• { BAB 30 } •

Romance Series 49124

Cincin yang masih tersarung kemas di jari manis itu ditenung dalam-dalam. Sungguh buat hatiku berbunga-bunga dengan kata-kata Chris pada tempoh hari yang lepas.

Sejak dia dapat nombor telefonku, boleh dikatakan hari-hari dia akan call atau mesej aku. Aku pulak lupa yang aku memang tak suka pakai password phone, jadi senang lelaki itu hendak mengambil nombor telefonku.

Sampaikan suatu hari itu, saat kami sedang bercakap di dalam talian, hampir terkantoi dengan ayah. Ah, bagaimana hendak aku sembunyikan lagi daripada ayah?

Adakah sudah tiba masanya untuk aku bawa Chris berjumpa dengan ayah. Tapi, lelaki itu kelihatan bagaikan lupa janjinya dan sudah terang-benderang yang dia masih belum memeluk Islam.

Aku seorang manusia biasa tidak boleh memaksa dia memeluk agama Islam. Biar dia masuk dengan hati yang ikhlas. Tetapi sampai bila kami hendak berhubungan sebegini tanpa ikatan halal?

Dia bukan beragama Islam, kalau jadi apa-apa pada aku bagaimana? Tapi aku yakin, dia bukan lelaki seperti itu.

Aku yakin dia mempunyai sesuatu rahsia yang disembunyikan daripada aku. Apakah rahsia itu? Atau dia memang tidak mahu ceritakan pada aku?

Ah, tidak pedulikan semua itu. Sekarang aku perlu fokus pada hubungan kami ini. Tak akan selamanya seperti ini?

"Termenung?”

Gelabah aku menyembunyikan jari manisku yang masih tersarung cincin batu berlian itu daripada ayah yang tiba-tiba muncul. Senyuman terukir di bibir. Mencuba menyembunyikan rasa gelabah.

"Eh, ayah tak tidur lagi?” Soalku sekadar berbasa-basi.

"Ayah nak minum air, tengok kamu ada dekat balkoni. Tak sejuk ke? Dah malam ni.” Ujar ayah sambil menggosok-gosok kedua-dua lengannya. Aku tersenyum. Sudah biasa seperti di Italy.

"Saje nak ambil angin malam kejap.”

Pandangan dilemparkan dihadapan yang terbentangnya pelbagai bangunan-bangunan, menara KLCC dan pelbagai bangunan lagi yang berada di depan mata saat ini.

Bintang-bintang yang cantik menghiasi langit malam. Angin lembut menampar kulit wajahku buatkan rambutku terlepas bebas ke belakang.

Lama aku pandang wajah sisi ayah. Ayah juga sedang menikmati angin malam, udara yang begitu segar dan tenang. Tetapi, melihat wajah ayah tampak seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Ayah teringat dekat siapa tu?” Sengaja hendak mengusik ayah.

Ayah hanya senyum senget sambil menggosok-gosok matanya. Berkerut dahiku, ayah sedang memikirkan seseorang ke?

"Seseorang.”

Ringkas jawapan ayah mampu buat aku sedikit terkejut. Jadi benar lah ayah sedang memikirkan seseorang? Siapakah orang itu?

Aku tersenyum mengusik. Ayah yang perasan hanya melepaskan tawa kecilnya.

"Siapa?” Soalku ingin tahu.

"Seseorang la.” Amboi, ayah sekarang dah pandai bergurau!

"Ala, cakap lah siapa? Ayah ni suka sangat berahsia. Cakap lah dengan Bella, siapa orang tu? Ke bakal isteri ayah?” Soalku sambil mengecilkan mata.

Sengaja hendak mengusiknya lagi. Ayah ketawa sinis sambil menggeleng kepala.

"Ayah dah tua, siapa aje nak dekat ayah ni.” Balas ayah sambil melepaskan batuknya beberapa kali.

Risau juga aku saat ini. Ayah perlu banyak berehat.

"Jadi, siapa?” Soalku lagi ingin juga tahu.

"Seseorang yang pernah menjadi peneman hidup ayah yang selalu setia dengan ayah. Tapi sekarang dia dah menghilang. Dia tipu ayah. Dia tinggalkan ayah saat ayah memerlukan dia.”

Berkerut seribu dahiku dengan kata-kata ayah itu. Siapakah seseorang itu? Tetapi melihat gaya ayah bercakap tentang seseorang itu jelas ayah sedih dan kecewa apabila mengingati seseorang tersebut.

Siapa dia?

"Jahatnya dia. Kenapa ayah masih teringat dekat dia? Ayah rindu dia ke? Tapi, Bella nak tahu siapa seseorang tu? Kawan ayah?” Bertubi-tubi soalan dimuntahkan pada ayah. Sungguh aku tidak mengerti dan ingin tahu siapa seseorang itu?

Ayah tersenyum kecil. Makin bingung aku dibuatnya.

"Mungkin kalau dulu ayah tak ikutkan ego dan kemarahan ayah ni, mesti semua ni tak akan terjadi. Bella jangan risau, suatu hari nanti Bella akan dapat tahu semuanya.” Ujar ayah tenang bagaikan terselit sesuatu yang langsung aku tidak tahu.

Tapi entah kenapa, di dalam fikiranku terlintas nama 'mama'. Iya, mama! Sungguh aku merindui ibu kandungku walaupun aku tidak tahu nama dia, tidak tahu wajahnya bagaimana dan tidak tahu dia tinggal di mana sekarang. Masih hidup atau sudah meninggal, masih dalam persoalan.

"Mama.”

Terlepas jua sebaris perkataan itu keluar dari mulutku. Ayah terus merenungku lama. Kini wajah ayah serius. Ini yang buat aku rasa kecut perut. Aduh Bella, elok ayah nak bercakap dengan kau terus ayah tak jadi hendak bercakap kang!

"Sorry. Tapi, Bella nak tahu sangat mama Bella sekarang tinggal mana? Kalau ayah tak benarkan Bella kenal siapa mama Bella, ayah bagitahu nama mama pun jadilah.”

Kerana aku yakin mama masih hidup.

"Dia dah mati.”

Tergamam aku mendengarnya. Apa? Mama sudah meninggal? Lama aku pandang ayah bagaikan tidak percaya. Wajah ayah begitu tegang, dia terus berjalan masuk dan tinggalkan aku sendirian di balkoni ini.

TING!

Langsung sahaja aku mengambil telefon bimbitku yang berada di dalam kocek seluar tidurku yang berpoket ini. Apps WhatsApp di tekan lalu contact nama Chris ditekan. Mesej daripada Chris. Tersenyum aku dibuatnya.


Hi, sweetie. I want met you tomorrow. See you again. Goodnight!

Aku menggigit bibir bawah sambil memikirkan sesuatu. Kalau aku cakap dekat Chris tentang ini, adakah dia dapat terima dan setuju? Adakah dia sudah bersedia? Atau dia akan tolak mentah-mentah.

Ah, kalau dia tolak, buat malu aku aje bagaikan terdesak hendak sangat berkahwin dengannya tetapi banyak halangan dan dugaan yang melanda hubungan kami bagaikan mahu pisahkan kami buat kali kedua dengan cara berpisah selama-lamanya. Adakah begitu?

Telefon bimbit kembali di simpan ke dalam kocek seluar. Malas hendak dilayan. Nanti lama-lama kalau begini boleh pecah kepala otak aku ni.

Tapi, sebaris perkataan 'mama' tidak mampu dipadam dikotak fikiranku.

Masih terkejut dengan kata-kata ayah tadi.

Mama sudah lama meninggal dunia!

********

"Along, kalau Zyan tu tak datang, tak akan kau nak teruskan aje majlis tu? Lagi beberapa bulan dah nak berlangsung, masa bergerak dengan pantas. Kalau dia tak datang macam mana?”

"Ah, dia akan datang punya. Dia dah janji!”

Kata-kata perbincangan antara ayah dan mak ngah tadi mampu buat aku tersentak. Ayah tetap hendak jalankan majlis itu? Ya Tuhan, bagaimana ini?

Dan buatkan aku risau, sebelum aku keluar berjumpa dengan Chris. Berkali-kali ayah batuk. Buatkan aku bertambah terkejut, ayah batuk berdarah.

Ya, aku tahu ayah ada penyakit jantung. Tapi, ayah tetap degil tidak mahu makan ubat atau berehat. Dia tidak berdaya tetapi dia dayakan juga dirinya yang sudah lemah.

Nafas berat terlepas dari bibir. Sungguh risau hati saat ini.

*********

Bakul yang berada di dalam genggaman itu diletakkan di atas tikar kain yang sudah terbentang. Kata Chris, dia hendak lebih meluangkan masa dengan aku kerana dia juga ada perkara penting yang hendak dia beritahu padaku.

Ah, elok sangat lah tu. Sambil ambil mood dan berkelah di tepik tasik taman layang-layang ini. Taman metropolitan kepong.

Iya, kami tiba di sini pada pukul 6 petang. Tidak sabar sekejap lagi akan munculnya sunset, hihi.

Makanan yang berada di dalam bakul di keluarkan.

Bagaimana aku tidak sayang pada lelaki ini, bertambah sayang aku padanya. Sangat sweet! Sanggup tidak masuk kerja kerana hendak meluangkan masa bersamaku di tepi tasik ini. Sangat romantik!

Jus oren dan beberapa cawan khas untuk aku dan Chris dihidangkan. Makanan ringan dan nasi putih serta lauk ayam masak merah. Sempat aku masak petang tadi untuk ayah dan ada sedikit lauk itu aku bawa untuk Chris.

Lihat lelaki itu masih belum menjamah apa-apa makanan kerana katanya dia baru habis kerja tapi dia perlu sambung sampai malam. Kerana Chris seorang yang keras kepala tidak dengar arahan daripada abangnya sanggup dia batalkan semua itu dan meluangkan masa bersamaku. Macam mana aku tak cair. Nak marah terus tak jadi marah.

"Kenapa tak makan?” Soal lelaki itu sebelum memulakan makan.

Aku yang berada di sebelahnya hanya melihat sahaja. Entah kenapa, hati tenang jika hanya melihat dia seorang sahaja. Bertambah sayang!

"It's okay. Saya dah makan dari rumah.”

Lelaki itu hanya senyum dan mula mencapai sudu dan memulakan satu suap ke dalam mulut. Air jus oren perlahan-lahan aku hirup.

Angin yang lembut datangnya dari tasik dihadapan kami sungguh buat kami tenang. Sempat aku perhatikan sekeliling kami.

Ada yang berpasangan, ada yang satu keluarga yang sungguh meriah dan ada juga keseorangan. Mungkin dia suka bersendirian. Sangat meriah di sini. Seronok jika seorang diri di sini. Tetapi aku lebih seronok dan tenang bersama orang yang aku sayang.

Berkerut dahiku apabila Chris secara tiba-tiba menghulurkan sudu yang berisi nasi padaku. Ala, comelnya. Dia nak bersuap-suap pulak.

"It's okay, Chris. Saya dah kenyang.”

"Please sweetie, makan lah. Kalau awak tak makan bermakna awak tak sayang saya.” Memang suka ugut betul lah dia ni. Aku mula mencebik sambil menjuling mata ke atas. Mengada-ada!

"Isy, okay lah.” Aku terpaksa mengalah.

Terus sahaja aku membuka mulut lalu Chris perlahan-lahan menyuap nasi ke dalam mulutku. Siap lap sisa comot di tepi bibirku lagi. Sumpah cute!

Dapat kulihat ada sekumpulan remaja perempuan sedang memerhatikan kami berdua daripada jauh. Ada apa mereka pandang ke arah kami? Tapi melihat mata masing-masing, lebih tepat mereka memerhatikan Chris daripada jauh.

Biasa lah, lelaki itu kan kacak dan berwajah orang barat. Pastilah semua akan tergoda dengan wajah kacaknya itu. Bermata biru. Sangat sempurna.

"Untung kakak tu kan, dapat suami handsome. Orang mat salih lagi.”

"Hm, ye. Aku pulak yang jealous. Rasa nak cari suami dekat luar negara pula rasanya.”

"Kalau lelaki tu single dan tak berpunya isteri, aku dah lama masuk line beb!”

"Eh, mestilah! Handsome betul lelaki tu. Jarang tau nak dapat suami macam tu. Betul-betul bertuah akak tu.”

Mana mungkin aku tidak dengar perbualan mereka kerana mereka berada di sebelah kami dan jarak mereka tidak jauh daripada kami berdua.

Mereka sedang kusyuk memerhati Chris yang sedang makan. Aku tersenyum kecil, terasa wajah mulai berbahang. Suami dia kata? Mereka menganggap Chris suami aku? Ah, tak mungkin! Adakah orang lain yang memandang ke arah kami menganggap seperti itu?

Suami isteri?

"Sedapnya awak masak! Nanti kalau kita dah kahwin, awak boleh masak untuk saya lagi.” Happy aje dia bercakap macam budak kecil yang gembira dapat makan ice cream. Aku ketawa kecil.

"Mana ada sedap. Biasa aje lah tu.”

Selesai Chris makan, aku hanya perhatikan aje lelaki itu sedang mengemas semula bekal-bekal nasi tadi ke dalam bakul. Dan hanya tinggal buah-buah dan makanan ringan cukup untuk pencuci mulut.

"Eh, awak. Tu, mulut awak comot tu. Malu lah orang tengok. Lap cepat.” Ada kesan cili ayam masak merah tadi di tepi bibir lelaki itu.

Bukan secalit sikit, tapi besar calit dia. Aku pula rasa malu. Tapi lihat riak wajah Chris seperti sengaja aje dia buat begitu.

"Tolong lap.”

Alahai, comel aje dia minta lap comot di tepi bibirnya itu. Aku ketawa kecil. Entah kenapa, rasa lucu pulak. Dengan wajahnya yang comel meminta pertolongan itu buatkan aku lepaskan satu tawa kecil. Tisu yang dihulurkan olehnya aku ambil.

Memang mengada-ada!

Perlahan-lahan aku mengelap comotnya tersebut. Tak sampai beberapa minit, mata kami berdua bertembung. Bukan untuk beberapa saat, bukan untuk beberapa minit dan ia sangat lama.

Satu renungan yang begitu mendalam dan tersimpan sesuatu di renungan tersebut. Penuh dingin, penuh dengan satu rahsia dan penuh dengan kisah gelap. Adakah terdapat sesuatu rahsia daripada lelaki ini?

Aku cuba untuk bergerak dan melarikan pandangan itu yang sudah berjaya pukau aku untuk merenung anak mata birunya itu, tetapi tidak berjaya apabila wajah Chris perlahan-lahan mendekat dan semakin mendekat pada wajahku. Matanya tepat merenung bibirku.

Ya Tuhan...

Sumpah, mula berderau darahku saat ini. Biar betul dengan lelaki ini? Dia betul ke tidak ni? Jangan dia buat kerja gila di tengah-tengah orang ramai ni sudah lah.

Aku yakin, setiap orang mempunyai nafsu. Lebih-lebih lagi Chris yang bukan beragama Islam, iman yang goyah dan bagi dia bersentuhan itu suatu perkara biasa bagi kaum mereka dan tidak bagi umat Islam.

Telan liur berkali-kali aku saat ini. Jantung berdebar-debar. Semakin dia rapat denganku, kuat wangian di tubuhnya menusuk ke hidungku. Sangat wangi. Bau yang penuh maskulin.

Dapat kulihat juga halkumnya bergerak-gerak. Aku yakin dia juga berdebar-debar dan tidak percaya dengan apa yang akan dia buat nanti.

"Err...Awak nak air? Kejap, saya ambilkan.”

Laju aku bersuara menyembunyikan rasa kekok pada saat ini dan bersyukur kerana aku berjaya menepis semua pukau yang telah dia buat padaku. Ah, renungannya itu mampu buat aku terpukau dengan mata cantiknya itu.

Terus sahaja segelas cawan aku capai dan mula menuangkan jus oren ke dalam cawan lalu di hulurkan pada lelaki itu yang sedikit mengeras tubuhnya.

"Thanks.”

Ucapnya lalu menghirup air tersebut. Aku hanya tersenyum kecil. Mencuba mengatur nafas yang tadinya tersekat dan berharap cik jantung baik-baik sahaja daripada yang tadi berkencang begitu hebat bagaikan baru lepas berlari 200meter.

"Sebenarnya...”

"Actually....”

Ah, serentak pula kami berdua bersuara. Aku ketap bibir bawah. Rasa berdebar-debar pulak hendak menceritakan tentang hal itu pada Chris. Dapatkah lelaki itu terima?

Tetapi katanya dia juga mempunyai sesuatu berita yang hendak diberitahu padaku. Aku juga jenis yang ingin tahu, jadi mana satu yang hendak di dengar ni? Chris bersuara dahulu atau aku? Masing-masing mempunyai berita penting.

"Ladies first.”

Ucapnya sambil mengenyitkan sebelah matanya. Aku tersenyum kecil sambil menggeleng kepala.

"You first.”

Aku memberi dia ruang untuk bersuara dahulu. Seperti yang aku cakap, aku ni cepat sangat ingin tahu dan lagipun aku masih belum bersedia untuk bercakap tentang ayah itu pada Chris.

Chris ketawa kecil sambil mengangguk kepalanya beberapa kali. Berkerut dahiku apabila melihat dia tiba-tiba bangun daripada kedudukannya lalu menghulurkan tangannya padaku. Hairan dan bingung, hendak ke mana lelaki ini mahu pergi.

Tidak aku sambut huluran tangannya, terus sahaja aku bangun berdiri betul-betul dihadapannya dengan pelbagai persoalan. Melihat senyuman Chris makin bingung aku saat ini.

"Jom!”

Ajaknya lalu berjalan pergi.

"Pergi mana?”

Chris tersenyum lagi dan tidak endahkan dengan soalan aku tadi. Tidak menunggu lama, aku mula membuka langkah mengikut jejak langkahnya.

Lelaki itu melabuhkan duduknya di sebuah batu-batu yang terletak di tepi tasik. Aku juga turut melabuhkan duduk di sebelahnya. Takut juga hendak duduk, buat lah tiba-tiba terjatuh ke dalam tasik ni bagaimana? Ah, mengerikan.

Pelbagai jenis ikan datang pada kami, tetapi lupa pula hendak membawa makanan mereka. Sesudahnya, kami hanya menikmati pemandangan cantik di depan mata. Matahari yang hendak menyembunyikan diri manakala angin begitu lembut menyapa kulit wajah. Tenang.

"As long as we're apart, I always remember you. Maybe because of so many obstacles, we are separated. Because my brother and the others made our relationship even more distant.” Dia mula bersuara dan menoleh memandang ke arahku sekilas.

"By the way, tenang duduk di sini. Tak pernah lagi saya tengok tempat ni. Sungguh tenang. Mungkin awak memang dah lama dari kecil tinggal di sini, jadi sebab itulah awak dah tahu semua tempat-tempat yang menarik. Unlike me, who rarely comes to Malaysia and only comes for important things.” Ujarnya lagi tanpa menoleh memandangku malah sedang memerhatikan matahari yang hendak terbenam cantik di hadapan kami.

Aku tersenyum kecil. Bukan sekali dan bukan dua kali aku pernah jejak ke tempat ini, malah daripada kecil lagi kerana tempat ini sudah ada dari dulu lagi.

Tempat ini juga sudah lama tetapi masih lagi ada orang duduk lepak di sini. Kerana tempat ini mampu buat manusia menenangkan fikiran yang dalam keadaan kusut pemikiran.

"Tempat ni dah lama. Dulu saya kecil-kecil, saya selalu datang ke sini bersama ayah. And, yes mampu buat kita tenang.” Balasku sambil tersenyum lebar.

Hati sedikit tersentuh dengan satu perasaan. Rasa lagi bertambah tenang saat menatap wajah si dia. Senyuman manisnya mampu buat hatiku cair.

"Tapi saya akan kecewa jika hubungan kita terpisah atau putus begitu sahaja. Maybe you will feel the same way.” Sambungku lagi sambil menggoyang-goyangkan kedua-dua belah kaki. Takut juga hendak gerakkan kaki, takut ikan dibawah sana naik gigit aje. Hahaha.

Chris tersenyum kecil sambil menoleh memandang wajah sisiku.

"Months we parted like many years we parted. At the same time, I always remember you. I always remember you every second, every moment and every day. I also always pray that you are in a good condition because I do not want when I meet you one day, you are in an unhealthy state or anything. But, I'm grateful. Everything is fine. And, I want to tell you, to be honest I really miss you. Really! I miss you so much, Bella. I miss our relationship like before. I miss everything.”

"Dan saya nak awak tahu yang saya masih sayangkan awak. Saya tahu apa yang bermain di fikiran awak. Saya tahu yang awak anggap saya seperti saya sudah tidak pedulikan lagi tentang awak. No, it's not what I mean Bella. I really miss you. Bila saya dah jumpa awak, hati saya tak terkata. I'm so happy. Rindu saya pada awak terubat sedikit demi sedikit. Saya tak nak awak bersangka yang saya sudah lupakan tentang hubungan kita. No, saya tak akan lupakan semua tu dan yang paling penting saya tak akan lupakan awak. Saya tak akan lupakan cinta kita. I love you so much. I love you half my life!”

Entah mengapa, terasa sebak di dada saat dia mengungkapkan kata-kata ikhlas daripada mulutnya sendiri. Lama aku merenung anak matanya yang berwarna biru itu. Wajahnya terlihat jelas yang dia ikhlas.

Air mata mula bertakung di birai mata dan hanya menunggu masa sahaja tumpah di pipi. Kalau lah hubungan ini halal, sudah lama aku peluk tubuhnya erat-erat.

Sesungguhnya, aku juga merindukan dia. Tipu lah kalau hati ini tidak gembira dapat bertemu dengannya semula malah aku bersyukur takdir menemukan kami berdua. Ada peluang lagi untuk kami bertemu.

"Chris, I'm sorry....”

Akhirnya jatuh jua air mataku di pipi. Sungguh tidak dapat lagi aku tahan air mata ini. Akhirnya jatuh jua.

"Hei, honey. Why you crying, sweetie? No, awak langsung tak ada salah pun pada saya. Jangan menangis, sayang.”

Dia mengeluarkan sehelai tisu dari dalam poket seluarnya lalu di lap air mataku yang mengalir deras ke pipiku itu.

Perlahan-lahan aku mengangkat wajah, menatap wajah kacak itu puas-puas. Mana lah tahu suatu hari nanti takdir memisahkan kami berdua lagi dengan nyawa masing-masing ditarik oleh Pencipta.

"Saya dah salah sangka pada awak. Sejujurnya, saya pun rindukan awak Chris. Hanya Tuhan aje tahu betapa rindunya saya pada awak. I think you forgot about this relationship and......”

"Perjanjian saya?”

Laju Chris memotong. Makin lebat air mataku mengalir saat ini. Ah, kenapa senang sangat hari ini air mata mengalir? Murah sangat lah pulak kilang air mata aku hari ini.

Salah faham lagi. Sumpah aku sangka yang dia sudah lupakan janjinya. Janjinya dahulu sewaktu di Italy. Tapi dia masih ingat janji itu. Adakah kami ada berpeluang untuk membina satu keluarga? Satu rumahtangga dan satu kebahagian antara kami berdua?

Tetapi bagaimana dengan lelaki itu? Tidak mudah untuk kami berdua berkahwin. Bukan seperti permainan main pondok-pondok malah perlu fikir masak-masak sebelum buat keputusan. Bagaimana dengan agama lelaki itu? Ya Allah, serabutnya fikiran saat ini jika memikirkan tentang hal itu.

Chris tersenyum senget sambil mengusap lembut pipiku yang basah dengan menggunakan tisu.

"Shhh, don't be sad, honey. I always remember that promise.” Ucapnya sambil mengenyitkan sebelah matanya. Mengusik!

"Isy, awak ni mengada-ada la.” Waktu-waktu begini lah dia hendak bergurau. Terlepas terus tawa Chris. Aku menyeka air mataku sambil melepaskan satu tawa kecil.

Bahagia.

"I'm sorry for making you sad and hurt. I won't forget that promise either, because I really want to marry you. I want to build a life and happiness with you and only you are the first and last woman to be in my heart. Forever!” Ujar lelaki itu dan dapat kulihat yang dia betul-betul ikhlas.

Makin lebar senyumanku saat ini. Hati sudah berbunga-bunga. Senyuman kian lebar hingga ke telinga.

"Saya nak minta maaf juga, kerana saya hanya seorang wanita biasa. Manusia biasa, beragama Islam, wanita muslim dan berbeza agama dengan awak. Saya hormat agama awak tapi saya nak minta maaf kalau dalam hubungan kita ini ada buat awak tak selesa untuk berkawan dengan saya. Yalah, perempuan lain yang agama sama dengan awak mestilah boleh bersentuhan, kiss and errr....”

Ah, terasa malu hendak meneruskan kata-kata itu. Bibir bawah aku gigit. Melihat Chris ketawa kecil buatkan dahiku berkerut seribu.

"Sweetheart, I'm not like that.”

"Eh, no. That is not what I mean.” Laju aku bersuara agar Chris tidak salah faham.

"Tak, tak...I know. Saya faham maksud awak. Yes, it's true what you say. Perkara itu biasa bagi kami. Tapi, semua itu tidak akan memberi manfaat pada kita dan sepatutnya kita yang perlu menjaga diri sendiri dan hormat kaum wanita sepertimana kita menghormati ibu kita. Ye, saya mengaku yang dahulu saya banyak buat perkara kotor dan jijik. But that was before, now that I've known you, I know new things that I didn't know all this time. I used to be stupid. Naughty and evil.....”

Tergantung ayatnya mampu buat aku tergamam dan melihatkan Chris pulak, tubuhnya sedikit mengeras dan riak wajahnya berubah. Adakah aku salah dengar?

Sudah banyak kali dia berkata yang dia jahat malah dia langsung tidak sedar yang aku sudah terhutang budi dengan jasa baiknya itu.

"Sejak saya kenal awak, awak dah banyak sangat mengajar saya tentang perkara baru. Tak semua itu sempurna. Masing-masing mempunyai kisah hidup tersendiri. Dan yang paling penting, Tuhan itu wujud dan sentiasa berada bersama kita. Saya bodoh dan sombong kerana tidak percaya yang Tuhan itu wujud. Bodoh kan saya Bella? Saya tak sempurna, kalau awak nak tahu tangan saya ni kotor dan jijik. Saya tak layak untuk perempuan suci seperti awak Bella.” Ujarnya bersungguh-sungguh sambil mengangkat kedua-dua telapak tangannya.

Berkerut dahiku. Melihat Chris bagaikan menyesal terhadap diri sendiri dan menyesal dengan apa yang dia dah buat dahulu. Dia juga pernah bercerita tentang kisah hidupnya dahulu yang tidak sempurna dan tidak lengkap dengan kehilangannya kedua-dua ibu bapa sejak kecil lagi.

Ah, sungguh menyedihkan.

"Kenapa awak cakap macam ni, Chris? Saya sentiasa berada di sisi awak. Saya minta maaf kalau saya ada salah cakap. I'm so sorry. Saya tak sepatut cakap begitu pada awak. Saya tak nak awak salahkan diri awak hanya kerana kisah silam awak dahulu. Awak perlu ubah diri awak dan ubah hidup awak yang sekarang dengan yang lebih baik. Saya akan bantu awak, Chris. Don't worry, I always by your side. I love you so much.” Wajah lelaki itu terlihat sungguh sedih. Mungkin sedih mengenangkan perkara dahulu iaitu kisah silamnya yang sulit hendak dilupakan.

Berharap dengan pujukanku ini dia kembali seperti tadi. Ceria. Tidak kuat hendak aku melihat dia sedih-sedih begini. Nanti aku pulak yang menangis seperti tadi.

Senyuman terukir lebar di bibir sebagai tanda memberi penyemangat pada lelaki itu. Chris juga membalas senyumanku. Senyuman terlebih gula.

"Thank you. Thank you so much, Bella. Untung kan orang tu dapat perempuan sebaik awak ni.” Ucapnya sambil tersenyum senget. Aku ketawa kecil.

"Maybe.” Balasku sambil tersenyum mengusik. Kini giliran lelaki itu pulak yang ketawa kecil.

"Aloo...Matahari dah turun. Sunset pun semakin pudar. Sedihnya. Bagaikan kisah kita tamat sampai di sini aje.” Ujarku apabila melihat matahari sudah terbenam dan hanya tinggal langit yang akan bertukar ke warna gelap menandakan sudah waktu malam dan tidak lama lagi akan masuknya waktu solat fardhu magrib.

Chris ketawa kecil.

"Nanti kalau kita dah kahwin, saya bawa awak tinggal di Italy dan setiap hari awak boleh tengok sunset di jambatan Venice.” Ujarnya sambil mengenyitkan sebelah matanya.

Aku ketawa kecil sambil menggeleng kepala perlahan-lahan. Memang suka sangat mengusik. Tapi berbahang juga lah aku mendengarnya menyebut 'kahwin.' Terus sahaja teringat pada kata-kata ayah itu.

"Err...Awak.” Panggilku. Dia memandangku sekilas. Kini giliranku pula yang memberitahu padanya sesuatu perkara.

"Yes, sweetie.”

Senyuman terukir makin lebar di bibir. Hati berbunga-bunga bagaikan baru lepas dapat sejambak bunga kegemaran.

"Saya nak tanya awak, kalau ayah saya tak restu tentang hubungan kita macam mana? I mean, dia nak saya kahwin dengan orang lain.” Ujarku kembali teringatkan kata-kata ayah. Sungguh buat hatiku tidak tenang.

"Kita kahwin lari.” Balas Chris selamba sambil mengenyitkan sebelah matanya lalu dia melepaskan tawanya.

Aku mencebik. Rasa nak aje cubit dia sampai lebam. Orang tengah serius dia boleh pulak main-main.

"Isy, betul-betul la. Saya serius ni. Boleh ke awak terima kalau saya berkahwin dengan orang lain.” Aku mengulangkan kembali soalanku yang tadi dengan wajah serius.

Tawa Chris semakin lama semakin pudar. Wajahnya juga terlihat serius. Aku telan liur, jantung berdetak hebat.

"Err....Ayah saya bukan macam orang lain, dia garang dan susah nak terima orang luar. Saya risau dan takut kita dipisahkan lagi hanya kerana ayah saya tak restu.” Ujarku dengan hati begitu resah. Sudah terang-benderang yang ayah memilih Zyan, tetapi bagaimana dengan Chris?

"So, ayah awak dah ada pilihan sendiri untuk kahwinkan awak dengan orang lain?”

Aduh, Chris sudah salah faham.

"Eh, bukan. Maksud saya, contoh kalau ayah saya tak terima awak. Tapi, boleh ke awak terima semua ni kalau benda terjadi?” Soalku lagi sambil merenung anak matanya yang berwarna biru itu dalam-dalam.

Chris tersenyum senget.

"It's okay, dear. Saya terima. Mungkin itu salah satu takdir yang memang buatkan kita terpisah selamanya. But, I still love you so much.”

"Because, you are mine.....Mine forever.”

Terkaku seluruh tubuhku apabila perkataan itu diungkapkan dengan bisikan lembut di telingaku oleh Chris. Makin berbahang teruk wajahku saat ini. Ah, lelaki ini suka buat begini. Sengaja pukau orang!

"And, you don't worry, girl. You belong to me and not to anyone. About your father, don't worry. Saya akan kenal dengan ayah awak lebih rapat lagi nanti.” Ucap Chris dengan penuh yakin.

Aku sedikit hela nafas lega. Harap-harap apa yang keluar daripada mulut Chris itu akan terjadilah. Moga dia boleh rapat dengan ayah sepertimana Zyan rapat dengan ayah.

"Saya pun harap macam tu. Awak tahu kan yang saya sayang awak seorang je.” Ujarku sambil buat muka comel yang aku benar-benar sayangkan dia dan cintakan dia.

Chris senyuman senget.

"Me too, sweetie. I love you so much and you are my only precious. No one can take my property!” Ucap Chris dengan nada begitu menggoda sambil merapatkan wajahnya ke arahku.

"Err...Jom la balik, dah nak malam ni.”

Kalut aku menukar topik. Sumpah kekok gila aku saat ini. Kelihatan di sebelah kiri dan kanan kami sudah tidak ada lagi orang dan hanya tinggal kami berdua. Patutlah Chris senang nak sweet-sweet dengan ayat manisnya itu. Baru pukul 7, masih cerah dan langit sedang mengambil waktu menukar ke langit gelap malam.

"Wait..”

Aku berpaling. Tidak jadi hendak bangun, niat di hati hendak pulang ke rumah dan kemas barang-barang makanan tadi tetapi suara itu menghentikan pergerakanku.

"Where's you mom? Awak tak pernah cerita tentang you mom pada saya.”

Tersentak aku mendengar persoalan daripada Chris itu. Mampu buat aku terdiam sejenak. Jantung berdebar hebat tiba-tiba. Telan liur berkali-kali dan mengumpul kekuatan untuk membalas persoalan daripada Chris.

Sungguh aku tidak pernah lagi ceritakan tentang mama pada Chris. Melihat wajah lelaki itu benar-benar ingin tahu di mana mama berada kerana sedikit pun aku tidak pernah bercakap atau menyebut nama mama dalam hal kami.

"Mama dah ada di syurga.”

Balasku dengan nada suara sedikit bergetar. Menahan sebak di hati. Memujuk hati sendiri dan sedekah Al-Fatihah pada arwah mama.

Sumpah, baru aku tahu yang mama sudah berada di sisi Tuhan. Itu pun semua yang aku tahu daripada ayah. Hanya itu sahaja ayah ceritakan pada aku, lebih-lebih itu tidak akan dia ceritakan padaku tanpa aku tahu sebabnya.

"Oh, sorry.”

"It's okay. Nasib kita sama Chris. Saya teringin sangat nak tengok wajah mama saya, tapi semua itu bagaikan terhalang.”

"Why? Awak tak ada gambar mama awak ke?”

Aku menggeleng kepala sambil tersenyum hambar. Nama pun langsung aku tidak tahu.

"Seriously?”

Kepala di angguk.

"Sweetheart, awak sepatutnya perlu gembira kerana awak masih mempunyai ayah. Saya langsung tidak mempunyai sesiapa. To be honest, I was jealous of seeing a complete family.” Ujar Chris sambil tertunduk sedih.

Aku tersenyum segaris. Benar dia cakap itu, aku patut bersyukur. Ramai lagi di luar sana yang kehilangan kedua-dua orang tua tersayang contoh seperti Chris.

"Stay strong, Chris and I want you know I always by your side. I always support your decision.” Ucapku memberi dia semangat. Dia tersenyum manis.

"You too, honey.”

Senyuman dia aku balas dengan senyuman paling manis. Tapi buatkan aku sedikit tergamam dan berkerut dahi seribu apabila Chris mula merapatkan wajahnya padaku dan mula mengangkat sebelah tangannya bagaikan hendak memeluk bahuku tapi paling tepat matanya tak lepas-lepas merenung bibirku. Hah, sudah. Mamat ni confirm tak betul sekarang ni.

"If you love me, give me one kiss.”

Amboi, pandai ugut!

"Hei, pervert!”

Pecah tawaku lalu dada bidangnya yang sudah rapat denganku itu terus aku tolak dengan lembut. Tidak menunggu lama, pantas aku membuka seribu langkah berlari anak berjauhan daripadanya yang sudah mula jadi miang. Patutlah dia bebas nak buat apa sahaja, orang di sekeliling kami berdua sudah tidak ada lagi dan hanya ada kami berdua.

Gatal!

Pecah tawa bahagia kami bersama.

Sungguh bahagia.

Tetapi, adakah perasaan ini hanya sementara sahaja atau akan dimiliki oleh kami berdua selamanya?

sorry kalau ada typo, kesalahan tatabahasa dan yang lain² ^-^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience