Menitis air mata saat mengenangkan kata-kata Tuan Rayyan pada tempoh hari yang lepas. Sekarang sudah tiba masanya untuk aku pulang semula ke Malaysia. Ayah pasti sedang menungguku dan rinduku pada ayah tidak dapat diungkapkan. Sangat-sangat rindu. Dan bagaimana lah kalau suatu hari nanti ayah pergi menghadap ilahi dan tinggalkan aku seorang diri tanpa ayah di sisiku.
Teringat kata-kata amaran keras Tuan Rayyan mampu buat hati aku retak seribu dan kembali luka. Aku cuba untuk melupakan Chris dan kenapa jika hendak aku pergi meninggalkan dia, hati terasa begitu berat dan sedih untuk pergi tinggalkan dia? Iya, kami akan berpisah jua. Perasaan sedih dan berat hati tetap menguasai hati pada saat ini.
Pipi yang sudah basah dek banjir dengan air mata aku seka. Cuba untuk tersenyum. Menguatkan hati sendiri.
Melihat Tiya dan yang lain-lain masih sibuk sedang mengemas beg pakaian mereka. Hari ini kami akan pulang dan check out tepat pada pukul 12 tengah hari nanti dan pukul 1 kami perlu berada di airport Italy. Sekarang masih pukul 10 pagi. Mahu mengambil angin di kota Venice sebentar dan melayan perasaan sebelum pulang ke Malaysia. Mahu buat kenangan di Venice selepas pulang ke Malaysia. Venice adalah tempat yang menyaksikan kisah cinta aku dan Chris. Teringat kembali kenangan-kenangan kami bersama dahulu di Venice mampu buat aku tersenyum lebar.
Rindu?
Iya, rindu. Tapi aku cuba untuk lupakan segalanya kerana aku tidak akan lagi berjumpa dengan Chris. Kami akan buat hal masing-masing selepas ini. Buat haluan sendiri. Hidup dia tersendiri dan hidup aku tersendiri.
Rasa diri ini bodoh kerana sudah menganggap perempuan yang rapat dengan Chris itu ialah teman wanita Chris sebaliknya gadis itu ialah kawan baik Chris. Ah, kenapa la kau cepat sangat overthinking ni, Bella?
Rasa malu saat gadis itu menceritakan tentang hal yang sebenar. Aku sudah salah faham. Dan sebab itu juga aku rasa serba salah pada Chris. Aku tahu aku salah. Ah, kalau aku kembali padanya sekalipun, abang dia tak akan terima. Aku yakin Tuan Rayyan bukan calang-calang orangnya, melihat renungan dinginnya itu sungguh mengecutkan perut. Bagaikan renungan psiko. Seram! Aku yakin, kalau aku tidak akur dengan amaran kerasnya itu, pasti dia akan buat sesuatu pada aku dan aku akan menyesal seumur hidup.
Di situ juga aku sudah tahu yang kami tiada jodoh. Kalau kami masih bercinta dan bersama sehingga kini, kami tidak akan dapat berkahwin sampai bila-bila. Kerana agama yang berbeza-beza.
Haram untuk seorang wanita muslim berkahwin dengan seorang lelaki yang beragama non muslim melainkan lelaki yang beragama non muslim itu dengan hati yang ikhlas kerana Tuhan memeluk Islam dan mereka berkahwin.
Terfikir juga, kalau Chris masuk Islam kerana aku bagaimana? Aku mahukan dia masuk Islam kerana Allah SWT. Bukan kerana seorang insan yang dia sayangi dan cintai.
Kami tiada jodoh dan kami memang tidak dapat bersama.
"Okay, dah siap! Huh, penatnya. Banyak jugak ya barang kita ni walaupun aku rasa macam sikit aje aku bawak barang.” Bebel Tiya sambil menggaru-garu kepalanya. Aku tersenyum kecil. Rasa nak ketawa pun ada.
Mana tak banyak barang dia, asyik-asyik beli barang dan Tiya juga seorang yang boros. Kalau boleh satu kedai tu dia nak beli barang. Nasib baik lah aku dah siap packing baju-baju aku malam semalam. Kalau tidak, pasti pagi ini gelabah macam Tiya.
"Tulah, boros sangat kau ni. Macam mana tak banyak barang tu.” Ujarku sewaktu melangkah masuk ke dalam bilik setelah lama duduk di luar balkoni memerhatikan keindahan ciptaan Tuhan.
"Oh, ye la. Hahahaha!” Pecah tawa Tiya sambil menggaru-garu kepalanya. Aku juga turut ketawa.
Sempat melihat jam sudah mahu masuk pukul 11 pagi. Kami perlu bersiap-siap untuk turun ke bawah. Jaket tebal berwarna coklat gelap aku sarungkan ke tubuh setelah itu, tudung showl berwarna hitam di sarungkan di kepala. Disilang tudung ke kiri dan ke kanan lalu bagasiku yang sudah siap packing itu aku bawa keluar dari bilik.
Melihat Tiya juga sudah siap aku terus mencapai kunci rumah dan kami bersama-sama keluar dari rumah itu. Disebabkan Tiya ini terlampau rajin, dia siap kemas rumah itu lagi sebelum kami hendak tinggalkan apartment ini. Sangat lucu sahabat aku ini. Kadang-kadang masuk air.
Pintu dan pagar rumah itu aku kunci dan kami mengatur langkah ke lif sambil menarik beg bagasi roda itu.
Miss Liya, Puteri, Fiqah dan Nurul sudah pun berada di kaunter apartment. Tinggal kami berdua sahaja yang masih gelabah nak turun. Lambat sebab Tiya terlebih rajin nak mengemas. Kalau tidak, sudah boleh turun awal.
Lif sudah pun sampai. Pintu lif terbuka luas dan kami terus masuk sambil menari beg roda itu. Punat lif tingkat G paling bawah di tekan. Pintu lif kembali tertutup rapat. Saat ini lah rasa sebak, sedih, nak menangis, terasa akan rindu lagi tempat ini dan macam-macam lagi perasaan aku saat hendak pulang untuk tinggalkan negara ini.
"Balik Malaysia nanti, mesti kau akan rindukan Mr.Chris kan?” Soal Tiya selamba dalam nada mengusik. Tergamam aku seketika. Macam tahu-tahu aje fikiranku saat ini sedang memikirkan si dia.
"Isy, boleh tak jangan cakap pasal dia?! Nama dia pun jangan sebut!” Acah marah dalam hati sedih untuk pergi.
Tiya ketawa.
"Eh jap. Mr.Chris kata korang berdua dah nak kahwin. Macam mana dia nak jumpa kau lepasni untuk berbincangkan tentang perkahwinan korang berdua tu? Angan-angan aje la untuk kita ke sini semula. Cepat-cepatkan majlis tu tau. Aku dah tak sabar nak rasa nasi minyak kau!” Usik Tiya lagi sambil mencuit bahuku. Satu tamparan hinggap di lengan Tiya. Gadis itu mengadu sakit sambil ketawa. Panasnya hati aku dia cakap macam tu tetapi terselit satu perasaan sedih.
"Kau cakap tentang dia lagi, aku cubit lengan kau kuat-kuat lepastu aku patahkan satu-satu jari kau tu biar tunang kau tak dapat nak sarungkan cincin pada jari kau. Padan muka!” Ugutku dalam ayat psiko aku. Tawanya terus kendur. Aku tersenyum sinis. Padan muka! Takut la tu.
"Hey! Jangan la. Kesian tau tunang aku dekat sana. Rindu aku dekat dia dah membuak-buak ni tau. Haih, psiko betul lah minah ni.” Omel Tiya sambil menggosok-gosok lengannya yang sudah makan dengan tamparanku.
"Untung la ada orang menunggu dekat sana. Aku ni hanya menunggu masa aje untuk pergi tinggalkan dia.” Gumamku perlahan. Sedar dengan percakapan mengarut aku itu, membulat terus mata saat ini. Cepat-cepat aku tutup mulut dengan telapak tangan.
"What? Apa kau cakap tadi? Oh, so now kau rasa sedih lah untuk pergi tinggalkan dia? Ah, aku dah agak. Kau masih sayangkan dia tapi kau je jual mahal lepastu acah nak putus dengan dia. Kau tahu kan yang Mr.Chris tu sayangkan kau. Turunkan sikit ego kau tu Bella. Mana nak dapat orang lawa macam Chris tu. Handsome, baik hati, penyayang dan setia. Huh, susah bagi aku untuk dapat lelaki sebaik dia. Kalau aku dapat tu, memang jaga sampai kaum wanita tak nampak dia! Biar aku sorang je ada dalam hidup dia. Gituyy!” Bebel Tiya panjang lebar buatkan aku rasa nak tutup sahaja kedua-dua telingaku.
Tapi ada benar juga apa yang Tiya cakap itu. Chris memang sangat baik hati. Aku tidak boleh tipu diri sendiri yang Chris memang benar-benar baik hati. Selepas ini, pasti aku akan rindukan dia dan senyuman manisnya itu. Iya, dia seorang yang pemurah senyum. Sangat sempurna.
TING!
Lif sudah sampai tingkat G. Entah mengapa, jantung berdebar hebat untuk pergi meninggalkan negara ini. Terasa rindu pada seseorang itu akan wujud bila aku sampai di Malaysia nanti. Ah, move on Bella! Kenapa dengan kau ni? Move on!
"Tu dorang!”
"Lambatnya turun!”
"Patutlah lambat, bersiap cantik-cantik nak kalahkan model rupa-rupanya.”
Tiya hanya ketawa kecil. Ketawa gedik. Aku jeling menyampah. Suka lah tu bila orang kata dia cantik kalahkan model sebaliknya dia lah paling siap lambat sampaikan aku rasa boleh tidur beberapa jam untuk tunggu dia bersiap mekup semuanya.
Terus aku berjalan ke kaunter. Melihat Miss Liya sibuk sedang ber selfie dengan yang lain-lain. Mahu buat kenangan katanya. Mengenangkan pemenang nombor satu untuk pertandingan balet itu, mahu tersenyum lebar aku. Tak sangka betul yang kami menang di tempat pertama. Masing-masing menangis gembira terutamanya sekali Miss Liya. Selepas itu, Miss Liya belanja kami makan mewah. Seronok, kan?
Sangatlah seronok!
Kunci rumah aku serahkan pada penjaga kaunter tersebut. Dia menyambut dengan satu senyuman manis.
"Congratulations great ballet dancer and thank you for staying here. See you again, signora!”
Mesra gadis itu yang menjaga kaunter tersebut. Aku hanya membalas dengan satu senyuman manis dan kembali berjalan mendapatkan mereka.
"So, apa lagi? Let's go!” Jerit Tiya gembira. Aku pula rasa berbahang malu dan tak nak mengaku Tiya kawan baik aku kerana dia menjerit bagaikan orang yang berada di sekeliling kami ini macam tak wujud.
Kami bersama-sama melangkah keluar dari lobi apartment. Kata Miss Liya, akan ada sebuah teksi yang akan mengambil kami dan membawa kami ke airport.
Langkah di aturkan keluar dari apartment tersebut. Mati kembali langkahku apabila ada tiga buah kereta menghalang laluan kami. Berkerut-kerut dahiku. Dah kenapa nak parking di depan jalan kitaorang? Nampak kereta yang halang laluan kami ini sangat lah mewah.
Siapa mereka?
Entah mengapa, jantung aku makin hebat berdegup apabila melihat ada seseorang membuka pintu kereta untuk orang di dalam kereta itu keluar. Ada beberapa orang yang menjaga di luar. Aku pula berdebar dan menelan liur. Melihat kereta mewah itu seperti aku kenal. Jangan kata itu ialah....
Membulat mataku apabila orang yang keluar daripada kereta itu ialah Chris. Kan sudah aku cakap. Aku yakin dia lah orangnya sebab itulah jantung aku tidak aman. Telan liur aku lagi.
Ada apa mereka datang ke sini? Bukankah Tuan Rayyan sudah tidak mahu beri Chris berjumpa dengan aku lagi dan menghalang adiknya agar tidak berjumpa dengan aku? Tapi apa yang Chris mahukan lagi pada aku hari ini? Jadi boleh lihat yang adiknya yang terkejar-kejar bukan aku. Mahu beri amaran keras lagi pada aku?
Cukup!
Aku malas hendak dengar lagi. Telinga ni sudah penat menerima amaran keras daripadanya. Jangan sampai aku pula yang memberi amaran keras pada dia.
Terasa jantung hendak gugur apabila Chris berjalan menghampiriku sambil menyembunyikan sesuatu dari belakangnya. Senyuman manis terukir lebar di bibirnya.
"I'm sorry if I'm late to meet you. I know you want go now. Actually, I want give you something. It's so special for you and i want you to remember me the moment you see this special thing.” Berkerut-kerut dahiku saat dia mengungkapkan kata-kata itu.
Sesuatu yang istimewa?
Apakah itu?
Tersentak aku apabila dia menjatuhkan sebelah lututnya dan menghulurkan padaku satu kotak kecil berwarna merah. Sangat kukenali dan tahu itu ialah sebuah kotak cincin. Dia membuka kotak cincin itu lalu menghulurkan padaku. Automatik tangan naik menutup mulut yang sudah terlopong luas melihat cincin yang sungguh cantik. Cincin batu berlian pulak tu. Pasti mahal. Melihat wajah Chris jelas berharap agar aku terima cincin tersebut.
"Sudikah awak menjadi isteri saya? Hidup bersama saya, sentiasa ada di sisi saya dan sentiasa ada bersama saat kita susah dan senang. Sehidup semati bersama saya dan menjadi ibu kepada anak-anak kita.”
Dup dap dup dap jantung saat ini. Aku masih terkejut sampaikan lidah kelu tidak tahu hendak cakap apa. Otak ligat mencari ayat.
Ya Allah, dugaan apakah lagi ini?
Telan liur seketika. Nafas ditarik dalam-dalam. Menenangkan hati yang sudah tidak aman. Tenangkan jantung yang berkencang bagai nak mati. Kini mataku merenung dalam-dalam anak mata birunya. Dia masih setia dengan senyuman manisnya dan berwajah penuh harapan agar aku terima dan tidak memalukan dia di sini jika aku tolak.
Perlahan-lahan aku melangkah mendapatkan dia dan sedikit mencangkung. Kini mata kami bertentangan. Dia masih melutut. Wajahnya masih manis dengan senyumannya. Aku juga turut tersenyum. Tidak mahu kecewakan dia.
"Apa yang awak dah buat ni, Chris?” Soalku dalam nada sedikit berbisik. Memang malu kerana ada beberapa orang berjalan lalu-lalang di sekeliling kami sambil mencuri-curi pandang ke arah kami yang bagaikan dalam drama scene melamar.
Wajah Chris berubah. Kelihatan halkumnya bergerak-gerak menelan liur.
"Bella, saya rasa dah tiba masanya untuk saya lamar awak. Saya nak jadikan awak sebagai isteri saya. Seseorang yang istimewa dalam hidup saya. I love you so much, honey. Saya tahu awak dah nak ke airport untuk pulang ke tempat asal awak semula. Tapi, sebelum tu saya nak lamar awak. Saya sanggup buat apa sahaja apa yang awak mahu, Bella. Saya sanggup ke Malaysia kalau awak nak majlis perkahwinan kita di Malaysia. Don't leave me, Bella. My life will be like before if you are not by my side. You have managed to change my life for the better.” Panjang lebar dia merayu agar aku tidak pergi tinggalkan dia dan berharap aku terima lamarannya.
Hati mula terasa sebak. Tetapi aku cuba untuk tenang. Mengatur nafas perlahan-lahan.
"I love you too. Saya tak boleh tipu diri saya yang saya pun sayangkan awak, Chris. Saya pun masih cintakan awak. Saya sayangkan awak. Saya tak nak tinggalkan awak, tapi tiada pilihan lain yang saya juga tetap kena pergi. Anggap sahaja kita tiada jodoh, Chris. Mungkin jodoh saya bukan dengan awak. Banyak halangan untuk kita bersama. Saya sayang dan cintakan awak, Chris. Tapi saya tak nak terluka kembali jika banyak hal yang berlaku mampu buat kita terpisah.” Tidak dapat tahankan lagi, air mataku mengalir laju ke pipi. Suara sudah mula kedengaran bergetar menahan sebak. Air mata mengalir bagaikan hujan lebat menuruni membasahi bumi.
Chris tersenyum. Tetapi terselit wajahnya yang turut sedih dengan apa yang aku cakap.
"Saya minta maaf sebab dah salah faham terhadap awak. I know, I'm so selfish. Saya dah buat banyak salah dengan awak. Kita tak bincang betul-betul dan saya terus marah awak. Saya minta maaf, I'm so sorry. Saya pun nak awak tahu yang saya juga cintakan awak. I love you so much!” Perkataan akhir itu aku tekankan sedikit yang aku memang benar-benar sayangkan dia.
Sumpah aku tidak boleh tipu diri aku dan hati aku yang aku benar-benar sayangkan dia dan masih mencintainya. Akhirnya terluah jua apa yang terbuku dihati. Aku masih sayangkan dia dan aku gagal untuk lupakan dia kerana aku masih cinta dia.
"No, no sweetie. Awak tak ada salah pun pada saya. Saya yang dah banyak buat salah pada awak, Bella. Saya dah lukakan hati awak, saya dah buat awak menangis kerana saya, saya tahu saya salah dan saya dah tipu awak. Saya yang sepatutnya minta maaf pada awak, Bella. I'm so sorry, sweetheart.” Nada suaranya juga turut bergetar menahan sebak. Tergamam aku seketika melihat birai matanya mula bertakung air mata jernihnya. Sumpah, ini pertama kali aku melihat Chris menangis.
Jadi, benarlah yang lelaki ini benar-benar mencintaiku sehingga menitis air matanya yang dia benar-benar cintakan aku dan sayangkan aku.
Tapi, aku rasa aku tak salah dengar. Dia ada sebut perkataan tipu. Dia tipu aku? Tipu apa? Dia ada bohong pada aku ke selama ini? Tentang perkara apa? Atau dia ada sembunyikan sesuatu daripada aku?
"Tipu? Awak tipu apa pada saya?” Nada suaraku mula berubah. Wajah yang tadi mendung dengan air mata yang lebat, kini berubah bingung. Tidak mengerti maksud Chris itu. Tipu apa? Dia ada tipu aku ke selama ini tanpa aku sedar?
Aku rasa dia pun tahu yang aku ni jenis pantang orang menipu aku.
Melihat wajah Chris juga turut berubah. Halkumnya lagi sekali bergerak beberapa kali. Senyuman yang cuba terukir di bibir itu aku percaya itu hanyalah senyuman palsu dan hanya untuk sembunyikan wajahnya yang sudah kelihatan gelisah.
"Awak ada tipu saya ke, Chris? Awak tahu kan yang saya ni jenis pantang orang menipu saya.” Aku sedikit tegaskan suaraku.
"No, honey. Saya tak pernah tipu awak. Dan saya tak pernah tipu awak yang saya betul-betul sayangkan awak dan cintakan awak. Please, terima cincin ni walaupun nanti awak akan berjauhan dengan saya. Kalau awak rindukan saya, awak tengok lah cincin ni. Pengubat rindu.” Kembali sebak dadaku saat ini. Air mata menurun ke pipi makin laju. Terkejut juga aku melihat Chris juga jatuhkan air matanya. Sumpah ini pertama kali aku melihat dia menangis.
Rasa terharu sangat-sangat yang dia benar-benar sayangkan aku dan cintakan aku. Tapi aku sahaja suka ikutkan ego. Ya Allah, aku rasa bersalah sangat dekat dia.
Aku sambut cincin tersebut dan mula menyarung ke jari manisku.
Ya Allah, cantik!
Rasa nak jerit. Cincin ni sangat lah cantik. Melihat aku memakai cincin tersebut, Chris tersenyum lebar. Wajahnya gembira.
Dan saat itu dapat kudengar tepukan gemuruh dari arah belakangku apabila aku sudah menyarung cincin ke jari manisku. Siapa lagi kalau bukan Tiya dan yang lain-lain. Seronok la mereka!
"Thank you, Chris. Saya akan rindukan awak selepas ini.” Ucapku sambil tersenyum.
"Welcome, honey. Ingat, cincin ini pengubat rindu awak pada saya.” Dia kenyitkan sebelah matanya. Aku ketawa kecil. Dapat kurasakan yang dibelakang aku sedang menonton percuma drama air mata lamaran ini. Siapa lagi kalau bukan Tiya and the geng. Ah, malunya!
Tapi, perasaan itu aku cuba tolak ke tepi. Sekarang tumpukan perhatian sepenuhnya pada Chris kerana selepas ini kami tidak lagi akan berjumpa.
"Tapi, dapatkah kita berkahwin kalau dipertemukan semula? Awak bukan seagama dengan saya dan sampai bila-bila kita tidak boleh berkahwin.” Ujarku sedikit nada kecewa.
Iya, agama islam tidak benarkan orang yang beragama islam berkahwin dengan non muslim. Melainkan mereka memeluk Islam kerana Allah. Kalau Chris tidak mahu memeluk Islam dan tidak minat hendak mempelajari tentang agama Islam bagaimana?
"Don't worry, honey. Percaya lah, jika kita bertemu kita akan berkahwin. Jika kita tidak akan bertemu selepas ini sampai bila-bila, mungkin kita tiada jodoh. Percaya pada Tuhan masing-masing.” Ujarnya menenangkan hatiku yang sudah gelisah. Senyuman manisnya mampu buat hatiku tenang. Lama-lama aku tatap anak matanya yang berwarna biru laut itu.
Ya Allah, tenang!
Satu saat, dua saat, tiga saat....
"Chris Martinez!”
Kami serentak itu menoleh ke arah suara garau dan tegas itu. Terkejut aku melihat kemunculan Tuan Rayyan di situ. Wajahnya kelihatan sungguh marah dengan renungan dinginnya menikam anak mataku. Telan liur aku seketika.
Kenapa dia marah sangat dekat aku jika aku rapat dengan Chris? Apa salah aku sampaikan dia hendak pisahkan aku dengan Chris?
Cepat-cepat kami bangun dan berdiri tegak. Kemunculan tidak dijangkakan itu datang secara tiba-tiba buatkan jantung aku berdegup kencang. Pasti dia akan memarahiku.
Kalau macam ini lah keadaannya dan dia tetap mahu pisahkan kami berdua, aku redha kerana Allah. Aku sanggup lepaskan orang yang aku sayang kerana Allah SWT.
"What are you doing here?!”
Tuan Rayyan terus mendapatkan Chris sambil menyoal adiknya dengan nada suara sedikit perlahan tetapi nada suaranya kedengaran sungguh keras. Dia marah. Terasa lenganku dipegang. Sempat aku menoleh melihat di kiri dan kananku sudah ada Tiya, Fiqah, Puteri dan Nurul. Lembut mereka usap bahuku memberi aku tenang.
"Voglio vederlo per un po'. Mi mancherà dopo questo perché vuole tornare al suo luogo di origine. Dammi la possibilità di incontrarlo.” Nada suara Chris separa merayu dan dia bercakap dalam bahasa Italy.
Aku menunduk memandang tanah. Tidak berani hendak menatap renungan tajam Tuan Rayyan itu. Dingin!
"Sai, il gruppo DIAMOND ci sta cercando. Sono violenti perché abbiamo disturbato il suo posto. E ancora non stai facendo il tuo lavoro. Ora devi andare. Non avvicinarti a questa ragazza, sarai in pericolo se il gruppo trova questa ragazza. No, sei morto, quella donna morirà!” Tegas suara Tuan Rayyan memarahi adiknya dalam bahasa Italy yang langsung aku tidak tahu apa maksudnya. Tetapi telinga dapat menangkap perkataan 'DIAMOND'.
Diamond?
Apa itu? Siapa dia? Aku betul-betul bingung dan keliru.
Chris merenung abangnya dengan renungan tajam. Bagaikan nak bunuh abang dia pulak aku tengok. Seram!
Dia kembali menoleh memandang aku. Wajahnya kembali lembut. Dia melangkah setapak ke hadapan betul-betul di depan aku. Aku hanya senyum kelat. Air mata yang mahu mengalir cepat-cepat aku seka.
"I'm so sorry....” Belum sempat Chris habiskan ayatnya segera aku potong.
"No. Awak tak salah pun. Saya yang dah banyak salah dengan awak dan saya yang sepatutnya minta maaf pada awak. I'm so sorry.” Ucapku. Terasa kelopak mata mula basah. Kini air mata mengalir laju ke pipi.
Chris tersenyum sambil menggeleng kepala.
"Me too. I want to apologize if all this time I've hurt you. Forgive me, honey. I love you. And you are mine forever. You are the most special person in my life.”
Ya Allah, kenapa hati ini terasa begitu tersentuh. Rasa hendak sahaja aku peluk dia erat-erat dan tidak akan aku lepaskan pelukan ini buat selama-lamanya kerana aku sangat menyayanginya dan mencintainya!
"I believe we will meet again. I love you too!” Kataku dengan penuh yakin.
Iya, aku yakin. InsyaAllah! Hanya mampu berserah kepada Allah.
"Ehem, ehem...We need to leave right away.” Celah Tuan Rayyan sambil menjeling tajam ke arahku.
Ya Allah, rasa nak aje aku tumbuk muka dia. Kenapa dia benci sangat dekat aku ya? Apa masalah dia? Aku bukannya bercinta dengan dia. Dia nak angin satu badan ni dah kenapa? Cemburu? Harap muka aje handsome, mesti tiada kekasih sebab itu lah dia cemburu pada adiknya yang mempunyai kekasih.
"Lascia questa ragazza se non la vuoi morta!” Sinis senyuman Tuan Rayyan dengan nada seperti memberi amaran kepada Chris sambil menepuk beberapa kali bahu Chris dan dia terus pergi begitu sahaja meninggalkan aku dan Chris yang masih terkaku.
"Saya pergi dulu. Bye and take care, sweetheart. I love you!” Ucap Chris apabila abangnya sudah memberi isyarat yang dia perlu pergi segera.
Aku hanya senyum.
"You too. Take care. I love you too!” Balasku dengan hati ikhlas.
Sejujurnya aku masih sayangkan dia. Tetapi keadaan menghalang kami untuk bersama dan kami perlu berpisah jua walaupun masing-masing masih sama-sama suka dan sayang.
Chris memusingkan tubuhnya dan mula mengikuti jejak langkah abangnya, tetapi tidak sampai beberapa langkah namanya diseru olehku. Langkahnya kembali mati. Sumpah aku tidak boleh berpisah dengan dia tetapi kami terpaksa. Ah, ujian ini sangat berat ya Allah!
"I love you!” Ucapku lagi.
Rasa hendak sahaja aku peluk dia tetapi aku tahu itu hanya menambahkan dosa aku dan aku masih waras. Tidak akanku lakukan perkara itu.
Chris kembali pusing ke arahku. Dia tersenyum manis.
"I love you too, sweetie!”
Dia terus berlalu pergi sehinggalah kelibatnya hilang dari pandanganku. Kembali menitis air mataku. Teresak-esak aku menangis menahan sebak di dada. Terasa belakang tubuhku diusap lembut oleh Tiya. Mereka memberi aku tenang seketika dan memberi aku semangat. Terus aku peluk tubuh Tiya dan melepaskan tangisan ke dalam pelukan gadis itu.
********
"Kau okay? Nak air?”
Kini kami sudah berada di atas kapal terbang. Mahu pulang ke Malaysia mungkin mengambil masa dalam 15 jam lebih macam itu. Berdoa semoga dipermudahkan untuk aku pulang berjumpa dengan ayah.
Aku hanya senyum kelat sambil menggeleng kepala. Tubuh kembali sandar pada kepala kerusi tersebut sambil mata memandang ke luar tingkat kapal terbang ini. Dapat kulihat semuanya kelihatan awan. Kami di atas awan. Sangat cantik dan tenang.
Entah kenapa, kembali terbayang wajah Chris di kotak fikiranku. Ah, kenapa aku mula rindukan dia?
"Sabar ya, Bella. Mungkin ini ujian untuk orang yang bercinta beza agama. Jangan risau, Allah turunkan ujian kerana dia sayangkan kau. Kau perlu banyak-banyak solat istikharah dan berdoa semoga jodoh kau ialah Chris.” Pujuk Tiya memberi aku semangat. Aku tersenyum. Menenangkan hati sendiri.
Kenapa aku perlu menangis saat hendak pulang ke Malaysia? Sebaliknya aku perlu gembira kerana aku sudah dapat pulang ke tempat asalku dan berjumpa dengan ayah yang sudah lama aku tinggalkan ayah.
Sebulan lebih tidak jumpa ayah ibarat setahun lebih.
Ah, aku rindu sangat-sangat pada ayah!
"Thanks, Tiya. Aku redha. Kalau dia bukan jodoh aku, aku tak kesah. Sebab semuanya aku serahkan pada Allah. Allah sebaik-baik perancang.” Kataku terselit memujuk pada diri sendiri dan hati yang masih terasa sedih.
"Hm, kejam jugak ya Tuan Rayyan tu. Sampai hati dia buat kau macam ni. Kalau aku dekat tempat kau Bella, aku memang dah bersuara waktu dia datang tu!” Bebel Tiya dengan wajah tidak puas hati. Aku tersenyum kecil sambil menggeleng kepala.
"Kita tak boleh salahkan dia. Dia pun orang Islam dan beragama sama dengan kita. Mungkin dia nak aku sedar daripada bercinta dengan orang non muslim. Nanti jadi macam ni la. Aku jugak patut berterima kasih pada dia.” Ujarku masih mahu bersihkan nama Tuan Rayyan daripada di kecam teruk oleh Tiya.
"Isy, kau ni Bella. Suka sangat berfikiran baik. Jangan nak husnuzon sangat la. Tuan Rayyan tu memang kejam. Tak salah untuk kita bercinta dengan orang non muslim dan haram untuk berkahwin dengan orang non muslim. Janji niat nak berkahwin bukan nak buat maksiat.” Balas Tiya yang masih tidak puas hati.
"Biar lah dia, Tiya. Aku tak kesah. Mungkin daripada pandangan dia, aku ni seseorang yang jahat untuk menjadi kekasih kepada adik dia. Dia kan seorang abang yang baik dan dia juga nak memastikan adik dia dalam keadaan yang selamat dan tak di khianati mana-mana perempuan yang jahat seperti aku.” Masih mampu tersenyum walaupun terluka di hati masih belum sembuh. Tiya masih buat muka tidak puas hati.
"Apa-apa aje la, Bella. Aku doakan moga Tuan Rayyan tu lambat dapat jodoh. Muka serius aje 24jam. Cuba la jadi macam Mr.Chris adik dia tu. Walaupun serius dan dingin, tetap tersenyum manis.” Bebel Tiya lagi. Aku geleng kepala sambil tersenyum kecil.
Mata kembali ditoleh keluar tingkap. Melihat awan-awan yang sungguh cantik dan putih bersih. Tenang seketika hati yang gelisah ini.
Kini hanya tinggal kenangan aku bersamanya. Tetapi sisa rasa masih ada. Sayang sangat-sangat padanya.
Dan mungkin juga Allah tidak mahu beri aku berhubungan dengan dia lagi, sebab itulah aku dengan Chris perlu berpisah. Dan aku pula perlu lupakan dia. Lupakan semuanya tentang si dia tetapi memori terindah kami tidak dapat diusirkan dari kotak fikiranku.
Sungguh sulit hendak melupakan kenangan terindah itu.
Masih tersimpan sisa rasa cinta terhadapnya.
Sejujurnya, aku masih sayang dia. Kalau dia jodoh aku, aku hanya mampu berdoa sangat-sangat moga aku dapat bertemu lagi dengannya.
SELAMAT TINGGAL VENICE, ITALY KOTA YANG SUNGGUH INDAH DAN ROMANTIK.
BUBYE ITALY!
Assalamualaikum dan hai korang! Welcome back! Hahaha, sorry sangat-sangat dah lama tak update chapter and dah lama tak masuk ke dunia merah ni...I'm so sorry and so sorry againnn!!! Dah lama gak rasanya tak update, sorry buat readers yang tertunggu-tunggu...maafkan author yang memanjang busy ni....Biasa la, study lagi, assignment berlambak hehe...otak agak pecah jugak la, tapi author tak pernah lupakan dunia merah ni and readers tersayang saya! <3 Untuk maklumat baru yang author nak sampaikan pada korang, author akan update chapter setiap hari sabtu dan ahad...kenapa tak update setiap hari? Wakduh, maafkan author ya sayang! Saya betul-betul busy dan hampir terlupa tentang dunia merah ni.... InsyaAllah, kalau author ada masa lebih saya akan update dua chapter... Thanks yang sudi singgah membaca story yang tak seberapa menarik ini and thank you juga sudi follow dan vote story ni...nana hargai sangat-sangat...tanpa korang, siapa lah saya ni... And, one more time, I'm so sorry! <33
Share this novel