Dia tersenyum senget tapi bagi aku senyuman begitu terlihat senyuman sinis. Satu persoalan yang sedang berlaga-laga di dalam fikiranku, dia siapa? Dia kenal aku ke? Dan lelaki ini lah lelaki yang tadi memerhatikan aku daripada jauh itu. Ya, aku tak salah orang. Memang benar dia. Pakaiannya pun sama seperti tadi.
Siapakah lelaki yang berada di hadapanku ini?
"What you name, dear?” Soalnya buatkan aku sedikit tersentak. Terkebil-kebil aku memandang lelaki dihadapanku ini yang bernama Mark. Entah tiba-tiba sahaja dia perkenalkan diri dia walaupun aku tidak mahu tahu pun namanya.
"Err...Be...Bella.” Tergagap-gagap aku menjawab soalannya. Dia masih tersenyum.
"Hi Bella. Nice to meet you.” Ucapnya mesra sambil menghulurkan tangan padaku untuk bersalam. Aku hanya senyum manis. Mungkin dia tidak tahu yang aku seorang wanita muslim.
Lelaki yang bernama Mark itu kembali menarik tangannya. Dia kembali memandangku lama. Direnung anak mataku lama. Tapi, buatkan aku tidak selesa apabila dia merenung aku dari atas sehingga lah bawah. Dah kenapa dengan mamat ni? Siap senyum sinis lagi. Sumpah buat hati aku rasa tak sedap. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja aku berlari pergi meninggalkan dia di sini.
"Err...Have we ever met? You know me?” Laju aku bertanya setelah melihat lelaki itu semakin pelik dan mampu buat aku rasa tidak sedap hati dengan renungannya.
"Yeah, maybe.” Jawabnya ringkas.
"Oh err...maybe I forgot we ever met.” Kataku sedikit gagap. Buatkan tubuhku semakin menggigil takut apabila lelaki itu berjalan menghampiriku. Sumpah saat ini aku tidak tahu mahu lakukan apa-apa lagi. Mahu lari, tetapi lelaki itu sudah menghalang jalanku. Rasa menyesal pula kerana telah menyuruh Tiya pulang. Ya Allah, lindungi lah hamba.
"Yeah, now I've found it. You so pretty, baby. You will no longer be safe, now that I have found you.” Ujarnya sambil tersenyum sinis. Aku sedikit melangkah ke belakang apabila dia berjalan mendekatiku. Sedikit tergamam dengan kata-katanya itu. Ya Allah, siapakah dia? Adakah dia jahat? Adakah dia mahu apa-apakan aku? Tulah kau ni Bella! Degil sangat tak dengar pesanan daripada ayah. Ini tempat orang, bukan di Malaysia.
Tuhan... Lindungilah aku daripada perkara buruk yang akan terjadi.
Sumpah aku takut...
Buatkan aku rasa hendak menangis apabila ruang untuk aku lari menyelamatkan diri sudah tiada. Sedikit pun tiada. Lelaki itu sudah dekat denganku sehingga kami berdua langsung tiada ruang. Mataku tetap merenung anak matanya.
Hendak menjerit meminta tolong tetapi melihat di kawasan ini hanya aku dan lelaki itu. Sumpah aku takut. Buatkan jantung aku semakin berdegup kencang dan hampir mahu luruh apabila lelaki itu mengangkat tangannya mahu menyentuh pipiku.
Kali ini, tidak dapat tahankan lagi air mataku jatuh. Dengan serta-merta aku menepis kasar tangan lelaki itu. Mencuba hendak lari lagi tetapi lenganku dicengkam kuat olehnya lalu ditarik kasar membuatkan tubuhku terus bersandar di dinding. Wajah lelaki itu dekat dengan wajahku buatkan dapat kulihat jelas wajahnya dengan dekat. Jantung makin laju, laju dan sangat-sangat lah laju berkencang. Lelaki itu tersenyum sinis.
"Want to run hm? No. You will not be safe!” Keras nada suaranya buatkan kedua-dua bahuku sedikit naik. Air mata laju mengalir. Takut!
"What do you want? Who are you?! Please let me go!” Aku cuba memberontak apabila dia menggenggam kuat lenganku tetapi tidak berjaya untuk dileraikan.
"Rilascialo se non vuoi morire!”
Garau suara itu dan tegas. Kami berdua serentak menoleh memandang suara itu. Tersentak aku melihat Chris tiba-tiba muncul. Wajahnya jelas sedang marah. Tajam dia merenung ke arah lelaki yang berada dihadapanku ini sambil mengepal penumbuknya. Aku pula kecut perut yang melihat. Telan liur berkali-kali. Air mata laju mengalir di pipi. Tetapi tubuh tetap menggigil ketakutan.
"Hei, Chris.” Mark ketawa sambil berjalan menghampiri Chris. Sempat dia memandang ke arahku sambil mengeyitkan sebelah matanya. Gatal!
Melihat lelaki itu sudah berjauhan denganku, barulah nafas boleh tarik dalam-dalam. Sewaktu tadi, bagaikan nafas tersekat. Tetapi, fikiranku tetap bertanya. Siapakah lelaki itu? Sumpah aku langsung tidak kenal dia. Mungkin dia ada niat jahat!
"Non toccare la mia proprietà!” Tegas suara Chris. Tapi aku langsung tidak faham satu apa perkataan yang keluar dari mulut Chris. Dia menggunakan bahasa Italy. Ah, mahu aje aku menjerit. Tak faham!
"The girl is very beautiful. And remember! You still owe us, if you try to run away from us, I will kill the girl!”
Aku hanya dengar dan lihat dari jauh. Melihat wajah Chris macam nak makan orang. Wajahnya garang. Melihat lelaki yang bernama Mark itu pula sudah ketawa sambil menepuk-tepuk sebelah bahu Chris sambil tersenyum sinis.
Makin berkerut dahiku dengan kata-kata lelaki yang bernama Mark itu. Adakah Chris ada berhutang dengan lelaki yang bernama Mark itu? Tapi, aku yakin Mark bukan orang biasa-biasa. Terkejut juga aku mendengar yang dia akan bunuh aku jika Chris tidak langsaikan hutangnya. Ah, takutnya! Kenapa aku? Apa kena mengena dengan aku?
Tapi, hutang apakah yang lelaki itu tidak langsaikan lagi? Hutang duit? Atau hutang.....
"About that, you don't try to involve the girl in this!” Keras suara Chris memberi amaran. Bibirku ketap. Syukur sangat-sangat, saat aku sedang memerlukan bantuan, ada juga seseorang yang muncul dan sudi membantuku. Alhamdulillah, ya Allah. Terima kasih, Allah.
Tapi, tentang hal apa? Chris sedang bercakap tentang sesuatu hal. Hal apa sampai nak libatkan aku sedangkan aku tidak tahu apa-apa. Ah, kusutnya fikiran saat ini.
"Can I try that girl for one night to make me happy?”
Tersentak aku mendengar permintaan lelaki gatal itu. Wajah Chris berubah dengan riak wajah sinis memandang ke arahku. Sumpah aku mulai rasa tidak sedap hati. Lelaki itu benar-benar gatal. Dia gila. Tapi kenapa Chris pandang aku begitu? Senyuman sinis terukir di bibirnya sambil merenung aku atas bawah. Hati sudah terasa tidak tentu arah. Berkali-kali aku telan liur. Adakah Chris juga satu kepala dengan lelaki miang itu? Ah, tak mungkin. Dia pernah berkata, dia hormat aku. Dia hormat agama aku dan aku juga hormat agamanya. Tapi, kenapa malam ini dia lain daripada yang lain. Adakah Chris dan lelaki itu mahu....
Tak! Tidak mahu aku ungkapkan kata-kata itu. Jijik!
"Yes!” Tergamam aku seketika apabila Chris setuju dengan permintaan lelaki gatal itu. Chris tersenyum sinis sambil memandangku atas bawah.
"But sorry, she is mine, bro!”
Terbeliak biji mataku apabila melihat Chris menaikkan satu penumbuknya melekat pada tepi bibir Mark. Mark sedikit tertoleh ke tepi sambil memegang tepi bibirnya yang sudah makan dengan penumbuk Chris. Mark mengangkat wajah sambil tersenyum sinis pada Chris. Wajah Chris kali ini betul-betul berubah marah. Ini pertama kali aku melihat dia tumbuk orang. Ya Tuhan...Jantung aku makin hebat berdegup.
"Wow, it's so good. Thanks bro. See you again.” Ujar Mark sinis sambil menyeka darah di tepi bibirnya yang sudah mula mengalir. Bahu Chris ditepuk beberapa kali sambil tersenyum sinis dan sempat dia menoleh memandang ke arahku yang masih menggigil takut. Senyuman sinis terukir di bibirnya sambil merenungku tajam dan dia terus berlalu pergi meninggalkan kami berdua di sini.
Sumpah, saat ini barulah aku boleh hela nafas lega kalau tidak nafas aku seperti tersangkut. Tidak cukup oksigen. Entah apa lagi melihat Chris menumbuk lelaki itu. Terkejut! Tak cukup nafas! Jantung bagaikan nak luruh! Ah, nasib baik lah aku tak mati sakit jantung pada malam ini apabila menonton cerita aksi percuma yang berada di depan mata tadi.
Chris berjalan mendapatkan aku. Perlahan-lahan aku menggosok dada yang masih berdebar-debar. Terkejut juga apabila Chris mengatakan satu perkataan yang boleh buat jantung aku luruh. She is mine! Ah, jangan berikan maksud itu benar. Aku hanya berfikiran yang baik, mungkin Chris gunakan perkataan itu untuk menyelamatkan aku daripada lelaki miang itu.
"Dia ada apa-apakan awak ke tadi?” Soal Chris sambil menilik wajahku lama. Memerhatikan setiap inci wajahku takut kalau-kalau ada luka dibuat oleh lelaki gatal tadi.
Aku hanya senyum manis sambil menggeleng. Chris menghela nafas lega. Tetapi wajahnya betul-betul berubah apabila melihat lelaki tadi mencuba mengapa-apakan aku.
"Thank you selamatkan saya daripada lelaki gatal tu.” Ucapku sambil tersenyum manis. Chris ketawa kecil. Lucu sangat ke?
"Jom, saya hantar awak pulang ke rumah. Bahaya untuk awak jalan sorang-sorang malam-malam macam ni.” Aku hanya mengangguk. Bersyukur sangat-sangat lelaki itu muncul.
Alhamdulillah.
Memang aku takut untuk jalan seorang diri pada waktu sebegini. Elok la tu Chris muncul. Kalau tidak, memang aku tak balik ke rumah. Sumpah aku takut. Takut tiba-tiba lelaki miang tadi ikut aku sampai ke rumah. Ah, minta di jauhkan.
"Dia siapa? Saya takut la. Kenapa dia nak bunuh saya?” Soalku sewaktu kami beriringan berjalan kaki ke apartmentku. Tak perlu naik kereta pun. Dekat aje apartment itu. Hanya jalan kaki sahaja.
Sekilas aku memandang Chris di sebelahku. Wajahnya sedikit berubah dengan soalan aku itu.
PING! PING!
Ternaik bahuku apabila ada satu bunyi seperti hon kereta dari arah belakang kami. Sebuah kereta berwarna hitam berjalan perlahan-lahan disebelah kami. Perlahan-lahan aku mengurut dada. Terkejut. Gila betul pemandu kereta itu. Mungkin dia mabuk. Tapi....
Sedikit terkejut apabila pemandu di dalam kereta menurunkan cermin kereta. Dan, pemandu itu ialah lelaki miang tadi.
Mark!
Aku masih ingat namanya. Dia tersenyum sinis ke arah kami berdua. Melihat wajah Chris berubah. Tajam dia merenung Mark. Ya Allah, takutnya. Melihat mereka berdua ini seperti musuh ketat aje. Siapakah lelaki itu sebenarnya?
"A presto, Chris.” Ucap lelaki yang bernama Mark itu pada Chris. Tapi, maksudnya langsung aku tidak tahu. Senyuman sinis terukir di bibir Chris. Tak lama itu, Mark terus menaikkan semula cermin keretanya lalu bergerak pergi meninggalkan kami.
"Jom!”
Serentak itu, Chris dengan selambanya menarik pengelangan tanganku dan berjalan laju masuk ke dalam apartment aku. Berderau darahku dengan apa yang dilakukan oleh lelaki itu. Selamba sahaja dia pegang tangan aku. Nasib baik aku pakai baju lengan panjang dan dia pegang di tempat pengelangan tanganku itu berlapik. Tapi, tetap tidak boleh! Aku langsung tidak selesa.
Melihat wajah Chris jelas marah. Aku cuba menarik lenganku, tetapi dia menggenggam sedikit kuat. Aku memutuskan untuk membiarkan sahaja. Lelaki itu tengah marah, mungkin marahkan dengan apa yang dikatakan oleh Mark tadi. Aku langsung tidak faham apa yang lelaki itu cakap tadi. Kurang ajar betul!
Hampir terbeliak biji mataku apabila lelaki itu tidak cakap apa-apa terus membawa aku sampai ke depan pintu rumah apartment aku.
Sekarang tercegat lah kami berdua di depan pintu rumah. Pengelangan tanganku masih kemas berada di dalam genggaman lelaki itu. Wajah Chris terlihat dingin. Serius wajahnya buatkan aku rasa kecut perut hendak di pandang.
Perlahan-lahan aku menarik tanganku dari dalam genggaman lelaki itu. Bibir aku gigit. Berharap berjaya untuk melepaskan tanganku dari genggamannya itu.
“Lelaki tadi tu jahat. Lain kali, kalau awak terserempak lagi dengan dia atau terjumpa dengan dia jangan bercakap dengan dia. Kalau dia ajak awak ke mana-mana, please jangan ikut dia.” Keras nada suara Chris memberi pesanan pada aku. Telan liur aku seketika. Tubuh sudah menggigil takut. Marah betul lelaki itu.
"Faham tak?” Soalnya dengan nada sedikit tinggi buatkan aku yang terkejut lantas mengangguk laju-laju.
"Sorry. I...I don't like him being close to you. He's evil. I'm afraid he'll hurt you after this. If he bothers you again, you just call me.” Pesan Chris lagi. Kini nada suaranya menurun. Lembut dan perlahan. Aku hanya mengangguk. Tidak berani hendak bersuara. Lidah sudah kelu. Tubuh kaku. Mata tetap memandang wajah kacak bermata biru itu.
"Eh, Bella.” Tersentak aku apabila Tiya membuka pintu rumah. Aku hela nafas lega. Tapi, buatkan aku berkerut dahi apabila mata Tiya memandang Chris dan turun memandang pengelangan tanganku yang digenggam kemas oleh Chris.
Mahu terkeluar jantungku apabila dia perasan. Tiya mula sengih kecil. Aku dah tahu apa yang bermain fikirkan Tiya sekarang ini. Haih, geram aku dengan dia ni!
"Err...Sorry, saya bukan nak ganggu korang berdua. Tapi, saya risau tadi dengar macam suara Mr.Chris marah orang. Tu yang saya buka pintu rumah, tengok-tengok betul Mr.Chris ada bersama Bella.” Ujar Tiya panjang lebar. Wajah Chris yang tadi jelas marah kini berubah lembut. Wajahnya yang dingin itu hilang begitu sahaja. Di pandang aku sekilas.
"Oh, err...Sorry kalau saya ada ganggu awak.” Ucap Chris dengan senyuman segaris.
"It's okay. Tapi....” Meleret di hujung ayat Tiya itu sambil mata tak lepas memandang pengelangan tanganku yang masih digenggam kemas oleh Chris. Telan liur aku. Jantung makin hebat berdetak.
Chris yang perasan lantas melepaskan genggaman itu. Dia berdehem beberapa kali. Cepat-cepat aku menarik tanganku. Ya Allah, rasa berdosa sangat-sangat. Nasib aku pakai baju lengan panjang, tapi tetap tidak boleh! Aku tak boleh terima apa yang dia dah buat!
Berkali-kali Chris berdehem. Dia membetulkan kot hitamnya dan kembali memandang aku dan Tiya bergilir-gilir.
"Er...Saya balik dulu. By the way, take care Bella. Ingat pesanan saya itu.” Perlahan dan sedikit tegas di hujung ayatnya itu. Direnung anak mataku beberapa saat dan dia terus berlalu pergi.
Sekali lagi aku hela nafas lega. Lega di hati ini. Lega kerana lelaki itu menyelamatkan aku daripada lelaki miang tadi. Harap aje ada rupa yang kacak, tapi gatal!
Lega kerana Tiya cepat-cepat buka pintu dan lega lelaki itu sudah pergi. Huh...
"Amboi, siap berpegang tangan. Korang dari mana ni? Baru balik dating ek? Kalau tengah hangat bercinta pun jangan lah sampai berpegang tangan. Ingat, awak berdua tu tak halal lagi. Anak dara mana boleh balik lewat malam macam ni.” Bebel Tiya. Aku melepaskan jelingan dan berlalu masuk ke dalam rumah. Dengar si makcik Kiyah ni membebel, tak pasal-pasal telinga aku berdarah nanti.
Punggung dihempas di atas sofa. Melihat Fiqah sedang makan sambil menonton television. Amboi, fokus betul dia tengok K-drama dia tu sampaikan tak perasan aku sudah berada di sebelahnya. Dia yang sudah perasan aku, hanya sengih kecil lalu mendapatkan aku.
"Tiya, kau dah salah faham ni. Tadi aku nak balik ke rumah, ada sorang mamat miang ni datang kat aku. Sumpah, aku langsung tak kenal dia siapa dan yang pastinya aku yakin dia orang sini. Kau tahu tak dia ada niat jahat untuk sentuh aku. Nasib baik lah waktu tu Chris muncul. Kalau tak, hmm tak tahu lah apa terjadi pada aku.” Jelasku pada Tiya. Tiya masih bercekak pinggang di hadapanku. Aku tahu dia marah kerana Chris dengan tidak sengajanya memegang aku. Sumpah waktu itu pun aku tidak sedar dan lupa yang dia pegang aku sehingga dihadapan pintu rumahku. Bagaikan terkena pukau daripada lelaki itu.
Tiya sangat mengambil berat tentang aku. Sebab itulah aku sayang dia!
"Habis tu, perlu ke nak berpegang tangan bagai? Kalau dah tolong selamatkan tu, sudah lah. Sengaja betul Chris tu nak ambil kesempatan dengan kau kan! Siap la dia esok. Zyan pun tak pernah pegang kau, dia dengan selambanya pegang kau. Dia tahu kan yang kau ni muslim. Hormat lah sikit! Aku tengok dia pegang tangan kau dah macam korang berdua ni suami isteri tau! Dari pandangan aku korang macam suami isteri entah apa lagi orang yang kat bawah tu tengok korang berdua berpegang tangan. Confirm dorang ingat korang suami isteri!”
Panjang lebar Tiya membebel buatkan telinga aku perit. Aku menjeling sekilas ke arah Tiya yang sedang menarik nafas panjang-panjang selepas berjaya membebel panjang dalam satu nafas.
Aku menahan tawa. Sesekali, terlepas satu menguap. Mata dah rasa kelat. Mengantuk. Badan pulak lenguh-lenguh. Tapi, aku tak akan lupakan apa yang lelaki miang tadi itu cuba buat pada aku.
Mark!
Ya, aku ingat namanya. Matanya hijau dan kelihatan jelas saat dia mendekatiku. Trauma pula untuk aku mendekati dia atau berjumpa dengan dia selepas ini. Senyuman sinisnya mampu buat aku kecut perut. Adakah dia jahat? Tapi, apa kena mengena dengan Chris. Melihat mereka seperti musuh ketat dan Mark ada berkata Chris mempunyai hutang dengan dia. Apakah hutang itu? Aku yakin itu musuh ketat Chris. Yang buatkan aku terkejut besar apabila Chris menaikkan satu penumbuk tepat pada wajah Mark. Ah, takut pulak aku tengok kalau Chris dah mula mengamuk!
"Oi! Berangan lagi?!”
Tersentak aku dengan sergahan itu. Terkebil-kebil aku memandang Tiya. Lantas aku menggosok kedua-dua mataku. Terasa kelat, gatal mata dan mengantuk. Sambil itu aku melepaskan lagi satu menguap. Mata terus memandang jam di pengelangan tangan. Sudah tepat pukul 10 malam. Aku perlu tidur segera. Esok aku perlu masuk kelas pada awal pagi.
"Tak ada apa la. Okay la, aku nak masuk dulu nak tidur. Mengantuk.” Ujarku. Punggung terus diangkat. Tetapi belum sempat aku berdiri, Fiqah sudah sengih nakal padaku. Aku yakin dia sengaja nak kenakan aku. Satu kepala dengan si Tiya ni. Suka mengusik!
"Entah-entah kak Bella ni teringat dekat Mr.Chris kut, kak Tiya.”
Tersentak aku mendengarnya. Terus aku menjegilkan mata ke arah Fiqah yang sudah melepaskan tawa.
"Amboi! Mana dapat kuasa baca fikiran orang lain, hah?!” Marahku sambil mencubit manja pada lengan Fiqah yang masih ketawa. Tiya juga turut ketawa.
"Mana lah tahu tekaan Fiqah tu betul. Mr.Chris kan suka akak. Kalau akak nak tahu, hari itu akak tak datang ke kelas sehari dia dah cari akak tau. Kalut gila dia sewaktu tu.” Jelas Fiqah sambil tersengih mengusik.
Aku sedikit terkejut. Betul ke apa yang dikatakan oleh Fiqah ini? Chris pernah mencari aku sewaktu aku tidak datang ke kelas? Ya, aku pernah sehari tidak hadir ke kelas. Boleh percaya ke budak ni? Aku mengecilkan mata memandang Fiqah dan Tiya silih berganti. Budak berdua ni tak boleh nak percaya sangat. Suka sangat mengusik aku.
"Iya, betul. Aku tengok dia tu macam gelisah sangat sewaktu kau tak ada. Entah-entah, Chris tu dah terjatuh hati dekat kau kut, Bella. Kau apa lagi, on je la untuk buat dia jadi bakal suami kau.” Sambung Tiya pula buatkan jantung aku makin hebat berdetak.
Tidak! Aku tidak begini. Kalau cakap pasal lelaki lain dan jika Tiya mengusik aku pasti lah aku tidak sedikit pun terkejut atau jantung berdetak laju bagaikan hendak terkeluar. Entah apa lagi blushing. Tapi kalau cakap pasal Chris dan mereka suka kenakan aku dengan gunakan lelaki bernama Chris itu, pasti aku akan terasa blushing dan jantung berdetak laju. Sungguh laju. Rasa nak senyum lebar-lebar sampai ke telinga pun ada. Adakah satu perasaan ini muncul sebagai tanda....
Ah, tak! Aku tak rasa aku suka dia.
"Isy, dah la korang ni. Memandai aje cakap Chris tu suka aku la, aku ni dah terjatuh hati dengan Mr.Chris tu la. Dah lah, aku nak masuk bilik dulu. Bye! Goodnight girls.” Laju aku berjalan masuk ke dalam bilik. Terasa berbahang pula pipiku saat ini. Masuk sahaja bilik, rapat-rapat aku menutup pintu bilikku. Tubuh terus aku rebahkan di atas katil. Terasa begitu nyaman bercampur tenang kalau bayangan wajah kacak Chris menghiasi ruang mataku saat ini. Senyuman makin lebar terukir.
Chris, kalau awak nak tahu.... Sebenarnya saya suka awak!
Ah, nak sahaja aku ungkapkan kata-kata itu padanya sekarang juga. Tapi, rasa macam budak-budak pulak. Guna ayat untuk confess pada pasangan seperti ayat budak sekolah rendah. Haih, apa la kau ni Bella.
Tidak! Aku tidak mahu confess padanya. Takut sahaja aku pula yang sakit hati kerana di tolak. Aku yakin Chris tidak menyukai aku. Aku sahaja yang beria dan berangan, hm.
Pengelangan tangan di angkat. Merenung lama di pengelangan tanganku. Senyuman automatik terukir di bibir. Dia pegang aku tetapi dengan tidak sengaja. Entah la, aku rasa berbunga pula di hati ini. Tidak kasar dia menggenggam di pengelangan tanganku malah lembut sahaja dia pegang sampaikan aku tidak perasan dan tidak merasakan yang dia pegang aku sampailah kami berdua berada betul-betul dihadapan pintu rumah apartment.
Ah, blushing!
Jap, berangan sahaja la saya. Haih, sian kau Bella.
Hati sendiri mengejek!
**********
Entah mengapa, aku terasa trauma untuk pulang lewat malam. Tidak berani lagi pulang sendirian. Sumpah aku takut jika bertemu lagi dengan lelaki yang bernama Mark itu. Aku mohon pada Allah agar lelaki miang itu tidak muncul lagi.
Selesai latihan gymnastic, leher dipanjangkan mencari-cari susuk tubuh tinggi dan tegap itu. Tidak datang ke dia hari ini?
Nafas berat aku hela panjang-panjang. Entah la, rasa tiada semangat jika dia tidak ada. Sekarang waktu untuk rehat dan selepas itu latihan ballet akan bermula. Tapi, susuk tubuh dia masih tidak kelihatan dari mula aku datang ke kelas.
Oh ya, ini kan tempat dia. Suka hati dia lah nak datang ke tidak. Ini tempat dia. Yang aku sibuk nak suruh dia datang dah kenapa? Hm...
"Uit! Kau tengah cari siapa? Aku kat sini, hah.” Terkebil-kebil aku memandang Tiya yang sudah berada di sebelahku sambil meneguk air putih di dalam botolnya. Aku ketawa kecil dengan kata-kata Tiya itu.
Perasan betul si minah ni. Aku cari Chris, bukan dia.
"Mana ada aku cari kau. Tak ada masa aku nak cari kau. Lebih baik aku cari...Eh, err tak ada siapa. Jom, aku lapar la.” Lengan Tiya aku tarik untuk pergi keluar dari gelanggang gymnastik ini.
"Oh kau! Sampai hati kau cakap macam tu kat aku. Jadi sekarang kau dah tak hiraukan aku ya! Macam ni ke kawan baik sejati? Tak apa la, kau memang tak nak kawan dengan aku sebab aku ni suka bising, suka membebel, suka gelak tak ingat dunia, suka......”
Belum habis Tiya menghabiskan kata-katanya itu, aku memotong ayatnya.
"Shhhh! Mana ada aku tak hiraukan kau. Kau kan kawan baik aku. Kau sentiasa ada di mana-mana sahaja aku berada.” Ujarku ikhlas. Senyuman manis aku hadiahkan padanya sambil memberikan satu kucupan di pipi Tiya. Tiya hanya melepaskan tawa.
"Jadi, kau tengah cari siapa tadi? Macam kehilangan buah hati pulak aku tengok kau ni. Gelisah teruk!” Bebel Tiya. Aku hanya ketawa. Tetapi kenyataannya memang aku gelisah pun. Sedang mencari si dia yang masih tidak muncul.
"Err...Aku cari....” Belum sempat aku menghabiskan ayat yang tergantung itu, satu suara garau tetapi lembut kedengaran dan memotong kata-kataku di tengah jalan. Terhenti terus langkahku bersama Tiya. Terpegun aku melihat seseorang itu dihadapanku itu.
"Amboi, untung awak Tiya dapat kiss daripada sahabat sendiri. I guess, I want a kiss too. Can someone give me that?”
Tidak berkelip aku memandang dia yang berada betul-betul dihadapan kami berdua. Teguk liur seketika. Melihat senyuman manisnya mampu buat hati aku tenang. Rindu yang dipendam dari semalam kian berterbangan apabila wajah itu muncul. Akhirnya...dia muncul jua!
"Err....Kalau Mr.Chris nak kiss macam tu, Mr.Chris kena kahwin dulu dengan Bella. Confirm Mr.Chris dapat kiss daripada dia. Untuk dekat sini...” Ujar Tiya sambil menunjukkan di bibirnya.
"Pun boleh!” Sambung Tiya.
Tersentak aku mendengarnya. Lantas aku mengetam lengan Tiya. Tiya hanya ketawa kecil sambil menggosok-gosok lengannya yang sudah makan dengan ketam aku itu.
Sakan betul si Chris ni ketawakan aku. Aku hanya senyum malu-malu. Pipi aku sudah mula berbahang dan aku yakin kulit wajahku sudah bertukar warna merah. Ah, jantung pulak sudah berubah rentak makin hebat!
Melihat renungan mata Chris buatkan jantungku mahu luruh. Lama dia tenung aku. Aku hanya melarikan pandangan. Memandang ke lantai putih bersih itu. Hanya sekadar menunduk. Terasa kekok pulak saat ini.
Ini semua angkara Tiya! Sengaja betul dia mengusik aku.
"Kau ni kan, sengaja betul kenakan aku ya! Siap kau nanti!” Bisikku pada telinga Tiya sambil memberikan amaran keras padanya. Tiya hanya sengih mengusik.
"Biar la. Lagipun korang kan secocok dan sepadan untuk buat sepasang suami isteri. Aku tengok Mr.Chris tu pun macam suka kat kau. Kau tengok lah dari segi pandangan dia dekat kau, macam dah terjatuh cinta dekat kau. So, apa lagi? On je la. Kau dah dapat bakal suami untuk gantikan tempat Zyan.” Bisik Tiya pulak. Lagi sekali aku memukul lengannya.
"Auch! Sakit lah...” Adu Tiya sambil menggosok-gosok lengannya yang sudah makan dengan penamparku.
"Kenapa berbisik? Kutuk saya ke?” Soal Chris buatkan jantung aku kali kedua berdegup kencang.
"Eh, mana ada kitaorang kutuk Mr.Chris. Ni Bella kata hari ini Mr.Chris kacak. Maklumlah, hari ini Mr.Chris pakai baju kemeja yang dibeli oleh Bella.” Ujar Tiya mengusik aku lagi. Dia tersengih nakal. Geram pulak aku melihat si minah ni. Aku jegilkan mata pada Tiya memberi amaran tetapi tidak diendahkannya. Kurang asam punya budak!
"Eh, macam mana awak tahu kemeja ni Bella beli?” Soal Chris dengan riak wajah sedikit terkejut tetapi masih berwajah tenang. Tiya tersenyum senget. Aku juga turut terkejut apabila melihat dia memakai kemeja yang dibeli oleh aku untuknya pada tempoh hari lepas.
Sebab apa aku tahu? Sebab kemeja yang dibeli oleh aku itu kemeja yang mempunyai poket di tepi dada kirinya. Kemeja berlengan panjang. Kerana kemeja yang selalu dipakai oleh Chris tidak mempunyai poket di kemejanya. Hahaha, nampak sangat dia suka dengan kemeja yang aku beli ini. Hari itu kata tak suka. Cis, sombong. Tapi dia tetap terlihat kacak!
"Seriously, Bella?” Soalnya lembut sambil berjalan mendekatiku. Di jongket kening sebelahnya sambil tersenyum senget.
"Eh, err....” Sumpah aku mula gagap. Jantung makin hebat berdetak laju. Lidah kelu tidak tahu mahu ungkapkan apa-apa. Entah apa lagi dia semakin mendekat, sumpah aku rasa seperti mahu pengsan. Bau wangiannya menusuk di rongga hidungku.
"Hmmm?” Kini dia sudah betul-betul dekat dengan aku. Sumpah aku rasa badan bagaikan terkena sumpahan batu. Terkaku aku dengan merenungnya yang tinggi lampai itu. Dia sedikit menunduk memandang aku. Dapat aku lihat mata biru cantiknya itu. Ah, tenang. Tapi, jantung saat ini berdetak bagai nak gila!
"Err....Mana ada! Saya tak ada pun cakap awak kacak. Awak aje perasan. Tiya, jom. Aku lapar lah.” Lengan Tiya terus aku tarik dan melangkah pergi daripada situ.
Berderau darahku apabila lenganku dicengkam lembut oleh Chris. Tegak terus bulu romaku. Jantung makin laju, laju, laju dan laju berdetak. Wajahku serta-merta berbahang. Lantas aku berpaling menoleh memandangnya. Mencuba menarik lengan yang dicengkam lembut oleh Chris tetapi tidak berjaya. Teguk liur aku seketika.
Dia mendekatkan wajahnya pada telingaku. Makin hebat saat ini jantung buat perangai. Nafas tersekat. Tubuh terkaku bagaikan batu. Hanya hidung mencium bau wangiannya yang melekat di tubuh itu.
"Tadi awak cari saya, kan? Kenapa? Rindu dekat saya?” Bisiknya. Senyuman senget terukir di bibirnya. Mengusik! Tapi wajahnya betul-betul dekat dengan aku. Ya Allah, nak luruh jantung aku saat ini.
Sedar sahaja daripada angan-angan yang sudah sampai di langit ke tujuh, cepat-cepat aku menjarakkan wajah daripada dia. Lengan terus aku tarik kasar. Terkebil-kebil aku memandang ke tempat lain.
"Err...Saya pergi dulu.” Tidak menunggu lama, terus aku melangkah pergi. Mendapatkan Tiya yang sudah tersengih mengusik.
"Bella Brianna.” Lembut sahaja dia menyebut nama panjang aku itu. Cair pula hati aku dengan serta-merta langkahku terhenti. Senyuman cuba disembunyikan. Berlagak berwajah sombong. Sengaja nak cari pasal dengan dia.
Aku menoleh kembali memandang dia yang pemurah dengan senyuman manisnya itu.
"Saya pun nak makan. Jom, temankan saya makan. Susah untuk saya telan makanan kalau seseorang tidak ada menemani saya.” Ujar Chris dengan wajah mengharap aku menemani dia makan. Aku pun tengah lapar juga sekarang ini.
"Eh, mesti lah boleh Mr.Chris. Bella dah tentu dia setuju. Dia kata, dia memang nak keluar makan dengan Mr.Chris. Katanya, dah lama tak keluar makan dengan Mr.Chris. Rindu katanya.” Celah Tiya sewaktu aku mahu mula bersuara. Haish, sakitnya hati aku dengan Tiya ini. Rasa nak aje aku koyak-koyak mulut dia tu!
Aku jegilkan mata dekat Tiya, gadis itu hanya ketawa terbahak-bahak. Perlahan-lahan aku cuba menoleh memandang Chris. Makin laju jantung aku apabila dia tetap merenung aku. Lama dan sangat lama. Cepat-cepat aku alihkan pandangan daripadanya.
Baru sahaja Chris mahu bersuara, Tiya mencelah lagi.
"Tentang saya, Mr.Chris jangan risau. Saya tak makan sebab pagi tadi saya dah makan banyak. Jadi, Mr.Chris keluar dengan Bella aje la ya.” Ujar Tiya sambil mengeyitkan mata ke arahku. Sakit pulak hati aku saat ini!
"Really?” Soal Chris.
"It's okay. Don't worry about me. Just enjoy. Bye! Saya nak simpan barang kejap.” Ucap Tiya. Kini beralih ke arahku pulak.
"Aku yakin lah yang dia suka dekat kau, Bella. Apa-apa pun enjoy dengan dating korang berdua ni. Jangan buat hal pulak! Ingat tu! Okay, bye. Aku pergi dulu. Apa-apa terjadi nanti call aku. Bye!” Terus dia berlari anak meninggalkan aku dan Chris sambil melambai-lambai tangan ke arah aku seperti budak kecil. Aku hanya senyum kecil sambil menggeleng kepala dengan gelagat Tiya itu.
"Jom.” Makin gelisah pulak aku saat ini apabila tinggal berdua dengan Chris pulak. Ah, kekok lah pulak! Apa nak buat? Aku hanya ikuti sahaja jejak langkahnya.
********
Telan liur seketika. Mengumpul keberanian untuk bersuara setelah hampir lama kami berdua tidak bersuara sedikit pun.
Coffee latte diteguk perlahan-lahan membasahkan tekak dahulu sebelum memulakan bicara. Melihat Chris selera dengan makanan di sini. Makanan halal. Restaurant Arab. Aku menyuruh dia makan nasi beras panjang yang popular di Arab. Beras itu sangatlah mahal. Rugi jika tidak cuba. Aku juga turut makan nasi tersebut dan juga steak BBQ. Ah, sungguh menyelerakan.
Melihat Chris juga selera makan dengan makanannya. Itu pun aku yang paksa. Kalau tak, dia memang tidak akan makan makanan di sini. Paling itu pun dia hanya minum air. Seperti kopi hitam atau air yang lain. Aku tahu, dia takut mencuba makanan di sini.
Katanya ini pertama kali dia ke kedai ini. Tidak pelik la kerana dia memang orang non muslim. Memang tidak lah dia hendak ke sini. Lebih baik dia ke tempat makanan mewah di luar sana. Di Italy banyak restaurant mewah. Tetapi tidak halal. Khas untuk orang non muslim seperti Chris.
Sewaktu dia mencuba makan tadi, takut-takut dia hendak memasukkan makanan itu ke dalam mulut. Bila dia sudah kunyah dan telan. Baru dia tahu rasa sedapnya bagaimana. Tersenyum aku melihat dia makan sehingga habis satu pinggan. Lapar agaknya. Memang lapar pun dia ni kerana tadi dia ada cakap yang dia lapar dan mengajak aku untuk menemaninya makan.
Aku yang lapar pun terus tak jadi lapar. Kenyang terus melihat Chris yang selera makan bagaikan dah sebulan tidak makan.
Katanya, dia lebih selera jika ada seseorang menemaninya makan. Pernah dikatakan juga, dia teringin hendak ada ibu atau ayah duduk bersamanya sewaktu dia sedang makan seperti ibu bapa yang lain yang menemani anaknya yang sedang makan. Kasihan Chris. Kedua-dua ibu bapanya sudah meninggal dunia. Dan dia tinggal bersama abangnya.
Jadi, aku tidak berasa sedih lagi kerana di luar sana ramai lagi yang mempunyai kisah paling sedih dan perit di dalam hidupnya. Seperti Chris. Kehilangan kedua-dua ibu bapanya sejak kecil lagi dan cemburu melihat rakan-rakannya mempunyai ibu bapa yang sentiasa menyayangi anak-anak mereka. Termasuk lah aku.
Kisah aku dan lelaki itu seakan-akan sama. Dan boleh dikatakan sangat lah sama.
"Why do you look at me like that?” Suara garau itu bertanya. Terkebil-kebil aku melarikan pandangan. Malu pula aku apabila dia perasan yang aku merenung wajahnya lama.
"Kenapa tak makan? Tak sedap? Bagi saya, makanan ni terlebih sedap. Cukup rasa dan mungkin makanan ini akan menjadi makanan kegemaran saya.” Komen Chris sambil meneguk kopi hitamnya. Aku tersenyum untuk kali kedua apabila melihat pinggan nasi lelaki itu habis licin. Ya Allah, lapar betul dia ni. Dia tak makan ke apa? Tak akan lah diet. Badan pun dah kurus, sasa lagi. Tahu lah nak jaga badan agar terlihat sado walaupun kurus, tapi jangan lah sampai tak makan sebulan!
Entah lah. Aku tidak tahu adakah dia tidak makan sebulan atau setahun. Melihat dia makan tadi agak terlihat seperti dia tidak makan langsung.
"Sedap aje makanan ni. Tapi saya tak selera lah pulak.” Aku sengih kecil. Hanya mampu 3 suap sahaja, lebih itu aku tidak selera lagi. Hanya menghirup coffee latte kegemaran aku ini sahaja. Entah kenapa, melihat Chris makan pun aku dah kenyang. Mungkin aku kena tatap lelaki itu sewaktu dia sedang makan dan aku juga akan kenyang walaupun tidak menjamah makanan. Hahaha!
"So? Habiskan lah makanan tu. Awak pun cakap kan, makanan tidak boleh membazir. Tidak baik. Itu ialah salah satu sifat sombong dan keburukkan manusia. Tapi, kenapa awak tak makan? Kesian dekat makanan tu. Mesti dia menangis bila tengok awak tak makan.”
Aku ketawa kecil. Pandai pula mamat dingin beku ini buat lawak. Dan ayat itu juga pernah digunakan oleh mak ngah apabila sewaktu aku kecil dahulu, aku tidak suka makan nasi dan mak ngah selalu pujuk aku dengan ayat itu. 'Jangan tak makan nasi ni, nanti nasi menangis.'
Aku menutup mulut sambil ketawa. Lucu!
Memang betul pun. Aku pernah cakap padanya agar tidak membazirkan makanan kerana itu sesuatu keburukkan manusia, tapi melihat dia makan pun aku dah boleh kenyang. Ah, bagaimana ini?
"Tak apa, cuma saya tiada selera.” Balasku dengan senyuman kecil terukir di bibirku.
"Kena makan tau. Nanti sakit.” Blushing pulak aku dengan ayatnya itu. Ambil berat sungguh tentang keadaan aku. Tetapi aku cuba berwajah tenang.
"Baiklah, Mr.Chris yang kacak, handsome dan baik hati ini.” Aku ketawa kecil. Melihat perubahan di wajahnya. Terlepas lagi tawaku.
"So, betul lah apa yang Tiya cakap tadi? Awak puji saya kacak sewaktu di kelas tadi? Dan awak cari saya tadi kan?” Soalnya dengan bernada usikkan. Berbahang wajahku. Jantung mula berdetak laju. Nafas bagaikan tersekat. Lidah automatik kelu. Kata-kata yang tersusun rapi di dalam kepala untuk membalas kata-kata Chris hilang lesap begitu sahaja. Aku kemam bibir. Terasa kekok mula menguasai keadaan saat ini.
Kacak? Tipu lah kalau aku kata dia tidak kacak! Memang kacak teruks!
Melihat Chris menyelak beberapa helai rambut perangnya yang jatuh di dahi itu ke belakang. Kini dia menyandarkan tubuh pada kerusi sambil memeluk tubuh dan merenung aku lama walaupun aku sedikit menunduk ke bawah. Dapat aku lihat dia sedang merenung tepat ke arahku. Telan liur dan mencari idea untuk membalas kata-katanya itu.
"Err...Saya tengok awak makan tadi macam awak tak makan sebulan pula. Selama ni awak tak makan ke?” Soalku mengubah topik perbualan kami. Mengabaikan aje soalan Chris yang sudah ada jawapan itu. Aku hanya membalas jawapan itu di dalam hati.
Ya, awak terlebih kacak Chris!
"Makan aje. Tapi saya rasa makanan di sini lebih sedap. Kalah makanan di luar sana. Mahal tapi rasanya tidak sesedap makanan di sini. Kalau bertanding ini, pasti restaurant ini yang menang. The food is so delicious!” Bersungguh-sungguh dia komen makanan di sini. Aku tersenyum lebar. Masakan Arab memang sedap. Tapi, aku paling rindu masakan di Malaysia. Lagi-lagi masakan mak ngah.
"Saya pun suka makanan di sini. Tapi, saya lebih suka makanan di Malaysia. Rindu dengan masakan di sana.” Ujarku perlahan. Memang rindu yang teramat. Melihat Chris tersenyum kecil.
"Bila awak akan pulang ke Malaysia?” Soalnya tiba-tiba.
"Tak tahu lagi. Mungkin dah tamat pertandingan tu saya akan balik ke Malaysia semula.” Balasku ringkas. Tetapi hati terselit rasa sedih, kecewa dan akan sentiasa rindu dengan si dia kerana jika aku balik Malaysia, aku tidak akan dapat lagi berjumpa dengannya. Hm...
"Oh, saya jugak kemungkinan akan ke Malaysia juga.” Terkebil-kebil aku memandang Chris yang tenang menghirup kopinya itu.
Apa? Dia juga akan ke Malaysia nanti?
"Kenapa awak nak ke Malaysia?” Soalku ingin tahu. Lelaki itu hanya senyum kecil.
"Kan saya pernah bagitahu pada awak, saya juga mempunyai rumah di Malaysia dan tak la lagi mungkin saya dan abang saya akan ke Malaysia.” Balasnya buatkan aku ini rasa nak aje ketuk-ketuk kepala di meja ini. Lupa!
"Oh, ya. Hehehe, sorry saya lupa.” Ketawa paksa sambil sengih malu.
"Mungkin kita dapat berjumpa lagi selepas ini.” Ujarnya lagi buatkan kali ini jantung aku berubah detak. Makin laju ia berkencang.
Betul juga itu. Kalau tiada halangan dan ada jodoh lagi mungkin aku dapat bertemu dengannya lagi. InsyaAllah!
Tapi, dapatkah aku jumpa dia lagi selepas ini? Tak lama lagi aku akan menjadi tunang orang dan akan menjadi isteri orang. Hidup terkongkong? Ah, itu sudah pasti. Selangkah aku jejak kaki masuk ke rumah, aku tidak dibenarkan keluar rumah kecuali terdesak atau mempunyai hal-hal yang perlu diselesaikan.
"InsyaAllah, kalau kita ada jodoh.” Gumamku perlahan.
"What? Apa yang awak cakap tadi? Tak jelas.” Aku ketawa kecil. Memang lah tak jelas sebab aku cakap perlahan. Sengaja aku tidak mahu dia dengar. Nanti dia ingat aku perasan pulak. Senyuman mekar di bibir sambil menggeleng kepala.
"Bella...” Panggilnya.
"Hm?”
"Do you already have a boyfriend?” Soalnya buatkan aku yang sedang meneguk coffee latte ku hampir tersembur ke mukanya. Terbatuk-batuk aku seketika. Dada aku gosok perlahan-lahan.
"Are you okay?” Soalnya dengan nada sungguh risau. Melihat wajahnya jelas kerisauan tentangku yang sudah tersedak manja. Terkejut dengan soalannya.
"Ehem..ehem...” Aku berdehem beberapa kali. Memastikan anak tekak dalam keadaan baik. Senyuman manis aku hadiahkan padanya yang masih beriak wajah risau. Amboi, risau betul ya! Hahaha.
"No. I don't have a lover.” Jawapan untuk soalannya itu yang telah buat aku tersedak terkejut beruk tadi. Senyuman masih terukir di bibir. Wajah lelaki itu sedikit berkerut.
"Really? You're beautiful, it's impossible you don't have a lover.” Ujarnya dengan riak wajah tidak percaya. Aku sempat ketawa kecil. Rasa malu pula hendak membalas kata-katanya itu.
"Yes, really. I have no lover at all. For me, making love is just a game. And, it also allows us to be hurt, frustrated, and sad if left behind.” Ujarku dengan satu senyuman.
Iya, bercinta itu hanyalah sekadar permain perasaan. Kalau tiada jodoh, berkahwin dengan orang lain tidak guna jugak. Akan terluka juga. Tapi, hati aku juga sudah mempunyai seseorang. Ah, aku cakap aje lebih. Aku juga sudah mempunyai perasaan dekat seseorang itu. Kalau si dia berkahwin dengan orang lain kemungkinan aku juga akan terluka. Hm...
"And I hate men who like to cheat. Lie!” Sengaja aku tekankan sedikit di hujung ayatku itu sambil tersenyum senget.
Iya, aku benci pada lelaki yang kuat menipu untuk mementingkan diri sendiri. Ah, lelaki semuanya sama. Untuk kepentingan diri, sanggup menipu. Bohong agar dirinya terselamat!
Melihat riak wajah Chris sedikit berubah. Senyumannya serta-merta pudar. Tubuhnya sedikit mengeras. Kot hitamnya yang tersarung di tubuh itu dibetulkan. Kini dia memandang aku dengan senyuman palsu. Ya, aku tahu itu bukan senyuman dia. Senyumannya sangat lah manis. Melihat riak wajahnya, bagaikan dia ada sesuatu rahsia yang di sembunyikan daripada aku. Apakah rahsia itu?
"Oh...” Sepatah sahaja kata-katanya itu. Masih tersenyum palsu. Aku juga pelik. Tapi hanya mengeyakan aje.
Lama kami berdiam diri tetapi dapatku lihat lelaki itu masih merenung wajahku. Apa yang dia lihat di muka aku ini pun aku tak tahu lah. Cantik? Rasanya tidak. Bukan hendak puji diri sendiri, semua manusia tidak sempurna termasuk lah aku.
"Kenapa awak tengok saya macam tu? Ada apa-apa yang menarik ke di wajah saya ni?” Soalku sambil ketawa kecil. Lelaki itu juga turut ketawa kecil.
"Yes.” Pendek ayat itu keluar dari mulutnya. Berkerut dahiku. Apa yang menariknya? Bingung.
"Your heart.”
Dia yang melihat aku tertanya-tanya, lantas bersuara. Tersentak aku seketika. Jantung sudah buat perangai. Melihat lelaki itu tersenyum senget makin hebat jantung aku ni buat perangai. Degil!
Cepat-cepat aku alihkan pandangan daripadanya. Terus aku tertangkap pada satu susuk tubuh seseorang yang sedang memerhatikan kami berdua dari jauh. Tapi, melihat lelaki itu seperti aku kenal.
Dia yang sudah perasan aku membalas pandangannya, lantas meninggalkan tempat itu. Terus dia berjalan pergi sambil memakai topi berwarna hitam di tutup ke atas kepalanya.
"Bella? Kenapa? Awak cari siapa tu?” Soal Chris apabila dia perasan aku memanjangkan leher mencari kelibat lelaki tadi.
"Errr...Tak ada siapa. Eh, jom kita pergi dekat sana tu. Macam menarik.” Sengaja aku tukar topik. Tapi, memang ada jualan di sana. Chris yang sudah setuju lantas kami terus membuat bayaran dan keluar dari restaurant Arab ini.
Tapi, aku yakin lelaki tadi sangat lah aku kenal.
Adakah itu....
Zyan?
Share this novel