aku patahkan leher makcik Kiyah dihadapanku ini. Pandai-pandai aje dia cakap aku sudah fall in love dengan Zyan. Ah, geram!

"Errr...Zyan. Awak buat apa kat sini?” Entah kenapa, mulut ini gatal sangat hendak bersuara. Zyan terkebil-kebil memandangku tetapi aku cuba melarikan pandangan daripadanya. Tidak mahu lagi membalas pandangannya.

"Errr....Saya..." Dia mula bersuara dalam keadaan yang sedikit gagap. Aku sudah mulai rasa sesuatu. Tajam aku merenungnya yang sudah terkebil-kebil itu. Sepanjang kami berkawan rapat daripada sekolah dahulu hingga sekarang dia langsung tidak pernah sedikit pun menipu aku dan Tiya. Kami berkawan rapat dan kami juga akan jujur sesama rakan baik. Tidak mahu ada salah seorang sahabat baik yang tipu atau menyorokkan sesuatu daripada kami.

"Awak lah orang upahan ayah, kan?” Soalku laju sambil merenung tajam ke arahnya. Aku sudah 'syak' sesuatu. Gila lah dia datang jauh-jauh ni lepastu boleh terserempak dengan kami di sini. Kalau dia bukan orang upahan ayah, aku mahu tahu kenapa dia datang ke sini? Ada hal apa dia datang ke sini? Kalau bukan apa-apa hal penting dia datang ke sini, aku 'syak' yang dia orang upahan ayah!

Siapa yang kenal Zyan tu tahu² je lah dia kerja apa sebenarnya...muahihihi *emoj senyum jahat

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience