Berdebar-debar aku saat ini untuk berjumpa dengan ayah. Hampir seminggu lebih aku fikir betul-betul untuk memilih pilihan pertama. Fikir dua kali untuk aku pilih pilihan pertama. Aku nak sangat menyertai pertandingan itu. Tapi, kahwin tetap kahwin. Ah, itu aku tak kisah janji bukan dengan Zyan. Aku perlu cepat-cepat cari bakal suami sebelum aku pulang ke Malaysia. Ya, itu lah pilihan pertama aku. Keputusanku muktamad.
Pilihan pertama akanku pilih!
Sebenarnya aku perlu memberi keputusan ini pada minggu lepas. Tetapi ini sudah lebih seminggu. Aku mengambil masa dalam dua minggu. Ayah tertanya-tanya juga, tetapi aku memberi alasan untuk aku fikirkan betul-betul dahulu.
Dan sekarang tibalah masanya untuk aku berikan jawapan itu pada ayah. Pilihan pertama aku pilih dan aku rasa aku tidak salah pilih. Itu pilihan betul untuk aku.
Melihat ayah sedang duduk di sofa ruang tamu sambil membaca surat khabar. Uh, kusyuk betul ayah sedang baca surat khabar sampaikan aku yang berada di sebelah ayah pun ayah tidak perasan.
Sewaktu makan malam tadi, ayah juga hanya berdiam diri. Tidak bertanyakan tentang keputusan pilihan itu. Ah, ayah betul-betul bagi masa pada aku untuk aku pilih pilihan daripadanya.
"Ayah." Panggilku, melihat ayah sedikit terkejut apabila melihat aku sudah berada di sebelahnya.
"Ya Allah, terkejut ayah." Aku ketawa kecil.
"Tu la, ayah tu kusyuk sangat baca surat khabar tu sampaikan Bella duduk sini pun tak perasan." Aku melabuhkan duduk disebelahnya.
"Ayah tengah baca berita hari ini pada surat khabar ni. Hah, Bella kenapa tak tidur lagi? Esok masuk kelas awal kan?" Soal ayah tanpa memandangku. Dia masih kusyuk dengan surat khabar dia tu. Aku senyum tipis.
"Err... Sebenarnya, Bella ada sesuatu benda nak cakap dekat ayah." Aku mula bersuara dalam nada sedikit gagap.
"Hm, apa dia?"
"Bella dah buat keputusan," ayah mula memandangku apabila aku mula bersuara tentang perkara tersebut. Dia sudah tahu aku akan bercakap tentang pilihan itu.
"Bella...dah pilih," aku bersuara lagi. Masih takut untuk membuat keputusan. Tapi bila difikirkan kembali, ada betul juga kata-kata Tiya itu. Dan aku juga hampir seminggu tidak pernah berjumpa dengan Zyan lagi. Mungkin lelaki itu juga sedang memberi masa padaku untuk membuat keputusan.
"Keputusan Bella muktamad..."
Ah, jantung aku ni makin laju berdetak buatkan aku hendak bersuara pun tergagap-gagap. Oky, dah tiba masanya untuk aku bercakap tentang hal ini. Ya, aku yakin aku tidak salah pilih. Ini pilihanku.
Bismillah.
"Bella akan pilih...Pilihan pertama."
Bibirku ketap. Mata tidak berani lagi hendak memandang ayah. Melihat ayah langsung tidak memberi apa-apa reaksi malah wajah ketatnya itu ditayangkan padaku.
Suasana menjadi sunyi sepi seketika. Ayah menyambung membaca surat khabar. Buat seperti aku tidak wujud di sebelahnya. Ah, aku ada salah cakap ke? Ayah marah kat aku ke? Tapi, aku rasa ini pilihan terbaik untuk aku. Ayah yang suruh pilih, jadi aku dah buat pilihan yang tepat bagiku.
Tak sampai beberapa minit, ayah menutup surat khabarnya lalu diletakkan di atas meja berhadapan dengannya. Aku telan liur lagi. Masih berdebar-debar untuk menerima kata-kata daripada ayah nanti. Aku takut ayah tidak setuju pula. Tapi ayah juga yang menyuruh agar aku pilih pilihan daripadanya.
"Adakah keputusan ini tepat bagi Bella?" Soal ayah sambil menukar posisi berhadapan denganku. Memandang aku yang masih menunduk.
"Yup." Jawabku sedikit teragak-agak.
"Oky. Ayah terima dan setuju dengan pilihan Bella. Ayah akan izinkan Bella menyertai pertandingan itu. Tapi...."
Ah, dada kembali berdebar-debar. Aku sembunyikan senyuman apabila ayah sudah bercakap yang dia izinkan untuk aku menyertai pertandingan itu. Alhamdulillah!
"Ayah tak mahu Bella pergi sendirian sewaktu di sana. Ayah akan upah seseorang untuk menjaga Bella di sana. Ayah tak mahu Bella balik ke sini semula dalam keadaan cedera atau yang lain-lain."
Aku sedikit mengeluh. Ya, ayah boleh mengupah orang sesiapa sahaja untuk melindungi dan menjaga aku di sana nanti. Tetapi, perlu ke sampai begitu sekali? Aku bukannya sendirian pun. Jika aku berada di sana, ramai yang akan bersamaku nanti.
"Tapi ayah, Bella kan ada Tiya. Tiya ikut sekali menyertai pertandingan tu. Tak perlulah nak upah-upah orang semua ni bagai. Membazir duit je. Lebih baik upah orang untuk jagakan ayah bila Bella tiada di rumah ni nanti."
Aku tidak setuju dengan cadangan ayah yang satu itu. Upah orang semata-mata nak tengok-tengokkan aku di sana? Aku pula naik segan jika orang yang diupah oleh ayah itu selalu ikut aku. Kalau perempuan tak mengapa la, kalau ayah pilih orang itu lelaki bagaimana? Tak pasal-pasal nanti orang ingat bawa suami sekali datang ke pertandingan itu. Ah, malunya!
"Ayah bukan tak percayakan Bella. Tapi ayah takut nanti kalau-kalau ada orang berniat jahat pada Bella macam mana? Bella akan pergi ke negara orang tau. Bukannya dekat-dekat. Jauh! Ayah pun tak tahu dan tak nampak keadaan Bella bagaimana jika Bella alami masalah teruk di sana nanti.” Panjang lebar ayah bercakap buatkan aku terus terdiam.
"Ayah akan upah seseorang untuk jagakan Bella di sana dan jika Bella pulang di Malaysia semula nanti ayah nak Bella terus bertunang. Ayah akan suruh Zyan cepat-cepat masuk meminang Bella.” Ujar ayah buatkan aku sedikit tersentak.
Tak! Aku tak mahukan lelaki itu. Akanku tukarkan Zyan bakal suamiku kepada lelaki lain. Aku tak mahu Zyan. Aku langsung tidak cinta atau suka dekat dia. Ada perasaan dekat dia pun tidak.
Diam hanya aku berikan kepada ayah. Tak mahu menjawab. Nanti tak pasal-pasal ayah tidak setuju pula tentang pilihan pertama aku itu.
"Bila Bella akan pergi?" Soal ayah apabila lama kami berdiam diri.
"Minggu depan." Jawabku ringkas.
Sebelum hampir minggu depan untuk ke sana, aku perlu berlatih betul-betul dalam menari ballet ini. Takut juga jika kaki ini nanti tiba-tiba buat hal. Ah, aku perlu kuat dan melawannya. Gembira juga sebab Tiya juga dipilih.
Ayah hanya diam. Aku juga turut berdiam diri. Ada sesuatu perkara yang aku nak bersuara pada ayah, tapi mungkin aku hanya batalkan niat aku itu aje. Kalau aku bersuara takut pula ayah tidak setuju dan tidak izinkan aku pergi.
*********
"Macam mana? Ayah kau setuju?" Bertalu-talu Tiya menyoalku. Aku hanya senyum lebar. Gembira terselit kecewa. Iya, itu lah perasaanku saat ini.
"Yup, ayah aku setuju. Dia yang bagi pilihan pada aku, aku pula perlu pilih dan mesti lah ayah aku setuju."
Dengar aje kata-kata itu daripada aku, lantas Tiya menjerit gembira sambil memeluk tubuhku. Aku melepaskan tawa. Seronok lah tu makcik Kiyah ni dapat pergi bersama-sama dengan aku.
"So, nanti kalau kita pergi sana aku akan bawa kau pergi satu tempat yang paling best. Nanti kalau kita dah habis berlatih dekat sana, kita pergi lah jalan-jalan dekat sana tempat yang best. Boleh tenangkan fikiran kau tu lepastu boleh lah cari bakal suami yang kacak-kacak di sana."
Amboi, makcik Kiyah sudah mula berangan. Aku menggeleng kepala dengan Tiya yang sudah mula berangan. Pinggangnya aku cucuk lembut, menyedarkan dia daripada berangan panjang dia tu.
"Jangan nak berangan sangat lah. Kita pergi sana kena berlatih banyak-banyak sebelum pertandingan tu bermula." Ujarku. Tiya pula sudah mencebik.
"Ya, tahu. Tapi, tak apa kan kalau kita ambil kesempatan sikit untuk tengok-tengok bandar yang cantik di sana."
Aku ketawa kecil sambil menggeleng kepala. Dia ni nak berlatih pertandingan tu ke atau nak pergi jalan-jalan? Macam-macam betul lah si makcik Kiyah ni.
"Tapi, ayah aku akan upah seseorang untuk jagakan aku di sana nanti. Macam mana aku nak bebas kalau aku tetap dikongkong di sana nanti." Nafas berat aku hela. Terngiang-ngiang kembali kata-kata ayah saat ini. Nak tengok bandar di sana tak dapat kerana orang upahan ayah mendengar arahan daripada ayah untuk menjaga aku agar aku tidak keluar rumah.
"Serius lah ayah kau upah seseorang untuk jaga kau di sana nanti?" Soal Tiya terkejut. Malas-malas aku mengangguk.
"Siapa orang upahan ayah kau tu?" Soal Tiya lagi.
Aku hanya mengangkat kedua-dua bahu. Tidak tahu.
"Jangan-jangan..." Belum habis ayat Tiya itu lagi aku cepat-cepat menutup mulut makcik Kiyah itu. Aku dah agak, pasti dia akan cakap benda bukan-bukan.
Boleh jadi, kata-kata tak sepatutnya itu akan terjadi nanti. Ah, celupah betul lah mulut si makcik Kiyah ni.
"Isy, kau ni! Tak payah lah nak cakap bukan-bukan. Aku tak rasa orang yang kita kenal. Mungkin orang upahan ayah aku tu pekerja daripada syarikat dia dulu. Lagipun, dia bukannya ada banyak kawan." Ujarku menenangkan hati sendiri. Takut juga jika kata-kata Tiya itu benar.
"Tapi, ayah kau kan rapat dengan Zyan. Mungkin...."
"Eee! Dah la. Aku nak masuk ke studio dulu. Nak warm up jap. Kalau kata-kata kau tu benar terjadi pada aku, siap kau!" Jelingan maut aku berikan pada Tiya yang sudah melepaskan tawanya. Tak menunggu lama terus aku melangkah keluar daripada bilik persalinan baju. Kalau layan si Tiya tu, boleh pecah kepala otak aku.
Stress.
********
Dulang air aku bawa dan aku letakkan dulang tersebut di atas meja berhadapan dengan mak ngah yang baru sampai di rumah ini.
Kini aku melabuhkan duduk pula di sebelah mak ngah. Ayah pula berada dihadapan mak ngah. Wajah ayah saat-saat ini tidak terlalu ketat. Malah dia banyak tersenyum.
Pasti gembira kerana aku tak lama lagi akan berkahwin dengan Zyan dan mulut orang kampung akan tertutup sendiri apabila melihat aku sudah berkahwin. Aku tahu ramai orang kampung di sana mengata tentang aku dan ayah kerana aku masih tidak kahwin dan mereka juga katakan aku akan jadi anak dara tua.
Sekarang aku akan buktikan yang tak lama lagi aku akan kahwin dan mulut orang kampung di sana akan tertutup sendiri selepas melihat aku sudah ada teman hidup tetapi bukan dengan lelaki yang bernama Zyan.
Tak, aku tidak mahukan lelaki itu. Aku akan setuju berkahwin, tetapi bukan lelaki itu.
Bukan dengan lelaki bernama Zyan Uqael!
"Tak lama lagi Bella dah nak pergi, kan?”
Soal mak ngah memecahkan kesunyian. Aku menoleh memandangnya di sebelahku sambil mengangguk. Rasa sebak untuk tinggalkan ayah keseorangan di rumah ini mula menguasai diri saat ini. Sedih dan aku akan selalu rindu pada ayah selepas ini.
"Kamu tu fokus aje dengan latihan kamu tu. Jangan risau tentang keadaan ayah kamu ni. Mak ngah dan pak lang akan selalu singgah ke sini untuk tengok-tengokkan keadaan ayah kamu.”
Sedikit bersinar-sinar mataku apabila mak ngah berkata begitu. Seperti tidak percaya yang ayah akan ada peneman nanti. Senyuman terukir lebar di bibirku. Tadi punya lah serabut kepala otak aku ni cari siapa yang boleh jaga ayah.
Alhamdulillah, ada juga seseorang sudi teman ayah di rumah ini.
"Betul ke ni mak ngah? Tak menyusahkan mak ngah dengan pak lang ke?” Soalku bertalu-talu dengan terselit perasaan gembira. Syukur.
Mak ngah hanya senyum sambil mengangguk.
"Jangan risau tentang mak ngah. Mak ngah okay aje. Ayah kamu ni pun dah sakit orang tua. Tak elok untuk dia tinggal seorang diri.” Ujar mak ngah buatkan aku kali kedua berasa bersyukur.
"Terima kasih mak ngah.” Ucapku pada mak ngah dengan senyuman manis aku hadiahkan padanya. Dia hanya mengangguk dan membalas senyumanku.
"Ehem...Bella, tolong ambilkan air masak untuk ayah.” Berkali-kali ayah berdehem. Mungkin sakit tekak. Aku hanya akur dan terus berlalu ke dapur.
Dicapai gelas kosong dan aku tuangkan air kosong ke dalam gelas dan kembali melangkah ke ruang tamu. Tetapi belum sempat aku berjalan ke ruang tamu, kedengaran suara mak ngah seperti bercakap sesuatu dengan ayah. Perlahan tetapi jelas kedengaran dipeluput telingaku. Terhenti terus langkahku lalu aku sembunyi dan sedikit mencuri-curi dengar perbualan mereka.
"Along, kau tu biar betul nak kahwinkan anak kau tu cepat-cepat? Aku tahu kau terasa dengan kata-kata aku pada tempoh hari lepas tapi jangan lah sampai seksa anak kau macam tu. Kalau dia tak suka dengan lelaki tu, jangan lah dipaksa, biarlah dia cari bakal suami dia sendiri.”
Kata-kata mak ngah jelas kedengaran. Aku masih fokus mendengar perbualan seterusnya daripada mereka berdua.
"Aku tak terasa hati pun. Tapi benar juga apa yang kau cakap tu. Aku perlu kahwinkan Bella tu cepat-cepat. Kita ni mana boleh tutup mulut orang kampung tu. Nanti tak pasal-pasal anak aku kena mengata dengan orang kampung tu yang anak aku ni anak dara tua. Aku tak nak, angah. Sebab itulah aku kahwinkan dia. Kalau boleh, esok aku kahwinkan dia. Tapi dia tak nak. Dia tetap nak teruskan berlatih, katanya pertandingan tu dah tak lama lagi akan berlangsung. Dia nak fokus dahulu, bila dia dah balik Malaysia dia akan terus berkahwin. Aku ikutkan aje tapi kahwin tetap kahwin.”
Panjang lebar ayah menjawab pertanyaan mak ngah buatkan aku sedikit terkejut dan terselit rasa kecewa. Kenapa ayah tetap nak aku berkahwin? Sebab nak tutup mulut orang kampung. Dan ayah juga tetap nak aku berkahwin dengan Zyan. Ya Allah, beratnya dugaan ini.
"Jangan dipaksa begitu kalau dia tak cintakan lelaki itu dan jangan dipaksa berkahwin kalau dia tak suka lelaki itu. Nanti tak pasal-pasal anak kau tu jadi macam kau dan bini kau yang dulu. Nak ke? Bercerai lepastu buat haluan masing-masing. Bini kau tu tak suka kau, sebab itu lah dia curang dengan kau. Jadi, kau nak ke anak kau jadi macam mak dia yang dulu? Hati kotor sanggup buat macam tu dekat suami sendiri?”
Sinis kata-kata itu daripada mak ngah mampu buat aku sedikit terkejut. Bini? Isteri? Mak? Curang? Bercerai? Berlaga-laga kata-kata itu di kepala otak aku saat ini. Terasa begitu perit hati ini jika ayah tidak menceritakan tentang hal sebenar tentang mak padaku. Teringin nak tahu siapa ibuku yang sebenar.
"Dah lah, angah. Kalau kau nak cakap pasal dia, lebih baik kau balik aje lah. Aku benci nak dengar tentang dia, nama dia pun aku benci nak dengar lah. Kau jangan sebut lagi pasal dia depan anak aku.”
Kedengaran berbaur amaran ayah pada mak ngah. Aku sedikit tersentak. Adakah mak masih ada? Tetapi di mana mak sekarang? Dan aku yakin mak masih ada. Aku tidak akan berputus asa dan sedaya upaya aku akan cari di mana mak berada.
Kecewa dan sedih kerana ayah tetap mahu sembunyikan perkara itu daripada aku.
********
Ah, sumpah. Aku rasa tak sabar sangat malam ni. Esok kami perlu bergerak ke airport awal pagi. Malam ni aku dah berdebar teruk. Entah kenapa, excited sangat-sangat. Tapi, tak boleh terlebih sangat excited tu. Bak kata orang tua dulu-dulu, jangan terlebih suka sangat nak pergi tu, nanti tak pasal-pasal menangis atau muncul perkara buruk.
Aku yang sedang sibuk memasukkan baju-baju ke dalam beg bagasiku, sedikit terkejut apabila kedengaran ada seseorang memulas tombol pintu bilik daripada luar.
"Ayah ada ganggu Bella ke?” Soal ayah yang sudah berada di muka pintu bilikku. Aku hanya menggeleng kepala sambil tersenyum sebaris.
Ayah terus melabuhkan duduknya di katilku. Aku juga turut melabuhkan duduk di sebelah ayah. Ayah datang sini mungkin ada sesuatu perkara penting yang nak bagitahu pada aku.
"Bella..."
Aku pandang ayah. Wajah ayah kelihatan seperti serba salah untuk bersuara. Ada apa-apa yang tak kena ke?
"Kenapa ayah?" Soalku apabila melihat wajah ayah berubah.
"Lama ke Bella akan ke sana?" Aku tak rasa soalan itu yang ayah nak tanya. Sedikit berkerut dahiku. Rasanya, dah banyak kali ayah soal aku begitu dan hampir banyak kali juga aku jawab soalan ayah itu.
"Kalau dah habis pertandingan tu, kita orang semua akan balik. Mungkin tak lama. Tunggu maklumat daripada Miss Liya." Balasku dengan jawapan yang dah banyak kali aku ulang.
"Tak ada lah, ayah sebenarnya tak nak kamu lama-lama sangat di sana. Itu negara orang. Takut jika mereka ada niat jahat pula dan kenakan kamu yang baru sampai ke negara mereka." Ujar ayah dalam nada sedikit berat hati untuk aku pergi.
"Ayah jangan risau lah. Dekat sana nanti Bella akan bersama Miss Liya. Kita orang tak ke mana pun. Kalau nak keluar pun, pastikan minta izin dahulu pada Miss Liya. InsyaAllah, tak ada apa-apa lah ayah." Aku cuba memujuk ayah agar dia tidak berfikir macam-macam.
"Orang yang ayah upah untuk jaga Bella di sana nanti dah ada. Jadi, ayah dah tak risau sangat kalau dia ada. Bella pula, jangan degil cakap dia. Dengar cakap dia kerana semua itu arahan daripada ayah." Aku sedikit tersentak. Alamak, ayah dah jumpa ke orang yang sudi jaga aku di sana nanti?
"Siapa dia, ayah?" Soalku ingin tahu. Berdebar-debar menunggu jawapan daripada ayah.
"Kamu tak perlu pun tahu. Nanti kamu dah sampai di sana, kamu akan tahu siapa dia. Yang penting sekarang ni, kamu fokus dengan pertandingan tu. Bagi menang." Aku ketawa kecil dihujung ayat ayah itu. Entah lah menang ke tidak. Aku pun tidak tahu. Entah-entah, peserta-peserta ballet yang berada di Italy sana semuanya orang kuat-kuat. Aku pula kalah. Hm, sia-sia aje nanti Miss Liya pilih aku.
Tapi, tak semudah itu untuk mereka menang. Aku akan tetap berusaha berlatih untuk menang. Walaupun Fiqah terpilih juga, dia tetap kumpulan kami. Tapi, mampu buat aku menyampah untuk bekerjasama dengan ahli-ahli kumpulan bila dia ikut serta.
"InsyaAllah, boleh. Nanti kalau ayah rindukan Bella, ayah call lah Bella. Ayah jangan risau lah, tak lama pun Bella di sana. Paling lama pun, dua bulan atau tiga bulan."
Wajah ayah sedikit berubah. Terkejut. "Dua-tiga bulan? Lamanya."
"Yup. Tapi ayah jangan risau, kalau kami dapat menangkan satu kumpulan di sana nanti, kami dapat cepat balik dan menang.”
"Hah, ye la. Buat yang terbaik. Apa-apa terjadi di sana, call ayah. Dah, tidur cepat. Esok pagi nak keluar awal-awal pagi. Nanti ketinggalan pula." Pesan ayah. Aku hanya ketawa kecil.
"Oky baik ayah." Ayah terus melangkah keluar daripada bilik aku.
Aku kembali mengemas baju-baju dan dimasukkan ke dalam beg. Entah kenapa, saat ini boleh pula aku teringat dekat mak aku. Ayah tak pernah cakap yang mak sudah meninggal dunia malah ayah hanya berdiam diri. Aku yakin, mak masih ada. Tetapi dia ke mana? Kenapa dia tidak bersama kami? Adakah mak dan ayah sudah bercerai?
Ah, buat sakit kepala aje aku fikir-fikirkan semua itu. Lebih baik aku fokus pada pertandingan yang tak lama lagi akan berlangsung.
Share this novel