"Ayah sihat?”
Dah lama tak hubungi ayah. Hari ini baru dapat hubungi ayah. Terlalu sibuk sampaikan aku lupa mahu hubungi ayah. Dan sebelum aku ke kelas, sempat aku bertanyakan khabar dengan ayah dahulu baru aku akan ke kelas.
Rindu aku pada ayah hanya Allah sahaja tahu betapa rindunya aku dekat ayah. Rasa mahu sahaja hari ini balik Malaysia jumpa ayah. Tapi tulah, aku sudah ada di sini dan aku perlu tamatkan pertandingan itu.
Yakin pada diri, insyaAllah aku boleh buat dan menang!
"Alhamdulillah, sihat. Cuma ayah batuk-batuk sikit aje.” Tidak sedap hati aku apabila ayah berkata begitu. Lama aku merenung wajah ayah yang terpapar di skrin komputer ribaku. Wajah ayah jelas terlihat pucat. Sesekali ayah batuk-batuk. Allah, risaunya hatiku.
"Ayah okay ke tu? Dah makan ubat?” Soalku yang mulai tidak senang duduk.
"Okay aje. Sikit je ni.” Balas ayah. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum nipis. Berdoa moga ayah di sana dalam keadaan yang baik dan sihat.
"Lama kamu tak call ayah. Busy sangat ke?” Soal ayah tiba-tiba. Aku hanya ketawa kecil. Mug yang berisi coffee kegemaran dihirup perlahan. Membasahkan tekak.
"Sikit. Biasa la ayah, banyak latihan. Bella betul-betul lupa nak call ayah. Penat punya pasal tu yang Bella terus tidur. Maafkan Bella, ayah.” Jelasku pada ayah. Ayah hanya senyum senget. Bagaikan tidak percaya dengan kata-kataku itu.
"Ye ke? Ke kamu dah ada orang lain di sana? Busy bercinta ke atau busy latihan?”
DAM!
Tergamam aku mendengar kata-kata sinis ayah itu. Lidah terus jadi kelu. Mencari idea untuk mengubah topik ini. Allah, aku dah lah tak bersedia lagi nak terus-terang pada ayah, ini kan pula ayah sudah cakap macam ni buatkan semangat aku hilang.
"Eh, mana ada la ayah. Bella nak menang mestilah Bella fokus pada latihan. Tak ada masa nak bercinta semua ni.” Cepat-cepat aku mencipta alasan untuk diberikan pada ayah. Masih mampu tersenyum walaupun sebaliknya hati tengah gelisah.
"Ingat. Ayah tak terima mana-mana lelaki, ayah hanya nak Zyan jadi suami kamu!”
Lagi sekali jantung aku bagaikan nak terputus. Berdetak begitu laju. Aku menggigit bibir bawah. Mencuba lagi tersenyum menyembunyikan wajah gelisah di hadapan ayah.
"Err...ayah dah makan ke? Mak ngah mana?”
Sengaja aku mengubah topik perbualan. Melihat jam sudah pukul 7 pagi. Masih ada masa. Belum terlambat lagi untuk aku ke kelas.
"Sudah. Mak ngah kamu baru balik. Tadi dia tolong ayah belikan cincin tunang kamu.”
Aku rasa tak lama lagi aku akan kena serangan jantung. Lagi sekali jantung berdetak makin laju. Sangatlah laju sehingga buatkan lidah aku kelu. Terkedu aku mendengar kata-kata ayah itu.
Cincin tunang?
"Kejap, ayah ambilkan cincin tunang kamu yang baru beli tadi.”
Aku telan liur. Masih diam. Terkaku seluruh tubuh. Lidah bagaikan sudah lumpuh. Tidak dapat mengungkapkan kata-kata. Jantung makin degil berdetak dengan sungguh laju.
"Ni haa...”
Ayah kembali dalam talian video call. Aku menelan liur apabila ayah menunjukkan sekotak cincin berwarna merah tersebut. Dibuka lalu di tunjukkan pada aku cincin yang dibeli tadi. Cantik cincin tersebut. Aku yakin ini pasti mak ngah yang pilih. Cincin emas dan ada batu berlian di tengah-tengahnya. Sangat cantik!
Ah, bagaimana hendak Zyan berterus-terang pada ayah kalau ayah dah pun beli cincin tunang tersebut. Aduh, kusutnya fikiran aku saat ini.
"Cantik, kan?”
"Err...Ya, cantik!” Ujarku dalam nada teruja yang dibuat-buat.
"Kenapa? Ayah tengok kamu macam tak suka aje?” Soal ayah buatkan aku terkebil-kebil memandang skrin komputer tersebut.
"Eh, mana ada la ayah. Cantik. Bella suka. Tapi....Bella masih tak bersedia lagi lah ayah.” Gumamku perlahan. Melihat wajah ayah sudah berubah dengan serius.
"Jadi, kamu nak batalkan majlis ni? Bella, kamu tak ingat ke janji kamu? Kamu sudah pilih pilihan pertama. Selepas habis pertandingan tu, pulang sahaja Malaysia kamu akan jadi tunang orang dan tak lama lagi kamu akan jadi isteri Zyan!” Ujar ayah dalam nada sedikit meninggi. Marah.
Aku hanya menunduk. Kalau aku cakap macam ni, aku dah agak dah pasti ayah akan marah. Entah apa lagi kalau Zyan berterus-terang tentang hubungan kami. Pasti ayah akan lebih marah. Mengamuk!
"Apa-apa alasan kamu, ayah tak nak dengar. Ayah tetap nak teruskan majlis ni. Jangan nak malukan muka ayah, Bella. Ayah dah bagitahu dekat orang kampung semua yang kamu tak lama lagi akan bertunang. Jangan nak bagi alasan untuk batalkan majlis ni. Ayah tetap nak kamu berkahwin dengan Zyan!”
Mahu menitis air mata aku mendengarnya. Lagi-lagi ayah menekankan sedikit nama Zyan dengan nada sedikit meninggi. Buatkan aku cuak habis apabila melihat ayah memegang dada kirinya di mana terletaknya jantung manusia. Sumpah saat ini aku gelabah gila! Wajah ayah sudah berkerut-kerut menahan sakit.
Allahuakbar!
"Ayah, ayah okay ke? Maafkan Bella ayah sebab dah cakap hal ni. Ayah rehat dulu ya.” Ujarku memberi ayah tenang.
Ini semua salah aku! Ah, kenapa lah aku cakap benda ni. Kan ayah sudah sakit.
"Cuma ayah nak Bella ingat...”
Tercungap-cungap ayah bersuara. Aku fokus mendengarnya. Mahu menangis saat ini melihat keadaan ayah. Moga ayah tiada apa-apa terjadi di sana.
"Ayah tak akan terima mana-mana lelaki selain Zyan. Kalau ayah dah tiada satu hari nanti, Bella jaga diri ya. Zyan akan selalu ada di sisi Bella.”
Akhirnya menitis jua air mataku. Sebak di dada. Tetapi terselit rasa gelisah.
"Kenapa ayah cakap macam tu? Bella sayang ayah. Ayah jangan buat Bella macam ni. Tak tenang tau kalau Bella berlatih nanti.” Aku sudah mulai teresak-esak menangis. Menggosok kedua-dua mata agar tidak berair lagi. Tetapi aku gagal. Air mata tetap mengalir laju.
Aku perasan Tiya sudah masuk ke dalam bilik ini. Tapi dia hanya membiarkan bersendirian. Memberi aku bercakap dengan ayah.
"Ayah pun rindukan Bella. Cepat-cepat balik ya.”
Sungguh buat hati aku sebak. Bella pun rindukan ayah!
Tidak lama kemudian, talian di matikan. Makin kuat aku menangis buatkan Fiqah dan Tiya lantas masuk ke dalam bilik ini.
"Eh, kak Bella. Kenapa menangis ni?” Soal Fiqah cuak apabila melihat aku menangis.
Kan aku dah cakap. Aku ni hati tisu. Sikit sahaja orang buat hati aku ni sedih atau lukakan hati aku, tidak pedulikan lagi memang aku akan menangis macam budak-budak tak dapat gula-gula.
"Kenapa ni Bella? Ni mesti sebab ayah kau kan?” Tiya bagaikan dah tahu mengusap lembut bahuku. Memberi aku tenang.
Aku hanya mengangguk perlahan.
"Aku risau kalau ayah aku terjadi apa-apa dekat sana. Kalau dia tiada satu hari nanti macam mana?” Aku mula bersuara dalam nada suara yang masih teresak-esak menangis.
Tiya dan Fiqah tersenyum kecil.
"Jangan cakap macam tu kak. Kan semua tu di tangan Tuhan. Kita sebagai anak solehah kena sentiasa mendoakan ibu bapa kita yang berada jauh dengan kita moga dia dalam keadaan yang sihat dan di dalam lindungan Allah. InsyaAllah tiada apa-apa.” Pujuk Fiqah pula lalu mengusap lembut bahuku. Memberi aku tenang. Aku cuba meredakan tangisanku itu. Mengesat air mata yang tumpah di pipi. Cuba untuk tersenyum.
"Thank you korang. Allah is the best planner.” Pujukku untuk diri sendiri. Tiya dan Fiqah terus memeluk tubuh aku. Memang dah tersekat aku di tengah-tengah pelukan mereka berdua ini. Aku ketawa kecil lalu membalas pelukan mereka berdua.
Iya, aku sebagai anak perlu berdoa untuk ayah moga ayah tidak apa-apa terjadi di sana. Dan semoga Allah berikan kesihatan yang baik untuk ayah.
Bella rindu ayah!
*********
Masih terbayang cincin yang di tunjuk oleh ayah pada pagi tadi. Tetapi kalau aku teringat tentang itu otak aku pasti akan terasa begitu serabut. Serabut hendak memikirkan bagaimana untuk Zyan berterus-terang pada ayah tentang hubungan kami. Selepas itu aku pulak perlu bawa seseorang lelaki berjumpa dengan ayah yang mengatakan aku sudah berpunya dan menggantikan lelaki itu di tempat Zyan.
Tetapi, bagaimana?!
Ah, serabutnya!
Kepala yang berdenyut-denyut aku picit perlahan-lahan. Pening.
"Kau tak nak balik ke? Dah nak malam ni.” Suara itu buatkan aku kembali membuka mata. Memandang Tiya yang sudah siap bersedia untuk pulang dengan beg di galas ke bahu.
Aku hanya senyum sebaris.
"Kau balik la dulu dengan dorang. Aku rasa nak stay sini sekejap. Pertandingan tu kan dah nak dekat, so aku nak lebih lagi berlatih. Mungkin aku balik lewat sikit.” Ujarku pada Tiya. Rasa mahu duduk di sini sekejap. Mahu hilangkan stress.
"Eh, biar betul?” Soal Tiya tak percaya. Aku hanya senyum kecil sambil mengangguk kepala.
"Iya, betul. Kau jangan risau tentang aku. Kau balik dulu dengan dorang. Aku tak lama pun kat sini. Sebelum pukul 9 malam macam tu aku balik. Lagipun bukannya aku sorang dekat sini. Ramai lagi kut yang stay sini untuk berlatih.” Aku meyakinkan Tiya yang aku baik-baik sahaja untuk tinggal di sini lama sedikit. Tiya hanya mengangguk. Bersetuju.
"Okay, kalau macam tu aku pergi dulu ya. Kalau ada apa-apa call aku. Aku risau kalau kejadian lepas tu terjadi kembali.”
Aku faham maksud Tiya itu. Aku pernah ceritakan pada Tiya yang aku hampir di sentuh oleh mat salih miang. Dia sungguh risau bila dapat tahu. Tapi, aku tidak kesah. Aku boleh jaga diri sendiri. Mungkin saat itu aku terlalu penat dan sebabkan itu juga semua keberanian untuk melawannya hilang. Lagipun bukannya aku sorang sahaja di dalam studio ballet itu nanti.
"Okay, korang balik tu elok-elok.” Pesanku. Tiya hanya mengangguk dan berlalu pergi meninggalkan aku yang masih berada di locker room ini. Aku mengelap peluh yang berair di dahi. Membetulkan sedikit dress labuh balet aku dan membetulkan sedikit tudungku yang sudah mula senget.
Terasa diri itu sudah selesa dan bersedia hendak berlatih lagi, aku berjalan masuk semula ke dalam studio.
Melihat di dalam masih ramai dengan pelatih yang sedang berlatih. Saat-saat pertandingan ini semakin mendekat, kumpulan lelaki pun juga turut berlatih di sini. Sangkaku hanya untuk perempuan. Rupa-rupanya lelaki juga ada. Pelatih ballet lelaki sebagai penari pasangan. Penari romantik.
Ah, sangat sweet!
Aku tersenyum melihat masih ramai yang sedang berlatih. Guru-guru pelatih kami juga turut ada membantu kami untuk berlatih. Bergema di dalam studio itu dengan lagu balet. Memberi semangat untuk kami terus berlatih.
Aku mula membuka langkah. Menarik nafas dalam-dalam sebelum memulakan pergerakan. Lembut sahaja tangan menaik ke atas. Kaki pula membuka langkah untuk berpusing dengan badan yang lembut.
Pergerakan seterusnya, aku cuba menjengkekkan kedua-dua belah kaki sambil berpusing perlahan-lahan. Sebelah tangan lembut menghayun melawan arah. Senyuman tak lekang dari bibir.
Tapi, seketika kemudian aku terduduk. Terasa bagaikan kelopak mata mula basah. Mungkin sebab aku banyak fikir. Pelbagai perkara aku fikir saat ini. Fokus aku sudah mula hilang. Pelatih-pelatih yang sedang sibuk berlatih bersungguh-sungguh, kini tumpuan mereka sepenuhnya beralih kepadaku.
Aku menunduk. Menahan air mata agar tidak jatuh ke pipi. Bibir bawah aku ketap kuat-kuat. Terasa begitu berat ujianku saat ini.
"Ingat! Sebalik ujian yang mampu buat kau jatuh air mata tu akan digantikan dengan kebahagian. Kau akan jatuh dengan air mata kesyukuran. Allah nak uji kau sebab dia sayang kau. Jangan salahkan takdir.”
Pesanan Tiya masih terngiang-ngiang di peluput telingaku saat ini. Terasa semangat mula menguasai diri. Hati yang tadi terasa sebak kini mula bersemangat. Perlahan-lahan aku mengangkat wajah. Melihat semua masih memandang ke arahku.
Tidak kuat untuk terus menyambung menari, kaki terus melangkah keluar dari studio ballet itu. Hujung mata yang berair itu di seka. Mencuba untuk tersenyum. Pujuk hati yang aku...
Kuat!
Aku boleh lawan!
Sambil aku berjalan keluar untuk menghilangkan serabut di otak yang sedang kusut ini, terhenti langkahku apabila mata terpandang pada satu bilik. Aku tak rasa itu bilik. Boleh dikatakan itu seperti studio. Tempatnya besar.
Kaki mula melangkah masuk. Kaki ni gatal sangat nak jejak masuk ke dalam studio besar itu. Terbuntang luas mataku melihat di dalam itu ialah sebuah pentas. Cantik tempatnya. Ada satu lampu sedang menghala di atas pentas itu.
Hati ingin lagi melangkah, aku berjalan masuk dan mula melangkah naik ke atas pentas besar tersebut.
Sampai sahaja di atas pentas itu, sekeliling pentas besar itu aku perhatikan. Dihadapan pula ada banyak kerusi-kerusi penonton. Aku yakin pentas ini untuk pertandingan di sini. Tapi, tak akan lah pertandingan itu akan dilangsungkan di tempat ini.
Aku tersenyum seketika. Terasa kotak fikiran saat ini kosong. Tenang. Alat muzik piano lagu balet berbunyi buatkan aku rasa hendak menari di atas pentas ini.
Mencuba membuka langkah, dengan lafaz bismillah aku mula membuat pergerakan. Hendak berlatih banyak-banyak semoga saat di dalam pertandingan nanti aku tidak salah langkah.
Aku mula menjengkekkan kedua-dua belah kaki sambil berpusing. Tangan mula bergerak lembut ke kiri dan ke kanan. Senyuman tidak lepas-lepas dari bibir buatkan semangat untuk aku terus menari.
Step seterusnya, aku menyambungnya dengan mengangkat sebelah kaki sambil berpusing. Agak pening tetapi sudah biasa.
Selepas itu, aku mengambil satu sudut yang luas jaraknya dan aku mula berlari dan melompat dengan sebelah kaki di lurus di depan dan sebelah kaki lagi lurus ke belakang. Street split tetapi posisi aku saat ini melompat.
Kemudian, pergerakan terakhir pula membuat pergerakan ballet spinning. Menjengkekkan betul-betul kedua-dua belah kaki. Senang melakukan pergerakan ini kerana aku memakai kasut ballet. Selepas itu, sebelah kaki menyentuh betis sebelah lalu aku mencuba berpusing dalam posisi begini.
Hampir lama juga. Sehingga lah aku berpusing biasa tanpa ballet spinning sehingga lah aku kembali terduduk di tengah-tengah pentas itu.
Tercungap-cungap aku saat ini. Peluh makin laju mengalir di dahi. Jantung laju beraktif. Perlahan-lahan aku menarik nafas lalu dihembus dengan lembut.
Alhamdulillah!
Gembira kerana aku sudah berjaya!
Aku tersenyum sendiri. Mengucapkan tahniah pada diri sendiri.
Buatkan kedua-dua bahuku ternaik apabila kedengaran seperti ada seseorang menepuk tangan beberapa kali. Lantas aku mengangkat wajah.
Tergamam seketika apabila melihat satu susuk tubuh itu sedang duduk di kerusi penonton di bahagian paling depan. Sebelah kakinya diletakkan di atas peha. Cukup terlihat seperti bos sedang duduk. Bergaya!
Dia tersenyum senget sambil menepuk tangan.
Siapa lagi kalau bukan...
Chris!
Aku menelan liur. Macam mana aku boleh tak perasan yang dia ada? Ah, malunya! Adakah dia sedang menonton saat aku sedang menari tadi?
Cepat-cepat aku berdiri. Membetulkan dress labuhku itu.
"I like see you dance.” Ucapnya sambil tersenyum. Aku hanya tersenyum kecil. Seketika terasa pipi mula berbahang.
"Thank you.” Ucapku.
"Ma...Macam mana awak boleh ada dekat sini?” Tidak menunggu lama aku mula bertanya padanya dengan nada sedikit gagap. Lelaki itu tersenyum senget lalu mula berdiri dan berjalan naik ke atas pentas tersebut.
"Ini tempat saya. Saya suka melihat cara awak menari. Perfect!” Ucapnya lalu tanpa sedar dia sudah berada betul-betul dihadapanku. Telan liur lagi aku melihat yang dia sudah berada di hadapanku. Ah, cepatnya dia datang ke sini.
"Err...Dah lama ke awak ada kat sini?"
Memang malu! Takut pula kalau saat aku menari itu mekup di muka aku ni cair ke atau apa ke. Ah, malunya! Lagi satu, aku tidak suka orang melihat aku saat berlatih. Kalau pertandingan itu lain.
"Ini tempat saya, honey. Saya juga selalu menari di sini. Tak sangka, awak pun menari di sini. Dari awal sampai akhir saya melihat awak berlatih tadi. Sangat perfect!” Ujarnya lagi sambil tersenyum manis.
Ah, malunya! Aku senyum kecil. Memaksa untuk tersenyum walaupun saat ini aku rasa kekok dan malu.
"Oh, maaflah kalau saya ada kacau tempat awak. Saya baru tahu tempat ni. Saya suka menari di sini, tenang.” Jujurku sambil sengih kecil.
"It's okay. Teruskan. Saya suka tengok cara awak menari.”
"Thank you!” Ucapku sambil tersenyum manis.
Cik jantung makin degil saat ini. Entah apa lagi si dia muncul secara tiba-tiba. Saat aku menari, macam mana lah aku boleh tak perasan. Hadui, malunya!
Nasib baik aku tak pakai mekup tebal. Kalau aku dengar kata Tiya untuk mekup tebal, mesti mekup aku cair dengan peluh aku yang mengalir laju di dahi turun ke seluruh wajah.
"Can I dance with you, mia belle?”
Tergamam aku mendengar permintaannya itu. Telan liur sekali lagi untuk entah ke berapa kali, jantung mula berubah rentak. Dia menghulurkan tangannya padaku. Buatkan aku terkejut apabila kedua-dua tangannya sudah tersarung dengan sarung tangan yang berwarna hitam.
Syukur, dia masih hormat aku. Siap memakai sarung tangan lagi untuk menyentuh aku. Buatkan aku terkejut untuk sekali lagi apabila kedengaran lagu "LIKE I'M GONNA LOSE YOU" lembut kedengaran di dalam pentas ini secara tiba-tiba. Aku pun tidak tahu siapa yang pasang tapi lagu ini buatkan semangat aku ingin terus menari bersama seseorang.
Aku tersenyum lagi. Tidak menunggu lama, aku menyambut huluran tangan itu. First time aku pegang tangannya. Tapi, syukur kerana dia berlapik dengan sarung tangannya yang berwarna hitam yang dipakai olehnya. Makin lebar senyuman kami berdua. Sungguh hati berat hendak menyambut huluran tangannya, tetapi hati ini ingin sangat menyambut huluran itu.
Kami mula menari berpasangan. Kalau orang lihat kami berdua menari sebegini pasti mereka sangka yang aku dan Chris sedang hangat bercinta.
Lirik lagu tersebut buatkan semangat untuk aku terus menari. Sebelah tanganku bersatu dengan tangan Chris sambil itu aku berpusingkan tubuh dengan lembut. Aku sedikit ke belakang lalu terasa tanganku sedikit di tarik buatkan jarak tubuhku terus dekat dengan Chris. Kami bertentang mata buat seketika.
Bagaikan terkena renjatan elektrik apabila terasa pinggangku dirangkul kemas olehnya. Dia tersenyum senget sambil menarik tubuhku untuk mendekatinya lagi.
"You look so beautiful tonight. I love you, Bella and your my mine forever.”
Lembut bisikan itu di ungkapkan di telingaku. Aku tersenyum mendengarnya. Cik jantung makin degil dengan tuannya makin laju dia berdetak buatkan nafas aku bagaikan tersekat saat ini. Dapat kuhidu wangian yang melekat di tubuh Chris itu.
Dalam posisi begini, entah kenapa mimpi yang aku bersama lelaki yang mirip wajah dengan Chris menyinggah di kotak fikiranku. Adakah lelaki yang berwajah mirip dengan Chris itu ialah dia? Benarkan lelaki itu ialah Chris?
Chris Martinez?
Lama aku merenung anak matanya yang berwarna biru itu. Cantik dan indah.
Terasa sebelah tanganku yang berada di dalam genggaman Chris itu ditarik olehnya lalu dia mencuba membawa tangan aku itu ke arah bibirnya. Aku tahu dia mahu lakukan apa.
Lantas aku menarik tanganku semula dan mula menjarakkan diri daripadanya. Kami bertatapan mata sehinggalah lagu tersebut sudah habis. Tenang aku mendengar lagu itu sambil menatap mata cantik Chris. Tapi, sumpah aku tidak selesa kalau dalam keadaan seperti tadi.
"I'm sorry.”
Chris yang sudah tahu yang aku tidak selesa dalam keadaan begitu mula gelabah. Pasti dia takut yang aku tidak suka akan nya lagi dan tidak selesa dengannya.
Aku teragak-agak menggeleng. Tetapi jantung saat ini bagaikan nak luruh. Berkencang bagai nak gila!
"Maybe we are not equal and do not match.”
Tiba-tiba sahaja Chris berkata begitu buatkan aku tersentak. Lama aku merenung dia. Dia kembali membuka sarung tangan hitamnya itu tanpa memandang ke arahku tetapi dapat kulihat dia tersenyum. Senyuman yang terselit rasa keperitan.
"Kenapa awak cakap macam tu, Chris?” Soalku sedikit pelik. Chris membalas pandanganku. Dia tersenyum manis lalu dia berundur setapak ke belakang. Aku berkerut dahi. Hairan.
"And maybe you're not my soulmate.” Sambungnya lagi tanpa membalas soalanku.
Aku ketawa kecil. Ketawa yang dibuat-buat. Aku yakin itu hanya sekadar gurauan daripada Chris. Jangan cakap yang dia mahu meninggalkan aku dan mahu putuskan hubungan ini. Tidak, aku sangat memerlukannya.
"What you mean? Just kidding, right?” Soalku sambil ketawa kecil. Ketawa yang dibuat-buat untuk menyembunyikan rasa sedih dan sebak di dada saat dia mula berkata begitu.
Chris masih berwajah tenang dengan senyuman manisnya itu. Berkerut-kerut dahiku. Tidak faham dan tidak mengerti.
"Awak bagaikan bidadari, Bella. Bidadari yang sangat baik. Tidak sesuai untuk saya yang seorang....Evil. Jahat!” Ujarnya. Aku sedikit tersentak. Keadaan berubah dengan tegang. Wajah Chris berubah dengan serius.
"Kalau kita bersama, dapatkah awak bersama dengan saya selama-lamanya? Dapatkah awak tahan dengan dugaan yang akan melanda kita nanti? Dan....Dapatkah awak bertahan jika ada seseorang berniat jahat pada awak dengan hubungan kita yang tidak sepadan ini?” Soalnya sambil tersenyum sebaris.
"Yeah, mungkin kita tak sepadan dan tiada jodoh. I'm sorry, Bella.” Sambungnya buatkan aku sedikit tertunduk sambil meraup wajah. Jelas yang dia juga sedikit kecewa.
Kelopak mata aku sudah mula bertakung dengan air mata. Tunggu masa sahaja jatuh di pipi. Hati terlalu sebak saat ini. Seluruh tubuh kaku dan lidah kelu tidak dapat mengungkapkan apa-apa patah perkataan.
"Ja...Jadi, awak nak putuskan hubungan ni?” Soalku dalam nada sedikit gagap. Menahan sebak di dada.
Chris kembali memandang aku. Tepat ke arah mataku. Aku yakin dia perasan air mataku yang sudah mula bertakung kerana wajahnya berubah apabila melihat air mataku hampir tumpah.
"I'm sorry, Bella. I'm so sorry. Maafkan saya kalau saya ada buat awak sedih. Please don't be sad. Saya tak kuat melihat awak menangis, sayang.” Dia terus mendapatkan aku. Sepantas itu air mataku jatuh ke pipi. Mengalir dengan sangat laju dengan hati yang begitu sebak. Hari ini memang hari untuk aku menangis ke?
Kini dia sudah berada betul-betul di hadapanku. Wajahnya jelas bersalah kerana telah buat aku bersedih. Sebelah tangannya di angkat. Aku tahu dia mahu menyeka air mata di pipiku.
Tetapi, aku bersyukur di dalam hati kerana dia masih hormat aku. Dia hormat agama aku. Dia tersenyum kecil lalu kembali menurunkan tangannya lalu dia mengambil sehelai kain sapu tangan dari dalam poket seluarnya dan di lap di pipiku. Dia menyeka air mataku dengan kain yang berada di dalam genggamannya.
Saat dia menyeka air mataku, terasa hati sebak kembali. Tidak dapat menahankan lagi sebak di dada. Lama aku merenung wajah Chris. Setiap inci wajah lelaki itu aku tenung. Kalau Chris mengungkapkan satu kata-kata yang sangat perit iaitu dia mahu memutuskan hubungan ini, sumpah aku tidak dapat terima. Aku tahu kami tidak sepadan. Benar kata-kata Chris itu, kami berbeza agama, tidak sepadan dan tidak ada jodoh untuk bersama. Tapi aku tidak boleh pergi tinggalkan dia. Kerana aku sudah mula jatuh cinta dan sudah mula sayangkan dia.
Sumpah aku tidak boleh berpisah dengan dia.
Sakit hati aku kalau melihat dia bersama dengan perempuan lain.
Dengan itu, tidak dapat lagi ditahankan lagi air mata yang mula bertakung, terus terlepas tangisan teresak-esak buatkan suara tangisanku bergema di dalam pentas studio itu. Aku tidak peduli lagi jika ada orang dengar, hanya air mata yang mengalir laju.
"I'm sorry, honey. Please, don't cry.”
Hanya mampu memejam mata rapat-rapat sambil menangis. Tetapi dapat aku rasakan bagaikan ada seseorang sedang mengusap lembut belakang tubuhku. Tidak peduli, hanya tangisan yang terlepas. Biar lah aku menangis sepuas-puasnya dihadapan Chris, biar dia tahu aku cinta dan sayang dia sebelum dia membuat keputusan untuk putuskan hubungan ini dan pergi.
"Don't cry, honey. I always by your side. I'm sorry again.” Nada memujuk. Aku masih menangis. Memang hari ini untuk aku menangis sahaja sampaikan perasaan rasa malu menangis di hadapan Chris seperti budak kecil semuanya sudah hilang. Yang aku harap saat ini, Chris tidak pergi tinggalkan aku.
Kira-kira lama juga lah aku menangis. Tangan yang mengusap belakang tubuhku itu buatkan aku rasa sedikit tenang. Tangisanku semakin menurun. Dan akhirnya aku terdiam seketika. Menyeka air mata. Sedar sahaja yang aku sudah lama menangis dihadapan Chris, lantas aku angkat wajah.
Mahu terkejut beruk aku apabila aku baru sedar yang aku sudah berada di dalam pelukan Chris dan lelaki itu dengan lembut mengusap belakang tubuhku memberi aku tenang. Telan liur aku seketika. Jantung lagi sekali buat hal.
Cepat-cepat aku jarakkan tubuh darinya. Buatkan aku terkejut biawak untuk kali kedua apabila terpandang di baju kemeja putih Chris sudah basah dek air mata aku yang mengalir banyak tumpah di atas bajunya di bahagian dadanya.
Ya Allah!
Malunya!
Aku ketap bibir. Memandang wajah Chris tenang dengan senyumannya. Pasti hatinya lega kerana melihat aku sudah baik-baik sahaja. Kerana dia pernah berkata, yang dia akan jatuh jika aku menangis dihadapannya. Macam mana aku tak sayang dia? Ah, aku sayang sangat-sangat padanya! Kalau dalam Islam dibenarkan kahwin dengan orang non muslim, dah lama aku mengajak lelaki ini berkahwin. Tapi aku silap, semua itu tidak akan berlaku. Haram untuk seorang muslim berkahwin dengan non muslim dan kecuali non muslim itu memeluk agama Islam.
"Are you calm?” Soalnya dengan satu senyuman.
"Saya minta maaf...err baju awak.”
Aku menunding jari ke arah bajunya yang basah di bahagian dadanya dek air mataku yang lebat mengalir tadi. Aku ketap bibir. Rasa malu pula kerana sudah lepaskan tangisan dalam pelukan dia. Macam mana lah aku boleh tidak sedar yang aku sudah berada di dalam pelukannya tadi.
"It's okay. Don't worry about me.” Balasnya. Aku tersenyum. Tetapi rasa sedih di hati itu masih belum habis. Cepat-cepat aku kesat hujung mataku yang sudah mula berair.
"Iya, benar kata-kata awak tu. Mungkin kita tak sepadan, agama yang berbeza, banyak halangan dan dugaan untuk kita bersama dan kita tiada jodoh. Saya tahu, saya bukan perempuan seperti yang awak mahukan. Saya minta maaf Chris. I'm so sorry. Kalau keputusan awak itu mahukan kita putus, saya reda. Selama-lamanya kita tak akan bahagia dan selama-lamanya kita tidak akan dapat berkahwin. Sorry.” Jelasku pada Chris. Wajah lelaki itu kembali berubah dengan kecewa. Aku yakin dia pun sedih untuk putuskan hubungan ini.
"Saya minta maaf lagi sekali, saya pergi dulu.” Tidak menunggu lama, aku terus membuka langkah untuk pergi tetapi terasa lenganku cekap ditangkap oleh seseorang. Chris menghalang aku pergi. Aku kembali memandang ke arahnya.
"Kalau ada jodoh, mungkin kita akan dipertemukan semula. Saya nak minta maaf juga.” Ujarnya dengan wajah yang jelas bersalah. Aku hanya senyum.
"Awak tak ada salah pun dengan saya, Chris. Dan mulai hari ini awak kawan saya. Kawan baik saya sampai bila-bila. Saya harap awak dipertemukan cepat-cepat dengan jodoh awak yang lebih baik dan lebih cantik daripada saya. Saya minta diri dulu, bye!” Hati kembali sebak. Aku perlu cepat-cepat pergi kalau tak, pasti aku akan menangis teresak-esak kembali.
Belum sempat aku melangkah pergi, lenganku ditarik lagi.
"No, no. Awak tetap......”
Belum lagi Chris menghabiskan ayatnya, kedengaran satu suara garau mencelah pembicaraannya. Kami bersama-sama menoleh ke arah suara garau itu. Seorang lelaki yang bertubuh tegap dan sangat tinggi sedang berdiri tegak di pintu utama pentas studio ini sambil sebelah tangan masuk ke dalam poket seluar.
Aku mengecilkan sedikit mataku. Bagaikan aku kenal siapa lelaki itu.
"Chris. I want meet you now!” Ujarnya dengan nada begitu mendatar.
Aku kembali memandang Chris. Dia tersenyum.
"Awak tetap milik saya buat selama-lamanya.”
Ayat terakhir diungkap oleh Chris sebelum lelaki itu berlalu pergi ke arah lelaki yang memanggilnya tadi. Aku hanya merenung susuk tubuh tegap tingginya itu daripada belakang sehinggalah kelibatnya hilang. Kembali mengalir air mataku.
Sebak!
"Kau kuat Bella. Mungkin dia bukan untuk kau. Jangan sedih. Akan ada seseorang yang lebih tepat untuk kau. Please, jangan menangis.”
Hanya mampu memujuk diri sendiri dan hati yang terlalu sebak. Aku tersenyum sendiri. Memberi semangat pada diri sendiri. Air mata di seka. Sempat menjeling sekilas ke arah jam di dinding sudah tepat pukul 9 malam. Ah, tepat pada masanya untuk aku pulang. Nanti lewat malam takut pulak hendak aku pulang sendirian.
Kaki mengatur langkah ke pintu utama pentas studio itu. Dan langkahku terhenti di tengah-tengah pintu utama pentas studio itu saat kedengaran namaku disebut oleh seseorang.
"Bella. The girl's name is Bella Brianna.” Kedengaran suara Chris menyebut namaku. Perlahan-lahan aku berjalan ke arah suara itu. Di satu tempat ada Chris bersama lelaki tadi.
Iya, dia!
Kan aku dah cakap, aku kenal dia. Dia lah abang Chris. Tak silap aku nama dia Rayyan. Ah, aku lupa nama panjang abangnya.
Lelaki itu memeluk tubuh dengan berwajah serius dan Chris pula sedang duduk di sebuah kerusi dengan wajahnya yang jelas sedih. Aku yakin dia sedang bersedih.
Aku sembunyi di satu tempat kerana mahu mendengar lagi apa yang mereka sedang bercakap itu kerana aku dengar nama aku disebut. Aku dapat rasakan yang Rayyan abang kepada Chris memang tidak menyukai aku dan dia memang tidak menyukai hubungan kami. Dia pernah menyuruh Chris putuskan hubungan ini dan adakah sebab itu Chris terpaksa memutuskan hubungan ini?
"I don't like she. And you, I want you to break that relationship. I don't like you in a relationship with that girl. She doesn't suit you. If she finds out who you are, she will definitely leave you. You don’t think to that all women want the perfect man. Not like us, Chris. We are evil!”
Sedikit tergamam aku mendengarnya. Tangan terus menutup mulut sendiri. Aku dah cakap, abang dia tidak suka aku bersama Chris. Benar kata-kata Chris itu, kalau kami bersama, mustahil salah seorang akan dapat bertahan untuk bersama. Entah apa lagi dugaan yang melanda. Abang dia pun tak suka aku, macam mana kami hendak berhubungan?
Memang patut di putuskan.
Tapi, ada yang aku tak tahu lagi ke tentang Chris ni? Ya, aku memang tak kenal lagi siapa Chris Martinez yang sebenarnya? Siapakah dia?
"But, I love him. I'm already in love with him. I'm sure, she's not a girl like out there. She is very kind.” Ujar Chris. Air mata kembali mengalir di pipi.
Saya pun sayang awak, Chris.
"If her could know who you are, what would you want to do? I’m sure, the girl will definitely be mad at you for cheating on her.” Keras suara Rayyan memarahi adiknya yang sedang mabuk bercinta itu.
"And because of that woman, our group was destroyed. Please, Chris. Focus on our plans. Not love! Many more women out there. Not him!” Tegas suaranya buatkan kedua-dua bahuku ternaik terkejut.
Rancangan? Rancangan apakah itu?
Sumpah aku terasa hati dengan kata-kata Rayyan itu. Tersentuh hati kecil itu. Aku menyeka air mata. Iya, aku tahu aku siapa pada adiknya yang kacak dan sempurna itu. Aku tahu dan aku sedar diri aku yang aku siapa.
Mungkin kami tiada jodoh.
"I'm willing to die for that girl!”
Bentak Chris buatkan aku terkejut lagi sekali. Sempat aku mengintai sedikit, mengintip mereka berdua. Kelihatan Chris sudah bangun dan berlalu pergi. Tinggal Rayyan sahaja di situ. Lelaki itu meraup wajahnya. Wajahnya kelihatan merah dan jelas sedang marah.
"Damn it!”
Bentaknya sambil menendang kerusi yang duduki oleh Chris tadi. Entah ke berapa kali, aku sudah terkejut beruk! Kembali memejam mata rapat-rapat. Jantung makin laju berkencang. Air mata tetap mengalir laju.
Dalam beberapa minit aku berdiam diri dan menenangkan hati seketika, aku kembali buka mata dengan sepantas itu aku menoleh semula mahu melihat lelaki tadi. Takut pula dia jalan di tempat yang aku sembunyi ini nanti terus kantoi pula yang aku mencuri-curi dengar perbualan mereka tadi.
Terbeliak biji mataku melihat di tempat itu sudah tiada kelibat susuk tubuh tinggi dia.
"Ehem!”
Hampir terkeluar jantung aku apabila melihat lelaki itu sudah berada betul-betul dihadapan aku.
"Allahuakbar!”
Terjerit kecil aku melihat dia sudah berada di hadapanku sambil memeluk tubuh. Mengucap panjang aku saat ini.
Astaghfirullahalazim!
Ingatkan hantu galah mana lah tadi. Tinggi betul! Aku sedikit mendongakkan kepala memandang dia yang tinggi lampai itu.
Ah, dua adik beradik ni memang kacak ke? Adik abang sama aje. Kacak dan bergaya! Mampu buat para wanita cair!
Aku menelan liur. Tersandar terus aku pada dinding kerana lelaki itu sangat dekat dengan aku. Direnung aku dengan sangat tajam dengan mata helangnya itu buatkan seluruh tubuhku kaku dan lidah kelu. Wajahnya sangat serius. Ditenung aku itu bagaikan nak makan aku pula. Huh, kecut perut!
"Err...I'm...I'm sorry...err..” Aku sudah mulai gagap. Berharap aku pulak yang tidak ditengking oleh dia. Telan liur berkali-kali. Jantung makin laju berdegup. Pasti dia ingat yang aku mencuri-curi dengar perbualan mereka berdua sebentar tadi.
Ah, takut!
Aku hanya menunduk sambil mengetap bibir. Jantung masih berdebar-debar.
Sedikit berkerut dahi apabila melihat lelaki itu secara tiba-tiba menghulurkan pada aku dengan sehelai tisu. Aku memandangnya. Satu senyuman pun tiada terukir di bibir lelaki itu malah hanya menayangkan wajah garangnya.
"Nah...Lap air mata kau.”
Lembut dia berbicara tetapi nada suara tetap tegas. Terkejut aku mendengar yang dia pandai berbahasa Melayu. Oh, ya! Aku lupa, Chris pernah cerita yang dia dan abang dia pernah belajar di Malaysia dan mereka pernah tinggal di Malaysia hampir 10 tahun setelah kehilangan kedua-dua orang tua mereka.
Aku hanya senyum kecil. Terketar-ketar tanganku mengambil tisu yang dihulurkan oleh Rayyan itu. Malunya yang dia perasan air mataku ini.
"Tha...Thank you err...”
"Rayyan.”
Celahnya. Aku sudah tahu la! Nampak sahaja muka garang, sebaliknya hati tisu. Sama dengan adiknya. Tidak boleh tengok perempuan menangis.
Ah, sweet la dorang ni!
"Thank you, Rayyan.”
Wajahnya masih serius. Tidak menjawab apa-apa lagi terus berlalu pergi sambil memakai kaca mata hitamnya. Ah, sangat kacak. Tetapi abangnya terlihat maskulin. Dua beradik ni memang sempurna dan kenapa mereka berkata yang mereka jahat dan tidak sempurna?
Kenapa ya?
*********
Hidung sudah merah dan mata sudah bengkak kerana sudah banyak kali menangis malam ini. Memang hari ini hari untuk aku menangis. Haih...
Macam mana hendak pulang ke rumah ni? Dalam keadaan muka dan mata yang bengkak? Ah, tak mungkin! Pastilah nanti Tiya syak aku menangis. Lepastu mula jadi polis penyiasat.
Nafas berat aku hela. Angin berdesir lembut buatkan hati terasa tenang dan damai. Kalau teringatkan kembali kata-kata Chris tadi mampu buat hati aku kembali sebak. Terasa sedih jika kami berdua mula berjauhan, tidak bersapa-tegur dan paling sakit kalau aku melihat dia sudah mempunyai teman wanita baru. Ah, sakitnya! Perit hati ini hendak menelannya.
Iya, mulai hari ini kami hanya berkawan. Tiada lagi istilah bercinta. Hubungan kami berdua sudah terputus. Hanya mampu tinggal kenangan.
"Awak tetap milik saya buat selama-lamanya.”
Sebaris kata-kata itu masih terngiang-ngiang di peluput telingaku saat ini.
Aku tetap milik dia buat selama-lamanya?
Kenapa dia masih bagi harapan pada aku. Tolong lah jangan bagi harapan palsu pada aku. Sumpah, aku tidak mampu lagi menahan perit di hati ini.
Tapi, melihat dia memang benar-benar masih sayangkan aku. Riak wajahnya tidak dapat menipu aku yang dia betul-betul masih sayangkan aku.
Ah, keliru!
Kami patut putuskan hubungan ini kalau tidak mahu terseksa!
Rasa mahu sahaja aku menjerit kuat-kuat, tapi tidak jadi hendak aku mengeluarkan suara nyaringku itu apabila terasa lenganku ada seseorang menarik dengan kasar buatkan aku tersentak. Terkejut!
Aku cuba menarik semula lenganku di dalam genggaman kuat itu. Melihat tangan tersebut aku yakin itu tangan lelaki. Timbul urat di tangannya dan ada beberapa corak tattoo di lengannya dapatku lihat. Telan liur aku seketika. Entah mana datang lelaki itu pun aku tidak tahu.
"Hei, lepas la!” Jeritku cuba menarik lenganku tetapi kasar dia tarik balik buatkan aku mengerang sakit.
"Shut up!” Bentak lelaki bengis itu.
Aku langsung tidak mengenali dia siapa, lantas sebelah tangan lagi naik menumbuk tepat ke arah perutnya. Lelaki itu sedikit berundur sambil memegang perutnya yang senak kerana sudah makan dengan penumbuk aku. Tanganku yang berada di dalam genggaman kasarnya terus dilonggarkan.
Lantas aku berlari pergi. Hampir sahaja aku terlanggar 3 orang lelaki yang berbadan sasa menghalang jalanku di hadapan ku ini. Telan liur aku melihat mereka yang merenung tajam ke arahku.
Melihat cara mereka pandang aku, aku yakin mereka ada niat jahat pada aku. Atau mereka mahu culik aku?
Tidak menunggu lama, kaki mengatur langkah ke belakang. Tetapi dihalang pula oleh lelaki tadi yang telah makan dengan penumbuk aku itu.
Allahuakbar!
Mengucap panjang aku dalam hati. Bagaimana hendak aku melarikan diri daripada mereka ini? Hero yang selama ini selalu ada saat aku memerlukan bantuan, kini sudah tidak lagi muncul dan kali ini aku keseorangan.
Air mata mula mengalir laju di pipi. Hati mulai rasa takut apabila 4 orang lelaki yang bertubuh sasa dan berwajah bengis itu mula mendekati aku. Lantas aku berundur ke belakang sehingga tubuhku dihalang oleh dinding dan aku terus bersandar pada dinding.
Lelaki tadi terus merentap kuat lenganku lalu ditarik kasar. Aku terus menjerit kuat-kuat meminta tolong.
DUSH!
Terkejut besar aku apabila lelaki tadi yang menarik kasar lenganku sekali lagi terjatuh tersungkur sambil memegang pipinya.
Aku telan liur melihat seseorang lelaki yang bertubuh tegap dan tinggi sedang melepaskan tumbukkan pada lelaki tadi. Bersinar-sinar sedikit mataku. Gembira dan bersyukur ada yang sudi membantu aku.
Tapi, buatkan aku terkejut besar apabila lelaki yang telah membantu aku daripada kena culik oleh mereka itu ialah....
Rayyan!
Abang Chris. Sangkaku, hero yang muncul yang sudi membantu aku tadi ialah Chris. Tapi aku silap!
"Leo!”
Salah seorang 4 lelaki tadi berwajah terkejut dan cuak. Mereka semua berundur apabila melihat kemunculan Rayyan. Aku apa lagi, terus berlari ke belakang Rayyan.
Tapi, aku pelik.
Leo? Siapa Leo?
"Cosa volete tutti? Non disturbare questa ragazza!” Keras suara Rayyan memarahi mereka semua dalam bahasa Italy yang langsung aku tidak tahu dan tidak faham.
Seorang lelaki tersenyum sinis pada Rayyan sambil memeluk tubuh. Masih merenung tajam ke arahku yang berada di belakang Rayyan ini.
"Se tu e tua sorella siete ancora testardi e non volete seguire le istruzioni del nostro capo, questa ragazza morirà!” Lelaki itu bersuara pula sambil menunding jari ke wajah Rayyan. Bagaikan sedang memberi amaran. Aku di belakang Rayyan hanya terpinga-pinga.
Dapat kulihat Rayyan hanya senyum sinis. Dia masih tenang dengan gayanya yang sebelah tangan di masukkan ke dalam poket seluar. Penuh bergaya!
Tidak lama kemudian, sekumpulan lelaki tadi yang mahu culik aku terus berlalu pergi sambil melepaskan renungan tajam tidak puas hati pada Rayyan dan aku. Mereka terus masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi.
Saat ini, baru lah dapat hela nafas panjang. Lega di hati mereka sudah pergi. Sekarang baru lah cik jantung dapat bertenang kembali.
Aku memandang Rayyan yang berada di sebelahku. Wajahnya ketat. Dapat kulihat dia sedang mengetap gigi sambil mengepal penumbuknya sehingga menimbulkan urat di tangannya. Telan liur aku melihat. Dia masih marah aku ke?
Aku dan Chris sudah lama putus. Kami sudah tiada apa-apa hubungan dan mungkin kami tiada jodoh. Kalau dibenarkan berkahwin sekalipun, aku tidak akan dapat bersamanya.
"Err...Terima kasih, Tuan Rayyan.” Ucapku pada lelaki itu.
Aku sudah mula mahu membuka langkah tetapi ada satu suara yang menghalang untuk aku terus berjalan pergi.
"Aku nak kau putuskan hubungan kau bersama Chris kalau kau tak nak mati!”
Keras nada suaranya memberi amaran kepadaku. Aku telan liur.
Sempat berpaling memandangnya, dia merenung tajam ke arahku. Aku yakin dia marah aku, sebab aku Chris terseksa. Tapi, mereka ni siapa sebenarnya? Siapa sekumpulan lelaki jahat tadi? Dan siapa sebenarnya Chris Martinez?
Aku hanya senyum sebaris. Senyuman yang bercampur keperitan di hati dan aku terus berlalu pergi dengan hati yang begitu sakit. Air mata kembali jatuh. Hati kembali sakit.
Saya minta maaf Chris. Mungkin awak bukan milik saya lagi.
Share this novel