• { BAB 8 } •

Romance Series 49049

Wajahnya putih bersih, hidung mancung kalahkan hidung aku yang kempis ini. Dapat kulihat bulu matanya yang begitu lebat berbandingkan dengan bulu mataku yang sikit sama seperti ayah. Warna matanya dah tak payah nak cakap lagi. Cantik. Berwarna biru-biru laut. Bibirnya merah jambu. Kacak!

Rasa tenang melihat wajahnya. Aku rasa mahu merenung wajahnya sampai bila-bila. Tak mahu pandang tempat lain. Nak tenung wajahnya dan mata birunya dalam-dalam.

Tersedar daripada lamunan, aku terfikir seketika. Macam aku pernah nampak wajah ini. Tapi....

Ya! Ternyata benar. Wajah ini pernah muncul di dalam mimpi aku. Setiap kali, mimpiku ada wajahnya. Rasa puas hati pula saat ini apabila dapat berjumpa dengan dia dalam dunia nyata. Adakah lelaki ini nyata? Bukan mimpi, kan? Kenyataan?

Liur ditelan. Terkebil-kebil aku memandang ke tempat lain. Cepat-cepat aku berdiri kembali. Melihat disebelah tanganku masih kemas dengan sijil yang digenggam olehku. Nasib baik tidak koyak. Lagipun, sijil itu kertas yang keras. Huh, nasib!

Tapi....!

Teddy bear aku!

Huwaaa! Saat ini mahu sahaja aku menangis teresak-esak melihat teddy bear hadiah yang aku menang di pertandingan tersebut sudah terbang jatuh ke tanah yang sembab. Lecak. Euw! Geli bercampur sedih. Baru aje terfikir nak tidur sekali dengan teddy bear gebu tu. Buat teman tidur malam. Tapi...hmmm.

"Huwaaaaaaaa!” Tidak dapat tahankan lagi, akhirnya terlepas jua tangisanku. Teresak-esak aku menangis. Sudah tidak pedulikan lagi lelaki yang menyambut tubuhku tadi yang masih berada dihadapanku melihat aku menangis seperti budak kecil.

"Eh, Bella. Kenapa ni? Alah, jangan la macam ni. Malu la orang tengok.” Pujuk Tiya tidak mampu buat tangisanku reda. Aku sedikit mencangkung sambil meraup wajah. Air mata mengalir laju di pipi.

"Te...Teddy bear aku...” Tergagap-gagap aku bersuara dalam tangisan yang masih belum reda.

"Ya Allah, teddy bear tu kita boleh beli yang baru la. Dah, jom balik. Malu lah mat salih Italy depan kau ni pandang.” Bisik Tiya di telingaku. Perlahan-lahan aku mengangkat wajah. Merenung tajam ke arah lelaki yang masih berdiri tegak dihadapanku ini. Berdiri pun penuh bergaya mampu buat para wanita cair. Entah apa lagi dia tersenyum. Pasti manis.

"Hey, you!” Bentakku lalu memberanikan diri bertentang mata dengannya. Tak kesah la dia lelaki Italy ke, lelaki berasal dari India ke, Korea ke. Aku tak kesah! Sekarang ni ganti balik teddy bear kesayangan aku!

"Where are your eyes?!” Bentakku geram. Lelaki itu hanya senyum senget. Dapat kurasakan itu senyuman sinis.

"Perdonami.” Ucapnya bersahaja. Aku pula yang blur. Dah lah aku tengah panas hati ni. Dah tahu aku cakap english, speak english aje la. Haish! Buat hati aku panas pula dengan mamat ni. Muka kacak, tapi tu la. Mata hilang.

"Please, speak english. I don't understand what you say!” Tegas suaraku sambil bercekak pinggang memandangnya. Gaya ala-ala mak Malaysia sedang memarahi anak-anak. Tapi, aku pula yang kena pandang dia bagaikan sedang pandang tiang lampu. Tinggi!

"Oky, I'm sorry. Kalau tak faham juga, saya cakap melayu aje la. Saya minta maaf.” Tenang dia bersuara membuatkan aku terkejut besar.

Dia boleh cakap melayu? Fasih pula tu dia berbahasa melayu. Ah, senang lah aku nak bercakap dengan dia kali ini. Nak bertekak dengan dia. Susah tau nak cari orang-orang luar negara yang pandai berbahasa Melayu.

Telan liur aku seketika. Bagaimana dia boleh tahu aku berasal dari Malaysia. Tolak tepi semua perasaan terkejut besar itu. Kini aku memberanikan diri merenung tajam ke arah lelaki itu yang masih berwajah bersahaja.

"Aw...Awak boleh cakap Melayu?” Soal Tiya yang sedikit gagap. Dia juga turut terkejut besar. Lelaki itu hanya membalas dengan anggukkan kepala.

"Apa-apa aje la! Sekarang ni, saya nak awak ganti balik teddy bear saya tu. Saya nak awak ganti sama dengan teddy bear tu. Warna putih, bulu yang gebu dan comel! Jalan tak pakai mata, lepastu nak tunjuk dia acah-acah tenang.” Hujung ayat aku itu lantas lenganku ditarik oleh Tiya. Berkerut dahiku. Dah kenapa dengan minah ni?

"Hei, mulut kau tu jangan biadab sangat boleh tak? Dia dah lah tahu apa yang kita cakap. Lepastu dia mengaku dia salah. Kau jangan nak besar-besarkan lagi kes ni. Nanti Miss Paul nampak, mati kita!” Bisik Tiya memberi amaran padaku.

"Ah, lantak la. Biar dia tahu kesalahan dia. Jalan tak pakai mata!” Aku yakin lelaki itu dengar kata-kataku itu kerana wajahnya bertukar reaksi dengan wajah tenang dan senyuman segaris. Itu pun senyuman seperti sinis.

"Eeeee!! Mulut kau tu kan?!” Marah Tiya. Aku kembali mendapatkan lelaki itu. Malas nak dengar bebelan Tiya.

"Saya nak awak ganti balik barang berharga saya! Kalau tak, siap awak!” Aku menunding jari ke arahnya sambil menjeling tajam. Memberi amaran keras. Dia hanya senyum senget sambil ketawa kecil.

"Berharga sangat ke teddy bear buruk awak tu? Comel awak kata? Saya tengok pun geli. Tak comel langsung.” Cabarnya buatkan aku rasa makin naik angin. Jangan sampai hati yang panas ni meletop. Ada jadi arwah kang si mamat di hadapan aku ni nanti!

"Eee! Awak jangan nak cabar saya! Saya tetap nak awak gantikan balik teddy bear saya tu!” Kedua-dua tangan aku kepal kuat-kuat. Rasa nak aje melayangkan penumbuk ini pada wajah kacak di depan aku ini. Huh, sabar!

"Kalau saya kata tak nak? Awak nak buat apa?” Cabarnya lagi. Aku mendengus kasar. Betul-betul mencabar lelaki ni!

Dia terus berlalu pergi meninggalkan aku yang masih panas hati. Ya Allah, sakitnya hati ini. Kuatkanlah hati hamba Ya Allah. Jangan sampai hari ini aku jadi pembunuh pula.

"Hei, Bella...Dah lah tu. Jom, balik. Biarkan dia pergi. Nanti kita beli yang baru teddy bear kau tu. Jom.” Lenganku terus ditarik oleh Tiya. Di dah tahu kalau aku marah macam mana. Ada terus tak hidup pulak nanti anak orang ni.

*********

"Aku nak teddy bear aku balikkk!” Rengekku seperti budak kecil yang sudah berada di atas katil. Masih terbayang-bayang teddy bear aku yang comel dan gebu itu terjatuh di atas tanah yang kotor. Sedihnya!

"Isy, mengada-ada lah kau ni.” Marah Tiya lalu dia juga turut melabuhkan duduknya di sebelahku.

"Kau pun tahu kan, Tiya? Yang aku ni tak boleh dengan benda-benda comel lagi-lagi gebu. Memang aku sayang gila-gila wei!” Air mata yang masih basah di pipi, aku seka. Mata sudah merah. Dari kelas lagi aku menangis sampai lah dah sampai ke rumah.

Sumpah aku tak boleh dengan benda-benda yang comel. Rasa benda itu berharga dalam hidup aku. Kalau aku jaga, memang jaga betul. Sayang wei. Siapa je tak sayang, teddy bear tu besar pun boleh la besar dia. Kalau peluk tu, terus rasa nak tidur sekali dengan teddy bear besar tu.

"Eee! Aku tak puas hati lagi tau dengan mamat tu. Geramnya aku! Jalan dah lah tak pakai mata, main langgar orang aje tahu!” Nafas kasar aku hela. Masih panas hati dengannya.

"Aku terkejut juga sebab dia boleh bercakap dalam bahasa Melayu. Fasih pula tu bila dia bercakap dalam bahasa Melayu. Tapi, tengok muka dia...Handsome nya! Gila handsome lah wei mamat Italy dekat sini. Susah tau nak cari mamat Italy yang handsome dan pandai bercakap bahasa Melayu.” Tiya sudah mula berangan. Tambah lagi dengan senyum-senyum gedik dia tu. Aku pula rasa menyampah nak pandang. Aku melepaskan jelingan tajam pada Tiya.

"Isy, kau ni! Tahu handsome aje. Sekarang ni siapa nak gantikan teddy bear aku tu?! Kurang ajar betul lah dia tu. Dah lah langgar aku, lepastu tak nak gantikan teddy bear aku balik.”

Tapi, ada benar juga kata-kata Tiya itu. Kacak, memang kacak. Wajahnya selalu muncul di dalam mimpiku. Tapi, yang buat aku panas hati kerana dia biadab tidak mahu menggantikan semula barang aku yang sudah hilang dibuat olehnya. Sifat perangainya langsung tidak sama seperti lelaki yang muncul di dalam mimpiku.

Wajahnya kacak sama dengan lelaki di dalam mimpiku, tetapi perangainya berbeza. Lelaki yang muncul di dalam mimpiku itu sangat romantik. Cair untuk aku melihatnya. Tapi, lelaki yang sama wajahnya dengan lelaki yang muncul di mimpiku itu kenyataan. Wajah sama tapi perangai mampu buat hati aku panas. Geram dengannya.

Berlagak dan poyo. Eee! Menyampahnya! Tapi, kalau direnung wajahnya dapat buat hatiku tenang. Lapang. Aku suka melihat wajahnya. Lagi-lagi mata birunya. Buatkan aku tidak puas lagi untuk tatap wajahnya. Kalau ikutkan hati ini, mahu sahaja aku mencari semula lelaki itu. Mahu tatap wajahnya lagi, lagi dan lagi.

Ah, apa kau cakap ni Bella? Kau gila ke apa? Tak, aku tak akan buat begitu. Aku mahu jumpa dengan dia lagi! Aku tetap mahu jumpa dengan dia dan menyuruh dia gantikan semula teddy bear kesayangan aku. Kalau tak, jadi arwah dia nanti!

Aku kena cari dia!

"Aku tak rasa lelaki tu orang biasa. Tengok gaya dia macam bukan calang-calang orang. Kau tengok lah tadi, semua orang tunduk hormat dekat dia sewaktu dia melangkah keluar daripada dewan besar tu. Dan, tak sangka juga lelaki itu yang kau langgar.” Ujar Tiya. Sepantas kilat aku mencelah.

"Dia langgar aku!”

"Hehe, sorry. Tapi kan, aku tengok semua orang macam takut dekat dia pun ada. Dia siapa ya? Nampak macam bukan orang biasa. Ke dia....” Hah, sudah mula lah si makcik Kiyah ni berangan.

"Isy, dah lah kau ni. Merepek aje tahu. Dah, jom tidur. Esok masuk kelas awal. Jangan lewat pula!”

Selimut tebal terus aku tarik sehingga paras leher. Sejuk pula malam ini. Tapi, kalau dah lama-lama tinggal di sini akan terasa biasa dengan sejuk begini.

"Eh, kau ni. Relaks lah dulu. Baru pukul berapa. Awalnya nak tidur. Aku belum habis cakap lagi ni. Jom lah membawang kejap. Aku nak cakap pasal lelaki Italy yang pandai cakap Melayu tu. Handsome nya dia wei. Mata dia biru, hidung mancung, pandai cakap bahasa Melayu lagi. Ah, untungnya siapa dapat dia.” Lenganku ditarik-tarik oleh Tiya menyuruh aku kembali bangun. Tetapi, aku tidak bangun. Malas. Memang awal lagi nak tidur. Baru pukul 9 malam. Tapi, saat ini rasa badan terlalu penat. Penat kerana banyak menangis. Lagipun, aku malas nak membawang bersama Tiya. Dia kalau bab-bab membawang sampai esok tak habis lagi.

Aku tetap mahu cari lelaki itu. Tidak kesah lah dia siapa, bukan calang-calang orang ke apa ke. Aku tidak kesah. Yang penting dia ganti semula teddy bear kesayangan aku. Bagus juga dia pandai cakap Melayu. Senang sikit aku nak maki dia nanti kalau dia tidak ganti barang kesayangan aku!

*********

"Ti amo, tesoro.”

Dia muncul lagi. Ya, dia muncul lagi. Wajahnya dapat kulihat jelas. Bagaikan kami sedang duduk bersantai di tepi pantai. Aku selesa menyandarkan kepala pada dada bidangnya.

Tenang melihat pemandangan yang sungguh cantik dihadapan mata. Angin berdesir lembut pada kulit kami berdua. Rapat-rapat aku pejam mata. Menghirup udara yang berada di pantai ini. Tenang.

Melihat seperti aku dan lelaki itu sahaja yang berada di sini. Tiada sesiapa kecuali kami berdua. Aku langsung tidak mengenali lelaki itu, tetapi jelas lelaki itu sangat mirip dengan wajah lelaki Italy yang telah melanggar aku semalam.

Setiap kata-kata yang diungkapkan oleh lelaki itu, sedikit pun aku tidak tahu dan tidak faham. Rasa geram pun ada kerana setiap kali aku bermimpi berjumpa dengan dia, pasti dia akan bercakap dalam bahasa Italy. Nak aje aku bersuara menyuruh dia bercakap dalam bahasa english, baru lah faham sikit. Tapi, entah kenapa lidah aku kelu untuk bersuara. Hanya mampu tersenyum ke arahnya.

"Posso baciarti?”

Perlahan-lahan aku membuka mata. Merenung anak matanya yang jelas berwarna biru itu. Masih bingung. Tidak faham. Aku hanya senyum. Tidak tahu mahu jawab apa. Tidak faham dengan maksudnya.

Buatkan aku sedikit gelabah dan kalut apabila dia tersenyum menggoda lalu mendekatkan wajahnya padaku. Aku sudah tidak tentu arah. Jarak kami berdua sangat dekat. Dekat, dekat dan sangat dekat.

Lembut dia mengusap pipiku. Aku tidak tahu mahu lakukan apa-apa lagi. Tubuh jadi terus kaku. Kini dapat kulihat jelas anak mata birunya itu. Cantik. Semakin dekat semakin jelas dapat kulihat anak mata birunya yang cantik seperti warna air laut yang berada dihadapan kami berdua.

Perlahan-lahan aku menutup mata. Lembut dia mengusap pipiku. Aku pun tidak tahu apa yang dia lakukan. Tapi, aku tahu dia sedang sedaya upaya merapatkan bibirnya pada bibirku.

Dan.....

"Assalamualaikum, wahai hamba Allah yang sangat baik hati ini. Selamat pagi dan salam subuh. Sila bangun Tuan puteri. Sudah masuk waktu subuh. Mari lah kita bersama-sama menunaikan solat fardhu subuh sebelum waktu subuh habis. Jangan kita lambatkan waktu solat, nanti kita mati akan disoal pada Allah. Wahai manusia, bangun lah kamu semua. Jika kamu mahu pahala yang berganda-ganda, berusaha sedaya upaya bangun untuk menunaikan solat subuh. InsyaAllah, pagi anda akan dipermudahkan segala urusan.”

Suara itu membuatkan aku tersedar. Menguap seketika lalu aku menggosok lembut mata. Haish, baru aje nak dapat mimpi yang best, tapi aku lupa. Dalam mimpi rupa-rupanya. Ingatkan dalam kenyataan tadi. Haih, sedih single.

Terkebil-kebil aku memandang Tiya walaupun mataku masih kecil. Tidak dapat buka besar-besar dan tidak dapat melihat wajah Tiya dengan jelas kerana baru bangun tidur. Taik mata pun masih melekat di celah mata.

Melihat Tiya sudah bersuara sambil gayanya ala-ala ustazah yang sedang ceramah. Haih, geramnya aku dengan minah ni. Kacau aje aku tengah nak first kiss dengan lelaki dalam mimpi aku ini.

Eh, Ya Allah. Astaghfirullahalazim. Apa yang kau cakap ni Bella? Tak baik ikutkan nafsu. Astaghfirullahalazim. Taubat lah anak-anak.

Perlahan-lahan aku meraup wajah lalu tubuh perlahan-lahan aku bangun. Tiya senyum lebar. Wajah dia pun dah berseri-seri. Siap awal rupa-rupanya si makcik Kiyah ni. Patutlah berseri-seri.

"Bangun lah tuan puteri. Saya dah siapkan roti bakar tuan puteri dan coffee kegemaran tuan puteri. Semuanya ada di atas meja. Solat cepat dan siap-siap lepastu kita makan.” Lembut betul makcik Kiyah ni bersuara. Dah buang terbiat ke apa dia ni? Ala-ala ustazah pula? Aku ketawa kecil setelah Tiya berjalan keluar daripada bilik ni.

Kini langkah terus aku aturkan ke kamar mandi. Mahu bersihkan diri dan menunaikan solat subuh. Takut pula jika waktu subuh sudah habis.

Tetapi, ada juga terselit tidak puas hati apabila aku tidak berjaya menatap wajah itu lama-lama. Rasa nak aje cari lelaki yang muncul di dalam mimpi aku itu. Eee! Geramnya! Ke mana lah dia pergi? Dia tak tahu di sini jodoh dia tengah menunggu, hihihi.

Jodoh, ajal, maut, rezeki semua di tangan tuhan. Aku siapa nak tentukan. Apa-apa pun, aku patut berserahkan semuanya pada Allah. Dia sebaik-baik perancang.

********

"Foot position. Lift a little. Your body needs to be vertical.” Ujar Miss Paul lembut lalu membantu aku agar sedikit mengangkat kaki sebelah sehingga paras bahu.

Langkah kedua, aku perlu berpusing sambil kaki sedikit menaik. Kedua-dua tangan perlu lembut dihayun ke kiri dan ke kanan. Terlihat seperti penari ballet. Pastikan senyuman manis terukir di bibir membuatkan kita semangat untuk terus berlatih.

"Yeah, good!” Gembira nada suara Miss Paul. Dia mendapatkan aku kembali. Peluh mula merenik di dahi. Hampir 5 jam aku berlatih menari ballet ini. Akhirnya, berjaya!

"I'm so happy with the way you dance. Good luck for the competition later.” Terlihat jelas wajah Miss Paul gembira. Kembang kempis hidungku saat ini. Lebar senyumanku.

"Thank you for guiding me.” Ucapku gembira. Miss Paul hanya membalas dengan senyuman.

Selesai kami bersembang ringkas, aku meminta diri untuk ke bilik persalinan baju. Waktu untuk pulang. Muzik ballet masih kedengaran lembut di dalam studio ballet itu. Masih penuh dengan peserta-peserta ballet yang sedang berlatih menari ballet.

Aku terus menukar pakaian. Membersihkan diri dan segera pulang. Tak selesa pula pulang ke rumah dalam keadaan badan yang basah dengan mandi peluh.

Melihat Tiya juga sudah siap dengan pakaiannya. Kami beriringan berjalan keluar daripada kelas. Tentang Nurul dan Puteri itu aku tidak kesah. Mereka rapat. Jadi, mereka tahu jalan pulang ke rumah. Janji mereka sudah sampai di rumah.

Fiqah pula aku masih tidak nampak kelibatnya. Ah, mungkin sudah pulang kerana dia juga rapat dengan Nurul dan Puteri. Balik-balik aje ke rumah nanti melihat Fiqah sudah ada. Seperti tempoh hari lepas. Dia bukan mahu berjalan bersama-sama kami pulang bersama-sama. Masih nak tarik muka dengan aku. Tarik rambut tu kang baru tahu!

"Jom balik.”

Sampai sahaja di luar sekolah tersebut. Aku terjenguk-jenguk memandang ke kiri dan ke kanan. Di mana kelibat itu ya? Selalunya dia ada di sini. Kalau aku keluar aje daripada sekolah ini, pasti muka dia akan muncul. Tapi, sekarang sudah tiada? Bukan bermaksud aku rindu dia, tapi cuma hairan. Pelik.

"Kau cari siapa?” Soal Tiya setelah perasan perubahan di wajahku yang sedang menoleh ke kiri dan ke kanan.

"Err...Tak ada apa.” Bohongku lalu menarik lengan Tiya kembali berjalan ke laluan menuju ke apartment kami.

"No, aku tak percaya. Kau cari siapa sebenarnya? Zyan?” Ah, tepat pula tekaan Tiya itu. Terkebil-kebil aku buat muka tenang. Mahu menafikan kata-kata Tiya itu.

"Err...Mana ada. Buat apa aku nak cari dia? Biar lah dia. Aku lebih selesa dia tidak muncul daripada tempoh hari lepas asyik-asyik muncul aje.” Ujarku sambil menjulingkan mata ke atas.

"Eh, ni kau kata nak jumpa dengan lelaki semalam. Mana dia? Aku tak rasa dia duduk dekat area sini. Mesti dia tinggal di tempat lain. Tengok gaya dia tu pun macam orang pangkat tinggi.” Kami bersama-sama melabuhkan duduk di sebuah kerusi. Fikiran masih serabut memikirkan tentang lelaki itu. Aku masih tidak puas hati dengan dia. Tapi, macam mana aku lupa yang lelaki itu bukan tinggal di area kawasan perumahan di sini. Pasti lah dia akan duduk jauh daripada aku.

"Eish, aku tak puas hati betul lah dengan dia tu!” Rungutku. Masih geram.

"Sabar. Jangan lah marah-marah. Nanti cepat tua, berkedut-kedut terus muka kau tu nanti.” Usik Tiya sambil tersengih kecil.

"Isy, kau ni!” Marahku. Dia boleh pula lepaskan tawanya.

"Bella, macam mana dengan ayah kau? Dia setuju ke nak kau kahwin dengan Zyan?” Soal Tiya tiba-tiba. Aku sedikit terkejut. Kalau cakap pasal ayah, rindu pula aku padanya. Dah lama tidak hubungi ayah. Tapi, kalau cakap pasal kahwin dengan Zyan tu buatkan mood aku terus tiada.

"Entah la. Ayah aku tak ada pula call aku. Tapi, yang penting aku tetap nak batalkan cadangan tu. Aku tak nak kahwin dengan Zyan. Titik!” Ah, dah terikut gaya ala-ala ayah bercakap pula. Hihihi.

"So, bila kau nak cari bakal suami kau yang akan menggantikan tempat Zyan tu? Tak akan lah kau nak berdiam diri aje?” Soal Tiya lagi ingin tahu jawapan aku tentang itu.

"Aku tak tahu lah Tiya. Nak ikut idea kau macam tak logik pula.”

"Lah, dah kenapa pula? Bukan ke kau yang setuju dengan idea aku? Lagipun, kalau kau nak cari bakal suami di Malaysia bila masa kita nak ke sana? Nanti kalau kau balik aje Malaysia, kau terus dah tak boleh bebas seperti di sini. Pasti kau akan terus berkahwin dengan Zyan. Itu terpulang pada kau. Aku tak nak paksa. Kalau jodoh kau di sini, cepat-cepat lah bertemu. Kalau tiada, mungkin jodoh kau dengan Zyan.” Panjang lebar Tiya membebel. Aku hela nafas berat. Ada betul juga dia kata. Tapi, siapa yang mahukan aku? Lelaki Italy berbanding dengan perempuan muslim macam aku ni memang mereka pandang sebelah mata aje.

"Tak akan lah nak cari bakal suami dekat Italy, makcik Kiyah woi! Mereka nak ke perempuan muslim macam aku ni? Lagipun, mereka lebih suka perempuan yang cantik, tinggi macam model dan seksi. Aku ni bukan cantik pun. Siapa aje yang nak?” Bebelku panjang lebar.

"Tapi, saya nak.”

Tersentak aku mendengar suara itu betul-betul kedengaran dipeluput telingaku. Nada suaranya berbisik ke telingaku. Terdiam dan terkaku aku seketika. Liur ditelan. Jantung saat ini makin hebat berdetak dengan sungguh laju.

Cepat-cepat aku bangun. Melihat Zyan sudah berada betul-betul di belakang aku. Tiya juga turut bangun. Menyambut kawan baiknya.

"Eh, Zyan. Lama tak nampak kau. Kata datang sini nak jaga bakal isteri kau, tapi ke mana kau pergi semalam?” Sengaja betul si makcik Kiyah ni nak kenakan aku. Tajam aku jeling Tiya. Tetapi, gadis itu tidak peduli malah makin suka mengusik aku.

"Oh, err...Semalam aku ada hal sikit. Sorry tak dapat ambil korang semalam pulang ke rumah.”

"Tak perlu pun. Kami ni dah besar, boleh pergi sendiri. Boleh jaga diri sendiri.” Tajam aku jeling Zyan lalu aku terus berjalan melangkah pergi meninggalkan mereka berdua. Tidak tahan lagi hati ini untuk terus berdiri tercegat di hadapannya. Sakit hati. Dia langsung tidak membantu. Malah, dia membuatkan ayah aku semakin mahukan aku kahwin dengannya.

********

"Dah lama Bella tak call ayah? Kenapa? Bella marah dekat ayah ke? Kalau marahkan ayah sekalipun, jangan lah sampai tak call ayah. Tanya lah khabar ayah ni macam mana? Dah makan ke? Sakit ke?”

Ayah mula membebel di dalam talian. Baru aje tadi tertanya-tanya kenapa ayah tidak call aku selama ini. Dan kini akhirnya ayah hubungi juga aku.

Seperti biasa, aku hanya menadah telinga sahaja jika ayah membebel. Kalau aku bersuara, memang aku terus balik ke Malaysia. Lagi satu, ayah pantang di cabar. Akan dia buat sampai berjaya. Sama seperti anaknya, aku pantang di cabar oleh orang. Akan aku buat sampai orang itu ternganga terkejut!

"Maaf, ayah. Bella sibuk sikit. Untuk saat-saat ini, Bella sibuk sikit dengan latihan. Berlatih pun tak cukup lagi. Lepastu, balik rumah terus tidur. Penat. Tak ada masa nak call ayah. Maafkan Bella, ayah.” Ujarku berharap ayah tidak akan lagi membebel panjang-panjang. Cukup lah. Sudah pukul 12 tengah malam. Esok kena masuk kelas awal, kalau tak cukup tidur ni pasti mata aku akan jadi panda.

"Sibuk tu tak apa. Tapi, jangan lah sampai lupakan ayah.”

"Maaf, ayah.” Aku menggosok-gosok kedua-dua mataku yang mula terasa kelat. Mengantuk. Duduk pula di luar balkoni. Mengambil angin malam yang dingin lagi bertambah membuatkan aku mengantuk. Tiya pula sudah tidur di dalam.

"Ni, ayah kat mana tu?” Soalku sambil berusaha sedaya upaya membuka mata. Mencuba mencerahkan mata yang sudah hampir terkatup.

"Uhuk-uhuk!”

Terkejut aku mendengar ayah tiba-tiba batuk. Mata kembali cerah. Aku merenung lama di skrin komputer itu. Ayah menutup mulutnya lalu terbatuk-batuk berkali-kali. Sumpah, saat ini aku mula rasa risau. Kalau aku ada sayap, nak sahaja aku terbang pulang ke rumah mahu melihat keadaan ayah.

"Ya Allah, ayah. Kenapa tu? Ayah okey tak ni?” Bertalu-talu aku menyoal. Risau yang teramat saat ini.

"Ayah kat hospital.” Terkejut aku mendengarnya. Boleh dikatakan yang ayah memang ada penyakit. Ayah mempunyai penyakit iaitu sakit jantung. Kalau ayah sakit setelah aku tiada di rumah bagaimana? Siapa yang mahu membantu ayah menghubungi pihak hospital?

"Kamu jangan risau lah. Mak ngah ada kat sini. Dia tolong ayah hantarkan ayah di hospital. Kamu tu pergi lah rehat. Esok kan nak masuk kelas awal-awal. Jangan risau tentang ayah ni.” Aku hela nafas lega. Dapat melihat wajah ayah pun sudah dapat melepaskan rindu.

"Oky, ayah. Ayah jaga diri ya. Makan ubat tau. Kirim salam dekat mak ngah.” Ucapku. Aku yakin, mak ngah juga ada bersama ayah.

"Bella....”

"Ya, ayah.”

"Ayah nak kamu dengar arahan daripada Zyan. Bahaya untuk kamu sendirian di tempat orang. Ayah tak nak anak ayah terjadi apa-apa di sana sebab itu lah ayah hantar Zyan untuk jagakan Bella. Ayah percayakan Zyan. Dia baik. Ayah yakin dia boleh jaga Bella di sana. Bella jaga diri ya. Dengar kata dia. Ayah tak nak kamu bergaduh pula dengan dia.” Ujar ayah membuatkan aku sedikit tersentak. Ah, pasti lelaki itu mengadu lagi dengan ayah. Mulut tu kalahkan perempuan! Semua benda dia nak mengadu pada ayah.

"Tapi, ayah..."

"Dia akan jadi bakal suami kamu.” Potong ayah. Tegas suaranya. Aku hanya diam. Tetapi di dalam hati sedang serabut mencari lelaki yang akan menggantikan tempat Zyan. Aku yakin, kalau Zyan dah dapat tahu aku sudah ada calon bakal suami yang tepat pasti dia akan tinggalkan aku. Ayah pula akan ikut kataku kerana aku mencintai orang lain. Bukan Zyan. Aku tetap akan membantah jika ayah tetap mahu kahwinkan aku dengan Zyan.

Tamat sahaja talian aku bersama ayah, terus aku menutup komputer ribaku itu. Rasa mengantuk terus hilang. Mata pula cerah saat ini.

Kini mata memandang pemandangan malam di kota Venice. Cantik. Tempat ini dekat dengan laut. Sangat cantik. Anginnya begitu mendamaikan. Aku menutup mata rapat-rapat. Menghirup udara yang segar. Menenangkan fikiran yang serabut tentang perkara yang ayah katakan tadi.

Terasa diri ini sedikit tenang, otak pun lapang, aku membuka mata perlahan-lahan. Mataku terus menangkap pada satu rumah besar itu. Rasanya jarak apartment dan rumah besar itu jauh. Disebabkan aku duduk di tingkat tinggi, dapat aku lihat semua rumah-rumah besar yang cantik di hadapan mata.

Teringin sangat nak jejak kaki ke rumah itu. Ah, pasti tuan rumah itu kaya, kan? Aku ni siapa aje nak jejakkan kaki di rumah itu.

Tiba-tiba, aku teringat pula pada teddy bear kesayanganku. Ya Allah, kalau terbayang teddy bear itu teringat aku pada wajah lelaki kacak itu. Geram pun ada padanya. Dia masih tidak ganti lagi teddy bear aku. Kurang asam punya orang!

Aku tidak akan berputus asa dan aku akan tetap cari dia sampai jumpa!

*********

Sudah hampir seminggu kami tinggal di sini. Alhamdulillah, syukur pada Tuhan. Semua keadaan baik-baik sahaja dan dipermudahkan segala urusan kami untuk terus berlatih sebelum pertandingan itu bermula.

Sepanjang waktu itu, tiada apa-apa gangguan atau halangan pada kami. Semuanya di permudahkan. Tapi, buatkan aku rimas lelaki yang bernama Zyan selalu muncul di mana sahaja aku berada. Ah, terpaksa berhadapan dengan dia. Kalau tak, ayah akan membebel dengan aku lagi.

Alhamdulillah, aku dapat berita gembira yang ayah sudah sihat. Tapi, ayah tidak boleh buat kerja berat sangat. Ayah perlu banyak berehat. Aku gembira juga kerana mak ngah dan adik bongsu ayah pak lang selalu datang menjenguk ayah di rumah.

Mereka juga takut untuk beri ayah tinggal seorang diri di rumah. Mereka juga ada datang untuk tengok-tengokkan ayah. Tapi, buatkan aku pelik. Ayah sudah tahu aku tidak pasti akan pulang bila tetapi ayah tetap memaksa untuk aku pulang ke rumah secepat mungkin.

Pertandingan itu bermula pun aku tidak tahu lagi inikan pula ayah suruh balik ke Malaysia secepat mungkin. Dulu aku berjalan-jalan di negara orang, ok aje. Kenapa jika di negara ini ayah macam takut-takut aje nak lepaskan aku.

Ada yang tak kena ke di tempat ini? Kalau ada yang tak kena, pasti lah kami tidak tinggal di sini. Ayah juga sedikit lega hatinya apabila Zyan ada di sisiku. Katanya dia tidak risau jika Zyan turut ada di sisiku.

Aku yakin, ayah banyak berahsia padaku. Banyak rahsia yang ayah simpan dari pengetahuanku. Setiap kali aku hubungi ayah, pasti ayah akan kata....

"Tadi Bella ada jumpa sesiapa tak selain Zyan?”

Seperti biasa, aku tidak berani mahu menipu ayah. Jawapan aku juga sama setiap kali ayah menyoal aku begitu.

"Tak ada siapa. Selalu Bella jumpa cikgu-cikgu gymnastics Bella dan Zyan aje la. Banyak kali jumpa pun Tiya dan kawan-kawan. Kenapa ayah?”

Kalau disoalkan kembali, pasti ayah tidak akan menjawab soalanku. Tergantung begitu sahaja lepastu tukar cerita lain. Ayah aku tidak seperti ayah orang lain. Ayah seorang yang tegas. Kalau orang melihat wajahnya pasti orang akan cakap ayah sombong.

Sebaliknya tidak. Jika ayah sudah rapat dengan seseorang itu, ayah akan bertukar menjadi peramah. Seperti Zyan. Kalau ayah bersembang dengan Zyan dah macam kawan rapat. Ayah juga tiada kawan. Ada kawan pun dua tiga orang aje. Itupun dah tak duduk dekat dengan ayah. Ada yang sudah meninggal dunia dan ada yang berpindah jauh daripada ayah.

Ayah juga seorang pendiam. Tidak banyak cakap. Dengan jiran sebelah pun ayah tidak bercakap. Aku sebagai anaknya perlu memaniskan wajah jika terserempak dengan jiran. Nanti dia kata keluarga kami sombong pulak.

Tapi, ayah penuh dengan berahsia. Aku yakin, ayah ada simpan satu rahsia daripada aku. Rahsia apakah itu?

Akanku mencari sendiri rahsia yang di simpan oleh ayah itu. Begitu rapi rahsia yang di simpan daripada ayah sehingga lah aku tertanya-tanya. Jika bercakap tentang mak, ayah akan buat tidak tahu. Bagaikan soalan itu terbang entah ke mana.

Adakah mak masih hidup? Tetapi, jika mak masih hidup di manakah mak? Ayah langsung tidak pernah cakap pasal mak. Malah jika aku tanya pasal mak, aku yang akan dimarahi oleh ayah. Sedih juga, kecil-kecil dulu kawan-kawan ejek aku tiada mak. Hmm...

Hari ini kami cuti. Untuk sehari sahaja Miss Paul memberi kami cuti untuk berehat. Dapat lah aku berjalan-jalan bersama-sama Tiya. Nurul dan Puteri katanya tidak mahu keluar. Mereka trauma takut sesat untuk kali kedua, hahaha...

Si minah gedik ni juga tidak mahu keluar. Dia lebih selesa lepak dengan Puteri dan Nurul di bilik sebelah. Ah, tak sabarnya jika dia berambus keluar dari sini. Biar lah dia tidur di bilik sebelah. Sibuk aje nak duduk di sini.

Baju t-shirt lengan panjang berwarna putih sudah tersarung kemas di tubuh dan berseluar jeans berwarna hitam. Jaket tebal berwarna hitam dan tudung shawl hitam. Hari ini pakaian aku hitam putih. Rasa nak tergelak pun ada. Dah pening kepala mencari baju cantik-cantik. Tapi, aku rasa hari ini aku mahu pakai hitam putih. Biar semua nampak aku yang cantik ni, eheks!

Kami tidak tahu mahu ke mana. Tapi, tengok di google tempat Venice ini sangat cantik. Sesuai untuk pelancong yang mahu bercuti disini lagi-lagi untuk yang mahu honeymoon bersama pasangan. Ah, tidak bagi aku. Hihi.

"Kita nak pergi mana? Aku tak seberapa tahu lah tempat yang menarik di sini. Kau tahu?” Soal Tiya apabila kami sudah berada di hadapan apartment. Menunggu teksi mengambil kami.

"Kau tanya aku? Macam lah aku tahu.” Mataku juling ke atas. Ini pertama kali aku ke Italy. Makcik Kiyah ni dah tahu aku tak tahu tempat-tempat menarik di Italy ini boleh tanya lagi pada aku yang tak tahu ini.

Dia tersengih. "Oh, lupa. Adui, semalam tidur punya lah awal sebab nak bangun pagi-pagi pergi jalan-jalan. Lepastu, dah tak tahu nak berjalan di tempat mana.” Pecah tawa kami bersama. Lucu pula. Malam semalam punyalah awal kami tidur. Pukul 9 malam kitaorang berdua sudah tidur. Bila dah sampai tiba masanya nak berjalan-jalan, otak pula jammed tidak tahu tempat apa yang menarik di Venice ini.

"Aduh, macam mana ni?” Masing-masing sudah menggaru-garu kepala. Otak pula boleh tersekat di tengah jalan pula. Haihh....

"Don't worry, saya kan ada.”

Tersentak aku dan Tiya dengan suara itu secara tiba-tiba boleh muncul. Aku yang terkejut, lantas terbangun. Melihat Zyan sudah berada betul-betul dibelakang kami. Isy, suka sangat dia buat aku terkejut.

"Hai korang. Korang nak pergi mana? Dengar tadi macam nak pergi jalan-jalan tapi tak tahu di mana tempat yang menarik. Don't worry, jom saya bawakan. Tak ada lah korang sesat nanti.” Ujar Zyan bersahaja. Manis dengan senyumannya.

"Eh, tak payah la. Tak mungkin lah awak tahu di Venice ni banyak tempat yang menarik. Awak tu pun baru lagi di sini kan. Takkan lah dah tahu semua tempat yang menarik. Nanti tak pasal-pasal tiga-tiga sesat.” Memang aku tidak setuju jika dia ada bersama. Biar lah tidak jadi pergi, lebih baik duduk rumah aje daripada serabutkan otak nak cari tempat-tempat yang menarik di sini.

"It's okey, dear. Saya dah tahu sikit-sikit jalan di sini. Awak tak perlu risau. Tak akan sesat punya lah nanti. Tapi, jangan sampai awak tersesat di hati saya pula.” Usiknya buatkan wajahku mula berbahang. Ah, suka sangat dia usik aku. Memang nak kena betul lah mamat ni!

"Amboi! Hei, hormat sikit orang single dekat sini!” Marah Tiya sambil bercekak pinggang. Aku menahan tawa. Zyan sudah melepaskan tawa kecilnya.

"Dah, jom. Saya akan bawa korang berdua pergi jalan-jalan tempat yang paling best di sini.” Zyan terus pergi mengambil keretanya.

Aku memandang Tiya, Tiya pula memandang aku dengan pandangan mengusik. Pasti dia mahu mengusik aku lebih lagi. Mereka berdua ni kalau tak usik aku tak sah!

"Kau ni dah kenapa?! Jom la.”

"Elele...Tadi marah. Lepastu dah cair dengan ayat manis Zyan tu terus nak pergi.” Usik Tiya. Laju sahaja aku pukul lengannya. Geramnya!

"Isy, mulut kau tu kan! Kalau Zyan dengar, siap kau! Aku pergi sebab dia sudi nak bawa aku dan kau jalan-jalan. Boleh tenangkan fikiran. Bukan sebab ayat manis dia tu lah!” Marahku. Geram dengan fikiran Tiya yang tak habis-habis ingat aku dan Zyan ni sesuai untuk menjadi pasangan yang sweet. Hmm, sweet la sangat.

"Ye lah tu!”

"Isy, ye la. Dah lah, malas aku nak layan kau!”

Terus aku melangkah masuk ke dalam kereta Zyan yang sudah berada dihadapan kami. Tiya masih tidak puas nak usik aku. Dia ketawa kecil.

********

BENVENUTI A VENEZIA - VENICE, ITALY

BENVENUTI A VENEZIA! Selamat datang ke Venice! Venice yang sentiasa indah dan romantik. Khabarnya ada kira-kira seratus lapan belas pulau di sini yang dipisahkan dengan kira-kira seratus tujuh puluh tujuh terusan atau dipanggil canal dalam bahasa Inggeris.

Dari dalam Rock Shop Venice ini, aku perhatikan tangga-tangga Rialto bridge atau dalam bahasa Italinya, Ponte di Rialto yang terletak betul-betul dihadapan sana. Semua yang aku tahu ini, semua diberitahu oleh Zyan. Ada yang aku tidak faham itu aku tanya pakcik google, hihihi.

Dari sudut kanan Hard Rock Cafe Venice ini, aku melirik ke arah Tiya dan Zyan yang sibuk memilih baju. Amboi, sampai aje di sini dah nak shopping? Aku tersenyum melihat gelagat dua sahabat baik aku itu.

Kawan yang baik tidak akan meninggalkan kawannya sendiri sewaktu susah. Kawan yang baik tidak akan juga meninggalkan kawannya sendiri sewaktu senang. Sentiasa ada sewaktu susah dan senang. Terasa diri ini salah dan bodoh pula.

Banyak sungguh aku buat jahat pada Zyan. Tapi, tak sangka juga dia suka aku sudah agak lama. Ah, bagaimana dia boleh menyukaiku. Bagaimana perasaan suka dia terhadapku itu boleh muncul dihatinya. Kenapa aku? Kenapa bukan Tiya? Hm.

Ni kalau Tiya dengar soalan bodoh aku tu pasti lengan aku dimakan penampar percuma daripadanya. Gila lah kawan baik sendiri ada perasaan suka. Aku hanya anggap Zyan itu kawan baik aku aje. Tidak lebih daripada itu tetapi kenapa dia boleh menyukaiku? Kenapa kena ada perasaan suka padaku sedangkan aku dan dia hanya kawan baik daripada dulu lagi.

Terus aku melangkah mendapatkan mereka. Tiya dan Zyan sedang ketawa. Entah apa lah mereka bercakap sampaikan ketawa terbahak-bahak gitu. Aku tersenyum kecil sambil menggeleng kepala.

"Amboi, gembiranya.” Tiya yang sudah perasan kehadiran aku, hanya ketawa kecil.

"Eh, Bella. Kau tak nak beli baju ke? Cantik-cantik tau baju dekat sini.” Ujar Tiya sambil membelek-belek baju yang sedang dicari. Zyan masih setia berdiri dihadapan kami. Menunggu kami mencari baju yang cantik-cantik. Tiya kalau cari baju memang sampai 2-3 jam. Cerewet. Mahu yang cantik-cantik aje. Lepastu keliru tidak tahu mahu pilih yang mana satu kerana semuanya cantik-cantik. Hah, itu lah perangai makcik Kiyah.

"Tak apa la. Baju aku dah berlambak dekat rumah tu. Kau nak beli, beli lah.” Tolakku. Memang betul pun. Baju dekat rumah tu banyak sangat sampaikan keliru nak pakai yang mana satu sebab cantik sangat. Hahaha.

Selesai kami membuat bayaran, kami bersama-sama melangkah keluar dari Rock Shop Venice ini. Nampaknya keindahan pemandangan gondola-gondola yang sedang melintasi Grand Canal yang kehijauan airnya dapat menenangkan aku.

"Korang nak naik gondola tak?” Tanya Zyan. Aku masih memerhatikan pemandangan yang sungguh cantik di depan mata.

"Gondola?” Soal Tiya blur. Dia langsung tidak tahu apa itu gondola. Mahu ketawa aku. Tengok gaya macam dah tahu tempat-tempat di sini. Tapi bila di soal jadi blur terus.

"Tu. Perahu yang cantik tu...”

Bersinar-sinar matanya merenung ke arah gondola-gondola yang melintas di hadapan kami. Perahunya berwarna hitam dan mempunyai ornamen berwarna emas. Kusyennya pula berwarna merah dan dihiasi cantik.

"Nak!!”

Jeritan Tiya membuatkan jantung aku terasa nak gugur. Kuat betul dia menjerit girang sehinggakan orang-orang yang lalu-lalang dihadapan kami memandang ke arah kami. Bukan Tiya yang malu, aku yang malu. Rasa nak aje aku lari sorok muka ni tak mahu mengaku Tiya kawan aku. Malu!

Zyan ketawa kecil dengan perangai Tiya yang sudah seperti kanak-kanak kecil yang begitu gembira.

"Oky, jom.” Ajaknya. Lengan aku terus ditarik oleh Tiya. Ah, baru aje nak menikmati pemandangan yang cantik ini. Haih, Tiya pula boleh setuju dengan ajakan Zyan. Nak tak nak aku terpaksa lah ikut.

*******

Di atas Rialto Bridge, jambatan tertua yang dibina pada abad ke-16 ini, aku menikmati pemandangan indah Grand Canal di bawah sana. Airnya yang menghijau kelihatan cantik disirami cahaya mentari petang.

Sementara menanti ketibaan Zyan yang meminta diri sekejap tadi, aku meliarkan pandangan ke arah panorama yang tersaji di sekelilingku. Kedua-dua belah tangan mengusap pipi yang sedikit sejuk.

"Smile!” Terkejut aku apabila Tiya sudah jerit sambil mengambil gambar aku sewaktu aku tidak bersedia. Eee! Geram aje aku dengan makcik Kiyah ni. Suka sangat ambil gambar sewaktu aku tidak bersedia. Gambar aku muka blur lah dia ambil.

"Isy, kau ni. Muka aku tak lawa kau ambil gambar. Lagi sekali la.” Marahku membuatkan Tiya meletuskan tawanya. Tiya seorang penghibur dan senang tertawa. Sebab itu lah aku suka berkawan dengan dia. Dia terlihat gembira walaupun sebaliknya aku tahu dia mempunyai banyak masalah yang dapat serabutkan fikirannya.

"Smile!”

KLIK! KLIK! KLIK!

Ya, itu baru betul. Siap senyum nampak gigi lagi hahaha.

"Kejap, aku update story dekat instagram. Tunjuk dekat semua orang. Biar mereka cemburu tengok kita ke Italy! Huhuhu.” Aku ketawa kecil. Apa-apa aje lah Tiya oi, janji kau puas hati.

Sedang Tiya sibuk dengan telefonnya, aku pula yang ambil gambar pemandangan yang cantik di depan mata ini. Dapat 2-3 gambar jadi la. Dapat buat kenangan.

Tiba-tiba aku terpandang gondola yang membawa sepasang kekasih di bawah sana. Romantiknya! Dengar kata, ada lebih empat ratus jambatan di Venice yang dikenali sebagai Bandar Air ini. Kira-kira tujuh puluh daripadanya adalah hak persendirian dan boleh dikenakan tindakan sekiranya menceroboh.

Aku tersenyum nipis mengenangkan kisah Casanova, lelaki playboy yang mempunyai ramai teman wanita yang berasal dari kota Venice ini. Dia pernah dipenjarakan di penjara yang letaknya di Doge's Palace tetapi kerana kelicikannya dia berjaya melarikan diri. Dengar cerita, sempat lagi dia minum kopi di Piazza San Marco sebelum melarikan diri. Sehingga ke hari ini gelaran kasanova digunakan secara meluas di seluruh dunia untuk merujuk kepada lelaki yang ada ciri-ciri playboy.

"Hei, korang. Jom.” Ajak Zyan. Lantas lenganku ditarik sekali lagi oleh Tiya. Katanya, kalau dia tidak menarik aku pasti aku tidak akan bergerak. Malah berjalan ke tempat lain. Hihihi. Semua tentang aku, makcik Kiyah tu tahu.

Kami berdua mengikut jejak langkah Zyan. Aku tengok dia macam dah tahu aje tempat-tempat di sini. Melihat gaya dia bercakap pun macam tersangkut-sangkut bagaikan ada sesuatu perkara dia sorokkan daripada aku.

"Benvenuti signore e signori,” tegur gondolier atau pendayung yang sudah menanti kami ini. Dia kemudiannya terus melangkah ke dalam gondola dengan cekap dan dengan lincahnya dia berdiri bersama kayu pendayung di bahagian hujung gondola.

Zyan terus melangkah masuk ke dalam gondola yang dihias cantik ini dan kemudian membantu kami berdua untuk masuk ke dalam gondola ini.

"Be careful, Bella.”

Dengan berhati-hati aku melangkah. Risau juga dengan perahu yang sedikit terumbang-ambit apabila aku memijak lantainya. Namun, aku berjaya juga duduk dengan selamat di atas tempat duduk yang berwarna merah di dalam gondola ini.

Kini giliran Tiya pula menjejak kaki melangkah masuk ke dalam gondola ini. Zyan juga turut membantu Tiya, tetapi Tiya tidak jadi melangkah masuk apabila telefon bimbit gadis itu berdering. Alah, ada-ada sahaja halangan!

"Err...Korang naik lah dulu. Ayah aku call la. Nanti kita jumpa balik ya.” Tergesa-gesa Tiya bersuara. Aku sedikit tergamam dengan kata-kata Tiya itu. Tak akan lah aku dengan Zyan aje yang naik gondola ini? Ah, kekoknya!

"Eh, Tiya!” Tak dapat halang jalannya lagi, gadis itu sudah pergi menjauh daripada kami. Aku hela nafas berat. Biar lah. Mungkin ada kecemasan kerana ayahnya call membuatkan riak wajah Tiya serta-merta berubah.

Zyan kemudiannya melabuhkan punggung betul-betul di sebelahku. Tak semena-mena aku perlu naik bersama Zyan. Kekok bercampur canggung saat ini hendak di pandang wajah Zyan yang betul-betul berada di sebelahku. Pandanganku lemparkan di tempat lain. Rasa canggung pula saat ini apabila bersama-sama berdua-duaan dengan lelaki ini.

Tapi, mata aku yang gatal ini tertangkap pula pada sejambak bunga ros berwarna putih, bercampur dengan bunga ros berwarna merah dan juga bunga lily berwarna putih. Cantiknya! Nampak aje muka aku selamba macam ni, tapi aku ni hati tisu juga tau walaupun muka garang hihi.

Aku sedikit terkejut apabila jambangan bunga tersebut dicapai oleh Zyan dan dia meletakkannya di atas ribaku dengan renungan yang mempesonakan jiwa. Aku pula yang terpukau. Tetapi cuba menguatkan diri sendiri.

"This is for you.”

Aku senyum kecil. Saat-saat ini tidak berani mahu memandang wajahnya.

Kami bersama-sama menikmati pemandangan terusan bersama bangunan yang berwarna-warni di kiri dan kanan kami untuk tiga minit yang pertama.

"Bella...” Lembut sahaja namaku disebut olehnya.

Aku menoleh memandangnya. Tetapi tidak sampai beberapa minit, anak mata kini berlari pada gondola yang baru sahaja berselisih dengan kami untuk meredakan kegugupan di hati.

Sewaktu perahu ini bergerak, rasa sedih pula Tiya tidak naik sekali. Kasihan dia. Tak apa, nanti kalau aku dah tahu jalan-jalan di sini akan aku bawa gadis itu ke sini untuk kali kedua.

"Saya nak minta maaf.” Zyan bersuara lagi. Aku tidak memandangnya malah aku menukar pandang memandang ke arah bunga pula. Membelek-belek bunga yang cantik ini.

"Bukan ayah awak paksa saya kahwin dengan awak. Tapi saya betul-betul sukakan awak, Bella. Saya cintakan awak daripada dulu lagi. Saya...Saya sayangkan awak. Saya rasa dah tiba masanya untuk saya luahkan perasaan saya pada awak. Saya dah anggap awak lebih daripada kawan, Bella. Awak bukan lagi kawan baik saya tapi lebih daripada kawan. I apologize if I have made you uncomfortable with my presence all this time. But, I love you, Bella.”

Dia mula bersuara meluahkan perasaannya membuatkan aku rasa tidak senang duduk. Bagaikan sekarang ini seseorang sedang meluahkan perasaannya pada kekasih hatinya. Ah, saat ini aku rasa tidak senang duduk. Hendak pandang wajah Zyan pun terasa malu.

"Saya...Saya minta maaf, Zyan. Saya betul-betul tak boleh terima awak. Saya dah anggap awak hanya kawan baik saya. Tak lebih pun daripada itu. Saya nak kita kekal sebagai kawan bukan sebagai pasangan. Saya takut sangat nanti ada yang terluka. Saya betul-betul tak boleh terima awak. Awak hanya kawan saya, kawan baik saya dari sekolah lagi. Saya harap awak faham, Zyan.” Nafas berat aku hela. Jantung makin hebat berdetak saat ini.

"Saya faham maksud awak, Bella. Sakit hati ini jika salah seorang itu tiada hati dan perasaan pada kita. Saya faham. Saya minta maaf kalau saya ada buat awak marah dan tak selesa dengan kehadiran saya ini.” Ujarnya dengan nada yang sedikit kecewa. Aku pula rasa serba salah saat ini. Memberanikan diri untuk pandang wajahnya. Tertarik? Ya, wajahnya mampu menarik para wanita. Kacak.

"Saya minta maaf kalau saya ada buat awak kecewa. Tapi, saya tak boleh terima awak, Zyan. Awak hanya kawan baik saya sampai bila-bila. Kita tetap kawan baik, kawan seperti biasa, berjumpa seperti biasa, tapi tolong saya. Saya merayu sangat-sangat dekat awak. Tolong saya batalkan rancangan ayah saya. Saya nak batalkan perkahwinan tu. Saya bukan nak bagi awak kecewa, tapi saya betul-betul tak boleh terima. Saya tak nak awak terluka apabila lepas kita kahwin hubungan kita tidak seperti sekarang. Daripada rapat terus jadi musuh. No, I don't want that.” Panjang lebar aku jelaskan perkara itu pada Zyan.

Waktu ini lah aku perlu terus-terang padanya. Biar dia tahu. Tak akan lah aku nak sakitkan hati kawan baik sendiri. Tidak. Cuma aku tidak boleh terima untuk berkahwin dengan kawan baik sendiri. Aku langsung tidak sukakannya. Takut pula nanti lepas kahwin terjadi pula perkara buruk.

Lebih baik jadi kawan baik. Kerana aku langsung tidak mempunyai hati dan perasaan terhadap Zyan. Cukup lah lelaki ini hanya sekadar kawan baik aku hingga akhir hayatku. Aku tidak mahu bermusuh dengannya hanya kerana hal kecil. Biarlah dia jumpa jodohnya lagi cantik dan lebih baik daripada aku.

"Ya, saya faham. Saya salah sebab dah terima dan setuju dengan cadangan ayah awak tu. Saya minta maaf sekali lagi, Bella. Insya-Allah, saya akan berusaha sedaya upaya pujuk ayah awak untuk batalkan cadangan ayah awak tu. Awak jangan risau tentang hal tu. Tapi, kita masih kawan kan? Awak tak marahkan saya lagi? Best friend forever?” Dia tersenyum kecil membuatkan aku juga turut tersenyum.

"Yes, best friend forever to jannah. Thank you sudi faham. Saya bukan nak sakitkan hati awak Zyan. Saya harap sangat-sangat awak tak terasa dengan kata-kata saya tu. Kalau saya ada salah cakap saya minta maaf sangat-sangat. Saya sayang awak sebagai kawan baik saya sendiri. I love you best friend.” Jujurku ikhlas daripada hati. Ya aku sayang Zyan. Sebagai kawan. Tidak lebih daripada itu. Aku sayang dia sangat-sangat. Hanya dia aje kawan baik lelaki aku yang aku ada. Kawan baik lelaki yang sudi berkawan dengan aku daripada dulu sampai sekarang. Boleh dikatakan, Zyan seorang yang rapat dengan aku. Sanggup membantu rakan baiknya saat rakan baiknya menimpa kesusahan. Bertuah orang tu siapa yang dapat memiliki Zyan.

Lelaki itu hanya senyum lebar. Dapat kulihat senyuman ikhlas dan manis. Hati saat ini sedikit lapang dan lega. Lega sangat-sangat. Bersyukur pada Tuhan semuanya dipermudahkan dan saat aku menjelaskan sesuatu perkara itu pada Zyan lidah aku tidak kelu dan tidak gagap. Alhamdulillah.

Apabila gondola kami memasuki ruang bawah jambatan, aku menjadi sedikit teruja. Kecekapan pendayung-pendayung di sini amat mengagumkan. Sedikit pun gondola yang dikendalikan tidak berlaga dengan dinding jambatan.

Lama kami berdiam diri. Menikmati pemandangan indah di depan mata. Sejuk tu memang sejuk tapi mampu membuatkan aku nyaman dan tenang. Sesekali aku menoleh memandang Zyan. Dia senyum lebar aku juga turut membalas senyumannya. Tetapi, hati masih tertanya-tanya. Dia marah aku ke? Melihat air muka dia macam kecewa. Aduh, apa yang kau dah buat ni Bella? Rasa serba salah pula saat ini.

Akhirnya, kami selamat sampai di tempat tadi di mana pertama sekali laluan yang kami jalan. Perlahan-lahan aku berdiri dan kembali naik ke atas dibantu oleh Zyan.

"Thank you.”

Lama juga lah kami di atas gondola ini, susuk tubuh Tiya langsung tidak kelihatan. Aku pula rasa tidak sedap hati. Di mana kawan baik aku ni? Takut pula jika dia sesat. Call aku pun tidak.

Kepala ditoleh ke kiri dan ke kanan. Mencari susuk tubuh yang sedang aku cari. Tiya. Haih, mana pula dia pergi ni? Aku sudah mula risau. Hilang entah ke mana pula si anak dara orang ni. Mati lah aku kalau dia hilang.

"Cari siapa?” Soal Zyan apabila melihat perubahan di wajahnya berubah menjadi gelisah.

"Saya cari Tiya. Lama juga lah kita duduk atas perahu ni. Kelibat dia pun saya tak nampak. Ke mana ya dia pergi? Takut pula kalau dia sesat.” Aku melangkah mencari dia. Zyan juga turut mengikut langkahku.

Tetapi, tidak sampai beberapa langkah aku mendengar satu suara tangisan seorang gadis. Aku tak rasa aku seorang sahaja yang dengar. Aku yakin, Zyan juga turut mendengar tangisan itu.

Kami berdua saling berpandangan. Tidak menunggu lama, aku dan Zyan terus melangkah mencari suara tangisan itu. Rasa macam kenal lah suara itu.

Terbeliak biji mataku melihat Tiya duduk di sebuah kerusi dan menangis teresak-esak sambil meraup wajah. Di tempat yang sunyi pula tu. Ya Allah, dia seorang diri sahaja duduk di sini sambil menangis. Kenapa dengan dia? Sedih tak dapat naik gondola ke apa?

Cepat-cepat aku mendapatkan Tiya. Tidak tahan melihat dia menangis. Aku tidak pernah melihat dia menangis begini. Kalau dia menangis pun jarang-jarang. Itupun menangis gatal. Kalau dia menangis betul-betul pun, dia selalu menyorokkan wajah tangisannya itu bertukar senyuman. Tapi, ini kali pertama aku melihat dia menangis teresak-esak. Ya Allah, sebak hati ini melihat dia menangis. Sumpah aku tidak suka melihat kawan baik aku menangis tersakiti.

"Tiya, kenapa ni?” Cepat-cepat aku menyoal. Nasib baik lah tiada orang.

Lembut aku memeluk tubuhnya lalu aku usap lembut belakangnya. Memberi dia tenang.

Tiya angkat wajah lalu membalas pelukanku. Erat-erat dia memeluk tubuhku sambil melepaskan tangisannya di dalam pelukanku. Mata sempat memandang Zyan, lelaki itu berwajah serius. Marah. Pasti dia tidak puas hati apabila melihat rakan baiknya sendiri menangis teresak-esak begini.

"Kenapa ni, Tiya? Siapa buat kau?” Soalku lagi. Tangisannya semakin reda. Dia meleraikan pelukan lalu menyeka air matanya.

"Mak aku...” Di pandang aku. Diketap bibir. Kenapa dengan mak dia? Masih tertanya-tanya.

"Dah tak ada.” Dia kembali meraup wajahnya. Kembali teresak-esak menangis. Dada aku terus berasa sebak. Patutlah Tiya sedih-sedih begini. Mak dia sudah meninggal dunia pada hari ini. Ya Allah, aku rasa sedih jika ada di tempat Tiya. Mahu jadi gila. Tidak dapat melihat wajah seorang ibu untuk kali terakhir sebelum ia pergi buat selama-lamanya.

Aku memeluk tubuh Tiya. Menitis jua air mataku. Sedih. Melihat wajah Zyan berubah. Daripada serius kini bertukar sedikit sedih. Simpati pada Tiya.

"Semalam baru ayah aku call cakap mak dah tak boleh nak diselamatkan. Tapi, hari ini Allah lebih sayangkan mak aku. Aku redha. Tuhan sayang mak.” Luah Tiya yang masih teresak-esak menangis. Aku menyeka hujung mataku yang mula mengalir air mata.

Patutlah tadi wajahnya berubah setelah dapat tahu yang ayahnya call. Takut dapat berita begini. Ya Allah, kasihan sahabatku. Aku doakan moga keluarga Tiya dapat dipermudahkan segala-gala urusan yang berada di sana.

*******

Hampir lama juga aku dan Zyan memujuk Tiya. Menenangkan hati gadis itu yang baru sahaja kehilangan seseorang yang paling berharga di dalam hidupnya.

Mahu memberi Tiya gembira kembali dan menjadi penghibur seperti tadi, Zyan membawa kami ke kedai makan mahu mengisi perut. Lagipun, aku memang tengah lapar sekarang ni. Pasti Tiya gembira, kerana dia suka kalau bab-bab makan ni. Tapi badan tetap kurus.

Aku sebagai kawan baik dia, sumpah aku tak boleh tengok dia sedih-sedih seperti tadi. Kini kami sedaya upaya berusaha membuat Tiya tersenyum. Zyan yang pandai bab-bab mengusik dan kenakan orang berjaya buat Tiya ketawa dan tersenyum. Tapi, ketawa dan senyum pun terpaksa. Aku faham apa yang Tiya rasa. Sakit yang teramat kehilangan orang yang kita sayang.

"Sedap?” Saja nak pujuk dia, aku mula bersuara setelah kami selesai mengisi perut. Melihat jam sudah tepat pukul 6 petang. Perlu segera pulang sebelum lewat malam.

Tiya hanya mengangguk.

"Cantiknya bunga tu. Siapa bagi?” Soal Tiya tiba-tiba. Amboi, terpandang juga ya dia pada bunga yang diberi oleh Zyan tadi. Aku memandang Zyan yang sudah tersenyum.

"Zyan bagi.” Jawabku. Wajah Tiya berubah. Berubah bertukar mengusik. Aku mencebik. Suka sangat kenakan aku. Tetapi, sebaliknya aku lega hati apabila Tiya sudah mula tersenyum dan ketawa walaupun terpaksa.

"Wow, bagi dekat kekasih hati aje? Aku punya? Kawan baik kau ni!” Kata-kata itu ditujukan pada Zyan. Aku menahan wajah yang sudah berbahang. Zyan hanya sekadar ketawa kecil. Tiya sudah acah-acah merajuk. Aku perlu tahan malu demi kawan baik aku untuk tersenyum seperti dulu.

"Hahaha, nanti aku belikan untuk kau ya. Lagi cantik daripada yang itu.” Ujar Zyan. Tiya hanya ketawa kecil.

"Macam mana? Best tak naik gondola dengan bakal suami tadi?” Soal Tiya dalam nada berbisik pada aku. Terus aku pukul lengannya. Isy, dia ni main cakap aje! Nasib baik la Zyan tak dengar.

"Kau ni! Dia bukan bakal suami aku lah! Aku jahit mulut kau tu baru tahu!” Marahku dalam nada berbisik pada Tiya. Tidak mahu memberi Zyan perasan. Lelaki itu tenang menghirup kopinya sambil bermain telefon bimbit.

"Hihi, sorry. Kau ni, psiko sangat lah. Takut aku.”

Aku ketawa kecil. Tahu takut!

********

Perut pun dah sedap di isi, kini waktu untuk pulang. Tidak boleh balik lewat malam, rasa tidak selesa pula. Nanti ada yang mengamuk singa di rumah.

Kami bersama-sama melangkah keluar daripada kedai. Aku masih menggenggam kemas satu cup coffee. Coffee memang air kegemaran aku. Hanya itu sahaja yang aku suka.

"Thank you Zyan sudi belanja aku dan Bella. Nanti kalau ada masa lagi aku pula belanja kau.” Ujar Tiya sebaik sahaja kami sudah berada di hadapan kedai ini. Mahu pulang.

"No hal lah. Untuk kawan baik aku juga. Tak adanya aku nak berkira-kira. It's oky. Simpan aje duit kau tu buat kecemasan.” Jawab Zyan tenang. Aku tersenyum mendengar. Coffee perlahan-lahan aku hirup. Membasahkan tekak.

Tetapi...

"ARGH!”

Terkejut aku mendengar jeritan itu. Suaranya garau. Keras dan mampu buat aku terkejut dan berganjak sedikit ke belakang. Buat muka tidak bersalah. Ya Allah, apa yang dah terjadi?

hai guys! Sorry lama dh x update...nana busy sikit dengan assignment...mungkin kalini update akan lambat sedikit tapi tetap update...korang jangan risau ya ^^ Jangan lupa follow nana, Komen dan vote story ni sekali ya, thank you! Bye <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience