"You Bella, right?" Soalnya sambil menjongketkan kening sebelah. Aku teragak-agak mengangguk. Tetapi, aku sedikit rasa tidak selesa dalam keadaan begini.
Aku berdehem beberapa kali. Dia yang mengerti itu lantas memberi aku berdiri seperti biasa. Dia pula membetulkan kot hitamnya yang tersarung ditubuh itu. Aku sedikit menunduk. Senyuman segaris terukir dibibir. Maniskan wajah walaupun terpaksa.
"Wow, I tak sangka dapat jumpa dengan you lagi, Bella. Setelah bertahun-tahun kemudian, akhirnya dapat juga jumpa dengan you lagi. You tak kenal I ke?" Mesra lelaki itu berbicara padaku bagaikan aku ini kawan baiknya dahulu.
Aku sedikit berkerut dahi. Rasa macam kenal lelaki dihadapan aku ini tapi aku langsung tidak ingat dia siapa. Tapi, melihat dari gaya dia bercakap seperti dia dah kenal aku lama.
Lambat-lambat aku menggeleng. "Sorry, saya tak kenal awak siapa.” Masih bingung. Siapakah lelaki dihadapan aku ini?
Dia kenal aku ke? Pasti lah dia kenal aku. Kalau dia tak kenal aku, pasti dia tidak mengetahui nama aku. Aku yakin dia kenal aku tapi aku sedikit bingung. Wajahnya aku kenal, tapi dia siapa ya? Di mana ya muka ini aku pernah jumpa. Ah, otak dah semakin jammed untuk berfikir sejenak.
Aku meneliti lelaki dihadapan aku itu dari atas sampai bawah. Wajahnya nak dikatakan orang cina aku rasa tidak kerana wajahnya putih bersih. Tapi matanya tidak sepet, jadi tidak nampak dia macam kacukan china. Kacak? Ah, semestinya. Jangan terjatuh cinta pulak! Ingat itu Bella!
Berpakaian suit kemas serba hitam dan berkemeja putih di dalam kot hitamnya. Siapakah lelaki ini ya? Aku masih tertanya-tanya. Wajah lelaki dihadapanku itu juga kerut-kerut apabila aku meneliti dia dari atas sampai bawah.
"Err...Serius you tak kenal I?" Soalnya kembali mengambil kepastian yang aku benar-benar tidak mengenalinya. Cuba diingat-ingatkan kembali kerana aku macam kenal wajahnya ini tapi aku lupa. Aku ni mana lah ada kawan lelaki sebab itu lah aku tak seberapa kenal lelaki yang kenal aku selama ini. Keluar rumah pun jarang-jarang. Macam mana nak berkenalan dengan orang luar.
Lelaki itu ketawa kecil apabila aku menggeleng kepala yang aku langsung tidak mengenalinya.
"Hei, saya Zyan lah. Kawan sekolah awak dulu. Tak ingat?"
Aku sedikit terlopong. Terkejut. Lama aku merenung dia. Dia ketawa kecil melihat riak wajahku yang sudah terkejut beruk ini. Ah, pastilah aku kenal dia. Kawan baik aku dulu ni! Rapat gila aku dengan dia. Tapi, kawan pun senyap-senyap agar ayah tidak tahu.
Haih, dulu seksa nak berkawan dengan lelaki. Aku bukan gatal-gatal nak berkawan dengan lelaki. Tapi, aku nak kawan dengan lelaki ini atas bersebab. Sebab nak minta kerja sekolah. Ada yang sporting tu boleh lah tiru jawapan hihihi. Tapi, tak silap aku Zyan seorang sahaja kawan lelaki aku daripada sekolah dahulu.
Kalau cakap dengan Tiya ni, dia orang pertama yang seronok habis. Dia dengan Zyan rapat, kawan baik. Tapi, aku dengan Zyan sedikit kurang rapat. Jadi, tahu-tahu lah sebab apa ya.
"Ya Allah, Zyan!" Jeritku gembira. Kalau dia perempuan, memang aku peluk dia kuat-kuat biarlah dia tak bernafas pun aku tetap peluk dia sampai aku puas. Rindu benar aku dengan dia. Tapi, nasib baik dia lelaki.
Zyan ketawa lagi apabila melihat aku sudah tahu dia kawan baik aku dahulu. Ya Allah, dah lama betul aku tak jumpa dia. Rindu nya!
"Kenal dah?"
"Mesti lah. Awak kawan baik saya kut! Tapi, macam mana awak boleh 'cam' dan masih kenal muka saya? Dah lama kut kita tak jumpa. Selepas habis sekolah, terus terpisah.” Tertanya-tanya juga. Ah, respect lah aku dengan Zyan ni. Masih mengingati wajah-wajah sahabat baiknya walaupun hampir bertahun-tahun tidak berjumpa.
Zyan hanya senyum kecil. "Muka awak ni daripada dulu hingga lah sekarang tak pernah berubah. Cantik. Sebab itu lah saya ingat selalu muka cantik awak ni.”
Kembang kempis hidung aku saat ini. Ini pertama kali juga lelaki memuji aku. Entah kenapa, kalau bersama lelaki untuk pertama kali aku rasa canggung sangat-sangat. Aku tersipu-tersipu malu. Rasanya aku ni tak seberapa cantik pun. Biasa aje. Buta kut si Zyan ni.
Dia ketawa lagi. Aku juga turut ketawa. Ketawa yang dibuat-buat. Terasa diri ni bodoh pula. Dia yang dah kawan lama dengan aku dahulu bila kembali jumpa setelah lama berpisah dia pula yang kenal wajah aku. Aku pula yang tidak kenal wajah dia sedangkan dia kenal aku. Haih, bodohnya kau ni Bella.
"Tak sangka betul dapat jumpa dengan awak lagi.” Ujarku gembira. Dia hanya senyum lebar.
"Mungkin kita ada jodoh.” Bicara Zyan selamba buatkan jantung aku tidak aman. Aku sedikit tersentak. Riak wajahku yang tadi penuh dengan senyuman kini semakin pudar. Hanya sengih paksa. Rasanya aku tak salah dengar apa yang dikatakan oleh Zyan tadi.
Zyan ketawa lagi. "Errr...Awak ada masa tak? Saya nak bawa awak minum dekat cafe mana-mana. Rindu dekat awak dah lama tak jumpa.”
Ya, tipu lah kalau aku tak rindu dekat dia. Kawan baik aku kut. Dia dah banyak sangat tolong aku selama ni. Dulu aku gagal dalam exam, dia lah yang banyak bantu aku sampailah aku berjaya.
Sempat aku menilik jam di pengelangan tanganku. Sudah mahu pukul 2. Adakah aku ada masa sebelum pukul 6 petang ini? Kerana ayah tahu pukul 6 petang kelas akan tamat dan aku perlu segera pulang. Jadi, mungkin boleh kut untuk aku keluar sekejap dengan Zyan sebelum pukul 6 petang.
Rasa serba salah juga nak tipu ayah kerana ini pertama kali aku menipu ayah. Ah, sekali aje. Lepas ini aku janji tak buat lagi. Hihihi.
"Boleh.” Aku setuju dengan pelawaannya.
"Okey jom.”
"Err...Tapi...” Aku sedikit gagap. Kaki aku ni macam mana pula ya? Dah lah rasa sakit masih tidak hilang. Bila berjalan sedikit pun dah rasa macam kaki ni nak patah. Ah, sakit!
Zyan berpusing kembali lalu memandangku dengan kerutan dahinya.
"Kenapa?”
"Errr...Tadi saya terseliuh. Sakit lah pula kalau nak berjalan jauh.” Bicaraku sedikit gagap.
Zyan tersenyum kecil lalu kembali mendapatkan aku yang masih tidak melangkah walaupun setapak.
"Kalau macam tu, saya dukung awak la."
Gulp!
Berderau darah aku apabila dia cakap begitu. Jantung sudah aktif makin laju. Aku ketap bibir. Melihat Zyan sudah melepaskan tawanya apabila melihat perubahan di wajahku. Cuak!
"Kalau macam tu kita singgah ke klinik dulu. Check kaki awak tu. Lepastu kita pergi minum.” Tangannya dihulurkan padaku. Aku pula yang berkerut dahi nak sambut. Haram!
Gila ke apa mamat ni? Tak silap aku dia memang islam walaupun muka dia ada iras kacukan mat salih. Aku ketap bibir. Memang tidak lah nak sambut tangannya itu.
Dia lepaskan lagi tawanya. Haih, memang sengaja betul lah dia ni nak kenakan aku. Dulu sewaktu sekolah dia tidak lah begini. Dulu dia seorang yang pendiam.
Ramai para wanita tergila-gila kan dia?
Ya, benar. Ramai sangat dahulu sukakan dia. Tetapi, entah kenapa aku dan Tiya boleh melekat pula pada mamat ni. Melekat sebagai kawan baik, bukannya bercinta!
Entah kenapa, ramai sangat takut padanya dahulu. Tukang pembuli pun takut nak buli dia kerana wajah dinginnya dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah. Tapi kalau nak cakap kacak tu memang kacak lah.
Tapi, aku langsung tidak ada perasaan terhadapnya. Sedikit pun tiada. Hanya anggap sebagai kawan rapat. Kawan sekolah. Dan kini juga dia tetap kawan baik aku. Melihat perbezaannya memang sangat lain. Berubah dan berjaya buatkan aku tidak kenal dia yang sudah berubah penampilannya. Sangat-sangat berbeza daripada yang dulu, seorang nerd dan sekarang ke seorang jejaka kacak.
Makin berkerut dahiku apabila melihat dia menanggalkan kot hitam yang tersarung ditubuhnya itu lalu diletakkan di atas bahuku. Perlahan-lahan dia menyentuh bahuku yang berlapik dengan kot hitamnya itu lalu dipapah aku untuk berjalan.
Alhamdulillah, dia masih menghormat diriku sebagai seorang wanita. Aku senyum kecil ke arahnya.
********
Memang telan liur aku saat ini. Sumpah, ni pertama kali aku naik kereta mahal. Ayah juga mempunyai kereta mahal tetapi tidaklah semahal seperti kereta Zyan. Cantik. Aku pasti ini kereta mahal. Sport car.
Tengok dari segi pakaian Zyan pun aku dah tahu pasti dia bekerja pangkat tinggi. Ah, untung lah dia. Tetapi, dia pernah kata yang dia tidak mempunyai ibu bapa sejak kecil lagi. Dia duduk pun bersama makcik saudaranya.
Kini makcik saudaranya pun telah tiada dan dia tinggal keseorangan. Tetapi mampu sara hidup sendiri dan berdidikari.
Untung betul siapa yang dapat Zyan ni. Dah lah kaya. Kacak? Memang dah tak payah cakap la. Muka tu kalau ditayang selalu mahu cair para-para wanita di luar sana.
*********
"Terima kasih Zyan bawa saya pergi klinik dan belanja saya minum. Nanti saya bayar balik duit yang awak dah tolong saya tu dan belanja saya ni."
Air hazelnut latte aku hirup sambil mata memerhatikan sekeliling cafe ini. Entah kenapa, rasa sedikit canggung bersama lelaki. Ini pertama kali aku keluar bersama lelaki.
Zyan hanya senyum kecil. "No, it's okay. Saya ikhlas tolong awak, Bella. Hah, ni saya nak tanya. Macam mana kaki awak tu boleh terseliuh?" Soalnya. Aku masih teragak-agak untuk menjelaskan tentang itu pada Zyan.
Haih, malunya kalau aku cakap aku ni tidak bekerja walaupun result SPM lulus. Tetapi pastilah dia akan tanya juga kenapa tidak kerja? Tak akan nak cakap ayah tak bagi. Malu lah pula. Nanti dia ingat aku ni anak ayah dan dikongkong duduk di rumah sampai ke tua.
"Hello, Bella.” Terkejut aku apabila Zyan memetik jari dihadapan mukaku. Haih, sempat lagi aku mengelamun. Malunya!
"Err...Sorry, Zyan. Err...Apa yang awak cakap tadi?" Perasaan malu dah mula tebal di hati. Zyan hanya sekadar ketawa kecil.
"Saya tanya, kenapa dengan kaki awak tu? Macam mana boleh terseliuh? Doktor kata kaki awak tu banyak sangat luka. Macam mana boleh teruk sangat jadi begitu? Saya tak rasa itu hanya terseliuh." Ujar Zyan bagaikan tidak percaya yang kakiku terseliuh tetapi sebaliknya ada seseorang yang tidak puas hati dengan aku sewaktu aku sedang berlatih dalam latihan ballet. Siapa lagi kalau bukan Fiqah.
"Err...Kaki saya ni terseliuh sebab..."
Nak bagitahu ke tak ya? Isy, malu lah aku kalau dia ketawakan aku sebab aku tak bekerja dan jadi seperti anak rumahan sedangkan aku ni dah genap umur 24 tahun. Dah nak tua! Pasti dia ingat aku ini anak beban keluarga.
"Sebab apa?" Soalnya ingin tahu sambil menjongketkan kening sebelahnya.
"Err...Sebab terseliuh sewaktu saya menari ballet." Kataku sambil menunduk dan menutup mata rapat-rapat. Pasti dia akan ketawakan aku. Bersedia lah telinga ini menerima tawa ejekan daripada kawan baik sendiri.
Aku buka kembali mata. Memandang wajahnya. Tetapi, wajahnya berubah. Berubah terkejut dan terselit tidak percaya. Aku pula yang berkerut dahi. Kenapa? Perempuan tak elok ke menari ballet? Salah? Haram? Tak silap aku, boleh aje tetapi pastikan penari ballet muslimah tertutup aurat dan tidak ketat. Lagipun, itu lah impianku. Ballet and gymnastik.
"Ballet? Awak menari ballet ke? Ballet dance?" Soalnya bertalu-talu seperti tidak percaya. Sedikit pun aku tidak nampak dia mengeluarkan tawa mengejek aku. Malah wajahnya bertukar terkejut.
"Errr...Ya..." Tergagap-gagap aku jawab. Kenapa dengan mamat ni? Terkejut beruk pula bila aku cakap macam tu? Aku tak rasa aku seorang sahaja wanita yang suka menari ballet dan gymnastik. Ramai lagi di luar sana yang berbakat lebih tinggi daripada aku yang baru lagi bertatih.
"Wow, very nice. Tak sangka yang awak berbakat juga dalam gymnastik dan ballet semua tu. Patut lah kaki awak teruk lukanya. Rupa-rupanya baru lepas menari ballet. Eh, kat mana awak punya studio ballet tu? Kalau saya berminat nanti saya nak la belajar dengan awak, Bella."
Amboi, melihat wajahnya gembira sungguh. Kalau orang lain aku cakap begitu pasti mereka memandang rendah pada wanita yang menyukai gymnastik dan ballet ini. Hanya berminat tentang itu sahaja. Kalau soal kerja langsung tidak diambil peduli, seperti aku. Semua memandang rendah tentang itu sebaliknya mereka tidak tahu sesuatu apa yang kita akan dapat jika kita berjaya tentang semua itu. Ikut minat dan berusaha insyaAllah akan berjaya!
"Eh, tak ada lah. Saya ni baru aje masuk kelas ballet dan gymnastik semua tu. Baru lagi. Dan kelas tu pun tak ada lah jauh daripada cafe yang kita duduk ni. Dekat aje. Tempat yang saya terlanggar awak tadi." Ujarku merendahkan diri.
Tidak mahu Zyan memandang aku ini seperti aku sudah berjaya dalam menari ballet dan gymnastik. Aku ini masih baru. Hampir 2 tahun aku menari ballet dan gymnastik tapi tak semua aku pandai. Banyak lagi yang aku tidak tahu.
"Eh, salah tu. Saya yang terlanggar awak. Bukan awak yang langgar saya, sorry. By the way, saya kagum dengan awak. Susah tau nak cari perempuan yang sukakan ballet dan gymnastik ni. Mesti awak pandai menari ballet kan?"
Aku ketawa kecil. "Mana ada. Tak semestinya saya seorang sahaja yang pandai menari ballet dan gymnastik semua tu. Ramai lagi dekat luar sana yang berbakat lebih tinggi daripada saya."
Zyan hanya mengangguk perlahan. Mengeyakan kata-kataku. Dia menghirup kopinya. Aku juga teguk hazelnut latte aku sendiri. Membasah tekak yang sudah mula kering.
"Awak sekarang kerja mana? Ke sambung belajar?"
Ah, soalan itu aku harap sangat dia tidak menyoal padaku. Tetapi aku salah! Sekarang benar terjadi apa yang aku sangka. Dia akan soalkan pertanyaan itu. Lagipun dia kenal ayah aku macam mana. Garang!
Aku diam seketika. Terkebil-kebil aku mencari ayat untuk menukar topik. Aku tidak mahu menjawab pertanyaannya itu.
"Ni mesti kerja dekat syarikat ayah awak kan? Dah lah seorang gadis penari ballet. Berpangkat tinggi lagi. Untung betul siapa yang dapat awak ni. Cantik, comel."
Okey, hujung ayatnya sudah kedengaran lain macam. Cara dia pandang aku pun aku dah rasa lain macam. Apa kena dengan mamat ni? Cantik? Comel? Isy, aku rasa dia ni buta lah. Ke saje nak jaga hati aku?
"Eh, tak lah. Saya...err...saya tak kerja pun. Tengah mencari kerja. Ayah saya dah tak kerja. Dia berhenti sebab kesihatan dia yang tak seberapa baik. Err...Mana ada saya cantik. Awak ni Zyan, saje je kan nak jaga hati saya.” Ujarku sambil ketawa kecil. Sengaja buat begitu agar kecanggungan antara kami berdua dapat dihilangkan secepat mungkin. Entah kenapa, aku rasa kekok pula. Lagi-lagi pandangan mata dia yang merenung aku daripada tadi, rasa macam tak selesa pula.
"Oh, so sekarang ni awak tak kerja lah?"
"Ya..." Lambat-lambat aku jawab. Rasa malu pun ada.
"Ya, saya faham. Zaman sekarang ni susah sikit nak cari kerja. Apa kata awak kerja dengan saya?" Cadang Zyan buatkan hati aku loncat girang. Gembira. Ada orang pelawa mahu aku kerja bersamanya. Pasti lah nak. Tapi, satu aje masalah sekarang ni.
Ayah.
Hm, kalau ayah setuju dan izinkan aku bekerja pasti aku sudah terima pekerjaan yang ditawarkan oleh Zyan itu kepadaku. Siapa je tak nak? Mestilah nak. Nak juga merasa duit sendiri. Tak mahu lagi guna duit ayah. Teringin sangat nak beli sesuatu benda itu dengan duit sendiri kerana aku tidak mahu lagi menyusahkan ayah. Biarlah ayah simpan duit dia sendiri, aku tidak mahu lagi menyusahkannya.
"Kerja sebagai apa? Saya rasa saya tak layak kut. Ye lah, awak tu mesti pangkat tinggi, kan? CEO ataupun bos besar. Saya ni biasa-biasa aje." Ujarku merendahkan diri. Ya, aku biasa aje. Tak semestinya result SPM lulus dapat kerja bagus. Nak cari kerja zaman sekarang ni susah sangat. Untung yang dah dapat kerja senang-senang itu daripada aku yang sedang susah payah mencari kerja tetapi tidak diizinkan oleh ayah.
"Sebagai PA saya." Balasnya ringkas sambil menghirup airnya.
PA? Pembantu peribadi dia?
Aku terdiam seketika. Memikirkan kata-kata Zyan itu. PA dia? Kalau aku cakap dekat ayah ni, sah-sah lah ayah tak setuju dan tidak mengizinkan aku bekerja bersama Zyan. Sudahlah Zyan lelaki. Ayah pula tidak suka aku berkawan dengan lelaki.
"Oh, err...Zyan. Awak pun tahu kan ayah saya macam mana? Daripada dulu sampai sekarang perangai dia sama aje. Saya tak rasa ayah saya akan setuju dan izinkan saya kerja bersama awak." Ujarku dalam nada sedikit kecewa. Kecewa lah, rezeki sudah ada di depan mata tetapi pasti akan ada halangan.
"Ya juga. Hah, ni apa khabar dengan ayah awak? Dah lama betul tak jumpa dengan dia. But, it's oky. Tentang tu awak jangan risau, nanti saya cuba try tanya sendiri dekat ayah awak."
Ah, lelaki ini tetap berkeras mahu aku bekerja dengan dia walaupun aku sudah cakap yang ayah aku tak akan izinkan aku bekerja. Dia pun tahu perangai ayah macam mana. Isy, geram pula aku!
Aku hanya diam tidak menjawab kata-kata Zyan. Tapi, dapat aku lihat dia sedang merenungku dengan senyuman sedikit senget. Adakah itu senyuman sinis?
Sumpah, kali ini penampilannya berbeza daripada dulu pelajar seorang nerd. Tetapi berwajah dingin membuatkan semua pelajar yang kuat membuli takut untuk buli dia. Tapi, perbezaan dia sekarang dan dulu lain daripada yang lain.
Nampak semakin matang. Bertubuh tegap. Tinggi? Ah, pastilah. Aku rasa kalau nak dibandingkan dengan aku, pasti aku hanya paras dada bidangnya sahaja. Tinggi sangat dia ni.
Tanpa sedar, kami berdua sudah bertentangan mata. Tanpa aku sangka, aku juga turut membalas pandangannya. Ya Allah, macam mana aku boleh tak sedar ni?! Malunya!
Kami yang sudah menyedarinya, cepat-cepat melarikan pandangan. Dalam hati berkali-kali aku istighfar. Entah apa lah yang aku lihat daripadanya itu dan dia juga aku tidak tahu entah apa yang dia lihat daripada aku sampaikan tak lepas-lepas renung wajahku.
"Err...Bella." Dia mula bersuara buatkan jantungku mula berdegup kencang.
Lambat-lambat aku mengangkat wajah memandangnya.
"Sebenarnya..."
Ah, kata-katanya terhenti apabila telefon bimbit miliknya berbunyi. Aku sedikit mengeluh. Dapat kurasakan sepertinya Zyan ada sesuatu perkara penting yang dia hendak diberitahu padaku.
"Hello..."
Tak menunggu lama, Zyan terus mengangkat call dari si pemanggil tersebut. Aku melemparkan pandangan ke tempat lain. Tidak mahu masuk campur tentang perbualan Zyan bersama orang di dalam talian itu.
"Okay, saya datang sekarang."
Aku melihat wajah Zyan sudah tergesa-gesa. Apa yang dah terjadi sampaikan Zyan macam dah tak senang duduk apabila menerima panggilan daripada seseorang itu?
"Err...Bella. Jom saya hantar awak balik. Saya ada kerja sikit lah. Sorry tak dapat lepak lama dengan awak. InsyaAllah, kalau ada masa lagi kita lepak lama sikit ya. Jangan lupa ajak Tiya sekali." Ujarnya lalu mengangkat punggung. Aku juga turut mengangkat punggung. Pasti dia ada hal penting. Jadi terpaksa lah aku pulang.
"Oh, oky insyaAllah. Err...Zyan. Tak perlu lah hantar saya pulang. Biar saya balik sendiri aje. Tak nak lah susah-susahkan awak lagi. Tadi awak dah hantar saya pergi klinik. So sekarang biar saya balik sendiri.” Tolakku lembut sambil tersenyum lebar.
"It's okey, Bella. Tak menyusahkan pun. Jom.” Melihat dia seperti sudah memaksa dan melihat dari riak wajahnya jelas kelihatan ikhlas yang dia sudi menghantar aku pulang ke rumah. Nak tak nak, terpaksa lah terima. Dah orang pelawa tak akan lah nak tolak pulak?
********
"Terima kasih untuk hari ni awak dah belanja saya dan belikan ubat untuk saya.” Ucapku sebelum melangkah keluar daripada perut keretanya.
"No problem. Saya ikhlas tolong awak. Nanti jangan lupa letak ubat di kaki awak tu.” Aku hanya mengangguk lalu senyum manis padanya.
"Oh ya, Bella. Err...Saya nak nombor telefon awak boleh?"
Aku senyum lebar. Disebabkan dia kawan baik aku daripada sekolah lagi, aku bagi. Kalau dia orang luar yang baru sahaja kenal beberapa hari, memang tak lah aku nak bagi begitu sahaja nombor telefon aku pada orang luar.
Telefon bimbit milik Zyan diserahkan padaku. Terketar-ketar aku pegang telefon bimbit miliknya itu. Takut pula telefon mahal dia ni jatuh. Tak pasal-pasal kena ganti. Bukannya telefon bimbit NOKIA. Ni telefon bimbit IPHONE 13. Bukan calang-calang orang dia ni.
Aku hanya memiliki telefon bimbit IPHONE 5 aje. Itu pun dihadiahkan oleh ayah. Lepastu itu, terus aku tidak berani nak minta apa-apa lagi pada ayah. Tak mahu menyusahkan ayah. Cukup dengan apa yang aku ada sekarang ini. Bersyukur.
Nombor telefonku disimpan ke dalam telefon milik Zyan. Selesai aku letakkan nombor telefon aku di dalam telefon bimbit milik Zyan, aku terus menyerahkan kembali telefon itu pada Zyan. Tak boleh pegang lama-lama. Nanti terjatuh, ada satu masalah pula aku kena gantikan baru telefon bimbit lelaki itu.
"Thank you, nanti apa-apa saya call awak ya.” Ujar Zyan mesra. Aku hanya mengangguk.
"Oky, saya balik dulu ya. Thank you Zyan sudi hantar saya.” Ucapku lalu meminta diri untuk pergi.
Pergi sahaja Zyan daripada kawasan perumahanku ini, aku baru sedar sesuatu. Membulat mataku saat ini. Ya Allah, macam mana aku boleh lupa ni?! Zyan dah hantar aku depan rumah aku. Aku yakin, pasti ayah nampak aku pulang dan dihantar oleh Zyan. Ah, macam mana aku nak bagitahu ayah nanti ni? Apa alasan aku nak bagi pada ayah? Pasti ayah akan marah aku dan tidak beri aku keluar rumah lagi.
Perlahan-lahan aku masuk ke dalam rumah. Berharap sangat ayah tidak nampak yang Zyan hantar aku pulang tadi.
Tapi, aku salah. Memang benar hari ini hari nasib malangku. Haih, dugaan hidup.
Melihat ayah sedang duduk bersantai di atas sofa. Pintu rumah terbuka luas menandakan dia sudah nampak aku tadi bersama seseorang lelaki. Ah, terpaksa lah aku jujur daripada menipu dia pasti kena marah teruk nanti.
"Assalamualaikum, ayah." Ucapku. Kaki ni laju sahaja mengatur langkah naik ke tangga. Tidak mahu disoal macam-macam oleh ayah nanti.
"Waalaikumusalam. Tunggu dulu."
Haih, ayah ni macam tahu-tahu sahaja aku dah nak melangkah naik ke anak tangga. Teguk liur aku seketika apabila ayah mula berdiri dan menghampiriku.
"Kenapa balik awal ni? Siapa yang hantar tadi?" Soal ayah ringkas dan pendek tetapi mampu buat hati aku tidak tentu arah. Berdebar-debar nak jawab.
"Err...Bella balik awal sebab kaki ni terseliuh sewaktu Bella mulakan latihan di kelas tadi. Miss Liya suruh Bella balik awal.” Okey itu soalan pertama ayah, aku lepas menjawab soalan tersebut. Jawab satu-satu dahulu agar aku tidak takut untuk menjawab dan tidak gagap untuk bersuara. Tajam ayah memandangku sambil memeluk tubuh.
"Err...Yang hantar Bella tadi...err...kawan Bella.” Okey, untuk soalan kedua daripada ayah, aku sudah mula gagap untuk jawab. Berhati-hati.
"Lelaki ke perempuan?"
"Err...Lelaki, ayah.” Jawabku jujur. Dah tak boleh nak menipu sedangkan ayah sudah nampak tadi yang aku naik kereta lelaki. Aku yakin, ayah nampak yang aku naik kereta bersama lelaki. Kalau ayah tak nampak, pasti ayah tidak akan soal aku begini.
"Ta...Tapi ayah jangan risau. Dia kawan lelaki Bella dari sekolah lagi. Tak sangka dapat jumpa dengan dia sewaktu Bella nak pulang tadi.” Laju aku berkata agar ayah tidak mengesyaki sesuatu.
Ayah langsung tidak bersuara malah matanya memandang pada bahuku. Berkerut dahiku. Kenapa ayah pandang di bahuku? Ada apa di bahu aku? Tetapi entah kenapa bahuku terasa begitu berat bagaikan ada sesuatu pakaian tergantung di bahuku.
Kini mata menurun memandang di bahu. Terbeliak biji mataku melihat kot hitam Zyan masih kemas tergantung dibahuku. Ah, kenapa aku lupa nak pulangkan kot hitam Zyan ini? Ah, cuai! Ayah pun dah tahu. Tak akan nak tipu pula. Ini dah sah-sah lah kot lelaki. Pasti ayah akan fikir macam-macam. Aku teguk liur.
Cepat-cepat aku menanggalkan kot hitam yang masih berada kemas di bahuku itu. Ayah masih merenungku tajam. Aku sedikit menunduk. Tak dapat lagi nak tipu, aku harus berterus-terang pada ayah.
"Siapa nama lelaki yang hantar Bella balik tu?” Soal ayah dengan nada sedikit keras.
"Err...Zyan, ayah.” Sedikit gagap aku menyebut nama lelaki itu.
Wajah ayah serta-merta berubah. Wajah tadi yang begitu marah kini berubah biasa. Sebut aje nama Zyan ayah terus tak jadi marah. Kenapa ya? Ayah kenal Zyan ke? Kalau ikutkan memang ayah kenal Zyan sebab dulu ayah pernah berjumpa dengan lelaki itu. Kawan-kawan yang rapat dengan aku pasti akan kenal dengan ayah dahulu barulah kenal dengan aku. Ya, itulah hidup aku. Aku tidak merasa terkongkong tetapi aku merasa seperti dijaga. Ayah mendidik aku jadi orang. Jadi, aku tidak boleh menyalahkan ayah. Ayah lah orang kuat dan menjaga dan melindungi aku. Dan ayah juga cinta pertama dihatiku. Sikit pun aku tidak ada berdendam dengan ayah. Dia heroku di dalam hidup aku.
Teringin juga nak ayah seperti orang lain. Mesra bersama anaknya. Manja. Tapi tidak bagi aku yang mempunyai ayah yang begitu tegas. Cemburu juga melihat orang lain mempunyai ayah yang baik. Hm, apa-apa pun aku perlu terima takdir. Walau bagaimana sekali pun, aku tetap berasa bahagia walaupun terkongkong.
"Dah, pergi naik mandi dan solat. Lepastu, turun bawah. Ayah ada beli makanan sikit.” Ujar ayah lalu berjalan ke dapur. Aku sedikit berkerut dahi. Bingung.
Kenapa ayah berubah tidak jadi marah? Kalau tak, saat ini lah aku kena marah. Tapi, bila aku sebut nama Zyan yang aku keluar bersama lelaki itu, sedikit pun ayah tidak naik angin. Ah, sakit kepala otak aku ni nak memikirkan masalah semua itu.
Tak menunggu lama, aku hanya ikut arahan ayah. Naik ke atas, bersihkan diri dan menunaikan solat. Selepas itu, sapu ubat di kaki. Kaki aku ni pun dah semakin elok. Mungkin terseliuh sedikit. Nasib baik boleh berjalan lagi. Kalau tak boleh berjalan terus, mahu menangis aku.
********
Lama aku memandang kot hitam Zyan itu. Masih bau wangian yang dipakai oleh lelaki itu. Ah, wangi sangat-sangat.
Ini hak milik orang. Tak baik pula kalau aku pulangkan kot hitam nya dalam keadaan kotor dan busuk. Tapi, aku rasa kot hitamnya ini tidak lah bau busuk pun. Wangi lagi ada lah. Nak basuh ke tak payah ya? Tapi, aku suka bau wangian ini. Sedap bau dia.
Kot hitam itu aku gantung kemas di dalam almari. Esok aku minta izin pada ayah untuk berjumpa dengan Zyan dan pulangkan kot hitamnya ini kembali. Tak mahu simpan lama-lama milik orang punya. Nanti koyak tak pasal-pasal satu kerja aku kena gantikan balik barang mahalnya ini.
********
"Bella...” Panggil ayah memecahkan kesunyian antara kami berdua yang sedang makan malam bersama. Daripada tadi diam membisu kini ayah mula bersuara.
Aku telan dahulu makanan yang berada di dalam mulut sebelum menyahut panggilan ayah.
"Ya, ayah.”
"Kamu dah lama ke kenal si Zyan tu?" Soal ayah tiba-tiba. Aku kerutkan sedikit kening. Soalan itu kah yang ayah nak tanyakan pada aku?
"Yup. Dah lama dah. Start Bella tingkatan 1 hinggalah Bella tamat belajar. Tapi, kami terpaksa berpisah sebab katanya dia pindah jauh. Tak sangka pula dapat jumpa dengan dia hari ini setelah bertahun-tahun terpisah. Tapi, ayah jangan salah faham pulak. Bukan Bella seorang sahaja kawan baik Zyan tu, Tiya pun sama. Bella tak seberapa rapat dengan Zyan tu. Tiya yang rapat dengan Zyan tu.” Panjang lebar aku jelaskan pada ayah agar ayah tidak salah faham. Takut nanti ayah ingat Zyan tu kekasih aku pula.
Ayah diam seketika. Mengeyakan kata-kataku gamaknya. Aku masih meneruskan makan. Lauk ayam masak merah aku cedok seketul ayam dan bawa ke pinggan. Selera pula aku. Maklumlah ada makanan kegemaran aku.
"Kamu ada perasaan dekat dia?”
Pertanyaan daripada ayah buatkan aku tercekik. Berkali-kali aku batuk. Ayah mulai panik dan laju menyerahkan aku segelas air putih. Cepat-cepat aku teguk air tersebut.
"Ya Allah, kamu okey tak ni Bella? Tak akan lah ayah tanya soalan tu pun kamu nak tercekik."
Aku berdehem beberapa kali. Memastikan anak tekak dalam keadaan baik dan dapat bersuara seperti biasa. Mata aku sudah berair. Haih, terkejut aku dengan soalan ayah itu. Aku ada perasaan dengan Zyan? Hei, memang tak lah.
"Err...Apa ayah cakap tadi?”
"Kamu ada perasaan ke dekat si budak nama Zyan tu? Kawan lama kamu tu?” Soal ayah kembali dengan berwajah tenang menyuap nasi ke dalam mulut.
"Eh, apa ayah cakap ni?" Aku ketawa kecil. Rasa lucu pula dengan soalan ayah itu.
"Mana ada Bella suka dekat Zyan tu. Tak sesuai pun kawan baik Bella tu untuk dijadikan kekasih. Memang tak lah. Dia hanya kawan baik Bella dari sekolah menengah lagi. Tak adanya nak ada perasaan-perasaan semua ni." Ujarku sambil ketawa kecil.
Aku langsung tak pandai bercinta. Ada hati nak ada perasaan dekat seseorang? Memang tak lah. Sikit pun aku tidak ada perasaan dekat Zyan itu. Lagipun, nak dibandingkan aku dengan dia jauh sama sekali.
"Tak ada lah. Ayah rasa, ayah nak Bella cepat-cepat kahwin."
Tercekik aku untuk kali kedua!
Tapi, bukan tercekik kerana makan tetapi tersedak dengan air. Aku terbatuk-batuk lagi. Terkejut dengan kata-kata selamba ayah itu.
Kahwin?!
"Isy, kamu ni dah kenapa? Okey tak ni? Ambil air ni minum.” Jelas wajah ayah kerisaun tentang aku. Perlahan-lahan aku mengurut dada dan leher. Entah kenapa, terasa sakit pula tekak ini. Dah dua kali tercekik dan tersedak, mana tak nya sakit.
"Errr...Apa ayah cakap ni? Ayah bergurau ya?" Sempat aku ketawa kecil.
Tapi, setahu aku ayah tak pernah bergurau. Buat lawak pun tak pernah. Serius 24 jam! Aku teguk liur sambil memandang wajah ayah yang serius sedang merenungku.
"Ada ayah cakap ayah tengah bergurau ke?"
Aku menunduk. Nasi kembali masuk ke dalam mulut. Takut nak pandang wajah serius ayah itu.
"Sebenarnya, ayah nak kamu kahwin cepat-cepat. Umur kamu pun dah tak lama lagi nak berganjak 20 lebih. Tak lama lagi dah masuk 30. Ayah tak nak orang kampung kutuk-kutuk kamu cakap kamu tu nanti jadi anak dara tua. Ayah rasa dah tiba masanya kamu kahwin, Bella."
Terkejut aku mendengar kata-kata akhir ayah itu. Jantung makin rancak berdetak. Kahwin? Kerja pun tak lagi, duit sendiri pun tiada nak cakap pasal kahwin terus?
Eh, kejap. Aku tak bermimpi kan? Aku berada di dunia nyata kan? Jadi benar lah kata-kata ayah itu. Ah, tolong lah. Aku tidak bersedia lagi nak jadi isteri orang. Bercinta pun tak pernah inikan pula nak kahwin?
"Satu hari nanti kalau ayah dah tak ada, kamu tak ada lah duduk rumah ni seorang diri. Kalau kamu dah kahwin, sekurang-kurangnya kamu ada peneman hidup. Suami kamu. Hidup bersama sampai mati. Boleh jagakan kamu sampai akhir hayat dia.” Sambung ayah lagi setelah aku lama berdiam diri.
"Tapi ayah, Bella tak bersedia lagi lah bila cakap tentang kahwin semua ni. Bercinta pun tak pernah, entah apa lagi nak kahwin. Rasa kekok. Lagipun, siapa yang nak dekat Bella ni? Tak bekerja. Tahu guna duit ayah aje.” Aku hanya senyum hambar. Sedih pun ada.
"Kerja semua tu kamu tak payah nak risau sangat lah. Seorang suami tugas dia ialah bertanggungjawab atas isterinya. Menjaga isteri dia. Pastilah duit semua tu dia yang akan bagi. Jadi kamu tak payah nak risau tentang duit dan kerja semua ni. Lebih baik cepat-cepat kahwin daripada bercinta membolehkan menimbul fitnah macam-macam daripada orang lain. Dan, lebih baik bercinta selepas berkahwin.” Jelas ayah panjang lebar.
Benar kata-kata ayah. Bak kata orang dulu-dulu, mereka yang hidup dulu-dulu lebih makan garam daripada kita yang masih mentah seperti aku.
Lama aku berfikir seketika. Memikirkan kata-kata ayah itu. Sekarang ini, perkataan ‘kahwin’ itu kuat berada di dalam kepala otak aku. Sedang ligat berfikir tentang itu. Calon bakal suami pun tiada. Dah cerita tentang kahwin. Ah, ligatnya otak aku ni.
"Err...Ayah. Bella rasa, mungkin belum tiba masanya lagi kut untuk kita ceritakan tentang kahwin ni. Bella kan masih muda. Bella rasa, Bella nak capai impian Bella dulu. Insya-Allah, jodoh semua tu ditangan tuhan.” Cuba untuk bagi ayah lupa tentang hal kahwin ini.
Tapi, aku sudah kenal ayah 24 tahun. Aku kenal ayah aku bagaimana. Perangai dia semuanya aku tahu. Kalau dia dah nakkan sesuatu perkara itu, sanggup dia berusaha sampai jadi.
Kalau dia cakap nak aku berkahwin, maknanya dia akan tetap nak aku kahwin. Ah, otak tolong lah bekerjasama mencari alasan untuk diberikan pada ayah.
"Tak perlu lah nak tunggu lama-lama. Biar cepat lagi bagus.”
Aku tidak menjawab lagi apabila melihat wajah ayah kini semakin serius bercakap tentang hal kahwin. Tidak pedulikan apa-apa, aku meneruskan makan.
"Kalau Bella nak kahwin sekalipun, siapa je nak kat Bella? Calon suami pun tak ada lagi." Gumamku perlahan sambil menyuap nasi ke dalam mulut.
"Ayah tahu kamu tiada sangat kawan-kawan lelaki ini. Jadi, ayah rasa ayah nak kamu kahwin dengan kawan lelaki kamu yang dulu kamu rapat tu.”
Aku sedikit berkerut dahi dengan kata-kata ayah itu. Kawan lelaki yang dulu rapat dengan aku sewaktu sekolah? Tak silap aku ramai, tapi yang mana satu?
"Kawan lelaki yang Bella rapat dari sekolah menengah? Siapa?” Aku bingung. Menayang wajah blur.
"Alah, lelaki yang rapat dengan kamu tu. Ayah rasa dia yang sesuai dengan kamu.”
"Nama apa?”
"Nama yang kamu cakap tadi tu. Apa nama dia? Ziyan? Zayan? Eh, entah lah. Tapi, ayah rasa dia yang sesuai dengan Bella.”
Tersembur keluar terus makanan yang berada di dalam mulutku itu. Sumpah, aku terkejut. Aku tahu ayah maksudkan lelaki yang mana satu walaupun ayah sebut nama dia salah.
Siapa lagi kalau bukan...
Zyan!
Hai assalamualaikum guys! Maaf dah lama tak update...busy sikit harini HAHAHA...Tapi korang jangan risau...Walaupun lambat, nana akan tetap update chapter demi korang...Macam mana raya pertama and raya kedua ni? Ada terserempak dengan crush ke? HAHAHAHA... Author suka berangan tapi tak jadi kenyataan pun hahaha..apa² pon just enjoy dengan new chapter...Jangan lupa Komen and follow sekali tau! Bye <3
Share this novel