Melihat lelaki itu sudah terkebil-kebil memandang ke tempat lain. Seperti benar dengan kata-kataku tadi. Adakah dia orang upahan ayah? Dia yang akan menjaga aku di sini?
"Err...Bella, sebenarnya..." Tergagap-gagap untuk dia menjelaskan padaku. Entah kenapa, aku pula yang naik angin saat ini. Sudah tidak peduli lagi jika ada orang-orang awam sekeliling kami yang melihat aku dan Zyan seperti sedang bertengkar.
"Sebenarnya apa? Cukup la Zyan. Cukup kita hanya sekadar kawan baik. Saya tak pernah anggap awak lebih daripada itu. Awak balik je la. Tak payah nak susah-susah datang sini semata-mata nak jaga saya di sini. Saya ada kawan-kawan saya yang boleh jaga dan lindungi saya di sini. Tanpa awak pun saya boleh hidup lah. Bukannya mati pun. Arahan ayah semua tu awak tak payah nak ambil peduli sangat. Please, balik. Tak perlu jaga saya di sini. I'm safe!"
Bicaraku laju dalam nada sedikit meninggi. Nafas pun dah tak teratur. Sedikit cungap apabila aku bercakap dalam satu nafas. Kalau aku marah, hanya satu nafas sahaja aku guna untuk bersuara tegas dengan laju. Memang aku tengah marah sangat saat ini.
Bersusah payah datang daripada jauh semata-mata nak jaga aku di sini? Isy, aku langsung tidak setuju dengan cadangan ayah. Upah orang untuk jaga aku di sini? Kalau ikutkan hati mahu aje aku batalkan semua cadangan ayah itu. Tak masuk akal langsung!
Lengan Tiya terus aku tarik untuk pergi daripada situ. Tengok muka Zyan, lagi bertambah panas hati aku ini. Aku tidak suka dia, aku tak mahu dia sukakan aku dan aku tak mahu kahwin dengan dia. Cukup sampai di sini!
"Eh, Bella. Kejap...." Aku tidak peduli lagi dengan panggilannya. Melihat wajah Tiya sudah terpinga-pinga. Tetapi aku tetap menarik lengan Tiya untuk pergi daripada situ. Aku tidak mahu lagi berjumpa dengan Zyan.
"Bella, wait." Lenganku terus digenggam oleh Zyan setelah lelaki itu tiba disebelahku. Tajam aku merenungnya. Apa lagi si mamat ni mahukan? Dah lah pegang orang sesuka hati dia je!
"Awak nak apa lagi?!” Bentakku lalu melepaskan genggaman Zyan di lenganku. Nasib baik lah aku pakai jaket tebal lengan panjang. Kalau dia pegang kulit lenganku memang dah kena penampar free-free!
"Bella, please dengar dulu apa yang saya nak cakap. Ya, saya sebenarnya orang upahan ayah awak. Ayah awak minta saya jaga awak di sini.” Lelaki itu sedaya upaya menghalang jalanku. Ya, aku dah agak dah. Pasti lelaki ini yang akan jadi orang upahan ayah. Jadi, sewaktu makan malam semalam lelaki misteri yang memerhati aku dari jauh itu ialah dia. Ah, aku tidak mahu dia jaga aku. Ramai lagi yang ada di sisiku yang boleh melindungi dan menjaga aku daripada orang-orang yang berniat jahat di sini.
"Dah lah, Zyan. Awak balik je lah. Tak payah nak jaga-jaga saya semua ni. Saya selamat duduk sini. Batalkan aje cadangan mengarut ayah semua tu. Please, jangan ganggu saya lagi!" Amaran keras aku berikan padanya. Dia terus terdiam.
Tak menunggu lama aku terus melangkah berjalan masuk me apartment yang kami duduk. Tiya masih kaku. Masih tertanya-tanya dan terpinga-pinga. Ah, biarkan makcik Kiyah ni terpinga-pinga sekalipun. Nanti sampai rumah aku ceritakan padanya.
Lengan Tiya terus aku tarik pergi daripada situ. Aku harap sangat lelaki itu tidak mengikuti kami lagi dan aku harap sangat dia pulang ke Malaysia. Bukannya dia dapat apa pun datang ke sini untuk jaga aku.
Duit?
Hei, dia dah kaya. Kalau dia buat semua ini demi duit lebih baik tak payah. Aku tidak sukakan lelaki begitu. Demi duit sanggup buat apa sahaja.
*********
Berkali-kali aku meraup wajah. Nafas berat aku hela panjang-panjang. Hati masih panas. Tak sangka orang upahan ayah itu ialah Zyan. Dan kenapa Zyan? Sebab ayah tak percayakan aku? Takut aku cari lelaki lain? Ah, serabutnya!
"Nah, minum air ni dulu. Tenangkan diri kau tu. Jangan stress-stress sangat lah.” Tiya cuba menenangkanku. Air kopi panas dibuat olehnya diletakkan di atas meja dihadapanku. Sekarang cuaca di sini tidak seperti Malaysia. Sejuk! Tak berani lagi kami nak minum air sejuk pada musim sejuk begini. Kalau minum pun pasti kopi panas atau suam.
"Isy, kenapa la ayah aku ni ambil Zyan tu untuk jaga aku di sini? Dia ingat aku akan lari daripada dia sampai nak jaga aku kat sini bagai!” Aku mendengus kasar. Geram. Masih belum reda hati ini.
"Dah lah tu, nanti aku bagitahu Zyan suruh dia balik. Aku pun tak sangka yang Zyan datang sini sebab arahan daripada ayah kau." Pujuk Tiya. Hati aku sedikit pun tidak reda lagi. Masih panas hati.
"Kenapa lah dia terima untuk kahwin dengan aku?"
"Kau pun cakap kat aku, yang dia dah mengaku dia suka kau. Jadi betul la Zyan tu suka kau sebab itulah dia terima untuk berkahwin dengan kau.”
Nafas aku hela panjang-panjang. Serabutnya kepala otak aku ni. Baru hari pertama aku di Italy. Ingatkan kalau dah pergi sini boleh lah ambil kesempatan nak tenangkan fikiran, tetapi makin bertambah kusut pula kepala aku saat ini.
"Kalau kau tak setuju dan tak sukakan Zyan, kau kena tetap cari bakal suami kau sebelum balik ke Malaysia. Kalau kau masih degil dan keras kepala, mesti ayah kau tetap akan kahwinkan kau dengan Zyan. Dah lah Zyan tu setuju untuk kahwin dengan kau, hah suka lah ayah kau nanti." Bebel Tiya terselit kata-kata yang buatkan aku rasa nak cari sekarang juga calon bakal suamiku.
Lama aku pandang wajah Tiya. Tidak senang duduk pula aku saat ini. Terus aku bangun lalu berjalan ke balkoni rumah.
Mata terus tertangkap pada rumah besar yang jaraknya sedikit jauh dengan apartment rumahku. Disebabkan aku duduk apartment di tingkat tinggi, dapatku lihat rumah-rumah cantik dari jauh. Termasuk lah rumah besar yang sungguh cantik itu.
Senyuman terukir dibibirku secara tiba-tiba. Entah kenapa, aku teringin sangat nak ke sana dan kalau boleh sekarang juga aku nak terbang pergi ke rumah besar itu.
********
"Ayah nak Bella dengan arahan daripada Zyan! Jangan degil tak dengar kata dia. Semua arahan Zyan daripada arahan ayah. Ayah upah Zyan untuk jaga Bella di sana. Jangan nak tahu hidup bebas aje. Kamu tu tak lama lagi akan jadi tunang orang. Ingat tu!”
Aku mengeluh kecil. Jelingan aku lepaskan di tempat lain.
"Oky, baik ayah. Bella akan dengar arahan daripada dia.” Kalau ayah dah bersuara, sumpah aku dah tak berani nak melawan. Jangan sampai ayah datang ke sini ambil aku bawa balik Malaysia pula. Ayah dia kalau nak buat sesuatu itu, dia akan buat sampai dapat. Jangan sesekali cabar dia kerana dia akan betul-betul lakukan itu.
Aku terus menutup komputer ribaku setelah talianku bersama ayah sudah tamat. Sakit pula kepala saat ini. Lepas satu-satu masalah aku hadap sekarang ni. Tubuh terus aku rebahkan di atas katil. Memejam mata rapat-rapat. Mencuba menenangkan fikiran yang sudah kusut dan serabut.
Sewaktu aku memejam mata, dapat kulihat bagaikan aku sedang berada di dalam mimpi. Tapi, mimpi itu seperti realiti.
Kenyataan.
Seorang lelaki bertubuh tegap dan tinggi berpakaian kemas dengan suit hitamnya menghampiriku. Direnung anak mataku dalam-dalam membuatkan aku juga turut dapat lihat anak matanya yang berwarna biru. Cantik. Bulu matanya lebat dan lentik. Senyumannya manis.
Aku juga turut tersenyum melihat senyumannya. Entah kenapa, kalau melihat dia senyum aku juga turut senang untuk mengukir senyumanku.
"Sei così bella, piccola."
Lembut suaranya berbisik di telingaku. Aku langsung tidak faham apa maksudnya tetapi mampu buat aku tersenyum. Wajahnya semakin dekat dan semakin dekat pada wajahku. Rapat-rapat aku memejam mata, entah apa yang akan terjadi aku pun tidak tahu. Dan...
"Bella!”
Mata terus kubuka luas-luas. Melihat Tiya sudah berada di sebelahku dengan wajah yang begitu gelabah. Perlahan-lahan aku bangun. Memicit-micit sedikit kepala yang tiba-tiba terasa sakit.
Haih, baru aje aku nak tatap muka lelaki yang muncul dalam mimpiku itu. Tiya pula kacau. Aku tak puas lagi tatap wajahnya dan senyumannya. Tapi, aku cuba untuk mengingatkan kembali wajahnya, tapi malangnya aku lupa wajah sempurnanya itu. Kenapa aku lupa? Wajahnya, matanya, senyumannya semuanya aku lupa.
Bagaimana ya wajah lelaki itu tadi? Ah, cepat sangat dia pergi. Tak puas aku nak tengok muka dia. Haih, kacak betul lelaki mat salih itu dan aku yakin yang muncul di dalam mimpiku tadi ialah lelaki mat salih. Yang aku ingat hanyalah matanya yang berwarna biru. Cantik! Berjaya buat aku terpukau. Tetapi hanya mampu di dalam mimpi. Hmm...
"Kau ni dah kenapa? Gelabah macam nampak hantu pulak.” Tajam aku pandang Tiya di sebelah. Kacau betul si makcik Kiyah ni.
"Memang pun. Tapi ni lagi teruk. Tadi Nurul ada call aku, dia kata dorang bertiga sesat. Tak tahu jalan nak balik. Dah nak malam ni, mereka takut nak jalan malam-malam.” Ujar Tiya dalam keadaan gelabah. Aku terkejut mendengarnya.
"What? Aduh, aku dah cakap. Dorang ni degil la! Ni kalau Miss dapat tahu mesti dia marah. Dah jom cari dorang. Menyusahkan aje!” Rungutku lalu berjalan mencapai jaket tebal dan menyarungkan tudung di kepala.
"Tapi, kita nak cari mereka bertiga tu kat mana? Wei, ni bukan tempat kita tau. Nanti tak pasal-pasal kita berdua pula yang sesat.” Tiya sudah membebel gelabah tak tentu pasal. Aku ni lagi lah gelabah. Kalau hilang anak dara orang macam mana? Dah lah hilang dekat negara orang. Aku pula ketua kumpulan, mesti lah kena bertanggungjawab sebaliknya mereka bertiga tu yang degil tak dengar arahan daripada ketua kumpulan sendiri. Huh!
"Ah, kita cari je lah kat mana-mana. Dorang kata, dorang jalan-jalan dekat-dekat sini je. Dah lah, jom cepat."
*******
Aku berjalan keluar daripada apartment itu. Terkejut besar aku melihat Fiqah, Nurul dan Puteri sudah berada di hadapan apartment. Ah, makin bertambah panas hati aku apabila melihat Zyan juga turut ada di situ. Aku ketap gigi geram. Tak jadi nak menghampiri mereka.
"Eh, Bella. Kau nak pergi mana?” Soal Tiya apabila melihat aku berjalan kembali masuk ke dalam lobi apartment.
"Kau bawa lah mereka naik atas. Malas aku nak jumpa dengan dorang.” Sempat aku memberikan satu jelingan tajam pada mereka semua. Malas nak berdepan lagi dengan Zyan.
"Wei, Bella. Jangan lah macam tu. Kalau ya pun kau merajuk, jangan lah sampai tarik muka pada dia. Kita kan dah pernah berjanji. Tak nak bergaduh. Untuk hal kau dan dia tu kita boleh settle kan nanti. Dah, jom. Aku nak sekeh-sekeh kepala tiga ekor ni. Degil!” Bebel Tiya lalu menarik lenganku.
Nak tak nak, aku hanya akur. Benar juga kata-kata Tiya itu. Selama kami berkawan, tidak pernah bergaduh. Kalau merajuk tu ada la. Orangnya aku. Siapa lagi, aku la orang yang paling kuat merajuk.
Aku juga sebagai ketua kumpulan, aku perlu selesaikan kes ni. Aku tidak mahu masalah ini sampai ke Miss Liya. Kalau dia tahu pasti dia akan marah.
Dengan wajah sungguh masam mencuka, aku mendapatkan tiga orang yang keras kepala tidak mahu mendengar arahan daripada aku itu. Sedikit pun aku tidak memandang Zyan yang turut berada di situ.
"Korang pergi mana, hah?! Tu lah, degil sangat tak dengar cakap aku lepastu sesat! Ni kalau Miss tahu, mesti aku yang kena marah. Bukan korang!” Marahku pada mereka bertiga yang sudah berdiri dihadapanku.
Nurul dan Puteri masih menunduk dengan wajah penuh bersalah. Si Fiqah lagi seorang ni buat muka tidak bersalah. Tenang dan bersahaja. Makin naik angin pula aku saat ini.
"Uh, sejuknya kat sini. Err..By the way, thank you sebab sudi tolong kitaorang tadi.” Gedik sungguh suara Fiqah bercakap dengan Zyan. Tajam aku renung dia dengan wajah bersahaja dia berjalan masuk ke dalam apartment.
"Errr...Kami nak minta maaf kak Bella. Kami tak tahu pula yang kami sudah berjalan jauh daripada rumah ni. Maafkan kami kak Bella.” Ucap Nurul dengan nada suara penuh bersalah.
"Lain kali jangan buat lagi. Dengar arahan daripada akak. Kau orang degil lagi, akak bagitahu dekat Miss. Dah, pergi naik ke rumah sekarang. Jangan nak ke tempat lain pulak!” Arahku pada mereka berdua dengan tegas. Laju mereka berjalan masuk ke dalam lobi apartment.
Sikit pun aku tidak pandang Zyan yang masih berada di sebelahku. Dapat kurasakan yang dia sedang merenungku lama. Ah, aku tidak peduli. Aku tidak ada sedikit pun perasaan padanya. Suka pun tidak, ini kan pula nak kahwin. Memang tak lah!
Laju aku berjalan meninggalkan dia bersama Tiya. Tiya sedang sibuk bersembang dengan Zyan. Entah apa lah mereka sedang bersembangkan itu. Tidak pedulikan mereka berdua, aku terus berjalan masuk kembali ke apartment. Penat pun belum hilang dah ada satu masalah muncul.
Haih...
**********
Awal pagi lagi kami semua sudah berkumpul di luar apartment bersama-sama Miss Liya. Saat ini lah tiba-tiba rasa nak sedih. Nak peluk Miss kuat-kuat semuanya ada. Hmm...
Kerana Miss Liya seorang sahaja yang paling kami rapat. Banyak-banyak guru gymnastik dan ballet, dia lah yang paling kami rapat. Dia baik, sedikit pun tidak pernah meninggikan suara. Kalau tinggikan suara pun selalunya memberi arahan atau amaran keras pada kami yang sedikit nakal. Naughty girl.
"Alah, korang semua jangan lah sedih-sedih macam ni. Nanti Miss pun sedih tau. Miss pergi dalam 2 minggu aje. Nanti Miss balik la. Lagipun, korang kan dah besar, jaga diri dan cuba berdidikari sendiri. But, korang juga jangan risau. Kita kan ada ketua kumpulan. Jadi, dengar arahan daripada ketua kumpulan kita ya.”
Erat kami beramai-ramai memeluk tubuh Miss sampaikan dia tidak dapat bernafas. Miss Liya ketawa kecil.
"Buat aje di tempat ini seperti di tempat Malaysia. Sekolah korang semua berada di sebelah sana aje. Lagipun, korang juga jangan risau. Miss Paul akan menggantikan tempat Miss. Apa-apa maklumat dia akan sampaikan pada korang semua."
Miss Liya seakan-akan memujuk kami yang sudah sedih merengek-rengek seperti budak kecil. Erat-erat aku memeluk lengan Miss Liya. Tak mahu beri dia pergi tinggalkan kami.
"Oky la, Miss gerak dulu ya. Take care, guys!” Erat-erat kami memeluk tubuh Miss Liya sebelum dia pergi meninggalkan kami.
"Bye, Miss! Take care too!” Ucap kami serentak lalu kami hanya menghantar pandangan pada Miss Liya hinggalah kelibat wanita itu hilang.
Aku sempat menjeling jam di pengelangan tanganku. Sudah tepat pukul 10 pagi. Kami perlu bergerak ke kelas sekarang. Kalau lambat, nanti pasti kami ketinggalan latihan.
Melihat Miss Liya sudah pergi naik kereta bersama guru-guru gymnastik yang lain. Kini tinggal lah kami berlima di hadapan apartment ini. Aku sebagai seorang ketua kumpulan, aku perlu menjalankan tugasku sebagai ketua kumpulan.
"Sekarang dah pukul 10 pagi, semua perlu gerak ke kelas sekarang.” Aku memberikan arahan pada mereka semua. Termasuklah pada diriku sendiri.
"Baik, kak Bella.” Serentak Nurul dan Puteri menjawab. Fiqah tidak menyahut malah dengan wajah bersahaja dia berjalan pergi.
Aku memandang Tiya. Gadis itu hanya tersenyum kecil lalu kami bersama-sama berjalan pergi ke kelas. Tidak jauh jaraknya dan di apartment yang kami tinggal ini. Kalau kami lewat balik rumah kerana ada kelas tambahan ballet pun dah tak kisah dan tidak takut kerana jarak rumah dan sekolah sangat dekat. Kalau sekolah itu berhadapan dengan apartment kami lagi bagus.
"Zyan ada jumpa kau lagi ke?” Soalan daripada Tiya menujukan kepadaku membuatkan aku sedikit tersentak. Sewaktu kami sedang berjalan kaki ke kelas, boleh pula Tiya tanyakan soalan begitu padaku. Hilang terus mood aku nak ke kelas nanti.
Aku diam seketika. Masih berjalan. Sedikit pun aku tidak memandang Tiya yang berada di sebelahku yang sedang menunggu jawapan daripadaku.
Nafas berat aku hela. Menahan sejuk di tubuh yang mula menggigil. Dingin tetapi nyaman dan tenang.
"Entah...” Jawabku ringkas. Masih menunduk.
"Entah? Aku tak rasa itu jawapan. Bella, aku tahu kau marah Zyan tapi jangan lah sampai bergaduh macam ni. Kita kawan biasa aje, tapi aku tak nak kau letak perasaan dendam terhadap Zyan. Kawan baik kita tu. Dia selalu tolong kita sewaktu kita susah, bila kita senang kita tinggalkan dia macam tu aje. Aku bukan nak bela bagi pihak Zyan sebagai kawan baik aku. No, that is not what I meant. Tapi, kita kena ingat jasa baik dia yang dulu. Aku tahu perasaan kau macam mana Bella. Kena kahwin paksa tanpa ada perasaan cinta. Yes, I know. Tapi, tolong jangan tarik muka macam semalam. Aku tak nak kawan baik aku ni bermusuh dengan kawan baik sendiri.”
Panjang lebar Tiya bercakap buatkan perasaanku saat ini setengah nak marah setengah lagi rasa serba salah. Ada benar juga kata-kata Tiya itu tetapi separuh daripada itu ada rasa nak marah.
Aku diam dahulu. Memikirkan dahulu kata-kata Tiya. Tiya juga diam. Kini kami sudah sampai di hadapan sekolah tersebut. Melihat anak-anak gadis yang berasal dari Italy semua sudah melangkah masuk ke kelas bersama-sama rakannya. Semua cantik-cantik. Lagi bertambah cantik, wajahnya yang putih kemarahan dan mata yang berwarna biru.
Entah kenapa, aku minat sangat dengan orang yang bermata biru. Tak kesah la lelaki ke perempuan. Memang aku minat sangat dengan mata mereka. Cantik. Nak dibandingkan dengan aku yang bermata hitam pekat dengan mata biru mungkin jauh sekali.
"Hai, Bella!” Mati terus langkahku. Aku yakin, langkah Tiya juga mati walaupun aku tidak menoleh memandang Tiya di sebelah.
Zyan!
Entah kenapa, aku melihat penampilannya yang berkemeja putih, berjaket tebal berwarna hitam dan juga dia mengenakan kaca mata hitamnya membuatkan aku terpesona. Terpaku melihat penampilannya hari ini.
Hati kalau nak dikatakan memang marah dengan lelaki itu. Tetapi, aku akan kalah melihat penampilannya dan wajahnya yang begitu kacak. Dah macam orang luar negara pula. Dah tak nampak macam orang Malaysia kalau melihat wajahnya.
Dia berjalan mendapatkan aku dengan senyuman manis terukir di bibirnya. Sekarang ini dia sudah tercegat betul-betul dihadapanku. Sempat aku memandang Tiya di sebelah. Gadis itu hanya senyum kecil sambil mengangkat tinggi kedua-dua keningnya.
"Nanti kita jumpa kat kelas ya.” Sempat Tiya berbisik padaku lalu dia berjalan pergi meninggalkan aku bersama Zyan.
"Hai, Zyan!” Sempat Tiya menyapa Zyan yang sudah berada dihadapanku.
"Hai, Tiya!”
Aku tidak dapat menghalang jalan Tiya lagi kerana tubuhku saat ini terkaku sendiri. Masih melekat memandang Zyan atas bawah. Mampu buat aku cair. Mungkin bukan aku seorang sahaja, melihat yang lain semua sudah berbisik-bisik sambil memandang Zyan.
"Errr....Hai.” Tergagap-gagap aku bersuara. Kata-kata Tiya tadi masih terngiang-ngiang dipeluput telingaku. Patutkah aku layan Zyan dengan baik? Kerana dia satu-satunya kawan baik lelaki yang aku ada. Patutkah aku berkawan dengan dia seperti biasa? Tetapi, yang pastinya aku tidak mahu berkahwin dengannya.
Terkebil-kebil aku memandang ke tempat lain apabila dia perasan yang aku asyik memandang dia atas bawah. Bibir aku ketap. Terasa berbahang pula wajah ini.
Aku sedikit berkerut dahi apabila dia menghulurkan sebungkus plastik padaku. Ada apa isi di dalamnya? Lama aku merenung bungkusan plastik tersebut.
"Saya ada beli sikit makanan untuk awak. Nanti kalau awak lapar sekejap lagi, awak boleh makan.” Ujar Zyan sambil tersenyum lebar.
Dalam kepala otak aku sekarang ini berbelah bagi nak ambil. Kalau aku ambil, pasti lelaki ini ingat aku sudah mula berbaik dan sudah mula jatuh cinta padanya.
Tetapi, kalau aku tidak ambil pasti dia akan report pada ayah. Dah lah mulut dia tu kalahkan perempuan! Apa-apa kesilapan kecil aku pasti dia akan report pada ayah. Seperti semalam, aku bukannya berlasah dia pun. Hanya marah dia. Itu pun nak bagitahu dekat ayah.
Aku menjeling sekilas ke arahnya yang masih tersenyum manis. Lambat-lambat aku capai. Kalau tak ambil nanti dia report dekat ayah. Tak pasal-pasal telefon bimbit aku habis beteri kena bebel dengan ayah sewaktu call nanti.
"Thank you.” Ucapku malas-malas. Dia masih tersenyum.
"Welcome, dear.”
Tak menunggu lama, aku terus melangkah pergi. Tetapi sempat dihalang olehnya. Haih, mahu apa lagi si mamat ni?
"Errr....Awak tak marahkan saya lagi kan?” Dia sedikit menunduk memandang aku yang pendek ini. Aku pula yang merenungnya bagaikan sedang memandang pokok yang tinggi. Lama dia renung wajahku.
Langsung aku tidak memberi reaksi apa-apa padanya saat ini.
"Entah...” Kedua-dua bahuku terangkat. Memang tidak tahu pun. Kata-kata Tiya tadi pun masih terngiang-ngiang membuatkan aku rasa serba salah dengan Zyan. Tapi, bila fikirkan kembali rasa marah ni ada lagi. Geram kerana Zyan terima untuk berkahwin dengan aku dan setuju menjadi orang upahan ayah sebaliknya aku boleh jaga diri sendiri. Aku bukan lagi budak darjah 1.
Ah, entah la! Aku tidak tahu dengan perasaan aku saat ini. Stress!
Tidak menunggu lama, aku terus melangkah pergi tetapi dihalang lagi olehnya. Kini wajahku mula bertukar. Daripada tiada reaksi, kini berubah menjadi marah. Tajam aku merenung Zyan yang sesuka hati memegang lenganku.
"Awak nak apa lagi?” Soalku sambil menepis kasar tangannya. Ah, benci betul lah kalau ada lelaki yang suka pegang orang tanpa izin!
"Saya...Saya nak minta maaf. Saya tak boleh nak padamkan perasaan saya ini terhadap awak. Saya betul-betul cintakan awak, Bella. Dari dulu lagi saya sukakan awak. Kalau saya ada buat awak marah, saya nak minta maaf.” Ujar Zyan dengan nada bersungguh-sungguh.
"Okay, saya maafkan awak. Tapi, saya nak awak batalkan semua cadangan ayah saya. Saya tak nak kahwin dengan awak.” Kata-kata putus itu akhirnya terlepas daripada mulutku. Laju aku berjalan masuk ke dalam kelas tersebut.
Kalau lelaki itu mahu apa-apakan aku sekalipun aku sudah tidak kesah kerana aku sudah berada di dalam kawasan sekolah ini. Tapi, aku yakin. Dia bukan lelaki seperti di luar sana. Dulu dia tidak pernah usik aku. Sentuh pun tidak. Mungkin tadi dia tersentuh aku.
Think positive.
********
Jam sudah tepat pukul 12 tengah hari. Waktu untuk rehat. Melihat semua sudah ke kantin di aras 4. Rasa malas pun ada saat ini untuk aku ke kantin. Duit pula aku lupa nak bawa. Disebabkan nak cepat pagi tadi, dompet duit aku pun aku lupa nak ambil.
Punggung terus dihempas di kerusi yang berhadapan dengan locker. Menghilangkan dahulu rasa penat yang baru selesai berlatih tadi.
Peluh yang mula merenik di dahi, aku seka. Belum lagi di seluruh tubuh. Sudah lencun macam baru lepas mandi hujan. Leher aku pun dah basah dek peluh. Tapi, tak berani nak buka tudung walaupun kami bersama dengan girl non muslim.
Haram untuk perempuan non muslim melihat aurat perempuan muslim. Kalau nak bersihkan diri pun pastikan pakai baju lengkap sekali dengan tudung siap-siap di dalam tandas sebelum keluar dari tandas.
Melihat Tiya masih di gelanggang gymnastik. Sedang bercakap dengan Miss Paul. Mungkin bercakap tentang gymnastik.
Sedang aku sedap-sedap mengelamun seketika, terasa kaki ini dilanggar oleh seseorang. Terus aku sedar ke alam nyata. Rasa panas pula hati ni apabila ada seseorang sengaja melanggar kaki aku.
"Ops! Sorry, tak nampak pula.”
Ah, siapa lagi kalau bukan Fiqah. Minah ni sengaja betul cari pasal dengan aku. Tak sah kalau tak gaduh kami berdua ni. Setiap hari bergaduh!
"Kau pahal?! Nak kena makan dengan penumbuk aku ke?!” Tegas aku bersuara. Tidak duduk, lantas aku berdiri tegak merenung tajam ke arah Fiqah yang sudah tersenyum sinis.
"Hei, ingat aku takut ke dengan penumbuk kau tu? Setakat tangan kecil kau tu, lebih baik tak payah kut. Nak tumbuk orang, last-last tangan dia yang patah.” Ejeknya sambil ketawa gedik. Aku pula naik angin saat ini. Geram pula dia suka sangat mempermainkan orang.
"Oh, ya. Siapa nama lelaki semalam tu ya? Handsome nya dia. Kalau aku dapat lelaki tu, mesti korang semua jealous kan sebab tak ada boyfriend handsome macam lelaki tu.”
Aku sedikit tersentak. Aku tahu lelaki mana yang dimaksudkan oleh Fiqah.
Zyan!
Ya, tipu lah kalau aku cakap lelaki itu tidak handsome. Memang kacak. Mampu buat para wanita cair melihat dia. Aku juga kalah melihat dia yang begitu kacak, tetapi aku tidak boleh menepis perasaan marah padanya. Masih marah!
"Oh, sorry girl. That man is my future husband.” Entah lah. Aku tidak suka melihat mana-mana wanita yang rapat dengan Zyan. Kalau mereka rapat walaupun hanya anggap sebagai kawan, aku sudah anggap mereka seperti berpasangan. Aku tidak suka perempuan lain rapat dengan Zyan walaupun perasaan aku ini langsung tidak tertarik pada Zyan.
Kata-kataku yang tadi diberikan pada Fiqah, hanya lakonan semata-mata. Hanya sekadar untuk bagi si minah gedik tu cemburu. Biar hati dia terguris berdarah terluka! Aku suka melihatnya. Tapi, aku harap sangat kata-kataku itu tidak benar dan tidak menjadi satu kenyataan. Ah, aku tidak mahu. Rasa diri ini bodoh pun ya kerana sudah cakap begitu. Kata-kata yang tidak sepatutnya aku ungkapkan.
"Are you sure, girl?” Soal Fiqah dengan gaya memeluk tubuh sambil mengecilkan matanya memandangku. Seperti tidak percaya. Aku teguk liur.
"Yes, sure lah. Dia bakal suami aku. Kenapa? Jealous?” Aku pula kenakan dia. Wajahnya jelas kelihatan tidak puas hati.
"Ke dia tu musuh kau? Kau je terpaksa kahwin dengan dia kerana ayah kau? Hei, aku tahu la semua tentang kau. Kau ingat aku tak dengar apa yang kau cakap dengan lelaki tu pada pagi tadi? Semuanya aku dengar lah.” Sinis dia berkata. Aku sedikit terkejut. Ya Allah, tak sangka ada orang yang mencuri-curi dengar sewaktu aku dan Zyan sedang bersembang pada pagi tadi. Ah, geramnya aku dengan dia ni!
"Hei, kalau aku tahu kau curi-curi dengar lagi perbualan kami, aku sumpah kau akan jadi bisu. Tuli!” Bentakku tajam merenung dia yang sudah tersenyum sinis. Jelingan maut aku hadiahkan padanya. Tidak menunggu lama, aku terus berjalan pergi daripada situ sambil melanggar bahunya. Geram!
Puas hati aku.
"Hei, kau jangan ingat kau tu bagus sangat lah, Bella!”
Kata-kata itu hanya mampu diabaikan sahaja. Kalau dia nak rampas Zyan pun bukan aku kesah. Lantak dia la. Janji dia bahagia. Sekarang ni aku yang kena fikirkan tentang diri aku bagaimana nak cari bakal suami apabila balik ke Malaysia nanti.
Kalau aku cari bakal suami di Italy? Ah, gila ke apa. Siapa je nak aku? Gadis Asian. Perempuan muslim. Dan, melihat lelaki di sini semuanya good-looking. Senang cerita, ada rupa yang begitu cantik dan kacak. Nak ke mereka pada perempuan muslim seperti aku? Di Italy pun tidak banyak orang Muslim yang tinggal di sini.
Tak, aku perlu cari bakal suami di Malaysia. Bukan di Italy. Ini semua idea mengarut daripada Tiya.
Gila!
********
Memang betul-betul nasib malang aku. Perut yang dah bernyanyi di dalam membuatkan aku rasa tidak senang duduk. Sudah lah aku ada gastrik. Kalau tak makan ni memang muntah teruk. Nak sihat daripada gastrik ni pun ambil masa dalam seminggu lebih. Ah, bagaimana aku boleh cuai lupa nak bawa duit. Sekarang aku dah hampir tak makan satu hari. Pagi tadi aku hanya minum air coffee aje. Sampai sekarang sudah tamat berlatih masih tidak mengisi perut. Hanya teguk air putih aje.
Bibir ku ketap. Jangan masuk angin sudah. Aku tak larat nak muntah banyak kali. Rasa nak menangis pun ada. Kalau aku sakit perut, ayah selalu ada di sisi aku. Membantu aku memberi ubat. Bila aku jauh dengan ayah, tiba-tiba mula rasa rindu padanya. Walaupun dia garang macam mana sekalipun, aku tetap sayang dia. Dia sayang aku, tetapi dia tidak menunjuk. Aku tahu itu.
Tak larat nak berjalan. Aku melabuhkan duduk di sebuah kerusi yang berada di luar sekolah tersebut. Perut saat ini dah rasa sakit sangat. Kelibat Tiya pun aku tak nampak lagi.
"Hoi!”
Ternaik sedikit bahuku dengan sergahan daripada Tiya. Ah, makcik Kiyah ni suka sangat buat aku terkejut. Sempat lagi dia melepaskan tawanya sambil melabuhkan duduknya di sebelahku.
"Kau ni dah kenapa? Sakit perut? Period pain?” Bertalu-talu Tiya menyoalku apabila melihat aku menekan-nekan perut yang terasa sakit.
"Haah....” Lambat-lambat aku menjawab. Berkerut dahi Tiya.
"Kau period ke?” Soalnya bernada terkejut.
Lengannya aku tepuk kuat. Malunya! Dah lah dia bersuara dengan sangat kuat. Orang yang lalu-lalang dihadapan aku sudah pandang-pandang ke arah aku dan Tiya.
"Isy, kau ni cakap tu perlahan sikit boleh tak?! Malu la orang dengar!” Marahku pada Tiya yang sudah tersengih.
"Tak ada la. Aku terkejut. Bukan ke kalau period tak boleh berlatih gymnastik. Kena ambil cuti. Ni kau period kenapa tak ambil cuti? Tu yang sakit perut.” Dia yang tidak tahu apa-apa terus membebel memarahi aku sebaliknya bukan apa yang dia katakan itu.
"Isy, bukan la! Aku....Aku tak makan. Sakit perut.” Kali ini, aku tahu pasti makcik Kiyah ini akan membebel panjang sampai keesokkan harinya pun dia masih membebel memarahi aku kerana tidak makan. Huh...
"Tak makan? Kenapa tak cakap? Kau ada duit tak? Lah, kenapa tak minta duit dekat aku? Kenapa kau diam? Kalau pendiam dan pemalu nak minta duit makan dekat orang jangan lah sampai memudaratkan kesihatan sendiri. Tengok sekarang ni, kau dah sakit perut. Dah lah gastric tu bahaya. Kalau ayah kau tahu ni mesti dia tak percayakan aku lagi. Kau ni........”
Laju sahaja aku menutup mulut Tiya. Ah, sakit telinga aku mendengar bebelan daripadanya. Aku dah agak dah, pasti dia akan marah aku.
"Dah diam! Aku tahu aku salah. Aku lupa dan cuai nak bawa purse aku.” Laju aku bersuara tidak mahu bagi Tiya menyambung bebelannya.
"Isy, kau ni Bella. Buat aku risau aje la. Ni, aku nak tanya kau. Tadi kita kan tak sempat jumpa. Aku nak tanya, pagi tadi kita terserempak dengan Zyan. Zyan cakap apa dekat kau? Dia ada buat hati kau sakit lagi ke? Kalau dia ada buat kau marah, kau bagitahu aku sekarang. Akan aku kerjakan lelaki tu cukup-cukup!” Bebel Tiya lagi terselit nada suara yang cukup risau dan mengambil berat tentang aku. Senyuman kecil terukir dibibirku.
"Tak ada apa. Cuma......” Kata-kataku tergantung di situ. Membulat mataku saat ini. Baru teringat sesuatu apabila bercakap tentang Zyan. Dia ada bagi aku makanan. Macam mana aku boleh lupa? Aku boleh mengisi perut dengan makanan yang diberikan oleh Zyan. Ya Allah, aku patut berterima kasih pada lelaki itu. Ah, itu la kau ni Bella. Bodoh sombong sangat.
"Cuma apa?” Soal Tiya bingung. Beg sukan yang digalas di bahuku cepat-cepat aku buka lalu mengeluarkan satu bungkusan plastik yang diberikan oleh Zyan pada pagi tadi. Ah, laparnya! Aku pun tidak tahu makanan apa yang ada di dalam itu.
"Apa tu?” Soal Tiya lagi apabila tadi aku tidak menjawab soalannya.
"Tadi Zyan ada bagi aku makanan. Aku lupa yang aku ada makanan ni.” Rasa nak hentak-hentak aje kepala aku ni la. Huh, stress!
Cepat-cepat aku buka. Terbeliak biji mataku. Koyak senyum lebar aku saat ini. Nak jerit aje saat ini. Gembira! Aku dapat makanan yang mampu mengisi perutku yang sudah kosong ini.
Burger!
Ah, makanan kegemaranku. Cepat-cepat aku buka plastik tersebut. Melihat ada seketul burger ayam cheese. Uh, bau dia mampu buat perut aku tidak aman.
"Wow, burger. Untung lah dapat makanan daripada bakal suami.” Usik Tiya.
"Isy, dia bukan bakal suami aku la!” Jelingan tajam aku hadiahkan pada Tiya yang sudah ketawa kecil.
"Hah, kau makan la dulu. Nanti dah siap makan kita balik. Nurul, Puteri dan Fiqah dah balik. So, kau jangan risau tentang dorang. Nanti kita boleh jalan-jalan sekejap.”
Aku hanya angguk. Tidak menunggu lama, terus aku menggigit burger tersebut. Ah, sedapnya! Laju aku mengonyah. Dah tak pandang kiri kanan.
"Hoi, sebelum makan tu, baca doa makan dulu. Jangan gelojoh sangat.” Aku sengih kecil. Lupa pula mahu baca doa kerana dah lapar sangat. Nasib baik Tiya ingatkan.
"Bismillah!”
Ngap!
Gigitan kedua.
Ah, sungguh menyelerakan. Sedap.
"Eh, lupa. Kau nak?” Pelawaku pada Tiya dengan mulut masih penuh dengan makanan. Sempat aku sengih kecil.
"Isy, apa ni? Nak bercakap tu habiskan sisa makanan dalam mulut tu dulu.” Bebel Tiya dah macam mak nenek. Aku ketawa kecil. Mengonyah sisa makanan yang berada di dalam mulut.
"Kau nak?” Pelawaku pada Tiya. Mana boleh lupa dekat kawan baik aku ni. Apa-apa makanan, aku selalu ingat Tiya. Kami berdua ni dah macam adik beradik. Rapat.
"It's oky. Makan la. Aku dah makan tadi.” Tolak Tiya lembut. Aku hanya angguk. Menyambung makan manakala Tiya sedang sibuk bermain telefon. Pasti sedang mesej dengan boyfriend dia.
"Wow, sedapnya. Saya harap awak kenyang. Kalau malam nanti lapar, bagitahu saya. Saya boleh belikan makanan untuk awak.”
Sedang aku sedap-sedap menggigit burger ayam itu, terkejut mendengar satu suara yang menegur dari arah dihadapanku. Aku rasa aku tidak salah, dia tegur aku. Di sini hanya aku dan Tiya sahaja orang Melayu. Siapa lagi kalau bukan....
Perlahan-lahan aku angkat wajah. Ternyata....
Zyan!
Lelaki itu ketawa kecil. Apa yang lawak? Buatkan aku terkejut besar, dia boleh pula muncul dihadapan aku dan Tiya. Mulut aku masih penuh dengan sisa makanan. Susah hendak bersuara. Tubuh pula saat ini sudah terkaku. Tak sangka dia boleh muncul saat aku sedang makan makanan yang dia beri pada pagi tadi.
Berkerut dahiku melihat dia menghulurkan tisu padaku. "Lap tepi bibir awak tu. Comot. But, cute.” Lembut suaranya. Pandangannya juga lembut buatkan aku terpukau.
Rasa susah sangat saat ini untuk aku menelan sisa makanan tersebut. Mata masih memandang Zyan dihadapanku. Wajah pula sudah berbahang. Malu. Macam mana aku makan boleh comot ni? Ah, malunya!
Cepat-cepat aku capai tisu tersebut lalu aku lap di tempat yang comot itu. Pandangan aku lemparkan di tempat lain. Malu hendak bertentang mata dengan Zyan yang sudah ketawa kecil.
"Eh, hai Zyan. Kau buat apa kat sini? Tak kerja?” Tegur Tiya apabila perasan dengan kehadiran Zyan di situ.
Aku terus hilang mood untuk menyambung makan apabila melihat kehadiran lelaki itu. Isy, malunya. Dah lah aku marah-marah dia. Tapi, makanan yang dia beri ni juga lah yang aku makan. Lepastu tak reti nak berterima kasih. Ah, apa lah kau ni Bella!
"Aku kan kerja sebagai orang upahan untuk menjaga seseorang.” Balas Zyan sambil memandang sekilas ke arahku. Aku yang perasan dia pandang aku sambil tersenyum kecil cepat-cepat aku alihkan pandangan ke tempat lain. Burger yang sudah digigit hampir 3 kali aku kembali menyimpannya semula ke dalam bungkusan plastik tersebut.
Hilang selera.
"Eh, Bella. Cepatnya kau makan? Dah habis ke?” Soal Tiya apabila melihat aku sudah tidak makan. Lama dia memandang bungkusan plastik yang berada di sebelahku.
"Lapar. Cuma selera aku hilang bila ada seseorang muncul.” Entah kenapa, aku tetap berkeras tidak mahu menganggap lagi Zyan seperti kawan baik aku walaupun dia sudah banyak kali tolong aku. Ah, itu pun cuma belikan aku makanan. Yang aku tidak puas hati, kenapa dia boleh setuju dan terima cadangan daripada ayah itu. Sampaikan rela datang daripada jauh-jauh semata-mata nak tengok-tengokkan aku? Ah, pergi balik aje la.
"Lah, begitu pula?” Tiya menggeleng kecil. Aku yakin, Tiya sudah tahu kenapa selera aku hilang.
"Kalau macam tu, jom la balik. Dah nak malam ni.”
"Oky, jom.” Beg sukan aku capai lalu digalas di bahu. Kaki terus melangkah pergi. Tak mahu menunggu lama lagi, malas hendak bertentang mata dengan lelaki itu. Lagipun, sekarang sudah pukul 6 petang. Macam bukan petang, melihat awan sudah gelap. Bagaikan sekarang ini sudah pukul 8 malam. Di sini dan di Malaysia lain waktu-waktunya. Sangat berbeza.
"Eh, nanti dulu!” Halang Zyan. Ingatkan dia halang jalan Tiya, aku masih boleh bertenang. Tetapi, aku yang sudah jauh jarak dengan Tiya, boleh pula lelaki itu halang jalan aku. Cepat betul dia dapatkan aku ya.
"Biar saya hantarkan korang berdua. Dah nak malam ni. Bahaya kalau jalan malam-malam macam ni. Lagi-lagi tempat yang sunyi. Korang berdua pula perempuan, takut apa-apa terjadi pula.”
Amboi, ambil berat tentang aku ke atau aku dan Tiya. Aku mengecilkan mata sedikit memandang Zyan. Zyan hanya senyum kecil. Aku tahu, ini pasti arahan daripada ayah. Ah, susah betul untuk aku bebas.
"Tak perlu la. Rumah kitaorang dekat aje.” Aku berjalan pergi tetapi dihalang lagi.
"Jangan lah begitu. Please, trust me. I'm your best friend. Why you don't believe me?” Wajahnya jelas kelihatan kecewa. Aku pula rasa serba salah. Teguk liur untuk seketika. Berbelah bagi. Memandang wajah Tiya sudah tersengih-sengih nakal. Sengaja mahu usik aku lah tu.
"Oky." Sepatah aku menjawab. Zyan tersenyum lebar. Lebar, lebar dan lebar.
"Oky, jap. Saya ambil kereta saya.”
Aku hanya mengangguk. Kembali mendapatkan Tiya. "Amboi, setuju untuk boyfriend hantarkan sampai ke depan rumah.” Usik Tiya. Satu cubitan hinggap di lengan Tiya.
"Isy, apa ni! Dia bukan boyfriend aku la!”
"Auch! Sakit la. Sorry.”
Tak lama itu, sebuah kereta Audi berwarna hitam berhenti betul-betul dihadapan kami berdua. Zyan keluar daripada perut kereta lalu membukakan pintu kereta untuk aku dan Tiya.
Lambat-lambat aku melangkah masuk ke dalam perut keretanya. Ah, siap bukakan pintu kereta lagi. Ni nak jaga hati aku ke macam mana? Nak pujuk aku ke?
Tengok wajah Tiya sudah tersengih-sengih. Dia juga turut melangkah masuk ke dalam kereta tersebut sambil tersengih mengusik. Aku pula naik geram apabila aku duduk di kedudukan di sebelah pemandu. Tiya pula di belakang. Ah, rasa kekok pula saat ini.
Sepanjang dalam perjalanan itu, aku hanya berdiam diri. Tiya dan Zyan aje yang tak habis-habis lagi bercakap itu ini. Pok pek pok pek!
Tidak lama perjalanan kami untuk ke apartment. Dekat. Tak sampai beberapa minit, kami sudah tiba di hadapan lobi apartment. Cepat-cepat aku capai beg sukanku lalu digalas di bahu. Mahu cepat-cepat keluar daripada kereta ini.
"Oky, lah. Kitaorang balik dulu. Nanti ada masa kita jumpa lagi. Oh, lupa. Kau kan orang upahan ayah Bella untuk jaga Bella di sini. So, hari-hari kut kita boleh berjumpa.” Tajam aku jegilkan mata pada Tiya yang sudah senyum mengusik.
Zyan ketawa kecil. "Yup. Kalau tiada halangan, InsyaAllah kita boleh berjumpa. Bye, takecare korang.” Ucapnya sambil memandang sekilas ke arahku. Senyuman sebaris terukir di bibirku. Memaniskan wajah apabila daripada tadi wajah aku masam mencuka.
"Oky, bye!” Melihat Tiya sudah keluar daripada kereta. Kini sesi aku dan Zyan pula. Lama aku memandang Zyan yang sedang memakai kaca mata hitamnya itu.
"Errr...Thank you sebab sudi hantar kami berdua walaupun dekat. And, thank you juga belikan makanan untuk saya. Nanti saya bayar balik duit yang awak dah guna tu untuk belikan makanan saya tadi.” Ucapku lalu tersenyum kecil.
"No problem. Saya ikhlas tolong awak dan jaga awak. Tak perlulah bayar balik duit saya tu. Yang penting awak kena selalu isi perut. Nanti sakit pula.” Aku hanya mengangguk.
"Saya balik dulu.”
"Oky, bye. Goodnight. And....I love you, Bella.”
Tersentak aku dengan kata-kata akhirnya itu. Jantung makin hebat berdetak. Ya, sekarang ini dia betul-betul menunjukkan pada aku yang dia betul-betul sukakan aku.
"Goodnight, bye!” Jawabku laju lantas melangkah keluar daripada kereta itu. Sumpah aku terkejut sangat-sangat. Tak sangka Zyan akan ungkapkan kata-kata akhirnya itu. Ternyata, dia benar-benar sukakan aku. Tetapi, aku masih keliru dengan perasaan aku sendiri untuk terima dia di dalam hidupku.
Dia terus pergi meninggalkan aku dan Tiya yang masih tercegat dihadapan apartment.
"Apa yang dia cakap dekat kau tadi?” Soal Tiya dengan wajah mengusik.
"Kau jangan sampai cubitan kedua yang padu ni kena lagi dekat tangan kau tu!”
Melepas terus tawa Tiya. "Oky, sorry. Dah jom masuk. Kita kena tidur awal malam ni. Esok ada kelas pukul 7 pagi.”
Sambil Tiya membebel sambil itu kami berjalan masuk ke dalam apartment. Aku hanya tadah telinga aje dengan bebelan Tiya. Entah apa la yang dia tengah bercakap itu. Aku hanya mendengar, tetapi kepala otak saat ini sedang memikirkan sesuatu perkara.
Masih bingung dan keliru.
********
“Ya Allah...Kau berikan lah pertunjuk padaku. Kau temukan lah jodohku di mana-mana sahaja yang aku berada. Hamba memohon pertolongan padaMu Ya Allah. Permudahkanlah segala urusanku dan permudahkanlah untuk aku bertemu dengan jodohku. Jika dengan cara aku tidak berkahwin itu lebih baik, aku redha Ya Allah. Jika jodohku sedang menanti, kau permudahkanlah untuk aku bertemu dengannya.”
Aamiin.
Perlahan-lahan aku mengaminkan doa. Kini pandanganku lemparkan di tempat sujud. Nafas dihela panjang-panjang dengan hati yang lapang dan tenang. Hati aku dan fikiranku yang begitu serabut kini semakin tenang dengan satu-satunya ubat...Solat. Hanya ubat ini sahaja mampu menenangkan hati dan fikiran manusia.
Telekung aku buka dan juga sejadah aku capai dan dilipat kemas. Selesai solat subuh, aku perlu bersiap-siap untuk ke kelas. Tetapi, sebelum ke kelas kami diadakan satu majlis di sebuah dewan yang terletak agak jauh dari sekolah dan apartment kami.
Jadi, untuk kami sampai awal di sana. Kami perlu bersiap-siap segera dan keluar awal pagi. Aku kenakan dress labuh berwarna putih dan juga jaket tebal berwarna merah. Tudung pula aku pakai tudung bawal berwarna krim. Tak pandai nak gayakan tudung sangat, janji tutup aurat dengan sempurna.
Sarung tangan berwarna putih di sarung di kedua-dua belah tangan. Sekarang musim sejuk. Memang sejuk gila. Menggigil seluruh tubuh ni jika tidak berpakaian tebal.
Sedikit bedak muka aku letakkan di wajah. Bibir pula aku letak sedikit lip bam agar tidak kelihatan pucat. Hidung aku pun dah merah kerana terlampau sejuk. Nasib baik tidak selsema.
Keluar sahaja daripada bilik, melihat Fiqah sudah siap. Amboi, pakaiannya macam dia pula yang nak kahwin sedangkan kami hanya ke majlis penyampaian anugerah untuk peserta-peserta gymnastik aje. Ah, siapa lah orang bertuah yang menang itu ya?
Kami juga sudah siap-siap membawa sekali baju sukan. Senang nanti terus datang ke kelas dan terus tukar pakaian. Malas nak dua kali kerja nak ke rumah semula dan balik ke kelas semula. Buat penat aje.
Kami bersama-sama menunggu bas tiba yang tak lama lagi. Tapi, kalau tengok sekarang ni macam tak muncul-muncul aje. Kami lewat ke? Ke keluar awal sangat?
"Aduh, lambatnya. Mesti majlis tu dah mula.” Rungut Puteri yang turut bersama menoleh ke kiri dan ke kanan mencari kelibat bas yang masih tidak muncul.
"Mungkin sekejap lagi akan sampai. Korang tunggu la kejap.” Pujuk Tiya. Dia juga sudah tidak senang duduk. Majlis itu wajib semua peserta-peserta gymnastic/ballet perlu hadir. Tapi, kalau lewat bagaimana?
Aku sudah tidak senang duduk. Nak call teksi tetapi satu kereta apa pun tak muncul lagi. Orang berjalan kaki lalu-lalang dan kereta 2-3 buah jalan di atas jalan raya ni ada la.
Tapi, buatkan aku sedikit terkejut apabila ada sebuah kereta berhenti dihadapan kami. Aku sangat mengenali kereta itu.
Zyan!
Dia keluar daripada perut kereta lalu menghampiri kami semua. "Hai, good morning!” Ucapnya mesra.
"Hi, good morning!” Jawab serentak mereka semua kecuali aku. Pandangan aku lemparkan di tempat lain. Masih menunggu bas tiba di sini.
"Korang semua nak pergi mana?” Soal Zyan.
"Kitaorang nak pergi satu majlis ni. Kami wajib hadir. Takut nanti lewat pula. Tapi, bas masih tak muncul-muncul.” Laju Tiya bersuara. Aku sudah dapat tahu apa yang akan Zyan lakukan nanti. Ah, aku tidak mahu lagi dia membantu kami agar menghantar kami ke majlis tersebut. Cukup la untuk semalam. Kenapa la hari-hari dia muncul.
"Oh, don't worry gais. Jom, saya hantarkan.”
Ah, aku dah agak! Ni semua salah Tiya. Tipu-tipu lah sikit cakap nak ke kelas. Uh, aku tidak mahu lagi bertemu dengan dia, tetapi dia pula boleh muncul bila-bila masa.
"Betul ke ni, Zyan? Tak menyusahkan kau ke?” Soal Tiya. Sebaliknya aku tahu dia suka. Suka kerana dapat mengusik aku lagi.
"Yes, sure. Tak menyusahkan pun."
"Eh, tak payah la. Dekat aje tempat tu. Bukannya jauh pun. Tak perlu hantarkan kami. Biar kami naik bas aje.” Tolakku. Sejujurnya, aku tidak mahu lagi dia menjadi driver kami walaupun dia bekerja sebagai orang upahan ayah. Ah, macam dah tak ada kerja lain.
"It's oky, Bella. Dekat ke jauh ke, saya sudi hantar.” Ujarnya sambil tersenyum manis. Terdiam terus aku saat ini. Otak ligat mencari alasan lain untuk menolak pelawaannya.
"Oh my god. Thank you...errr... Zyan.” Ucap Fiqah dengan sungguh gedik. Dia yang tak tahu malu terus melangkah masuk ke dalam kereta di tempat duduk di sebelah pemandu. Ah, bagus la dia duduk di situ. Aku tidak mahu lagi duduk di sebelah Zyan.
"Errr..." Zyan yang melihat Fiqah dengan selamba masuk ke dalam keretanya mula gagap. Aku senyum sinis.
"Thank you Zyan sudi hantar kami.” Terus aku melangkah masuk ke keretanya. Di kedudukan belakang. Huh, selamat.
Melihat Zyan pula sudah terkebil-kebil. Pasti dia mahu aku duduk dihadapan, tetapi Fiqah sudah duduk dihadapan. Aku patut berterima kasih pada Fiqah, tapi mungkin tak payah kut. Batalkan aje niat itu.
Sepanjang dalam perjalanan itu, semua terkebil-kebil memandang ke luar tingkap. Hanya Fiqah dan Zyan aje yang bersembang panjang. Amboi, baru aje kenal tapi kalau bersembang bagaikan sudah kenal lama.
Kini, kereta sudah berhenti betul-betul dihadapan sebuah dewan yang besar. Dah macam tempat pengantin pula. Siap ada tikar merah.
"Thank you Zyan sudi hantar I. Nanti kalau ada jodoh kita jumpa lagi ya.” Suara gedik daripada Fiqah. Aku melihat Tiya menjuling mata ke atas. Memang tekak saat ini rasa nak muntah hijau!
"Thanks Zyan sebab hantarkan kitaorang semua. Nanti saya bayar balik duit minyak kereta awak.” Acuh tak acuh aje aku bersuara. Terus aku melangkah keluar daripada kereta itu.
"No problem, Bella. Semua saya buat ni untuk awak. Lagipun, bahaya untuk korang semua perempuan ni jalan tempat macam ni.” Tanpa Zyan sedar aku menjulingkan mata ke atas. Macam la dia tahu tempat ni bahaya sangat. Dia pun pertama kali di sini tetapi melihat dia berjalan di tempat sini dah macam dia pernah tinggal di sini pula. Zyan ada sesuatu perkara yang dia sembunyikan daripada aku ke?
********
Masing-masing mengambil tempat. Mengisi perut dahulu sebelum majlis penyampaian anugerah untuk peserta-peserta gymnastik bermula. Aku tak rasa aku menang. Mungkin Tiya atau peserta yang lain di dalam kumpulan ini akan menang.
Pagi ini aku hanya makan roti sandwich dan air coffee. Hanya itu sahaja makanan untuk aku mengisi perut pada pagi ini. Entah la, selera makan aku kali ini semakin lama semakin kurang. Tak lalu nak makan.
"So, we will start the ceremony. Surely the lucky participants were nervous, right?” Ujar Miss Sofia pengacara majlis tersebut. Semua sudah tersengih-sengih. Pasti lah kami semua sedang gementar. Kalau ada rezeki, dapat la. Kalau tak dapat, redha aje la.
"The first participant to win fifth place falls to....”
Ah, suka sangat buat kami berdebar-debar. Aku masih bersabar menunggu. Rasa gementar pun ada walaupun aku dah rasakan yang aku tidak akan menang.
"Evelyn Maria!”
Ya, gadis yang berasal dari Italy itu memenangi tempat kelima. Lebar senyumannya berjalan naik ke atas pentas mengambil hadiah yang akan dimiliki olehnya. Ah, bertuah dia.
"Congratulations, Evelyn. So, for the fourth place to be won is....”
Masih berdebar-debar.
"Amelia Henderson!”
Semua menepuk tangan. Tahniah kepada pemenang. Semua terjerit-jerit gembira. Ah, ada sesiapa yang suka dia ke? Melihat lelaki yang turut ada di sini semua sudah berbisik-bisik pada kawannya sambil tersengih-sengih memandang gadis itu. Biasa la, gadis yang berasal dari Italy ini semuanya cantik-cantik. Ini semua ciptaan daripada Tuhan.
"Harap sangat kali ini kau menang.” Bisik Tiya. Aku ketawa kecil sambil menggeleng kepala. Tidak akan punya.
"Hanya mampu berangan.” Bisikku kembali pada Tiya. Makcik Kiyah itu pula yang melepaskan ketawa.
"Third place certificate along with chocolate flowers will be owned by....”
"Nurul Huda!”
Terkejut aku apabila nama rakan kumpulan kami jadi pemenang di tempat ketiga. Wah, aku sebagai ketua kumpulan mereka gembira. Walaupun aku tidak menang, tapi aku gembira kerana ada juga yang menang di dalam kumpulan ini.
Mahu tergelak pun ada kerana Miss Sofia sedikit pelat menyebut nama Nurul. Miss Sofia berasal dari Italy, jadi untuk dia sebut nama kami yang berasal dari Malaysia ni, agak tergagap-gagap sedikit. Tiya sudah mengetap bibir menahan tawa. Minah tu tak boleh buat lawak sikit, nanti dia ketawa tidak ingat dunia.
"So....Surely you are all pounding wanting to know the winner who will be in second place.”
Ya. Memang aku berdebar pun. Sambungku di dalam hati. Jantung dah dup dap dup dap. Bibirku ketap rapat-rapat.
"The second place which will be owned by the winner's certificate and also a beautiful chocolate flower will be owned by Syafiqah Diana!”
Tersentak aku apabila nama si minah gedik itu disebut menjadi pemenang dalam pertandingan gymnastik. Ah, kenapa dia boleh menang? Kenapa tak Puteri atau Tiya? Senang cerita, kenapa tidak aku? Isy, aku tak puas hati!
Lebar betul senyuman minah toksik tu. Perlahan-lahan dia berjalan naik ke atas pentas. Mengambil sijil pemenang tempat kedua serta sejambak bunga coklat. Ah, untungnya dia. Aku harap sangat-sangat tempat pertama orang yang bertuah itu ialah Tiya.
Dia apa kurangnya? Semua acara gymnastics dia pandai. Kalau dia tak pandai dalam acara gymnastics ni semua pasti la dia tidak terpilih dalam pertandingan ini.
"And, for the last contestant who will have the champion in first place will also have a certificate of first place winner, very beautiful chocolate flowers and also a large doll. Lucky the winner. He is....”
"BELLA BRIANNA!”
Tepukan gemuruh di dalam dewan itu untuk bernama Bella Brianna. Untungkan wanita itu? Ya, untung dan bertuah. Eh jap. Bella Brianna itu ialah aku. Ya, aku Bella Brianna. Terlopong luas aku saat ini. Cepat-cepat aku tutup mulut. Terkejut. Sumpah terkejut!
"Bella, kau menang la!” Jerit Tiya gembira. Hujung mataku sudah mula berair. Aku betul-betul tak sangka yang aku menang.
Cepat-cepat aku bangun lalu berjalan naik ke atas pentas tersebut mengambil hadiah yang sedang menanti.
Sewaktu aku berjalan dihadapan pentas, dapat aku melihat seorang lelaki yang berpakai suit hitam kemas dan berkaca mata hitam. Sebelah dia pula seperti aku kenal lelaki itu. Seperti......
Ah, aku tidak mahu menekan siapa lelaki itu. Dia yang perasan aku memandangnya, terkebil-kebil mengalihkan pandangan. Malas nak berfikir panjang, cepat-cepat aku berjalan naik ke atas pentas tersebut.
Menyalami tuan pengerusi majlis tersebut lalu sijil dihulurkan padaku. Perlahan-lahan aku menyambutnya lalu kami bersama-sama mengambil gambar. Ah, orang yang bertuah dapat tempat pertama itu ialah aku.
BELLA BRIANNA!
********
Gembiranya dapat hadiah dan tak sangka aku menang dapat tempat pertama dalam pertandingan gymnastic. Lebar-lebar senyumanku. Sumpah aku terkejut sangat-sangat nama aku disebut. Aku ingatkan aku kalah dan balik dalam keadaan sedikit kecewa tiada apa-apa yang aku dapat. Tetapi kali ini aku betul-betul tidak sangka yang aku berjaya memenangi tempat pertama.
"Wow, untung la menang. By the way, congrats Bella!” Ucap Tiya sewaktu kami dalam perjalanan berjalan keluar daripada dewan itu setelah selesai majlis tersebut.
"Hahaha. Sumpah aku tak sangka aku menang. Apa-apa pun, alhamdulillah. Syukur pada Tuhan. Kau jangan lah sedih-sedih. Nanti kita kongsi sikit-sikit ya bunga coklat ni. Tapi....”
Teddy bear yang sederhana besar yang berada di dalam pelukan Tiya aku capai.
"Teddy bear ni aku punya! Kau tak boleh ambil.” Erat-erat aku peluk teddy bear yang berwarna putih itu. Bulunya lembut. Sedap jika bawa tidur ni. Saiz nya tidak besar tidak kecil. Sederhana besar.
"It's oky. Janji semua coklat ni aku punya!” Bunga coklat yang berada di dalam genggamanku itu dicapai oleh Tiya. Dia kalau bab-bab coklat ni memang dia suka. Aku kurang makan coklat dan tidak menyukai coklat. Aku hanya membiarkan aje. Memang nak bagi Tiya pun. Kasihan dia. Tak akan nak bagi tengok aje.
Kami bersama-sama berjalan keluar daripada dewan besar ini apabila sudah selesai tamat majlis penyampaian anugerah tersebut. Nurul, Puteri dan Fiqah sudah berada di luar dewan besar itu.
Sambil berjalan, sempat aku memandang sijil yang berada di dalam genggamanku. Sebelah tangan lagi memeluk teddy bear itu. Gembira!
Sampai aje di luar dewan. Kereta lalu-lalang dihadapan kami. Angin masih sejuk mencium kulit wajahku. Melihat mereka bertiga sedang menunggu bas. Perlahan-lahan kami berjalan mendapatkan mereka. Tetapi....
"ARGH!”
Aku hampir sahaja terjatuh mencium tanah yang sedikit sembab kerana pagi tadi hujan renyai. Tetapi sekarang hanya sejuk tidak hujan lagi. Semua benda yang aku pegang terbang entah ke mana.
Erat-erat aku pejam mata. Pasti aku akan terjatuh dan orang yang lalu-lalang akan pandang wajah aku yang sudah comot dengan tanah yang sembab. Eee! Gelinya!
Tapi...
"Stai bene?”
Telan liur aku apabila tubuhku disambut oleh seseorang. Bukan Zyan dan bukan siapa-siapa. Aku tidak kenal siapa lelaki ini. Wajahnya lama aku renung. Kami saling berpandangan. Tetapi tidak dapat aku melihat matanya kerana dia memakai kaca mata hitamnya.
Macam aku kenal lelaki ini. Bukan ke dia yang duduk dihadapan pentas tadi? Yang ala-ala VVIP tu? Nampak gaya macam bos besar. Aku yakin dia orang berasal dari Italy. Buatkan aku sedikit kalut apabila dia bersuara dalam bahasa Italy. Sumpah aku tidak faham satu apa pun kata-katanya itu.
Aku sedikit terkaku. Mata tidak dapat dilarikan lagi. Mata aku saat ini gatal sangat nak tengok wajahnya. Tapi masih tidak puas hati kerana aku mahu melihat wajahnya dengan jelas tanpa kaca mata hitamnya.
"So...Sorry.” Tergagap-gagap aku bersuara sebaliknya aku langsung tidak tahu siapa yang salah. Yang aku tahu, tubuhku yang dilanggar oleh seseorang. Ah, aku salah! Cuai sangat. Sibuk nak tengok sijil tu akhirnya terlanggar dengan seseorang. Padan muka kau, Bella.
Tubuhku masih kaku. Lidah kelu untuk aku ungkapkan kata-kata seterusnya. Aku melihat dia membuka kaca mata hitamnya lalu kembali merenung anak mataku dalam-dalam. Terpukau melihat matanya saat ini. Biru! Cantik! Melihat bibirnya sedikit ternaik. Senyuman senget tetapi kelihatan seperti senyuman sinis.
"It's okey, tesoro.”
Aku masih terpukau melihat wajahnya. Tapi, aku tidak boleh melarikan pandangan kerana mataku masih kuat mahu merenung anak mata birunya.
Tapi, adakah ini realiti? Adakah ini kenyataan? Dan bukan mimpi?
Kerana lelaki yang muncul dalam mimpi aku ini ialah...
Lelaki ini!
Setiap inci wajahnya sangat mirip dengan lelaki yang muncul di dalam mimpiku. Dan, matanya!
Biru!
Sangat-sangat mirip!
Hai assalamualaikum gais! Sorry lambat update... InsyaAllah kalau tiada halangan esok author akan update lagi...and lagi satu, author nak bagitahu dekat korang...kalau author dah siap edit novel 'MR.ARAYYAN MIKAEL series 1' author akan publish semula...kerana itu kisah abang kepada Chris Martinez...so apa2 stay tuned gais! Bye <333
Share this novel