• { BAB 21 } •

Romance Series 49049

Mahu pengsan aku melihat seluruh tubuhnya berlumuran dengan darah. Wajahnya lebam dan ada kesan luka yang banyak. Darah juga banyak berlumur di wajahnya. Sebelah tangan memegang dinding menahan diri agar tidak tumbang sebelah tangan lagi memegang tepi kiri perutnya yang keluar darah tidak henti. Baju kemeja putih yang dipakai olehnya habis berlumuran dengan darah sahaja.

Wajahnya agak kelihatan terkejut apabila aku perasan yang dia dalam keadaan begitu. Dia menjeling sekilas di pintu utama lalu berjalan pergi tanpa mempedulikan aku yang sudah perasan dia dalam keadaan begitu. Aku juga turut mengalihkan pandangan memandang tempat yang Chris pandang tadi. Patut lah dia pergi, ada sekumpulan pelatih berjalan masuk ke dalam sekolah ini.

Mungkin dia tidak mahu ada sesiapa yang melihat dia dalam keadaan begitu.

Tidak menunggu lama, aku mengaturkan langkah ke pejabatnya. Aku yakin dia berada di dalam pejabatnya saat ini.

Tidak ketuk pintu, terus diterjah ke dalam office besar nya itu. Kali ini sudah dua kali aku terkejut besar melihat dengan selambanya Chris menanggalkan pakaiannya lalu menghempaskan tubuh sasanya itu di atas sofa. Telan liur hendak aku mendekatinya. Kerana terkejut yang dia separuh seksi, sepantas kilat aku melarikan pandangan daripada memandang dia yang sudah dalam keadaan lemah terlentang di atas sofa.

Perlahan-lahan aku mendapatkan dia. Kelihatan lelaki itu jelas sedang lemah dan sedikit tercungap-cungap. Sumpah aku tidak boleh melihat dia dalam keadaan begini. Aku tetap ingin tahu apa yang sudah terjadi.

"Ya Allah, Chris! Kenapa dengan awak? Kenapa jadi macam ni? Siapa buat awak ni, Chris?” Soalku bertalu-talu tanpa memandang dia dengan nada yang begitu risau.

"Saya tak apa-apa la, Bella. I'm okay. Sikit je ni.” Tercungap-cungap dia mengungkapkan kata-kata itu. Mata terpejam rapat. Dapat kulihat halkumnya berkali-kali bergerak. Menelan liur dalam keadaan wajah yang menahan perit pada tubuhnya.

"Tak apa-apa awak cakap? Awak tahu tak awak dalam keadaan yang teruk. Berdarah-darah semua ni. Siapa buat awak?” Soalku lagi. Makin risau aku dibuatnya.

Sempat lagi dia tersenyum padaku.

"Don't worry, honey. I'm okay. Saya...saya accident tadi.” Tergagap-gagap dia mengungkapkan kata-kata terakhirnya itu.

Berkali-kali aku menggeleng kepala. Tidak percaya dengan apa yang dia cakap.

"Tak akan lah accident sampai teruk macam ni sekali. Awak kena pukul ke? Lebam teruk muka awak ni.” Ujarku lagi dalam keadaan yang sungguh gelisah risau. Aku main teka aje. Harap sangat betul. Aku tak percaya yang dia kemalangan sampai teruk begini.

Wajah Chris sedikit berubah dengan kata-kataku itu. Lama di renung anak mataku. Wajahnya berubah dingin. Serius.

"Argh!” Jerit Chris menahan kesakitan. Gelabah aku mendengar dia meraung sakit. Kalau aku ditempat dia pun aku menjerit dan tidak tahan sakit. Dia boleh lagi berjalan masuk ke dalam pejabatnya.

Allahu!

Aku yang tak boleh tengok darah lantas gelabah mencari sesuatu menutup perutnya yang makin banyak mengalir darah. Keadaan pun dah darurat. Tak akan aku kena biarkan lelaki ini begitu sahaja. Pasti la aku kena bantu dia. Nak tak nak, terpaksa la aku pandang tubuh seksinya ini.

Gelabah punya pasal, aku sudah tidak tentu arah, lantas aku main capai sahaja kotak tisu yang berada kemas di atas meja berhadapan dengan sofa yang Chris baring ini.

Banyak-banyak aku ambil tisu lalu ditekapkan di tepi perut lelaki itu. Makin mengalir darah, lagi aku tekapkan tisu banyak-banyak. Lelaki itu hanya meraung sakit saat aku tertekan perutnya. Aduh, bodohnya kau ni Bella.

Mahu tergugat imanku melihat perutnya yang berotot itu. Six pack!

Cepat-cepat aku melarikan pandangan. Allahuakbar! Apa yang kau dah tengok ni, Bella!

Lagi dicapai sehelai tisu lalu tekapkan lagi di perut lelaki itu sehinggalah tisu itu habis. Buatkan aku terkejut untuk kali ketiga apabila ada seseorang dengan kasar membuka pintu pejabat itu. Tidak ketuk pintu terus terjah bagaikan ini tempat dia.

Lantas aku berdiri. Terkebil-kebil aku memandang seorang lelaki yang bertubuh sasa, tegap dan sangat lah tinggi, berwajah serius merenung dingin ke arahku. Telan liur aku melihatnya. Ketar lutut untuk aku membalas renungannya. Kacak? Ya, sangatlah kacak. Dapat kulihat jelas anak matanya yang berwarna hazel. Cantik!

Tapi, siapakah dia?

Dia terus mendapatkan Chris. Aku melihat pulak ada lagi 2 orang lelaki yang bertubuh sasa sedang menjaga pintu seorang lagi sedang membantu Chris. Tapi, siapakah mereka?

Aku hanya berundur. Mungkin dia yang akan merawat Chris. Ah, berfikiran positive aje la, Bella!

"I'm sorry, miss. You are not allowed to wait in this room. You need to get out of here.” Lembut sahaja nada suara itu menyuruh aku keluar daripada sini. Seorang lelaki yang bersuit kemas itu mengarahkan aku agar keluar daripada bilik ini. Mungkin mereka mahu merawat Chris yang sedang sakit.

Aku hanya senyum kecil sambil mengangguk. Berjalan melangkah keluar daripada bilik ini tetapi mata sempat memandang ke arah Chris yang sedang menahan sakit dan di sebelahnya pula seperti doktor yang sedang merawat Chris. Tapi, tengok lelaki itu macam bukan doktor. Ah, lantak la. Janji dia rawat Chris sehingga lelaki itu sembuh dengan baik. Sumpah aku tidak boleh melihat lelaki itu dalam keadaan sebegitu. Sakit hatiku melihatnya.

Baru sahaja aku mahu melangkah melepasi daun pintu itu, sempat aku mengerling sekilas seorang lelaki yang sedang menjaga pintu tersebut. Wajahnya juga dingin. Tapi aku hanya nampak matanya sahaja kerana dia memakai pelitup muka berwarna hitam dan bertopi hitam. Tidak terlihat jelas wajahnya tapi melihat matanya pun aku bagaikan kenal dia siapa.

Dia juga turut membalas pandanganku. Tapi tak sampai beberapa saat dia kalihkan semula pandangannya lalu terkebil-kebil menutup daun pintu tersebut. Tinggal lah aku sendirian di luar bilik ini. Tapi, tidak akan aku pergi selagi aku tidak melihat keadaan Chris bagaimana nanti.

Aku tetap akan menunggu sehingga selesai rawatan tersebut.

*********

Hanya lantai putih bersih itu sahaja ditenung sehabis-habisan daripada tadi. Rasa bosan pun ada. Tapi kedengaran suara Chris menjerit menahan sakit mampu buat aku tidak senang duduk. Ah, risaunya aku!

Tidak akan aku pergi, aku akan tunggu di luar bilik ini sehingga selesai rawatan tersebut.

Tidak sampai beberapa minit, di dalam bilik itu tidak kedengaran apa-apa lagi. Sunyi sepi. Mungkin keadaan sudah baik dan sudah selesai.

Aku yang degil mengikut kata hati, mula bangun dari tempat duduk kerusi dan mula melangkah ke daun pintu yang tertutup rapat itu.

Tangan baru aje mahu naik mahu mengetuk daun pintu tersebut, kedengaran sayup-sayup satu suara sedang bercakap. Mati terus untuk aku membuka pintu tersebut. Kerana aku ni jenis yang ingin tahu, telinga dirapatkan di daun pintu tersebut untuk mendengar lebih jelas suara-suara mereka di dalam itu.

Hendak dengar apa yang mereka sedang sembangkan itu.

"What has happened? Is our place destroyed? What about the others?”

Suara garau itu bertanya. Aku masih fokus mendengar suara mereka. Tapi aku yakin soalan itu ditujukan pada Chris.

"Nothing.”

Ringkas sahaja jawapan itu daripada Chris.

"What? No, Chris. I don't believe about that. Please, explain to me Chris! What happen?!” Tegas suara itu memarahi Chris. Dingin suaranya. Kecut perut hendak aku dengar yang mereka sedang bertengkar.

"Nothing, Rayyan!” Giliran Chris pula meninggikan suaranya.

"Explain to me Chris!” Bentak lelaki itu buatkan kedua-dua bahuku ternaik. Jantung laju berkencang. Huh, garang juga ya lelaki yang sedang memarahi Chris itu. Aku rasa lelaki itu mungkin lelaki yang merenung aku tadi. Dingin wajahnya.

"I want to save someone and even me who was beaten by their group. Damn, this is so unfair!” Bentak Chris pula. Buatkan ternaik lagi bahuku untuk kali kedua terkejut beruk apabila kedengaran bagaikan satu kerusi jatuh ditendang oleh seseorang. Mungkin Chris menyepak atau menolak kerusi itu terjatuh untuk melepaskan kemarahannya.

Tapi, satu persoalan. Siapakah orang yang bertuah yang diselamatkan oleh Chris itu? Ah, Chris sangatlah baik orangnya sehingga dipukul teruk. Ah, sungguh kejam! Tapi, siapakah Rayyan? Aku dengar tadi Chris ada sebut nama seseorang.

Rayyan.

Siapakah lelaki itu yang bernama Rayyan?

"That girl?” Suara garau itu bertanya lagi. Dingin!

"What do you mean?” Balas Chris dengan berbalik semula pada soalan. Aku masih dengar dengan teliti. Sanggup tidak masuk kelas hanya kerana ini. Nanti pandai-pandai lah aku cipta alasan hendak diberikan pada Miss Liya nanti.

"Just because you want to save the girl from the DIAMOND group, you become like this?” Tegas suara itu memarahi Chris. Aku telan liur. Dia marah aku ke? Adakah perempuan yang dikatakannya itu ialah aku?

Adakah dia marah Chris sebab telah menyelamatkan aku daripada seseorang yang berniat jahat padaku? Ya Allah, baru aku tahu yang Chris sudah menyelamatkan aku daripada seseorang yang telah berniat jahat padaku.

Alhamdulillah!

Baru aku teringat, sebelum kami sampai ke kelas tadi ada beberapa orang mengikuti aku sebelum kami tiba di kelas. Dan wajah masing-masing bagaikan kukenal. Daripada situ kah Chris membantu aku dan lelaki itu dipukul teruk sebegini? Ah, adakah ini semua salah aku? Ya, benar. Aku telah menyusahkan dia.

Tapi, kenapa Chris dimarahi kerana telah menyelamatkan aku?

Kumpulan DIAMOND?

Siapa mereka?

"If you respond badly to their group, we will be destroyed, Chris! We will lose. Please don't find trouble with them!” Dingin suara itu buatkan kedua-dua bahuku ternaik lagi. Terkejut dengan bentakkan suara itu.

"Why? Because you're afraid of them? Please, Rayyan. We need to destroy them and not give them a direct chance!” Bentak Chris buatkan entah ke berapa kali aku mengurut dada terkejut. Otak saat ini berlaga-laga dengan banyak persoalan. Sumpah, langsung aku tidak faham.

Diam seketika. Keadaan di dalam bilik itu menjadi sunyi sepi untuk beberapa saat. Kemudian kedengaran suara dingin itu bertanya lagi.

"Who is she?”

"My lover. My life. My heart. My property. Whatever happens, she's mine and she is my future wife.”

Tergamam aku mendengar satu per satu perkataan yang keluar daripada mulut Chris sendiri. Jelas kedengarannya walaupun disebalik daun pintu bilik pejabatnya ini. Aku telan liur.

Future wife?

"Hahahahahaha!” Pecah tawa Rayyan. Kedengaran terbahak-bahak lelaki itu ketawa. Bagaikan ketawakan mengejek. Tidak percaya dengan apa yang keluar daripada mulut Chris sendiri.

"Wait. Since when are you good at making love? Aren't you not serious in romance? Are you dreaming?” Soal sinis daripada lelaki itu kepada Chris sambil melepaskan tawanya.

"I don't like you in relation to him! Break this relationship with him. Because of him, our group will be destroyed!” Tegas suara itu mengarah dan memberi amaran keras pada Chris. Mahu menitis air mataku mendengarnya.

Siapakah lelaki itu? Kejamnya dia! Kalau ikutkan hati yang sakit saat ini, mahu sahaja aku terjah masuk ke dalam bilik ini dan memberi penumbuk percuma pada lelaki kejam itu. Siapa dia nak arah-arah orang sebegitu?! Kurang ajar!

"No! I will not break our relationship. I love him!” Tegas suara Chris pula yang mencelah buatkan bahuku ternaik beberapa kali terkejut dengan suara mereka yang begitu kuat, garau dan tegas.

Tidak sampai beberapa minit, berkerut dahiku apabila mereka kembali senyap. Tetapi, buatkan aku hampir terjerit kecil apabila aku yang daripada tadi mendekatkan telinga pada daun pintu itu terkejut apabila daun pintu tersebut dibuka dengan kasar dari dalam buatkan aku hampir terpeluk tubuh seseorang.

Cepat-cepat aku jarakkan diri daripada pintu tersebut yang sudah terbuka dengan luas. Liur berkali-kali ditelan. Jantung sudah dup dap dup dap. Wajah sudah berbahang sebab sudah kantoi yang aku sedang mencuri-curi dengar perbualan mereka di dalam. Aku hanya menunduk. Menggigit bibir bawah. Ah, bodohnya kau ni Bella. Tu la, degil sangat nak curi-curi dengar perbualan mereka, kan dah mendapat!

"Err...I...I'm...I'm sorry.” Tergagap-gagap aku mengucapkan kata-kata itu.

Lelaki yang bertubuh tinggi, tegap dan bertubuh sasa sudah berada betul-betul di muka pintu ini. Merenung tajam ke arahku dengan wajahnya begitu dingin. Takut pula aku hendak memandang wajahnya yang sedang marah.

Tidak sangka pula yang buka daun pintu bilik ini ialah lelaki yang memarahi dan memberi amaran pada Chris tadi. Tak silap aku nama dia...

Rayyan.

Kerana Chris ada sebut nama Rayyan. Entah la, aku tidak tahu. Tapi, gamaknya!

Dalam beberapa saat dia merenung tajam ke arahku dan dia terus memberi isyarat pada dua orang lagi yang berada di belakangnya agar mengikutinya pergi daripada sini. Dan mereka semua terus pergi meninggalkan tempat ini.

Nafas lega aku hela panjang-panjang. Kini mata beralih memandang Chris. Dia masih tidak pakai baju malah dapat kulihat di perutnya berbalut dengan kain putih. Kesan darah masih lekat di kain tersebut. Wajahnya sudah bersih dan sudah tiada kesan darah cuma masih ada kesan luka dan lebam yang sangat teruk.

Telan liur hendak aku dekatinya. Kekok pula kalau dia dalam keadaan begitu untuk aku bertemu dengannya. Dia yang sudah faham aku tidak selesa melihat dia dalam keadaan begitu lantas mencapai baju t-shirt berwarna hitam disarung ke tubuh. Senyuman terukir di bibir.

"Come here, sweetie.”

Panggilnya apabila melihat aku masih tidak bergerak walau selangkah di luar pintu bilik pejabatnya itu.

"Err...sorry, Chris. Saya kena masuk kelas sekarang. Dah lewat, nanti saya ketinggalan latihan pula.” Ujarku gelabah apabila baru sedar tentang kelas. Melihat jam sudah mahu masuk pukul 9 pagi. Ah, sudah lewat!

Chris hanya ketawa kecil. Dia terus melabuhkan kembali duduknya di atas kerusi. Bagaikan sakit itu sudah sembuh, dia dengan lagaknya meletakkan sebelah kaki ke atas pehanya sambil memeluk tubuh.

Iya, agak bergaya melihat posisinya saat ini. Bagaikan seorang bos besar yang sedang duduk. Penuh bergaya.

Lama direnung aku di luar pintu biliknya itu sambil tersenyum senget. Ah, dia masih tidak sembuh. Tetapi kenapa melihat dia bagaikan sakit itu hanya biasa. Aku tercucuk jarum di jari pun dah menangis menahan sakit entah apa lagi dia. Melihat dia masih belum sembuh tapi tengok dia saat ini macam dah sihat sepenuhnya. Ah, aku tidak boleh melihatnya dalam keadaan begini. Dia perlu berehat dan perlu sihat sepenuhnya.

"Habis tu, tadi awak curi-curi dengar perbualan saya bersama abang saya, tak ada pulak awak terfikirkan tentang kelas tu?” Sengaja betul dia kenakan aku. Aku hanya sengih. Rasa bodoh pula, benar kata-katanya itu. Ah, malunya apabila dia perasan yang aku mencuri-curi dengar perbualan mereka tadi.

Tapi, apa?! Abang?

Jadi benarlah yang lelaki tadi itu ialah...

Abang Chris?

*********

Takut-takut hendak aku melabuhkan duduk di sebelah Chris. Tetapi jarak kami sedikit jauh. Bersyukur kerana Chris faham dan dapat menerima.

"Saya tahu awak dah dengar semua tu,” telan liur lagi. Jantung makin hebat berdetak. Dia mengeluarkan satu kotak rokok dari dalam poket seluarnya. Dibuka kotak tersebut lalu dikeluarkan satu batang rokok dan didekatkan pada bibirnya. Pemetik api di capai lalu dibakar dihujung batang rokok tersebut. Aku hanya terliti melihatnya.

Di sedut perlahan-lahan lalu dihembus mengeluarkan asap yang banyak dari dalam mulut. Sumpah ini kali pertama aku melihat dia merokok. Tidak tahu pula yang dia memang merokok. Aku yang sudah terhidu asap nya itu, terbatuk-batuk seketika.

"Hei, are you okay honey?” Dia terus memadamkan api di hujung batang rokok itu lalu memandang aku dengan penuh kerisauan. Tanpa sedar dia sudah mengusap lembut bahuku.

"Ehem-ehem...” Aku berdehem beberapa kali lalu menjarakkan diri daripadanya sedikit.

"I'm sorry.” Ucapnya. Aku hanya senyum kecil sambil menggeleng kepala menandakan yang aku baik-baik sahaja.

"Saya...Saya baru tahu awak merokok.” Akhirnya terletus jua kata-kata itu yang sedang bermain di dalam mindaku.

Chris hanya ketawa kecil.

"Seriously? Saya pernah merokok di depan awak la. Tapi, mungkin waktu itu awak tidak perasan kerana sibuk memilih bunga.” Dia ketawa lagi. Aku hanya senyum tersipu-sipu. Ah, bodohnya kau ni Bella. Tentang lelaki itu, baru hari ini kau tahu.

"Kalau awak tak suka saya hisap rokok, saya akan cuba hentikan semua ni.” Senyuman manis dihadiahkan padaku.

"Eh, jangan sampai macam tu sekali. Semua awak buat demi saya. No, saya tak nak macam tu. Nanti abang awak marah saya pulak.”

"I'm sorry. Abang saya memang macam tu. Dan kalau awak nak tahu, itulah abang saya. Nama dia Arayyan Mikael. Seperti yang saya ceritakan pada awak, dia dah memeluk Islam. Dia memang garang, tapi saya tak peduli pun dengan semua tu. Kalau dia suruh putuskan hubungan kita, saya akan membantah!”

Dingin suara Chris. Aku menelan liur lagi. Iya, aku yakin abang dia marah tentang hubungan kami. Dan Chris jadi begitu disebabkan aku. Sebab itu juga abang Chris memarahi aku sehingga menyuruh Chris memutuskan hubungan ini. Ah, kenapa sampai begitu sekali?

"Saya yang sepatutnya minta maaf pada awak. Sebabkan saya awak dah jadi macam ni. Saya tahu saya salah. Mungkin benar dengan apa yang abang awak cakap tu. Kita perlu putuskan hubungan kita. Mungkin kalau kita masih berhubungan, keadaan awak akan menjadi makin teruk.” Ujarku dalam nada sedikit kecewa. Sumpah, rasa sungguh sedih jika kami putuskan hubungan yang baru dicipta dari semalam. Dan mungkin juga jalan ini jalan yang terbaik untuk kami berdua. Aku dan dia tiada jodoh.

Buatkan aku sedikit tersentak dan tergamam apabila Chris dengan selambanya memegang kedua-dua tanganku. Wajahnya terlihat jelas sedih yang dia tidak mahu hubungan ini putus. Aku menelan liur. Jantung makin laju berkencang saat ini.

"Please, honey. Do not leave me. We shouldn't break this relationship. Please don't listen to what my brother said. Please don't go, I love you, Bella.” Kedua-dua tanganku masih kemas berada di dalam genggamannya. Seluruh tubuhku beku bagaikan terkena sumpahan menjadi batu. Sumpah ini kali pertama lelaki memegang tanganku. Jantung makin laju berdegup kencang.

"Ehem...” Aku berdehem lagi sambil menarik tangan kecil aku itu daripada di dalam genggaman kasarnya itu. Lelaki itu yang sudah sedar dengan keterlanjurannya padaku, lantas menarik semula tangannya lalu diraup wajahnya.

"Sorry.” Ucapnya terkebil-kebil menjarakkan kedudukannya denganku. Aku hanya senyum sebaris.

Kami diam seketika. Memikirkan sesuatu yang masih tidak menemukan jawapan. Seketika kemudian, aku terasa di birai mataku bagaikan basah. Memikirkan sesuatu itu buatkan aku rasa hendak menangis. Kalau hubungan kami halal, mahu sahaja aku memeluk tubuh Chris erat-erat sambil melepaskan tangisan di dalam pelukan itu. Tapi, aku salah. Aku hanya sendirian. Tiada sesiapa di sisi. Hanya mampu sedih sendiri, kecewa sendiri, terluka sendiri tanpa adanya seseorang di sisi.

"Chris.”

Panggilku padanya tanpa memandang ke arahnya. Masih menunduk kerana aku yakin, jika aku mengangkat wajah menatap mata cantiknya itu, pasti lelaki itu ingat yang aku sedang sedih.

"Yes, honey.” Nada suaranya masih tidak berubah. Bagaikan dia masih risau jika aku membuat keputusan untuk memutuskan hubungan ini dan meninggalkan dia kesendirian.

Aku menarik nafas dalam-dalam dahulu sebelum memulakan pertanyaan pada lelaki tersebut.

"Awak tak rasa menyesal ke dapat kekasih yang berbeza agama dengan awak? Saya yakin awak mahukan wanita yang cantik seperti di luar sana. Seagama dengan awak. Dan bukan dengan saya.” Aku mula bersuara dalam nada sedikit menggeletar. Menahan rasa sebak di hati. Menahan agar air mata tidak tumpah. Sedih kerana hubungan ini banyak dugaan dan halangan untuk kami berdua bersama.

Lama dia berdiam diri dahulu. Direnung wajah sisiku lama walaupun aku tidak toleh memandangnya. Hujung mata aku seka. Terasa bagaikan di kelopak mata sudah penuh dengan air mata dan tunggu masa sahaja air mata itu jatuh tumpah di pipi.

"Kenapa awak cakap macam tu? Saya tak kesah, Bella. Seperti yang saya cakap, awak cinta pertama saya. Awak gadis pertama yang telah mencuri hati saya. Saya mohon pada awak agar awak tidak membuat keputusan untuk putuskan hubungan ini dan pergi meninggalkan saya. Please, sayang.”

Perlahan-lahan aku menoleh ke arahnya. Tergamam aku mendengar ayat akhirnya itu. Lama aku merenung anak matanya. Wajahnya jelas sedang berharap padaku agar tidak pergi meninggalkannya. Aku senyum dengan serentak itu air mata jatuh jua di pipi.

"I still love you. I love you so much. I will do anything for you, sweetie. I will not let your traitors. Ti amo, mia bella.” Sambungnya lagi dengan nada suara sungguh lembut. Laju air mata mengalir dengan senyuman yang masih terukir lebar di bibir.

"Why you cry, honey? Don't be sad. I will always be by your side. I will fall when I see your tears. I will be hurt too if I see you sad. Don't be sad, honey.” Lembut dia mengungkapkan ayat itu buatkan hati aku yang tadi terasa sedih kini cair. Terubat!

Cepat-cepat aku menyeka air mata di pipi. Mencuba mengukir senyuman lebar di bibir. Hati sedikit terubat kerana pengubatnya sudah ada di depan mata.

"Thank you, Chris. Thank you so much for always being by my side.” Ucapku dengan senyuman masih mekar di bibir.

Lelaki itu juga turut mengukir senyuman manis. Pasti dia senang hati apabila melihat aku sudah baik-baik sahaja. Tetapi masih ada satu persoalan yang belum terjawab.

"Err...Saya nak tanya sikit boleh?”

Dia menjongketkan kening sebelahnya. Memberi aku peluang untuk bertanyakan soalan padanya.

"Siapa kumpulan DIAMOND? Siapa mereka?” Sumpah aku langsung tidak tahu apa-apa. Tetapi melihat wajah Chris berubah dengan riak wajah begitu dingin. Dia kembali serius. Di alihkan pandangan ke tempat lain. Tetapi dapat kulihat dia mengepal penumbuknya sehinggakan menimbulkan urat di tangannya. Ah, kenapa? Siapakah kumpulan yang bernama DIAMOND itu? Aku betul-betul ingin tahu.

*********

"People who deserve to be buried.”

Hanya ayat ringkas itu sahaja yang diberikan oleh Chris setelah aku menanyakan siapakah kumpulan yang bernama DIAMOND itu.

Agak blur jugak aku saat itu. Melihat dia bercakap itu seperti dia betul-betul tidak boleh dengar nama kumpulan itu. Wajahnya jelas serius dan dingin. Adakah itu musuhnya?

Aku masih tertanya-tanya. Dia memberi jawapan yang tidak lengkap. Tetapi aku tetap ingin tahu siapakah dia sebenarnya? Aku mahu tahu siapakah lelaki yang bernama Chris Martinez ini? Seorang lelaki perahsia!

"Hoi! Asal kau tak masuk kelas tadi? Kau dah rugi satu masa tau. Miss Liya sibuk mencari kau tadi.” Bebel Tiya saat kami sudah tamat kelas. Sekarang waktu untuk pulang. Memang rugi pun. Aku sudah ketinggalan satu latihan dalam satu masa. Ah, gara-gara mahu memastikan keadaan Chris baik-baik sahaja.

Terkebil-kebil hendakku menjawab pertanyaan Tiya itu.

"Tak ada apa-apa la. Aku pergi tandas. Sakit perut.” Bohongku berharap Tiya percaya. Tetapi gadis itu lebih bijak daripada aku yang suka beri alasan tidak masuk akal.

"Tak akan lah berak sampai 1 jam setengah. Aku berak pun ambil masa dalam 30 minit macam tu. Lama betul. Berak taik keras ke apa?” Lantas satu pukulan naik ke lengan Tiya. Gadis itu hanya ketawa terbahak-bahak. Sakit betul hati aku dengan minah ni. Dah la dia cakap kuat-kuat. Ya Allah! Malunya jika orang Malaysia yang tersesat terdengar perbualan kotor Tiya itu.

"Isy, apa ni cakap benda kotor ni. Kau ni kan!” Marahku. Tiya masih ketawa tidak henti-henti. Suka lah dia kenakan aku!

"Aku pergi tandas tadi, lepastu...”

Aduh, idea tolong la datang!

"Hai Bella, Tiya!”

Terhenti terus langkahku. Tiya yang berada di sebelahku turut terhenti langkahnya. Kami serentak menoleh memandang ke arah tuan punya suara itu.

Zyan!

Sumpah, aku betul-betul terkejut dengan kemunculannya. Manis senyumannya itu diserahkan pada kami berdua yang sudah tercegat di hadapannya.

"Eh, Zyan!” Lantas Tiya mendapatkan lelaki itu. Aku hanya memaniskan wajah dengan senyuman yang terukir di bibir.

"Hai Zyan.” Sapaku pada lelaki itu dengan senyuman manis. Dia hanya membalas senyumanku dengan renungan yang begitu dalam. Lama direnungku buatkan aku terpaku. Bagaikan ada sesuatu tersirat di balik pandangannya itu. Tapi, dapat kurasakan yang dia sedang kecewa. Pandangan yang penuh kekecewaan dan sedih jika aku pergi.

"Ehem-ehem...Dah jatuh cinta buat kali kedua ke? By the way, nak bagitahu yang Bella dah berpunya!” Ujar Tiya selamba dalam nada mengusik buatkan aku sedikit tergamam. Hal ini tidak boleh dijadikan suatu bahan komedi. Aku tidak mahu Zyan tahu yang aku sudah berpunya. Sudah tentu lah lelaki ini akan bagitahu ayah. Ah, mulut Tiya ni memang suka cakap lepas ke apa?!

Telan liur aku seketika. Melihat riak wajah Zyan yang tadi ceria berubah dengan riak wajah tidak percaya. Aku yakin dia terkejut dengan kata-kata Tiya itu. Di pandang aku sekali lagi dengan sangat lama. Wajahnya berubah sedikit serius tetapi disorokkan wajah itu dengan wajah ceria.

Palsu!

"Tiya! Kenapa kau cakap benda ni?! Kau tahu tak aku tak nak Zyan tahu tentang hal ni. Kalau dia bagitahu ayah aku macam mana?!” Sempat aku bisik pada Tiya dengan nada yang begitu marah. Wajah Zyan sedikit berkerut apabila kami berdua berbalas bisikan.

"Ops! Sorry, aku terlepas cakap. Tapi, kau jangan risau la. Dia kan kawan baik kita. Sporting kut. Nanti kita ugut la Zyan agar dia tak bagitahu ayah kau.” Bisik Tiya pula dengan idea yang langsung tidak masuk akal. Aku kenal Zyan bagaimana. Semua yang Tiya cakap tidak akan aku percaya. Ah, bagaimana ini?!

"Isy, tak guna la kau ni! Kalau ayah aku tahu, mati aku tahu tak!” Marahku lagi pada Tiya dalam nada berbisik.

"Oh, tahniah pada lelaki tu yang dah berjaya mencuri hati awak.” Tidak sinis, tidak terselit nada dendam dan juga cemburu. Malah tenang. Wajahnya tenang apabila bercakap siap dengan senyuman manis lagi. Aku telan liur sambil mengukir satu senyuman paksa.

"Err...Hehe. Kitaorang kawan aje.” Ujarku dengan senyuman manis. Sempat aku jegilkan mata ke arah Tiya. Memberi isyarat agar dia berdiam diri.

"Kalau macam tu, korang free tak sekarang? Jom kita makan.” Ajak Zyan lalu memakai kaca mata hitamnya itu. Bersedia untuk membawa kami makan bersama.

"Eh, of course la free! Boleh je!” Laju sahaja Tiya menjawab sambil menjeling sekilas padaku. Aku tahu dia sekarang tengah lapar. Sebab itu lah dia jawab laju sahaja kalau ada orang mengajak dia makan. Aku menahan tawa. Hanya sekadar setuju dan mula mengikuti langkah Zyan.

**********

"Awak dah bagitahu ayah awak ke tentang hubungan kita ni? Dia dah tahu?” Soal Zyan dengan kedua-dua keningnya terangkat. Aku telan liur. Susah untuk jelaskan perkara ini padanya.

Tiya pulak sedang pergi ke tandas. Katanya mahu melepaskan hajat yang hampir mahu terlepas. Jadi, mungkin aku akan gunakan masa ini untuk jelaskan pada Zyan. Memang aku tengah kusut fikir hendak bagaimana jelaskan pada ayah tentang hubungan kami ini agar kami tidak berkahwin.

"Err...Belum. Saya tengah cari cara untuk bagitahu ayah. Awak kena tolong saya Zyan untuk jelaskan perkara ini pada ayah. Tapi, kalau dia tahu pasti saya akan dimarahi teruk oleh ayah saya.” Keluhan kecil terlepas dari bibirku.

Zyan mengusap lembut dagunya beberapa kali. Bagaikan dia sedang mencari idea untuk membantu aku yang sedang kusut pemikiran.

"Saya rasa awak kena berterus-terang pada dia.”

Ujar Zyan setelah sekian lama kami berdua berdiam diri. Aku sekejap-sekejap memanjangkan leher memandang ke arah tandas wanita yang berada tidak jauh dari meja makan kami. Berharap Tiya masih di dalam tandas.

"Iya, itu yang saya rasa jalan yang perlu saya ambil. Berterus-terang. Tapi, kalau ayah saya marah teruk pada saya dan tetap mahu kahwinkan kita berdua macam mana? Awak pun tahu kan yang saya....” Aku hanya membiarkan ayat terakhir itu bergantung begitu sahaja. Tidak mahu beri Zyan terluka hati. Biar dia faham sendiri.

Lelaki itu hanya mengangguk sambil tersenyum sebaris.

"Mungkin saya yang kena berterus-terang padanya.”

TING!

Yeah, idea yang bernas!

Zyan yang perlu berterus-terang pada ayah yang dia tidak menyukaiku dan mahu batalkan majlis itu. Lagipun ayah pun tahu yang aku juga tidak menyukai Zyan dan tidak ingin berkahwin dengannya.

Aku senyum gembira. Dapat lah hela nafas lega. Hati sedikit lapang. Zyan hanya senyum manis. Tapi dapat kurasakan senyuman itu palsu. Adakah dia masih suka akan aku?

"Dan awak perlu bawa mana-mana lelaki berjumpa dengan ayah awak yang mengatakan awak sudah ada orang lain.”

Sambungnya lagi dengan wajah tenang. Aku telan liur. Bawa seseorang lelaki berjumpa dengan ayah? Entah kenapa, kepala aku terus teringat pada Chris. Adakah aku patut bawa lelaki itu berjumpa dengan ayah?

"Di Malaysia nanti, saya akan cuba berterus-terang pada ayah awak dan awak perlu bawa mana-mana lelaki berjumpa dengan ayah awak.” Jelas Zyan. Aku lambat-lambat mengangguk setuju.

"Saya harap ayah saya dapat terima.” Gumamku perlahan sebelum satu suara mencelah.

"Jom balik!”

Tiya yang sudah muncul hanya sengih kecil lalu mencapai begnya. Aku berpandangan seketika dengan Zyan sebelum kami bersama mengangkat punggung untuk pulang.

"Di Malaysia nanti, saya akan cuba berterus-terang pada ayah awak dan awak perlu bawa mana-mana lelaki berjumpa dengan ayah awak.”

Terngiang-ngiang kata-kata itu daripada Zyan saat ini. Sampai ke rumah pun aku masih teringat kata-katanya itu.

Lama aku merenung ke luar tingkap tersebut. Mata masih memerhatikan kota Venice yang sudah masuk waktu malam. Dihiasi dengan lampu-lampu berwarna-warni. Angin begitu lembut menyapa kulit wajah. Tapi otak tetap kusut.

Ah bagaimana ini?

Bawa Chris berjumpa dengan ayah?

Dapatkah ayah terima lelaki itu?

Lelaki Italy?

Boleh ke ayah terima untuk jadikan lelaki itu sebagai suami aku?

Suami?

Eh, apa aku cakap ni?

Tapi, kalau nak tukarkan tempat Zyan itu kepada Chris, boleh ke Chris terima aku sebagai isteri dia?

Dapat ke dia terima kekurangan pada diri aku ini?

Sudah bersedia ke dia untuk jadikan aku isteri dia?

Ah, ya Allah! Kusutnya otak aku ni! Bantulah hambaMu ini, Ya Allah. Kalau dia jodoh aku, permudahkan lah segala urusan kami. Kalau dia bukan jodoh aku, jauhkanlah dia daripada aku.

"Hoi! Jauh betul termenung. Tengah teringat dekat Mr.Chris tu ke?” Sakat Tiya sambil mencuit lembut bahuku. Aku hanya senyum kelat. Paksa untuk tersenyum walaupun sebaliknya aku tengah serabut.

"Tak ada la. Aku penat.”

"Penat? Tadi bukan main kau gelak-ketawa bila Zyan buat lawak.” Usik Tiya lagi. Aku hanya ketawa kecil. Ketawa yang dibuat-buat.

"Tiya, kalau aku ajak Chris kahwin, boleh ke dia terima?”

Akhirnya terpacul keluar soalan itu dari mulutku yang daripada tadi berlaga-laga di dalam kotak fikiran. Tiya yang tadi ketawa kecil kini tawanya terhenti. Dipandang aku dengan wajah tidak percaya. Terkejut beruk!

"Kenapa? Kau nak ajak Chris kahwin ke? Kau serius lah, Bella?” Bertalu-talu gadis itu menyoal aku. Aku hanya ketawa kecil. Lucu melihat wajah Tiya yang sudah terkejut biawak itu.

"Bukan la. Macam ni, aku dah bincang dengan Zyan cara untuk jelaskan hubungan kitaorang pada ayah. Aku yakin ayah akan marah aku. Tapi, Zyan bagi idea yang dia akan berterus-terang dengan ayah aku dan aku pula harus bawa seseorang lelaki berjumpa dengan ayah untuk menggantikan tempat Zyan. Aku rasa nak bawa Chris berjumpa dengan ayah, tapi kalau ayah terima, dapat ke Chris terima aku untuk jadikan aku isteri dia?”

Panjang lebar aku jelaskan pada Tiya. Berharap gadis itu faham apabila daripada tadi berangguk-angguk kepala saat aku jelaskan padanya. Fokus betul.

"Oh, patutlah kau tanya aku macam tu. Bella, kau jangan risau. Kalau dia tak suka kau, tak terima kau, dia tak akan luahkan perasaan dia pada kau. Entah apa lagi kau ajak dia kahwin. Mestilah dia terima dan setuju. Tapi satu aje.”

"Dia perlu memeluk Islam dahulu kerana Allah. Bukan kerana cinta. Ikhlas dari hati dia yang dia mahu masuk Islam kerana Allah SWT.”

Panjang lebar Tiya jelaskan pada aku pula. Mengeyakan kata-kata Tiya itu. Semuanya betul. Chris perlu memeluk Islam dahulu sebelum kahwin dengan aku dan dia perlu masuk Islam kerana Allah Ta'alla. Bukan kerana cinta aku dan dia.

Ya Allah, dugaan yang sangat berat bagiku. Di uji kerana telah menipu ayah. Allah! Ampunkanlah dosa hamba.

"Aku tahu kau suka dia dan dia suka kau. Jangan salahkan takdir kenapa kau dipertemukan dengan dia dan kenapa kau boleh jatuh cinta dengan dia. Anggap sahaja ini ujian daripada Allah sebelum Allah mahu berikan kau kebahagian. Ingat! Ujian berat sebegini tanpa kita sedar Allah akan hadiahkan kita kebahagian yang mampu buat kau menitis air mata kesyukuran. Sabar ya.” Ujar Tiya dalam nada memujuk aku yang sedang kusut berfikir. Tersenyum aku mendengar kata-kata Tiya itu. Lantas aku memeluk tubuh Tiya. Erat-erat aku memeluk tubuhnya.

Dia lah sahabat dunia dan akhirat aku. Tanpa dia mungkin aku akan jatuh.

"Thank you Tiya bagi aku semangat!” Ucapku sambil memeluk erat lagi tubuh gadis itu. Terasa kelopak mata mula bertakung air mata jernih.

"Kalau aku tak ada nanti, ingat pesanan aku tu ya.”

Lantas aku memukul lengan Tiya. Apa ke patut dia cakap macam tu!

"Isy, kau ni! Jangan la cakap macam tu.” Marahku lalu melepaskan pelukan.

"Betul la. Ajal, maut, jodoh, rezeki dan kebahagian tu semua kan di tangan Tuhan. Kita sebagai hambaNya perlu mengumpul amalan baik dan bersedia untuk berhadapan dengannya satu hari nanti. Mana lah tahu esok aku pergi dulu sebelum kau.” Ujar Tiya lagi sambil tersenyum manis buatkan hati aku mulai rasa tidak sedap. Minah ni kalau malam-malam memang dah mula merepek!

"Dah, dah! Jangan kau nak merepek. Jom tidur!”

Tiya hanya melepaskan tawa. Lega hati aku apabila dia sudah ketawa begini.

Aku tahu tawanya dan senyumannya semuanya palsu. Kerana sebaliknya dia masih teringat dan merindui arwah ibunya. Rasa sedih bila teringat kisah hidup sahabat aku ini. Kasihan dia. Aku sebagai sahabatnya hanya mampu berdoa dan sentiasa ada di sisinya. Memberi semangat saat dia mahu mengalah.

"Okay jap, aku nak buat coffee. Kita berdua ni kalau tak minum coffee lagi memang tak boleh tidur.”

Terlepas tawaku lagi. Iya, benar kata Tiya itu. Aku hanya mengangguk. Tahu-tahu sahaja si Tiya ini yang aku hantu coffee. Tak boleh kalau sehari tak dapat minum coffee. Rasa nak menjerit marah orang!

Tiya terus keluar daripada bilik mahu membuat coffee. Aku terus melepaskan getah rambut yang terikat kemas itu lalu punggung terus dilabuhkan duduk di birai katil. Sambil itu di dalam hati berdoa.

Moga Allah permudahkan segala urusan aku pada hari esok. Semoga aku menjumpai jawapan yang betul dan dijauhkan daripada perkara buruk.

Aamiin!

Aku mula meraup wajah. Senyuman terukir di bibir apabila tiba-tiba aku teringatkan lelaki yang bernama Chris Martinez. Ya, lelaki itu. Tapi, rasa mahu luruh jantung aku apabila melihatnya pada pagi tadi yang tubuhnya penuh dengan darah. Wajahnya banyak kesan luka.

Allahuakbar!

Aku harap sangat keadaannya baik-baik sahaja.

Menguap seketika sebelum kepala mula jatuh di atas bantal yang empuk itu.

Tiba-tiba....

TING!

Terus tidak jadi hendak aku baring. Mata dah kelat. Siapa pula yang mesej aku malam-malam ni? Memang sengaja halang aku untuk baring di atas bantal yang empuk ni ke apa?

Tidak jadi untuk aku rebahkan kepala di atas bantal, tangan kini mencapai telefon bimbit yang berada kemas di atas meja di sisi katil.

Terus aku menekan apps WhatsApp. Tertera mesej daripada Chris. Automatik senyuman terukir lebar di bibir.

ciao tesoro! - Chris.

Dia menggunakan bahasa Italy dan ayat itu ringkas membawa maksud 'Hi sayang' dalam bahasa Melayu. Aku mengukir senyuman. Macam mana aku tahu? Kerana aku sedikit demi sedikit pernah belajar dengan Chris bahasa Italy. Tak salahkan sekali-sekala rasa ingin belajar bahasa Italy.

Hi, tak tidur lagi ke? - Bella.

Aku mula menghantar mesej tersebut. Mata yang kelat tadi terasa segar apabila melihat mesej daripada Chris. Hati bagaikan ada sekumpulan rama-rama sedang berterbangan di dalam hati. Ah, kenapa aku cair pulak ni?

I don't know why, maybe I miss someone. - Chris.

Mesej daripadanya masuk lagi dan sekali lagi senyuman terukir di bibir.

Baru sahaja hendak aku membalas mesej nya, satu panggilan masuk.

Daripada Chris.

Kenapa dia hubungi aku?

Ada apa-apa hal yang dia hendak bagitahu aku ke? Kenapa tidak mesej aje?

Malas hendak berfikir panjang, aku terus mengangkat panggilan itu lalu berjalan ke balkoni. Mahu menghubunginya dalam keadaan yang tenang dan damai dengan angin malam yang sungguh lembut.

"Hello.” Sapaku sebelum dia bersuara.

"Kenapa awak call saya? Ada apa-apa hal yang penting ke untuk awak bagitahu saya?” Soalku apabila dia masih tidak bersuara.

"Why? Saya nak call dengan bidadari saya ni pun tak boleh ke hm? Tahu tak saya rindu dekat awak. Mesti awak tak rindukan saya.” Kedengaran nada suaranya jelas sedikit kecewa. Merajuk!

Aku ketawa kecil. Comel pula kalau mamat ni merajuk. Tak boleh bayangkan kalau dia buat muka merajuk. Pasti comel!

"Tak ada la. Saya pelik dan ingin tahu je.” Balasku sambil mata memerhatikan kota Venice pada waktu malam di depan mata.

"I miss you!”

Ucapan itu jelas yang dia betul-betul merindukan aku. Aku ketawa lagi. Rasa lucu. Sumpah aku tidak pernah bercinta, kalau sekali bercinta begini la jadinya. Rasa benda itu lucu.

"Why you laughing, darlin?” Soalnya. Aku masih ketawa. Tawa kecil. Takut pula kalau Tiya dengar.

"Awak ni kan kalau bab-bab ayat manis bukan main lagi kan? Sweet talker betul! Kalau awak nak tahu saya pun rindu awak jugak lah!” Sengaja aku buat suara marah. Mahu hilangkan sedikit rasa kekok itu.

"Isy, awak ni garang la. Boleh tak jangan garang sangat, nanti dah tak comel.”

Aku melepaskan lagi tawaku. Comel betul ayatnya itu. Kedengaran Chris juga turut ketawa di dalam talian tersebut.

"Bella...”

Panggilnya. Aku redakan sedikit tawaku.

"Ye...”

"You miss me?” Soalnya buatkan aku ketawa lagi sekali. Gila tak rindu? Dah la tadi jumpa dia sekejap aje. Lepastu melihat dia dalam keadaan yang luka teruk mampu buat aku hilang jantung. Terkejut!

"Mesti la saya rindu awak.” Balasku sambil ketawa kecil.

"Cuba awak pandang ke bawah,” berkerut dahiku apabila dia menyuruh aku memandang ke bawah.

Tidak menunggu lama, aku turut menunduk memandang ke bawah apartment aku ini. Mahu terlepas telefon di dalam genggamanku ini apabila melihat susuk tubuh Chris berada di bawah apartment aku. Senyumannya manis. Sumpah aku tak sangka dia ada di bawah apartment aku sekarang ni. Apa dia buat dekat sini pada malam-malam buta ni?

Terhenti terus tawaku. Riak wajahku berubah. Terkejut dengan kemunculannya!

"I love you.” Ucapnya lembut di dalam talian tersebut. Aku tersenyum. Wajah mula berbahang.

"I love you too.” Tidak tahu mengapa tubuhku mengeras, hanya mulut sahaja yang mengungkapkan ucapan itu. Aku membalas senyumannya.

"You hair so beautiful.”

Tergamam aku mendengar kata-kata itu daripadanya. Telan liur seketika. Baru aku sedar yang aku tidak bertudung sekarang ni. Terkejut juga kerana dia muncul secara tiba-tiba.

Lantas aku berlari masuk semula ke dalam bilik. Kedengaran di dalam talian itu Chris ketawa kecil. Memang sengaja mahu mengusik aku!

"Isy, awak ni! Kenapa tak cakap yang awak datang?” Marahku. Memang tengah marah pun. Dia suka sangat buat aku terkejut. Sudah la aku tidak bertudung.

"Because I want protect you. I want to make sure that you are in good condition. We don't know that people around us have bad intentions.” Ujarnya dengan nada yang begitu tenang. Aku sedikit berkerut dahi. Orang sekeliling kita mempunyai niat jahat? Aku tidak faham maksudnya itu. Siapakah orang itu?

"Oh, awak nak jadi hero saya la ni?” Aku tersenyum senget.

"Forever.”

Tergamam aku mendengar ayatnya itu. Kembali berbahang wajahku. Cair!

"Tapi, apa maksud awak dengan orang sekeliling kita yang mempunyai niat jahat? Siapa orang tu? Saya rasa saya tak ada musuh pun di Italy ni. Ke awak......”

Belum sempat aku habiskan kata-kata itu, talian tiba-tiba putus. Aku kembali melihat skrin telefon tersebut. Rasa nak aje aku campak telefon ini ke luar.

Habis beteri!

Waktu hendak ditanya soalan penting ni lah habis beteri. Sakitnya hati aku!

Aku mendengus kasar lalu mencampak telefon bimbit ke atas katil. Kembali ke luar balkoni. Sempat aku mencapai tuala untuk menutup kepala. Tidak mahu terjadi seperti tadi.

Melihat susuk tubuh Chris sudah tiada. Pasti dia sudah pergi. Ah, pasti dia ingat aku sengaja ingin memutuskan talian bersamanya.

Aku mengeluh kecil.

"Buat apa kat luar tu? Bukannya ada muka Chris pun. Tahu la rindu dia.” Tiya muncul dengan membawa dua mug. Terkebil-kebil aku memandangnya. Senyuman kelat terukir di bibir. Menyambut huluran mug yang diberikan oleh Tiya itu.

"Thanks.”

"Kau buat apa kat luar ni? Tak sejuk ke?” Soal Tiya lalu kami bersama-sama menikmati coffee yang dibuat oleh Tiya.

"Err...Tak ada la. Aku saja ambil angin malam kat sini.”

Aku cuba menafikan walaupun sebaliknya baru sahaja aku nampak Chris di bawah apartment ini. Mahu bertanya lebih lagi pada Chris tapi sudah tidak dapat kerana telefon sudah ke alam barzakh.

Tak apa la, aku harap esok kami dapat berjumpa!

Maafkan author klau slow update and abaikan sebarangan typo, just enjoy the new chapter! <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience