Sekarang baru lah aku tahu nama sebenarnya lelaki gila itu. Ah, nama cantik tetapi tak secantik seperti hati tuan punya nama itu. Busuk!
Tengok nama dia memang benar dia orang sini, tetapi membuatkan aku kagum dengan dia kerana dia fasih dengan berbahasa Melayu. Ah, pandainya dia. Sikit pun tidak pelat atau gagap apabila dia bercakap dalam bahasa Melayu. Mungkin dia pernah belajar di Malaysia.
"Bella!” Panggil Tiya dalam nada berbisik. Aku tahu, Tiya juga turut terkejut dengan kemunculan lelaki gila itu secara tiba-tiba.
"Lelaki tu kan yang kau tak puas hati dengan dia?” Soal Tiya masih dalam nada berbisik. Aku masih menunduk. Tidak mahu bagi lelaki itu perasan wajah aku dan Tiya.
"Iya. Aku tahu, tu memang dia! Aku tak nak dia perasan muka aku. Haih, macam mana lah dia boleh ganti tempat guru kita ya? Sakit betul hati aku.” Kataku dalam nada berbisik pada Tiya.
"Haih, macam ada sesuatu yang tak kena la.” Tiya mula meramal sesuatu perkara mengarut. Dia kalau bab-bab berangan nombor satu.
"Hah? Sesuatu yang tak kena? Apa?” Soalku tidak faham. Blur. Melihat Tiya sengih nakal lagi bertambah blur aku saat ini.
"Arwah mak aku pernah cakap, kalau kita terserempak tanpa sengaja dengan orang yang kita benci sebanyak tiga kali, boleh dikatakan kau ada jodoh dengan lelaki yang kau tak puas hati tu.” Ujar Tiya sambil senyum mengusik. Membulat mataku. Terkejut. Tiya sudah ketawa kecil.
"Isy, kau ni jangan bagi aku takut boleh, tak? Lelaki tu jodoh aku? Memang tak la!” Lengan Tiya aku pukul. Geram. Dia masih ketawa.
"Hei, kamu berdua tu kenapa? Apa yang lawak? Ada apa-apa yang boleh Miss bantu?”
Suara itu daripada Miss Liya membuatkan aku dan Tiya tersentak. Kami berdua terdiam seketika. Aku mengangkat wajah memandang Miss Liya. Tetapi, aku lupa yang lelaki itu masih ada dihadapan disebelah Miss Liya.
Tanpa sengaja, kami berdua sudah bertentangan mata. Aku terkaku seketika menatap wajah kacaknya dan mata birunya. Ah, apa aku nak buat ni? Teguk liur seketika. Mencari jalan untuk pergi daripada sini. Melihat lelaki itu merenung tajam ke arahku. Aku yakin, dia kenal aku!
"Err...Miss, please let me go to the toilet.” Aku mula bersuara, kepala kembali ditunduk ke bawah. Aku tiada kekuatan untuk membalas lagi renungan tajam lelaki itu.
"Err..oky.” Nak tak nak aje Miss nak lepaskan aku. Tidak peduli tentang itu, janji Miss izinkan aku pergi dan terus aku berjalan keluar daripada studio ini.
"I want to go now.” Sebelum aku melangkah keluar daripada pintu studio itu, dapat aku dengar suara lelaki itu bercakap pada Miss Liya. Terkejut juga apabila dia nak keluar juga. Aku yakin dia nak ikut aku.
Aku percepatkan langkah berjalan keluar dari studio itu. Dapat kudengar suara tapak kasut melangkah mengikuti jejak langkahku. Makin berdebar-debar saat ini jantung yang dah berdetak laju.
Sedikit lagi aku mahu melangkah masuk ke dalam tandas wanita, dengan cekap lenganku sudah dicengkam kuat oleh seseorang. Ditarik sehingga tubuhku bersandar pada dinding. Ah, gagal untuk aku menyelamatkan diri daripada lelaki ini!
Tajam dia renung anak mataku dalam-dalam membuatkan jantung aku makin laju, laju dan laju saat ini. Nafas naik turun. Berkali-kali aku menelan liur apabila perasan jarak kami sudah dekat.
"You! Strange girl!” Terkejut aku mendengar kata-katanya itu. Ah, mamat ni memang nak cari gaduh dengan aku ke? Dia tak tahu ke yang aku ni bekas taekwondo. Jangan sampai dia jadi arwah hari ni.
"Awak! Lelaki gila!” Aku yakin dia sakit hati. Padan muka! Terkena balik.
Wajah lelaki dingin itu berubah. Aku yakin dia faham bahasa Melayu. Senyuman sinis terukir di bibirku. Wajahnya bertukar marah, lagi tajam dia renung anak mataku saat ini membuatkan aku takut untuk memandangnya. Ah, dia guna sihir apa ni? Sampaikan aku takut nak tengok renungan tajam dia tu. Amboi, sengaja nak kenakan aku ya mamat ni!
"Awak buat apa kat sini? Sesat?” Soalnya. Aku masih bersahaja. Tidak mahu menunjukkan yang aku takut padanya.
"Sebelum tu, awak jarak ke belakang sikit boleh tak? Saya tak suka lah kita dalam keadaan macam ni.” Perlahan-lahan aku berganjak sedikit ke tepi. Lelaki itu pula yang senyum sinis.
"Kalau saya tak nak?” Cabarnya sungguh buat hati aku panas. Dengan itu, dia semakin dekat, dekat dan dekat padaku membuatkan aku rasa gelabah tak tentu arah. Cepat-cepat aku berganjak ke tepi. Tidak mahu terperangkap dalam posisi begitu lagi.
Kini, baru lah selesa sedikit. Aku memeluk tubuh sambil membalas renungannya. Tajam.
"Saya yang sepatutnya tanya awak buat apa dekat sini?” Aku pula yang membalas soalan padanya. Dia ketawa kecil.
"Ini tempat saya. Bila-bila masa sahaja saya boleh datang ke sini. Kenapa? Ini tempat bapak awak ke?” Sinis dia berkata. Amboi, berlagaknya. Entah-entah dia sengaja cakap macam tu sedangkan ini bukan tempat dia.
"So, what are you doing here?” Soalnya dengan renungan tajam.
"Err...Saya...Saya berlatih di sini.” Jawabku ringkas berharap dia faham.
"Oh, awak lah yang terpilih dalam pertandingan tu?” Soalannya aku hanya membalas dengan anggukkan kepala.
Dapat kulihat dia senyum sinis. Tidak menunggu lama, aku pula yang menyoalnya. "Awak pula buat apa dekat sini? Sesuka hati aje masuk dekat sini lepastu mengaku yang awak tu guru ganti Miss Paul. Entah-entah awak tipu dan awak nak balas dendam dekat saya sebab tak puas hati!” Aku jeling tajam ke arahnya.
"Yes. Saya guru ganti di sini dan saya tak sangka dapat bertemu dengan awak lagi. Dengan itu, saya memang nak balas dendam dengan awak. Saya tak puas hati lagi dengan awak!” Tajam kata-katanya tetapi sedikit pun aku tidak takut. Malah aku berani melawannya.
"Wow, tak sangka ya kita dapat berjumpa lagi. Kali ini, saya tak akan lepaskan awak!” Ujarnya dalam selit kata-kata amaran keras padaku.
"Hei, ingat saya takut ke dengan awak?!” Aku cuba memberanikan diri walaupun hati dah mula gelisah takut dengan renungan tajamnya itu dan senyuman sinisnya. Dia berjalan dekatiku membuatkan aku kembali bersandar pada dinding.
Mata kami bertentangan membuatkan jantung aku kembali tidak aman. Telan liur berkali-kali. Mencuba menenangkan hati yang sudah takut dengan renungan tajamnya.
"Kalau awak tak takut dekat saya, kenapa tadi bila awak nampak saya awak lari?” Soalnya dengan nada sinis. Senyuman senget terukir di bibirnya.
Rasa saat ini nak aje aku ketuk-ketuk kepala di dinding. Rasa bodoh pulak dah cakap begitu padanya. Ah, lelaki ini memang sengaja nak balas dendam dengan aku sebab tidak puas hati lagi terhadapku!
Tapi, buatkan hati aku tenang apabila kembali muncul mimpi yang aku bersama lelaki itu. Begini lah rupa lelaki yang muncul di dalam mimpiku. Tenang dan bahagia saat bersamanya. Juga turut sama apabila aku bersama lelaki dihadapanku ini. Adakah benar kata-kata Tiya tadi?
Ah, kau gila ke apa Bella? Dia bukan suka kau pun. Aku? Lagilah tak suka! Dia masih berhutang dengan aku. Lelaki yang tak bertanggungjawab!
Tersentak kami berdua apabila terdengar ada seseorang ketawa kecil. Cepat-cepat aku melarikan pandangan memandang tawa seseorang itu.
Miss Lynda. Wajahnya jelas terkejut tetapi terselit riak wajah gembira. Lebar senyumannya. Ah, malunya aku apabila dia melihat kami berdua dalam keadaan begini. Bagaikan mahu bercium pula. Lelaki ni pun satu, sengaja buat macam tu nak kenakan aku!
"Oops! Sorry if I bothered you two were making love.” Ujar Miss Lynda guru ballet kami yang turut sengaja mahu mengusik aku. Dia terus berlalu pergi dengan senyuman. Tetapi aku yakin, dia pasti menganggap aku dan lelaki gila dihadapanku ini sedang bercinta sedangkan kami bermusuh. Ah, malunya!
"Isy, awak ni memang sengajakan buat macam tu sebab nak kenakan saya!” Marahku cepat-cepat menjauhkan diri daripadanya. Lelaki itu hanya senyum sinis.
"Macam saya cakap tadi, saya tak akan lepaskan awak!” Amaran keras. Mampu buat lutut aku menggigil takut.
Terus aku berjalan pergi. Buat lah dia yang sekarang tidak waras menyentuh aku bagaimana? Senang cerita, melihat dia memang dia bukan islam. Dapat aku lihat di lengannya ada corak tattoo yang tidak dapat aku ungkapkan. Banyak juga coraknya.
Takut pun ada saat ini jika aku merenung anak matanya yang begitu tajam itu. Bertambah lagi dengan kata-kata amaran keras nya itu membuatkan aku tidak senang duduk. Aku yakin, dia bukan calang-calang orang. Benar kata Tiya, dia bukan orang biasa-biasa.
*********
"Betul kan lelaki itu lah yang kau tak puas hati tu.” Tiya mula bersuara. Setelah selesai kami berlatih untuk gymnastics dan merenggangkan otot kini waktu untuk berehat pula. Setelah itu, kami perlu berlatih menari ballet pula. Aku harap sangat aku tidak berjumpa lagi dengan lelaki itu.
Terasa susah untuk aku menelan roti yang berada di dalam mulut. Susah untuk terima apabila dapat tahu yang lelaki itu akan jadi guru ganti Miss Paul sehingga pertandingan itu bermula.
"Ya. Memang dia. Aku tak salah orang.” Gumamku perlahan terselit kecewa. Ah, kecewa lah sebab dia muncul secara tiba-tiba dan menjadi guru ganti di sini. Terkejut juga yang dia ialah seorang bekas gymnastics dan ballet. Wow, menarik.
Tapi, buatkan aku lagi bertambah terkejut apabila tubuh aku saat ini berasa lega. Tidak lagi seperti tadi yang sungguh lemah. Panas dan mula selsema. Demam aku pun dah hilang entah ke mana. Kenapa ya? Aku bukannya makan ubat pun tadi. Haih, pelik!
"Ni, tadi kau kata kau demam. Aku tengok tadi kau buat gymnastik oky aje. Kau makan ubat ke?” Soal Tiya bagaikan sudah tahu apa yang aku sedang fikirkan tadi.
"Entah la. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh sihat. Alhamdulillah, daripada aku lemah tak berdaya susah nanti tak boleh nak buat apa-apa. Terpaksa lah aku baring dan tidur aje. Tapi, sekarang aku dah sihat. Kau jangan risau lah.” Air susu perlahan-lahan aku teguk. Melihat semua sedang mengisi perut. Masih baru pukul 12 tengah hari. Kami hanya makan remeh-remeh aje. Tidak selera mahu makan makanan berat. Tenaga dah cukup di dalam badan.
"Ke sebab dah dapat jumpa dengan lelaki tu? Sebab itu lah kau sihat?” Usik Tiya lagi sambil ketawa kecil. Aku sedikit tergamam. Sudah lah Tiya cakap kuat-kuat. Nasib baik lah kumpulan yang berlatih bersama-sama kumpulan kami itu berasal dari luar negara. Nasib baik lah mereka tidak faham apa yang Tiya cakap. Kalau tak, mahu berbahang wajah aku.
Tapi aku yakin. Akan ada seseorang yang mendengar kata-kata Tiya itu.
Fiqah!
Gadis itu menjeling ke arahku. Apabila aku perasan, dia terus melarikan pandangannya lalu berjalan pergi. Huh, minah tu pun satu. Tak habis-habis lagi nak berdendam dengan aku. Aku cuba berdamai dengan dia, tetapi dia tidak mahu. Hm... Lepas satu-satu masalah muncul. Fiqah lagi, lelaki gila tu lagi dan...
Zyan!
Ya, lama dah tak nampak dia. Ke mana ya dia pergi. Dia kan dah janji nak jagakan aku di sini. Tapi, aku juga salah kerana telah berkata kasar padanya yang aku menolak dia untuk menjaga aku di sini. Tu lah kau ni Bella, lelaki tu baik nak jagakan kau di sini tapi kau marah dia pulak. Haih...
Pening kepala otak aku ni hendak difikirkan satu-satu perkara. Memohon pada Allah agar jumpa jalan penyelesaiannya.
"Isy, kau boleh tak cakap tu perlahan sikit. Nanti kalau orang lain yang faham bahasa Melayu dengar macam mana? Mana lah tahu lelaki tu terdengar macam mana? Kau pun tahu kan yang dia faham bahasa Melayu.” Marahku pada Tiya dalam nada berbisik. Tiya ketawa kecil. Masih ketawa mengusik.
"Yelah, yelah. Sorry. Tapi kan, aku tengok lelaki tu kalau nak sama kan dengan kau ni macam sempadan lah. Setaraf. Secocok. Huh, kalau jadi pasangan suami isteri ni mesti sweet kan.” Satu pukulan lagi hinggap di lengan Tiya. Berangan merepek aje dia tahu. Kalau berangan benda yang elok sikit tak apa la.
"Kau ni kan!” Dia masih tidak henti-henti ketawa.
"Demam? Siapa yang demam?”
Suara itu membuatkan aku dan Tiya terdiam terkaku. Tiya hanya buat muka tidak bersalah dan meneruskan makan makanannya yang sudah tinggal sisa. Aku tidak selera untuk makan lagi dan hanya meneguk susu. Tetapi, tidak selera juga kerana telah muncul orang ketiga di sini. Huh...Sibuk aje!
Tanpa segan-silu dia terus melabuhkan duduk di sebelah aku. Betul-betul di sebelah aku. Perlahan-lahan aku berganjak sedikit jarak kami yang sudah dekat itu. Tiya yang berada dihadapanku hanya menahan senyum. Senyuman mengusik. Cis, geramnya aku dengan makcik Kiyah ni!
"Awak nak apa?” Agak kasar sedikit kata-kataku itu. Tetapi, aku tidak kesah pun. Dia guru ke apa ke, aku tidak kesah. Aku masih tidak puas hati lagi dengan dia.
"Tadi saya dengar ada orang tu demam. Bila saya muncul secara tiba-tiba, dia sihat. Mungkin saya pengubatnya.” Ujar lelaki itu sambil menoleh memandang ke arahku. Tetapi aku tidak membalas pandangannya. Bibir diketap geram. Aku dah agak dah, pasti ada orang dengar. Ini semua salah Tiya. Dia cakap tu kalau boleh satu kantin ni boleh dengar suara dia yang kuat tu.
Aku memberanikan diri menoleh memandangnya. Senyum sinis terukir di bibirnya. Hanya jelingan tajam aku membalas kepadanya.
"Saya makan ubat. Jangan perasan lah yang awak tu pengubat saya.”
"Ingat, saya tak akan lepaskan awak. Jangan ingat awak selamat. Awak masih berhutang dengan saya!” Tajam aku merenung anak mata birunya. Dia hanya ketawa kecil.
"Yakin? Jangan sampai saya yang tak akan lepaskan awak.” Dia mengeyitkan mata sebelahnya sambil tersenyum sinis. Mengusik!
Dia terus berlalu pergi. Puas hati gamaknya kerana telah buat aku sakit hati. Ergh! Aku memang tak akan lepaskan kau. Jadi, kau akan ganti guru di sini tunggu lah apa nasib yang kau akan timpa. Hihihi, senang sikit kerja aku lepas ini. Jangan main-main dengan Bella Brianna!
"Oi!” Terkejut aku dengan sergahan Tiya. Terkebil-kebil aku memandang gadis itu yang berada dihadapanku. Melihat lelaki itu sudah pergi. Ah, bagus lah dia sudah pergi.
"Kau tak rasa ke yang lelaki tu cakap macam ada sesuatu perkara yang dia nak balas dendam pada kau. Isy, Bella. Kau jangan berani sangat. Aku takut lah kalau dia buat apa-apa dekat kau. Lelaki dekat sini bukan boleh percaya. Mana lah tahu dia jual kau ke, dia culik kau ke, dia rogol kau ke. Hah, kena fikir semua tu, Bella oi.” Bebel Tiya yang dah ala-ala gaya bercakap seperti mak nenek makcik Kiyah. Aku hanya melepaskan pandangan ke tempat lain.
"Ah, aku tak kesah semua tu. Kalau dia sentuh aku, tahu-tahu lah dia akan dapat makan penumbuk aku. Kau jangan risau Tiya. Aku dah besar, insyaAllah aku boleh jaga diri sendiri. Aku belum habis lagi dengan mamat tu. Aku tetap nak dia ganti semula barang aku. Disebabkan dia dah dekat dengan aku sekarang ni, senang lah sikit kerja aku lepasni.” Senyuman jahat terukir di bibir. Wajah Tiya sudah berubah.
"Kerja? Kerja apa? Kau nak kenakan lelaki tu ke?” Soal Tiya. Lantas jari telunjuk naik ke bibir. Haih, Tiya ni kalau bercakap tu kuat sangat sampaikan tak tengok kiri kanan.
"Kau akan tahu nanti.” Senyum jahat.
**********
"For group one and group two. I want you all to do a spinning ballet in turns. And, I will note who is the best in ballet spinning.” Bergema suara lelaki itu di dalam studio ballet ini. Tak sangka dia pula yang akan mengajar kami ballet. Tadi Miss Liya yang mengajar kami gymnastik. Sekarang dia pula? Haih, kenapa lah dia? Kenapa tak orang lain?
Aku mengeluh seketika. Otak tersangkut seketika apabila aku cuba mengingati nama lelaki itu tetapi aku lupa. Ah, macam mana boleh lupa Bella oi! Sekarang nak panggil dia apa? Encik? Tuan? Ah, macam tak kena pula. Dia guru aku, mesti lah kena hormat. Kalau peserta lain dengar aku memanggilnya 'awak saya' pasti mereka ingat lain. Huh...
Malas-malas aku mencapai kasut ballet lalu disarung ke kaki. Sebelum itu, aku akan memakai dahulu plaster di jari-jari kaki yang sudah terluka tetapi darahnya sudah kering. Kemudian, aku menyarungkan pula stoking ballet dan akhir sekali aku menyarungkan kasut ballet.
Tadi dah semangat nak berlatih ballet, apabila melihat lelaki itu muncul, semangat nak berlatih itu hilang entah ke mana. Hmm..
"So, I want group this start dance ballet spinning.” Lelaki itu bersuara sambil memegang satu fail dan pen. Mahu mencatat sesuatu. Kumpulan peserta ballet yang berasal dari US itu berpakaian dress ballet. Cantik. Rambut mereka semua diikat tinggi. Pakaian dress mereka berwarna putih. Semuanya cantik-cantik.
Tetapi untuk kumpulan kami pula, dress yang kami pakai ialah dress ballet muslimah. Dress labuh sehingga paras betis. Kami juga memakai seluar berwarna hitam menutup seluruh kaki sehingga hujung jari kaki. Seluar ini sangat bagus. Panjang dan menutup seluruh kaki agar tidak terdedah. Dress labuh dan lengan panjang. Dress kami berwarna hitam dan kami juga memakai tudung berwarna hitam. Tudung sarung yang pendek paras dada. Tidak labuh. Jadi, senang sedikit untuk kami melakukan pergerakan posisi menari ballet nanti.
Janji menutup aurat. Itu sudah bagus!
"Good!”
Kumpulan mereka sudah selesai membuat pergerakan ballet spinning. Wow, semuanya bagus-bagus. Rasa macam diri ini rendah pula. Aku bukannya power sangat pun dalam bab-bab macam ni.
Teguk liur seketika. Dada dah berdebar apabila giliran kumpulan kami pula. Aku mengambil tempat di belakang. Tidak mahu di depan. Malu. Biar lah yang lain mula dahulu, aku mahu mula akhir-akhir sekali sambil mengumpul keberanian untuk bermula.
Giliran Nurul.
Lebar betul senyumannya. Dia pernah berkata, dia sangat minat dengan menari ballet. Jadi dia tidak mahu sia-siakan peluang yang dia ada. Ah, bagus nya gadis itu. Aku kagum dengannya.
"Wow, good! I like it.” Ucap lelaki itu sambil tersenyum senget. Tapi, bagi aku senyuman itu senyuman sinis. Tajam aku menjelingnya.
Nurul berjaya melakukan ballet spinning, berpusing lebih 10 kali. Wow, bagus! Aku suka melihat cara dia menari. Selesai giliran dia, kini giliran Puteri pula.
"Oky, perfect! But, when you spinning, you have to be careful to turn once with your feet. With that, you can fall. Try again. Anyway, there is good.” Ujar lelaki itu pada Puteri setelah gadis itu berjaya melakukan ballet spinning.
Kini giliran Tiya pula. Amboi, Tiya sengaja mengambil tempat dihadapan Fiqah. Katanya, mahu bagi Fiqah sakit hati. Tadi dia dan Fiqah sudah berebut-rebut mahu dihadapan. Aku menahan tawa. Lucu dengan Tiya yang suka sakitkan hati Fiqah. Tetapi, sebaliknya aku puas hati.
Aku tersenyum melihat pergerakan yang dilakukan oleh Tiya. Kawan baik aku, mestilah dia boleh buat. Azkiyah ni boss!
Melihat reaksi lelaki itu hanya memerhatikan pergerakan yang dilakukan oleh Tiya. Aku senyum senget. Bukan calang-calang orang tau kawan baik aku ni. Lelaki tu pun boleh terdiam.
"Oky, good. I like your movements.” Ujar lelaki itu pada Tiya setelah Tiya selesai melakukan pergerakannya. Tiya hanya senyum lalu mengangguk perlahan. Dia terus berlalu pergi untuk melakukan latihan seterusnya. Sempat dia memandang sekilas ke arahku sambil senyum mengusik. Haih, makcik Kiyah ni kalau tak usik aku tak sah!
Giliran Fiqah pula. Aduh, aku rasa makin berdebar-debar pula. Rasa nak aje lari daripada sini tetapi nasib malangnya aku terpandang lelaki itu. Kami bertentangan mata seketika membuatkan jantung aku makin hebat berdegup. Dia senyum sinis. Cepat-cepat aku melarikan pandangan daripadanya.
"Oky, good. I like your movements, but try again because there are a few mistakes. You can go there to do the next exercise.” Ujar lelaki itu pada Fiqah setelah selesai membuat pergerakannya. Lebar senyuman Fiqah pada lelaki itu sebelum melangkah pergi. Tahu lah lelaki tu handsome. Semua lelaki yang handsome dia nak try. Huh, stress aku!
"Oky, next!” Sumpah saat ini jantung aku bagaikan nak terkeluar. Melihat lelaki itu sedang membelek-belek fail tanpa memandang ke arahku. Telan liur seketika. Mengumpulkan kekuatan yang ada. Kaki tangan mula sejuk. Aku ketap bibir.
"Errr....” Ya Allah, macam mana nak buat ni? Kenapa aku boleh terlupa pula ni pergerakannya? Tadi bukan main berani, bila giliran terakhir untuk aku terus lupa cara-cara pergerakan ini. Aduh, otak. Tolong lah berfungsi sikit. Bila berhadapan dengan lelaki ini semua benda boleh lupa.
"Go!” Ucap lelaki itu tanpa memandang ke arahku. Sibuk membelek-belek fail yang dipegang.
"Errr...” Kuat-kuat aku ketap bibir. Rasa berdebar-debar lah pula.
"Why, darling? Go!” Tersentak aku dengan ucapannya itu. Lama dia memandangku. Aku pula yang terpukau dan terkaku di sini. Ya Allah, kenapa dengan aku ni? Bella, kau kena kuat. Lawan! Dia sengaja bagi ayat cair tu sebab dia sengaja nak kenakan kau. Uh, siap kau!
Dengan lutut yang sedikit menggeletar, perlahan-lahan aku membuka langkah lalu memulakan pergerakan dance ballet spinning. Rasa dada memang berdebar-debar sangat-sangat. Aku harap sangat aku boleh buat lebih daripada 10 kali. Tapi....
"ARGH!”
Lutut yang sudah menggeletar dan tidak bertahan lama, badan aku terus tidak seimbang. Aku yakin aku akan terjatuh. Rasanya baru sahaja 5 atau 6 kali aku berpusing tetapi kaki yang sudah tidak dapat bertahan akhirnya terseliuh lalu.....
BUK!
Erat-erat aku memejam mata. Tidak mahu membuka mata. Aku yakin lelaki itu pasti akan gelakkan aku sebab aku terjatuh macam orang tak pandai nak berjalan. Ah, malunya.
"Are you okay, tesoro?”
Perlahan-lahan aku membuka mata semula apabila terdengar suara itu. Makin membulat besar mataku, tersentak apabila lelaki itu yang menyambut tubuhku. Cekap betul dia menyambut tubuhku daripada terjatuh. Lama kami bertentangan membuatkan jantung aku saat ini berasa tidak aman. Teringat kembali mimpi pada malam semalam.
Satu-satu inci aku perhatikan wajah lelaki itu. Jujur, sangat-sangat mirip wajahnya. Matanya berwarna biru laut, keningnya terukir cantik dan lebat, bulu matanya lentik, pipinya sedikit merah jambu apabila kulitnya terkena angin yang dingin, bibirnya juga cantik terukir dan sedikit merah. Rambutnya coklat emas terlihat sedikit perang dan beberapa helai rambutnya di bahagian depan terjatuh di atas dahi bersihnya itu. Ya Allah, sempurnanya lelaki ini. Dan lelaki ini juga yang mirip wajahnya dengan lelaki yang muncul di dalam mimpiku. Hati tertanya-tanya, siapakah dia sebenarnya? Kenapa wajah ini selalu muncul di dalam mimpiku?
Telan liur aku seketika. "Err...” Aku yang sudah menyedari yang jarak kami berdua sangatlah dekat, cepat-cepat aku bangun lalu menjarakkan diri daripadanya. Haih, cuai lagi! Dah banyak kali aku terjatuh dan disambut oleh dia. Malunya!
"Err...Sorry.” Gumamku perlahan. Lelaki itu hanya senyum kecil. Dapat kulihat senyumannya membuatkan aku sedikit terpukau. Ini kali pertama aku melihat dia senyum. Tetapi hanya terukir sebaris cukup buat aku cair. Kacak.
"It's okay. Awak tak apa-apa ke?” Soalnya membuatkan kaki aku pula terasa berdenyut-denyut. Aduh, dia tanya begitu kaki aku pula yang sakit. Sakit kerana terseliuh tadi.
"Err...Okay.” Balasku ringkas. Senyum sebaris. Malu pun ada. Muka pun dah tebal dan berbahang.
"Next time, be careful. Try again to dance your ballet spinning.” Aku hanya mengangguk dengan arahannya dan terselit pesanan untuk aku.
"Thank you.” Ucapku perlahan. Lelaki itu hanya mengangguk.
Dia kembali menyemak fail yang berada di tangannya. Aku sedikit teragak-agak untuk melangkah kerana kaki sudah mula sakit dan berdenyut-denyut. Susah untuk berjalan takut nanti aku terjatuh sendiri kerana kaki terlalu sakit dan badan tidak dapat seimbang.
Ah, bagaimana ini?
Perlahan-lahan aku berjalan, kuatkan kaki sendiri. Sikit aje lagi dah nak sampai ke bilik persalinan. Aduh, jalan selangkah pun dah rasa terlalu sakit.
"Auch!” Terlepas juga jeritan kecilku membuatkan lelaki itu kembali mendapatkan aku.
"Are you okay? Kenapa ni? Nak pergi klinik tak?” Soalnya bertalu-talu. Aku masih menunduk memandang kaki yang sudah sakit. Selangkah pun dah tak boleh nak berjalan. Macam mana ni? Apa aku nak buat?
Bibir bawahku gigit. Menahan sakit.
"Tak apa. Sikit aje ni.”
"Sikit apa nya? Awak sampai tak boleh nak berjalan ni. Jom lah saya bawa awak ke klinik.” Tidak menunggu lama, dia terus dukung tubuhku. Di dukung tubuhku tanpa izin. Aku pula naik angin, tapi perasaan marah itu hilang terbang entah ke mana apabila melihat riak wajah lelaki itu benar-benar mahu membantu aku. Ah, baiknya dia!
Kaku terus seluruh tubuhku saat dia terus dukung aku dan membawa pergi dari studio ini. Aku pasti ramai yang memandang ke arah kami.
Ah, malunya!
*********
Tak sangka, aku yang dah duduk di sekolah ini hampir 3 minggu lebih langsung tidak tahu yang di sekolah besar ini mempunyai klinik khas untuk murid-murid ballet dan gymnastik. Bagusnya sekolah ini. Semuanya lengkap.
Perlahan-lahan lelaki itu menyapu ubat di kaki aku yang sedikit luka dengan menggunakan satu kapas. Kini dia mencapai pula minyak angin tetapi cepat-cepat aku menghalang. Tidak mahu dia menyentuh kaki aku. Sungguh aku tidak selesa.
"Tak apa. Biar saya buat sendiri.” Aku harap dia faham yang aku ini orang islam. Aku dah pakai tudung tutup semua ini tak akan lah dia tak tahu lagi yang aku ini islam. Harap dia faham dan hormat aku.
Perlahan-lahan aku meletakkan minyak tersebut di kaki dan di buku lali. Sakitnya yang teramat. Rasa lebam. Boleh dikatakan memang lebam kerana ada kesan biru sedikit hijau di buku lali aku. Ya Allah, sakitnya.
"Awak boleh berehat di rumah. Hari ini tak perlu lah nak teruskan berlatih. Nanti saya sampaikan maklumat awak ni pada Miss Liya.” Ujar lelaki itu yang berada dihadapanku. Aku diam tidak berkata apa-apa. Rasa hati ini memang nak berehat di rumah. Kaki ni sungguh rasa tidak boleh berjalan. Sakit sangat.
"Terima kasih...Err...” Aduh, lupa pula nama dia. Otak, tolong berfungsi sikit. Fikir, fikir dan fikir. Apa nama dia? Aku rasa tadi dia ada perkenalkan nama dia. Disebabkan aku yang tadi dah bercampur malu dan geram terhadapnya, terus aku berlalu pergi tidak mahu dengar apa-apa.
Lelaki itu hanya senyum senget.
"Mr.Chris.” Ucapnya.
Aku hanya mengangguk perlahan sambil mengukir senyuman sebaris. "Terima kasih, Mr.Chris.” Ucapku perlahan.
"It's okey, no problem. Apa-apa pun, awak kena berehat.” Aku hanya mengangguk. Tangan masih laju mengurut kaki yang terasa sakit itu.
"By the way, what is your name?” Soalnya sambil mengangkat kening sebelah. Telan liur untuk aku menjawab. Ah, buat apa nak takut bagitahu nama dekat dia. Dia kan guru gymnastik aku.
"Bella Brianna. Just call me Bella.” Jawabku tanpa memandangnya. Rasa serba salah pun ada kerana telah menyusahkan dia.
"Il suo nome è molto bello.” Gumamnya perlahan dapat kudengar kata-kata itu walaupun perlahan. Sedikit berkerut dahiku. Adakah itu bahasa Italy? Mungkin dia bercakap dalam bahasa Italy. Ah, pasti kutuk aku dalam bahasa Italy dia tu sebab nama aku tak kena dengan tuan punya nama. Huh!
Selesai meletakkan ubat, aku terus memakai kembali plaster lalu diletakkan di tempat luka dan aku terus menyarungkan stoking. Perlahan-lahan aku cuba berdiri, tetapi dipapah lagi oleh lelaki itu yang bernama Chris.
Mr.Chris.
"Jom, saya hantarkan awak balik.” Aku hanya menggeleng kepala. Tidak setuju untuk dia menghantarkan aku pulang. Sudah lah tadi aku menyusahkan dia. Ah, aku tak mahu terhutang budi padanya. Aku masih belum puas hati dengan dia. Sengaja nak ambil hati aku ke macam mana? Tengok gaya macam orang kaya, gantikan teddy bear aku pun tak boleh. Ingat teddy bear tu mahal sangat ke apa? Kalau kaya, pastilah dia akan ganti.
Kadang ada terselit tak puas hati dengan lelaki itu tetapi terselit juga rasa serba salah dengan lelaki itu kerana telah menyusahkannya dan telah mengotorkan bajunya pada tempoh hari lepas. Tak akan aku lupakan tentang itu. Kasihan dia.
"Tak perlu. Saya dah boleh jalan sikit-sikit ni. Biar saya balik sendiri aje.” Tolakku. Terus aku berjalan keluar daripada bilik klinik itu. Tidak mahu duduk berdua-duaan dengan dia lama-lama di dalam bilik itu. Nanti tak pasal-pasal orang lain ingat macam-macam tentang aku dan dia.
"Jangan degil! Dengar kata saya!” Amaran keras. Renungan tajam. Cukup buat aku terkaku dan jantung berdegup dengan sangat laju. Aku terdiam. Hanya akur. Tidak berani untuk membantah.
Terkejut aku melihat dia mengambil beg sukanku di dalam locker lalu dibawa padaku. Aik, bagaimana dia dapat kunci locker aku? Haih, bahaya betul dia ni. Sesuka hati dia aje ambil begitu sahaja tanpa izin aku.
"Jom.” Tidak peduli yang aku sedang marah padanya, langsung sahaja dia memapah kembali bahuku. Lenganku dipegang olehnya. Sumpah rasa agak kekok tetapi aku tahan. Kalau aku tolak ni tak pasal-pasal kena marah. Selamba sahaja dia pegang aku, nasib baik lah aku berpakaian lengan panjang. Huh...
"Rumah awak kat mana?” Soalnya setelah kami berdua sudah sampai di luar sekolah itu. Angin berdesir lembut. Aku hanya berpakaian dress labuh ballet sahaja. Malunya semua pandang ke arahku. Tak sempat nak tukar pakaian apabila lelaki itu mahu cepat-cepat menghantar aku pulang ke rumah. Menyuruh aku berehat di rumah. Haih, terpaksa menebalkan wajah hari ini apabila orang asyik memandang ke arahku.
"Errr...Rumah saya dekat sebelah ni aje. Apartment tu...” Aku menundingkan jari ke arah apartment yang berada di sebelah sekolah tempat aku berlatih ini.
"Oky, tunggu sekejap saya ambil kereta saya.”
"Eh, tak payah lah. Saya balik sendiri aje. Dekat je rumah saya tu.” Cepat-cepat aku menolak.
"Jangan degil!” Amaran keras bersama renungan tajam. Automatik mulut aku terkatup rapat. Lidah kelu untuk bersuara.
Diam.
*******
Sampai sahaja di lobi apartment, cepat-cepat aku menggalas beg sukanku dibahu. Mahu cepat-cepat keluar daripada kereta ini. Rasa canggung bersamanya dah tebal sangat-sangat. Malu!
"Terima kasih, err...Mr.Chris sudi hantarkan saya ke rumah.” Sedikit gagap untuk aku menyebut namanya. Baru aku tahu nama dia Chris. Dan dia juga merupakan guru ganti gymnastics dan ballet guru pada kami. Ah, nasib malang. Kenapa lah dia?!
"It's oky. Nanti saya maklumkan pada Miss Liya. Kaki awak tu kalau tak sembuh lagi esok tak perlu datang.” Ujarnya tetapi aku tidak setuju dengan kata-kata akhirnya itu.
"Eh, kaki saya ni sakit sikit aje. Esok elok lah ni. Nak tak nak, saya terpaksa juga datang esok. Saya tak nak ponteng kelas. Pertandingan tu tak lama lagi dah nak mula. Banyak benda lagi yang saya belum berlatih.” Tolakku. Tetapi melihat lelaki itu merenung ke arahku dengan sangat tajam.
"Jangan degil!” Aku diam tidak bersuara. Hanya akur. Aik, dah kenapa aku macam takut pada dia pulak ni? Sepatutnya aku yang perlu tegas dengan dia. Ah, nasib baik lah kau guru pelatih aku. Kalau tak, eee! Geramnya!
"Oky lah. Saya balik dulu. Thank you again, Mr.Chris.” Ucapku lalu melangkah keluar daripada keretanya. Melihat keretanya pasti ini kereta mahal. Pintu keretanya bukan buka seperti biasa, tetapi pintu keretanya saat dibuka automatik ternaik atas. Peh, pasti kereta mahal.
Terus aku melangkah masuk ke dalam apartment. Tetapi hati cukup berterima kasih pada lelaki yang bernama Chris itu. Walaupun mukanya nampak serius, ketat dan garang tetapi hatinya baik. Walaupun dia masih tidak gantikan barang aku, tetapi dia sudi membantu aku. Haih, macam mana ni? Perasaan aku saat ini terbahagi kepada dua. Masih marah padanya dan sedikit terhutang budi padanya.
Huh, jangan terjatuh cinta sudah! Ingat itu Bella! No love, no couple and no dating!
*********
"Dah lama juga lah tak nampak Zyan. Dia balik Malaysia ke, ayah?” Memang soalan itu tengah berlaga-laga di dalam kotak fikiranku. Masih tertanya-tanya ke mana lelaki itu pergi. Kalau tak, setiap hari dia muncul di depan apartment aku.
"Aik, kenapa kalau call ayah aje mesti tanya Zyan? Kenapa? Dah terjatuh cinta dekat dia ke? Rindu kat dia sebab dia lama menghilang?” Soal ayah bertalu-talu membuatkan aku sedikit tersentak. Haih, ayah sudah ingat lain pula. Aduh, aku tanya ayah macam aku ni rindukan Zyan pulak. Hmm....
"Bukan macam tu. Cuma Bella pelik. Selalunya dia setiap hari muncul depan apartment Bella. Sekarang dah jarang muncul. Boleh dikatakan dah masuk 3 hari Bella tak nampak dia. Bukan apa, Bella cuma risau dia di sini. Mana lah tahu dia kena culik ke. Sebab ini bukan negara Malaysia. Ini negara orang. Seperti yang dikatakan oleh ayah.” Panjang lebar aku jelaskan pada ayah berharap ayah faham dengan maksud yang hendak disampaikan.
Ayah hanya ketawa kecil. Tetapi ketawa sinis. Seperti mengejek aku. Hm, ayah memang gitu. Aku yang tengah serius ni boleh pula dia ketawa. Bila aku tengah ketawa atau buat lawak tak ada pula ayah ketawa. Hm, pelik!
"Dia lelaki kan, tak akan lah dia kena culik pulak. Dia lelaki, pandai-pandai lah dia jaga diri. Alahai, kamu jangan risau lah Bella. Dia sibuk sikit kut. Kamu jangan ingat dia kerja dengan ayah aje. Dia juga ada kerja di sana. Katanya, dia ada kerja tentang syarikat dia di sana. Ah, biar lah. Janji dia lindungi kamu dari jauh walaupun tidak jumpa. Ayah bukan apa, ayah upah Zyan ke sana untuk jagakan Bella dan ayah berharap sangat yang Bella dapat terima Zyan. Ayah memberi kamu berdua peluang untuk berbincang di sana. Ayah harap sangat kamu dapat terima Zyan sebagai suami kamu apabila kamu balik ke Malaysia nanti.” Ujar ayah panjang lebar dengan terselit nada suara memujuk aku.
Satu nafas dihela panjang. Sungguh rasa berat hati untuk menerima. Memang tak mahu terima pun. Aku dah cakap dekat Zyan dah pun yang aku hanya anggap dia kawan baik aku sahaja. Tak lebih pun daripada itu. Tidak kasar dan juga tidak tegas. Tenang aku menyampaikan kata-kata itu pada Zyan.
Melihat riak wajah Zyan pun pada hari itu berbelah bagi dan terselit kecewa yang masih tersimpan perasaannya padaku. Tak sangka yang dia pernah suka aku dari sekolah lagi. Aku tidak sempurna dan aku juga tidak secantik seperti wanita lain dan kenapa aku juga yang dia pilih untuk berkahwin dengannya. Aku tidak terima kerana dia hanya kawan baik aku.
Tak akan kekal hubungan itu jika salah seorang dalam pasangan tersebut langsung tidak ada perasaan pada pasangannya sendiri. Buat apa lagi nak dipaksa kalau tak suka? Memang dah tak setuju dan tak terima untuk jadikan dia suami dan pasangan sehidup semati di dalam hidup aku nanti.
Pandangan dilemparkan di luar jendela. Di luar hujan. Malam-malam pun hujan. Sejuk beku lah aku dan Tiya malam ini. Jaket tebal siap-siap sudah tersarung di tubuh setelah dapat tahu di luar hujan lebat.
Kini aku memandang pula pada kaki aku yang sudah semakin sembuh. Dah boleh jalan sikit-sikit. Tidak boleh lari. Aku mencuba membuatkan pergerakan menari ballet tadi, tetapi aku gagal. Kaki tetap sakit. Haih, bagaimana esok nanti ya? Aku tidak dapat ke kelas lah jawabnya. Hm, terpaksa lah dengar arahan daripada Mr.Chris tu. Huh, lelaki itu tak akan aku lepaskan dia. Aku akan pastikan dia setia di dalam kelas itu untuk menjadi guru ganti di kelas kami. Tengok la apa aku balas dekat dia nanti.
"Bella!”
Tersentak aku dengan suara ayah. Terkebil-kebil aku memandang wajah ayah yang jelas di skrin komputer itu. Aduh, dah berangan jauh pulak!
"Err...Ya, ayah. Errr...Maaf ayah. Line internet dekat sini tak seberapa kuat sebab dekat sini hujan.” Bohongku sengaja buat-buat line internet di sini tersangkut-sangkut. Aku tidak mahu ayah perasan yang wajah aku sedang memikirkan sesuatu. Nanti keadaan menjadi seperti soal siasat polis dengan jenayah pula. Ah, aku tidak mahu!
"Ayah tengok kamu daripada tadi termenung aje. Tengah fikirkan siapa tu? Teringat dekat Zyan ke?” Ayah ketawa kecil. Seronok pula aku melihat ayah ketawa. Mungkin bagi ayah, aku dan Zyan sudah berbaik dan aku mula jatuh cinta dengan Zyan sebaliknya aku sedang mencari jalan penyelesaian untuk berterus-terang pada ayah.
Ah, otak kusut!
Aku juga turut ketawa. Tawa yang dibuat-buat. Aku tidak mahu beri ayah harapan palsu. Melihat ayah sudah tersenyum lebar. Aku mahukan senyuman ini dihadiahkan padaku nanti. Bukan wajah kemarahannya apabila dapat tahu apa yang aku cakap pada Zyan tempoh hari lepas.
"Haih, kamu ni asyik duk fikirkan Zyan aje. Nanti ayah call dia tanya khabar dia ya. Kamu jangan risau.” Tersentak aku mendengarnya.
"Eh, err...ayah nak call Zyan buat apa? Tak payah lah ganggu dia. Mungkin dia sibuk. Lagipun, Bella ada call dia semalam. Dia kata dia sibuk sikit. Esok dia datang ambil Bella pergi ke kelas kalau dia ada masa lapang.” Cepat-cepat aku bersuara. Tidak mahu beri ayah hubungi Zyan semata-mata nak cakap aku rindu dekat dia. Ah, tak! Nanti Zyan ingat aku ni gila pula. Sekejap suka sekejap marah. Gila betul. Tetapi sebaliknya ayah langsung tidak tahu hubungan aku dengan Zyan ini bagaimana. Yang ayah sangka, aku dan Zyan sedang berbaik. Aduh, macam mana ni?
"Hah, ye la. Ayah nak ke rumah mak ngah kejap. Kamu di sana jaga diri. Kalau ada duit yang tak cukup bagitahu ayah. Nanti ayah transfer ke sana ya.” Ujar ayah.
"Oky, baik ayah.”
Setelah menamatkan talian, nafas panjang-panjang aku hela. Berat hati. Otak pula serabut memikirkan bagaimana aku nak terus-terang pada ayah. Kalau aku tipu, pasti ayah anggap aku sudah berbaik dengan Zyan.
"Hoi, tak sejuk ke?” Tiya terus melabuhkan duduk di kerusi berhadapan denganku. Tidak berani duduk di luar balkoni. Sejuk!
"Sejuk la.”
"Apa yang ayah kau cakap tadi? Aku dengar ayah kau tadi banyak gelak-gelak. Mesti dia dapat berita gembira kan. Apa yang kau sampaikan berita pada ayah kau sampaikan ayah kau gelak-gelak tu?” Soal Tiya ingin tahu. Dia menggosok kedua-dua tangannya. Sejuk gamaknya. Tetapi kami sudah biasa dengan sejuk ini.
"Hmmm...” Tiada mood pula untuk aku bersuara.
"Hmm? Itu aje?” Wajah Tiya sudah bertukar blur. Tertanya-tanya. Aku menahan tawa. Melihat wajah Tiya yang blur itu pun dah lawak entah apa lagi dia buat lawak malam-malam ni. Mahu sakit perut aku gelak.
"Ayah aku dah anggap aku dan Zyan sudah berbaik. Sebaliknya dia tak tahu yang aku ni dan Zyan hanya kawan baik. Aku dah luahkan pada Zyan yang aku tak suka dia, aku bersyukur juga sebab dia faham dan mengerti yang aku tak suka dia. Dia juga berusaha sedaya upaya untuk memadamkan perasaan sukanya terhadap aku. Sekarang ni otak aku tengah kusut mencari idea untuk terus-terang pada ayah aku.” Perlahan-lahan aku memicit-micit dahi yang sudah terasa berdenyut-denyut. Stress!
"Oh. Patut lah ayah kau gelak-gelak tadi rupa-rupanya dia salah sangka yang kau dan Zyan hanya kawan baik tapi dia dah anggap kau dan Zyan sudah berbaik dan mula bercinta.” Akhirnya! Mengerti pun si makcik Kiyah ni. Aku hanya melepaskan satu nafas berat.
"Wow, untung kau dapat kena dukung dengan Mr.Chris. Nasib baik bukan dengan Zul Ariffin.” Waktu untuk mengusik. Ya, Tiya dah mula nak mengusik aku dengan senyuman mengusiknya. Pecah tawaku dengan hujung ayat Tiya itu. Sakit perut aku asyik gelak dengan lawak Tiya ini. Susah hendak serius budak nakal ni!
"Untung apa bendanya? Canggung wei! Aku tahu dia sengaja buat macam tu sebab nak bagi aku rasa serba salah dan mula meminta maaf pada dia. Tengok gaya dia macam nakal dan suka kenakan orang dan boleh dikatakan yang dia keras kepala. Biar orang minta maaf pada dia, jangan dia minta maaf pada orang. Ah, tak akan aku buat macam tu punya! Aku masih tak puas hati lagi dengan dia.” Hati kembali panas. Tiya sudah melepaskan tawa. Dia tu tahu apa je. Tahu ketawa dan tahu usik orang.
"Hei, jangan benci sangat. Jangan sampai satu hari nanti kebencian kau terhadap dia bertukar jadi tersuka pulak. Tiba-tiba satu hari nanti, kau terkahwin dengan dia.” Tajam aku jeling Tiya yang sudah melepaskan tawanya.
"Isy, apa kau merepek ni Tiya?! Kalau satu hari nanti masin mulut kau, siap kau aku cili-cili mulut kau tu!”
Seperti biasa, tidak menjawab malah hanya melepaskan tawa mampu buat hati aku panas. Haih, jangan lah menjadi kenyataan kata-kata Tiya itu. Mahu jadi gila aku. Aku yakin, aku tak akan jatuh cinta pada dia walaupun wajah lelaki itu mirip dengan wajah lelaki yang muncul di dalam mimpi aku. Janji pada diri sendiri, tak akan jatuh hati dengan mana-mana lelaki!
*********
"Tiya! Cepat la sikit, kita dah lambat ni!” Jeritku pada Tiya yang masih berada di dalam bilik sedang sibuk melilit-lilit tudungnya. Haih, pakai tudung pun mahu setengah jam.
"Haih, lamanya kau pakai tudung Tiya. Aku tengok bukan cantik pun. Biasa aje.” Sindir Fiqah yang baru keluar daripada bilik tidurnya. Aku yang berada di ruang tamu terus menangkap susuk tubuhnya yang baru keluar daripada bilik.
"Tak cantik tak apa, janji hati cantik. Bukan macam orang tu, muka aje cantik tapi hati dan perangai tu kalahkan syaitan. Rasanya syaitan lebih baik daripada manusia yang hatinya kotor.” Belum sempat aku bersuara, Tiya sudah bersuara dengan tenang dia berjalan keluar daripada bilik.
Fiqah tidak menjawab. Mungkin sakit hati dengan kata-kata Tiya. Jelingan tajam Fiqah dilepaskan pada Tiya lalu dia terus berjalan keluar daripada rumah ini.
"Hahaha. Padan muka dia! Cermin sikit diri tu cik kak oi!” Aku pula yang puas hati dengan kata-kata Tiya. Tiya kalau bergaduh mulut memang win! Dia memang pandai bagi ayat pedas pada orang toksik macam Fiqah tu.
Sampai sahaja di lobi apartment, kami beramai-ramai berjalan kaki ke kelas. Kata Miss Liya dia sudah sampai ke kelas dahulu, tidak sempat mahu berjalan bersama-sama kami. Mungkin sibuk dengan pertandingan yang tidak lama lagi akan berlangsung.
"Eh, jap. Tu macam Zyan, kan?” Sewaktu kami beramai-ramai berjalan ke sekolah sukan kami, Tiya yang matanya sungguh tajam menangkap satu susuk tubuh yang sangat kami kenal. Kawan baik sendiri, pastilah kenal.
Aku terus menoleh mencari susuk tubuh yang dikatakan oleh Tiya. Melihat Fiqah, Nurul dan Puteri sudah berjalan di depan. Kami masih dibelakang mencari susuk tubuh Zyan apabila Tiya menangkap satu susuk tubuh yang sangat mirip dengan Zyan.
Sedikit terkejut. Setengah nak percaya, setengah lagi macam tak percaya apabila aku melihat dari jauh lelaki itu berpakaian jaket tebal berwarna hitam, berkaca mata hitam dan bertopi hitam. Dari belakang susuk tubuhnya aku yakin itu Zyan. Dia sedang bercakap dengan seseorang lelaki.
Tetapi lelaki itu juga sangat aku kenal. Adakah itu Mr.Chris? Guru gymnastik dan ballet kami? Biar betul? Zyan kenal dia ke? Atau aku salah pandang. Mungkin muka lelaki itu mirip dengan Mr.Chris. Ah, sakit otak hendak difikirkan.
Kami berdua masih memerhatikan mereka berdua yang sedang sembang itu dari jauh. Selesai mereka bersembang, aku dapat lihat seseorang lelaki menyerahkan satu sampul surat berwarna coklat kepada lelaki yang serupa Zyan. Aku tidak pasti itu Zyan dan aku juga tidak tahu adakah itu Zyan atau tidak.
Selesai mereka bersembang, lelaki itu menepuk beberapa kali bahu lelaki yang serupa dengan Zyan. Lelaki itu terus pergi, aku yang tidak menunggu lama terus menarik lengan Tiya untuk mendekati lelaki yang serupa dengan Zyan. Adakah itu Zyan? Atau bukan? Kalau bukan tak apa lah. Tapi fikiranku kuat mengatakan yang itu Zyan. Mungkin...
"Eh, kau nak pergi mana ni?” Soal Tiya hairan apabila aku secara tiba-tiba menarik lengannya pergi ke arah lelaki yang serupa dengan Zyan itu.
"Aku rasa tu Zyan.” Tidak menunggu lama, kami berdua terus menghampiri lelaki yang serupa dengan Zyan itu.
Lelaki itu hendak pergi, tetapi cepat-cepat aku menghalang.
"Zyan!”
Share this novel
knape novel ni macam novel array arrayan mikael