• { BAB 32 } •

Romance Series 49049

Jantung bagaikan nak terkeluar saat ayah muncul secara tiba-tiba. Sumpah terkejut beruk aku saat itu. Nasib baik tak terlepas taekwondo pada ayah.

Huh...

Perlahan-lahan aku mengusap dada sendiri. Jantung masih berdegup pantas. Terkejut kerana ayah muncul secara tiba-tiba dari arah belakangku dan lidahku kelu hendak menjawab persoalan daripada ayah.

"Astaghfirullahalazim, ayah. Terkejut Bella tau.”

Istighfar panjang-panjang aku saat ini. Wajah ayah serius dengan renungan tajamnya itu mampu buat aku berdebar-debar.

"Err...Ayah baru sampai ke? Kenapa tak bagitahu?” Soalku gagap.

Otak sedang mencari cara-cara untuk cabut daripada sini. Tidak mahu lagi terperangkap bagaikan sedang berada di bilik soal siasat.

Ah, aku tak nak ayah soal aku macam-macam. Aku dah agak, ayah perasan yang Chris hantar aku tadi. Aduh, apa lah aku nak jawab ni?

"Ayah baru aje sampai tadi, lepastu ayah nampak kamu keluar daripada kereta seseorang. Sebab itulah ayah tanya, siapa yang hantar kamu balik tadi?” Soal ayah dan kini mata ayah jatuh ke bahuku.

Bagaikan deja Vu. Aku teringat semula tentang Zyan dahulu. Bahuku terletaknya kot hitamnya. Ah, kenapa aku boleh teringat dan rindu akan lelaki itu?

"Kot hitam siapa pulak ni? Kamu keluar dengan siapa tadi ni, Bella?” Kini nada suara ayah sedikit meninggi mampu buat ayat-ayat alasan yang hendak diberikan pada ayah berterabur dalam kotak fikiranku.

"Eh!”

Aku tersentak melihat kot hitam Chris terletak kemas di bahuku. Sungguh deja Vu. Wangian yang berada di kot hitamnya masih pekat berbaunya dan masih ada baunya di situ. Cepat-cepat aku tanggalkan lalu terkebil-kebil memandang ayah yang sudah mulai naik angin.

"Err...Ni kawan Bella punya. Bella pinjam sebab tadi Bella hujan lebat dan Bella basah lencun, ayah. Dia tertinggal. Nanti esok Bella pulangkan balik.” Ujarku terketar-ketar. Melihat raut wajah ayah sudah semakin tegang. Aku yakin ayah sudah fikir bukan-bukan.

"Kawan?” Soal ayah sambil menjongketkan kening sebelahnya.

Laju aku mengangguk kepala.

"Ke boyfriend?”

Tersentak aku untuk kali kedua. Laju aku menafikan. Tidak mahu ayah fikir bukan-bukan lagi.

"Eh, bukan. Ni kawan Bella punya lah, ayah.”

"Bella jangan tipu ayah, ayah dapat tahu jugak kalau Bella tipu ayah!”

"Betul, ayah. Bella tak tipu.” Ucapku sambil mengangkat telapak tangan sehingga di sisi bahuku. Ayah terdiam sejenak.

Sungguh, aku terpaksa melakukan sebegini. Kalau ayah dapat tahu aku ada hubungan dengan lelaki lain selain Zyan memang kena teruk marah!

"Err...Bella naik dulu, nak mandi dan solat.” Laju aku berjalan naik ke tangga menuju ke bilik tidurku. Tetapi...

"Lelaki ke perempuan kawan Bella tu?”

Telan liur hendak aku menjawab soalan ayah yang telah mematikan pergerakanku.

Kalau dilihat kot hitamnya ini, pastilah kepunyaan lelaki dan bukan perempuan. Ah, serabut hendak memikirkan hal ini. Aku main tembak aje la.

"Lelaki.”

"Dia kawan sekolah Bella, tadi jumpa dia. Lepastu hujan lebat, dia bagi Bella pinjam kot dia ni sebab waktu tu Bella rasa badan sejuk sangat-sangat. Sorry ayah, Bella lambat balik.” Ujarku lalu terus melajukan langkah untuk naik ke tangga sehingga masuk ke dalam bilik. Tidak mahu lagi ada apa-apa soalan yang keluar dari mulut ayah.

Huh, selamat!

********

Awak, saya lupa nak pulangkan kot hitam awak!

Mesej dihantar.

Allahu, nasib baik lah aku dapat jawab soalan cemas daripada ayah itu. Kalau tak, mahu jadi keadaan soal siasat.

Sekejap lagi aku mahu cuci kot hitamnya ini dan lipat kemas-kemas lalu diletakkan di dalam beg. Senang nanti tamat aje kelas ballet dan gymnastics kids, boleh lah aku jumpa dengan Chris sebentar.


Hahaha, ya. Saya pun lupa tentang kot hitam saya tu. Nanti kalau awak rindu saya, tengok aje kot hitam saya tu. Confirm, you don't miss me again, sweetie.

Tersenyum aku membaca mesej yang baru masuk itu daripada Chris. Lelaki ni, tak pernah tak sweet. Sweet sangat-sangat!

Tidak menunggu lama, kot hitam itu dibawa ke mesin pencuci pakaian. Melihat Mak Gayah sedang sibuk mengemas dapur sambil mendengar lagu Hindustan dia. Amboi, kemain sibuk menari sambil cuci pinggan. Aku tersenyum jahat. Idea nakal terlintas dalam kepala.

Perlahan-lahan aku mendekati Mak Gayah yang masih menari sambil mendengar lagu kegemarannya itu.

"Mak Gayah!”

Jeritku sambil menepuk lembut kedua-dua bahu wanita itu.

"Mak kau pink! Eh...”

Melompat habis Mak Gayah dengan keluarnya silat dan melatahnya itu. Pecah tawaku melihat gelagat Mak Gayah. Wanita itu menepuk dahi sambil memukul lembut dilenganku.

"Bella, terkejut Mak Gayah! Ya Allah, kamu ni...” Mak Gayah mengurut dada, tidak dapat henti tawaku melihatnya.

"Hahaha, sorry. Bukannya hari-hari Bella kacau Mak Gayah.” Sengaja aku buat muka manja.

Sungguh, aku sudah menganggap Mak Gayah seperti mak aku sendiri. Dia ibarat mak aku sendiri, kasih sayangnya sungguh seperti ibu-keibuan.

"Amboi, kamu tu bukan sekali bukan dua kali, dah banyak kali kamu kacau Mak Gayah. Suka ya tengok Mak Gayah melatah.” Mak Gayah ketawa.

Aku juga turut ketawa. Seronok dan terselit rasa bahagia. Teringin nak begini dengan seorang ibu. Ya, ibu kandungku sendiri yang masih belum aku tahu namanya dan wajahnya. Kata ayah dia sudah meninggal dunia, allahu sungguh buat aku rasa sebak.

"Ni kamu kenapa tak tidur lagi? Esok Bella nak keluar awal ke kelas kan?” Soal Mak Gayah sempat mengikut serta menyanyi lagu Hindustan yang terpasang di radio.

"Nak cuci pakaian ni kejap.”

"Siapa punya tu? Biar Mak Gayah basuh kan, letak aje di tepi tu.”

"Eh, tak apa Mak Gayah. Tak nak susahkan Mak Gayah. Lagipun ni, err....kot hitam kawan Bella. Tertinggal. Bella nak tolong basuhkan untuk dia.”

Haih, nasib baik tak terlepas cakap yang itu Chris punya. Mak Gayah hanya tersenyum sambil mengangguk kepala.

"Tapi, ni macam pakaian lelaki. Kawan Bella tu lelaki ke?” Soal Mak Gayah, selepas itu dia tersenyum senget.

Mengusik!

"Haah, Mak Gayah jangan nak fikir lain ya! Kitaorang hanya kawan aje. Tak lebih pun daripada kawan.” Lantas aku bersuara daripada membiarkan Mak Gayah fikir lain.

"Ye lah tu, entah-entah pak we kamu.” Aku ketawa kecil. Pak we lah sangat!

"Ye, Mak Gayah. Dia kawan saya aje!”

Untuk kali terakhir, tak boleh biar Mak Gayah seronok begitu. Nak jugak aku usik dia. Aku mencucuk lembut pinggangnya terus dia melompat sekali lagi dengan terselit silatnya itu dan melatah. Pecah tawaku. Dia mahu memukul aku, sepantas itu aku cabut lari. Tak nak jadi mangsa pukul, hahaha.

"Haih, tunggu kamu nanti Bella. Mak Gayah cucuk-cucuk pulak pinggang kamu!”

Pendam sungguh, hahahaha.

Terus aku mengatur langkah ke belakang dapur yang terdekat dengan tandas dan disitu juga terletaknya mesin pencuci pakaian. Penutup mesin basuh dibuka seluas-luasnya.

Dibelek-belek dahulu kot hitamnya itu, takut ada pula barang-barang penting di dalam kocek kot hitam tersebut.

Tidak jumpa apa-apa. Kini aku seluk pulak tangan ke dalam kot hitam itu yang juga terletaknya poket di dalam kot hitam tersebut.

Berkerut dahiku apabila tangan mencapai sesuatu. Sepertinya, ada sehelai tisu dan sesuatu objek yang tajam. Ah, nyaris mahu tertusuk ke jariku. Lantas aku membawa keluarnya.

Membulat mataku saat melihat yang keluar dari kot hitamnya itu ialah pisau yang boleh dilipat dan sehelai tisu yang berlapik dengan pisau tersebut.

Yang buat bertambah aku terkejut lagi apabila tisu itu penuh dengan warna merah. Di pisau itu juga ada tercalit sedikit kesan merah.

Untuk memastikan itu adakah darah atau bukan, aku mencalit sedikit di jari lalu dibawa ke hidung. Baunya begitu hanyir. Sumpah aku terkejut dengan apa yang aku lihat ini. Jadi warna merah itu ialah....

Darah!

Siapa pulak yang Chris bunuh ni?

Bunuh?

Siapakah dia sebenarnya?

Ya, aku dah lama sangat nak tahu lelaki yang bernama Chris Martinez ini. Dia seorang lelaki perahsia dan banyak rahsia yang disimpan rapi olehnya.

Tapi, dengan apa yang aku lihat ini sungguh buat jantungku hampir gugur. Ah, husnuzon aje lah. Mungkin dia bunuh binatang.

Binatang?

Boleh percaya ke?

"Bella, apa lama sangat kamu di situ? Boleh tak buat tu? Nak Mak Gayah tolong ke?”

Suara Mak Gayah mematikan lamunanku. Terkebil-kebil aku menyimpan semula pisau lipat itu lalu di balut pisau itu kembali dengan tisu yang banyak darah tadi. Terketar-ketar aku membalut pisau itu dengan tisu tadi. Sumpah aku terkejut melihatnya.

"Err....Bo...boleh, Mak Gayah. Ja...Jangan risau, boleh aje.” Sahutku tidak mahu beri Mak Gayah datang ke sini.

Lantas kot hitam tadi aku campak ke dalam mesin pencuci pakaian lalu diletakkan sedikit sabun dan menutup penutup mesin pencuci pakaian semula. Ditekan punat on dan start. Siap!

Tapi, pisau ini bagaimana?

"Dah?” Soal Mak Gayah saat aku sudah kembali ke dapur. Aku tersenyum kecil sambil mengangguk kepala.

Pisau yang sudah dibalut dengan tisu tadi masih kemas disembunyikan di belakangku. Tapi, mak Gayah perasan pula. Matanya sibuk tertancap pada belakangku.

"Kamu sorok apa tu?” Soal Mak Gayah.

Kelihatan dia sudah selesai mencuci pinggan. Radio yang sudah tamat liriknya lagu Hindustan ditutup radio tersebut. Tangan yang basah dilap dengan kain yang berada di tepi singki dapur.

Aku telan liur berkali-kali sambil menggeleng kepala. Mak Gayah ni nak jadi ayah soal siasat 2.0 ke apa?

"Ye ke? Ke kamu.......”

"Errr...Mak Gayah, Bella masuk tidur dulu ya. Mengantuk lah. Esok nak bangun awal pagi. Bye, goodnight!” Sengaja aku tinggikan suara di hujung ayat itu. Sengaja hendak mengusik Mak Gayah. Tak sah kalau tak dengar dia melatah.

"Ha ye lah, goodnight, goodmorning, good afternoon, good evening, eh...kamu ni Bella!” Marah Mak Gayah lantas aku berlari masuk ke dalam sambil ketawa kecil. Seronok kenakan wanita itu. Semua good dia cakap, hahaha.

Masuk sahaja ke dalam bilik, pintu bilik ditutup rapat-rapat. Duduk dilabuhkan di atas katil. Beberapa helai tisu basah aku ambil lalu dikeluarkan kembali pisau tadi. Perlahan-lahan aku lap pisau yang masih basah dengan cecair darah itu. Ah, sungguh ini cecair darah.

"Ya Allah, siapa sebenarnya lelaki ni ya?”

Pisau tadi yang berada di dalam genggaman aku campak ke tepi. Sungguh mengerikan dengan hujung pisaunya yang begitu tajam.

Aku meraup wajah dengan nafas yang tersekat. Jantung berdebar hebat.

"Ke dia ni sebenarnya......”

"Pembunuh?”

********

Tudung bawal berwarna hitam sudah kemas tersarung dikepala, t-shirt jersey berwarna biru gelap sudah tersarung ditubuh dengan seluar ketat panjang. Beg digalas kedua-dua bahu. Sempat dijeling jam sekilas yang sudah masuk pukul 8 pagi.

Lantas aku memperlajukan langkah menurun ke arah anak tangga. Melihat ayah sedang sarapan manakala Mak Gayah sedang sibuk menyediakan makanan. Tak akan nak buat mereka tidak wujud pulak.

Terus aku mengatur langkah berjalan ke meja makan. Ayah sedang menghirup kopi. Duduk dilabuhkan di hadapan ayah. Sekeping roti dicapai dan Nutella di ambil lalu disapu ke atas roti. Kopi hitam kegemaran yang dibuat oleh Mak Gayah dihirup perlahan.

"Ayah nak cakap sikit.” Ujar ayah tiba-tiba.

Perhatianku beralih pada ayah. Roti digigit dan terasa begitu susah hendak ditelan.

Kenapa?

Kerana aku sudah mulai rasa tidak sedap hati dengan kata-kata ayah itu. Aku yakin perkara penting yang ayah hendak cakap itu.

"Cakap apa, ayah?” Soalku lalu menghirup kopi lagi. Tiada selera hendak menggigit lagi roti tersebut.

"Ayah nak Bella kahwin.”

Tersentak dengan kata-kata ringkas ayah itu. Telan liur aku seketika. Mungkin dah tiba masanya untuk aku bawa Chris berjumpa dengan ayah.

"Ayah, Zyan masih tak muncul-muncul hingga sekarang dan ayah tetap nak Bella berkahwin. No Bella tak setuju selagi Zyan tak muncul.” Ujarku sambil menggeleng kepala.

"Kenapa? Kalau Zyan tak muncul kamu nak kahwin dengan siapa?” Tegas nada suara ayah buatkan aku terbantut hendak menghirup kopi.

"Ayah tak nak dengar apa-apa alasan daripada kamu Bella. Ayah yakin, Zyan akan datang ke sini dan dia akan terus berkahwin dengan kamu!”

"Ayah, kalau jodoh Bella hanya Allah yang tentukan. Kenapa ayah nak paksa Bella? Zyan pun dah lama tak muncul dan terang-benderang sudah jelas yang dia cuba mengelakkan diri daripada kita.” Ujarku dalam satu nafas. Jantung berdetak hebat.

Ayah merenungku dengan sungguh tajam.

"Apa yang kamu dah cakap ni Bella? Kamu jangan nak buat keputusan sendiri. Ke sebenarnya kamu dah ada teman lelaki?”

Tersentak aku dengan persoalan ayah itu. Telan liur seketika. Di ruang mataku saat ini mula terbayangkan dengan wajah kacak Chris.

"Kamu jangan macam-macam, Bella! Kamu tu tunang orang. Jangan malukan muka ayah! Ayah tak kira dan keputusan ayah muktamad. Ayah tetap nak kamu berkahwin dengan Zyan. Kita tunggu dia sampai dia muncul di depan pintu rumah!” Nekad ayah lalu bangkit dari kerusi dan melangkah pergi.

Aku hela nafas berat. Air mata mula bertakung di kelopak mata. Hati sungguh berat. Sungguh aku tidak setuju dengan keputusan ayah itu.

"Sabar ya, Bella. Mak Gayah faham keadaan Bella macam mana. Biasa lah, Dato tu kan kalau nak sesuatu dia akan berusaha sampai dapat. Sabar ya.”

Terasa bahuku diusap lembut oleh Mak Gayah. Akhirnya jatuh jua air mataku ke pipi. Sungguh tidak dapat lagi ditahan sebak di dada.

"Mak Gayah, kenapa hidup Bella macam ni? Selalu dipaksa.” Ujarku dalam esakan tangisan.

"Jangan cakap macam tu, sayang. Dato buat semua ni sebab dia sayang Bella. Bella hanya satu-satunya anak yang dia ada. Dia mahukan yang terbaik untuk Bella. Dia nak tengok Bella bahagia, bukan menderita.”

Mak Gayah menyeka air mataku lalu dipeluk tubuhku memberi semangat pada diriku yang sudah semakin jatuh.

Sungguh aku down saat ini.

********

"Kenapa ni? Muka macam tak happy aje?”

Tamat sahaja kelas kids gymnastics and ballet, aku terus berjumpa dengan Chris. Dan dia duk asyik merenung wajahku yang langsung tiada riak ceria malah langsung tidak mengeluarkan sepatah pun perkataan.

Aku angkat kedua-dua belah bahu. Tiba-tiba hati terasa sebak.

"Oh, ya. Sebelum saya lupa....”

Tangan menyeluk masuk ke dalam beg lalu aku mengeluarkan kot hitamnya. Masih kuat bau wangian maskulin lelaki itu. Tersenyum aku malam tadi jika rindu lelaki ini.

Kot hitamnya itu dihulurkan pada Chris.

Chris tersenyum.

"Ambil la...” Berkerut dahiku apabila Chris tidak mengambil kot hitamnya semula.

"Ambil lah. Saya hadiahkan untuk awak. Kalau awak rindu saya, awak tengok aje kot hitam ni. Mesti rindu awak pada saya akan terubat.” Dia tersenyum senget.

Aku ketawa kecil. Gembira juga dapat kot hitamnya ini. Memang aku nak pun. Ubat rindu aku padanya.

"Betul ke ni?”

"Yes, sweetheart.”

"Thank you, honey!” Ucapku gembira. Kalau halal, sudah kupeluk tubuhnya erat-erat.

Kami diam seketika menikmati coffee masing-masing. Tetapi, dapat kulihat sepasang mata itu sedang merenungku lama. Siapa lagi kalau bukan Chris? Dengan senyumannya sungguh menggoda.

"Kenapa awak tengok saya macam tu? Ada apa-apa dekat muka saya ke?” Takut juga. Mana lah tahu ada kesan comot makanan ke apa ke. Melihat reaksi wajah Chris macam menahan tawa.

Chris geleng kepala.

"You so cute.”

Aku tersenyum malu-malu kucing. Memang sweet talker betul lelaki ni!

"So, sekarang kita nak pergi mana? Awak ada kerja ke?” Soalku sambil menjeling ke arah jam pengelangan tangan. Aku tidak boleh pulang lewat nanti ayah tercari-cari aku pula.

"Saya nak belajar dengan awak.” Katanya buatkan kerutan di dahiku.

"Belajar apa? Kalau nak belajar balet atau gymnastics, saya rasa tak perlu kut sebab awak lebih handal dengan semua tu, because you have a lot of experience.”

Eh, panjang pulak aku membebel. Lelaki itu ketawa kecil sambil menggeleng kepala.

"About Islam.”

Aku sedikit tergamam. Melihat riak wajahnya betul-betul yakin hendak belajar tentang agama Islam. Aku tersenyum.

"Okay, kalau macam tu. Jom, ikut saya!”

*********

Kami bersama-sama melangkah masuk ke sebuah kedai popular yang menjual banyak buku-buku rujukan dan sebagainya. Tak lupa juga, buku-buku tentang agama Islam juga banyak dijual di sini.

Aku memanggil Chris agar mengikuti jejakku ke almari buku tentang agama Islam.

Chris menjongketkan kening sebelahnya apabila terpandang pelbagai buku-buku tentang agama Islam. Buku untuk belajar solat pun ada. Seronok melihatnya.

"Islam itu indah.”

Aku mendengar dia menyebut nama tajuk buku yang tersusun di depan mata. Senyuman kian melebar.

Beberapa buah buku tentang agama Islam aku capai lalu dihulurkan pada Chris. Lelaki itu teragak-agak dan takut hendak mengambilnya.

Aku tahu dia masih setia pada agamanya sendiri, tapi kalau hatinya sudah ikhlas dan terbuka untuk memeluk agama Islam, dia perlu banyak belajar tentang agama Islam.

"Ini buku tentang agama Islam. Awak nak belajar, kan? Jadi, kalau ada perkara tentang agama Islam yang awak tak tahu, awak boleh baca semua buku ni.”

Aku tersenyum. Lelaki itu menyambut buku-buku tersebut.

"Saya bukan ustazah, saya bukan orang alim dan tak semua saya tahu tentang ni. Ada sikit-sikit yang saya tahu, saya akan kongsi dengan awak. Dan saya doakan moga pintu hati awak terbuka untuk terima semua ni.” Ujarku memberi dia semangat.

Terfikir juga, abang dia Islam tapi kenapa abang dia tidak ajak dia ikuti Islam bersama?

"Thank you, honey.” Ucapnya.

Aku tersenyum. Dan aku mencapai pula satu muqadam untuk Chris. Kalau dia sudah pandai, mungkin dia boleh baca sikit-sikit kalau ada yang membimbingnya.

"Perlu ke baca ni?” Soal Chris dengan kerutan dahinya apabila melihat muqadam yang berada di tanganku.

"Mestilah. Lagi banyak pahala yang kita dapat. Tuhan akan selalu sayang kita kalau kita ikut perintahnya.” Kataku tenang. Lelaki itu hanya senyum manis lalu dia mengangguk kepala.

Selesai membuat bayaran, kami terus keluar dari kedai tersebut. Banyak persoalan yang hendak aku tanya pada Chris. Tapi takut pula buat lelaki itu kecil hati.

"Thank you so much, sweetie. Saya akan cuba baca setiap buku ni, because I started to be interested in learning about Islam.”

"Good.” Ucapku.

Hati saat ini hendak sahaja meluahkan soalan tersebut pada Chris. Melihat lelaki itu ceria, sungguh aku tidak mahu pudarkan cerianya pada hari ini.

"Abang awak Islam?” Soalku. Lelaki itu hanya membalas dengan anggukkan kepala.

"Kenapa abang awak tak ajar awak tentang agama Islam?” Soalku lagi. Seperti biasa, Bella Brianna jenis ingin tahu.

Chris tersenyum kecil.

"Dulu saya tak minat langsung tentang semua ni. Sampaikan satu hari itu, saya pandang jijik pada abang saya. Tapi, bila saya hari-hari tengok dia selalu sembahyang dan mengaji, saya berminat. Saya nak belajar dengan dia, tapi saya malu.” Ceritanya dengan berwajah tenang.

Jadi, selama ini abang dia hendak ajak dia memeluk Islam, tetapi Chris langsung tidak berminat. Mungkin kerana dia lebih menyukai hidupnya yang bebas seperti dahulu.

Aku bersyukur sangat-sangat kerana pintu hatinya sudah terbuka untuk belajar tentang agama Islam.

"Tapi, kalau awak nak masuk Islam, awak kena masuk Islam kerana Tuhan. Iaitu Allah SWT. Baru lah awak sah menjadi umat Islam.” Ujarku sebagai pesanan untuknya.

Lelaki itu tersenyum kecil.

"Okay. Saya akan cuba.”

Berkerut dahiku dengan kata-katanya itu.

"Kenapa? Selama ini niat awak macam mana?”

Takut juga kalau niat dia nak masuk Islam kerana yang lain dan terpaksa hendak memeluk Islam. Sungguh aku tak mahu ia jadi sebegitu.

"Berkahwin dengan awak.”

Polos sungguh gaya dia bercakap itu.

Aku ketawa kecil sambil menggeleng kepala.

"No. If you want to convert to Islam, the intention in your heart is for God. Allah SWT. Not because of me.” Lembut aku bersuara. Memberi pesanan untuknya dan berharap dia tidak akan lupa dengan pesanan aku itu.

Kami diam seketika. Aku tersenyum melihat Chris sibuk membelek-belek satu per satu buku-buku agama yang telah dibeli tadi. Teruja sungguh dia hendak membaca.

Seketika kemudian, aku terasa hati ini sayu sungguh. Rasa nak menangis. Sudah banyak perjanjianku bersama Chris, tetapi bagaimana pulak dengan Zyan? Bagaimana dengan ayah?

Lagi beberapa bulan majlis akad nikah kami akan berlangsung dan Zyan masih belum menjawab panggilan daripada kami.

Ayah juga sudah cuba menghubunginya, tetapi panggilan tersebut tetap tidak dapat buatkan aku marah dan ayah tetap hendak teruskan majlis itu.

Sungguh aku berdoa semoga Zyan tidak munculkan dirinya. Kalau aku jumpa dia satu hari nanti, sejujurnya aku akan belasah dia cukup-cukup! Biar keluar semua taekwondo aku yang selama ini tersimpan rapi!

Aku tak nak kecewakan Chris manakala aku juga tak nak kecewakan ayah. Aku nak ayah kenal Chris dan aku mahukan ayah gantikan tempat Zyan dengan Chris.

Sungguh aku tidak setuju hendak berkahwin dengan Zyan tapi pada masa yang sama kenapa aku rindu pada lelaki yang bernama Zyan?

Kenapa tidak senang hati jika masih tidak berjumpa dengan dia? Ah, kau gila Bella. Bakal suami kau ada di depan mata kau sekarang, bukan Zyan!

"Chris...”

Panggilku dengan hati yang tiba-tiba rasa sebak.

"Yes, honey.”

"Macam mana kalau kita tak dapat berkahwin dan saya berkahwin dengan orang lain dan bukan dengan awak?”

Akhirnya, terpacul keluar soalan itu dari mulutku. Chris berhenti membaca. Wajahnya berubah. Dingin. Dia merenungku dengan sangat tajam. Gigi diketap kuat. Ah, ini yang aku tak suka. Kalau cakap begitu, pasti keceriannya hilang entah ke mana dan bertukar dengan api yang membara!

"Kenapa awak cakap macam tu?” Soalnya dingin.

Aku telan liur. Lidah kelu tiba-tiba. Jantung berdetak hebat.

"Awak dah ada lelaki lain ke? Sebab itu awak cakap macam tu? Do you want to end this relationship? Don't you love me anymore?” Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Chris buatkan aku terdiam terkaku.

"Tak...tak...bukan macam tu, Chris. That is not what I meant.” Lantas aku mempertahankan kata-kata itu. Aku tidak mahu dia sangka lain terhadapku.

Cepat-cepat aku kedipkan mata beberapa kali agar air mataku tidak tumpah ke pipi.

"Ayah saya seorang yang sangat garang dan tegas. Dia nak yang terbaik untuk anak dia. And I don't have siblings, sebab saya anak tunggal. Satu-satunya anak ayah. I don't have a mom. Because my mother died a long time ago.”

Ya, aku masih ingat lagi kata-kata ayah itu. Mampu buat aku menangis teresak-esak. Baru aku tahu yang mama sudah lama meninggal dunia.

Itu baru sekali ayah cakap pasal arwah mama. Selanjutnya tentang mama, ayah tidak pernah buka mulut. Itu yang buatkan keinginanku membuak-buak.

Tapi, sedih juga dapat tahu yang mama sebenarnya sudah meninggal dunia. Allahu.

"Saya takut dan risau kalau ayah saya buat rancangan untuk kahwinkan saya dengan orang lain. Because I just want you. Only you. I don't want anyone else, I only want you.” Ceritaku dengan menahan sebak di dada. Chris masih fokus mendengar.

"Ayah saya ada penyakit jantung. Semakin hari semakin lama, dia semakin lemah. Kata doktor, ayah tak berdaya tapi ayah degil tak nak makan ubat dan tak nak berehat. Saya risau. Dan ayah juga mahu saya berkahwin cepat-cepat sebelum dia menutup mata buat selama-lamanya.”

Tidak dapat tahankan lagi, akhirnya jatuh jua air mataku. Sungguh sebak aku mendengar ayah cakap begitu pada tempoh hari lepas. Ya Tuhan, kalau ayah pergi buat selamanya, aku sudah tiada sesiapa lagi malah duniaku gelap tiada orang tersayang di sisiku.

Terasa bahuku diusap lembut. Cepat-cepat aku seka air mataku. Menguatkan hati sendiri dan berjanji pada diri sendiri tidak mahu menangis di hadapan Chris. Aku perlu kuat.

"Kalau arwah mama ada, mesti mama akan jadi pertahanan kita dan kita boleh kahwin. Tapi, saya takut ayah saya tak dapat terima awak.”

Lama aku merenung anak mata Chris yang berwarna biru laut yang dapat menenangkan hatiku. Chris tersenyum.

"So, awak takut kehilangan saya?” Soalnya dengan nada mengusik.

Isy, orang tengah bersedih ni dia boleh pulak nak main-main!

"Mestilah!”

"Oh, sayang juga ya awak dekat saya.” Ujarnya sambil kenyitkan sebelah matanya. Nakal!

Aku ketawa kecil.

"Isy, Chris! Jangan main-main boleh tak? Saya tengah sedih ni. Ayah saya sakit lagi, tentang majlis nikah tu lagi, tentang Zyan lagi, takut kehilangan awak lagi, semuanya saya tengah serabut berfikir ni.” Aku urut dahi sendiri. Sungguh serabut!

Tapi...

Alamak! Aku ada terlepas cakap ke tadi?

Ya!

Aku ada cakap pasal majlis nikah itu. Aduh, adakah Chris dengar? Hadui, apa aku nak cakap ni kalau dia tanya?

Melihatkan riak wajah lelaki itu betul-betul berubah. Wajahnya sedikit terkejut. Dipandang wajahku bagaikan tidak percaya.

"Zyan?”

Soalnya buatkan aku sedikit tersentak. Tapi dapat juga hela nafas lega sebab dia tidak tangkap perkataan majlis nikah. Kalau dia dapat tangkap kata-kataku itu, memang aku rasa nak hentak kepala pada jalan tar!

"Err...saya ada sebut nama dia? Rasanya tak kut. Mungkin awak salah dengar ni.” Aku sengih kecil.

Chris hanya diam. Bingung aku melihat lelaki itu berwajah tegang.

"Awak kenal dia ke?” Soalku apabila lelaki itu lama berdiam diri.

"Ermm...”

Baru sahaja Chris hendak menjawab persoalanku, wajah Chris sedikit tertoleh ke tepi apabila ada satu tumbukan padu terlayang ke pipi Chris buatkan lelaki itu sedikit tertoleh sambil memegang pipinya yang sungguh sakit akibat terkena tumbukan maut itu.

Tergamam aku melihat. Sumpah aku terkejut.

Dapat kulihat ada 2 orang lelaki berbadan sasa menghampiriku, serentak itu pengelangan tanganku digenggam kuat oleh mereka berdua lalu mereka mengheret tubuhku mengikuti mereka.

"Argh! Tolong!”

Jeritku kuat meminta pertolongan. Malangnya di sini tiada sesiapa malah hanya ada aku dan Chris. Aku cuba untuk memberontak melepaskan genggaman kuat itu, tetapi aku gagal. Sungguh sakit!

"Lascialo andare!”

Jeritan itu kuat dengan serentak itu dua orang lelaki yang tadi nya menggenggam erat pengelangan tanganku lalu dibawa aku masuk ke dalam keretanya tidak jadi kerana mereka berdua sudah terjelopok jatuh.

Dengan tendangan padu, Chris menendang perut lelaki yang telah memberikan tumbukan padu pada Chris awal-awal tadi. Sungguh aku takut.

Laju aku mengundur ke belakang. Memeluk lutut sendiri, seluruh tubuh sudah menggigil takut. Aku hanya perhatikan 3 orang lelaki itu yang sedang dibelasah teruk oleh Chris.

Ya Tuhan... Lindungilah hamba.

Salah seorang lelaki tadi hendak melepaskan tumbukan pada Chris, tetapi Chris sempat menepis lalu dia memulas lengan lelaki itu sekali gus dia melepaskan tumbukan paling padu di wajah lelaki tersebut.

Ketiga-tiga lelaki berbadan sasa itu jatuh lembik ke atas lantai sambil memegang pada bahagia yang sudah makan dengan penumbuk dan tendangan maut daripada Chris.

Aku melihat pipi Chris lebam dan tepi bibir lelaki itu berdarah. Sungguh buat aku terlopong luas. Terkejut dengan kejadian yang terjadi secara tiba-tiba. Mana tidaknya terkejut.

Chris terus mendapatkan aku yang masih menggigil takut. Sungguh aku takut. Pertama kali aku melihat lelaki itu belasah orang.

3 orang lelaki tadi yang sudah buat kecoh di sini secara tiba-tiba dan langsung aku tidak tahu mereka siapa dan apa yang mereka mahukan, terus sahaja mereka pergi meninggalkan tempat ini dengan sungguh gelabah. Tetapi sempat dia merenung tajam dan menjeling sinis ke arah Chris dan aku.

Selamba Chris, dia memegang kedua-dua pipiku lalu direnung setiap inci di wajahku dengan riak wajah penuh dengan kerisauan.

Tercungap-cungap dia saat ini dengan wajah begitu lebam dan luka. Aku terkedu. Di belek-belek setiap inci wajahku.

"Are you okay, honey?” Soalnya risau. Berkali-kali aku mengangguk kepala dengan jantung berdetak semakin laju.

Chris hela nafas lega. Dia melabuhkan duduknya di sebelahku. Aku juga turut hela nafas lega kerana mereka sudah pergi.

Alhamdulillah, kami selamat. Kalau tidak, pasti aku sudah kena culik pastu kena jual di Thailand. Ah, tidak! Aku tidak mahukan itu berlaku!

"Ah, fuck! Continuano ad attaccare!”

Marah Chris sendiri dengan berbahasa Italy. Aku telan liur. Di dalam kotak fikiran saat ini berlaga-laga dengan pelbagai persoalan.

Siapa mereka bertiga tadi?

Apa yang mereka mahukan daripada kami?

Adakah semua ini ada kena mengena dengan Chris?

Sungguh fikiran saat ini teringat akan mamat miang itu. Ya, lelaki gatal.

Mark!

"Bos!” Satu suara mendekati kami.

Lima orang lelaki yang kemas dengan bersuit hitam berjalan menghampiri kami. Gelabah mereka mendapatkan Chris. Chris sudah lembik di sebelahku. Aku pula yang jadi risau.

"Please call some of our personal doctors to check on Chris. Now!”

Salah seorang lelaki yang sedang memeriksa keadaan Chris sedang bercakap dalam talian dengan wajah begitu risau.

"Chris, awak tak apa-apa ke?” Soalku dengan sungguh risau.

Rasanya tadi Chris hanya terkena tumbukan daripada lelaki tadi, tapi kenapa aku tengok keadaan Chris makin lemah?

Chris tersenyum. Berkerut dahiku. Kini mata turun memandang tangan kanannya yang sedang terletak tertutup di perutnya sebelah kiri. Membulat mataku terkejut.

Sumpah, aku terkejut. Mahu pengsan melihat darah mengalir begitu laju. Terus sahaja aku menutup mulut rapat-rapat dengan kedua-dua belah tanganku. Air mata serta-merta mengalir laju ke pipi.

Ya Allah, dia kena tusuk ke? Allahuakbar!

Sungguh aku rasa nak pengsan.

"Chris...” Teresak-esak aku menangis di sebelahnya. Sungguh aku tidak mahu melihat dia dalam keadaan begini.

"Don't worry, sweetie. I'm okay. Really, I'm okay. Please, don't be sad. I don't want see you cry. Please....” Sedikit terkedu aku dibuatnya apabila sebelah tangannya naik mengusap pipiku yang basah dengan air mata.

"Chris, saya tak kuat tengok awak dalam keadaan begini.” Aku kembali teresak-esak menangis. Sungguh aku tak kuat.

Chris tersenyum.

"Saya okay, jangan risau. Awak dalam keadaan yang selamat sekarang. Don't worry about me. I'm okay.”

Sedaya upaya dia meyakinkan aku yang dia baik-baik sahaja. Berkali-kali aku menggeleng kepala. Sungguh aku tidak dapat terima. Kejamnya mereka!

3 orang lelaki menghampiri Chris. Dipapah lengan Chris membantu untuk lelaki itu bangun lalu mereka membawa Chris ke dalam kereta. Belum sempat tubuh Chris lenyap disebalik kereta itu, Chris memusingkan tubuhnya lalu dihadiahkan satu senyuman manis padaku.

"I love you, sweetheart.”

Ucapnya sambil mengenyitkan sebelah matanya. Aku melepaskan lagi esakan tangisanku.

"I...I love you so much!” Ucapku kembali.

Chris tersenyum lalu dia terus melangkah masuk ke dalam kereta tersebut. Buatkan aku terasa sungguh sebak, di dalam genggaman lelaki itu masih kemas dengan beberapa buah buku agama yang telahku belikan untuknya. Ya Tuhan, sebaknya hati ini.

Aku terus melepaskan tangisanku lagi dan lagi sehingga tidak sedar ada seorang lelaki setia berdiri di sebelahku dah macam bodyguard aku pulak.

"Sabar ya, Cik. Saya yakin, Chris selamat dan kelukaan pada tubuhnya tidak sangat teruk.”

Akhirnya lelaki yang setia berada di sebelahku ini bersuara. Aku menoleh memandangnya. Dia tersenyum manis. Meyakinkan aku yang masih menangis.

"Kenapa mereka kejam? Mereka siapa?!” Jeritku serentak itu kembali melepaskan esakan tangisanku. Lelaki itu gelabah. Tak pandai nak pujuk gamaknya.

"Eh, jangan menangis, Cik. Percaya lah cakap saya cik, Chris dalam keadaan baik-baik sahaja. Dia seorang lelaki yang kuat. Dia tidak lemah, cik.” Pujuk lelaki itu. Aku meredakan seketika tangisanku. Air mata diseka dengan hujung pengelangan baju.

Lelaki itu tersenyum.

"Jom, saya hantar cik balik ke rumah.” Pelawa lelaki itu. Aku geleng kepala. Tidak setuju.

"Awak siapa?” Soalku dengan pandangan pelik. Diperhatikan lelaki itu dari atas sehingga bawah. Kemas dengan suit hitam dan berkaca mata hitam. Dia tersenyum senget.

"Saya?”

"Ada orang lain ke dekat sini?” Geram pula aku dibuatnya. Boleh tanya lagi.

Lelaki itu sengih tidak bersalah.

"Oh, ingatkan tanya nama kawan sebelah saya ni, hihihi. By the way, nama saya Danny.” Dia tersenyum senget sambil membuka kaca mata hitamnya itu lalu tanpa segan-silu dia menghulurkan tangannya padaku sebagai tanda salam perkenalan. Aku tersenyum sambil mengangguk kepala. Menghormati.

Lelaki itu menarik semula tangannya lalu digaru belakang kepalanya sambil tersengih bersalah. Malu gamaknya.

"Cik Bella, kan?”

Aku angguk.

"Macam mana awak tahu nama saya?” Soalku bingung. Peramah juga mamat ni.

"Chris selalu cerita tentang awak pada kami. Dia kata cik Bella ni cantik orangnya, baik hati dan penyayang. Untung Chris dapat perempuan cantik seperti cik Bella, hehehe.” Sengih lelaki itu. Aku hanya tersenyum.

Ah, selama ini Chris ceritakan tentang aku pada mereka? Ya, aku dengar Danny menyebut perkataan 'kami'. Adakah Chris ceritakan pada mereka semua yang rapat dengannya tentang aku?

Aku gigit bibir bawah. Terasa wajah mula berbahang. Malunya!

"By the way, kalau awak nak tahu, Chris tu pun penyayang tau. Dia caring. Kalau dia sayang seorang tu, sampai mati dia sayang orang tu aje. Beruntung awak.” Ujar Danny lagi dengan senyuman tak lekang di bibir. Aku tersenyum. Terubat sedikit hati ini pada saat ini.

"Tapi, saya nak tanya sikit boleh?”

Ya, soalan yang dah lama sangat aku nak tahu. Disebabkan Danny seorang yang rapat dengan Chris, mungkin dia tahu siapa sebenarnya lelaki yang bernama Chris Martinez ini?

Siapakah lelaki disebalik mata dinginnya ini?

"Yes?”

"Siapa sebenarnya Chris Martinez? Siapa awak? Siapa mereka semua yang kejam tu? Saya nak tahu sangat-sangat. Please, ceritakan pada saya. Kalau saya sendiri tanya pada Chris, dia selalu mengelak daripada bercakap tentang tu. Please, Danny. Awak kan rapat dengan dia. Siapa dia?” Aku cuba merayu agar dia ceritakan semuanya padaku.

Wajah Danny yang tadi ceria dan cuba memujukku kini pudar dengan wajah yang serius dengan renungannya begitu tajam. Kelihatan tubuhnya sedikit mengeras, halkumnya bergerak beberapa kali. Bagaikan dia sedang terperangkap dalam persoalan cemas.

"Danny...”

"Cik Bella, kita kena balik sekarang. Ini arahan daripada Chris. Jom, saya hantarkan cik Bella balik ke rumah.”

Tanpa sedar, lelaki itu sudah menarik lenganku untuk masuk ke dalam kereta Mercedes C300 berwarna hitam miliknya. Sungguh mewah.

Berkerut dahiku apabila melihat Danny tidak lepas-lepas merenung tajam ke arah satu sudut. Aku juga turut berpaling memandang di suatu sudut yang direnung tidak puas hati oleh Danny.

Ada beberapa orang sedang memerhatikan kami daripada jauh. Dan orangnya itu sama. Mereka lah yang dibelasah oleh Chris. Aku terus memperlajukan langkah sehingga kami selamat masuk ke dalam kereta.

Syukur kami selamat.

*********

"Thank you, Danny. Thank you so much.”

Ucapku mencuba ceriakan wajah sendiri setelah kami sudah sampai di hadapan rumahku. Kalau ayah melihat gaya aku begini bagaikan baru lepas mati suami, mahu dimarahi teruk dan di soal siasat oleh ayah.

Dan aku juga menyuruh Danny berhentikan kereta jauh dari kawasan perumahanku. Aku tidak mahu lagi ayah perasan dengan kereta ini yang dihantar oleh Danny.

Nanti tak pasal-pasal ayah soal siasat aku lagi seperti tempoh hari yang lepas. Aku tidak mahu lagi terjebak dalam soal siasat cemas ayah itu.

"No problem, Cik Bella. Ini arahan daripada bos dan untuk keselamatan cik Bella jugak. Biasa lah, musuh kami berada di mana-mana sahaja buatkan nyawa cik Bella terancam.” Ujar Danny dengan sungguh ramah dan terselit satu senyuman manis.

Tapi, aku sedikit tersentak dan tergamam dengan kata-kata akhirnya itu.

"Apa? Boleh ulangkan balik ayat terakhir awak?” Soalku meminta dia mengulangkan semula kata-kata akhirnya yang tidak seberapa jelas kedengaran di peluput telingaku. Tapi, aku rasa aku tak salah dengar. Yang aku dengar, nyawaku sedang terancam dan dalam bahaya.

Wajah Danny berubah. Tubuhnya sedikit mengeras dan halkumnya berkali-kali bergerak. Dia menggigit bibir bawah sambil menggaru-garu belakang kepalanya sambil tersengih padaku.

"Errr...Tak ada apa. Errr...Betul ke cik Bella nak saya berhentikan kereta di sini. Bukan ke depan tu rumah cik Bella. Nanti cik Bella kena jalan jauh pulak.” Ujar Danny.

Tetapi dapat kulihat lelaki itu menepuk beberapa kali dahinya bagaikan dia sudah tersalah cakap.

"Eh, betul. Tak apa, saya boleh jalan. Thanks again, Danny. Kalau keadaan Chris teruk, bagitahu saya cepat-cepat tau.” Ujarku dalam nada sebak. Danny hanya mengangguk kepala sambil tersenyum manis.

"Cik Bella jangan risau lah, dia strong man.” Ucap lelaki itu sambil mengenyitkan sebelah matanya. Aku tersenyum kecil lalu mengangguk kepala.

"Saya balik dulu.”

"Okay, take care, Cik Bella.”

Terus aku melangkah keluar daripada kereta mewah tersebut. Agak kecut perut tadi sewaktu Danny membawa kereta laju apabila ada beberapa buah kereta mengekori kereta kami dari belakang.

Syukur kami selamat. Tiada apa-apa berlaku.

Tapi, siapa Danny?

Ah, lupa hendak aku tanya lelaki itu kerana keretanya sudah pergi dari kawasan perumahan ini.

Apa-apa pun, aku harap Chris tidak cedera teruk. Moga dia dalam keadaan yang baik.

********

"Sabar, Bella. Jangan lah menangis macam ni. Tak comel dah tau.”

Pipiku yang basah dengan air mata diseka oleh Tiya. Sudah 2 hari aku tidak ketemu Chris dan aku langsung tidak tahu keadaannya bagaimana sekarang.

Cuba hubungi Chris, tetapi langsung tidak dapat. Terus aku berjumpa dengan Tiya, meluahkan segala-galanya pada Tiya. Sungguh aku tidak dapat terima kalau keadaan lelaki itu teruk.

"Aku tak boleh terima Tiya, aku risau kalau keadaan dia lebih teruk kali ni.” Ujarku lalu menyeka hujung mataku yang mula mengalir air mata.

Tiya tersenyum sambil mengusap lembut bahuku.

"Bersangka baik aje la, mungkin Chris tu tengah sibuk sangat, tu yang dia lupa kau. Lagipun, dia sendiri cakap yang dia datang ke Malaysia dengan tujuan kerja penting.” Pujuk Tiya lagi. Berkali-kali aku menggeleng kepala. Tidak dapat terima.

"Dia cedera teruk Tiya. Tak akan lah sibuk lagi dengan kerja-kerja tak penting dia tu!”

"Shh...Dah, dah...Sabar. Bawa bertenang. Aku ada something nak bagi dekat kau. Tapi, janji kau jangan menangis lagi. Kita fikir baik-baik aje yang dia busy, okay?” Pujuk Tiya lagi sambil tersenyum manis.

Aku seka air mata. Menenangkan hati seketika. Mencuba mencari ketenangan. Setelah memastikan hati tenang dan tidak sebak lagi, aku memandang ke arah Tiya. Gadis itu tersenyum manis.

"Okay?”

Aku mengangguk sambil tersenyum.

"Pejam mata dulu!”

Berkerut dahiku apabila Tiya menyuruh agar aku menutup mata.

"Buat apa?”

"Tutup aje la!”

Amboi, marah. Aku ketawa kecil sambil menggeleng kepala. Tanpa membuang masa, aku hanya akur. Menutup kedua-dua mataku rapat-rapat. Teruja juga bila dengar Tiya nak bagi sesuatu padaku. Ah, apakah itu?

"Sekarang buka!”

Lantas aku membuka mata, terkejut aku melihat di depan mataku ada sebuah beg kertas sederhana besar. Apakah isi di dalamnya?

Senyuman kian melebar. Haih, bakal pengantin ni ada-ada aje dia.

"Nah...Aku hadiahkan untuk kau. Janji dengan aku jangan sedih-sedih lagi. Aku tak nak tengok kawan baik aku sedih-sedih macam ni. Aku hadiahkan untuk kau, jangan lupa pakai tau bila majlis akad nikah aku dan Adam berlangsung nanti.” Ujar Tiya lalu menghulurkan beg kertas sederhana besar itu padaku.

"Ya Allah, apa ni Tiya? Susah-susahkan kau aje.” Beg kertas sederhana besar itu di ambil. Terharu.

"Mana ada susah. Ni hadiah buat kau. Jangan lupa pakai tau!” Ujar Tiya. Aku ketawa kecil lalu mengeluarkan isi di dalam beg kertas sederhana besar tersebut.

Sepasang baju abaya fashion berwarna putih bersih. Ada beberapa corak bunga di baju tersebut dan kerawang yang sungguh cantik terukir kemas di baju tersebut serta sepasang tudung showl berwarna putih bersih. Makin melebar senyumanku saat ini tetapi terselit kehairanan.

"Jap, sekarang ni siapa yang nak kahwin? Kau ke aku? Baju pengantin kau kan warna putih?” Soalku bingung. Putih betul.

"Aku tukar. Baju pengantin aku warna merah cili! Kau tahu lah aku kan suka merah.” Ujar Tiya sambil ketawa gedik. Aku juga turut ketawa.

"Pakai tau nanti. Janji?”

Amboi siap mengangkat jari kelengkengnya menyuruh aku berjanji agar memakai baju cantik ini sewaktu majlis akad nikah mereka serta diteruskan dengan majlis perkahwinan mereka.

Aku tersenyum lalu menyambut jari kelengkengnya bermaksud aku berjanji.

"Hah, macam tu la. Senyum macam ni tau. Jangan muka monyok. By the way, kad kahwin aku baru siap. And kau orang pertama yang dapat. Jangan lupa datang tau. Ajak ayah kau dan makcik pakcik saudara kau yang lain-lain.” Beberapa kad perkahwinan dihulurkan padaku. Aku menyambutnya. Dah nak kahwin dah kawan baik aku ni.

"Thank you, Tiya. Nanti jarang dah kita lepak macam ni.”

"Alah, kau jangan lah risau. Kita still boleh keluar lepak macam ni. Adam tu bukannya suka kongkong aku. Dia pun masuk air gak, hehehe.”

Pecah tawaku mendengar kata-kata selamba kutukan Tiya pada bakal suaminya itu. Ni kalau Adam dengar mahu tidak jadi kahwin.

"Thank you tau! Aku suka!”

Terus aku memeluk tubuh Tiya erat-erat. Tiya juga membalas pelukanku lebih erat.

"No problem. Janji pakai tau!”

"Ye!”

hi gais! First of all, nana nk mintak maaf sgt² sbb update chapter lambat...mesti korang dh lupakan Chris kan :( Sorry again and again :( Author betul² busy. Maafkan author if author update new chapter lambat.. Thank you so much yg sudi tunggu new chapter and thank you so much support my story <33

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience