• { BAB 36 } •

Romance Series 49049

"Lelaki macam tu yang Bella nak jadikan suami?”

Air mataku tak henti-henti mengalir pada saat ini. Telinga ini sakit dan perit mendengar bebelan ayah yang daripada tadi kutuk tentang Chris.

Aku tahu ayah pasti tidak akan terima Chris. Akhirnya, beginilah jadinya.

"Ayah, Chris bukan lelaki sepertimana yang ayah sangka. Dia baik, ayah. Dia pun manusia biasa seperti kita dan dia pun ada hati dan perasaan.” Aku cuba mempertahankan pihak Chris. Sungguh aku sedih saat ayah duk asyik mengutuk dan menghina tentang lelaki itu.

Dan kini, lelaki itu sudah tidak lagi hubungiku, mesejku atau datang jumpaku di kelas seperti biasa. Mungkin dia terasa hati dengan apa yang ayah telah cakap padanya saat dia bertemu dengan ayah pada tempoh hari yang lepas.

Sesudahnya, minggu hadapan akan berlangsungnya majlis pernikahan aku bersama Zyan. Cakap pasal lelaki itu, sungguh aku rasa hendak bunuh aje dia yang masih tidak muncul-muncul.

"Dia baik? Bella, jangan tengok luaran dia aje. Tengok dalam dia. Dalam hati dia. Kita tak kenal dia siapa, Bella. Kita bukan mudah kenal orang, kalau dia dahulu seorang pembunuh, seorang kaki baran, kaki pukul, tak hidup lama kamu dengan dia!” Marah ayah lagi.

Aku hanya diam sambil tertunduk dengan air mata tidak dapat dihentikan. Mengalir sepertimana hujan lebat membasahi bumi pada saat ini.

"Ayah, Bella sayang dia...”

"Enough, Bella! Ayah penat dah nak cakap dengan Bella, ayah dah penat bebel dekat Bella tapi Bella tetap degil. Esok Zyan akan balik, dia dah sampai Malaysia. Esok kita jumpa dia dan minggu depan kita akan langsungkan majlis tu. Ayah cakap cukup, cukup! Tiada lagi alasan daripada Bella. Ayah dah suruh lelaki tu jauhkan diri daripada Bella dan Bella pulak jangan gatal-gatal nak jumpa dengan dia lagi! Kalau Bella degil sangat, ayah nak Bella pilih ayah atau lelaki tak guna tu! Kalau Bella degil pilih lelaki tak guna tu, ayah haramkan Bella jejakkan kaki ke rumah ni dan ayah tak akan mengaku Bella anak kandung ayah! Bella tu bakal isteri orang, ingat tu! Sekali lagi, ayah ingatkan Bella jangan jumpa lelaki tu! FULL STOP!”

Aku sedikit tergamam dengan ugutan ayah tadi. Mampu buat aku terus terdiam seribu bahasa. Terkaku seketika, lidah kelu hendak membalas sesudahnya air mata mengalir begitu laju.

Ayah terus bangun, seketika kemudian ayah memegang dadanya secara tiba-tiba. Aku mulai risau. Dada ayah mulai sakit hanya kerana bebel pada aku yang masih tidak faham-faham.

Kau bodoh, Bella. Kau bodoh!

Ayah terus meninggalkan aku sendirian yang masih teresak-esak menangis di ruang tamu ini. Terasa bahuku diusap lembut oleh mak Gayah.

Terus aku memeluk tubuh mak Gayah erat-erat lalu melepaskan tangisanku di dalam pelukan itu. Sungguh aku tak kuat. Aku lemah, seorang insan yang lemah dan cepat terluka. Hati tisu yang senang menangis.

"Sabar Bella, ini ujian daripada Allah.” Ucap Mak Gayah sambil mengucup kepalaku.

"Tapi, Bella sayang dia, Mak Gayah. Bella tak nak dia pergi tinggalkan Bella.” Kataku dalam esakan tangisan yang masih belum henti.

"Kalau Bella ada jodoh dengan Chris dan kalau jodoh korang berdua kuat, ingatlah bahawa itulah jodoh sebenar Bella. InsyaAllah, kita banyakkan berdoa ya sayang.”

Aku angguk kepala. Kata-kata mak Gayah tadi terngiang-ngiang kembali dipeluput telingaku dan aku juga harus kuat menjalani dugaan demi dugaan. Benar kata mak Gayah, ini semua ujian daripada Allah SWT.

Seketika kemudian, aku teringat sesuatu.

Zyan.

Tadi sewaktu ayah membebel pada aku, aku ada dengar yang ayah berkata Zyan sudah sampai Malaysia.

Jadi dia sudah pulang tetapi kenapa dia tidak hubungiku yang dia sudah pulang?

*********

Tamat aje kelas, kami bersiap-siap untuk pulang. Sudah 3 hari aku tidak berjumpa dengan Chris. Dan mulai hari esok aku akan ambil cuti untuk siapkan semua majlis pernikahan kami.

Hantaran semuanya sudah siap dibuat oleh mak ngah. Dan kata ayah, hari ini mak ngah hendak bawa kami ke butik pengantin.

Eh kejap.

Kami?

Adakah Zyan sudah pulang?

"Kak, saya balik dulu ya. Ni kunci kelas.”

Hari ini aku pulang awal atas kerana arahan daripada ayah. Kunci kelas semua diberikan padaku oleh petugas pembantu kelas ini.

Aku senyum lalu menyambut kunci tersebut.

Sekarang aku mahu menunggu GrabCar sampai. Mak ngah dah banyak kali hubungiku. Katanya dia sudah berada di rumahku menunggu kedatanganku.

Mak ngah dah ada di rumah kamu. Mak ngah tunggu Bella ya. - Mak ngah.

Satu mesej masuk. Aku mula menekan mesej daripada mak ngah. Nafas berat dihela. Bersungguh-sungguh betul mereka hendak kahwinkan aku bersama Zyan.

Ok, mak ngah. Bella on the way.

Mesej daripadaku sendiri dihantar.

Baiklah. Zyan pun ada sekali ni. Dia pun tak sabar nak jumpa Bella. - Mak ngah.

Satu mesej masuk lagi, aku baca mesej daripada mak ngah sambil kaki berjalan melintas jalan raya ke bas stop. Mahu menunggu di situ.

Tapi langkahku terhenti saat baca mesej daripada mak ngah tersebut. Sungguh buat jantungku bagaikan nak luruh.

Apa?

Zyan ada di sana?

Bagus sangat!

Aku memang nak jumpa dia sangat-sangat. Dia dah tipu aku. Aku betul-betul benci dia!

HON!

"ARGH!”

Kedengaran bunyi sebuah kereta membunyikan honnya dari arah sisiku. Terus mata memandang ke sebelah dan hampir sahaja aku kena langgar. Nasib baik kereta itu sempat brek kecemasan.

Sungguh tanpa aku sedar aku sudah berhenti di tengah-tengah jalan raya itu. Aduh, Bella malunya. Tulah, dulu belajar tentang jalan raya tak nak!

Sewaktu melintas jalan raya haruslah fokus pada lintasan kita bukan bermain telefon. Kan dah jadi begini. Allahuakbar!

Mengucap panjang aku saat ini, nasib baik tiada apa-apa. Syukur Allah masih melindungiku.

Orang yang berada di dalam kereta itu melangkah keluar daripada perut keretanya.

Dan mata kami berdua bertentangan. Wajahnya dingin dan berubah lembut saat kami bertentang mata.

Ya Allah, tadi baru cakap pasal dia. Sekarang dia sudah berada di depan mataku. Sungguh aku sangat merinduinya.

Jantungku lantas berdegup laju, lidah kelu hendak bersuara dan mata hanya tertumpu pada matanya yang berwarna biru laut itu.

Chris!

Dada mula kembali sebak, sungguh aku rindu dia dan dia menghilangkan diri begitu sahaja. Kelopak mata mula basah dan air mata mula bertakung di tubir mata.

"Chris...”

Aku mula bersuara menyebut namanya. Lelaki itu hanya senyum manis dan tidak tunggu lama dia kembali masuk ke dalam kereta.

Beberapa buah kereta yang berada di belakang kereta Chris sudah membunyikan hon mereka kerana Chris memberhentikan keretanya ditengah-tengah jalan.

Chris kembali masuk ke dalam perut keretanya dan terus dia bergerak pergi tanpa memberi apa-apa reaksi. Hanya satu senyuman manisnya.

Adakah itu senyuman terakhirnya untukku?

Sungguh aku tidak akan lupakan senyuman indah itu.

Terus aku melintas dan melajukan pergerakanku berjalan ke arah bas stop. Gara-gara baca mesej daripada mak ngah yang mampu buat aku terkejut besar tadi secara automatik kakiku juga turut berhenti.

Bukan berhenti di bas stop malah tanpa aku sedar aku sudah berhenti di tengah-tengah jalan dan hampir dilanggar kereta.

Aku hela nafas lega saat sudah sampai di bas stop.

Air mata perlahan-lahan mengalir di pipi saat mengenangkan lelaki itu. Hati begitu rasa sebak dan sayu.

Chris, saya rindu awak!

********

Aku mula melangkah keluar daripada kereta Honda pemilik GrabCar tersebut. Beberapa keping duit dihulurkan pada pemandu kereta GrabCar itu dan keretanya terus bergerak pergi daripada kawasan perumahanku ini.

Dada berdebar-debar hendak berdepan dengan lelaki itu. Malas nak sebut nama, jadi faham-faham aje la. Kalau sebut nama dia boleh jadi emo aku hari ini.

Kelihatan sebuah kereta Mercedes berwarna kuning diparkir dihadapan rumahku. Kereta mewah ini siapa aje tak kenal? Aku yakin ini Zyan, dia kan kaya tapi tulah...sayang....seorang pembohong, penipu dan seorang manusia yang suka memungkiri janji!

Ah, kan aku dah cakap. Aku tak nak sebut nama dia. Nanti aku emo. Kalau bukan kerana ayah sudah lama aku tak masuk ke dalam rumah ini berjumpa mata dengan dia.

Aku betul-betul tawar hati dengan dia!

"Assalamualaikum, bakal isteri saya.”

Ucapan itu sangat dekat di telingaku dan terasa bagaikan ada orang yang sungguh dekat di belakangku. Aku ketap gigi dengan perasaan begitu marah. Kerana aku kenal sangat suara itu.

Aku mula pusingkan tubuhku serentak itu satu penampar lepas di pipi kulit putih bersih lelaki itu. Jangan bagi aku angkat tangan, kalau sekali aku angkat tangan akan kau ingat selalu tamparan padu itu!

Nafasku turun naik. Melihat lelaki itu sedikit tertoleh ke tepi sambil memegang pipinya yang sudah makan dengan penampar paduku tadi.

Dadaku mula rasa sebak dan air mata mula bertakung di birai mata.

"Sekarang baru kau nak muncul? Sekarang baru kau nak tolong aku? Selama ni....mana kau pergi? Mana kau pergi, Zyan?! Kau tipu aku!” Tengkingku pada lelaki itu dan sekali lagi aku angkat tangan hendak menumbuk dada bidangnya tetapi tanganku yang kecil ini apa lah daya sangat.

Lembut Zyan mencengkam lenganku menghalang daripada terlepas tumbukan di dadanya. Air mataku mula mengalir laju ke pipi. Kami bertentang mata, biar dia tengok muka aku dengan lebih jelas yang aku betul-betul benci dia!

"Saya tahu saya salah, Bella. Saya langsung tak ada niat nak tipu awak. Saat saya nak jumpa awak, banyak halangan yang melanda. Sungguh banyak. Bukan saya nak mainkan perasaan awak dan saya tak ada niat tipu awak, percaya lah saya......”

Belum habis kata-kata lelaki itu, satu suara buatkan perhatian kami berdua tertumpu ke arah suara itu.

"Bella dah sampai, mari lah masuk.” Suara mak ngah. Kelihatannya, mak ngah dan ayah sudah berada di muka pintu rumah.

Kasar aku menarik lenganku dari dalam genggaman lelaki itu. Wajah Zyan berubah, berubah dengan rasa serba salah. Lama dia tenungku, aku hanya buat dia tidak wujud sahaja di sebelahku sambil itu aku menyeka air mataku yang sudah basah di pipi.

"Ajak lah Zyan tu masuk sekali.” Ujar ayah pula.

"Eh, ada orang ke dekat sebelah kita? Tak tahu pula ada orang. Sebab selama ni orang tu lama menghilang lepastu tiba-tiba aje muncul. Dan sekarang muncul semula membawa bala!” Ayat terakhir sempat aku berkata sungguh sinis dan sedikit perlahan pada Zyan agar ayah tidak dengar.

Zyan hanya diam. Aku menjeling dia dengan sungguh tajam. Jelingan menyampah hendak melihat muka dia di sini.

"Bella Brianna!” Nama panjangku sudah dilaung oleh ayah dengan sungguh kuat.

Aku terus melangkah masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan dia di situ.

"Jaga sikap kamu Bella!” Sempat ayah memberi pesanan padaku saat aku melangkah berjalan di sebelah ayah.

Aku menjulingkan mata ke atas dan mula melangkah naik ke atas.

Ayah pun sama, langsung tidak faham hati dan perasaanku.

********

"Hah, gaun kembang ni cantik. Boleh lah berangan jadi ala-ala cinderella nanti. Cantik gaun ni, Bella nak? Mak ngah pun berkenan.”

Aku menjeling tajam ke arah Zyan yang sibuk sedang mencari baju Melayu berwarna putih bersama ayah. Ya Tuhan, sakitnya mata aku melihat ayah bermesra-mesra dengan dia siap berjaya buat ayah ketawa lagi.

Kalau dengan aku kemain lagi muka ketat. Biasa lah bakal menantu kesayangan.

Eh, tidak!

Tidak akan jadi sama sekali yang lelaki itu menantu ayah!

"Bella....”

Terasa bahuku dipegang lembut oleh seseorang. Terus aku toleh memandang mak ngah yang berwajah hairan sambil menjongketkan sebelah keningnya.

Terkebil-kebil aku memandang mak ngah dan acah-acah belek-belek gaun kembang pengantin yang sungguh cantik di depan mata aku ini.

"Kamu berkenan ke?”

"Hah? Berkenan? Gaun kembang ni?” Bertubi-tubi aku menyoal mak ngah. Mak ngah ketawa lalu mengangguk kepala.

"Errr....” Aku gagap. Sulit hendak memberi jawapan.

"Macam mana, puan? Puan berkenan ke dengan gaun ni?” Soal seorang wanita pekerja di butik ini menghampiri kami berdua yang masih sibuk memilih pakaian pengantin yang sesuai untuk aku.

Aku sebenarnya malas nak ikut tapi kerana ayah, terpaksa ikut juga. Mak ngah ni yang beria-iya beli baju pengantin mahal-mahal semua ni. Bukannya anak raja kahwin pun.

Setakat buat nikah sudah lah, ini tidak. Kata ayah dia mahu terus buat majlis perkahwinan kami. Tidak mahu ditangguh-tangguh. Aku pulak pelik, ada ke macam tu?

"Boleh-boleh. Saya nak beli baju ni.”

Laju sahaja mak ngah buat keputusan. Aku menjulingkan mata ke atas sambil merungut kecil.

"Okay puan, puan boleh cuba baju ni dulu ya. Kami nak ambil ukuran saiz badan.” Ujar wanita itu seketika memandang tubuhku atas bawah.

"Errmmm...mungkin tak payah kut untuk ambil ukuran badan, puan boleh cuba baju ni untuk kesesuaian badan.”

Aku senyum sambil mengangguk kepala. Rasa beruntung pula kalau kurus. Bukan kurus lagi, ini dah limit kurus keding.

Mana tidaknya, makan pun jarang. Macam mana tak jadi keding. Rasa nak gemuk aje. Tangan pun dah nampak tulang, pinggang pula dah macam papan, sekali kena tendang ni mahu melayang tubuh aku ni. Aku rasa aku tampar Zyan tadi pun tak cukup kuat hanya kerana tangan kecil aku ini.

Ah, menyempat pula kau mengutuk dari sendiri ya Bella!

"Mak ngah nak tengok baju-baju yang lain kejap, nanti dah siap panggil mak ngah ya, mak ngah nak tengok.”

Malas-malas hendak aku mengangguk kepala dengan kata-kata mak ngah itu. Gaun yang berada di dalam pelukanku itu di bawa masuk ke dalam bilik persalinan baju.

Gaun tersebut di gantung di tempat gantungan baju yang tersedia di bilik persalinan ini sambil itu aku menilik satu-satu inci di baju tersebut.

Cantik, corak yang cukup sempurna dan sangat cantik. Gaun ini sangat cantik mampu menarik perhatian orang lain. Tidak dapat aku tipu, aku juga berkenan dengan gaun ini sepertimana mak ngah berkenan.

"Kalau lah aku pakai gaun ni waktu majlis perkahwinan aku bersama Chris....”

Aku tersenyum sendiri. Teringat lelaki itu sungguh buat hatiku sebak. Rindu yang teramat.

********

Cantik!

Aku menilik diriku yang sudah tersarung gaun kembang pengantin itu di tubuhku di hadapan cermin. Senyuman terukir lebar di bibir. Sungguh cantik dan aku terlihat sungguh lain daripada yang lain.

Ah, ini Bella la!

Perlahan-lahan aku membuka pintu bilik persalinan ini mahu tunjuk pada mak ngah gaun pengantin yang mak ngah berkenan ini sudah tersarung di tubuhku.

Berkerut dahiku melihat mak ngah tiada. Susuk tubuh wanita itu langsung tidak kelihatan.

"Mak ngah ohh mak ngah!” Panggilku.

Tetapi langsung tidak disahut. Maklumlah, kedai butik ini besar dan mempunyai dua tingkat. Aku yakin pasti mak ngah berada di tingkat bawah.

Aku mengeluh kecil.

Pandang sekejap pada tubuh yang sudah tersarung gaun tersebut. Gaun ini memang ikut ukuran badanku. Tubuhku yang kecil, kurus dan langsing. Sangat sesuai!

Sesuai jika majlis perkahwinanku bersama Chris.

Aku tersenyum lagi.

Seketika kemudian teringat kembali sewaktu aku dan Chris menari bersama di Italy dahulu. Ya Tuhan, memori indah itu tidak akan aku lupakan sampai sekarang.

Entah mengapa, tubuh mula berpusing lembut. Mula terbayangkan saat aku menari bersama Chris. Matanya yang cukup menarik perhatianku sehingga aku salah step sewaktu menari. Ya Tuhan, sungguh lucu. Matanya suka memukau orang!

Berkali-kali aku berpusing dengan gaun kembang itu yang masih tersarung di tubuhku. Tapi, mungkin aku sudah lama tidak menari ballet, kepalaku sudah mulai berpusing-pusing dan gagal mengawal tubuh sehingga terasa kakiku terlanggar sesuatu benda dan buatkan tubuhku terjatuh.

Tapi......

********

Sepasang mata berwarna hitam pekat, wangian yang berada di tubuhnya sungguh wangi menusuk ke rongga hidungku. Dan wajahnya sangat-sangat dekat denganku. Terlalu dekat!

Aku telan liur, jantung berdetak dengan sungguh hebat pada saat ini. Seketika saat aku menatap wajahnya, kenapa aku rasa tenang. Bagaikan semua yang aku fikirkan dahulu hilang begitu sahaja.

Seperti aku terkena amnesia!

Dan dunia ini ibarat aku bersamanya.

Tenang!

"Dekat sangat tu, jangan sampai tercium sudah la.”

Kedengaran suara ketawa oleh ayah dan mak ngah buatkan aku tersentak seketika. Terkebil-kebil aku memandang mereka dan terus aku berdiri semula.

Syukur juga yang Zyan sambut tubuhku tadi daripada jatuh. Ya Tuhan, kau ni dah kenapa Bella? Malunya! Kalau Zyan tak sambut tadi mahu jatuh macam nangka busuk kau dekat situ.

Aku gigit bibir bawah dengan jantung berkencang hebat sambil menjarakkan tubuh daripada Zyan. Terus aku berdiri di sebelah mak ngah.

"Wahh, cantiknya anak buah mak ngah ni. Ya Allah, long. Kau tengok anak kau, cantik kan?” Kata mak ngah dengan sungguh gembira. Aku senyum tak ikhlas sambil mengeluh kecil.

"Cantik kalau senyum dengan ikhlas.” Ujar ayah buatkan aku hela nafas kasar. Ayah memang sengaja.

Terpaksa lah aku senyum manis dengan terlebih ikhlas di hadapan Zyan.

Lelaki itu juga turut tersenyum manis. Sempat aku memandang dia dari atas sampai bawah. Berpakaian baju Melayu berwarna putih, bersampin dan bersongkok. Ya Tuhan, kenapa dia handsome sangat ni?

Ya, aku tak boleh tipu yang Zyan memang kacak. Dia sangat kacak dari zaman sekolah dahulu kerana dia kacukan mat salih.

Halah, kenapa dia kacak sangat ni? Tak boleh pula aku nak lari pandangan aku daripada terus memandang dia.

"Pandang-pandang tu kenapa? Dah jatuh hati dekat saya ke?” Soal Zyan menghampiriku sambil tersenyum senget.

Terus aku jarakkan diri darinya.

"Mana ada! Jangan nak perasan la!” Marahku sambil melepaskan jelingan maut pada Zyan yang sudah ketawa kecil.

"Alah, comel aje korang ni kan...Okay, jom. Kita buat pembayaran. Tapi, Bella nak tukar ke baju ni? Ada yang tak sesuai dengan badan Bella ke?” Soal mak ngah lalu memandang gaun di tubuhku.

"Haah, Bella rasa tak sesuai sebab......”

"Tak perlu kut mak ngah. Dah okay ni, cantik sungguh bakal isteri saya ni.”

Laju sahaja si mamat tak guna ini memotong kata-kataku. Mak ngah terus dengar kata mamat tu dan terus ke kaunter pembayaran.

"Eh, mana ada la....Bella tak nak...” Aku mula membantah. Tidak puas hati. Aku yang nak pakai bukan dia!

"Bella. Dengar kata bakal suami tu. Jangan melawan!” Ayah pula bersuara.

Ya Allah, saat ini aku rasa nak hentak aje kepala di dinding. Sihir apa ek mamat ni guna sampaikan semua dengar kata dia.

Akhirnya aku hanya mengalah bila ayah sudah bersuara. Jelingan maut dilepaskan pada Zyan yang sudah sengih kecil.

Sampai di kaunter pembayaran, ayah mula mengeluarkan duit tetapi aku halang. Ini baju kahwin aku, sepatutnya aku yang perlu keluarkan duit.

"Tak apa ayah, biar Bella yang bayar.” Aku halang ayah.

"Tak apa, ayah ada duit. Duit Bella tu Bella simpan aje.” Halang ayah pula. Aduh, macam mana ni kalau sama-sama nak bayar?

Baju ni pula bukannya murah. Mahal. Aku tidak mahu menyusahkan ayah.

"It's okay, biar saya yang bayar.”

Zyan terus menyerahkan satu kad pada orang yang menjaga kaunter pembayaran tersebut. Ternganga aku seketika, begitu aje dia bayar. Sudahlah mahal.

"Eh, ya Allah...Zyan, kamu ni biar betul?” Ayah bagaikan tidak percaya Zyan bayar cash begitu sahaja.

Lelaki itu senyum manis dan sempat mengenyitkan sebelah matanya padaku. Tersedar terus aku ke dunia nyata. Teringat pula reaksi begitu pada Chris. Ah, rindunya lelaki itu!

"Betul, uncle. Uncle jangan risau ya.” Bahu ayah ditepuk lembut oleh Zyan. Ayah senyum lalu mengangguk kepala.

"Errr...Terima kasih, Zyan.” Ucapku yang masih rasa terkejut.

"Sama-sama, sayang.”

Aku menjulingkan mata ke atas sambil buat-buat muka nak muntah. Loya tekak aku!

*********

Sudah malam ke dua sebelum esok lusa majlis itu akan berlangsung. Ya Allah, cepatnya masa berlalu. Dan masa itu sangat emas. Kita perlu kejar masa sebelum terlambat.

Hotel yang telah ditempah oleh ayah sudah siap. Kata ayah, wedding perkahwinan kami di hotel lima bintang itu sudah siap dihias segalanya.

Tiya dapat tahu meloncat girang dia pada saat aku memberitahu dia yang majlis itu tidak lama lagi sudah hendak berlangsung. Geram juga aku dengar minah tu, bukan nak tolong aku agar batalkan majlis itu. Tapi malah lagi support Zyan agar terus cairkan hati aku.

Ah, memang tak lah aku nak cair hati dengan lelaki itu!

"Kenapa awak tipu saya?”

Satu soalan itu dilontar keluar dari mulutku. Lelaki itu sedang mengambil angin malam di luar rumah. Jadi senang lah hendak aku tanya semua padanya.

Zyan menoleh sekilas memandangku yang sudah berdiri di sebelahnya.

Lelaki itu masih diam. Langsung tidak menjawab soalan daripadaku.

"Zyan, saya tanya awak dengan elok-elok ni dan saya bukan bercakap dengan dinding. Tolong jawab, boleh tak?!” Aku mula berang apabila lelaki itu hanya diam dengan berwajah tenang.

"Saya nak awak tahu yang saya bukan khianat awak dan bukan tipu awak.” Tutur lelaki itu tenang tanpa menoleh memandangku.

Aku hela nafas berat lalu memicit dahi sendiri yang mula terasa sakit. Sakit hati bercakap dengan Zyan.

"Habis tu kalau awak tak tipu saya, kenapa awak tak muncul batalkan majlis pertunangan kita?” Soalku dengan nada sedikit tinggi.

"And now I'm your fiance, Zyan!” Sambungku lagi sambil menunjukkan jari manisku yang tersarungnya cincin tunangku.

Zyan senyum sambil menoleh memandangku. Kini dia berdiri betul-betul berhadapan denganku. Mata kami bertentangan sedikit lama. Aku sedikit menongakkan kepala memandang Zyan yang tinggi lampai ini.

Lelaki itu mendekatkan jaraknya padaku, aku pula berundur ke belakang. Bahaya!

"Don't worry, sweetie. Tunang boleh putus tunang, bercinta boleh putus cinta, berkahwin boleh bercerai. Walaupun saya jauh dengan awak saat saya tak munculkan diri sewaktu majlis pertunangan tu bermula, saya tetap tolong awak Bella. Tanpa awak sedar, I always protect you, dear.” Ujarnya dengan nada begitu lembut.

Aku sedikit tergamam, terkaku, terkedu, tersentak dan sebagainya saat dia menyebut perkataan sweetie. Ah, teringat pulak aku pada Chris. Chris selalu menggunakan perkataan itu padaku.

Makin membuak-buak rinduku pada lelaki itu saat ini.

"Kalau awak tak tahan sangat dan awak benci sangat dengan saya, kita boleh putus tunang. Seperti yang telah kita rancangkan dulu di Italy, kita akan batalkan majlis ni. Demi awak.” Sambungnya lagi buatkan aku terdiam seribu bahasa. Entah mengapa, rasa dada mula sebak.

Adakah aku akan kecewakan ayah nanti kalau majlis ini batal?

Tapi, kenapa aku rasa berat hati hendak putus tunang dengan Zyan? Adakah aku sudah mulai jatuh cinta pada lelaki yang bernama Zyan ini?

Ah, tidak mungkin.

"Dan, saya tak tipu awak, Bella. Saat saya nak jumpa awak, macam-macam halangan untuk saya jumpa awak. Ya, saya dah mungkir janji kita tapi saya tak tipu awak.”

"And, I miss you so much. Saya....Saya sebenarnya jealous bila tengok awak suatu hari nanti bersama lelaki lain. Berkahwin dengan lelaki lain. But...nak buat macam mana lagi, kan? Kita tiada jodoh, awak pun tiada apa-apa perasaan pun pada saya dan saya tak nak bercinta bertepuk sebelah tangan. Tak nampak gentleman pulak nanti.” Jujurnya sambil ketawa kecil dihujung ayatnya itu.

Aku sedikit tersentak mendengar pengakuannya itu. Tepat sekali, selama ini Zyan memang tak boleh move on lagi. Tapi, kenapa aku rasa sedih pulak ni dah buat dia kecewa? Dan kenapa aku rasa serba salah pada Zyan?

Lama aku merenung Zyan yang sudah tertunduk kecewa seketika kemudian lelaki itu tersenyum kembali padaku tak nak tunjuk wajahnya yang sedih saat ini.

Aku kemam bibir. Sungguh hati mulai rasa serba salah tiba-tiba. Aku juga lupa yang dia ada banyak kerja di Italy dan aku sudah buruk sangka pada lelaki itu. Ya Tuhan...

Tidak semudah itu untuk Zyan pulang ke Malaysia jika dia masih belum selesaikan kerja-kerjanya di sana. Yang aku tahu nak marah lelaki ini aja, sumpah aku rasa mula serba salah pula kali ini.

"Kalau awak nak putus tunang dengan saya, kita akan cuba. Kalau awak nak batalkan majlis perkahwinan kita yang akan berlangsung esok lusa, kita akan cuba untuk batalkan ya sayang. Saya akan cuba dan kita cuba bersama-sama. Demi awak, saya akan lakukan semua ni. Lagipun, awak kan dah ada teman lelaki sendiri, saya tak nak kacau bakal isteri orang. Awak lebih layak dapat lelaki lebih baik daripada saya.” Bicaranya dalam nada sedikit bergetar menahan sebak. Tetapi dia masih tersenyum.

Aku tertunduk sambil menyeka air mata di hujung mata. Kembali merenung anak mata berwarna hitam pekat milik lelaki itu. Zyan masih senyum.

Aku tarik nafas dalam-dalam sebelum bersuara.

"I'm sorry. Saya tak tahu yang awak busy dengan kerja dan banyak halangan untuk berjumpa dengan saya. Saya minta maaf lagi sekali Zyan dan saya nak minta maaf.....”

"Awak dah tampar saya?” Soal Zyan sambil ketawa.

Aku tersenyum segaris. Kasihan dia.

"It's okay, Bella. Saya tahu saya salah. Saya nak minta maaf.”

Laju aku geleng kepala.

"Tak, tak...awak tak perlu pun minta maaf dekat saya. Saya yang perlu minta maaf pada awak sebab dah buat awak kecewa. Tapi, sejujurnya awak masih cintakan saya?” Soalku tak lepas-lepas merenung anak matanya dalam-dalam.

Senyuman Zyan pudar, wajahnya berubah. Dia melarikan pandangan daripada terus-menerus merenung ke arahku.

Ya, aku masih tertanya-tanya.

"Saya tak boleh jatuh cinta pada kekasih orang.” Jawabnya bersahaja.

"Zyan, please serius. Saya nak tahu...”

TRING! TRING!

Kedengaran telefon bimbit Zyan berbunyi, lelaki itu terus mengangkat panggilan tersebut. Tidak lama kemudian, dia meminta diri untuk pergi tanpa menjawab soalan daripadaku.

Aku hela nafas panjang. Dada rasa sebak tiba-tiba. Hati masih tidak aman.

Gelisah tidak tentu arah.

Adakah Zyan masih cintakan aku?

********

"Kau ni, esok dah nak nikah sepatutnya kau kena berehat hari ini. Kumpul semuanya kekuatan untuk malam pertama esok.”

Aku rasa nak aje cekik Tiya yang sedang menyedut air green tea nya itu. Aku tengah gelisah, boleh pula dia bercakap begitu. Tak membantu langsung. Bukan dia tak tahu yang aku tak setuju untuk berkahwin dengan Zyan tu.

"Aku ajak kau datang minum sini bukan nak dengar kau bebel sakat aku semua, aku tengah gelisah ni Tiya. Tolong lah aku, esok aku dah nak nikah dengan Zyan. Macam mana ni?” Soalku gelisah. Tapi terselit hati rasa serba salah untuk tinggalkan Zyan.

"Macam mana apa? Kahwin je la.”

Lengan Tiya aku pukul, gadis itu boleh pulak ketawa tidak bersalah.

"Dah lah, malas lah aku nak layan kau. Aku nak balik la.” Beg tangan yang berada di sebelah di capai lalu terus aku mengangkat punggung hendak pergi.

Cekap sahaja Tiya menghalangku untuk pergi.

Tahu takut!

"Eh, tunggu la. Kita baru je sampai kan.”

Aku kembali duduk sambil menjeling tajam ke arah Tiya.

"Okay, kalau kau tak setuju untuk berkahwin dengan Zyan kau nak buat apa?”

"Sebenarnya, aku rasa serba salah nak tinggalkan Zyan tapi aku masih sayangkan Chris, Tiya. Ah, kusut lah fikiran aku sekarang ni. Stress!” Rasa nak aje hentak kepala di dinding biar hilang ingatan terus.

Malam semalam aku langsung tak tidur dan habiskan masa memikirkan hal tersebut sehingga mataku sembap dan bengkak tidak cukup tidur.

"Tolong lah aku Tiya, aku tengah serabut ni.” Rengekku sambil menggoncang-goncangkan lengan Tiya agar gadis itu sudi membantu.

Melihat wajah Tiya juga kusut memikirnya.

"Kau nak aku tolong apa? Tak akan lah aku nak ajak kau lari waktu majlis perkahwinan tu bermula.” Marah Tiya.

Tiba-tiba.....

Dapat idea pula dengan kata-kata Tiya itu. Aku terdiam seketika.

"Lari?”

"Hah, yang tu jangan, Bella. Aduh, apa aku dah cakap ni. Nanti minah ni lari jugak macam mana?” Tiya menggaru-garu kepalanya sambil membebel memarahi diri sendiri.

Aku tersenyum.

Dah lama aku rancang begitu.

Kalau Zyan masih tidak muncul aku akan larikan diri sewaktu majlis tersebut.

Ya, aku akan lari!

"Bella, please no! Aku salah cakap tu, aduh!”

"Tak, Tiya. Kau tak salah cakap pun, itulah idea yang paling bagus. Thank you my bestie. Sayang kau!” Bahu Tiya aku peluk erat-erat.

Wajah Tiya bertambah kusut dan sekarang ini gadis itu pula tidak senang duduk.

"Aku tak nak sakitkan hati ayah dan aku tak nak sakitkan hati Zyan. Mungkin ini cara yang berguna bagi aku. Aku dah tak nak bertekak lagi dengan ayah. Aku tak nak ayah sakit.” Aku tertunduk dengan kelopak mata mula basah.

Ya Tuhan, aku rasa dah banyak dosa aku buat pada ayah.

Aku memang anak tak guna, anak derhaka!

********

"Bella, please aku tak nak kau lari......”

"Dah, Tiya. Tak payah cakap hal tu lagi. Aku tak nak kau bagitahu ayah tentang rancangan ni. Lagipun aku dan Zyan dah rancang nak batalkan majlis tu. Kau jangan risau ya.” Aku cuba menenangkan Tiya yang sudah tidak senang duduk.

Kami beriringan berjalan bersama-sama ke arah kereta yang terletak sedikit jauh di bahu jalan raya. Wakduh, kena melintas. Sudahlah kereta banyak dan mereka memandu sangatlah laju.

"Tapi Bella....”

"Eh, Tiya. Anak kucing siapa pulak dekat tengah jalan tu? Ya Allah, kalau kena langgar tu macam mana lah.”

Terkejut besar apabila melihat ada seekor anak kucing yang berada betul-betul di tengah jalan raya itu.

Kelihatannya kaki anak kucing itu patah.

Allahuakbar!

Aku tak boleh betul lah dengan kucing-kucing yang cedera ni. Entah apa lagi kalau kena langgar dengan kereta.

Tak boleh jadi ni, aku kena selamatkan kucing itu sebelum anak kucing itu kena langgar.

Laju aku berlari anak mendapatkan anak kucing itu yang masih tidak bergerak kerana kakinya yang patah.

"Eh, Bella kau nak pergi mana?!”

Soalan Tiya tidak diendahkan, laju aku berlari mendapatkan kucing itu tetapi tidak sempat apabila kedengaran bunyi hon kereta dari arah tepiku.

"ARGH!!”

Jeritku kuat, saat ini aku redha kalau aku kena langgar dengan kereta tapi aku harap sangat anak kucing itu tidak dilanggar dan selamat.

Serentak itu terasa tubuhku ditarik ke tepi oleh seseorang. Rapat-rapat aku pejam kan mata, tetapi langsung tidak rasa sakit sikit pun di tubuh.

Perlahan-lahan aku membuka mata, melihat di depanku ada dada bidang seseorang yang berpakaian kemeja berwarna hitam. Berkerut dahiku. Aku mendongakkan kepala pula, melihat wajah seseorang itu.

Berwajah putih bersih, rambutnya perang dan semestinya matanya berwarna biru laut. Jantung aku berdegup pantas bagaikan nak terkeluar.

Aku kenal orang ini.

Chris!

Tanpa aku sedar, aku sudah berada di dalam pelukannya. Dia memandang ke arahku sambil tersenyum.

Beberapa buah kereta kedengaran bunyi hon yang sangat kuat, aku toleh pula ke arah anak kucing itu.

Allahuakbar!

Aku kembali menutup mata serapat yang mungkin.

Yang aku lihat pada anak kucing itu hanya tinggal rangka, isi yang sudah pecah dan darah yang banyak. Menitis air mataku. Sedih. Anak kucing itu sudah pergi.

Ya Tuhan...

Dan baru aku sedar yang Chris telah selamatkan aku daripada terkena langgar dengan kereta.

Chris yang sudah dengar esakan tangisanku mula meleraikan pelukan tersebut.

"Hei, sweetie. Don't cry, sayang. The cat is now in heaven.” Pujuk Chris sambil mengusap lembut bahuku memberi aku tenang.

Lagi kuat aku menangis. Ya Allah, rindunya nak dengar dia memanggilku sweetie. Adakah ini kali terakhir?

"Ya Allah, Bella!” Tiya yang menghampiriku terus memeluk tubuhku erat-erat.

Perlahan-lahan aku mengangkat wajah sambil menyeka air mata. Memandang Tiya lalu aku menoleh pula memandang Chris yang masih setia berada di sebelahku.

"Kau okay, Bella? Ya Allah, nasib baik la kau tak jadi apa-apa. Dah lah esok kau nak kahwin.”

Aku gigit bibir bawah saat dengar kata-kata akhir Tiya itu. Melihat wajah Chris masih tenang.

"Aku okay je.” Jawabku sambil menyeka air mata yang tersisa di pipi.

"Thank you Chris.” Ucapku pada Chris.

"No problem, sweetie. Next time, take care.” Pesannya. Aku mengangguk kepala sambil tersenyum ke arahnya.

Tidak lama kemudian, dia berlalu pergi. Tidak puas hati aku melihat dia pergi begitu sahaja, lantas aku menyeru namanya buatkan langkah lelaki itu terhenti.

Aku berjalan menghampirinya dengan mata yang mula berair.

"I miss you.” Ucapku sambil menahan air mata agar tidak tumpah ke pipi.

Lelaki itu hanya senyum tapi aku tahu itu senyuman kecewa. Dan aku yakin Chris sudah dengar kata-kata akhir Tiya itu.

"Congrats for tomorrow.”

Tersentak aku mendengar kata-katanya itu. Akhirnya tumpah air mataku ke pipi dengan serentak itu Chris menyeka air mataku di pipiku. Tergamam aku seketika.

"Don't cry, dear. Anggap aje kita tiada jodoh. Saya pergi dulu.” Dia senyum manis ke arahku dan pergi meninggalkan aku begitu sahaja.

Ya Tuhan, beratnya dugaan ini.

Sangat berat hati ini untuk pergi tinggalkan lelaki itu.

Kerana aku masih sayangkan dia dan aku masih cintakan dia!

*********

Bella minta maaf ayah, Bella minta ampun pada ayah, Bella tahu Bella dah buat salah dan dah jadi anak derhaka. Bella minta maaf, ayah. Bella betul-betul tak boleh terima keputusan ni. Bella minta maaf lagi sekali ayah. Maafkan Bella, ayah.

Bella sayang ayah!

Nafas berat terlepas dari bibir, air mata perlahan-lahan aku seka. Sekeping kertas khas untuk ayah aku letak di atas meja solekku.

Kelihatan di bawah orang sudah ramai datang dan tunggu masa aje kami bergerak ke weeding perkahwinanku. Kata ayah, Zyan pun masih belum sampai.

Gaun kembang yang sungguh cantik sudah kemas tersarung di tubuh tetapi aku tidak kuat untuk teruskan majlis ini.

Keputusan muktamad, aku terpaksa pergi dari sini.

Perlahan-lahan aku turun ke bawah. Mahu melihat pintu belakang kalau-kalau ada orang, susah sedikit hendak aku keluar ikut pintu belakang.

"Eh, Bella. Dah siap? Ya Allah, cantiknya anak buah mak ngah ni!” Mak ngah menilik aku atas bawah.

Aku tersenyum paksa.

Alamak!

Harap-harap tak terkantoi.

"Bella cari siapa?”

"Errr...Zyan. Dia dah sampai?”

"Belum. Kenapa? Dah rindu ke?” Sakat mak ngah sambil ketawa kecil.

Sejujurnya bukan rindu tapi aku benar-benar rasa serba salah telah buat Zyan kecewa. Aku harap Zyan tidak datang ke majlis itu.

"Errr, hehe. Bella naik atas dulu.”

Laju aku melangkah naik ke tangga. Jantung berdegup hebat. Macam mana aku nak turun kalau mak ngah asyik lalu-lalang di situ.

Tak apa, aku kena cuba!

Beg bagasiku yang sudah siap isi segala pakaianku di bawa perlahan-lahan ke bawah. Kelihatan ayah sedang bersembang dengan pak lang dan kawan-kawan ayah di ruang tamu serta mak ngah juga berada di ruang tamu tersebut.

Ya, inilah masanya untuk aku pergi.

Perlahan-lahan aku membawa beg bagasiku ke belakang rumah.

Aku memperlajukan langkahku untuk keluar dari sini.

Tiba-tiba......

"Bella, nak ke mana tu? Siap bawa beg bagasi bagai? Nak pergi mana?”

Muncul pula mak Gayah di sini. Aku telan liur, jantung bagaikan nak luruh dan lidah jadi kelu tiba-tiba.

Alamak dah kantoi!

"Err...Mak Gayah, tahu kan yang Bella tak setuju langsung pun untuk berkahwin dengan Zyan. Bella minta maaf mak Gayah. Bella terpaksa. Bella kena pergi daripada sini. Please, Bella merayu sangat-sangat pada mak Gayah jangan bagitahu ayah. Bella pergi dulu.”

Tangan mak Gayah aku kucup lalu aku peluk erat-erat tubuh mak Gayah. Aku sudah menganggap Mak Gayah seperti mak aku sendiri.

Dia sangat baik dan suka melayan kerenahku dan paling aku tak lupa dia suka memberi semangat padaku.

"Ta...Tapi nanti mak gayah rindukan Bella. Bella dah tak balik ke sini semula ke, nak?” Kedengaran suara mak Gayah sedih saat mengetahui yang aku hendak keluar daripada rumah ni.

Menitis air mataku lalu aku memeluk kembali tubuh mak Gayah.

"InsyaAllah, Bella akan balik. Bella janji.”

Tidak menunggu lama, aku terus keluar daripada rumah ini. Laju aku berjalan sambil menarik beg roda pakaianku ini.

Aku hendak pergi jauh sehingga orang tidak ketemu aku lagi.

*********

Rasanya sudah jauh aku berjalan dari kawasan rumahku. Saat berjalan, air mataku tak henti-henti mengalir. Saat sudah berjauh dengan ayah aku rasa begitu sedih dan mulai rindu pada ayah.

Akhirnya aku berhenti di tepi bahu jalan yang sudah jauh dari rumahku.

Terduduk aku seketika sambil teresak-esak menangis.

Ya Allah, keputusan apa yang aku dah buat ni? Apa yang kau dah lakukan ni Bella? Fikir masak-masak dulu Bella sebelum buat.

Ya Allah, hamba tak kuat. Hamba insan yang lemah, ya Allah. Ampunilah segala dosaku yang telahku lakukan pada hari ini. Aku doa moga ayah sihat saat aku sudah jauh dari ayah. Moga ayah dalam lindungan Allah SWT.

Aku terus-menerus menangis teresak-esak.

Terasa begitu bodoh mengambil keputusan tak guna ini.

Tiba-tiba kedengaran ada sebuah kereta menghampiriku yang sedang duduk di bahu jalan ini sambil menangis teresak-esak.

Zyan!

Dia keluar daripada kereta. Wajahnya terkejut melihat aku dengan berpakaian pengantin menangis duduk di tepi bahu jalan. Lantas dia mendapatkan aku.

Aku berdiri menghadapnya yang sudah berdiri di hadapanku.

"Bella...”

"Saya minta maaf Zyan. Saya tak kuat dan saya nak berterima kasih pada awak kerana dah tolong saya untuk tidak hadir ke majlis tu. Saya minta maaf lagi sekali.” Ujarku sambil air mata tidak henti-henti mengalir.

Melihat pakaian Zyan biasa, berkemeja putih dan berseluar hitam. Aku yakin dia tidak ke majlis tersebut. Huh, syukur. Tapi, apa yang dia buat di sini? Macam mana dia tahu aku di sini?

Cincin tunang yang berada di jariku itu aku cabut lalu dihulurkan pada Zyan. Zyan hanya senyum sebaliknya aku tahu dia kecewa. Makin menjadi-jadi aku menangis saat ini. Sedih kerana aku dah buat dia kecewa.

"I'm sorry, Zyan. Awak layak dapat perempuan lebih baik berbanding saya. Saya minta maaf sangat-sangat.” Lelaki itu menyambut cincin tersebut.

"It's okay, Bella. Kita tiada jodoh. Dah, jangan menangis. Saya hantar awak balik. Dan, kenapa awak duduk sini?”

Laju aku geleng kepala saat terdengar Zyan berkata dia hendak hantar aku pulang kembali ke rumah.

Tidak, aku tidak setuju.

"No, no...Saya tak nak balik ke rumah. Saya nak pergi jauh dari semua orang. Please, jangan bagitahu ayah saya yang awak jumpa saya di sini. Tapi, awak pulak buat apa di sini?” Soalku pula hairan.

"Saya nak jumpa dengan ayah awak, seperti yang kita dah janjikan dulu yang saya akan berterus-terang dan batalkan majlis tu sebelum terlambat.” Tersentak aku mendengarnya.

Zyan tidak lupakan janjinya.

Jadi selama ini aku sudah salah faham pada lelaki itu.

Ya Tuhan, lagi bertambah serba salah aku saat ini.

"Eh, tak payah la. Buat masa ni awak jangan jumpa dengan ayah. Please, jangan jumpa dia. Kita buat hal masing-masing je. Saya dah ambil keputusan untuk pergi dari rumah tu.” Ujarku dan dapat kulihat mata Zyan memandang ke arah beg bagasiku.

"So, awak nak pergi mana ni?” Soal Zyan berwajah risau dan enggan meninggalkan aku sendirian di tepi bahu jalan ini.

"Awak balik la, jangan risau. Tiya akan ambil saya di sini sekejap lagi.” Ujarku menyuruh dia pergi.

Zyan bagaikan enggan hendak pergi malah dia masih lagi berdiri terpacak di hadapanku dan wajahnya benar-benar rasa kesal. Dan dapat kulihat disebalik renungannya itu yang dia benar-benar mencintaiku lagi.

Lama dia merenung cincin tunangku untuk seketika sebelum memandangku kembali sambil tersenyum hambar.

Tubir mataku mula berair. Sungguh aku mulai rasa sebak dan serba salah.

"Zyan, saya.....”

HON!

Belum habis aku bercakap, tiba-tiba kedengaran bunyi satu hon kereta yang sudah menghampiri kami berdua. Kereta Myvi berwarna putih milik Tiya sudah sampai di tepi bahu jalan di mana tempat aku dan Zyan berada.

"Bella, kenapa ni? Kau okay?” Soal Tiya gelabah keluar daripada perut kereta dan mendapatkan aku.

Sebelum tibanya hari ini yang menjadikan status hubungan aku dan Zyan halal, aku menyuruh Tiya datang mengambilku setelah aku sudah keluar daripada rumah itu.

Syukur gadis itu sudi membantuku.

Tiya memegang kedua-dua belah pipiku sambil merenung kedua-dua mataku yang sudah cair dengan mekup. Lalu dia memeluk tubuhku dengan sungguh erat. Aku melepaskan lagi tangisanku di dalam pelukan Tiya.

"Aku janji aku akan tolong kau, jangan menangis lagi ya. Kau kena kuat, Bella. Kau kena lawan!” Tutur Tiya memberi aku semangat. Aku hanya mengangguk kepala sambil mencuba meredakan tangisanku.

Perlahan-lahan Tiya mengusap pipiku yang sudah basah dek air mata.

"Saya pergi dulu, jaga diri Bella. Semoga awak dapat jumpa lelaki yang sesuai dengan awak dan semoga awak bahagia dengannya.” Manis senyuman Zyan berikan padaku lalu dia meminta diri untuk pergi.

Aku hela nafas berat. Sungguh aku rasa serba salah terhadapnya.

*********

Sungguh ini kerja gila. Lari rumah sewaktu majlis nikah hendak bermula. Keluar dari rumah dengan masih dalam pakaian baju pengantin. Memang malu tersangat saat hendak berjalan orang akan memandang ke arahku.

Syukur Tiya memberi aku tempat tinggal. Katanya suaminya tiada di rumah. Senang cerita, suaminya perlu selesaikan tugas di tengah laut. Jadi tinggal lah aku bersama Tiya di dalam rumah ini.

Dapat lah aku teman Tiya di sini.

"Ini bilik kau, rumah aku tak besar mana pun. Kondo kecil aje. Boleh lah kau teman aku, laki aku minggu depan baru balik. Tapi, nasib baik dah lepas honeymoon kitaorang.” Ujar Tiya menunjukkan bilik khas untuk aku.

Aku menjeling Tiya yang sudah ketawa. Seronok lah dia dah dapat honeymoon dengan suami tersayang dia tu.

"Terima kasih ya, Tiya. Tanpa kau, entah apa lah jadi dekat aku.” Ujarku mula rasa sebak. Kedua-dua tangan Tiya aku pegang erat-erat sambil menahan air mata agar tidak mengalir ke pipi.

"Tak ada apa lah, aku tolong kau ikhlas dari hati tau. Kau kan kawan baik aku dari sekolah lagi. Dah, dah...sekarang kau pergi bersihkan diri, solat lepastu pergi rehat. Nanti aku masak makan malam.” Ujar Tiya sambil mengusap lembut bahuku.

Aku mengangguk.

Kaki mula melangkah masuk ke dalam bilik luas itu. Walaupun kondo, biliknya sangat luas dan sangat cantik. Dah macam bilik hotel lima bintang.

"Tapi, kau dah fikir masak-masak ke semua ni Bella? Tak ada apa lah, cuma aku risau kau akan kehilangan orang yang tersayang suatu hari nanti. Sebab itu aku suruh kau banyak fikir dulu sebelum buat sesuatu.”

Kata-kata Tiya itu buatkan langkahku mati.

Entah mengapa, tiba-tiba aku teringat dekat ayah.

Ya Tuhan, rindunya aku pada ayah.

Maafkan Bella ayah, Bella terpaksa.

Tiba-tiba....

TRING! TRING!

Gelabah aku mengeluarkan telefon bimbitku dari dalam beg tanganku.

Tertera nama mak ngah di skrin telefon bimbitku. Tahankan lagi air mata yang mula hendak mengalir sebab aku tahu sekarang pasti mereka tengah kecoh mencari aku.

Tidak aku jawab panggilan tersebut malah telefon bimbitku itu aku matikan sahaja.

Lebih aman.

*********

Sejadah dan telekung dilipat kemas. Setelah selesai solat asar tadi, hati semakin tenang. Tetapi kenapa hatiku tidak tenang dan seperti ada sesuatu perkara yang berlaku.

Ah, mungkin aku penat.

Abaikan sahaja, tubuh direbahkan di atas katil empuk. Mahu berehat seketika kerana mata aku ni sudah penat duk asyik mengeluarkan air mata yang tidak sudah-sudah henti.

Mata memandang siling putih bersih itu, terbayang pula wajah ayah saat ini buatkan aku rasa hendak menangis dan pulang semula ke rumah. Tidak pernah aku buat begini pada ayah, ini memang betul-betul kerja gila.

"Maafkan Bella ayah.”

Menahan air mata itu sungguh sakit daripada putus cinta.

Mulai hari ini, aku berjanji pada diri sendiri yang aku tidak akan menangis lagi dan dengan izin Allah aku akan pulang semula berjumpa dengan ayah dan aku akan ceritakan semuanya pada ayah.

Tapi, kenapa hatiku rasa tidak sedap ni?

Ada sesuatu perkara burukkah yang akan terjadi?

********

"Mama sayang Bella!”

Mata terus terbuka luas. Nada suara itu lembut mengucapkan khalimat tersebut sehingga buatkan aku terbangun. Kiri dan kanan aku toleh, selepas itu aku teresak-esak menangis lagi.

Seperti suara mama.

Ya Tuhan, rindunya aku pada mama!

"Bella, kenapa ni?” Tiya terus masuk ke dalam bilikku setelah terdengar suara tangisanku.

Dipeluk erat bahuku memberi aku tenang.

"Aku rindu dekat mama...”

"Ayah kau kan dah cakap mama kau dah la meninggal dunia, kalau kau rindu dia kau perlu banyak berdoa untuk arwah semoga dia tenang di sana.” Pujuk Tiya. Aku menyeka air mata lalu menarik nafas dalam-dalam.

"Okay?”

Aku angguk.

Cuba untuk tidak menangis lagi sebab aku dah janji pada diriku sendiri yang aku tak nak menangis lagi.

"Kau kuat Bella!”

Aku senyum hambar.

InsyaAllah.

*********

Lama aku merenung diriku di cermin meja solek besar ini. Mata memang dah tak payah nak cakap lagi, sudah sembap dan bengkak.

Tapi, mulai hari ini aku berjanji sekali lagi yang aku tidak mahu lagi menangis. Seperti yang Tiya cakap dan selalu Tiya pesan padaku, aku perlu kuat menjalani dugaan demi dugaan yang akan datang.

Rambut yang panjang bebas diikat tinggi. Rimas pulak hendak dilepaskan.

Pagi ini aku perlu mulakan hari yang terbaik untukku bukan lagi untuk bersedih-sedih seperti semalam.

Kaki diaturkan keluar dari bilik dan berjalan menuju ke dapur. Kata Tiya, dia sudah siapkan nasi lemak sarapan pagi untukku. Memang aku lapar sekarang ni, mana tidaknya malam tadi aku langsung tidak sentuh nasi. Badan pun dah kurus lebih kurang macam papan.

Duduk dilabuhkan dihadapan Tiya. Berkerut dahiku melihat Tiya seperti gelisah tidak senang duduk.

Dah kenapa dengan minah ni?

"Err...goodmorning Bella.” Ucapnya sambil menggaru-garu belakang kepalanya.

"Morning Tiya pretty.” Dia kan suka orang puji dia.

Aku ketawa kecil lalu mencapai satu bungkusan nasi lemak di atas meja makan tersebut. Ni mesti minah ni beli, mana lah dia rajin nak buat nasi lemak ni.

"Err...”

"Kau ni dah kenapa?” Soalku hairan melihat Tiya dah macam cacing kepanasan.

"Aku nak cakap dekat kau sesuatu ni. Tapi, aku tak nak kau sedih-sedih lagi macam semalam tau.”

Sungguh hati aku mulai rasa tidak sedap hati.

Tetapi aku cuba berfikiran baik, mungkin hal lain yang Tiya nak sampaikan padaku.

"Apa dia?” Aku mulai serius.

Punggung kembali di angkat, kaki melangkah ke arah rak pinggan. Mahu mengambil pinggan dan sudu.

"Betul ni?”

"Ya.”

Pinggan di letakkan di atas meja lalu aku kembali ke rak cawan. Mencapai satu cawan dan mengambil air putih di mesin coway. Tekak ini memerlukan air putih pada pagi ini.

"Tadi mak ngah ada call aku dan aku terpaksa angkat. Aku risau sebab dia dah banyak kali call aku. Lepastu, dia kata dia tahu yang kau bersama aku sebab kau hanya ada aku seorang aje. Dia nak sampaikan satu berita yang mampu buat kau sedih tapi aku tak nak kau sedih Bella.”

Aku sedikit tergamam dengan kata-kata Tiya itu. Alamak sudah kantoi ke?

"Sebenarnya, ayah kau dah meninggal dunia sejak dapat tahu yang kau larikan diri. Ayah kau tak dapat terima dan dia stress. Selepas tu, mak ngah kata ayah kau pengsan. Bawa aje ke hospital, pihak hospital tak dapat nak selamatkan ayah kau lagi kerana ajal sudah menjemput ayah kau terlebih dahulu.” Cerita Tiya buatkan cawan yang sudah penuh dengan air putih di dalam genggamanku itu jatuh pecah di atas lantai.

Terduduk terus aku disitu, lemah terus satu badanku saat ini. Air mata mula mengalir di pipi. Hatiku saat ini tak terkata. Sungguh aku lemah-selemahnya.

Tiya terus dapatkan aku. Dipeluk bahuku erat-erat.

Ya Allah, dugaan apakah lagi ini?

Sungguh aku tidak kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience