• { BAB 35 } •

Romance Series 49049

"Macam mana semalam? Korang dah okay?”

Nafas berat terlepas dari bibir. Pintu kereta GrabCar dibuka. Beberapa keping wang ringgit dihulurkan pada pemandu kereta tersebut.

"Okay kau kata? Semalam dia tengking aku, tahu tak? But, it's okay...aku tahu aku salah. Aku dah sorokkan perkara ni daripada dia. Siapa aje tak sakit hati, mestilah sakit hati. Aku salah, aku lah kena tanggung semua ni. Tapi aku tetap kena pujuk dia. Aku nak bawa dia jumpa dengan ayah dan aku nak batalkan majlis nikah aku bersama Zyan. Aku nak putus tunang.”

Ujarku bersambung talian dengan Tiya lalu membuka langkah berjalan ke pejabatku. Murid-murid pelatihku semua sudah datang dan mereka sedang merenggangkan otot.

Jadi, boleh la sekejap aku bergayut dengan si minah ni sementara anak-anak gymnastic aku sedang buat warm up dipantau oleh guru-guru yang berada di situ.

"Lah, yeke? Korang masih gaduh lagi ke?”

"Hmm...”

Beg tangan diletakkan di atas meja. Kaki berjalan ke tingkap besar. Mengambil angin sebentar di luar jendela pada pagi ini.

"Tak apa, kau cuba lagi. Aku yakin kau boleh, Bella. Kalau susah sangat kau goda dia je la. Senang sikit, mesti korang terus berbaik semula.” Ujar Tiya memberi idea yang langsung tidak masuk akal.

Aku ketawa kecil sambil menggeleng kepala.

"Kau ni, bagi idea tak masuk akal la. Kalau kau goda suami kau tu bole la lagi. Buatkan aku goda si Chris tu dia makan aku terus macam mana? Bukan kau tak tahu yang dia tu agama lain dengan kita. Dah biasa bagi dia kalau buat benda-benda ni. Mahu pregnant aku nanti.” Bebelku memarahi dia dan tidak setuju dengan idea mengarut Tiya itu.

Dalam talian itu kedengaran gelak-tawa Tiya aje. Aku turut ketawa lalu menggeleng kepala beberapa kali. Gila betul!

"Haih, keras juga hati Chris kau ni.” Ujar Tiya di dalam talian yang masih bersambung. Aku hanya tersenyum sebaris.

"Mana tidak kerasnya, aku dah tipu dia. Aku dah buat dia terluka dan aku dah buat dia marah. Siapa aje tak marah kalau dapat tahu selama ni kita dikhianati. Sebab itulah aku tak akan putus asa untuk pujuk dia.” Ujarku sambil membelek-belek cincin pemberian Chris dijari manisku ini. Masih tersarung cincin yang diberi Chris kali terakhir di Italy.

Aku tersenyum. Air mata mula bertakung di birai mata.

"InsyaAllah, kau boleh. Jangan menyerah, Bella. Aku yakin Chris masih sayangkan kau. Mana mungkin dia akan lupakan kau.” Kata Tiya terselit dengan kata-kata memberi semangat padaku.

Terubat sedikit hatiku yang tadi berasa sebak saat mengingati si dia.

"InsyaAllah. By the way, thank you. Aku nak masuk kelas dulu. Kesian dekat budak-budak tu tengah tunggu aku. Ni, kau pula bila nak masuk kelas? Tak akan tak habis lagi dengan malam pertama kau tu.” Sengaja aku menyakat Tiya yang kedengaran suaranya mula kendur.

Tawa kecilku terlepas. Kini giliranku pula sakat si makcik Kiyah ni.

"Haip! Kau ni kan...” Lepas jua tawa Tiya. Aku tahu pasti wajahnya sekarang tengah berbahang.

"InsyaAllah, minggu depan aku masuk.” Ujar Tiya.

Tidak lama kemudian, kami terus mematikan talian. Aku terus meletakkan telefon bimbit ke atas meja. Membetulkan sedikit tudung dihadapan cermin. Letak sedikit lipbam agar bibir tidak kering dan sedikit semburan pewangi rose kegemaranku.

Setelah selesai semuanya, terus aku turun ke kelas. Tersenyum aku melihat mereka sedang warm up yang tak habis-habis lagi.

Tetapi langkahku mati apabila ada satu susuk tubuh yang berada di dalam kelas itu. Seluruh tubuhku kaku, terkedu dan tersentak. Lidah kelu hendak bersuara dan jantung pula berdetak dengan sungguh hebat.

Benarkah dengan apa yang aku lihat ini?

"Hah, tu pun teacher Bella. Uncle handsome nak jumpa dengan teacher Bella, kan? Tu teacher!” Jerit salah seorang anak muridku lalu menunding jari ke arahku yang sudah tercegat di depan muka pintu kelas ini.

Chris berdiri daripada bercangkung. Dia memusingkan tubuhnya lalu mata kami bertembung. Mata hitamku bertembung dengan mata birunya. Tenang tetapi mampu buat jantungku tidak aman.

Wajah Chris dingin. Langsung tiada satu senyuman.

Chris berjalan mendekatiku beriringan dengan beberapa anak muridku yang sudah menjadi idola dan peminat uncle handsome mereka.

Aku telan liur, jantung berdegup begitu pantas saat dia menghampiriku.

"Chris....”

Lama kami bertatapan. Dia langsung tidak mengeluarkan satu suaranya. Malah renungannya begitu dingin menikam anak mataku dalam-dalam.

"Aw...awak buat apa kat sini?” Soalku dengan sedikit gagap.

Bingung.

Bagaimana dia boleh tahu tempat ini? Siapa yang dah bagitahu dia selama ini?

"Eee! Comelnya. Uncle handsome ni tenung teacher Bella macam tu sebab uncle suka teacher Bella ek?”

"Oh, lupa. Uncle handsome kata uncle boyfriend teacher Bella.”

"Sweetnya dorang!”

Beberapa suara kanak-kanak kecil itu berkata selamba di depan kami berdua, wajahku sudah mulai rasa berbahang dan aku yakin ton warna wajahku sudah bertukar dengan warna merah. Ah, selamba betul mereka cakap begitu.

Kelihatan Chris tersenyum senget ke arah mereka semua lalu ditenung aku kembali dengan hilangnya senyuman tadi. Satu senyuman langsung tidak kelihatan dan wajahnya penuh dengan kedinginan.

Pasti dia masih memarahiku lagi.

"Tiya.”

Nama itu keluar daripada mulut Chris. Aku berkerut dahi.

Tiya?

"Dia bagi alamat kelas ni pada saya. By the way, congrats. Awak dah berjaya buka kelas sendiri.” Ucap Chris sambil memerhatikan sekeliling studio ini.

Akhirnya, baru aku tahu.

Wakduh, tak terfikir pula si makcik Kiyah tu. Rupa-rupanya selama ini dia bagitahu Chris tempat kelas ini. Haih, minah ni memang nak kena! Dia tak bagitahu aku langsung pun!

Ya, aku dan Tiya ada rancang mahu buka kelas gymnastics and ballet khas untuk kids girl or boy yang minat dalam sukan gymnastics dan balet.

Dan, syukur alhamdulillah. Kami berjaya buka kelas sendiri.

Mana lah tahu satu hari nanti dapat tawaran guru gymnastic dan balet di tempat lain pula. Dapat naik pangkat!

"Oh, err...thank you. By the way, awak buat apa dekat sini?” Soalku masih bingung kenapa dia datang ke sini?

Apa yang dia mahu?

"Uncle handsome datang sini bagi kitaorang coklat ni.” Ujar salah seorang anak muridku dengan nada gembira sambil menunjukkan coklat mereka.

Aku tersenyum melihatnya.

Tapi, dia datang ke sini hanya semata-mata itu sahaja ke?

Ah, kecewa aku.

"Oh, cakap apa dengan uncle?”

"Thank you uncle handsome!” Ucap mereka semua. Aku tersenyum melihatnya.

"Welcome. And, pesan dekat orang tu, don't cheat again. And don't let me get hurt again. Because cheating does not guarantee us the truth.” Ucap Chris pada semua anak-anak muridku.

Sumpah aku terasa, hati terasa begitu sebak dan serba salah tetapi aku cuba untuk berlagak tenang. Seperti yang telah kubilang, aku tahu aku salah dan aku perlu tanggung semua ini sendiri.

Chris terus melangkah ke arahku. Betul-betul berada dihadapanku.

Aku sedikit terkaku. Jantung berdegup begitu pantas. Terkebil-kebil aku memandang anak matanya yang berwarna biru laut itu.

"Excuse me.” Ucapnya dengan mengangkat sebelah kening.

Aku yang faham yang aku telah menghalang jalannya itu, lantas kaki melangkah ke tepi. Aku sudah menghalang jalannya untuk keluar dari pintu studio ini, mana tidaknya aku berdiri di tengah-tengah pintu studio ini.

Lelaki itu terus pergi begitu sahaja, tetapi sempat aku bersuara buatkan langkahnya mati.

"Chris, awak maafkan saya? Awak masih marahkan saya ke? Saya nak minta maaf lagi sekali. Biar lah beribu kali pun saya ucapkan minta maaf pada awak, sehingga awak maafkan saya dan tak marahkan saya lagi. I'm sorry, Chris. I...i miss you.” Ucapku sambil menahan air mata agar tidak mengalir.

Dia menoleh memandangku dengan sangat lama sebelum meneruskan langkahnya pergi daripada sini tanpa mengungkapkan apa-apa patah perkataan padaku.

Aku hela nafas berat.

Huh, kau kena kuat Bella.

Cuba lagi!

Daripada dah sayang, jangan sesekali buat orang benci.

*********

"Dah pukul 6 petang. Anak murid semua dah balik. Akak balik lah dulu. Biar saya tutup semua lampu, pintu dan tingkap kelas.”

Kata Aisyah, pembantu kelas di sini. Baik orangnya dan peramah. Aku hanya menggeleng kepala. Tidak setuju. Kasihan Aisyah, sudah lah tadi aku masuk lambat ke kelas dan sepatutnya awal pagi lagi aku sudah ada di sini menyambut anak-anak muridku.

"Tak apa, Aisyah. Awak boleh balik. Biar saya yang buat semua tu. Lagipun, saya ada kerja sikit dekat sini.” Ujarku menolak agar Aisyah tidak buat semua itu.

Gadis itu akur dan dia terus meminta diri.

Sempat aku menjeling jam sekilas, sudah pukul 6.30 petang. Mungkin aku akan pulang sedikit lewat.

Beberapa maklumat penting tentang gymnastics dan balet perlu diselesaikan. Tentang kelas tentang kehadiran murid-murid dan sebagainya. Tetapi satu maklumat yang menarik perhatianku ialah tentang tawaran gymnastics and ballet di Italy.

Lama aku merenung kertas maklumat tersebut.

Dan satu nama yang menarik lebih perhatianku ialah nama pengetua gymnastics and ballet.

Mrs. Mona Pe' Nices

Macam kenal aje nama ni.

Aku menggosok mata sekejap. Mata pun dah letih.

Ah, ignore aje la tentang nama tu, Bella.

Sekarang ni tentang pertandingan gymnastics and ballet yang berada di depan mata aku ni. Sangat menarik perhatianku. Tapi bukan lagi di Venice, tempat itu akan diadakan di Florence, Italy. Wah, seronoknya.

Kalau nak ajak Tiya ni memang tak boleh, dia dengan suami dia lagi, honeymoon dia yang masih tak lepas lagi.

Okay tak kalau aku pergi sorang?

Tapi, kali ni ayah izinkan lagi ke?

Aku memang suka dengan pertandingan semua ni. Jangan dihalang, memang aku akan masuk.

Sekilas aku menjeling jam di pengelangan tanganku. Aku perlu segera siapkan tugasku apa yang patut. Sebelum itu aku perlu hubungi ayah memberitahu yang aku akan pulang lewat sedikit.

*********

Tubuh di sandar pada kerusi. Terasa tubuh saat ini sungguh lemah dan letih. Mata pula sudah berat dan tidak larat lagi hendak buka. Melihat jam di pengelangan tangan lagi beberapa minit pukul 9 malam.

Akhirnya selesai juga tugasku yang selama ini diperap. Dah lama aku tak sibukkan diri dengan selesaikan tugas semua ini kerana selama ini aku hanya perapkan dahulu hanya kerana malas. Hahahaha!

Bukan malas tapi penat.

Dah alang-alang penat, lebih baik aku tambahkan penat aku ini dengan selesai tugas yang sudah hampir siap ini. Penat itu boleh hilang dengan cara merehatkan tubuh tapi tugas ini tiada siapa hendak buat. Tiya pula sibuk dengan suaminya.

Tak akan lah hari ini kahwin esok da masuk kerja, kasihan pula makcik Kiyah itu.

Tangan lincah mengemas kertas-kertas maklumat penting dan beberapa fail lalu disusun rapi di atas meja. Beg tangan dicapai lalu kaki mula melangkah keluar daripada pejabat kecilku ini. Lampu pejabat ditutup dan pintu pejabat ditutup rapat-rapat.

Kini kaki melangkah ke lif. Pintu lif terbuka luas, kaki mengatur langkah masuk lalu butang tingkat 2 ditekan. Di mana di situ ruang kelas gymnastics dan balet. Di tingkat satu pula kafeteria untuk guru-guru pelatih dan kafeteria khas untuk anak-anak muridku.

Tak besar mana pun, sederhana aje sekolah ini.

Kemudian, semua elektrik lampu dan penghawa dingin di gelanggang gymnastics ditutup dan kini kaki melangkah pula ke studio ballet.

Beberapa sampah yang ditinggalkan oleh budak-budak bertuah yang memang tidak tinggal perangai nakalnya itu.

Kadang nak marah, tapi kena sabar. Nak marah tapi kena sabar. Hm, aku hanya mampu tersenyum.

Beberapa sampah yang terbiar di dalam studio ballet itu aku ambil lalu dibuang di tong sampah yang disediakan.

Tapi, ada satu sudut ruangan yang menarik perhatianku.

Coklat!

Lebih-lebih lagi coklat itu kegemaranku.

Coklat kinder bueno!

Terus sahaja aku capai coklat tersebut. Ada satu kertas yang tertampal di plastik coklat tersebut. Aku buka kertas tersebut lalu dibaca.

Makin berkerut dahiku saat ini.

For you! I haven't forgotten your favorite chocolate.

- Uncle handsome

Aku tersenyum lalu menekup mulut sendiri. Sudah kenal sangat nama pemberian 'uncle handsome' itu.

Tahu-tahu aje sekarang aku memang craving gila dengan coklat. Tengok budak-budak tadi dapat coklat rasa jealous pulak! Hihihi.

"Dia masih ingat.” Ucapku sendiri sambil tersenyum manis.

DUM!

Ternaik kedua-dua bahuku apabila kedengaran seperti ada sesuatu terjatuh.

Kali kedua aku terkejut lagi apabila kedengaran seperti kaca pecah.

Tidak boleh berlama-lamaan lagi, kaki mula mengatur langkah keluar daripada kelas ini. Sebelum itu, lampu semua ditutup dan daun pintu kelas juga ditutup.

Jantung berdetak hebat. Siapakah itu?

Adakah ada orang pencuri atau perompak masuk di sini?

Allahuu, bermacam-macam perkara tengah aku fikir sekarang ini. Takut pencuri!

Perlahan-lahan aku melangkah berjalan ke bunyi tersebut. Kedengaran seperti ada bunyi sesuatu di tombol pintu utama. Bagaikan ada seseorang sedang mencuba membuka pintu tersebut.

Membulat mataku melihat cermin tingkap pecah dan aku yakin ada seseorang telah berjaya masuk ke dalam.

Air mata mula bertakung di birai mata, perasaan takut mula menguasai hati.

Tidak boleh jadi lagi, aku tidak boleh berlama-lamaan di sini. Terus aku berlari ke pintu belakang di mana di situ khas untuk pintu kecemasan.

Langkahku mati seketika apabila ada satu susuk tubuh yang tidak kelihatan mukanya dan seperti dia memakai topeng berwarna hitam berjalan ke suatu arah. Terus aku sembunyi agar dia tidak kelihatan aku di belakangnya.

Lalu kaki mula mengatur langkah semula sehingga sampai ke pintu belakang tersebut.

Berjaya keluar daripada pintu tersebut, cepat-cepat aku keluarkan telefon bimbit dari dalam beg tanganku. Mahu hubungi polis segera!

Terketar-ketar tanganku mendail nombor 999.

Baru sahaja hendak aku menekan butang hijau menghubungi pihak polis, terasa mulutku ditutup dengan sehelai kain.

"ARGHH!!” Jeritku mencuba meminta tolong tetapi tidak berjaya kerana di tempat ini langsung tiada orang dan sunyi.

Aku langsung tidak tahu kain itu dia letak ubat apa tapi mataku saat ini rasa begitu berat. Mengantuk dan lemah!

Akhirnya, telefon bimbitku jatuh ke bawah. Mata mulai rasa berat. Aku cuba untuk memberontak tetapi tubuh sudah tidak berdaya lagi.

"Bella!”

Kedengaran seperti namaku disebut oleh seseorang. Sepantas itu tubuhku jatuh ke tanah dan mata hanya terbuka sedikit dan tunggu tiba masa sahaja mataku tertutup rapat.

Tetapi bagaikanku kenal suara itu.

Ya, Chris!

Walaupun mataku terbuka sedikit dan hampir hendak tutup, dapat kulihat Chris sedang berlasah orang tadi yang telah menutup mulutku dengan sehelai kain sehinggalah buat tubuhku lemah.

Lelaki itu tumbang ke bawah setelah di belasah teruk oleh Chris lalu Chris mendapatkan aku yang sudah lemah pada saat ini.

"Chris....to...tolong saya...”

Kata-kata akhir yang keluar dari mulutku sehinggalah mataku tertutup rapat-rapat.

"Ya, sayang. I'm here.” Suara Chris tetap kedengaran di peluput telingaku tetapi saat ini berasa duniaku gelap.

Dan, dapat kurasakan tubuhku bagaikan didukung oleh seseorang.

Syukur tak terkata. Akhirnya Chris muncul jua.

Tetapi....aku lemah.

Tidak dapatku lakukan apa-apa lagi.

*********

"Sayang anak mama, mama ada kat sini.”

Suara itu lembut berbisik di telingaku. Kiri dan kanan aku toleh. Tidak kelihatan dan sangatlah silau mataku apabila kelilingku berwarna putih dan ada satu pancaran lampu buatkan mataku tidak dapat buka luas.

Tetapi, dapat kulihat ada seorang wanita berjubah putih dan bertudung berwarna putih bersih berada di hadapanku. Dia berdiri membelakangiku. Aku tidak nampak raut wajahnya.

Tapi adakah itu mama?

"Mama?”

Panggilku. Aku cuba bangun untuk berjalan mendapatkan mama. Tapi terasa tubuhku sangat lemah dan tidak berdaya.

Air mata mula mengalir di pipi. Sungguh aku rindu mama. Adakah ia betul itu mama? Ya Tuhan, benarkah itu mama? Sungguh aku rindu akannya, Ya Allah.

"Ya sayang.” Suara itu lembut menyapa.

Teresak-esak aku menangis apabila dapat tahu itu mama. Tapi aku nak peluk mama, aku nak cium mama dan aku nak lihat wajah cantik mama. Tetapi kenapa rasa tubuhku berat dan lemah hendak bangun.

"Mama...Bella rindu mama. Bella nak peluk cium mama. Mama pergi mana selama ini? Sampai hati mama tinggalkan Bella. Bella rindu sangat-sangat dekat mama.” Ujarku dengan teresak-esak menangis.

"Mama minta maaf sayang. Mama dah banyak buat salah dengan Bella. Mama bodoh, Bella. Kalau mama tak ikut rancangan Bonda, mesti mama akan bahagia bersama anak mama. Mama minta maaf, Bella.” Kedengaran suara mama seperti menahan sebak.

Aku sedikit tergamam.

Rancangan Bonda?

"Mama pergi dulu ya, sayang. Mama sayang sangat-sangat dekat Bella. Bella jaga diri ya nak.”

Aku kembali teresak-esak menangis. Tidak memberi mama pergi meninggalkan aku. Aku mahukan mama. Duniaku akan gelap tanpa mama di sisi.

"Tak! Bella nak mama. Bella rindu mama. Mama tolong lah jangan pergi. Bella nak mama!” Rayuku dalam esakan tangisan.

"Maafkan mama, Bella.” Ucapan terakhir mama sehinggalah kelibat mama menghilang.

"Tak! Bella nak mama. Bella rindu mama. Jangan tinggalkan Bella, mama!” Rayuku lagi dengan teresak-esak menangis.

"MAMA!”

Jeritku dengan serentak itu mataku terbuka seluas-luasnya. Air mata mengalir laju ke pipi. Jantung berdetak begitu hebat. Nafasku naik turun.

Aku kembali menangis kerana baru sedar yang itu hanyalah mimpi.

Ya Allah, aku rindu mama!

"Sayang, hei sayang....” Terasa pipiku diusap lembut beberapa kali.

Perlahan-lahan aku membuka mata apabila terasa pipiku diusap lembut beberapa kali oleh seseorang.

"Sayang, are you okay?” Suara itu bernada sungguh risau. Aku telan liur melihat riak wajah Chris terlalu dekat denganku.

Dan yang pastinya sekarang ini apa yang dia buat di sini? Aku di mana?

Sekeliling aku pandang. Ada beberapa orang lelaki berbadan sasa berdiri di hadapan kami berdua seperti penjaga. Dan dapat kulihat yang aku berada di sebuah bilik yang sangat besar.

Ni rumah ke istana?

Sekali lagi aku pandang Chris, dengan selamba aje lelaki itu mengusap lembut pipiku. Menyeka air mataku yang sudah banjir di pipi. Aku sedikit terkedu. Dan yang pastinya posisiku saat ini aku sedang baring.

Dan kelihatannya lelaki itu berada di sebelahku.

Jantung berdegup semakin kencang.

"I'm sorry, sweetheart.” Ucap Chris, sepantas itu aku bangun daripada pembaringan.

Membulat mataku, terkejut besar. Telan liur lagi. Macam mana aku boleh berada di sini?

Ah, kepala tiba-tiba rasa begitu sakit.

Kepala yang sakit aku pegang, Chris terus mendapatkan aku tetapi aku cuba jarak dengannya. Sungguh aku tidak selesa dekat dengannya.

Ya, baru aku ingat!

Akhirnya sekali yang aku ingat, ada seseorang menutup mulutku dengan sehelai kain buatkan seluruh tubuhku lemah dan ada seseorang masuk ke dalam kelas tadi. Aku juga langsung tidak tahu siapa orang tu tetapi penyelamatku tadi ialah Chris.

Ya, lelaki ini yang selamatkan aku.

"Are you okay, sweetie?” Soal Chris risau.

"Don't worry, Chris. She is in good condition. Maybe she's still traumatized about what happened. She needs a lot of rest.” Ujar seorang wanita yang berpakaian seperti doktor itu pada Chris. Chris mengangguk kepala.

"Thank you.”

Gadis itu mengangguk kepala lalu tersenyum dan meminta diri untuk pergi. Aku masih kaku di situ. Kelihatan Chris menyuruh beberapa lelaki yang berbadan sasa yang masih setia di sisinya itu keluar daripada bilik ini.

Sumpah, saat ini aku rasa tidak selesa.

Mana tidaknya aku selesa, kami berdua ditinggalkan di sebuah bilik tidur yang sungguh besar dan mewah. Mungkin ini bilik tidur Chris.

Sumpah aku tidak selesa kami berdua ditinggalkan di dalam bilik tidur seperti ini.

Lantas aku bangun dan turun daripada katil besar itu dengan jantung yang masih berdetak hebat.

"Saya nak balik.” Ucapku lalu melangkah ke arah pintu.

Tetapi dihalang apabila lenganku dipegang lembut oleh seseorang buatkan langkahku mati.

Lagi sekali Chris memberi isyarat mata pada beberapa orang lelaki yang bertubuh sasa itu agar keluar tinggalkan bilik ini.

Akhirnya, mereka keluar dan pintu bilik tidur tersebut tertutup rapat. Tinggal lah aku dan dia di dalam bilik ini. Ya Tuhan, rasa kekoknya hanya Allah aje tahu. Aku rasa nak aje lari keluar tetapi lenganku dipegang olehnya.

Perlahan-lahan aku tarik semula lenganku dari dalam genggamannya.

"I'm sorry...”

"Kenapa awak nak kena minta maaf sedangkan saya yang perlu minta maaf pada awak dan berterima kasih pada awak. Saya dah menyusahkan awak. Saya minta maaf.” Ucapku cuba berjauhan lagi dengn lelaki itu yang sudah melangkah menghampiriku.

Aduh, dia ni tak boleh nak duduk diam ke?

Nanti kena tangkap khalwat tak pasal-pasal nanti kena kahwin free pulak!

"No, saya yang salah. Saya yang dah menyusahkan awak, Bella. I'm sorry.” Ujar Chris buatkan aku berkerut dahi. Bingung. Sedangkan aku yang dah banyak menyusahkan dia selama ini.

"Awak dah tak marahkan saya lagi?”

Entah mengapa, soalan itu pula yang keluar daripada mulutku. Ah, apa punya soalan ni? Mestilah dia masih marahkan aku tetapi kena dia meminta maaf padaku?

Chris tersenyum.

"Maybe I misunderstood you. Saya terlampau ikutkan ego, I'm sorry Bella.” Ujar Chris dalam nada kecewa. Aku tertunduk. Lelaki ini sudah berubah, dia sudah tidak marahkan aku lagi kan?

"Tak akan lah saya nak marah kat baby girl saya ni. After all, I obsessed with you, honey. Seperti yang saya cakap, saya tak nak awak dimiliki oleh orang lain. I'm the only one for you, sweetie.” Ucap Chris menggoda sambil mengenyitkan sebelah matanya. Aku tersenyum tersipu-sipu malu. Malu-malu kucing!

"Err...And awak kena berterima kasih pada kawan baik awak tu.” Ujar Chris lagi buatkan aku berkerut dahi.

"Tiya? Kenapa?”

Tak perlu disoal lagi kut, aku dah tahu kenapa tapi saje nak tanya nak ambil kepastian.

"Dia yang ceritakan semua ni. Ayah awak garang dan kalau dia nak kahwinkan awak dengan seseorang tu hanya seseorang tu aje yang boleh berkahwin dengan awak atas pilihan ayah awak. I'm sorry again sebab tak bagi peluang pada awak untuk jelaskan perkara ni.” Cerita Chris buatkan aku rasa nak aje pergi jumpa Tiya sekarang dan belanja di barang-barang mekup untuk dia.

Ah, aku patut berterima kasih pada Tiya!

"Tak apa, saya tahu saya salah. Saya dah tipu awak. Saya pun nak minta maaf. Tapi, awak jangan risau. Majlis tu hampir nak batal sebab saya dah janji pada ayah saya yang saya nak bawa awak berjumpa dengan ayah saya. Dia nak kenal dengan awak, kalau ada rezeki kita boleh kahwin.” Ujarku dengan nada sedikit gembira.

Chris tersenyum lebar. Terlihat wajahnya juga sudah berubah. Yang semalam aku jumpa dia berwajah ketat dan dingin, tetapi kini wajahnya berubah dengan sungguh ceria. Senyumannya cukup bahagia.

"Sure! Bila saya boleh jumpa dengan ayah awak?” Soal Chris teruja.

"Maybe, tomorrow.” Ucapku turut gembira.

Keadaan sudah semakin pulih. Aku tersenyum sambil menghela nafas lega.

TOK! TOK! TOK!

Aku sedikit tersentak mendengar ketukan pintu tersebut. Kami berpandangan seketika dan tidak lama kemudian Chris berjalan ke arah daun pintu bilik tersebut.

Dibuka tombol pintu tersebut dan selepas itu aku hanya perhatikan sahaja dari jauh yang Chris sedang bercakap dengan seorang lelaki berbadan sasa itu.

Aku sedikit tertanya-tanya....

Kenapa Chris mempunyai orang sekeliling. Seperti bodyguard. Dan aku yakin Chris bukan seorang lelaki biasa, dia bukan calang-calang orang. Tengok abang dia yang mengerunkan itu sudahku dapat anggap sesuatu.

Ah, ignore aje la Bella. Overthinking terlebih pula kau ni. Mungkin itu bodyguard peribadi Chris.

"Bella, jom saya hantar awak balik.”

Chris kembali menghampiriku sambil menghulurkan tangannya padaku. Berkerut dahiku seketika, lantas aku memandang jam di pengelangan tanganku.

Membulat besar mataku saat ini.

Sudah tepat pukul 12 tengah malam. Lamanya aku tidak sedarkan diri tadi.

"Dah lewat!” Ucapku sendiri dengan nada terkejut. Ayah pasti risau akanku.

"Lama ke saya tak sedarkan diri tadi?” Soalku risau.

Lelaki itu mengangguk kepala sambil tersenyum.

"Lebih kurang 3 jam macam tu. Lagipun, awak kena banyak berehat.” Ujar Chris tenang.

Tiba-tiba aku rasa seram sejuk. Jadi, 3 jam tu la aku terbaring di atas katil bersama lelaki itu yang setia bersamaku?

Ya Tuhan, adakah benar dengan apa yang aku sangkakan ini?

Ah, tidak!

Chris bukan lelaki seperti itu.

******

Turun sahaja dari bilik tidur besar itu, mahu terlopong luas aku melihat sekeliling rumah besar ini. Nak cakap banglo 4 tingkat, tidak juga. Nak cakap seperti istana, mungkin ya.

Tapi rumah ini lebih cantik, mewah dan sangat besar.

Sumpah aku terkejut melihat rumah besar ini yang dimiliki oleh Chris. Business man yang berjaya!

Tak berkelip mataku melihat sekeliling rumah ini. Aku rasa kalah rumah Dato Alif Syukri kalau nak dibandingkan dengan rumah besar Chris ini kerana rumah Chris lebih besar dan sangat cantik.

Saat aku dan Chris beriringan berjalan menuruni tangga, beberapa orang yang berada berdekatan dengan kami menunduk hormat ke arah aku dan Chris. Aku tersenyum sambil membalas tundukan hormat mereka semua.

Sungguh aku rasa tidak selesa, dah macam Permaisuri dan Raja saat kami berjalan beriringan begini.

Sehinggalah kami sudah berjalan keluar dari rumah besar ini, ada sebuah kereta alphad berwarna hitam parkir dihadapan kami berdua. Chris menjemput dahulu untuk aku masuk ke dalam kereta setelah itu dia pula yang masuk ke dalam kereta.

Kali ini, bukan Chris yang memandu malah ada seorang pemandu yang akan memandu kereta tersebut.

Saat kereta mula bergerak, tak lepas-lepas aku memandang ke luar tingkap melihat rumah besar itu.

Adakah aku salah lihat? Jantung berdetak semakin hebat dan bagaikan hendak luruh saat mataku tersalah pandang.

Seorang lelaki berkemeja putih dan berkaca mata hitam. Pakaiannya agak santai tapi wajahnya memang tak santai. Renungan dingin dan berwajah marah. Lama dia merenung ke arahku yang masih merenungnya dari tingkap kereta ini.

Dan yang paling tepat lelaki itu ialah....

Tuan Rayyan.

Dia sudah nampak aku. Pasti akan tambah kemarahannya saat ini.

"Why, honey?” Soal Chris apabila perasan yang aku asyik merenung ke luar tingkap dengan sangat lama.

Aku menoleh memandang Chris sambil menggeleng kepala dengan senyuman yang terukir di bibir.

"Err...Rumah awak. Cantiknya. Besar pulak tu, dah macam istana.” Ujarku teruja.

Memang terkejut. Ini pertama kali aku tengok rumah Chris di Malaysia. Di Italy belum lagi dan mungkin suatu hari nanti saat aku sudah berkahwin dengan Chris. Hihihi!

Chris ketawa kecil.

"Ini bukan rumah saya. Ini rumah uncle saya yang menjaga saya dahulu saat saya kecil di Malaysia.” Cerita Chris buatkan aku mengangguk faham.

Betul-betul kaya uncle Chris ni. Untung Chris dan abangnya. Dari kecil memang sudah dapat hidup senang.

"Untung awak dan abang awak. But now, mana uncle awak?” Soalku ingin tahu. Ada banyak lagi yang aku tak tahu tentang lelaki ini.

"Dia dah mati. Akibat sakit jantung.” Jelas Chris sambil tersenyum kelat.

Mungkin dia sedih bila cakap pasal pakciknya itu yang telah menjaganya dahulu sewaktu kecil dan mungkin juga dia paling rapat dengan pakciknya itu.

Aku mula rasa serba salah apabila wajah Chris berubah sedih.

"Oh, sorry. Saya tak tahu pulak yang uncle awak dah meninggal dunia.” Ucapku dengan rasa serba salah.

Seperti biasa, Chris hanya senyum manis.

"It's okay. By the way, saya nak pesan dengan awak. Elakkan diri daripada bertembung dengan abang saya. Kalau boleh jangan terserempak dengan dia. He doesn't need to know about we relationship.” Pesan Chris buatkan aku tersentak.

Tadi baru aje bertentang mata dengan abang singa dia dan saat aku hendak ke tempat kerja Chris pun sudah terserempak dengan lelaki itu.

Aku telan liur.

Bagaimana hendak mengelak kalau lelaki itu sudah tahu kehadiranku di dalam hidup adiknya.

"Sweetie, are you okay?”

"O...ok.” Jawabku gagap sambil tersengih.

********

Mata hanya merenung ke luar tingkap. Hati begitu resah saat ini. Risau ayah akan mencari aku. Mahu hubungi ayah, telefon bimbitku sudah habis beteri.

Tiba-tiba kepala kembali teringatkan kejadian tadi. Macam mana Chris boleh muncul? Siapa orang yang menutup mulutku dengan kain itu? Pelbagai persoalan berlaga-laga di kotak fikiranku saat ini.

Bingung.

"Chris....”

"Yes, sweetie.”

"Siapa orang tu?”

Berkerut dahi Chris, tetapi seketika tubuhnya mengeras. Bagaikan sudah faham dengan maksud disebalik soalanku itu.

"I mean, kejadian tadi. Siapa orang menutup mulut saya dengan kain tu? Dan macam mana awak boleh muncul?” Soalku bertubi-tubi.

Kalau boleh, malam ini juga semua persoalan yang sudah lama hendak aku tanya pada Chris, malam ini juga aku nak tanya pada lelaki itu.

"Maybe orang yang nak cuba aniaya kita. And, dari petang saya tunggu awak balik sehingga malam. Tak sangka perkara tu berlaku. By the way, I'm sorry. Sebab dah menyusahkan awak.” Lembut dia meminta maaf.

Aku sedikit terkejut besar apabila daripada petang dia tunggu aku hingga malam saat aku hendak pulang. Ya Tuhan, macam mana aku boleh tak perasan dia?

Aku berkerut dahi, kenapa dia perlu meminta maaf? Dia sudah menyusahkan aku? Tapi, aku yakin ada sesuatu disebalik kata-katanya itu.

"Aniaya? Siapa orang tu? Awak tahu?” Soalku masih bingung.

Chris tersenyum senget dan tidak menjawab soalanku.

Kereta mula berhenti di sebuah rumah banglo dua tingkat tersebut. Buatkan jantungku hendak terkeluar apabila kenderaan yang dipandu ini telah berhenti betul-betul dihadapan rumahku.

Alamak! Macam mana kalau ayah nampak ni?

Kelihatan Chris terlebih dahulu keluar dari kereta lalu dia membantuku membuka pintu kereta untukku. Aduh, sweet betul la boyfriend kita ni, hihihi!

Aku tersenyum lalu perlahan-lahan melangkah keluar dari kereta tersebut.

"Take care, sweetheart. Kalau ada apa-apa yang berlaku, hubungi saya.” Ujar Chris sambil berjalan beriringan ke arah pagar besar rumahku ini.

Aku gigit bibir bawah. Ini kalau kantoi dengan ayah habis aku!

"Errr...okay. By the way, thank you so much, Chris. Saya tak tahu nak balas jasa baik awak macam mana lagi dan saya betul-betul terhutang budi dengan awak. Kalau awak tak tolong saya tadi, saya tak tahu la apa yang jadi dekat saya. Thank you so much, my hero!” Ucapku bersungguh-sungguh. Memang banyak sangat jasa baik Chris padaku. Aku pun tak tahu nak balas jasa baiknya bagaimana lagi. Dia sangat baik!

Chris tersenyum senget dan aku langsung tak tahu maksud senyumannya itu.

"Kalau awak nak balas jasa baik saya senang je.” Ujar lelaki itu tenang.

Berkerut dahiku.

"Dengan cara apa? Saya sanggup buat apa sahaja demi membalas jasa baik awak.” Ucapku sambil tersenyum manis.

"Betul ni? Tak menyesal?” Soal Chris dengan nada nakal.

Sekali lagi aku rasa bingung. Apa yang nak menyesal?

"Betul la.” Ujarku lagi dengan yakin.

"Okay, kalau macam tu caranya sangat senang. Dengan cara....”

Chris mula melangkah berjalan menghampiriku dengan renungan begitu tajam merenung ke arah bibirku dan senyuman nakal terukir di bibirnya. Aku telan liur.

Okay, aku dah tahu maksudnya! Patut lah dia kata jangan menyesal.

Dia yang sudah hampir merapatiku, segera aku menjarakkan diri daripadanya. Lelaki ini sangat bahaya kalau datang mood miangnya.

Chris ketawa kecil, memang suka sangat kenakan aku!

"Dah la, saya masuk dulu. Nanti ayah saya nampak, awak tahu kan ayah saya garang.” Ujarku mula membuka pintu pagar besar ini.

"Wait, honey.”

Tanganku yang sedang lincah membuka pintu pagar itu terhenti saat terasa satu tangan lagi menggenggam lembut pada tanganku.

"I will wait tomorrow and I waiting on you.” Ucapnya sambil mengenyitkan sebelah matanya.

Amboi, excited sungguh nak jumpa ayah esok.

Aku ketawa kecil.

"Okay!” Ucapku pula sambil mengenyitkan sebelah mata sama seperti yang telah dia buat tadi.

Chris tersenyum senget.

Sebelah tangannya mula naik dan tangannya mula menghampiri mahu menyentuh pipiku. Serentak itu aku mengelak lalu cepat-cepat aku buka pintu pagar tersebut.

"I'm sorry, Chris. Saya masuk dulu and thank you again.” Ucapku lalu menutup pagar rumah dan membuka langkah ke arah daun pintu rumah.

"No problem, honey. Anything for you, sweetie. I will always protect you wherever you are.” Ucap Chris dengan nada penuh kedinginan. Langkahku mati, aku mula menoleh ke arahnya semula sambil tersenyum manis.

"I love you, my heroin!”

"I love you too, my hero!”

Pipiku mula berbahang, senyuman tak lepas-lepas dari bibir. Chris juga turut tersenyum manis. Aku melambai-lambai tangan ke arahnya yang masih berdiri di depan pagar rumahku.

Lelaki itu juga membalas lambaian tanganku lalu langkah mula diaturkan masuk ke dalam rumah. Senyumanku saat ini sangat sulit hendak pudar. Mekar selalu dan begitu juga hatiku yang sudah berbunga-bunga ini.

Daun pintu rumah di tutup. Terus aku berlari anak melihat ke luar jendela. Di intip sedikit di tingkap, melihat kelibat susuk tubuh Chris sudah tidak kelihatan. Perlahan-lahan kereta alphad miliknya itu bergerak pergi daripada kawasan perumahan ini.

Aku hela nafas lega.

"Macam ayah kenal lelaki tu. Berambut perang, bermata biru dan yang pastinya dia bukan Asian boy.”

Terus aku menoleh ke belakang, serentak itu jantungku bagaikan nak luruh dan tubuhku pula lemah. Rasa nak pengsan melihat kemunculan ayah secara tiba-tiba ini.

Ayah memeluk tubuh sambil menjongketkan sebelah kening.

"Err....Tu la Chris, ayah. Yang Bella cerita dekat ayah tu. Dia la......teman lelaki Bella. Dan, Bella akan bawa dia berjumpa dengan ayah esok.” Tergagap-gagap aku jelaskan pada ayah. Wajah ayah serius dan dingin.

Sumpah saat ini aku rasa takut sangat. Takut jika ayah batalkan hendak bertemu dengan Chris.

"Hm, ada rupa budak tu. Kacak.” Komen ayah sambil mengusap-usap dagunya. Aku tersenyum kecil.

Memang tak boleh tipu, Chris memang sangat kacak.

"Kenapa balik lambat? Dating dengan budak tu?” Soal ayah dengan nada begitu tinggi.

"Eh, tak. Tadi dekat kelas ada orang pecah masuk, lepastu ada orang letak kain dekat mulut Bella. Nasib baik ada Chris yang tolong Bella, ayah. Kalau tidak, tak tahu lah apa jadi dekat Bella. Maaf ayah, Bella tak bagitahu ayah awal-awal sebab telefon Bella habis beteri.” Ceritaku bersungguh-sungguh agar ayah tidak salah faham.

"Dia tolong kamu?”

Aku angguk kepala.

Ayah diam seketika.

"Baiklah, ayah nak jumpa dia esok. Tapi majlis tu tetap jalan seperti biasa. Ingat, lagi dua minggu akan berlangsung.” Ujar ayah dan berlalu pergi.

"Tapi Zyan?” Soalku masih tertanya-tanya bagaimana dengan lelaki itu yang masih tidak muncul-muncul.

Langkah ayah mati. Sekilas ayah menoleh ke arahku. Ayah menghela nafas berat dan berlalu pergi.

Aku hela nafas kasar, bagaimana ini kalau ayah tetap hendak teruskan majlis itu?

*********

Lama aku merenung Chris yang sudah berada di hadapan mataku saat ini. Ditilik satu persatu wajah putih bersih lelaki itu dan dari atas sehingga bawah aku memandangnya saat ini.

Pakaiannya santai, t-shirt lengan panjang Dan berseluar jeans berwarna hitam. Beberapa helai rambut perangnya yang terjatuh di dahi itu ditolak ke belakang. Matanya yang berwarna biru itu tetap menarik perhatianku saat ini.

Senyuman terukir di bibirku. Sungguh kacak dia hari ini walaupun pakaiannya cukup biasa dan santai. Ini pertama kali aku melihat dia begini, kalau tidak dia suka berpakaian suit hitam dan berkemeja putih atau hitam.

Tapi, bagi aku lelaki ini yang berada di hadapanku ini lebih kacak dan terlebih smart.

"Hi, sweetie.”

Aku tersenyum manis ke arahnya.

Seperti yang telah dijanjikan yang ayah hendak bertemu dengan Chris hari ini. Berdebar-debar juga aku sebenarnya, tapi melihat lelaki ini seperti biasa aje.

Langsung tiada satu riak di wajahnya dan perasaan gementar atau berdebar-debar hendak berdepan dengan ayah walaupun selama ini sudah banyak kali aku cakap yang ayah sangatlah garang dan tegas orangnya.

"Err...Hi!” Sapaku mesra.

"Eh, jemput lah masuk. Ayah saya tengah tunggu awak dekat dalam tu.” Jemputku mesra. Lelaki itu tersenyum lebar lalu melangkah masuk ke dalam rumah beriringan denganku.

"Awak duduk la dulu, saya buatkan air kejap.” Ujarku meminta dia menunggu sebentar sementara itu ayah masih berada di bilik tidurnya.

"Ok, sweetheart.” Ucapnya sambil mengenyitkan sebelah matanya.

"Eh, ni siapa, Bella? Bella tak cakap pun ada tetamu? Boleh Mak Gayah masak makan bersama.” Tiba-tiba kedengaran suara mak Gayah yang baru muncul di ruang tamu ini.

Aku sengih kecil. Chris juga turut tersenyum.

"Err...Dia teman lelaki Bella. Nama dia Chris. Err...Chris, ni mak Gayah pembantu rumah ni.” Ujarku memperkenalkan mereka berdua.

Riak wajah mak Gayah berubah terkejut besar. Tak kelip-kelip matanya memandang Chris yang sedang duduk di sofa itu. Chris masih tersenyum manis sambil mengangguk sedikit ke arah mak Gayah sebagai tanda salam perkenalan.

Mak Gayah membalas senyumannya.

"Oh. Err... Segaknya! Pandai betul Bella cari.” Sempat mak Gayah berbisik padaku buatkan aku tertawa kecil.

"Err...Sir...eh, apa aku cakap ni. Bella, dia faham bahasa Melayu tak? Mak Gayah mana lah pandai cakap omputih ni.” Ujar mak Gayah sambil menggaru-garu kepalanya.

Chris yang dengar ketawa kecil.

"It's okay, mak Gayah. Saya faham bahasa Melayu. Jangan risau.” Ujar Chris sambil tersenyum lebar ke arah mak Gayah yang sudah risau hendak bersuara.

"Oh ye ke? Lahh....” Pecah tawa mak Gayah sambil menepuk dahinya sendiri. Chris dan aku juga turut ketawa.

"Baiklah, mak Gayah nak buatkan air kejap. Kamu...err...apa tadi nama?”

"Chris je.”

"Haa, Chris duduk kejap ya. Sekejap lagi Dato Badrul turun. Bella duduk la sekali dengan dia, biar Mak Gayah aje yang buatkan air.” Tutur mak Gayah tak sampai beberapa saat susuk tubuh wanita itu sudah tidak kelihatan.

Belum sempat aku menghalang, mak Gayah terlebih dahulu pergi.

Aku tersenyum sambil menggeleng kepala lalu melabuhkan punggung di hadapan Chris. Lelaki itu masih merenungku dengan renungan membawa sesuatu maksud sambil tersenyum manis.

Berkerut dahiku melihat dia yang masih tak lepas-lepas merenungku.

"Kenapa awak pandang saya macam tu?” Soalku sambil tersenyum tersipu-sipu malu. Entah mengapa, rasa sungguh tidak selesa dengan renungannya itu.

"Ini lah Chris teman lelaki Bella?”

Suara itu buatkan aku terkejut besar. Ayah sudah pun muncul di anak tangga paling bawah dengan wajah begitu serius tak lepas-lepas memandang Chris atas bawah. Chris terus berdiri lalu menghampiri ayah.

Dihulur tangan untuk bersalam dengan ayah tapi ayah bagaikan malas-malas hendak memberi tangannya disalam oleh Chris.

Chris tetap tersenyum manis. Aku juga turut berdiri. Senyuman cuba terukir di bibir.

"Saya Chris.”

"Hmm.”

Hanya itu sahaja balasan daripada ayah lalu ayah berjalan dengan bersahaja ke sofa ruang tamu dan dilabuhkan duduk di sofa tersebut.

Wajahku mula berubah, melihat air muka ayah bagaikan malas hendak melayan Chris. Sungguh aku berasa tidak sedap hati dan sedikit sedih jika Chris dapat layanan buruk daripada ayah.

Chris pandang aku sambil tersenyum manis.

Aku faham senyuman itu, senyuman daripadanya itu membawa maksud yang dia baik-baik sahaja. Dan memberi isyarat yang dia boleh rapatkan hubungannya dengan ayah. Bakal mentuanya.

Hah?

Bakal mentua?

Ah, lambat lagi. Sungguh aku kecewa kalau ayah tidak menerima Chris.

Aku membalas senyuman Chris dan lelaki itu berlalu pergi. Dihempas punggungnya di sofa berhadapan dengan ayah. Riak wajah Chris tenang, langsung tiada kelihatan yang dia takut hendak berdepan dengan ayah.

Ayah memandang ke arahku pula sambil memberi isyarat mata agar aku segera ke dapur.

Faham dengan maksud itu, terus aku membuka langkah ke dapur. Melihat mak Gayah sedang membawa dulang air ke hadapan tetapi aku halang agar mak Gayah membawa dulang air tersebut ke hadapan.

"Meh, saya tolong.”

"Eh tak apa ke?”

"Betul-betul, tak apa. Saya tolong mak Gayah.”

Terus aku sambut dulang air tersebut lalu sempat aku sengih ke arah mak Gayah.

"Ni mesti nak curi-curi tengok wajah bakal suami ni.” Sakat mak Gayah buat wajahku berbahang. Aku ketawa kecil.

"Memandai aje mak Gayah ni ya!”

Mak Gayah hanya ketawa.

Benar dengan apa yang mak Gayah cakap itu, sekali pandang tak puas merenung wajah kacak itu. Kalau boleh sampai bila-bila aku nak tatap wajah kacak itu yang dihiasi dengan mata cantiknya yang berwarna biru laut.

*******

"Dah lama ke kau berkawan dengan anak aku ni?”

Suara ayah kedengaran jelas walaupun aku di dapur. Dapat lah curi-curi dengar sedikit bicara antara ayah dan Chris.

Buatkan hatiku semakin rasa tidak sedap apabila ayah menggunakan perkataan kau dan aku saat berbicara dengan Chris. Tetapi melihat wajah Chris saat ini masih tenang. Santai.

Ya, dia seorang lelaki yang sangat tenang. Cool.

"Ya, uncle. Tak lama pun, dalam beberapa bulan macam tu.” Jawab Chris tenang.

Memang tak lama pun, baru aje rasanya hubungan ini tetapi ibarat sudah lama. Lagi beberapa bulan sudah genap setahun hubungan kami.

Ayah diam seketika.

"Jadi sekarang kau dah Muslim?” Soalan itu membuatkan riak wajah Chris berubah.

Aku ketap bibir. Soalan itu mampu buat jantungku berdetak hebat.

"Belum.” Balas Chris takut-takut.

"Astaghfirullahalazim!”

Mengucap panjang ayah saat ini. Aku ketap bibir lagi, jantung bagaikan nak luruh. Di dalam kotak fikiran saat ini sudah bermacam-macam perkara aku fikir.

Nak menyesal?

Dah tak berguna. Chris sudah pun berjumpa dengan ayah, sudah berdepan dengan ayah sendiri.

"Hati saya masih ragu. But, uncle jangan risau. Saya akan cuba.” Ujar Chris tenang berbalik semula dengan wajah tenangnya itu.

Kelihatan wajah ayah tegang. Sungguh hati aku makin bertambah tidak sedap.

"Bella...” Terasa bahuku disentuh oleh seseorang.

Terus aku toleh ke belakang, mak Gayah dengan satu senyuman manisnya. Terus aku peluk erat-erat tubuh mak Gayah saat ini.

"Sabar ya, anggap aje ini ujian daripada Tuhan.” Pujuk mak Gayah sambil mengusap lembut belakangku.

Aku mengelap air mata yang berada di hujung mata.

"Islam buat aku jadi seorang manusia yang lebih baik. Sejujurnya aku tak suka orang macam kau. Aku tak suka kau rapat dengan anak aku. Aku langsung tak kenal kau siapa. Entah-entah kau seorang pembunuh.” Ujar ayah dengan bernada tegang dan buatkan air muka Chris lagi sekali berubah.

"Kalau bukan kerana Islam agamaku, dah lama aku pecahkan kepala kau yang berani dekat dengan anak aku. Kau tahu kan yang dia dah bertunang? Jangan jadi pihak ketiga untuk hancurkan hidup anak aku!” Sambung ayah lagi dengan lantang. Chris masih tenang.

Nampak lelaki itu menghela nafas berat. Pasti dia rasa menyesal dan selepas ini dia rasa hendak jauhkan diri daripada aku.

Aku tahankan lagi hati yang mula rasa sebak.

Benar tekaanku, ayah tidak akan layan Chris dengan baik malah dia akan layan lelaki itu dengan buruk. Pasti Chris terasa hati. Ya Tuhan, kasihannya dia.

"Sebab nak beramah mesra sedangkan uncle tak suka dengan saya?” Soalan Chris itu memuncakkan lagi kemarahan ayah.

Ayah terus berdiri dan menghampiri Chris dengan wajah begitu marah.

"Sebab aku dah dijanjikan dengan pahala.”

"I'm sorry uncle. Saya datang sini bukan nak tegangkan keadaan. Saya langsung tak tahu yang Bella tunang orang dan niat di hati saya tak pernah nak jadi pihak ketiga. I'm sorry again uncle.” Ucap Chris dengan satu senyuman.

Ayah diam seketika. Ayah mula berjalan di sekitar ruang tamu tersebut tanpa aku sedar, ayah sudah perasan aku yang sedang mengintip di tepi dapur itu sambil mencuri-curi dengar perbualan mereka.

Aku yakin ayah dapat lihat air mataku yang mengalir di pipi. Sungguh saat ini hatiku berasa sungguh sebak.

Seperti yang aku katakan, ayah akan kalah dengan air mata anaknya.

Wajah ayah terlihat serba salah. Tidak lama kemudian, ayah menjegilkan matanya agar aku tidak mencuri-curi dengar lagi.

Aku menyeka air mataku lalu terus masuk kembali ke dapur. Tidak jadi hendak ke dapur, aku berjalan ke belakang rumah. Mahu tenangkan seketika fikiran yang kusut.

Air mata tidak dapat lagi ditahan akhirnya mengalir laju ke pipi dengan hati begitu terluka dan kecewa.

"Bella, mak Gayah dengar sesuatu yang menarik perhatian mak Gayah. Mak Gayah rasa waktu ni Bella dah perlu kena senyum.”

Tercungap-cungap mak Gayah mendapatkan aku. Berkerut dahiku, hairan.

"Kenapa mak Gayah?” Soalku bingung.

"Kalau Dato Badrul tu dah marah sangat-sangat, mesti dia akan halau orang tu. Tapi mak Gayah tengok Dato Badrul tadi macam dah kembali lembut. Dia dah tak marah-marah dah. Mungkin dia dah boleh dapat terima Chris kut.” Cerita mak Gayah buatkan aku tersenyum lebar dan terus aku mengangkat punggung mengintip lagi perbualan mereka.

Betul dengan kata-kata mak Gayah itu, ayah kalau dah marah sangat dia akan halau terus orang itu sebelum orang itu dapat makan dengan penumbuknya.

"So, kau serius dengan anak aku?” Kedengaran suara ayah tidak lagi tegas.

Chris angkat wajah sambil tersenyum manis.

"Ya, uncle. Saya cintakan dia, uncle.” Ucap Chris bersungguh-sungguh.

Aku tersenyum dengan hati yang berbunga-bunga.

"Jangan kau cakap tentang cinta pada aku. Cinta bukanlah perkara penting bagi aku!” Bentak ayah.

"Kau sedar tak jarak kau dengan Bella dan jarak kau dengan aku?” Soal ayah lagi.

Chris masih tenang.

"But since when did religion become a distance for people to love each other?” Soal Chris.

Ayah diam lagi. Wajah ayah kembali tegang.

"Orang macam kau ni boleh ke jadi suami pada anak aku? Boleh ke kau jaga anak aku dan boleh ke kau bimbing dia hingga ke syurga? Layak ke kau jadi suami pada anak aku? Kau tahu kan aku hanya ada anak aku itu sahaja, jangan sesekali kau lukakan hati dia!” Ujar ayah dengan nada begitu tegas. Chris tenang dengan satu senyuman manisnya itu.

"Jangan risau, uncle. Saya akan cuba. Saya sayang Bella sepertimana saya sayang nyawa saya. Dan, kenapa uncle benci saya? Apa salah saya, uncle? I'm sorry if I made uncle angry with my presence today.” Ujar Chris buatkan wajah ayah berubah. Hilang terus segala wajah ketat ayah itu.

Aku yakin Chris boleh.

"Maaf kalau berhubungan dengan agama. Tapi, kenapa kita tak buat dengan lebih mudah aja?” Soal Chris, lantas dia bangun menatap mata ayah dalam-dalam.

"Maksud kau?”

"Make me fall in love with Islam like your son makes me fall in love with him.” Tutur Chris dengan wajah serius.

Aku tersenyum lebar, kering terus air mata saat ini. Hati begitu berbunga-bunga mendengar luahan Chris.

Kali ini wajah ayah betul-betul berubah. Aku tersenyum lebar ke arah mak Gayah yang masih setia berada di sebelahku memberi aku semangat.

"InsyaAllah, kita sama-sama doa moga hati Dato Badrul yang keras tu lembut untuk menerima Chris dan dapat jadikan Chris bakal menantu dia.” Ujar mak Gayah memberi aku semangat.

"InsyaAllah, mak Gayah.”

Kelihatan Chris tersenyum lalu dia menunduk hormat pada ayah dan kelihatan lelaki itu seperti melangkah hendak keluar daripada rumah ini.

Aku sedikit bingung, kenapa dia hendak pergi tinggalkan rumah ini? Melihat ayah hanya diam tanpa sedikit pun bersuara.

"Chris!”

Terus aku berlari anak mendapatkan dia. Dia yang sudah berada di muka pintu rumah berpaling memandangku.

Satu senyuman manis terukir di bibirnya buatkan hatiku tiba-tiba rasa sebak.

Tidak lama kemudian, dia terus pergi begitu sahaja.

Akhirnya, kelibat susuk tubuhnya hilang.

Aku hela nafas berat.

Adakah dia hendak melarikan diri daripada aku dan mengelak untuk jumpa dengan aku lagi selepas ayah sudah banyak kali tengking dia.

Sungguh buat aku rasa hendak menangis.

Hatiku sungguh berasa kecewa.

Jangan pergi tinggalkan saya, Chris!

HI KORANG! Author rindu my hero laa hmm :(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience