• { BAB 25 } •

Romance Series 49049

"Can i sit here?”

Soalnya sambil menunjukkan ke arah kerusi di sebelahku. Aku memaksa lagi untuk tersenyum sambil mengangguk kepala. Dia tanpa segan-silu bagaikan aku ini ‘BFF’ dia, lantas gadis itu melabuhkan duduknya di sebelahku.

"Have ever met?” Soalku ingin tahu bagaimana dia tahu nama aku. Nama panjang pulak tu.

Gadis itu senyum lagi sambil menggeleng kepala.

Iya, kami memang tidak pernah berjumpa dan aku ingin sangat tahu bagaimana nama aku boleh diketahui olehnya? Dia guna saka atau sihir apa ni? Macam mana dia tahu nama panjang aku?

Gadis yang bernama Olivia itu masih tersenyum manis.

"So you Bella?” Soalnya kembali dengan mata bersinar-sinar gembira apabila bertemu denganku. Dah macam aku ini artis terkenal pula di sini.

"Yes.” Jawabku tenang.

Dah kenapa dengan perempuan ni?

"Oh my god! She so beautiful!” Aku berkerut dahi. Dia puji aku ke apa? Melihat daripada tadi dia hanya senyum. Tak lenguh ke tulang pipi tu asyik tersenyum aje? Aku yakin gadis ini seorang yang peramah dan pemurah senyum. Patutlah Chris menyukai dia kerana dia peramah. Sudahlah peramah, cantik lagi.

"You must be wondering who I am? Okay, I'm a best friend Chris. Principal teacher of ballet and gymnastics here. He always told me about you. He said, you are a beautiful and kind person. He's right, you're beautiful! You two do match. I like it!” Ujar Olivia gembira bagaikan budak kecil baru lepas dapat coklat dan gula-gula yang banyak. Aku ketawa kecil melihat gelagat Olivia itu.

"Wait, are you an intern here?” Soalku. Rasanya aku tak pernah nampak pun dia di dalam kelas ini. Bukan semua aku kenal muka-muka mat salih di kelas ni, ada aje yang aku tak kenal. Mungkin Olivia kelas lain.

"Oh ya, I'm a student here. I've known Chris for a long time. You don't think differently about me. I have nothing to do with Chris. We were just friends and I already considered him like my own brother. He's just as good as you.” Ceritanya bersungguh-sungguh. Aku masih fokus mendengar ceritanya.

"But, we broke off this relationship a long time ago. I have nothing to do with him anymore. He deserves a better and more beautiful girl than me.” Ujarku sambil tersenyum hambar. Hati terselit rasa sebak tetapi aku cuba kuatkan hati agar tidak bersedih lagi.

"No, no! I don't like to see you and Chris break up. I want you two to be like before. I am very excited to meet you. You are so kind, Bella. I met you not just because I want to persuade you to return to Chris, but I really want to meet you. Chris is not a bad guy. He is very good.” Ujar Olivia dengan wajah sungguh kecewa.

"One day, he was willing not to go home and stay at the studio to see you so that you are in good condition. I was also strange, because he always came home early. But, this time he really cares about you, Bella. He really love you.” Sambung Olivia sambil tersenyum lucu. Aku sedikit terkejut, teringat semula tentang Mark.

Ya, pada tempoh hari yang lepas lelaki miang itu ada terserempak dengan aku sewaktu aku mahu pulang ke rumah pada waktu malam. Dan, Chris muncul secara tiba-tiba. Adakah selama ini lelaki itu mengekoriku? Hanya kerana mahu memastikan aku dalam keadaan yang baik-baik?

Tapi kenapa? Aku boleh jaga diri sendiri. Sungguh aku bingung tentang perkara itu.

Aku terdiam sejenak. Kembali memikirkan setiap bait kata-kata Olivia. Ya, Chris sangatlah baik sehingga aku berasa serba salah terhadapnya. Dan ya, aku yang salah. Aku juga dah banyak menyusahkan dia.

"You don't worry about me and Chris. I'm so sorry for making you jealous. I have no intentions or feelings for Chris, in fact I think he is just my brother. He is very kind. Perfect for you Bella.” Berkali-kali dia meyakinkan aku agar tidak risau dengan hubungan dia dan Chris kerana mereka berdua hanya kawan baik.

Aku tersenyum. Entah kenapa, hati terasa begitu lega. Dan sedikit terkejut apabila dia meminta maaf kerana telah buat aku cemburu.

What?

Macam mana dia tahu?

Ah, sebaliknya benar dengan kata-katanya itu.

"Wait, how do you know i'm jealous?” Soalku. Rasa nak hentak kepala sendiri dekat dinding pun ada sekarang ni. Macam mana lah aku boleh keluarkan soalan macam tu. Nanti perempuan ni ingat aku betul-betul cemburu pulak. Ah, mulut ni automatik sangat lah terkeluar ayat yang sedang bermain di fikiran.

Olivia tersenyum senget. Mengusik!

"Chris tell me. I'm sorry, I promise I won't be close to Chris again. Promise!” Ujar gadis itu sambil mengangkat sebelah telapak tangan kanannya sehingga paras bahu yang dia betul-betul berjanji padaku. Aku sedikit terkejut.

"Hei, why you say like that? I don't agree. You're best friend Chris. I have no right to prevent.” Aku geleng-geleng kepala. Tidak setuju. Aku tak suka dia mula berjauhan dengan Chris hanya kerana aku. Mereka kawan baik, aku tiada hak hendak menghalang. Kasihan mereka.

Olivia ketawa kecil. Aku juga turut ketawa.

"Thank you, Olivia. Thank you for telling me about this. Maybe I misunderstood Chris. Yes, he is very kind. But, why does he always say that he is evil?” Riak wajah gadis itu terlihat berubah. Yang tadi bibirnya mekar dengan senyuman ceria kini berubah dengan wajah yang serius. Kelihatan bagaikan dia sedang menelan liur.

"Err....I want go now. I'm sorry I can't talk to you more. I need to get into class right away. Goodbye. See you again, pretty!” Dia terus berlalu pergi dengan tergesa-gesa. Aku masih tidak puas hati apabila dia sudah hendak pergi bagaikan hendak mengelak. Sesudahnya aku hanya membiarkan sahaja. Iya, kelas itu lagi penting daripada cakap tentang Chris yang tidak berfaedah itu.

Patutlah satu kelas tahu, rupa-rupanya mulut Chris yang sudah pecahkan rahsia. Diberitahu pada Olivia dan Olivia ini pulak jenis yang tak boleh tutup mulut, peramah lagi memang heboh terus satu kelas yang aku ini kekasih Chris. Tanpa mereka tahu yang kami sudah putus.

"Okay, bye!” Aku melambai-lambai tangan ke arah Olivia yang sudah seperti kanak-kanak kecil melambai-lambai tangan pada mamanya. Aku ketawa kecil. Lucu dengan gelagat Olivia seperti budak kecil.

"If you and Chris want to get married, let me know!” Terkejut aku apabila Olivia kembali berlari anak ke arahku dan sempat meninggalkan pesanan kepadaku. Lepas lagi tawaku. Gadis itu terus berlari anak masuk ke dalam kelas. Berbahang juga wajahku saat Olivia berkata begitu.

Married?

Tidak, itu semua hanyalah berangan-angan yang tak akan habis berangannya.

********

FLORENCE, ITALY

Ya Allah, permudahkan segala urusanku pada hari ini.

Berkali-kali aku berdoa di dalam hati semoga Allah permudahkan segala urusanku untuk bertanding sekejap lagi.

Dan tiba lah masanya yang selama ini aku tertunggu-tunggu, kami sudah sampai di Florence. Di situ lah kami akan bertanding dan kini kami semua sudah berada di tempat tersebut. Aku masih belum lihat pentas studio ballet nya lagi tetapi dada berdebar-debar. Jantung berdegup dengan sangat laju.

Masih awal lagi, kami menggunakan masa itu untuk bersiap-siap, memakai alat solek dan ada beberapa kumpulan yang sedang berlatih. Tetapi aku hanya memilih memakai mekup simple. Hanya nipis. Tiya juga sama, hanya sekadar mekup nipis. Tidak terlalu tebal.

Kini aku kenakan tubuhku dengan dress labuh muslimah balet berwarna merah serta tudung juga berwarna merah. Penampakkan di pengelangan tanganku, aku memakai pula iner baju hitam di dalam agar tertutup pengelangan tanganku yang terdedah itu.

Kini, siap!

Senyuman terukir di bibir saat menilik diri di cermin. Cantik! Ah, biasa la. Bella Brianna memang cantik pun. Hahaha.

Kasut ballet berwarna merah aku capai. Hari ini tema kami memang warna merah. Semuanya merah kecuali kumpulan lain. Hanya kami sahaja berpakaian berwarna merah. Tapi terlihat sangat cantik.

Seperti biasa, aku akan meletakkan dahulu plaster medical di setiap jari kakiku agar boleh tahan saat membuat pergerakan nanti. Tapi tidak tahan juga. Akan tetap terluka. Dengan perkara itu, aku sudah biasa. Sakit sikit aje, lama-lama akan biasa.

Kini aku menyarung pula stoking panjang sehingga ke lutut berwarna hitam. Dan akhir sekali, kasut ballet ku berwarna merah.

Siap!

Telefon bimbit yang berada di dalam beg galas, aku capai bawa keluarnya. Jari-jemari mula menari di atas skrin telefon mencari nombor ayah. Dapat sahaja nombor ayah aku terus tekan lalu telefon kini dibawa ke telinga. Hendak memberitahu pada ayah yang aku sudah berada di pertandingan tersebut dan menanti sahaja siapa yang bertuah menang.

Nafas berat aku hela panjang-panjang apabila telefon tersebut tidak dapat dijawab oleh ayah. Berkali-kali aku menghubungi ayah, berharap ayah mengangkat panggilan daripada aku, malah hampa...

Langsung tidak dapat.

Nafas berat aku hela lagi sekali. Terasa bahuku disentuh lembut, aku menoleh memandangnya.

Tiya dengan senyuman lebarnya menepuk beberapa kali bahuku.

"Kenapa ni? Monyok aje muka kau?” Soal Tiya sambil melabuhkan duduknya di sebelahku. Aku senyum kelat.

"Entah la. Ayah tak angkat call. Aku nak bagitahu dia yang aku dah nak mula pertandingan, tapi dia tak angkat pulak.” Aku hanya berfikiran baik, mungkin beteri telefon ayah habis.

"Oh. Patutlah monyok semacam. Rindu dekat ayah rupa-rupanya. Jangan risau. Nanti kalau kau menang, kau buat la surprise pada ayah kau bila kau dah balik Malaysia.” Ujar Tiya terselit memberi idea cadangan daripadanya. Aku ketawa kecil.

"Tak mungkin la aku akan menang.” Aku geleng kepala beberapa kali. Tidak mahu berharap.

"Yakin pada diri yang kau boleh buat!”

Aku tersenyum. InsyaAllah!

Tidak lama kemudian, kedengaran seseorang bercakap di mikrofon menyuruh para peserta untuk berkumpul di belakang pentas studio balet ini. Aku dan Tiya terus bangun dan mengikut arahan tersebut.

"Goodluck gais! Buat yang terbaik!” Ucap Miss Liya saat kami mahu mula. Saat ini juga la jantung aku bagaikan nak terkeluar. Berdebar-debar!

********

Masuk sahaja ke dalam pentas studio balet itu, sekeliling aku perhatikan sebelum tanganku ditarik lembut oleh Tiya.

"Jangan nak perhati sangat. Kita kena fokus. Pentas ni memang la cantik buatkan kau semangat untuk menari. Jom!” Bisik Tiya memberi aku semangat. Dada yang berdebar-debar cuba aku tenangkan. Mengambil posisi dan menarik nafas dalam-dalam.

Menenangkan dada yang masih berdebar-debar!

Nervous!

Masing-masing mengambil posisi. Aku sebagai ketua kumpulan, posisi aku berada di hadapan sekali. Kedengaran sahaja lagu balet dimainkan, kami semua mulakan pergerakan ballet kami. Mula-mula aku rasa agak kekok, selepas itu terasa biasa.

Berpusing dengan tubuh yang lembut, di lenggok sedikit dengan badan yang lembut, tangan menghayun ke kiri dan ke kanan. Kaki mula bergerak dan berpusing.

Sebelah kaki naik dari belakang sambil pinggang sedikit bengkok dan kedua-dua belah tangan berada di sisi bahu. Seterusnya, aku mula berpusing seperti ballet spinning dan sedikit melompat untuk melakukan langkah seterusnya.

Senyuman tetap terukir mekar di bibir untuk penyemangat diri.

Kini kami semua berpusing untuk beberapa kali membuatkan gaun labuh itu juga turut mengikut bergerak. Ah, dah macam ballerina pulak!

Aku tersenyum. Dada yang berdebar tadi hilang begitu sahaja.

Dan langkah seterusnya, membuatkan aku hilang fokus apabila mata terpandang di hadapan. Ramai penonton tetapi salah satu penonton yang berada kedudukan paling depan buatkan aku tergamam. Terkaku dan terkedu seketika.

Chris!

Manis senyumannya dihadiahkan padaku seperti memberi semangat padaku. Berkali-kali aku menelan liur. Jantung berdebar hebat.

Kami bertentangan mata seketika. Buatkan aku hilang fokus apabila fikiran teringat kembali sewaktu aku dan dia menari bersama. Saat itu juga fikiranku tenang. Bagaikan tiada apa-apa masalah yang aku hadapi. Bagaikan saat itu duniaku hanya ada dia. Hanya kami berdua.

"Ehem!”

Tiya yang sedang menari sempat berdehem sedikit kuat saat dia menghampiriku. Terkebil-kebil aku dibuatnya. Lantas aku melarikan pandangan. Sekilas aku memandang Chris dihadapan, dia segak dengan berpakaian suit kemas dan ada reben berwarna merah terletak kemas di kolar bajunya. Mata birunya tetap menarik perhatianku. Segak dia pada hari ini dengan satu senyuman manis diberikan padaku.

Aku hanya senyum kecil. Mulakan semula pergerakan seterusnya. Mengumpul semula keberanian, semangat dan tumpukan perhatian sepenuhnya pada pertandingan ini. Perlu fokus!

Tapi, kenapa hati aku tenang saat dia ada bersamaku?

********

Hampir sahaja aku terjelopok jatuh saat menari tadi, nasib baik la aku sempat mengimbang tubuhku. Kalau tidak, pasti aku sudah jatuh seperti nangka busuk di tengah-tengah pentas ini.

Penonton di hadapanku ini pulak bukannya calang-calang orang. Ada juri yang akan undi peserta-peserta yang menarik. Kalau salah step ni, memang ke Malaysia tanpa apa-apa yang dapat. Kecewa!

Alhamdulillah. Bisik di hatiku. Nafas turun naik. Cungap seketika dan hati terselit kelegaan apabila kumpulan kami sudah berjaya menamatkan menari balet ini.

Alhamdulillah!

Semuanya berjalan dengan lancar. Melihat mereka semua yang menari tadi semuanya okay dan tiada yang hampir jatuh dan tiada yang salah step. Semuanya serentak bersama.

Aku tersenyum lega memandang mereka semua. Semuanya berpeluh dan tercungap-cungap menarik nafas panjang-panjang. Habis lah cair mekup kami. Hahaha!

Kami kembali berdiri tegak di atas pentas itu dan menunduk hormat pada juri-juri pengundi di hadapan kami sebelum kami semua melangkah meninggalkan pentas ini.

"Ya Allah, berdebar kita waktu nak menari tu. Nasib baik lah semuanya berjalan dengan lancar dan tiada kesilapan step.” Ujar Puteri.

Iya, benar katanya.

Rakus aku meneguk air putih di dalam botol itu. Masing-masing dahaga dan penat. Terus aku labuhkan duduk di sebuah kerusi. Kini giliran negara lain pulak. Lega saat ini tak terkata. Moga kumpulan kami dapat memiliki tempat pertama.

"Betul tu. Tapi kan, kenapa kak Bella tadi berhenti menari? Akak salah step ke? Atau lupa step menari?” Soal Fiqah apabila dia perasan yang aku berhenti menari sewaktu tadi. Aku senyum kelat sambil geleng kepala.

"Err...Haah, akak lupa. Tapi alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja.” Bohongku. Melihat Tiya sudah senyum senget. Mengusik!

"Iya ke? Tapi tadi aku perasan Mr.Chris ada di kedudukan penonton dihadapan sekali dan paling tepat sekali aku perasan yang dia bertentangan mata dengan kau.” Ujar Tiya masih tidak puas hati.

Gulp!

Telan liur aku seketika.

"Haah, betul-betul. Nurul pun nampak tadi. Mungkin sebab renungan Mr.Chris tu, akak hilang fokus ya?” Usik Nurul pulak. Berbahang pulak wajah aku saat ini. Haih, mereka perasan pulak!

"Eh, err...Ma...mana ada!” Bohongku lagi sambil bercekak pinggang.

"Don't lie, honey.”

Tersentak aku mendengar suara garau itu tiba-tiba muncul dari arah belakangku. Lantas aku berpusing. Mahu terbuntang biji mataku melihat Chris sudah berada betul-betul di belakangku. Siap satu senyuman menggodanya lagi. Telan liur. Jantung saat ini bagaikan nak terkeluar.

"Auww! Sweetnya!” Bisik Puteri pada mereka semua. Aku yang dengar kembali berbahang wajahku.

"Err...Awak nak apa?” Soalku dalam nada berbisik pada Chris. Wajah masih dikawal agar kelihatan ketat. Tidak mahu menunjuk padanya yang aku juga ada hati padanya sebaliknya aku masih berusaha untuk melupakan dia.

"Jom.” Ajar Chris dengan senyuman sengetnya. Berkerut dahiku.

Jom?

Hendak ke mana?

"Err...Ta..tapi...”

Terkedu dan terkaku terus aku saat lenganku ditarik olehnya buatkan aku yang bagaikan terkena pukau dia hanya mengikuti langkahnya. Haih, sihir apa yang dia guna ni, hah?

"Bella Brianna and Chris Martinez.” Chris menyebut nama panjangku dan nama dia pada seorang wanita yang sedang menjaga kaunter pendaftaran.

What?

Dia nak daftar aku untuk menari apa lagi ni?

Sumpah aku bingung, hairan dan blur.

Wanita itu hanya mengangguk dan terus menulis namaku tapi dapat kulihat ada satu senyuman di bibirnya.

"Are you both a loving couple?” Soal wanita itu. Sempat tersengih memandang aku atas bawah. Tergamam aku mendengarnya.

"Yes.” Rasa nak aje aku cekik leher si Chris ni. Selamba sahaja dia berkata yang aku dan dia pasangan kekasih. Penipu!

"Oh, it's a perfect match!” Ujar wanita itu lagi sambil tersenyum ke arahku. Chris hanya sengih sehinggakan menampakkan giginya yang tersusun cantik itu. Aku nak tak nak, terpaksa memaniskan wajah.

Malu!

"Thank you.” Ucap Chris dan mengajak aku mengikuti langkahnya. Sempat aku melihat wanita itu menunduk hormat pada Chris.

Aku hanya berfikiran baik, mungkin tempat ini Chris punya dan sebab itu mereka hormat Chris walaupun mereka lebih tua dari Chris dan juga kerana Chris pengetua di sini. Atau ada sebab lain?

"Hei, awak!” Panggilku saat kami mahu masuk ke dalam pentas. Aku masih bingung.

"Ya, sayang.”

Cair? Aku masih kuatkan hati dan imanku agar tidak cair dengan ayat buaya lelaki.

"Kenapa awak daftar nama saya? Saya dah menari la tadi. Berapa banyak kali lagi hendak saya menari? Kalau saya kena menari lagi mestilah kawan-kawan saya juga kena daftar nama.” Ujarku sambil memeluk tubuh. Mencuba mengawal nada yang sudah naik satu oktaf.

Chris tersenyum dan mula menghampiriku. Cepat-cepat aku berundur.

"Dance couple.” Ringkas ayatnya mampu buat aku ternganga. Terkejut besar dengan ayat selambanya itu.

"What?! Dance couple?!” Soalku kembali dalam nada terkejut. Sekeliling aku pandang. Melihat ada 2 orang yang mempunyai pasangan serta aku dan Chris. Masih terkejut!

"Yes, darlin.”

"Kenapa awak tak bagitahu saya dulu?” Soalku dengan nada yang tidak puas hati.

"Perlu ke saya bagitahu awak dulu?” Soalnya kembali buatkan hendak aku ketuk kepala dia di dinding.

"Perlu lah! Saya tak setuju!” Bantahku dan mula membuka langkah pergi ke meja daftar tadi untuk singkirkan namaku.

Tidak dapat hendak pergi apabila lenganku kembali ditarik oleh Chris.

"Isy, lepas la!” Marahku kembali menarik lengan sendiri.

"Honey, please listen here. Anggap sahaja ini kali terakhir untuk kita bertemu dan kisah kita berdua dan cinta kita untuk kali terakhir di sini. Saya masih ingat yang awak pernah cakap, awak akan pulang ke Malaysia bila awak sudah tamatkan pertandingan ini.” Ujar Chris dengan renungannya menusuk ke anak mataku dalam-dalam.

Aku sedikit terkedu. Ah, kuatnya ingatan dia.

Aku telan liur. Jantung makin hebat berdetak. Mungkin dia mahu menari dengan aku untuk kali terakhir? Ah, kenapa hati tiba-tiba rasa sebak?

"Dengan itu, beri saya satu peluang untuk menari dengan awak buat kali terakhir. Mungkin selepas ini kita tidak akan dapat bertemu lagi walaupun saya berharap kita dapat bertemu.” Sambungnya lagi. Wajahnya jelas sedih dan berharap aku setuju. Aku telan liur lagi. Menahan dada yang sudah mulai sebak.

"Please, honey. I love you so much.” Ucapnya lagi. Aku hanya melepaskan satu keluhan kecil.

"Ready?” Suara itu buatkan mulut aku tidak jadi hendak buka berkata sesuatu pada Chris.

"Yes!”

Aku kembali menatap lama anak mata berwarna biru itu. Benar juga katanya, mungkin ini kali terakhir perjumpaan kami dan kami tidak akan dapat lagi bertemu selepas ini. Aku patut menerima kenyataan yang aku akan juga hilang dia satu hari nanti.

Terasa birai mata mula basah, berkali-kali aku kedipkan mata agar air mata tidak jatuh tumpah di pipi.

"Please sweetie...” Rayu Chris lagi. Aku kembali pandang dia.

"Okay...” Perlahan suaraku. Bersetuju!

Melihat bersinar-sinar mata Chris gembira apabila aku setuju. Dia terus mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya. Ada dua sarung tangan berwarna hitam dipakai kedua-dua belah tangannya. Terkejut aku melihatnya. Dia masih menghormati aku.

"Saya sayang awak, saya hormat awak dan saya berdoa moga kita ada jodoh.” Ucapnya sambil menyarung sarung tangan itu kedua-dua belah tangannya. Aku tersenyum. Air mata terus jatuh di pipi. Entah kenapa, rasa sedih bila dia bercakap begitu bagaikan kami akan terpisah selama-lamanya sedangkan hakikatnya kami akan terpisah jua.

"Thank you.” Ucapku kembali. Lelaki itu hanya senyum manis.

"Jom.”

"Wait.” Aku menahan dulu untuk dia melangkah pergi. Kedua-dua tangan yang terketar-ketar naik mahu betulkan reben berwarna merah di kolar bajunya itu. Mahu melihat dia yang kemas dan segak itu!

Chris tersenyum. Seketika kami bertentangan lagi. Saat ini juga aku rasa nak tenung lama-lama anak mata cantiknya itu. Kerana hanya tinggal ini sahaja di dalam fikiranku nanti saat aku pergi dan kami tidak akan bertemu lagi. Hanya tinggal memori kenangan kami bersama di dalam fikiranku buat selama-lamanya.

"Ehem! Sorry to bother you, Mr.Chris. We don't have much time, soon the show will start.” Ujar salah seorang lelaki yang muncul di sini. Terkebil-kebil aku melarikan pandangan daripada tatap mata cantik Chris itu.

Chris hanya senyum dan mengangguk.

"Jom.”

Aku hanya senyum dan mengikuti jejak langkahnya bersama.

*******

Saat kami berdua mula melangkah naik ke atas pentas tersebut, jantung aku saat ini bagaikan nak gugur. Sumpah berdebar-debar. Melihat wajah Chris tenang.

Dapat kulihat sekeliling kami. Pentasnya besar. Di hadapan kami ramai penonton dan juri. Aku cuba ukir satu senyuman. Mengumpul keberanian. Semangat dan fokus!

Nafas dalam-dalam aku tarik. Kembali sekeliling aku perhatikan. Senyuman terus mati apabila terpandang tempat lain.

Tuan Rayyan!

Dia juga kelihatan sungguh segak dengan suit hitam kemas dan ada dua orang yang juga turut sama suit hitam kemas berada di kiri dan kanannya dah macam bos besar di sini yang sentiasa mempunyai bodyguard.

Terkaku seluruh tubuhku apabila kami bertentangan mata. Telan liur lagi sekali apabila dia merenung aku dengan sangat tajam. Pasti dia akan marah aku lagi kerana aku masih rapat dengan adiknya dan pasti dia akan sangka yang aku dan Chris masih berhubungan.

"Honey,” panggil Chris. Aku menoleh.

"Err...Ye.”

"Are you ready, darlin?” Soalnya sambil menjongketkan sebelah keningnya. Aku senyum sambil mengangguk.

"So, ladies and gentlemen wedding choreography dance go start now!” Ucapan itu buatkan persembahan ini bermula.

Kembali aku tarik nafas dalam-dalam. Apabila kedengaran bunyi lagu mula bergema di dalam pentas ini dengan lirik lagu "YOU ARE THE REASON" dengan menggunakan alat muzik piano, automatik tubuhku terus dekat pada Chris kerana serentak itu Chris menarik pinggangku dan merangkul kemas pinggangku. Dengan itu juga, lidahku terus kelu. Tubuh sedikit kaku. Telan liur lagi. Jantung berdebar makin laju. Sebelah tangan ketar-ketar hendak pegang dada bidang lelaki itu, sebelah tangan lagi bersatu dengan telapak tangan Chris yang bersarung tangan.

Ya Allah, kuatkanlah iman di dadaku. Cik jantung, aku merayu agar engkau tidak buat hal!

Aku sedikit mendongakkan kepala memandang Chris yang tinggi lampai itu. Terasa sungguh kekok dalam keadaan begini. Sudah pun namanya Dance Choreography. Apa mahu buat lagi?

Aku mula berpusing, sebelah tangan masih di dalam genggaman Chris lalu kembali Chris menarik pinggangku sehingga aku dekat pada tubuhnya.

Cukup sempurna!

Takut juga sebab seluruh tubuhku sudah menggeletar, nanti tak pasal-pasal aku salah step dan terjatuh. Ah, memalukan.

"Eh, tu Bella dan Mr.Chris kan? Sweetnya dorang menari bersama!” Kedengaran seperti suara Puteri.

"Ye la, patut lah kita tak nampak dia tadi.” Kedengaran suara Tiya pulak.

"Mereka berdua ni memang sepadan kan? Moga mereka ada lah jodoh.” Suara Fiqah pula kedengaran buatkan wajahku tiba-tiba berbahang.

"Aamiin. Nanti kalau dorang dapat anak, mesti anak dorang cantik dan kacak macam ibu bapanya jugak kan.” Lagi bertambah berbahang wajahku dan aku yakin ton warna wajahku sudah bertukar warna. Ya Allah kenapa sampai ke situ pula si Nurul ni fikir? Malunya aku! Dorang muncul pun aku tak tahu bila tapi aku perasan yang mereka ada di kedudukan penonton.

"I want you know, I love you so much. Kalau boleh, saya tak nak lepaskan awak pada sesiapa sebab awak hanya milik saya seorang.” Sempat Chris berbisik di telingaku buatkan kali kedua aku tergamam.

Kini posisi kali ini bertukar, sebelah tanganku masih di dalam genggamannya dan serentak itu aku berpusing. Buatkan aku sedikit tersentak apabila cekap sahaja tangan Chris menarik semula pinggangku dan tubuhku kembali dekat padanya. Ah, bagaikan sudah hafal pergerakan menari ini. Handal betul Chris ini. Oh, lupa. Dia pernah berkata yang dia bekas penari ballet. Tak pelik la kalau aku tengok dia pandai menari.

Perlahan-lahan kami bergerak ke kiri dan ke kanan. Sebelah tanganku masih di dalam genggaman Chris dan tangan kiriku pula berada kemas di dada bidang Chris. Lelaki itu juga masih kemas merangkul pinggangku dan tangan halus ku yang berada di dalam genggamannya tidak renggang malah di eratkan bagaikan Chris tidak benarkan aku pergi.

Kami masih bertatapan. Jantung aku sudah berdegup hebat. Sempat aku memandang sekilas ke arah Tuan Rayyan. Renungannya masih tajam merenung ke arah aku dan Chris.

"Kita tiada jodoh Chris. Tolong jangan berharap macam tu lagi. Saya bukan lagi milik awak. Please move on.” Bisikku pula pada telinga Chris. Berkerut sedikit dahiku apabila melihat Chris tersenyum senget.

Kini posisi baru, sebelah tangan Chris masih berada di pinggangku dan sebelah tanganku pula masih berada kemas di dadanya dan serentak itu kami berpusing bersama. Terlihat seperti wedding choreography dance. Aku tak seberapa pandai menari ini, tapi entah kenapa aku boleh hafal. Mungkin sebab Chris yang ajar aku.

"Kalau kita dipertemukan semula macam mana? Saya yakin, kita akan dapat bertemu satu hari nanti.” Balasnya dengan bisikan di telingaku. Lagi bertambah berdebar-debar jantungku saat ini.

"Tak. Kalau kita dipertemukan semula, kita tidak akan dapat berkahwin sampai bila-bila, Chris.” Aku sedikit meninggikan suara bisikanku padanya. Aku tidak mahu dia berharap padaku. Aku langsung tidak memberi dia harapan. Aku tak nak dia terluka.

"Kenapa? Sebab agama saya yang tak sama dengan awak?” Soalnya dengan renungan tajam menikam anak mataku dalam-dalam buatkan lidahku kelu dan aku tersentak seketika.

"Sebab saya beza agama dengan awak?” Soalnya dengan wajah dingin.

Lidah terus terasa bagaikan lumpuh, tetapi tubuh tetap membuat pergerakan seterusnya. Kini posisi kami berubah. Sebelah tangan masih berada di dalam genggaman Chris dan aku mula berpusing seperti tadi dan aku sedikit berundur dan kembali berpusing ke arah Chris sehingga Chris kembali merangkul kemas pinggangku dan aku sedikit membengkokkan pinggangku sehingga tubuhku ke belakang dan disambut oleh Chris lalu aku kembali pusing untuk beberapa kali. Saat itu kami tidak lagi berpegangan. Dan aku cuba menghampirinya dengan pergerakan berpusing dan tahu-tahu aje tubuhku telah disambut olehnya.

Sedar-sedar, aku sudah berada di dalam dukungannya. Telan liur lagi. Wajah kami berdua sangatlah dekat. Aku memeluk kemas tengkuknya manakala dia mendukung kemas tubuhku. Senyum senget terukir di bibirnya. Sumpah saat ini aku rasa gayat. Takut!

"If I converted to Islam like my brother, maybe I could marry you and that wouldn't be a problem.” Bisiknya buatkan bulu romaku terus menegak naik.

Dia ni biar betul mahu berkahwin dengan aku?

Ah, tidak!

Itu semua hanya angan-angan sahaja. Aku milik orang lain, bukan dia.

Tatapan kami berdua teralih apabila kedengaran satu studio pentas itu bergema dengan satu tepukan gemuruh untuk peserta-peserta yang berada di atas pentas ini. Nafas aku turun naik. Cungap. Sama juga dengan Chris. Tetapi senyuman manis tetap terukir di bibir lelaki itu.

"Wow! These dancers are very romantic.” Ucap seorang juri yang berada dihadapan kami. Aku tersenyum tetapi terselit malu apabila rakan-rakanku yang lain turut ada dan mereka lah orang pertama gembira dan bertepuk tangan bagaikan aku sudah berkahwin dengan Chris.

Bersyukur di dalam hati, semuanya sudah tamat. Kelegaan di hati tidak terkata. Debaran dihati hilang begitu sahaja dan digantikan dengan satu perasaan gembira.

Aku sedikit berkerut dahi apabila melihat pasangan penari lain semuanya sudah turunkan pasangannya dari dukungan mereka. Tapi kenapa Chris masih tidak turunkan aku malah dukungannya itu kemas pula dia dukung aku.

"Err...Awak.” Panggilku. Hidungku yang rapat di dada bidangnya dapat kuhidu wangian maskulinnya. Sangat wangi! Akan kurindu juga wangian ini nanti.

"Yes, darlin.”

"Turunkan la saya. Malu lah orang pandang.”

"Why? Biar lah orang tengok pun. Biar mereka tahu yang kita pasangan paling romantik dan sweet.” Selamba sahaja dia cakap begitu sambil senyum nakal.

Hati aku pula yang panas. Geram! Dia ni memang sengaja!

"Isy, turunkan la saya. Saya tak selesa lah!” Marahku lagi dalam nada bisikan sambil melepaskan satu pukulan di dadanya. Dada dia bagaikan batu yang keras. Aku tak rasa dia akan rasa sakit dengan pukulan tangan kecil aku ni.

Dia senyum senget. Aku pula naik angin.

"Jangan degil, sweetheart. I'll kiss you later!” Amaran keras mampu buat aku terdiam.

"Eee! Awak ni memang sengaja, kan?!” Marahku lagi tetapi dia langsung tidak peduli lalu kami terus berlalu ke belakang pentas. Berehat seketika kerana sebentar nanti akan diumumkan siapa pemenangnya.

Akhirnya, Chris turunkan aku juga. Kalau dia degil lagi memang makan dengan ketam aku ni la!

Tapi dia letakkan aku di atas kerusi. Bagaikan letak anak patung di atas kerusi pulak. Aku hanya diam dengan tindakannya itu. Dia senyum dan berlalu pergi sebentar. Aku hela nafas panjang-panjang. Tidak lama kemudian, dia muncul semula. Dapat kulihat di tangannya ada satu botol minuman. Dihulurkan botol air itu padaku.

"Thank you.” Ucapku dengan satu senyuman sambil menyambut hulurannya.

"Anything for you, tesoro.” Dia kenyitkan sebelah matanya sambil melabuhkan duduknya di sebelahku. Aku tersenyum kecil. Tapi cepat-cepat diubahkan ke wajah ketat. Penutup botol air minuman itu aku buka lalu terus aku teguk minuman tersebut sehingga habis satu botol itu.

Dahaga!

"Ops! Sorry, saya lupa air untuk awak. Awak tak minum ke?” Soalku kepadanya yang tenang sedang bermain telefon bimbitnya.

Kasihan dia. Aku tahu dia penat dukung aku tadi. Aku ni bukannya kurus sangat. Penat dia tahan mendukung anak gajah ni tadi. Pasti lah dia juga dahaga dan penat.

"It's okay, nanti......” belum habis dia berbicara aku sudah mengangkat punggung. Mencapai satu botol air dari dalam satu box tempat minuman. Dan aku kembali mendapatkannya lalu dihulurkan satu botol minuman tadi. Dia tersenyum lalu menyambut botol minuman itu.

"Thank you, honey.”

Aku hanya senyum.

"Amboi! Sweet betul la korang ni. Kenapa sweet sangat, hah?” Suara itu muncul buatkan aku tidak keruan.

Tiya bersama gengnya. Ah, siapa lagi kalau bukan Fiqah, Puteri dan Nurul. Aku telan liur. Ayat apa lah aku nak bagi pada dorang ni nanti?

"Tula, sweet potong kaki!” Sampuk Fiqah. Mereka sudah ketawa kecil buatkan wajah aku berbahang.

Aku melihat Chris hanya ketawa kecil. Tenang. Aku hanya senyum malu-malu kucing. Tahan aje la kena bahan dengan mereka. Pipi aku ni dah berbahang.

Malu!

Tumpuan kami semua tertumpu pada telefon bimbit Chris yang berbunyi. Chris mula mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket seluarnya. Aku hanya perhatikan sahaja gerak-geri lelaki itu.

Wajahnya kembali tegang dan serius saat dia membaca nama si pemanggilan tersebut. Aku sedikit berkerut dahi.

Kenapa?

Siapa call?

Hati ingin tahu dan tertanya-tanya.

"Err...I have to go now. Sorry tak dapat nak bersama dengan awak sekejap lagi. Saya doakan moga kita menang. Saya pergi dulu, bye.” Ucapnya dan dia mula mengangkat punggung untuk pergi. Mungkin ada hal yang perlu dia selesaikan. Aku hanya mengangguk.

"Oh ya, I love you.” Menyempat pula dia mengucapkan ayat itu padaku dan dia terus berlalu pergi. Kembali berbahang wajahku. Melihat Tiya dan yang lain sudah tersengih-sengih mengusik. Ah, tahan aje la kena bahan.

"Amboi, 'I love you' dia bagi dekat kau. Untung la. Kita ni siapa nak dapat 'I love you' daripada lelaki kacak macam Chris tu kan?” Ujar Tiya mengusik aku. Minah ni memang sengaja.

"Ye betul tu. Rasa nak aje tukar tempat dengan kak Bella.” Ujar Puteri pula. Aku rasa nak aje hentak kepala dorang semua ni dekat dinding. Ada-ada sahaja!

Tapi, aku tidak boleh menipu diriku yang aku juga masih sayangkan dia.

Ah, sangat susah hendak lupakan dia!

*********

Melihatkan persembahan menari ballet daripada negara lain buatkan aku rasa hilang semangat dan tiada keyakinan yang kami akan menang. Tidak mungkin kami akan menang pertandingan ini kalau negara yang lain semuanya perfect menari.

Tangan mula terasa sejuk. Dada berdebar. Dalam hati aku berkali-kali berdoa kepada Allah moga dipermudahkan segala urusan dan kumpulan kami dapat berpeluang untuk menang.

Tangan Tiya aku genggam erat-erat. Berdebar-debar!

Sekilas aku memandang sekelilingku. Susuk tubuh Chris tiada. Sudah hampir beberapa jam aku menunggu kedatangannya tetapi langsung tidak kelihatan susuk tubuh lelaki itu sehinggalah persembahan dari negara lain sudah tamat dan sekarang kami berada di sesi penyampai hadiah dan pemenang.

Masih tidak muncul susuk tubuh itu.

Ke mana dia pergi? Cakap mahu mengangkat panggilan dari seseorang. Tapi dah berapa jam aku tunggu dia ni masih tidak muncul. Atau dia pergi kerana urusan penting?

Ah, kenapa kau hendak gelisah Bella? Kau sudah berusaha untuk lupakan dia, kenapa masih mahu tidak senang duduk jika kelibat dia tiada dari pandanganku?

"If I converted to Islam like my brother, maybe I could marry you and that wouldn't be a problem.”

Masih terngiang-ngiang kata-kata Chris itu di telingaku. Rapat-rapat aku pejam mata. Menarik nafas dalam-dalam. Menenangkan hati yang sedang gelisah.

Betulkah dia mahu masuk Islam? Tapi, kalau dia masuk Islam kerana aku tidak berguna jugak. Dia perlu masuk Islam kerana Allah. Tuhan kami. Tiada Tuhan selain Allah.

"Hei, kau okay tak ni?” Suara itu buatkan aku kembali buka mata. Terkebil-kebil aku memandang Tiya yang berada di sebelahku itu.

"Err...aku okay.” Balasku sedikit gagap dengan satu senyuman. Wajah Tiya berubah bagaikan tidak percaya dengan kata-kataku itu.

"Kau ingat aku baru kenal kau semalam ke? Aku kenal kau dah lama tau Bella. Cakap la kenapa? Aku tengok muka kau pun aku dah tahu yang kau tengah memikirkan sesuatu.” Ujar Tiya sambil mengusap lembut bahuku. Aku hanya senyum segaris.

"Tak ada apa la. Err...Aku cuma terfikirkan tentang ayah. Ayah aku kan sakit. So, aku risaukan keadaan ayah dekat sana. Rasa tak sabar nak balik Malaysia nanti.” Ujarku menyembunyikan masalah yang sedang aku fikirkan tadi.

Tiya hanya senyum kecil.

"Iya, aku faham perasaan kau. Apa boleh buat? Kau hanya mampu berdoa sahaja moga ayah kau dalam keadaan yang baik dan diberikan kesihatan yang baik di sana. Dah, dah...jangan risau sangat. Senyum sikit. Nanti Mr.Chris tengok muka monyok kau ni lari terus dia nanti.” Ujar Tiya lagi dalam nada memujuk tetapi tetap terselit usikkannya. Aku ketawa kecil sambil memukul lembut lengan Tiya. Tiya hanya melepaskan tawanya.

Tidak lama kemudian, kedengaran suara pengacara mula bergema di dalam studio pentas itu. Aku hanya teliti mendengar. Hati mula berasa berdebar-debar.

"In my hands there are already votes from the judges and there are already winners for this match! So, let's start the next ceremony. The prize giving ceremony and the lucky winner will own the prize and take it home!”

Menarik nafas dalam-dalam dahulu. Sempat aku memandang sekilas ke arah Tiya. Tiya hanya tersenyum kecil. Hati masih berdebar-debar. Menunggu dan melihat siapa orang yang bertuah yang akan menang.

"For this beautiful female ballet dancer, the winner for the fifth place of the lucky group that will win this final competition is won by the group from...”

Dah mula!

Sungguh, jantung aku berdebar-debar saat ini. Dapat nombor lima dalam pertandingan ini pun jadilah. Janji menang.

Aku hanya perhatikan sahaja pengacara itu membuka satu sampul yang tertulisnya nama kumpulan yang menang untuk tempat kelima.

"Dal gruppo italiano!”

Pengacara itu menggunakan bahasa Italy yang langsung aku tidak tahu lalu tepukan gemuruh bergema di dalam pentas besar ini. Aku tersenyum melihat sekumpulan wanita penari ballet yang berasal dari Italy bertuah memenangi di tempat kelima.

"Wow! Bertuah mereka kan? Dah lah cantik semuanya.” Puji Nurul tak lepas-lepas memandang sekumpulan wanita penari ballet itu yang berasal dari negara Italy. Macam mana aku tahu? Kerana aku kenal mereka dan banyak kali pernah jumpa mereka di dalam studio tempat kami berlatih.

Lagi sekali aku pandang sekeliling. Masih tidak kelihatan susuk tubuh itu. Nafas berat aku hela. Hati gelisah tiba-tiba tetapi aku cuba tenangkan diri dan hati yang sedang gelisah.

"Lucky for the group. So, let's go to the fourth place anyway. The group that will win the fourth place and will bring the prize home is from the group....”

Pengacara ni memang sengaja buat aku berdebar-debar ke macam mana?

Rasa cemburu melihat mereka yang menang. Bagaimana kalau kumpulan kami tidak menang?

Sungguh aku tidak boleh bayangkan betapa sedihnya kami. Menangis tak berlagu! Penat-penat sahaja datang ke sini semata-mata pertandingan ini dan kalah. Hm...

"A group named strong and beautiful women! From a German!”

Amboi, sedap sungguh nama kumpulan mereka. Memang kena nama kumpulan dengan mereka kerana melihat mereka semuanya orang kuat-kuat dan paling tepat mereka sangatlah cantik.

Aku tersenyum lalu menepuk tangan. Tahniah pada kumpulan tersebut.

Dari jauh aku hanya perhatikan sahaja kumpulan itu naik ke atas pentas lalu mengambil hadiah dan mula bergambar. Ah, bertuah!

"Congratulations to the group that finished fourth. Next, for third place the group lucky to win the women’s ballet competition was the group from the UNITED KINGDOM. A very perfect performance and the group was named...” Agak keliru kerana di sini ramai penari ballet yang dari United Kingdom. Bertuah mereka yang memenangi di tempat ketiga itu.

Aku tersenyum lagi. Mahu menangis saat ini pun ada. Miss Liya tak lepas-lepas memberi kata-kata semangat pada kami agar kami tidak menyerah.

"Beautiful ballet dancer!”

Nama kumpulan itu disebut oleh pengacara. Dan kumpulan itu juga menang di tempat ketiga. Gemuruh tepukan untuk kumpulan tersebut.

"Aku tak yakin kita akan menang, Tiya.”

Aku mula bersuara apabila hati sudah menyerah yang nama kumpulan kami tidak akan disebut untuk menang. Tidak mungkin la kami akan memenangi di tempat kedua. Entah apa lagi tempat pertama. Dalam mimpi aje la.

"Hei, apa cakap macam tu? Yakin pada diri yang kita boleh menang.” Pesan Tiya dengan terselit kata-kata semangat agar aku tidak menyerah.

"Hmm...” Lagi sekali aku mengeluh kecil. Tidak berharap tetapi aku cuba yakin pada diri yang kumpulan kami boleh menang.

"For the second place to be owned and lucky to win this competition falls to the group...” Pengacara itu tersenyum senget lalu membuka satu sampul surat untuk membaca nama kumpulan yang bertuah menang di tempat kedua.

"PENTRAGON!”

Tepukan gemuruh buat kumpulan penari ballet yang bertuah dapat tempat kedua tersebut. Mereka berasal dari negara Spanyol. Cantik dan tinggi masing-masing. Aku tersenyum. Sudahnya aku tidak lagi berharap malah aku yakin yang kumpulan kami tidak akan menang.

Nafas berat aku hela panjang-panjang.

Seronok melihat kumpulan yang bertuah menang itu naik ke atas pentas untuk menerima hadiah. Untuk kumpulan kami mungkin lambat lagi. Hm...

Lagi sekali aku pandang sekeliling. Masih tidak kelihatan susuk tubuh itu. Hati terasa kembali gelisah tapi saat itu aku terfikir seketika.

Aku cuba untuk melupakan dia, tetapi kenapa aku akan gelisah jika dia tiada di sisiku? Adakah aku masih ada perasaan padanya? Ah, tak mungkin!

Aku perlu lupakan dia!

"This match will end here. The lucky first place will be owned by one group. I know, you're all tired of practicing. Ignore all things and just focus on training. I really appreciate your efforts. Don’t blame yourself if you lose or can’t sit in an up or down position. I want to apologize, you don’t deserve to blame yourself if you lose but you have practiced hard.” Kata pengacara itu mampu buat aku hendak menangis. Penat juga. Tidur pun tidak cukup kerana tumpukan pada latihan sampaikan aku lupa tentang ayah.

Ya Allah, bagaimana lah keadaan ayah sekarang ya?

"So, let’s name the group that will win this final in the first place.” Seperti biasa, seseorang menyerahkan satu sampul surat yang tertulisnya nama kumpulan yang bertuah menang di tempat pertama.

Aku hanya perhatikan sahaja sampul itu dibuka oleh pengacara tersebut. Dia tersenyum dahulu sebelum menyebutnya.

"The name of the group is quite unique.”

Iya, semua nama kumpulan unik sangat. Ada sesetengah itu aku ketawa bersama Tiya tapi tawaku hambar. Semangat mula hilang. Tidak yakin yang kumpulan kami akan menang.

Maafkan Bella, ayah.

"Muslimah ballet dancer from Malaysia!”

Membulat biji mataku mendengarnya. Terlopong luas aku saat ini tetapi cepat-cepat aku menekup mulutku dengan telapak tangan. Sungguh aku terkejut. Terkejut sangat-sangat yang nama kumpulan kami disebut memenangi di tempat pertama dalam pertandingan akhir ini.

Ya Allah, adakah ini benar?

Atau mimpi?

Melihat Tiya dan yang lain-lain turut terlopong luas. Mereka semua terkejut besar. Tepukan gemuruh untuk kami buatkan air mata aku hendak mengalir. Tanganku terus dipegang oleh Tiya lalu kami berpelukan seketika.

Tidak lama kemudian, kami beramai-ramai berjalan naik ke atas pentas tersebut untuk mengambil hadiah. Sempat aku melihat Miss Liya yang juga turut ada. Dia juga terkejut. Tidak menyangka yang kami akan menang.

Alhamdulillah!

Berkali-kali aku bersyukur di dalam hati. Gembira tak terkata. Medal untuk tempat pertama dipakaikan oleh pengetua majlis tersebut untuk kami dan kami bergambar beramai-ramai. Aku menyeka air mata yang mula mengalir. Sebak. Tak sangka yang kami menang!

Tepukan gemuruh serta pentas itu dipenuhi dengan kelopak bunga yang jatuh dari atas buatkan kami semua terkejut.

"Congratulations to the group that got the first place!”

Memang tidak menyangka langsung. Lantas kami mengambil hadiah dan sijil pemenang untuk tempat pertama lalu kami kembali ke belakang pentas. Dengan itu, kami beramai-ramai terus berpelukan bersama Miss Liya yang turut ada. Sumpah tak sangka langsung. Tak sia-sia aku berlatih tengah-tengah malam.

Alhamdulillah, kami menang!

Itulah impian kami!

"Congrats guys!” Ucap Miss Liya lalu mengeratkan lagi pelukan kami.

"Ya Allah, tak sangka betul yang kami dapat menang.” Ujar Tiya gembira. Tak lepas-lepas senyumannya di bibir.

"Alhamdulillah, rezeki korang semua.” Ucap Miss Liya lalu kembali memeluk kami semua. Teresak-esak kami menangis kegembiraan.

Gembira dan bersyukur!

"Congratulations to the group who have managed to get first place in this ballet final. For the presentation of the next ceremony which is the wedding choreography dancer competition. A very sweet dancer and a very romantic couple.”

Aku sedikit tergamam. Tangisan terhenti seketika saat mendengar kata-kata daripada pengacara tersebut. Ini nak cakap tentang pertandingan menari pasangan pulak ke macam mana? Ah, sungguh aku tidak bersedia. Dada kembali berdebar-debar. Jikalau kami berpeluang untuk menang dalam pertandingan choreography wedding dance ini, di mana pulak Chris? Tak akan la aku naik pentas sendirian nanti? Kata pasangan penari? Mestilah berdua-duaan.

Ah, serabut kembali otakku saat ini. Tetapi aku cuba untuk berlagak tenang dan bersyukur sangat-sangat kepada Allah kerana telah memakbulkan doaku dan berpeluang untuk kami menang.

Alhamdulillah!

Terima kasih, Allah!

"Eh, ni nak sampaikan hadiah kepada penari berpasangan pulak ke? Ah, aku gerenti lah yang kau dan Mr.Chris menang. Korang sweet kut time menari tadi! Tak sangka yang kau masuk pertandingan tu, Bella.” Ujar Tiya sambil tersenyum senget. Mahu mengusik.

Aku ketawa lalu menggeleng kepala beberapa kali.

"Tak nak berharap dan tak nak yakin pada diri yang pasangan kami menang sebab waktu menari aku tak bersungguh-sungguh dan langsung tiada mood!” Balasku dengan nada yang sedih tidak puas hati. Mana tidaknya tiada mood, sewaktu aku sudah habis lakukan persembahan balet, Chris lantas menarik aku untuk masuk ke dalam pertandingan menari pasangan tersebut.

Nak tak nak, terpaksa lah aku masuk. Tetapi kata-kata akhirnya itu sebelum kami melakukan persembahan tersebut tidak akan aku lupa. Masih terngiang-ngiang mampu buat dada aku terasa sebak.

"So let’s both see which pair is lucky to win for this match.” Kata-kata itu mampu buat jantung aku kembali beraktif walaupun sebaliknya aku tidak mahu berharap yang pasangan persembahan kami menang.

"Wait. I want open the card.”

Telan liur seketika. Siapa lah pasangan yang bertuah menang itu ya?

"Bella Brianna and our great lord, Mr.Chris Martinez!”

Mahu luruh jantungku mendengar nama itu. Sangat aku kenal. Kenal tersangatlah. Kerana terselit nama aku sendiri. Paling tepat nama aku disebut awal.

"Eh, nama kak Bella dan Mr.Chris bertuah menang dalam pertandingan tu. Wow, congrats!” Jerit Nurul, Puteri dan Fiqah gembira. Melihat mereka semua terkejut beruk apabila tanpa diduga dan tidak sangka nama aku dan Chris disebut sebagai pemenang dalam pertandingan tersebut.

"Haah la. Wow, congrats Bella!” Ucap Tiya pulak.

"Amboi, Miss Liya tak tahu pulak yang Bella masuk pertandingan tu. Dengan Mr.Chris pulak tu.” Ujar Miss Liya pula buatkan wajahku berbahang seketika. Aku sengih kecil dan mengucap terima kasih pada rakan-rakanku dan Miss Liya yang mengucapkan tahniah kepada aku.

Terus kaki berjalan naik ke atas pentas. Mengambil hadiah dengan hati yang sedikit kecewa. Sedih. Pasangan yang lain menang akan naik pentas bersama pasangan mereka. Tetapi aku hanya keseorangan.

Hadiah terus aku sambut dan sijil pemenang untuk pertandingan choreography wedding dance aku sambut dengan senyuman manis. Pengetua majlis itu tersenyum manis sambil menunduk hormat padaku. Aku sedikit berkerut dahi. Kenapa dia tunduk hormat padaku sedangkan aku yang perlu buat begitu padanya

"Err...Wait. Your wife Mr.Chris Martinez?” Soalan itu buatkan aku menoleh. Seorang wanita yang menyampaikan hadiah padaku sedikit berusia dalam pertengahan tahun itu sempat menyoalku buatkan aku sedikit tergamam.

"Err...Yes.” Tergagap-gagap aku menjawab. Kalau jawab tipu, pastilah mereka akan sangka pelik. Tidak pasangan tetapi mengikuti pertandingan ini.

"Oh, congrats.” Ucapnya. Aku hanya senyum manis dan mengucapkan thank you dan aku pergi meninggalkan pentas tersebut. Tetapi mereka yang dah tahu aku isteri Chris, mereka beramai-ramai menunduk hormat padaku dan ada yang berwajah takut apabila mendengar nama lelaki itu.

Chris Martinez.

Masih tertanya-tanya.

Sebaliknya aku terpaksa mengaku yang aku isteri Chris.

Dalam hati bersyukur sangat-sangat. Bersyukur dan berterima kasih pada Allah SWT.

"Wow! Cute lah pasangan ni.” Ujar Tiya buatkan aku tersipu-sipu malu.

"Congrats!” Ucap mereka semua buatkan aku tersenyum sampai ke telinga.

Alhamdulillah.

**********

Akhirnya, tamat sudah pertandingan ini. Semuanya habis di sini sahaja. Sekarang kami sudah berada di luar dewan besar itu. Mahu pulang tetapi saat ada orang terserempak dengan aku pasti mereka akan mengucapkan tahniah pada kumpulan kami.

Gembira!

"Congrats, Bella.”

Membulat mataku mendengar suara itu. Terkejut besar. Tidak menyangka dengan kedatangannya ini.

"Eh, aunty Mona!”

Jeritku gembira lalu memeluk tubuhnya. Entah kenapa, aku sudah anggap dia seperti ibu aku sendiri. Dia sangat baik. Aku sangat selesa dengannya.

"Thank you so much aunty. By the way, aunty buat apa dekat sini?” Soalku hairan. Dia ada masuk apa-apa pertandingan ke? Ah, bodohlah kau ni Bella. Tak mungkin!

Dan mungkin juga dia penonton dalam persembahan tadi. Aku sungguh gembira bertemu dengannya.

"Aunty jadi penonton tadi. Seronok betul tengok Bella menari. Nanti aunty nak belajar dengan Bella aje la.” Aku dan aunty Mona ketawa.

"Boleh aje. Thank you aunty.” Ucapku. Dia hanya tersenyum lalu kembali memeluk tubuhku dan terus dia meminta diri untuk pergi.

Kini tinggal lah aku seorang diri dan hanya memaniskan wajah jika terserempak dengan orang yang baru keluar dari dewan ini. Mereka akan mengucapkan tahniah malah aku pulak hanya membalas dengan terima kasih dan tersenyum manis. Dah macam aku baru lepas berkahwin pulak. Hahaha!

Hampir lama juga aku menunggu Tiya dan yang lain-lain keluar dari dewan ini. Kami hendak pulang dan esok lusa kami akan pulang ke Malaysia. Ah, terasa begitu cepat masa berlalu. Banyak kenangan-kenangan aku dan seseorang di sini buatkan aku tersenyum dan adakala buatkan aku menangis terluka dan sebak di hati.

Akan aku rindukan negara ini lagi!

"Auch!”

Bagaikan terasa bahuku dilanggar oleh seseorang. Nasib baiklah aku tak jatuh. Cepat-cepat aku pandang orang yang telah aku langgar itu. Memang salah aku pun. Dah macam ulat aku dekat sini. Terhulur-tehilir menunggu Tiya dan yang lain-lain.

Membulat mataku melihat yang aku langgar itu ialah Tuan Rayyan. Aku sedikit mendongakkan kepala memandang dia yang tinggi lampai itu.

Berkerut juga dahiku melihat di tangannya ada sejambak bunga ros berwarna merah dan bercampur dengan ros putih. Cantik dengan hiasan di tengah-tengahnya ada teddy bear kecil. Mungkin itu untuk kekasih Tuan Rayyan.

Tuan Rayyan? Tak perlu kut cakap pasal personaliti dia. Memang kacak tetapi sayangnya dia tidak pernah tersenyum malah wajahnya dingin dengan renungan tajamnya itu. Matanya juga cantik dan kelihatan jelas anak matanya yang berwarna coklat cair. Tapi, bagi aku Chris lagi kacak! Eh, aku puji dia ni dah kenapa?

Move on Bella!

"Err...Sorry,” ucapku sedikit menunduk.

Melihat kiri dan kanan Tuan Rayyan ada orang bagaikan bodyguard nya yang sedang menjaga Tuan Rayyan daripada musuh. Ah, boleh dikatakan yang Tuan Rayyan bukan calang-calang orangnya. Sama dengan adiknya.

"Congrats. Nah...Gift from Chris. He couldn't come to pick up the present. He's busy.” Ujar Tuan Rayyan ringkas dan menghulurkan sejambak bunga itu padaku. Aku sedikit terkaku di situ.

Bunga daripada Chris? Jadi dia memang tidak dapat datang tadi kerana sibuk? Ah, betul sangkaanku. Tapi, adakah ia benar? Atau Chris nak mengelakkan diri daripada aku sendiri? Atau Tuan Rayyan sengaja mahu pisahkan aku dengan Chris selepas ini? Ah, bermacam-macam perkara berlaga-laga di kotak fikiranku saat ini.

Serabut!

Perlahan-lahan aku menyambut bunga kegemaran aku itu. Chris memang tahu bunga kegemaran aku. Senyuman segaris terukir di bibir.

"Oh, if tomorrow I want to see him for the last time can I? Because soon I want to return to Malaysia.” Soalku dan berharap lelaki itu masih izinkan untuk Chris bertemu denganku lagi pada hari esok buat kali terakhir.

"No. I will not allow it at all. Starting today, you will no longer meet him. And if you want to know, Chris doesn’t want to see you again. He is determined to end this relationship. I don't want you to see him again, this is a warning from me!” Tegas suaranya memberi amaran padaku lalu dia terus meninggalkan aku yang tersentuh hati dengan kata-katanya itu.

Menitis air mataku menelan kata-katanya itu. Kejamnya dia. Dia benar-benar tidak izinkan aku bertemu dengan Chris. Kenapa? Aku jahat sangat ke? Aku ke yang salah selama ini kerana telah berkawan lebih rapat dengan Chris?

Ah, kau sangat bodoh Bella. Kau tak patut berkawan dengan dia!

Bunga itu aku renung dengan air mata yang tumpah. Sedih, kecewa, sebak di hati semuanya ada. Sumpah aku keliru dengan perasaan sendiri.

"Jom! Uh, penatnya. Tak sabar nak balik.” Suara itu kedengaran sudah dekat denganku dan yang pastinya sudah tentu itu Tiya dan rakan-rakanku yang lain.

"Betul tu. Tak sabar nak baring atas katil nak tidur puas-puas!”

Cepat-cepat aku menyeka air mataku dan mula menoleh memandang ke arah mereka yang sudah dekat denganku.

"Amboi, kak Bella dapat bunga daripada siapa tu? Mesti Mr.Chris kan? Sweetnya korang ni!” Ujar Fiqah yang perasan sejambak bunga di dalam pelukanku itu. Terkebil-kebil aku memandang mereka.

"Err...Hehehe. Sebagai tanda tahniah.” Balasku sambil tersenyum kelat. Tiya hanya senyum senget.

"Ye la tu. Dah la jom balik. Penat ni, dah nak malam.” Ujar Tiya lalu menarik lenganku untuk ke perhentian bas. Kami pulang menaiki bas yang tersedia daripada sekolah latihan ballet kami.

Lama aku merenung bunga itu. Terbayang kembali wajah Chris. Kenapa aku mula rindukan dia sedangkan aku cuba untuk lupakan dia?

Ah, keliru!

Tapi, akan aku cuba juga melupakan dia. Dia bukan milik aku. Dan aku perlu ikut arahan daripada Tuan Rayyan.

Jauhi Chris dan lupakan lelaki itu.

hai! I'm comeback <3 I'm so sorry for late to update new chapter...Sorry again! ^~^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience